Thursday, October 22, 2009

kerana bomba ...

... 2 okt lepas ( masa tu aku bercuti ... ) ada lawatan dari Balai Bomba untuk memantau tahap keselamatan bangunan kat tempat aku kerja ni ... aku dimaklumkan ada beberapa perkara yang perlu yang perlu disediakan ketika pemeriksaan lanjut pada 27 okt , jam 11.30 pagi

... surat berkaitan perkara ini telah aku serahkan kepada pegawai untuk tindakan selanjutnya dan telah di fax ke bahagian berkenaan di HQ dengan tujuan yang sama ... dan sepanjang tempoh itu lah ... aku menunggu apa tindakan susulan dari HQ ...

... dan proses membaikpulih hanya bermula hari selasa ... sejak hari tu maka bermulalah kerja2 mengantikan yang rosak ... dan semua arahan dari HQ ... aku dan kekawan kat sini hanya jadi pemerhati jer ... sebab memang dah dimaklumkan akan ada orang repair tanpa merujuk atau bertanya pada staf ... apa yang berfungsi atau tidak ... !

... kekadang tu aku terfikir jugak ... apakah nilaian mereka pada keselamatan kami yang bertugas kat sini ... x dapat aku bayangkan andai berlaku kebakaran ... dengan laluan tangga gelap ( lampu semua rosak ) ... sedangkan itu lalui yang ada ( ... lokasi lib ni kat tingkat 2 ) ... melihat kepada kerja2 yang di sub kan ... tanpa pantauan pegawai dari HQ ... aku buat kesimpulan semua ini di lakukan untuk penuhi piawaian bagi pemeriksaan premis selasa depan ... bukan kerana kami yang bertugas kat sini ... huhuhu !

... dan kali ini aku berharap sangat agar pegawai perkhidmatan Zon dan pegawai dari HQ akan turun semasa pemeriksaan tersebut ... sebab mereka yang layak bercakap dan menerangkan jika persoalan yang ditimbulkan ... aku x nak jadi mangsa macam kes tahun lepas ... dan aku juga x nak ia diwakilkan ...

... saat teruja melihat indahnya pelangi di dada langit ... jangan di lupa rumput bumi !

No comments: