Friday, October 9, 2009

... aku terkena lagi !!!


... salam jumaat !
" ... astaghfirullah ... ataghfirullah ... astaghfirullah alaziim ..." itu saja yang mampu aku lafazkan untuk meredakan api kemarahan dalam diri ... aku x tau nak kata apa lagi ... ! " Ya Allah aku mohon keampunanMu ... dan berikan aku ketabahan ... kesabaran dalam menghadapi semua dugaan ini ... dan ampunkan dosa mereka-mereka berusaha menaburkan rasa benci sesama hambaMu ... titiskan rasa insaf dijiwa mereka ... sesungguhnya Engkau lebih mengetahui " amin
... pagi tadi singgah kat lib daerah di sinun untuk ambik buku resit denda ... itu pun setelah aku terima arahan ... ada jugak beberapa perkara yang dibincangkan ... semuanya berkaitan kerja ... dan aku ambik kesempatan ini untuk bertukar2 pendapat tentang berapa isu yang aku sifatkan agak peribadi sikit dengan kawan yang bertugas kat situ ...
... sampai tanjong aku singgah kejap kat Ambank untuk bayar duit kereta ... sampai kat pejabat aku buat apa rutin tugas harian macam biasa ... aku terkejut bila dapat call dari lib daerah minta aku buat penjelasan berhubung beberapa perkara yang aku rasa macam ... ntahlah ... susah nak cakap ... betul2 aku x faham apa yang tersirat disebalik semua ini ...
... hampir 15 tahun berada disini ... itu belum dicampur lagi semasa berkhidmat secara sambilan ... aku dah malas dan penat untuk melalui semua perkara yang aku anggap macam sampah ni ... bermuka2 ... baling batu sembunyi tangan ... kepura-puraan ... dan ntah apa2 lagi ... yang semuanya untuk menjatuhkan sesama sendiri ...!
... dah 52 tahun merdeka pun ... kita masih gagal memerdekakan diri sendiri ... kalau pun gagal nak bebaskan diri dari sikap yang x de maknanya tu ... jangan libatkan orang lain lak !
... dan tolonglah jangan cuba menyusahkan perkara2 yang mudah ... sama2 le bermuhassabah diri ... semoga Allah lembutkan hati ... dan luaskan lorong keinsafan dan keampunan !
*... x tau nak komen apa dah !!! .... sabarlah hati ... huhuhu

No comments: