"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Wednesday, December 30, 2020
Jangan pernah berhenti ...
Tuesday, December 29, 2020
next ... 2021
Saturday, December 26, 2020
sampai waktunya ...
... Alhamdulillah , hari ini aku dah settle perbincangan mengenai majlis persaraan seorang sahabat yang telah bulat tekadnya untuk menamatkan perkhidmatan pada usia 50 tahun ... setelah berkhidmat selama 15 tahun ... dan dapat aku rasakan kegembiraan yang terpancar diwajah setiap kali diajukan bertanyaan " betul ke Bib nak bersara pilihan , jangan menyesal tau " usik aku " ye betul Kak Mis , saya nak lebih masa dengan keluarga " jawaban luhur dari hati dan aku pasti itulah yang terbaik .
Thursday, December 24, 2020
belajar untuk siap siaga ...
Thursday, December 17, 2020
Seadanya aku ...
Wednesday, December 16, 2020
aku dan kertas
Alhamdulillah , selesai sudah laporan Audit Aset setelah beberapa hari melalui kerja-kerja menyemak , mencari no inventori pada setiap aset , mencatat , merekod , memasukkan data dan menyemak semula ... terima kasih tidak terhingga kepada sahabat yang banyak membantu dalam usaha menyiapkan semua ini , tanpa kalian semua ini tidak akan sesempurna ini ... terima kasih kepada Suzana ( bobot ) PD. Parit 14 yang adakalanya terpaksa duduk dibawah meja utk mencari inventori ... Bunga PD Parit 8 yang sentiasa dalam mood standby seiring dengan usia kami yang sama ni ... Ayu PD. Tebuk Berihun yang sentiasa siap siaga membantu dan Along ( Noor Fazilla ) selalu membantu memudahkan urusan tugasan aku setiap akhir bulan ... terima kasih sangat moga kalian sentiasa dalam Rahmat Nya ... Aamiin
Selesai sudah part laporan audit aset yang telah aku emailkan semalam , tarikh akhir yang diberikan 15 Okt ... bukan niat untuk melewatkan penghantaran tetapi kekangan masa yang ada ketika tidak terkejar atau mungkin juga aku yang gagal menguruskan masa dengan baik kut ! 13 lokasi semuanya dan setiap satu lokasi ada cabaran yang tersendiri ...al maklum tempat yang dah beroperasi ditambah pula dengan aset dah uzur serta no inventori pun ada yang samar-samarsahaja kejadiannya ... ada juga yang dalam list tapi aset tiada ... satu hari aku dan kekawan yang membantu hanya akan buat audit aset melibatkan 3 lokasi sahaja atau sebelum jam 1.00 pm ... jam 2.00 pm aku usaha untuk sampai ke ofis untuk rekodkan ... adakala berhari-hari juga aku stay jer kat ofis sebab staf yang aku nak audit bercuti .
Bila diimbas semula dari mula kerjaya aku ni ... aku dan kertas macam irama dengan lagu , bagai ombak dan pantai lak ... x dapat dipisahkan , dulu2 masa memula kerja selalu buat aktiviti guna kertas warna warni ... macam2 kraftangan dan origami ... time tu setiap hari sabtu dan cuti sekolah adalah hari sibuk aku ... kehadiran user ke Library amat memberangsangkan ... era 80 an dan 90 an adalah era buku , itu yang selalu sembang dengan Siti Khadeeja ( Ija ) ... masa tu juga buku catatan dan diari ada satu kemestian ... Ija gelak sakan baca diari dan buku catatan era 90an aku ... " nape lak acik tulis guna pen dakwat merah , pastu semua guna huruf besar " tanya Ija " ermm .. time tu acik tengah marah kut " bersahaja jer aku jawab ... benda dah bertahun berlalu mana nak ingat sangat kan ! boleh gitu ..hehehe
Kini pun aku masih bergelut dengan kertas juga ... Program Reading Seeds , alhamdulillah sudah ada peserta yang memohon awal telah terima kit box reading seeds dengan gembiranya ... insyaallah jika ada kelapangan aku akan update gambar-gambar penerima ... target 30 unit kit box reading seeds semua dah habis ... terima kasih kepada Library Daerah Kuala Selangor sebab topup 10 unit lagi dan 40 unit lagi pihak HQ topup ... 80 unit kit reading seeds untuk Daerah Sabak Bernam ... terima kasih juga untuk semua staf Lib Daerah Sabak Bernam ... berusaha ! berusaha !
Friday, November 27, 2020
Aku hanya rindu ...
Emak ! malam tadi hujan lebat sangat dan tanpa sedar airmata ni mengalir sederas air hujan di luar ... terasa begitu sunyi dan sepi alam sekeliling meskipun titisan air hujan menghempas bumbung zink begitu bingit kedengaran ... x tahu kenapa aku begitu ... lama dulu, dah lama sangat aku x rasa perasaan begini ... aku biarkan sahaja air mata ini mengalir sehingga aku tersendu dalam esakkan ... aku hanyut dalam perasaan yang x upaya untuk aku luahkan dengan kata-kata ...
Emak ! baju kurung kedah yang mak pakai hari terakhir tu masih tergantung kemas kat pintu bilik tidur ni ... warnanya dah agak pudar sikit tapi biarlah , mungkin juga sebab selalu aku pakai bila teringat dan rindu ... baju kurung cotton corak bunga berwarna merah tu pun masih ada lagi aku simpan sebab baju tu penuh nostalgia ' terima kasih Mak ... sebab siapkan baju dalam sehari jer untuk aku pakai masa temuduga kerja yang sekarang aku sandang ni ' .
Emak ! anak mu sedang diduga dengan pelbagai ujian , terkadang terasa terlalu letih sangat ... kalau dulu emak selalu pesan ' biarlah orang nak cakap , penat bercakap berhenti lah dia ' tapi aku dah x sesabar dan setabah dahulu ... hati kering ini semakin mudah tercalar dan rapuh ... aku berusaha untuk tidak ambil peduli tetapi aku tetap insan lemah yang penuh dengan rasa .
Emak ! segala pesanan dan nasihat tetap terpahat rapi dalam hati ... aku selalu doa semoga ianya kekal disitu sebagai azimat sumber kekuatan ... masih teringat lagi kasih dan sayang emak dan bapak waima tidak terungkap dengan kata tapi tahu aku emak selalu lebih aku dalam segala hal ... emak selalu tenang bila aku mengadu pasal apa yang berlaku seharian di tempat kerja ... banyak perkara yang aku adukan tapi kerapkali juga emak akan kata " sabar " ... hanya itulah perkataan yang keluar dari bibir emak dan aku terdiam ... itulah yang akan berlaku setiap kali aku mengadu sehingga aku mula memahami setiap masalah perlu ditangani dengan sabar ... terima kasih emak
Emak ! setiap detik nafas ini akan sentiasa ada doa untuk emak dan bapak serta kakak dan abang ipar ku ... moga Allah ampun segala dosa dan tempat mereka bersama-sama mereka yang bertaqwa Aamiin 😢😭😭
Ya Allah ... bukan aku tak redha atas ketentuan Mu ... aku hanya rindu
Thursday, November 12, 2020
Nostalgia Jiran Kaunter Sebelah
imbas kembali 2010 - 2017
2020 adalah tahun ke 14 aku menulis di Blog atau sebagai Blogger ... memula tu aku menulis sekadar untuk mengisi masa terluang dan memenuhi minat suka menulis sebab aku suka membaca ... mereka yang suka membaca akan suka menulis secara umumnya begitu ... mula menulis di blog pada tahun 2006 , masa tu aku menulis apa sahaja yang aku lalui ... adakala aku tulis juga pengalaman atau citer yang kekawan share ... Duniaku itulah trademark bolg aku
Bermula Disember 2006 , aku akan menulis apa sahaja kerana aku anggap blog adalah diari so setiap hari aku akan post ... lagipun masa tu dunia blog x meriah seperti sekarang ... keasyikkan aku menulis sehingga satu ketika aku dikejutkan dengan panggilan yang meminta aku delete satu artikel yang aku post di blog ... terkesima kejap " eh ! kenapa ek perlu delete " ... itulah pengalaman yang mengajar aku sesuatu berkaitan benar , kebenaran , membenarkan ... jujur dan kejujuran bukan lah sesuatu boleh dibanggakan ... berkata benar atau jujur adakala dianggap sebaliknya
Aku menulis di blog secara konsisten sehingga bulan September 2010 ketika bertugas di Perp. Cawangan Tanjong Karang ... situasi di situ banyak idea tercurah kerana 16 tahun punya cerita bermula dari tahun 1994 semua aku lakarkan sebagai kenangan pahit manis kehidupan dalam melunaskan amanah merentas daerah ... terkadang aku rindu masa lalu yang memberi inspirasi untuk aku terus melangkah meskipun pelbagai ranjau ... selalu aku ingatkan diri sendiri " inilah kehidupan " .
Oktober 2010 ... aku mula berhijrah ke lokasi baru ( atau pun lebih tepat tempat aku bermula ) setelah 16 tahun merantau di luar daerah ... jumpa rakan ofis baru ( hakikatnya dah lama kenal ) ... Bib , Aan dan Ayu yang semuanya ibarat adik-adik aku sahaja ... proses suai kenal antara kami x de lah luar biasa sangat tapi sebab masa tu semua bergelut dengan audit serta x de pengalaman dengan audit ... seingat aku akrab antara kami sebab saling membantu , perlu memerlukan dan memulakan dari zero ... alhamdulillah " Dream Team " ini berjaya melalui first audit walaupun banyak yang teguran ... pengalaman ini amat bermakna bagi aku .
Blogger " Kisahku " adalah jiran aku di kaunter sebelah ... bestnya sebab kami ada minat yang sama iaitu membaca dan menulis ... aku panggil dia " beb " jer ! 😍😍😍 ... masa tu juga kami peminat tegar novel-novel terkini ... aku sendiri akan shopping online untuk novel dan buku karya Hamka ... memandangkan kaunter kami bersebelah maka setiap hari sebelah petang biasanya kami pilih satu topik untuk dibincangkan ... sambil mata mengadap screen komputer dan jari di keyboard untuk siapkan tugasan ... mulut pot pet pot pet berbalas pendapat dan pandangan ... bukan selalu kami sekata tau ... adakalanya x sehaluan juga tetapi tidak sampai berbalah kan beb ! ... berbezaan pendapat tu normal sebab kami usia kami yang berbeza ... dan akhirnya kami akan menulis di blog memasing ... rindu sangat saat itu
Jan 2017 ... ketentuan Nya lagi , kami terpisah bukan sahaja dengan blogger kaunter sebelah tetapi melibatkan Ayu yang selalu menjadi pendamai dan pendengar setia ... masa itu rasa sendiri sangat apatah lagi untuk kebimbangan untuk menghadapi audit ... waima ada bidalan " patah tumbuh , hilang berganti " semesti yang tumbuh dan berganti tidak kan sama dengan yang patah dan hilang " ...
Kini 3 tahun berlalu ... dan aku sendiri diarah tugas sementara ke lokasi baru sehingga penempatan sebenar siap rebranding ... adakah kami akan berjiran kaunter lagi di masa akan datang ?? ... aku tiada jawaban nya
Friday, October 16, 2020
HARI KAMUS
bersama Sasterawan Negara
DATO' BAHA ZAIN
" Derita & Bahagia Tugas Penyusun KAMUS "
Sempena Hari Kamus
16 OKTOBER
Saturday, October 10, 2020
#kitayangberbeza
#kitayangberbeza
Hari ini cer kita pandang sekeliling , apa yang berbeza dengan semalam ... masa keluar dari rumah untuk ke ofis , aku perasan ibu kucing " Si manja " dah ada anak kecik 4 ekor , semalam x de ... masa drive tadi laluan jalanraya semalam pagi satu lorong yang agak sempit , hari ni dah boleh memotong kereta sebelah kiri ... alhamdulillah
Hari ni juga tentunya berbeza dari semalam kan ... sebab semalam hari jumaat dan hari ni sabtu ... semalam agak rileks keluar rumah untuk ke ofis sebab masuk waktu bekerja jam 9.00 pagi , so sempat singgah warong beli sarapan tetapi hari ni jadi serba sistematik kerana mesti keluar rumah tepat jam 7.50 pagi sebab waktu untuk mengetik kad perakam jam 8.30 pagi 😅
Aku selalu share #kitayangberbeza ni dengan Siti Khadeeja sebab bila aku dengar luahan dia pasal alam persekolahan yang dilalui macam complicate sangat apatah lagi remaja perempuan ... semua serba x kena pulak ... alhamdulillah sebab Ija ni ada sikap x ambik peduli sangat apa kata mereka yang ada disekelilingnya ... " selagi tidak mencederakan fizikal " itulah ayat yang selalu keluar dari mulutnya ... aku terdiam " isk ! adakah aku telah mempengaruhi cara berfikir dan bertindak Ija " ... aku selalu ingatkan Ija yang paling penting jangan kasi mereka " cenderakan emosi " kita ... kalau mereka-mereka tu cederakan emosi kita " kena balas dua kali ganda " ... " eh ! acik ni cam kejam sangat " balas Ija dengan ketawa ... " ayat acik x habis lagi lah ... balas dua kali ganda kebaikan " ... " Ija tahu , selalu acik cakap cam tu " itu lah anak saudara aku Siti Khadeeja
Aku selalu berangan untuk buat sesuatu yang berbeza bila berpeluang kembali bertugas di tempat dimana aku bermula ... waima sehingga kini masih tidak pasti bila ianya akan siap sepenuhnya ... penantian yang penuh dengan pengharapan ... menghampir ke angka 3 tahun aku berkelana tugas demi amanah yang digalas ... rasa rindu sangat untuk kembali bertugas disitu 😢
Ada juga aku bertandang ke tempat yang baru beroperasi selepas dinaik taraf hampir beberapa bulan ditutup ... tempat cantik , nyaman dan selesa ... ntah kenapa bila aku melangkah masuk , pandangan ini masih membayangkan situasi yang lama dan ntah kenapa aura keterujaan tidak hadir bersama ... mungkin aku sahaja yang berperasaan begitu kerana aku terlalu mengharapkan sesuatu kelainan yang luar biasa ... hehehe
Sesuatu yang aku belajar dan usaha untuk menerima seadanya ... #kitayangberbeza
Tuesday, September 29, 2020
menyemai impian ...
Bila menyemai impian tidak memerlukan modal
untuk beli tanah atau baja
hanya berbekal usaha dan doa
😍😍😍😍😍
Saturday, September 26, 2020
alahai letihnya ...
Tuesday, September 15, 2020
melukut
... September ni agak kalut dengan pelbagai arahan yang menuntut keikhlasan hati dalam memaknakan sebuah kebenaran , so untuk elak bias aku putuskan menunda membuat penilaian pada waktu dan tarikh yang lain ... sekadar scroll melihat pengisian apa yang perlu dinilai sahaja ... dan akhirnya aku abaikan jer ! bukan niat untuk menongkah arus kebiasaan tetapi aku hanya mengikut gerak hati
... Kerapkali aku rasa sedikit keliru dan kalut dengan arahan yang x konsisten berkaitan sesuatu perkara sebab arahan sentiasa berubah mengikut siapa yang memberi arahan ... dalam banyak hal aku ambil pendekatan lebih kepada memerhati dan menunggu arahan seterusnya serta berusaha keras untuk memberi yang terbaik atas semua permintaan .
... Arakian , berbaki 7 tahun ini ( dengan izin Nya ) aku hanya ikut flow , lebih memerhati , berusaha memenuhi arahan ( ... x kira masa ? ) , berusaha untuk kurangkan bersuara ( eh ! macam susah sangat kan ... hehehe ) .
... Ada ketika bila menyelusuri denai pengalaman yang pernah aku lalui ... aku teringat selalu buat perbandingan berkaitan perkataan " melukut "
Thursday, September 10, 2020
STRESS ...
Wednesday, September 9, 2020
... balas 2 X
... Alhamdulillah , selesai sudah salah satu proses rebranding yang memerlukan kudrat dari kawan-kawan , selama 2 hari berkampung waima dengan team yang berlainan ... terima kasih daun keladi untuk semua yang terlibat ... gotong royong hari pertama 7 September agak meletihkan kerana melibatkan kerja-kerja angkat mengangkat , mengasing , memindahkan serta memasukan buku-buku ke rak yang telah siap di labeling sementara ... apatah lagi cabaran memindahkan buku-buku dari GF ke tingkat 1 melalui tangga dengan kaedah rantaian guna tenaga ... maaf lah sebab memilih atau lebih kepada paksaan jer untuk merealisasikan jayanya semua buku rujukan sampai ke destinasinya ... Ayu , Fazilla , Raihan , Mar , Shima , Zamri , Din , Jaf ... termasuk tuan rumah Faie , Nurul dan Kak Jis .
... Hari ke 2 , gotong royong melibatkan staf lain lak , antara yang terlibat Suzana , Bunga , Fikah , Shima , Jaf dan Din serta staf tuan rumah ... gerak kerja agak lebih santai tapi memerlukan kesungguhan dan kesabaran sebab ianya melibatkan penyusunan semua buku mengikut klas dan proses mengira jumlah keseluruhan buku yang berada di rak ... alhamdulillah atas kerjasama semua staf terlibat selama 2 hari ... kerja dapat diselesaikan seperti yang dirancang ... terima kasih juga pada tuan rumah untuk jamuan yang best ...😍😍😍
... Tetiba aku teringat semasa perbincangan mengenai perancangan untuk gotong royong dijalankan , aku telah diarahkan untuk menunggu kehadiran Pegawai dari HQ di PD. Kampung Banting ... ok lah sebab ketika itu aku masih menguruskan kutipan hasil , bil utiliti , kad perakam dan hal-hal lain di PD. Batu 38 untuk dibawa ke HQ pada hari jumaat ... memandangkan lokasi antara keduanya tidak jauh dan masih dalam kawasan aku setuju sahaja ... aku gerak ke Kampung Banting ... alhamdulillah semua buku telah tersusun kemas ... tahniah fikah 😍😍
... Perincangan mengenai perancangan gotong royong bersambung di Pekan Dataran Sabak ... memula tu aku ambil pendekatan diam sahaja ... kerana aku aku anggap ulang siar perbincangan di Kampung Banting ... aku sekadar mencatat untuk rekod segala arahan ... aku terkesima kejap bila tetiba nama aku disebut untuk turut serta dalam gotong royong dan ntah kenapa ... spontan jer pulak boleh terkeluar ayat " saya perlu bawak rotan sekali ke " hehehehe ... ek ! awat lah ayat brutal ni leh terkeluar ... walaupun dalam nada bergurau aku dapat rasakan aura berbezaan pada mereka yang mendengarnya ... bak kata pepatah pepitih " sekilas ikan di air , tahu jantan betinanya " tapi apa nak dikatakan kata telah terlontar ... redha jer lah apa komen diorang .
... Mungkin ada yang tertanya dan tersalah sangka bila kerap sangat ungkapan ni aku lafazkan " kalau korang sekali , kak mis akan balas 2 kali " ayat ni aku lafazkan untuk motivasi diri sendiri sebenar atau sekadar memujuk diri untuk tidak ambil peduli sangat atas tindakan atau perbuatan yang mengguris hati ... setiap kali hati ini terluka atas perbuatan mereka ... aku akan balas 2 kali ganda kebaikan kepada mereka , itulah terapi untuk hilangkan rasa sedih dalam hati 😃😃😃😃
Saturday, August 22, 2020
saat mata hanya mampu memandang ...
Wednesday, August 12, 2020
salah siapa ...

Aghh ! kapan bisa keluar dari sini ... bantuin dong ! 🙏🙏🙏
S
A
L
A
H
S
I
A
P
A
?
?
?
...
...
...
M
O
G
A
A
D
A
S
I
N
A
R
U
N
T
U
K
S
E
M
U
A
I
N
I
AAMIIN
Thursday, July 30, 2020
Friday, July 24, 2020
x suka ? ... x apa
... Aku teringat kata-kata sempoi dari Siti Khadeeja ( Ija - anak saudara ) bila aku ajukan persoalan " pernah x Ija rasa ada member kat sekolah yang x suka dengan Ija " sambil tu aku perhati reaksinya " ntahlah ... ada kut " selambanya nada suaranya " ada kut ?? " nada terkejut aku " yelah ... kekadang tu bila berselisih jalan kita senyum , dia buat x tahu jer ... kalau sesekali x pe , ni selalu macam tu ... Ija anggap jer dia x suka dengan Ija " jawab Ija dengan nada bersungguh " lagipun dia ada group dia sendiri , Ija x kisah pun ramai lagi kawan lain ... biar je lah dia " itulah Siti Khadeeja ... kekadang aku mengambil motivasi dari sikap Siti Khadeeja
... Tipulah kalau aku kata aku x rasa sesuatu pun ketika mendengar ada orang memperkatakan sesuatu tentang diri kita kan ... ada ketika aku jadi lemah sangat ... rasa letih sangat ... rasa down sangat tapi semua tu aku usaha untuk x nak fikir ... hampir 31 tahun mengharungi dunia pekerjaan dan bakal menghampiri garisan penamat 7 tahun lagi ... sebenarnya tiada apa pun yang perlu aku ambil hati sangat sebab rasanya lebih dari ini telah dilalui ... hanya mungkin atas faktor usia yang membuatkan hati mudah terasa dan terguris ... itu pun x lama , rasa terguris tu hanya bertapak sekejap dalam hati sebab aku selalu bisik kat hati " x suka ? ... x apa " hahaha
... Kehidupan ini , bukan sekadar memenuhi atau menjayakan keinginan orang lain kan ... bukan juga untuk menggembirakan orang lain ... lalui semuanya dengan cara sendiri ... perbaiki diri ... berlapang dada ... raikan perbezaan dengan belajar menerima kelebihan dan kelemahan ... berbahagialah dengan cara kita sendiri .
Tuesday, July 7, 2020
pilihan ...
Saturday, June 27, 2020
norma baru ...
... Ada sesuatu norma baru yang ada unsur kejutan sangat ... adalah bila iklan perjawatan dan tarikh tutup iklan hanya berselang satu hari ... jarak untuk dipanggil interview juga hanya berselang 3 hari dari surat mohon dihantar melalui email ... maka terkejut juga mereka yang memohon ... dan lagi memberi kejutan bila mana ... staf yang tidak memohon juga diarahkan hadir interview dua hari berselang selepas interview pertama ... dan jemputan untuk hadir interview dihantar melalui whatssap jam 12.07 am ... dan lebih memeritkan bila lantikan untuk jawatan adalah daripada interview kedua iaitu melibatkan mereka yang tidak memohon ... cian kan untuk mereka yang ikut prosedur ... x pe lah bukan rezeki diorng , cuba lagi ek ... jangan pernah bosan untuk mencuba !
... Norma baru yang penuh cabaran yang akan jadi kebiasaan ... sanitizer , facemask dan infrared thermometer dah rutin ... #kitajagakita ... moga covid 19 cepat berakhir .
Thursday, June 25, 2020
kasut
Tuesday, June 23, 2020
Suatu ketika ...
maka kepada siapakah orang bodoh hendak mencari teladan.
Jika seorang fakir ( sufi ) sudah menyukai dunia , mencari kesenangan
dengan pakaian , harta dan perempuan,
maka kepada siapakah orang yang hendak membersihkan diri
mesti mencari ikutan "
bait kata dari buku " Indahnya Tasawuf Dan Hidup Sufi "
oleh
Ustaz Yusri Abdul Karim
... Suatu ketika , dalam perjalanan balik dari ofis aku memandu kereta dengan airmata yang mengalir ... terasa begitu sebak dengan apa yang berlaku dan aku lalui seharian ... terasa lega dan hapus semua rasa sebak serta sedih sangat tu ... lain orang lain cara , ada orang suka cerita kat sahabat ... ada orang luah semua rasa kat muka buku ... aku memilih untuk diam ... dan simpan semua rasa tu sendiri ... bukan aku x nak share ... bagi aku diam adalah langkah yang terbaik ... ada juga aku kias-kias dalam perbualan sebagai terapi untuk elakkan stress .
... Suatu ketika , saat semua yang ada disekeliling seakan menunding jari ke arah aku ... hari yang aku rasakan kesendirian teramat sangat tanpa ada sesiapa yang cuba memahami apa sebenarnya berlaku ... aku hanya mampu memandang insan-insan penakut untuk melontarkan kebenaran ... menyembunyi diri dibalik kuasa ... saling sandar menyandar antara satu sama lain ... salah ke atau berdosa ke untuk berkata benar ...
... Suatu ketika , aku dah x tahu nak kata apa yang ada dalam kotak fikir saat itu ... terasa bergetar suara ini memberi salam bila mana saat kaki melangkah " %&*# ...%&*# ...%&*# " dihamburkan kata-kata yang x terjangkau dek akal waras ... aku memandang seolah-olah telinga ni tuli dan aku membiarkan sahaja bebelan dengan nada suara yang sengaja ditinggikan ... aku berusaha mengawal suara dengan tangan dan kaki yang gementar menahan gelojak rasa ... semua gara-gara peristiwa 9 Mei 2019 yang akan kekal dalam ingatan meskipun pahit , hanya kerana kunci ... yup kerana kunci yang ada dalaman simpanan aku ( itu pun atas pengetahuan pihak atasan ) ... salahnya aku guna kunci itu juga atas arahan pihak yang aku x upaya untuk engkar ... meskipun aku mohon pengertian untuk memaklumkan terlebih dahulu kepada individu yang berkenaan ... maka bertebarlah fitnah dari mereka yang aku anggap adik-adik ... hingga saat ini bila membaca semula perbualan dalam whatssap yang memperkatakan mengenai perkara ini " kunci stor brg2 daerah amanah kat H jage ... rupenye M ( aku lah tu ) duplicate kunci ... mrah lah dia " kata Z " Mmg la kalau cam tu , Belum2 dah nak berkuasa tu " balas W " tp mmg ptt lah kne mrah ...arahan kuase pgang kunci xde ..pandai2 copy ... mndapat lah " balas Z " kantoinye td..kunci kt H .. tibe2 stor M dh bukak " kata Z " lpas tu org saklam anggap kak M pegawai kat berbanding H " balas W ... begitu sekali tanggapan mereka pada aku ... bila aku bersemuka dengan individu H yang mengamok sakan berkaitan kunci ini ... lain lak jalan ceritanya ... dari 3 kunci yang ada dalam simpanan H , bila aku minta H kira depan aku ternyata hanya ada 2 sahaja ... ini bermakna aku x buat pendua pun kunci tapi aku ambil dan ianya dalam pengetahuan H ... aku ambil keputusan menyerahkan semula kunci dan semua fail yang berkaitan kerana aku nekad untuk tidak ambil tahu lagi segala urusan yang ada hubungan atau sebagainya.
... Suatu ketika , budak Z ni ada bercerita berkaitan status perjawatan yang masih kekal begitu walaupun dah hampir 5 tahun berkhidmat ... aku tetap sudi meminjamkan telinga ini dan meluang masa untuk mendengar luahan hati nya ... aku buang jauh rasa marah atas perbuatan yang telah dilakukannya ... aku bukan pendendam hanya lebih berhati-hati dalam setiap kata yang terlontar ... serik rasanya dan aku takut x mampu untuk bersabar lagi ... untuk individu W , aku dekati agar lebih faham dan kenal aku ... waima dalam beberapa hal aku perhati jer , sebab selagi aku boleh bersabar ... aku akan bersabar meskipun aku ada banyak peluang dan ruang untuk balas baik apa yang mereka buat kat aku 😃😃😃😃
...
Monday, June 22, 2020
KUBAK - Part 2
Friday, June 19, 2020
... eh ! ada juga ek orang cam gini ... hihihi
... Selesai berbincang tindakan yang seharusnya untuk settle dan beri wajah baru serta mendapat kelulusan ... maka diputuskan beberapa solusi yang terbaik perlu dilakukan ... terima kasih pada yang sudi meringankan beban dan sesama berganding bahu ... semua laporan sebelum dan selepas telah dimaklumkan kepada yang berkenaan ... alhamdulillah kerja-kerja dapat diselesaikan pada 9 Jun .
... 10 - 11 Jun , aku hanya kerja bertugas half day kat situ sebab kena settlekan tugas hakiki aku di penempatan aku sekarang ... 12 Jun aku ke HQ hantar pelbagai yang menjadi rutin aku setiap bulan .. so 15 Jun aku bertugas seharian di situ ... aku sekali teruja menunggu kunjungan dari user dari jam 9.00 am hingga 6.00 pm ... sesambil tu aku ubah lagi susun atur perabot untuk keselesaan jika tamu datang bertandang ... sesekejap aku berdiri di depan pintu utama memandang sawah padi dan menikmati damainya tiupan angin ... hati terdetik " mana semua orang ni ... mai lah datang sini " 😔😔
... 16 Jun , hari last aku bertugas kat situ ... aku hanya duduk sambil semak fail-fail jer ... x nak usik kerja-kerja orang sekadar tengok2 dan susun bagi kemas ... ye lah nak baca buku-buku yang ada kat situ memang x lah ... atas faktor kesihatan aku memang x akan sentuh tanpa pakai glove ... lagipun aku memang jarang baca buku kat tempat kerja ... itu prinsip aku ! , aku pusing keliling bangunan letak sesuatu untuk hindarkan makhluk kecik comel dari menghuru-hara khazanah berharga dalam bangunan ... kat dalam pun aku letak juga di lokasi yang x tercapai oleh user .
... 4.30 pm , aku dikejutkan dengan kehadiran owner " eh ! awalnya nak ambil kunci " aku berbisik sendiri ... apakah owner pun teruja nak tengok hasil tinggal sebelum PKP ... semasa PKP dan PKPB ... la ni PKPP , aku dok perhati jer dan tunggu jer reaksi dan lontaran ayat pertama yang akan menerjah gegendang telinga ni ... hehehe
... " kak ... saya sebenarnya masuk kerja hari ni , terlepas pandang lak " dengan suara manja itu lah ayat pertama yang aku dengar ... " akak memang dah tahu sepatutnya masuk kerja 16 Jun ... tapi bila dimaklumkan akan mula kerja 17 Jun ... akak stay sini " itu nada tegas suara aku ... lepas tu aku hanya dengar sahaja owner bercakap dengan alasan ... demi alasan ... dan alasan , sambil matanya dok perhati keliling ... aku pulak sibuk mengemas barang peribadi untuk keluar ... aku istighfar dalam hati ... itu yang terbaik ! ... memandangkan itu hari terakhir tugasan di situ ... aku terangkan serba ringkas berkaitan SOP yang perlu dipatuhi dan beberapa perkara yang perlu owner tahu ... masa menyerahkan kunci kepada pemiliknya ... " akak serahkan semula kunci ni ... dan minta maaf berkaitan fail yang terkena air tu sebab x di maklumkan ... isi ye borang cuti untuk hari ni dan esok ... " bila dimaklumkan esok akan ada urusan anak dan peribadi yang perlu disettlekan ... " eh kat mana ye borang cuti nya " keluhnya lagi ( ermm tempat sendiri pun x tahu mana simpan )" ada kat tray tu ... akak dah kemaskan " mendatar jer suara aku ( ... kelemahan aku adalah x boleh selindung kalau aku x berkenan dengan sesuatu perkara ) .
... 4.50 pm , maka berakhirlah tugasan aku di situ , pengalaman berharga yang akan sentiasa jadi kenangan ... kekadang aku terfikir apakah sebenarnya yang berlaku ... masa menghidupkan enjin kereta , aku merenung lama bangunan dan sekitar yang damai ... alangkah ruginya tempat indah ( kalau dijaga dengan baik ) tetapi tidak dimanfaat dengan sepatutnya .
... hari-hari seterusnya , aku hanya mengintai suasana di situ lewat status whatssap yang diupdate ... meskipun hanya sekadar yang indah-indah belaka dan tanpa ungkapan terima kasih ... aku harap semua yang telah dipercantikkan akan kekal begitu ... x perlulah nak buat gotong royong lagi ... jangan dilupa ye ... gambar sebelum dan selepas tersimpan kemas untuk dirujuk jika ada keperluannya dibelakang hari .
... memang ek ! orang yang ada sijil besar ( bukan semua ye ... jgn sentap 😜 ) ... perkataan terima kasih tiada dalam perbendaharaan kata diorng ... so aku pesan kat kekawan yang terlibat kasi settle tempat ini dari setinggan kepada villa ... x yah lah nak kecik hati ek !! 😉😉😉
... terima kasih semua ... Parit 14 , Parit 8 , Tebuk Berihun , Batu 38 dan bro yang kasi settle bab air tu ... jasa korang tetap dalam ingatan ...
Wednesday, June 3, 2020
sekadar catatan
Tuesday, June 2, 2020
... antara tenang dan senang
... Dua zaman itu telah aku lalui ... kini aku pilih untuk menghayati dan nikmati kehidupan dengan tenang dan senang ... selesaikan tugasan sebaik mungkin meskipun ada ketika bukan senang tapi hadapi jer dengan tenang ...