"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Thursday, June 11, 2009
aduss ! pusing ...
... dari 8 aktiviti yang aku senaraikan masa memohon budget hanya 4 yang diluluskan ... dan semua hadiah telah disediakan dan seragam antara semua perkhidmatan ... ini sesuatu yang baru ! ... sebab sebelum ni pihak HQ hanya beri budget dan kami kena arrange semuanya mengikut budget sedia ada ... aku pun x lah ambik kisah sangat hal tu ... biasalah setiap perubahan atau kelainan yang dilakukan tetap akan wujud pro dan kontra ... hanya yang buat aku sikit pusing bila tiada peruntukan untuk hadiah saguhati ... lazimnya aktiviti yang melibatkan bebudak berusia 6 tahun ke bawah ... hadiah saguhati ni dah jadi macam wajib ada ... kalau x akan adalah yang menangis ... almaklum lah bebudak kan ...!
... pasal peruntukan jamuan ... budget diberi mengikut jenis perkhidmatan ... lib cawangan dapat budget RM 350.00 ... so ni dok fikir dan dok cari katering untuk jamuan ... dan kena belanja berhemah untuk tampung beli barang2 yang diperlukan semasa aktiviti ... masa menghadiri bengkel tempohari cuba2 mohon barang utk akt ni ... tapi dimaklumkan barang tu x de dlm setor !
... satu lagi arahan ! ... semua akt ni mesti berjalan dalam bulan Jun ... laporan mesti dihantar awal Julai ... kepilkan sekali dengan gambar , bil jamuan ( ... ini bermakna kena keluarkan duit sendiri ... pastu claim .... huhuhu ! )
... dimaklumkan juga pasal audit dalam bulan Jun ni ... walaupun lib aku x tersenarai tapi kena jugak buat apa yang patut ... memandangkan lokasi lib aku ni betul2 dekat dengan laluan untuk ke lib daerah S/Bernam ... tapi ... emm ! ntah lah ... sebab aku sorang jer yang gundah gulana ... untuk preparation apa yang patut ... huhuhu !
... satu lagi arahan khusus untuk aku ... fikirkan tarikh yang sesuai untuk tutup perkhidmatan ( ... kepada pengguna ) bagi melakukan kerja2 suai atur landskap dalam lib ... aku dimaklumkan pelan susun atur dah siap ... !
* ... kerja ... kerja ... dan kerja ... huhuhu !
Friday, June 5, 2009
piawaian kelas pertama
... dalam suasana yang mula reda kat Perak ... tetiba jer timbul lak berita gempaq pasal ' runtuh '
itu le kes kat kuala t'ganu ... bila Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak runtuh 2.6.2009 ... kejadian jam 9.30 pagi tu meranapkan RM 292 juta kos pembinaan dalam sekelip mata ... walaupun baru setahun digunakan !
... sebelum tu kes runtuh gak berlaku kat P. Jaya ... melibatkan bangunan lama yang pernah menempatkan Jaya Supermarket ... yang bezanya tu bangunan lama yang memang nak dirobohkan ... dan mengorbankan nyawa mereka2 yang gigih mencari rezeki .
... dan seperti lazimnya bila berlaku musibah maka bermulalah kajian dan siasatan dijalankan mencari punca atau sebab musabab atau mula mulalah mencari silap dan salah ... kat dada akhbar pun laporan berkaitan kes akan berterusan untuk beberapa hari ... mungkin berminggu2 ... lepas tu senyap ... semnetara menunggu lagi berita2 hangat dan tergempar yang baru ...
... itu hakikat dan realitinya !
al kisahnya ...
... seorang sahabat yang bertugas sebagai guru ... tetiba dikejutkan dengan pakej percutian ke Tioman ... 3 hari 2 malam bersama keluarga dan sepenuhnya ditaja oleh bekas pelajarnya yang dapat result cemerlang SPM 2008 ... " x sedar airmata menitis " ucap sahabat aku tu ... sebab dia x sangka akan terima penghargaan yang sebegini ... dan dia sendiri pun x pernah mengharapkan balasan ... tugas mengajar tu adalah amanah ... dan dia hanya menjalankan tugas sebagaimana yang diamanahkan ... itu je !
... teringat gak masa mohon masuk maktab dulu ... kami gi sama ... dia dapat tapi aku x b'jaya ... masa tu aku sedih sangat dan berlaku lah " perang dingin " antara kami ( ... aku rasa macam bodoh jer bila ingat kisah tu ... hehehe ) ... tapi dia selalu cakap sebenar kerjaya aku ni lebih banyak menyumbang kepada masayarakat ...
... buat fuzi dan famili ... selamat bercanda si pantai ... jangan lupa lak ole 2 ek !
... apa yang aku nak kongsi pasal kisah2 ni ...
* dalam mengharungi cabaran globalisasi seharusnya tumpuan setiap dari kita adalah ' keinsanan ' yang terbina dari falsafah hidup , agama dan moral ... bukan lagi kemewahan semata2 ... sebenarnya aku dan mungkin jugak kamu ... kamu ... dan kamu sudah bosan bila bercakap pasal piawaian minda kelas pertama ... mungkin jugak ungkapan piawaian kelas pertama ini hanya layak dijadi artikel untuk tatapan tapi tidak ada penghayatan ...
* mungkin jugak kita kurang menghayati nilai ilmu , sikap tidak proaktif , tidak berakhlak luhur , mementingkan diri dan kurang menyumbang ... atau mungkin jugak tuntutan gaya hidup mengikis semua nilai baik dalam diri ... maka berlakulah kronisme , rasuah dan ampunisme ...
* kalau lah dalam organisasi yang kecil pun dah menular titik2 hitam ini ... apatah lagi organisasi besar yang tentunya lebih banyak ruang dan peluang untuk merebaknya wabak bahaya ini ... yang kesan lebih dirasainya oleh segenap masyarakat dan negara !
* ... kehidupan tetap diteruskan ....!
Monday, June 1, 2009

* terima kasih kat raihan sebab sudi bagi award ni kat akak ...
peraturan nak jawab tag ni ialah : -
1 ) copy badge " 2009 Cute's 3logger Award " untuk diletak kat blog anada
ok ! dah ...
2 ) link / ceritakan kembali siapa yang memberi award ini kepada anda
raihan ... yang rajin update blog dia
3 ) setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima
award seterusnya ( anda ditag )
* untuk sentiasa berusaha jadi yang terbaik
* suka sangat dengan kucing
* geli dengan ulat atau ape2 jer yg same spesis dengannya ... yerk !
* suka baca buku2 motivasi , novel n puisi
* masih lagi meneruskan hobi mengumpul ' sampul surat hari pertama '
* suka pasang volume radio kuat2 ketika memandu ... nk hilang ngantuk beb !
* " hidup adalah satu perjuangan " itu kata2 motivasi bila aku dilanda duka ... hehehe
Wednesday, May 27, 2009
cakap banyak ... cakap sikit !
" ... awat lame x menulis ... x habis lagi layan emosi ek ! ? " ... hisk ! kesitu pulak ... tolong lah jangan kusut kan minda tu dengan prasangka k ...
... bulan ni aku memang sibuk giler beb ! ... pastu ditambah pulak dengan masalah2 peribadi yang perlu disettlekan segera ... lagi pun kesihatan x berapa ok ... dan line internet pun x berapa ' cantik ' ... maka atas semua alasan itu le ... aku berehat sat dari menulis :-)
... semalam aku dijemput menghadiri majlis pelancaran logo baru PPAS di Perp. Raja Tun Uda , Shah Alam ... majlis mula 10.00 pagi tapi staff diminta datang jam 9.00 ... so semalam seawal 6.15 pagi dah keluar rumah ... pastu ambik dayah , nora dan hani ... ada kawan sembang sepanjang perjalanan tu ...
