Friday, March 12, 2010

sesekali ...

Sesekali ...
marilah kita mengguman muhasabah
dalam fikiran basah
menerobos maknawi
mengukur manusiawi
di petak usia yang bersegi

Sesekali ...
tika dihantar ujian dan masyaqqah begini
apa sebenarnya yang bertingkah pada lisani
peritnya dijepit nestapa
memamah resah dan gulana

Atau
marilah kita tempur bala menimpa
dengan utuh durga
kerana gelodak menerpa
adalah peringatan dari Nya
buat kita-kita
yang selalu buat-buat lupa
menimbun dosa
melekit sebati
dalam gaulan daki dunia !


* ... puisi kat atas ni aku ambik dari akhbar semasa buat paper cutting ... macam best jer untuk dikongsi bersama ... so layanzz !

No comments: