Wednesday, March 10, 2010

bolehkah kita berubah ... ?

... bolehkah kita berubah ? ... itulah yang aku fikirkan ... so aku tujukan persoalan ini untuk semua yang baca ... atau terbaca blog aku ni ... bukan apa2 pun sekadar nak kongsi ... kalaulah korang ada pandangan yang lebih bernas leh sama2 dapat manfaatnya .

... melihat apa yang berlaku kat sekeliling kita ni ... pernah ke kita terfikir atau tanya diri sendiri " bolehkah aku berubah atau perlukah aku berubah ? " ... jawapan nya kena lah fikir sendiri ... atau lihat ke dalam diri ... tapi kenalah jujur ... sebab kalau kejujuran x de dalam diri sendiri jawapan kita dapat tu penuh dengan kepalsuan ... x gitu !

... lepas dapat jawapan bagi persoalan kat atas tu ... kena jugak tanya diri sendiri sekali lagi " ... sanggupkah aku berubah ? " .... huhuhu ! sebab untuk berubah ni banyak kebiasaan yang terpaksa dikorbankan ... mengubah kebiasaan ni sama lah macam nak cabut duri selumbar ... banyak yang kantoi bab ni ... lagipun keinginan untuk berubah ni perlu lahir dari diri sendiri bukan sebab cabaran kekawan ... insyaAllah akan berjaya !

... " ada 2 perkara penting yang perlu ada dikalangan mereka yang mahu berubah ... pertama , ilmu dan kedua ialah motivasi atau semangat ingin berjaya . kedua2 ini perlu seiring " ini kata2 yang aku petik dari Saranan Salleh ( akhbar utusan )

... selain tu kenalah hindari diri dari sifat cemburu , dengki , khianat , fitnah atau aniaya sesama sendiri ... sekarang ni perkataan yang kerap digunakan ialah " sabotaj " ...

... bagi aku mudah jer ... kita memang perlu berubah demi kebaikan ... sebab dulu aku agak sukar untuk menyatakan sesuatu perkara atau menyuarakan pendapat sebab takut akan disalah anggap tapi la ni aku lebih berterus terang atau beri pandangan ... samada ianya diterima atau sebaliknya terpulang lah ... aku x suka pendam atau berpura2 jadi orang lain semata2 untuk mengiya sesuatu yang pada hakikat memang salah !

* ... menyatakan yang benar adakalanya memang pahit untuk diterima tapi fikirkan lah kemanisan disebaliknya ... wallahua'alam



4 comments:

Ainraihan said...

kita boleh berubah menjadi yg lebih baik dan kita tak boleh ubah kisah yg lalu... aku sedang memikirkan ye? Perlukah aku berubah... mungkin ya mungkin tidak, apa2 pun aku tetap aku...dengan kisahku...kamu dgn kisahmu cume kisah kita mgkn ade persamaan ye.

anggerik said...

nak berubah bukan perkara mudah..
andai setakat bicara mainan bibir semuanya boleh itu namanya perubahan menjadi manusia lebih bersikap kepura-puraan...tapi andai keikhlasan & kesungguhan lahir dlm hati utk melakukan perubahan dalam diri insyallah akan mendatangkan seribu kebaikan

kesturi said...

salam ainraihan ...

..samada kita berubah atau tidak .. hanya kita saje yang tahu .. yg paling penting kita jujur utk jadi diri kita sendiri .. !

:-)

kesturi said...

salam anggerik ..

.. mungkin sukar utk kita mengubah sikap orang lain tapi adakalanya kita perlu berubah untuk setara dengan apa yg ada disekeliling kita ..tp biarlah perubahan itu memberi manfaat dan kebaikan !

:-)