... dan semalam jugak uniform baru mula dipakai ... tapi aku , hani dan nora x dapat sebab kehabisan saiz ... aku x leh komen pasal uniform baru ni sebab samada suka atau tidak kena jugak terima ... yelah sape le aku nak menolakkan ... hehehe ...
... antara kandungan ucapan yang aku masih ingat " ... jadikan lib sebagai tempat lepak ... dan anggap lib sebagai second home " ... harap sesangat pengguna lib punya pesepsi pengertian yang dengan hasrat kerajaan negeri ... lepak bukan sebarang lepak beb ! tapi lepak yang bermanfaat dan berilmu .
... so sebagai menyahut hasrat untuk menjadikan lib sebagai hub ilmuwan ... adalah lebih kita memulakan memikirkan " cakap banyak sikit kerja atau cakap sikit banyak kerja " ... bukan lah kutuk atau mengata tapi lebih kepada ingatan pada diri sendiri ...
... cakap banyak walaupun sekadar meluahkan apa yang berselirat kat hati adakalanya lebih banyak mengundang padah dan musibah ... dan bertambah haru bila ditambah pulak dengan prasangka ... maka keadaan yang sedia keruh akan bertambah gelodaknya !
... cakap sikit pun adakalanya susah juga ... walaupun asal niat nak redakan suasana ... tapi kalau itu pun masih lagi dianggap dosa ... kena lah reda dan terima seadanya ....!
:-)
Tuesday, May 19, 2009
dan masa pun berlalu ...

* ... ikhlas bukan sekadar lafaz ! ... tapi lebih kepada penghayatan yang menjadi amalan .
... wallahualam ...
Thursday, May 14, 2009
" x de kemelut pun ... semuanya biasa jer ! "
... setiap dari kita ni mesti akan lalui atau telah lalui beberapa fasa dalam kehidupan ... x kira le ... suka ... duka ... pahit ... manis ... indah atau sebaliknya ... itu dah jadi asam garam kehidupan ... mungkin situasinya saja yang berbeza ... !
... ChAnGe ! ... itu yang cuba aku lakukan dalam rutin kehidupan ... x tau lah mengapa aku perlukan perubahan ? ... mungkin gak sebab keadaan persekitaran yang dah terlalu biasa ... atau mungkin jugak dengan orde baru yang memerlukan anjakan pemikiran ... atau mungkin kesan dari rebranding tempohari kut ! ... atau memang seharusnya kita mengikis tabiat lapok yang dah bertapak bertahun-tahun lamanya ... atau " ... apa dah jadi dengan aku ni ! "
... tapi percaya lah semua ni ... x de kaitan pun dengan mereka2 yang ada disekeliling aku ... hanya mungkin sedikit kejutan ... sebab semua dah x macam selalu ... !
* ... kita selalu percaya kita dah buat yang terbaik ... tapi di mata orang kita x sempurna mana pun !
Tuesday, May 12, 2009
alahai si manja !


Thursday, May 7, 2009
emm ... leh caya ke ni !
... semalam aku singgah kat lib daerah s/bernam ... hantar kutipan hasil untuk april ni ... so sebab x buat janji temu ... aku call boss " ... tunggu 10 minit " kena le tunggu dan sepanjang masa menunggu tu ... aku tinjau gak kat ruang bacaan yang sering dilanda banjir kilat tu ... x sangka lak begitu banyak air bertakung ... sampai terpaksa pecahkan dinding cermin sebab nak alirkan air keluar ... !
... selesai urusan serahan kutipan hasil ... ada gak beberapa yang dibicarakan oleh boss tapi sori lah kena off rekod ... sebab ia banyak menyentuh kerenah birokrasi yang adakalanya menyukarkan perkara2 senang yang sepatutnya dapat diselesaikan segera ... aku ambik sikap lebih mendengar tanpa memberi komen ... takut lak komen laser aku ni akan merobek sensitivity orang tanpa sedar ... so aku sempat gak buat lawak bodoh " ... boleh ke mereka2 yang diatas tu menerima komen atau kritikan " ...( x tau lah macam mane soalan ni leh terkeluar dari mulut aku ! ) ... " ... saya sedia menerima komen atau kritikan demi kebaikan perkhidmatan ... " itu komen yang aku terima ... tapi aku ambil jalan selamat ... x kan menyuarakan kritikan atau komen sebab aku x berapa yakin " kata akan dikota " ... seram gak klu nama aku akan tersenarai kat puncak " black list " ... dah jadi resmi manusia kan ... mana lah suka kelemahan dan keburukan diri di war-warkan !
