Wednesday, March 31, 2010

salahkah aku ...


... alahai ! minggu ni ... banyak betui perkara yang bikin kepala rasa pusing sikit ... dengan batuk yang belum kebah sepenuhnya ... dengan kes salah faham yang bikin sakit sangat kat hati ni ( ... aku dah pun memaafkan sebab x mahu titik hitam menjadi karat ) ... ditambah lak dengan hawa kat ofis yang semakin bahang membara ... dan semalam aku dimaklumkan odit dalaman 6 april ni ... isk ! rasa kalut betul ...
... pasal bab batuk tu ... aku x salahkan sesape pun ... mungkin salah aku ... sebab bila cuaca kat luar panas dan kat ofis pun berbahang ... pilihan untuk legakan rasa dahaga semestinya air berais ... natijahnya kenalah tanggung sendiri ... huhuhu
... pasal bab salah faham ni ... aku dah kasi settle sebab dah malas nak dengar suara sumbang korang nyanyi lagu " maafkan kami ... maafkan kami ... maafkan kaaamiii " setiap malam ... kacau kusyuk aku nak menelaah jer ! ... cuma aku nak bagi peringat kat korang ... dalam kehidupan perlu ada rasa saling percaya dan jujur ... klu boleh tu jangan le layan khabar angin ... insyaAllah aman dunia akhirat ... mudah2an !
... pasal bab ofis aku yang berbahang ni ... aku x leh nak komen apa2 pun ... sebab aduan dan laporan telah pun dihantar ... cuma aku rasa x selesa sangat nak shelving buku ... baru susun satu rak ... badan dah berpeluh ... ada gak pengguna suarakan masalah ni ... jalan penyelesaikan hanya minta pengguna isi borang aduan/ cadangan ... harap sesangat pihak yang berkenaan akan ambik perhatian akan masalah air cond rosak ni ... tolonglah kami !
... yang last ni pasal odit dalaman 6 april ... walaupun ini bukan lah perkara baru bagi aku ... tapi ini adalah pengalaman pertama odit dalaman kat lib daerah yang dah bertaraf ISO ... risau gak sebab kebanyakan staf yang lama dah bertukar ke lokasi baru ... aku berusaha untuk mengemaskini berpandukan fail2 yang ada ... lagipun terasa sangat kurangnya sebab dua staf sedang menghadiri krsus ...
... salahkah aku menyuarakan apa yang berlegar kat minda saat ini ... bukan harap simpati pun sekadar pengertian jer !
*... moga Allah permudahkan segalanya . Amin

No comments: