Thursday, January 14, 2010

Brainstorming Outcomes Aktiviti 2010

khusyuk !

mek , nora & me

nurul ... cuba buat origami


berkongsi idea utk aktiviti

12 - 13 January 2010

... 2 hari berkampung kat lib daerah untuk membincangkan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010 ... banyak idea tercurah ... dan tercatat ... dan telah pun diserahkan kepada pihak pengurusan untuk disemak kesesuaiannya ... memandangkan semua aktiviti yang dirancang untuk bulanan ni termasuk dalam category zero cost ... maka kena kreatif untuk mengguna sumber yang dipersekitaran kerja ... !

... aku pun tengah pusing memikirkan ... klu nak buat kat lib aku ni ... dimana lah ruang yang paling sesuai ... aku harap sangat permohonan untuk bilik tingkat 1 tu berjaya ... kalau x aku mesti gagal untuk capai sasaran 40 aktiviti setahun ...

... so terpaksa lah aku ambik mana2 akitiviti yang sesuai dengan situasi lib ... dan drafkan untuk setahun ... set kan jugak 3 aktiviti yang boleh mohon budget !

... rasanya dah hampir 16 tahun ... itu lah rutin kerja aku di awal tahun ... memang nampak biasa jer ... boleh jer kalau nak copy paste dari tahun2 sebelumnya tapi hati aku ni degil ... rasa jemu lak buat benda sama ... klu aku sendiri dah jemu ... apatah lagi bebudak & pengguna

* ... selalu tu yang jadi masalah bila nk buat aktiviti ni ... kekangan kos


Thursday, January 7, 2010

Doa

... ini sebenarnya kisah minggu lepas ... sehari selepas sambutan tahun baru 2010 ... seorang teman zaman sekolah dulu ada call ... sembang2 biasa pasal sasaran atau azam baru ... memandangkan aku hanya menyambung azam yang x tercapai tahun 2009 atau tahun2 sebelumnya ... aku x lah teruja sangat nak berbahas pasal hal ni ... lagipun masa tu gusi aku tengah bengkak dan teramatlah sakitnya !

... mungkin jugak sebab aku lebih banyak diam jer ... so dia bagi satu lagi cadangan untuk aku jadikan azam 2010 ni ... kena lupuskan status single ... ek ! ke situ pulak dah ... hampir 30 minit gak aku dengar ceramah melalui gagang talipon ( ... nasib baik dia yang call aku ... klu x haru gak nk bayar bil )

... cuma yang aku nak kongsi kat sini ... bila dia sentuh pasal doa anak-anak soleh / solehah yang bakal menjadi bekalan bila nyawa tiada dijasad ... selain dari amalan dan amal jariah sepanjang hidup kita ... dia kata aku dalam golongan yang kerugian sebab masih sendiri ... emm ! sebenarnya aku teringin nak mencelah tapi kesakitan ini menghalang ... so aku cakap kat dia " ... nanti lah aku cakap kat blog yerk ! " ... hehehe

... aku setuju sangat atas hujah panjang lebar dia tu ... cuma aku nak ingatkan kat dia ... soal jodoh , rezeki , ajal dan lain2 tu ... semua Allah yang tentukan ... sebagai hambaNya kita hanya usaha dan doa ... dan kepada sesiapa saja yang ada anak tu ... selain didikan yang baik ... pastikan jugak kita sebagai pemikul amanah ni ... carilah rezeki dengan cara yang diredhai ... sumber yang diredhai ... jalan yang diredhai ... sebab apa yang dinikmati akan jadi darah daging .... takut kecewa bila doa yang kita harapkan tidak kesampaian saat kita amat memerlukan !

* ... terima kasih ek ! ... sebab selalu mengingatkan bila aku sering terlupa ...

Tuesday, January 5, 2010

masih disini


... aku masih disini ... ini adalah tahun ke 16 ... dan sehingga catatan ini aku tulis ... sesungguhnya aku masih disini ... jangan tanya samada aku terharu , gembira atau terluka kerana telah berada kat sini untuk tahun ke 16 pada okt nanti !
... 16 tahun ! aku pun x sangka yang aku dah berada kat sini begitu lama ... dan bersilih ganti teman sepejabat ... ada yang dah bersara .... ada yang dah kembali padaNya ... semuanya silih bertukar ... kecuali AKU ... ya kecuali aku yang masih setia disini !
* adakah ini tanda AKU setia atau bagaimana ? ... aku masih mencari jawapannya ... sungguh !!

Wednesday, December 30, 2009

LaMbAiAn 2010

... pada aku ' benda ' ni harus ada !

... nape ek mesti ada bunga api bila
sambut baru ?

... bila nk masuk tahun baru ... terjumpa je kekawan ... mesti tanya ' apa azam tahun 2010 ? ' ... ntah lah ! susah nak cakap ... sebab banyak sangat perkara2 yang sepatutnya aku capai pada 2009 atau tahun2 sebelumnya masih lagi x sempurna ... so 2010 ni ... aku harap dapat langsaikan semuanya ... boleh gitu ?
... hanya untuk 2010 ni aku berharap sangat dapat jalankan amanah sebaik mungkin ... x kira lah sebagai pekerja ke ... sebagai umat ... atau sebagai hambaNya ... klu boleh x nak ulangi lagi perkara2 yang bikin sakit hati atau kepala pusing macam tahun 2009 !
... buat semua kekawan Semarakkan 2010 dengan kegemilangan !

Tuesday, December 29, 2009

khabar angin !

... fuhh ! tadi aku dapat info yang berkaitan dengan ruang lingkup yang ada kat sekeliling aku ... tapi aku ambik sikap x endah jer ... malas nak fikir atau nak ambik tahu lebih2 ... selagi x ada hitam putihnya ... selagi tu lah aku ragui kesahihannya

... aku x nak perkara lama berulang lagi ... sebab sesiapa pun berhak bercakap ... aku serik dan x rela dianggap pencetus gelora walaupun hakikatnya tidak begitu ... meskipun aku yakin akan kebenaran tetap ada tapi adakalanya aku kalah dek emosi ... !

* ... terima apa saje ... sesungguh Allah Maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya

Saturday, December 26, 2009

tertunai sudah janji ...

adib & ammar




















aku rasa lega sebab dah tunaikan janji pada adib & amar
walaupun bukan aku yang bawak diorang gi bercuti kat Lumut
tapi abang & kakak ipar
sekurang2nya terubat jugak rasa kecewa diorang
sebab
x dapat ikut aku masa hari keluarga kat Sunway tempohari
mula tu memang aku nak ikut sekali
tapi terpaksa batalkan sebab mata aku ni sensitif sikit dengan cahaya matahari
sejak diserang sakit mata awal november lalu
sampai la ni masih x baik sepenuhnya


lepas ni aku cakap kat diorang
malas nak janji lagi !

walaupun tempat ni x le sehebat Sunway
kira ok gak ... sebab ada kolam renang
melihat aksi mereka berendam
aku yakin sangat diorang seronok !

terima kasih kat abang
yang sudi menunaikan janji bagi pihak aku
dan terima kasih sebab belikan aku kasut ... hehehe

so


sekarang ni aku berjanji kat diri aku sendiri
nak settle semua kerja
walaupun bukan kerja hakiki aku


*
... ingat untuk diri
jangan suka berjanji
kalau x pasti akan mampu dipenuhi
dan
jangan suka mungkiri janji






























Wednesday, December 23, 2009

pelangi petang



... semalam masa balik ofis dalam hujan lebat tu ... aku terpandang sejalur pelangi ... hati terdetik " subhanallah ... subhanallah ... subhanallah " ... aku memandu perlahan kat lorong kiri dan klik .. klik ... inilah hasilnya


... aku x tahu bila kali terakhir aku melihat pelangi ... rasa dah lama sangat pun ... cuma aku rasa pelangi yang aku lihat semalam agak aneh sikit ... sebab dalam hujan lebat ...!

* ... Allah maha mengetahui atas setiap kejadian ciptaanNya

Tuesday, December 22, 2009

menikmati juadah yang ada ...

kenangan yang x mungkin pudar

2 kek untuk mas


sebak ! semoga Allah permudahkan segalanya
untuk mas
sepatah kata dari mas ...

teman2 yang hadir ...


... ni gambar semalam ketika majlis perpisahan untuk Normasitah yang akan melanjutkan pengajiannya ... sebenarnya majlis dah rancang lama tapi memandangkan masing2 sibuk dengan
rutin harian ... so semalam adalah tarikh terakhir yang difikirkan sesuai sebab ramai kekawan yang sedang bercuti dapat menghadirinya !

... pagi tu aku rasa cemas jugak sebab info yang aku terima " ... mas x dapat dihubungi " ... alahai ! macam mana pulak ni ... kalau orang yang nk diraikan x dapat dikesan ... hingga lah jam 1.30 ... aku terima mesej " ... majlis jadi " ... dan aku mula pening kepala nak bawak apa ni ... jam
2.00 ptg apa yang aku rancang nk masak dan bawak masih x siap lagi ! terpaksa le beli kuih je !

... alhamdulillah , walaupun juadahnya nampak sempoi jer ... tapi yang penting hasrat untuk meraikan sebagai tanda persahabatan yang terjalin sepanjang 4 tahun mas berkhidmatan terlaksana ... terasa sebak jugak bila mendengar kata2 aluan dari nya ... walaupun aku bukan le
dari daerah perkhidmatan yang sama tapi rasa aku lebih terasa dekat mungkin sebab aku dari
daerah sebelah sini .

... dari kaca mata aku ... mas yang aku kenal begitu sederhana dalam segala hal ... rajin dan tahu
apa yang diinginkannya dalam hidup ... aku doakan dia berjaya dalam pengajian , kerjaya dan
kehidupan .

Jauh- jauh seluang melaut
Ke lubuk jua ia kembali
Semoga ikat ukhuwah sentiasa bertaut
Bagaikan tali tersimpul mati

* ... kekadang tu aku berfikir nakal " ... nape ye ... mereka2 yang punyai wawasan sering
beralih arah dan berpaling dari sini " ... kenapa ek ?????



sekadar coretan ...

bersama bunga & sumariah

aina & baby

aina , bunga, baby & salizah

... gambar2 ni aku rakamkan kat dalam bilik hotel masa hari keluarga PPAS dua minggu lepas ... kat hotel Pyramid Tower , Sunway PJ...
12 Disember ... berkumpul kat depan Pej. Daerah seawal jam 5.00 pg ... disebabkan bukan semua tahu jalan ... so pagi tu kami pergi berkonvoi lah ... biasalah kalau dah pegang stering tu adakalanya memang kita x perasan pada kelajuan dan kekawan lain yang membontot kat belakang ... aku x bawak kereta pun sekadar menumpang jer !
... tapi alhamdulillah semuanya selamat sampai kat lokasi ... selepas selesai pendaftaran di tingkat CP3 ... kami berhimpun kat Dew. Pyramid 1 untuk teambuilding 11 ... pengisian dalam taembuilding 11 ni ... aku anggapan sebagai kesinambungan dari rebranding yang pernah diadakan kat Blue Wave sekitar bulan Februari lepas ... bezanya cuma kali ini melibatkan ahli keluarga ... diharapkan semoga pengisian ni dapat diterjemahkan dalam kehiduapan seharian ... insyaAllah
... aku ambik kesempatan jugak nak ucapan tahniah kat Ita ( PD. Ijok ) yang menerima anugerah khidmat cemerlang bagi tahun 2008 !
13 Disembar ... aktiviti hari ni lebih kepada indoor games ... sesekali terlibat sama dalam akitiviti macam gini best jugak ek !
... aku sampai kat rumah sekitar jam 5.00 ptg ... terima kasih bunga yang sudi hantar aku sampai kat depan rumah !
* ... x berani nak bagi komen lebih2 ... sebab setiap dari kita punyai pesepsi yang berbeza !

Thursday, December 17, 2009

.. bermula dengan kosong

salam ... salam Maal Hijrah 1431

... tiada apa-apa lagi yang tinggal kecuali nama baik ... itu pun kalau barangkali nama baik ini masih kekal baik atau setidak-tidaknya pernah tercemar dan terpalit lumpur ... namun pedulikan semua itu ... kerana hidup perlu diteruskan ... x kira lah apa tanggapan orang pada kita !

... ku toleh ke belakang untuk menyuruti jejak-jejak yang pernah ku lalui sepanjang 2009 ... dan mencari ' aku ' dalam setiap langkah ... nyata ' aku ' masih keliru dalam menilai segala-gala yang ada disekitar ini ... bila kita suka pada yang indah yang melalaikan ... bila teruja pada puji dan sanjung ... bila gagal menilai yang tersurat dan tersirat ... maka aku putuskan yang aku sebenarnya telah gagal untuk merealisasikan azam ... !

... dan esok aku akan bermula dengan kosong ... semoga kali ini aku akan lebih tabah ... cekal ... sabar dan bersemangat untuk memulakannya sekali lagi ... demi amanah serta nama baik !
setiap langkah yang akan ku atur biarlah setara ... lebih mendengar dari berkata2 ... kerana itu rasa lebih baik untuk semua .

* ... buat semua teman semoga 1431H ini lebih berjaya !

Wednesday, December 16, 2009

dari dalam diri ...

tertanam seketul daging dalam diri
terkadang gembira... adakala nestapa
tersimpul sejuta rasa ... tak terungkap dengan kata
nyata dari pandangan mata tapi kabut dalam nyata
terperangkap dek kepura-puraan yang menyeksa !

ku sujud pada Mu
ku mohon sangat-sangat
beriku petunjuk lorong keredhaan Mu
beriku hidayah Mu dalam setiap langkah
beriku nur Mu menyuluh disegenap nurani

Ya Allah ...
sesungguhnya ku mohon .

Monday, December 7, 2009

sama tapi x serupa !

along ... didi dan akmal ( berdiri )
am ... alif dan adib




... gambar ni lak .. aku rakam kan masa raya aidil adha lepas ...! aku hanya shoot 3 keping jer ... sebab diorang bukan nya suka sesangat nak bergambar ... nak suruh buat gaya lain pun ... semuanya malu2 ... so ini lah gambar " sama tapi x serupa " tu !
* ... acik doakan semuanya berjaya ek !

layan gambar ek !

linda .. aku ... farah & ayu

aini .. maya .. ija ... mayang & kekawan lain yg sama kump.
dgn aku ( maaflah x ingat nama )


ni lah game yg buat kami semua teruja ! ... hehehe


semua khusyuk dengan game ni ... !

salam ...
gambar ni aku rakamkan masa menghadiri bengkel I-Play anjuran PPAS kat Shah Alam , 20 nov lepas ( satu tarikh yang akan kekal dlm ingatan aku ) ... peserta bengkel ni melibatkan staff dari PPAS dan PDPNM dari beberapa daerah ... sebab tu x ramai yang aku kenal ...!
... semasa bengkel tu kami di pecahkan kepada beberapa kumpulan ... so masa tu le baru aku kenal beberapa kawan baru ... sebenarnya x banyak game yang dapat dimainkan sebab kekangan masa ... tapi yang bestnya bila semua kena main ala2 game galah panjang ! teringat lak macam masa kecik2 dulu .... hehehe
* best jugak bila ada bengkel macam ni ... yelah masa aku bebudak dulu mane game macam gini ek !


Tuesday, November 24, 2009

di luar jendela ....

senja itu ...
ku renungi titisan hujan
titis demi tits jatuh ke bumi
seakan tiada hentinya
bumi seolah-olah pasrah
pada hukum karma dan alam

senja itu
ku renungi jauh dalam diri
ada sendu dan airmata
aku lemas dalam emosi
ingin aku laungkan pada sekelian alam
" akukah yang bersalah ?'

di luar jendela senja itu ...
ku cari diriku sendiri
dalam titisan hujan
dalam laut airmata di hati
sesungguhnya
aku tetap aku
insan kerdil yang tak punya apa
hanya hamba padaNya

Monday, November 23, 2009

maaf ... !


salam ...
" ... maaf ... maaf ... dan maaf ! " ... hanya itu yang mampu aku lafazkan ... jauh disudut hati ini x pernah terdetik sedikit pun untuk melukakan atau menimbulkan suasana gelora ... sesungguhnya tidak pernah ... tapi adakalanya tanpa sedar ... mungkin juga atas kelemahan diri sendiri ... aku x dapat lari dari khilaf yang mengguris hati insan lain ...
* ... kemaafan mungkin mudah dilafaz ... tapi untuk memaafkan ... aku hanya mampu berdoa ... berharap dan menyerah padaNya

Friday, November 13, 2009

bodek ????

... bodek ! biasa dengar perkataan ni diucapkan ... kat mana2 pun ... bila ada sesuatu yang kita rasa dangkal dan macam x kena jer dengan situasi atau lain daripada yang lihat maka kekadang tu spontan jer istilah " bodek ' meluncur dari bibir kita kan !

... masa kursus baru2 ni ... fasilitator ada menyentuh pasal bodek ni ... katanya " ... sape kata bodek tu salah ? " ... memang ramai yang angkat tangan setuju ... termasuk le aku !
" ... bodek ni x salah ... dalam kehidupan kita kena bodek untuk berjaya ... sebab dengan Allah pun kita kena bodek " ... aku terdiam ... ek ! boleh gitu ke ?

... secara peribadi aku x setuju langsung dengan pandangan fasilitator tu ( .. maaflah En . Khairul Anuar ) ... bagi aku untuk berjaya dalam kehidupan atau kerjaya ... aku masih lagi berpegang pada usaha ... doa ... tawakal !

... dalam meneruskan kelangsungan sebuah kehidupan ... kita x dapat lari dari menemui golongan yang sebegini :

* pandai buat kerje dan pandai bodek
- aku anggap mereka ni punyai pakej lengkap untuk berjaya ... sebab punyai dua kemahiran yang saling mendokong dan menyokong ke arah capai hasrat lebih cepat !

* pandai buat kerje tapi x pandai bodek
- aku sifatkan mereka ni akan berjaya jua akhirnya walaupun lama dalam penantian ... tapi berbaloi sebab semuanya atas usaha sendiri ... so x de orang akan pertikaikan ... !

* pandai bodek tapi x pandai buat kerja
- yang ni memang banyak dan selalu kita jumpa ... mudah capai kejayaan tapi lebih kepada syok sendiri ... dan berbangga lah sebab sebab dah berjaya mencaras peluang mereka2 yang lebih berhak ... hehehe

* x pandai buat kerja dan x pandai bodek
- hak yang ni ... aku susah nak bagi komen ... kena le muhassabah diri ... kalau x hanya layak jadi hamba sahaya jer ! ... jangan putus asa ... akan ada jalan kalau ada kemahuan untuk berjaya !

* ... ini hanya komen peribadi jer ... x de hal nya dengan mereka yang masih ada atau yang telah tiada erk !

Thursday, November 12, 2009

yani & nani ( Perlis ) kak fauziah ( Perak) me , ila ( neg.9)
sari ( Johor )

ni semua peserta lelaki yg hadir masa kursus tu

peserta pompuan lebih daripada lelaki ... hehehe

kak jisma ... asyik menari poco-poco ... caya lah !
dapat posing jer kat kolam renang ...


saje jer !

yazid , kak jis , En. Khairul Anuar , kak nab , aku dan din

rajin sebilik ... ila , aku dan sari

me & sariah

... semalam masa singgah kat lib daerah ... yazid ada tanya " ... bila nk masukan gambar kat blog ? " ... sempat jugak tengok gambar2 yang dirakamnya ... lagipun aku x sempat nak jumpa
kak jis untuk ambik gambar dirakamnya ... InsyaAllah klu dah terima gambar dari yazid dan kak jis ... aku akan masukan lagi kat blog ni ...

... sepanjang kursus tu ... aku paling takut klu kumpulan aku gagal dalam tugasan ... bukannya apa pun ... cuma aku x sanggup nak buat aksi kawat gorila ... !

... banyak cerita2 lucu dan menyeramkan sepanjang kursus ni ... tapi x leh cerita kat sini ... pada
kak nab dan kak jis ... insiden malam tu memang x dapat dilupakan ... hehehehe

... buat nan n yani ... cerita korang buat akak takut jugak ... tapi terpaksa pura2 berani ... susah
jugak kalau semua satu rumah dah takut kan ...

... buat sariah ... terima kasih sebab bagi one drop perfume tu ... dan berlatih le selalu untuk jadi
emce ...

... buat kak fauziah ... aku teruja sangat nk simpan rambut panjang macam akak ... dan maaf sesangat jika ada tutur bicara yang terlebih sepanjang masa kursus tu !

... buat ila ... semoga kita akan jumpa lagi ... tahniah le sebab neg.9 dah berjaya dlm Piala Malaysia

* ... Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Wednesday, November 11, 2009

hanya atas kertas ...

... pagi tadi aku singgah kat lib daerah untuk serah borang pinjaman komputer dan ambik katrij untuk printer ofis aku yang dah tersasar kat pd lain lak ... dan info terkini yang aku terima melalui fax kat lib daerah tadi ... 20 Nov ni kena gi bengkel I-Play kat Bilik Aktiviti Kanak2 di HQ ... pendaftaran jam 8.30 pagi ... alahai ! baru jer balik dari kursus dan kena gi bengkel lak ... tapi bagus jugak untuk luaskan pengetahuan ... kata orang " ... untuk berjaya ... ilmu kena di cari ... kena lah bersyukur sebab nama tersenaraikan ! "

... dan aku sempat juga bincangkan pasal fail meja yang aku terima 3 minggu lepas ... berkali2 meneliti rentetan tulisan yang tertera kat kertas tu ... aku jadi keliru ... sebab berbeza sesangat dengan rutin tugas yang aku laku dari dulu hingga kini ... amat berbeza !

... so nak ikut mana satu ni ... yang tertera kat fail meja tu ke atau meneruskan rutin kerja macam sekarang ni ... kalau ikut senarai kat fail meja tu ... maka banyak le kerja2 yang tertangguh ... sebab x de sesiapa pun yang menunjukkan minat ke arah itu ... yang hampehnya dan buat aku rasa blurr ... bila aku terangkan pasal senarai kerja baru ni ... masing2 tunjuk respon ala2 sengal gitu !

... dilema gini mungkin jugak dirasai oleh kamu ... kamu ... kamu ... dan kamu juga kan ! apa tindakan seterusnya ... aku masih memikirkan .... dan tetap meneruskan rutin kerja macam dulu walaupun sebenarnya bukan tugas hakiki ...

... sebab nak membuang biasa dalam diri setiap insan ... samalah macam nak lentur buluh ... dan aku sendiri belum cukup kuat untuk melakukannya ...

* ... yang indah hanya rupa ... yang sejati hanya hati yang murni ... !

Tuesday, November 10, 2009

pemantapan diri ...

... semalam aku memulakan semula rutin harian selepas balik dari Kursus Pemantapan Diri di Seri Dinar Trainning Retreat , Janda Baik ... Bentong , Pahang ... anjuran PNM ... 5 peserta bagi setiap negeri termasuk lah peserta dari Sabah & Sawarak ...

... Fasilitator sepanjang 4 hari kursus tu dikendalikan oleh En. Khairol Anuar Masuan dari LEAN Consulting & Associates ... aku rasa inilah kursus yang paling santai ... tanpa stress dan ala2 bercuti jer ... tapi penuh manfaat pada sesiapa yang benar2 menghayatinya ... sebab sesiapa yang mencari ilmu maka ilmu lah yang diperolehinya ... begitu jugak sebaliknya ... so balik dari kursus ni ... kena lah masing2 x-ray minda ... pastu fikirlah apa yang ilmu yang boleh dimanfaat pada diri atau dalam perkhidmatan .

... cuma aku sedikit gusar bila bas mulai memanjat bukit ... dan lalui sempit menuju ke Seri Dinar ... ngeri dan cemas untuk melihat keluar ...

* ... salam persahabatan yang berpanjangan untuk teman sebilik sepanjang kursus tu ... Sariah ( Johor ) ... Nani & Yani ( Perlis) ... Kak Fauziah ( Perak ) dan Ila ( Neg.9 ) bila agaknya kita leh jumpa lagi ek !