... emm ! leh caya ke ni ... !
* ... aku kagum kat bunga , yazid , ayu , intan , jef , mas , liza dan termasuk boss jugak yang rela hati ( ... x tau lah rela dlm terpaksa kut ! ) menolak air keluar setiap kali hujan turun ... syabas ! atas khidmat yang tercurah tu ! ...
segalanya mungkin ...
... dan atas sebab segalanya mungkin ... juga mengambil iktibar dari apa yang sedang aku lalui saat ini ... " tidak suara " atau dalam istilah mudah " diam " ... aku rasa ini cara terbaik meleraikan segala kusut ... aku tahu mungkin khabar angin telah tersebar ... tapi aku dah janji tak akan bersuara ... biar pun diam ini akan mengundang pelbagai tanggapan ... aku hanya redha ... aku pasrahkan segala padaNya ...
... dan atas alasan segalanya mungkin ... aku takut untuk terperangkap sekali lagi dalam keadaan yang sama ... seperti awal kehadiran aku di daerah ini ... mungkin aku yang kurang belajar mengenal budi dan hati ... mungkin aku yang lemah dengan rasa ehsan sesama insan ... dan mungkin aku yang bersalah kerana tidak berterus terang akan situasi sebenarnya ...
( ... seperti kata yatie 12 tahun dulu " ... kes ni wajib di khabarkan ... klu x kesannya akan dirasai kemudian hari " ) ... so hari ini aku dah terasa tempiasnya ...! " ... jangan cari khilaf orang tapi cari khilaf diri sendiri ... " itu pesan yatie
... adakalanya ingin juga meluahkan apa yang berselirat kat hati ni ... tapi x tau pada siapa ... aku takut kata akan bertukar nista ... bicara bertukar caci cerca ... dan saat ini pun aku dah keliru nak bezakan sapa kawan ... dan sapa lawan !
* ... segalanya mungkin ! ... so kena redha dan muhasabah diri ...
( tq yatie )
Tuesday, May 5, 2009
bila rindu menyapa ...
menerjah disegenap ruang rongga
ingatan dan gamitan kenangan mengintai
aku lemas dalam emosi dan airmata
rindu menyapa lagi ...
tak mampu terucap bicara
hanya jiwa terasa begitu terseksa
aku lemah dalam gelodak yang terkata
bila rindu menyapa ...
ku pujuk hati nestapa
ku titip doa setiap masa ketika
semoga sejahtera dirimu di sana ... di sisi Nya
mak !
sesungguh saat ini ...
aku benar-benar merindu
... al - fatihah ...
* ... kesibukan memenuhi tuntutan kehidupan adakalanya menjadi kita alpa pada mereka yang melahirkan kita ... ! sesungguhnya rindu kehilangan " abadi " amat memeritkan untuk dilalui ...
Thursday, April 30, 2009
selamat bercuti !
* ... mane nak pergi ek ! cuti-cuti ni ...
