Thursday, April 19, 2012

jalan-jalan di Melaka

memulakan perjalanan

besaqnya kapal !

salah sudut di dalam kapal ... gambaran pedagang yang singgah ke Melaka

pemandangan indah dari Menara Taming Sari

bermandi cahaya di Kampung Morten

berapa agaknya bil letrik sebulan ek ?

juru gambar yang keletihan !

...apa yang bestnya di Melaka ? itu pertanyaan dari sedara mara ... bila aku cakap nak gi Melaka ... masa tu aku jawab " ... ntah lah ! "  sebab kali pertama aku gi sana masa zaman persekolahan  ... cer tanya sekarang " ... apa yang bestnya di Melaka ? " ... apa jawaban aku " ... memang best sesangat ... x leh nk criter  ... kena pergi sendiri melawat Melaka ...

Friday, April 13, 2012

Ayu & Fisol

Nor Seri Rahayu ... memang ayu kan !

alahai comel nya aksi Fisol & Ayu

Tarikh :  31 hb. Mac 2012

" Selamat Pengantin Baru "
semoga sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Nya ,
dipermudahkan perjalanan kehidupan , dimurahkan rezeki serta beroleh 
kebahagiaan di dunia dan akhirat
~~ amin ~~

lawatan ke PERPUSTAM

gambar kenangan di PERPUSTAM

En. Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris
Pengarah PERPUSTAM

 Kenangan ... bertukar cenderahati

 Sejarah awal Melaka bermula disini ... En. Raifiuddin bersama En. Harun

taklimat dari En . Raifiuddin Abd. Latif

semasa sesi lawatan 

' Sudut Kreatif ' ... paling menarik !

Aan posing kat pokok buatan dari kertas ... memang kreatif !

... sesuatu yang mungkin akan diaplikasikan di Lib. Daerah ... insyaAllah

n3 tertunda ...

Lawatan Akademik ke Perpustakaan Negeri Melaka ( PERPUSTAM ) 
26 Mac 2012

... Alhamdulillah ... setelah menempuh pelbagai ranjau dan ujian ( ... hehehe ) akhirnya bumi Melaka berjaya juga dijejaki ... memang best sangat lawatan ni ..!

... 10.00 am ... ketibaan kami disambut oleh staf PERPUSTAM ( lupa lak nama dia ... isk ! isk ! ) ... terus kami dibawa ke dewan untuk taklimat yang disampaikan oleh En. Raifiuddin Abd. Latif , beliau mengalu-alukan kehadiran staf dari Perkhidmatan Perpustakaan Daerah Sabak Bernam ... dan menjelaskan PPAS dijadikan sebagai penanda aras untuk semua perpustakaan lain di Malaysia ... ( terasa bangga beb ! )

... PERPUSTAM ditubuhkan pada tahun 1881 ... lokasi Bandar Hilir ... dikenali sebagai  Khutub Khanah Melaka ... pada 1975 bertukar kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka ( PERPUSTAM ) dan dirasmikan pada 1996 ... Budaya Ilmu Budaya Rakyat Negeri Melaka .

... kalau nak cerita pasal PERPUSTAM memang banyak ... dan  x jauh beza dengan lib kita cuma mungkin ada sedikit perbezaan berkaitan jumlah naskah pinjaman buku - 3 hingga 5 naskah , denda - RM 0.10 maksima RM 3.50 , umur ahli kanak2 dari 31/2 tahun dan jika buku hilang - pembayaran harga buku serta RM 5.00 untuk wang proses .

Bahagian Koleksi Melaka ( ... aku teruja sikit kat Bahagian ni ... ada hikmahnya juga sebab bermula Mei ni aku diarahkan bertugas Bahagian Rujukan ... so banyak input dan perancangan yang berlegar2 kat minda menunggu masa untuk diaplikasikan nnti )

Lawatan ke PERPUSTAM memang memberi impak positif dalam diri aku ( ... harap semua kekawan yang pun sama jugak ) bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan dan tentunya lebih pengalaman ... hehehe

.... lokasi seterusnya selepas Melaka ?


Friday, April 6, 2012

... bukan kemahuan fikiran






salam jumaat ...

... terasa lama sangat aku x menulis ... beberapa kali aku cuba untuk menulis tapi keterbatasan waktu seakan begitu cemburu ... bukan salah sesiapa pun ... mungkin aku yang masih kalut dengan hambatan tugas ... dan masih belajar mengatur masa untuk memenuhi semua tuntutan amanah yang digalas ...

... terkadang ingin aku berlari sejauh mungkin ... jauh dari segala ragam manusia yang menyebabkan airmata ini menitis ... terkadang aku berharap untuk tidak menjadi pendengar yang baik ... jika ianya sekadar luahan ketidakpuasan hati ... terkadang aku ingin diam seribu bahasa ... andaikata setiap lontaran kata-kata yang aku lafazkan akan menimbulkan prasangka dan fitnah ...

 ... yang aku ingin sekadar melakukan semua tugas sebaik mungkin sebagaimana yang diamanahkan ... memikul arahan tugas selagi terdaya ... x lebih dari itu !

... aku x upaya untuk memikir semua perkara ... apa lagi memberi komentar ... kerana itu bukan kemahuan fikiran !!!!!


Saturday, March 24, 2012

...apa sebenarnya ??


... serba salah ... serba serbi x kena ... x tahu nk kata apa ! ... sebagai insan yang x sesempurna kejadian ... memang aku akui itu tapi bila sampai part yang berkaitan dengan punca rezeki , aku akan berusaha memberi yang terbaik ... seperti kata orang putih " be the best " ... walaupun kekadang tu agak aghhh ... tapi arahan tetap dilaksana sebaik mungkin !

... so kes minggu ni agak pelik sikit ... tiada info ... tiada arahan tetiba dimaklumkan dateline penghantaran jer ... hehehe ( ... salah siapa dan apa sebenarnya ... atau apa yang sepatutnya jika miss communicatian terjadi ? ... yang memberi info atau yang menerima info ? ... cer crite sikit ? ... isk ! sedih tau ... )

... alhamdulillah semua dapat diselesaikan mengikut dateline ... dan kami menambah lagi satu kemahiran iaitu sebagai juru foto ( ... semua gambar tu Aan yang edit dan buat pilihan yang mana sesuai )

... buat kekangwan di perkhidmatan pekan dan desa ... maaf lah ! sebab main terjah semasa sesi merakamkan gambar tuttttt .... ! apapun terima kasih atas kerjasama anda .

* ... bila perkataan ' maaf ' semakin sukar dilafaz !


Wednesday, March 14, 2012

ermm ... bila lantai x rata


ermm ... bila lantai x rata
pujinya kurang , yang lebih mengata

ermm ... bila lantai x rata
yang baik sembunyi diri , yang buruk mendabik dada

ermm ... bila lantai x rata
tegak berdiri tapi rasa macam nak rebah

ermm ... bila lantai x rata
salah diri sendiri , bukan sesiapa

ermm ... bila lantai x rata ?
apalagi ... kasi betul lantai tu
biar banyak yang memuji
biar yang baik x sembunyi diri
biar bila tegak berdiri dengan megah
biar kita x salahkan diri sendiri

~~~ hehehehe ~~~

Thursday, March 8, 2012

my life my choices


... kata2 ni aku dengar semasa meeting semalam ... dilafazkan oleh Pengarah PPAS ... walaupun agak simple tetapi punya maksud yang mendalam pada diri aku ... ( mungkin tidak pada orang lain )

... aku x tahu sejauh mana kita menghargai dalam membuat perancangan memilih yang terbaik dalam hidup ... atau pun memang kita x buat apa2 perancangan dalam kehidupan sekadar menjalani mengikut apa sahaja yang termampu dengan pasrah !

... my life my choices ... bab ni dah lama aku amalkan ... sejak aku mula melangkah ke alam berkerjaya ... sebab hanya aku jer yang tahu apa yang aku inginkan dalam kehidupan ... mungkin ada part2 tertentu yang sukar diterima oleh orang lain ... tapi perlukah aku mengalahkan hanya kerana orang x leh terima cara aku ...? ermmm ... mungkin tidak kut ! hehehe


*
... cuma kekadang tu aku " khilaf " dalam menilai pandangan orang lain ... so maafkan aku ...



...

Thursday, March 1, 2012

tempat jatuh lagi dikenang ...

ceria ... iza , ayu n suriya ( mek )





iza dan suriya ( mek ) di kaunter


... ermmm ... ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke ofis lama setelah meninggalkan nya 2 tahun lepas ... banyak pembaharuan yang dibuat ... menyerlahkan lagi keceriaan ... aku rasa terharu masa melangkah masuk ... mengamit sejuta kenangan 16 tahun berkhidmatan di situ ... !


... terima kasih mek kerana meneruskan legasi yang aku tinggalkan ... dan menyimpan semua maklumat yang aku himpun semasa bertugas dulu ... hehehe


... x nak komen banyak2 ... sebab setiap perubahan yang mek dan kekawan buat memang terbaik ... semoga ianya berkekalan yerk !


*... banyak kenangan yang tercipta di sana ... !


Saturday, February 25, 2012

usai usia



" Jadi , jangan takut menjadi tua kerana ia adalah saat yang peling indah untuk dinimati. Itulah indahnya menjadi tua kerana otak lebih matang , tenang , cekap menilai dan mengawal perasaan ... sudahkah anda bersedia untuk menjadi tua ? "

... ungkapan di atas adalah perenggan terakhir dari satu artikel kat majalah Al Islam /Julai 2011 yang membuat laporan khas " Mencari Rahsia 40 "

terima kasih kat Aan yang menyarankan untuk aku membaca artikel ni ... so bila dah dah baca ada le sikit perbincangan dan perkongsian ilmu ... hehehe gitu le kami kat ofis ni ... bila timbul satu isu mesti akan di meja bulat kan !

fakta hasil kajian Dr. Gene-Cohen , Pengarah Centeron Aging, Health & Humanities di Pusat Perubatan Universiti George Washington , Amerika Syarikat .

Usia 40 adalah ketika otak berada pada tahap yang paling baik . Otak lebih fleksibel , mantap , mudah menyesesuaikan diri dengan keadaan , lebih kreatif , otak kiri dan otak kanan digunakan serentak, cekap , lebih tenang dan boleh mengawal emosi negatif .

Otak kiri mengkhususpada kebolehan bercakap , bahasa dan perkara yang berkaitan dengan logik manakala otak kanan berkaitan dengan kreatif , imaginasi , emosi , kemanpuan merasakan ,ekspresi tubuh dan interaksi manusia . melalui ujian imbasan PET dan MRI yang dibuat ke atas orang berusia didapati otak hemisfera kiri dan kanan bertindak serentak dalam masa yang sama.

Oleh itu tanggapan mengatakan semakin berusia maka otak semakin lemah adalah salah ! apa yang perlu dilakukan adalah mengenai pasti potensinya dan sentiasa mengasahnya agar kekal tajam ... hehehe.

* ... adakah anda takut menjadi tua ??? sesungguhnya Allah tidak memilih atau menjadikan sesuatu tanpa ada hikmahnya.

- seperti dedaunan bila tiba masanya pasti gugur ... :)




Friday, February 17, 2012

puzzle kehidupan

salam jumaat ...

... macam pelik jer tajuk n3 ni kan ! ... hehehe

tajuk n3 ni aku pilih sebab tetiba jer aku teringat kat siti khadeeja , bila dia menyusun puzzle sampai part tertentu saat x jumpa kepingan puzzle yang sepadan " ala mana ni ... semua x boleh masuk ... " dan aku akan tanya dia " ... tadi masa ija bukak dan pisahkan puzzle tu ... cukup x ? " jawab ija " memang lah semua ada " ... " cuba lah ija cantumkan dulu ... mesti semua ada kat situ " ... akhirnya setelah berusaha lebih dari duduk ... baring ... meniarap ... berjaya juga dia siapkan ... apalagi tersenyum meleret le dia !

... bagi aku kehidupan pun macam tu jugak ... ada yang kita suka ... ada yang kita x suka ... ada yang harap akan tercapai ... ada yang kita harapkan tapi x tercapai ... itu semua terpaksa dilalui demi kelangsungan sebuah kehidupan.

... hari ni aku belajar sesuatu yang baru ... lebih pedih rasanya menerima kritikan daripada memberi kritikan ... lebih pahit rasanya menerima teguran daripada memberi teguran ... lebih perit rasanya menerima kata-kata daripada kata nista yang pernah kita lontarkan ... agh ! hidup ni ibarat boomberang ... saat kita melontarkan sejauh mungkin ... seketika cuma akan kembali semua kat kita !

... kekadang melihat apa yang berlaku disekeliling ... memberi impak positif dan negatif dalam penilaian kehidupan seseorang individu ... tapi semua itu x bermakna kita telah ditakdirkan dalam kelompok negatif ... semua manusia diberi opsyen antara kebaikan dan sebaliknya ... so pilihan ada ditangan kita ... teringat aku pada satu artikel yang pernah aku baca " dalam seribu kebaikan yang ada , mengapa manusia masih memilih 1 keburukan yang terpalit pada seseorang " ... mengapa ye ? ... jawabannya jangan tanya pada pokok atau emosi ... tapi tanya lah pada hati sendiri !

... berbalik pada puzzle tadi ... jika hilang satu kepingan puzzle maka x sempurna keseluruhan puzzle tersebut ... begitu jugak dengan kehidupan !

*... sejak dah masuk tahun 1 ni ... ija dah jarang menyusun puzzle ... dia sibuk dengan buku2 sekolahnya ... semoga minat tu berterusan . amin



Saturday, February 11, 2012

... datanglah wahai kesabaran ... datanglah membawa kesyukuran



` meniti cabaran kehidupan adakalanya amat memeritkan
tetapi Allah menjanjikan kemanisan hasil kesabaran kita

melalui semua cabaran itu `


~~~ wallahua'alam ~~~

Wednesday, February 8, 2012

n3 tertunda lagi ...

birthday gurl bersama bib , fadillah n aan

ayu n bib ... masih lagi kek aiskrim


ulang tahun ke 27
19 Jan 2012 ( ... tarikh sebenar 12 Januari )
lokasi kat ofis jer !

... maaf untuk ayu sebab terpaksa menunda beberapa kali tarikh sambutan atas urusan yang x leh nk dielakkan ... menu kali ni ... nasi lemak bungkus , keropok ikan , roti sardin , kuih muih n air A&W sejuk ... harus ada kek aiskrim perisa vanila ... enak gitu !

... sesi makan2 diserikan lagi dengan kehadiran en azmi ( perp. pekan sekinchan ) and fazillah ( perp. desa bt 38 ) yang langkah kanan hari tu ... terima kasih daun keladi yerk !

* ... lepas ni giliran sape lak ye ?



Friday, February 3, 2012

Latihan PSR ... Perpustakaan Syed Mashor

selesai sudah latihan PSR ... mona , rohani , muna, aku dan ayu





antara ruang yang menarik



aku paling suka ruang kanak-kanak ni ... !




saiful , en.zahir , yazid dan zafri

semasa sesi latihan mengadap pc ... semua serius !






n3 tertunda ...

Latihan PSR


Perpustakaan Syed Mashor , Kuala Kubu Baru


18 Januari 2012
9.00 am - 4.30 pm


... latihan pertama untuk tahun 2012 ... hampir 2 jam perjalanan dari Sg. Besar ... laluan berliku dan beralun ... alhamdulillah selamat sampai ... sempat pekena roti canai + milo ais kat kedai mamak ...!




... melangkah masuk kat lib Syed Mashor ... " cantik , kemas dan menarik " itu kata hati ... terima kasih atas layanan baik dari sahabat dari lib KKB ... muna , mona ,rohani dan en . zahir .




... " nak minta kebenaran ye ... untuk mengaplikasikan apa yang ada kat sini di lib . Sg. Besar yerk ! " ... itu yang aku suarakan pada en . zahir .




... latihan PSR habis awal ... so lepas makan tengahari + zuhur ... bergerak balik ke Sg. Besar ... cuma aku x mampu memandu balik ... kepala pening giler ... terpaksa le yazid yang drive + berhenti beberapa kali sebab aku termuntah ... huhuhu




... 6.00 pm ... tiba kat lib Daerah Sungai Besar ...


Thursday, February 2, 2012

gedik santai ... hehehe










... hahaha ... gambar ni aku rakam semasa penghujung bulan disember ... hari terakhir ija dan suffiyah tuition musim cuti sekolah ... pada masa tu gak lib daerah terima perabot dari HQ... so selepas berpenat lelah membantu kami menyusun perabot ... mereka dok santai kat kerusi yang baru diterima ...




... bila aku kata " cepat2 buat gaya ... nak ambik gambar ni " ... ni lah hasilnya ... !

* masa seusia begini ... aksi2 macam ni nampak lucu ... comel dan cute sangat ... bila dah remaja
nanti jangan ye ... boleh bikin kepala pusing deh !













Friday, January 27, 2012

Nilai


salam jumaat ...


... baru balik dari menghadiri Program Selamatkan Akidah di Dewan Sri Bernam ( ... x jauh dari ofis ) ... aku , aan ,bib dan nasar dipilih untuk wakil lib Daerah ... selepas mendaftar nama ... kami diberi satu beg berisi sarapan pagi ( beehoon dan karipap serta air ) , aturcara majlis , buku kecil dan pen ... alhamdulillah


... melihat aturcara program dan tajuk pembentangan kertas kerja " Selamatkan Akidah Ummah " oleh Y.Bhg Us Haji Zamri bin Hashim , Timbalan Mufti Negeri Perak serta perbincangan panel atas tajuk " Kepentingan Dakwah dan Tarbiyah Dalam Mengatasi Ancaman Pemurtadan " ... buat aku teruja dan rasa syukur sangat sebab berpeluang hadir mendengar ...( sebab masa datang td pun aku hanya bawa pen dan buku nota jer )


... intipati yang aku anggap penting sesangat bila perkataan nilai (... bukan tempat shopping kat N9 tu ) begitu ditekankan sepanjang program berlangsung ...


... apa yang kita tahu pasal nilai ek ? ... tahu ... x tahu ... ntahlah ... pengertian nilai ni mungkin berbeza bagi setiap orang ... ianya mungkin mengikut pesepsi dan situasi pada satu2 masa ... sebab kalaulah kita tahu nilai disebalik setiap sesuatu yang Allah anugerah kan pada kita ... Allahu Akhbar !


... alangkah indahnya jika penilaian mengenai nilai akidah ni singgah kat sanubari mereka2 yang diberi kuasa ... diberi keupayaan untuk bertindak mencegah penyelewengan akidah ... ketepikan dulu perbezaan parti ... kelainan pendapat demi mempertahankan nilai yang satu ini ... tega kah kita membiarkan saudara seagama hanyut hanya kerana kegagalan kita memberi penilaian yang terbaik ... tindakan yang betul adalah dari membuat penilaian yang bertul !


... berbahagialah kita jika penilaian mengenai nilai berkat ni berakar umbi dalam hati ... maka tiada istilah ' missing & action ' dalam rutin kerja seharian ... hatta saat terlintas niat untuk selingkuh pun kita dah terasa satu kerugian ... !


... penilaian yang keliru dalam cinta adalah sebab tertinggi orang kita menggadai akidah ... kekadang tanpa disedari kita tersasar jauh dari akidah semata-mata kerana cinta ... ermm ... sukarnya untuk menilai cinta ketika hati dilanda gelora ... minda khayal gagal membeza ... antara cinta sesama manusia atau pada Yang Esa ... maka terungkai iman yang ada hanya kerana cinta !


* ... cinta x pernah berdosa ... hanya kita yang sering khilaf meletakkan harga cinta di tempat yang x sepatutnya ! ... wallahua'alam


Friday, January 20, 2012

Let's fight !!!




salam jumaat ...



... dari penghujung 2011 lagi aku dihambat kesibukan tahap maksimun ... alhamdulillah semuanya dah selesai ... semalam meeting seksyen perkhidmatan rangkaian perpustakaan tahun 2011 ... semua laporan telah dibentangkan walaupun kadar pencapaian agak menurun berbanding tahun sebelumnya tapi masih ada jugak OB Q yang mencapai sasaran ...



... dikesempatan ni aku nak ucapkan sesangat terima kasih kat member2 ofis ... aan , ayu , bib , nasar sebab membantu untuk menyiapkan statistik dan laporan tahunan ... maaf lah kekadang tu aku agak emosi sikit bila dapat maklumat x lengkap ... bukannye marah sekadar luahan perasan jer !



... selepas 2 minggu dok mengadap depan komputer ... aku rasa berbaloi jugak sebab semua siap mengikut arahan ( walaupun terpaksa call berulangkali untuk dpt maklumat ) ... ada satu masa tu aku memang tension giler tapi bila ingatkan manusia ni mane ada yang sempurna ... aku beristigfar berulang kali ... " Ya Allah ... permudahkan tugas yang diamanahkan pada hambaMU yang lemah ini . amin "



... tahun 2012 ni , aku dapat rasakan cabaran lebih hebat menunggu ... melihat sasaran dan senarai perancangan yang ada kat aku ni ... kerahan tenaga dan tindakan proaktif perlu disemat dalam minda dan hati ... let' fight !





* ... so baju ' kemalasan ' kena ditanggalkan dan dibuang jauh dari kotak fikir ...




Thursday, January 12, 2012

DOA

sajak ni aku dengar di radio IKIM ( ... tapi x sempat nk tulis semua ) karya A. Aziz Deraman
tajuk " DOA "


Dari dataran banjaran damar hidup peribadi

Aku melontarkan pandangan ke bawah diri

Dari jendela diri

Ku buka cermin bestari

Bayangan dunia alangkah indah sekali

Yang kau isikan segala hiasan kesukaan

Manusia pu leka memenuhi setiap keinginan

Antara segar bugar nafsu dari tenang perasaan


Dari jendela diriku

Aku menaruh harap atas hamparan kalimat Mu

Bahawa sesiapa yang berdoa kepada Mu tetap akan kau terima hajat kalbu

Maka aku biarkan menagih janji menadah mencari keampunan diri

Jadikanlah teratak diriku kediaman yang hidup

Terpelihara dari azab dan dosa-dosaku terlitup

Ku mohon pada Mu jua keredhaan buatku

Neraka itu akan tertutup pintu



*... terasa begitu kerdilnya aku disisi Nya .


Monday, January 9, 2012

syukur alhamdulillah

... syukur ke hadrat Ilahi menemukan semula sesuatu yang aku " hilang " hampir sebulan ... di saat2 aku memang memerlukannya ... Allah telah menggerakan hati ini dengan memberi klu yang aku sendiri x menyangka ...

*..." kun faya kun "

Saturday, December 24, 2011

SBPA

kenangan bersama ... ella , dayah dan ayu



bib , dayah , ayu dan ella



gambar ni dirakam semalam ... sebelum kami bergerak ke HQ untuk menghadiri taklimat SBPA dan menandatangani opsyen SBPA

... majlis taklimat bermula jam 3.00 petang ... so perkhidmatan lib daerah ditutup jam 12.00 tengahari ... aku dan ayu gerak keluar jam 12.05 ... kami rancang singgah kat rumah ella untuk solat zuhur ... tiba kat Sg. Leman berhenti ambik bib dan kat Sekinchan ambik dayak lak ... sampai kat rumah ella di kuala Selangor jam 1.15 ( ... terima kasih kat tuan rumah sebab hidangkan dodol ... sedap sangat ... hehehe )

... sepanjang perjalanan ke HQ ... isu SBPA masih jadi perkara yang diperbincangkan ... al maklumlah macam2 spekulasi tersebar pasal buruk & baik SBPA ni ( ... tapi lebih kepada buruk nya ) ... pendekatan terbaik adalah pasang telinga betul2 ... pastu buat penilaian sendiri ... kalau bersetuju sain opsyen tu ... kalau x setuju ... abaikan jer !

... nampaknya semalam ramai yang menandatangani ... tapi x tahu le setuju ke x ... cuma ada beberapa bab2 jer yang mungkin menimbulkan keresahan ... ermm ... fikir positif jer ...!

9.45 malam ... baru sampai kat rumah setelah menempuhi perjalanan dalam hujan lebat ... letih giler .. huhuhu

* ... sedih sangat " momot " dah x de ... huhuhu





Thursday, December 22, 2011

gelak tergolek !



promosi percuma kaki novel !


... fenomena baru yang melanda aku dan kengkawan kat ofis ... semua gara-gara minat luar biasa Aan yang mula membina koleksi novelnya sendiri ... apalagi sejak jadi ahli kaki novel ! ada jer novel terbaru dan terkini jadi koleksinya ... la ni minat luar biasa Aan tu dah mula menular kat aku , bib dan ayu polak ... bagaikan tersebarnya virus tapi aku suka dengan virus ni ... hehehe

... aku minat membaca novel tapi ikut mood jugak lah ... selalu tu aku baca novel karya Ramlee Awang Mursid ... memang best giler ! ... so aku kongsi minat ngan bib sebab suka karya penulis yang sama ... al maklum lah bila dah bertambah usia ni ... novel cinta terasa kurang menarik lak !

.. nak say " thanks a'lot kat Aan " yang bermurah hati meminjam novel gelak tergolek ni ... memang lawak giler ( ... tapi x sampailah aku tergolek2 membacanya ) tapi buat aku tetiba jer tersenyum sendiri ... hehehe



... la ni bila aku terpandang Aan dan Ayu mesti spontan aku akan tergelak ... !!





* ... novel yang bakal aku baca " Sutera Bidadari " karya Ramlee Awang Mursid ( ... pinjam kat bib )









Monday, December 19, 2011

Majlis Perasmian Bangunan Baru Perpustakaan Raja Tun Uda

gambaq kenangan selepas majlis perasmian ... bersama k'yatie , ani , aan dan ella


senyum ! ... k'ana , ani , Y.B Dr. Halimah Ali , aan , nasa, aini n patirah

situasi dalam bas ke Mjlis Perasmian PPAS



... ni n3 tertunda

Majlis : Majlis Perasmian Bangunan Baru , Perpustakaan Raja Tun Uda , Shah Alam

Tarikh : 10 Disember 2011 ( bersamaan 14 Muharram 1433 ) Sabtu

Tempat : Bangunan perpustakaan Raja Tun Uda , Jalan Kelab Golf 13/6,
Shah Alam.


... seawal 5.30 pagi ... kami dah mula berkumpul kat lib Daerah Sabak Bernam ... biasalah bila dah keluar seawal itu ... tanggungjawab sebagai hambaNya subuh itu ditunaikan dalam lib ... dan pagi yang dingin diserikan dengan gelak ketawa ... al maklum bila nak keluar awal pagi ... ada gak yang x leh tidur lena sebab takut terlajak tidur ...

... yang bestnya ... kami pakai baju seragam hari tu ... bukan senang tau nk tengok kami pakai baju seragam ... hehehe

... alhamdulillah semuanya ok ... dan kami selamat sampai ke majlis tu dan pulang ke rumah memasing ... apapun kami rasa bangga dapat menjimatkan kos perjalanan ... cuba bayangkan klu semua staf yang ada dalam bas hari tu buat tuntutan claim perjalanan ... hehehe


... Menjunjung Kasih Tuanku diatas perasmian Perpustakaan Raja Tun Uda


* ... yang sadisnya ... makan kueteow goreng kat Pantai Remis yang pedas giler ... natijahnya aku x lena tidur malam tu sebab sakit perut melampau ... huhuhu


Thursday, December 15, 2011

sama ... tapi x serupa !

aksi pagi yang ceria suffiyah , aan n ija

alamak ! sedondon la polak ... hehehe


ni cerita semalam ...

maka dengan tidak disangka2 ... alkisahnya dua individu yang membeza usia ... beza tempat tinggal serta x de tali persaudaraan ( ... kecuali ukhuwah sesama muslim ) tetiba memakai pakaian yang sama warna dan corak ... nasib le fesyen baju x sama ... klu x lagi haru ... hehehe

* ... x kisah lah kan ... yang penting masa gambar ni dirakam ... dua2 maintain " ayu dan cun " !

Saturday, December 3, 2011

bicara air



titisan air mengalir berlagu duka
tidak terlihat di mata nyata
tapi membasah disegenap jiwa

Ya Allah ....
sesungguhnya Engkau maha mengetahui rahsiaku yang tersembunyi dan yang nyata ... Engkau maha mengetahui apa yang terkandung dalam hatiku.
Ya Allah ...
aku mohon kepada Mu iman yang berkekalan , yang kekal bersemadi di hatiku , keyakinan yang benar sehingga aku dapat menginsafi bahawa tiada sesuatu yang menimpa daku selain dari apa yang Engkau takdirkan kepadaku.
Amin .



* ... kesabaran di uji lagi ... !

Friday, December 2, 2011

aksi spontan !!



... aksi ni aku rakam selepas kamera Nikon Coolpix L22 dibaiki dari semputnya ... hehehe untuk test ok ke x ...

so ini lah hasilnya !







ayu,bib,iya,aan n ija

Thursday, December 1, 2011

aku x gembira !


... gembirakah kita ? ... gembirakah kita membiarkan ketidakbenaran terus berlaku ? ... gembirakah kita membiarkan kesilapan berterusan ? ... gembirakah kita melihat kepura-puraan bermaharaja di mata ?

... aku benar2 x gembira kerana x upaya menghalang segala ... biar pun hati meronta ingin meluah bicara tapi lidah kelu x terzahir kata ...!

* ... Ya Allah ... Yang Maha Pengampun , ampunilah daku dan rahmatilah daku dengan rahmat Mu yang paling baik . Amin ya rabbal alamin.