Wednesday, April 29, 2009
laluan masih berliku ... part one
... sekadar mengimbau kenangan lalu ... aku berhijrah ke daerah ini okt 1994 ( ... x tau nk kata suka atau terpaksa ) ... seingat aku bila dikhabarkan aku akan diserapkan ke jawatan tetap setelah hampir 7 tahun berstatus sambilan ... aku rasa bersyukur sangat " alhamdulillah " ... tapi bila berita itu kepilkan sekali dengan " ... akan bertukar " aku jadi betul2 terkedu ...! masa tu gak semua perasaan menyerbu masuk ... runsing ... sangsi ... takut dan boleh kah aku ? ... berjaya kah aku ? ... apalagi masa tu aku dikhabarkan reputasi ' hitam ' yang di labelkan kat ofis baru tu ... aku mula kalut ... nak terima atau menolak ... emm ! setelah menolak ... mencampur ... mendarab ... dan membahagi segala buruk baiknya ... akhirnya aku terima dengan memotivasikan diri sendiri " ... hidup adalah satu perjuangan " ( ... dan sampai sekarang pun itulah kata2 bagaikan azimat dlm diri )
... hari pertama ... minggu pertama ... bulan pertama ... tahun pertama ... dan perkara pertama yang aku lakukan kat ofis baru tu adalah memerhati cara staf lama berkerje ... belajar memahami sikap dan tanggapan mereka dalam rutin tugas ... pastu mulakan tugas mengujudkan apa yang x de ... aku rasa macam nak tarik diri ... semua perubahan yang dibuat sukar diterima ... aku dianggap bagai duri dalam daging ... aku dianggap pencetus gelora dalam suasana aman ciptaan mereka ... dan aku tahu aku x diterima sepenuhnya disitu ... tapi apa nak buatkan ... aku hanya memikul amanah !
... aku banyak belajar erti hidup dan kehidupan sejak berhijrah ke sini ... mengenal ragam dan kerenah manusia ... menilai antara budi , hati dan pekerti ... selalu aku ingatkan diri ... ikut resmi padi merunduk tapi berisi ... rendah diri tapi jangan hilang jati diri ... !
... 5 tahun pertama penuh misteri .... staf berganti namun aku masih disini !
:-)
* ... esok 5 tahun kedua !
Friday, April 24, 2009
bila sang belang mengauumm !
... hari ni aku agak kalut sikit semua gara2 terlewat bangun ... aduss ! nape le hari ni aku leh terbangun lewat ... nak salah kan sape ek ? ... emmm ! salah diri sendiri tidur lewat sebab nak habiskan jugak membaca novel yang dah tertangguh hampir 3 minggu ... so pagi tadi x sempat nak uruskan semua si manja yang ada kat kandang dan dalam rumah ( ... kucing lah ! )
7.30 pagi ... aku dah keluar rumah ( awal sikit dari biasa ) ... hari ni ada puppet show kat lib daerah ... sejak dah masuk team puppet ni ... bila ada lawatan kat lib daerah ... kena le turun buat persembahan ... risau gak ... takut tune suara si arnab x keluar ... !
11.00 pagi ... alhamdulillah semuanya selesai dan berjalan lancar ... tapi lucu gak bila ada kanak2 yang terkejut dan menangis bila dengar suara sang harimau ( ... huh ! real bunyi harimau gamaknya ) ... so kami yang kat belakang tabir terpaksa menahan tawa dan maintain suara mengikut watak lah ... klu x haru ! tapi yang happy sangat bila kanak2 tu menari chicken dance ... mula tu malu2 tapi lepas tu seronok lak ! ( tq ... kat honey yang berusaha untuk backup muzik )
... nak minta maaf kat staf lib pekan sekinchan yang minta kami buat persembahan 26 april ni terpaksa ditolak sebabnya sang badak , sang belang dan kak yong nak gi exam PNM 27 -28 april ... bagi le peluang diorang rehatkan minda dan study last minit ...
* ... emmm ! macam2 kerenah manusia ni ... sabo je le !
Tuesday, April 21, 2009
aksi si manja " kuci-kuci "





... so terapi paling mudah dan murah untuk meredakan tension adalah 3 ekor si manja ni !
sebab 12 ekor kucing lagi semuanya dah besar ... dah x leh nak buat main ... garang beb !
dibenci atau disukai
... bukan semua dari kita bernasib baik merasai nikmat disukai ... kekadang tu tercari2 gak formula atau resepi untuk disukai ... atau bersikap mengikut arus ... atau berhenti mengkritik ... mungkin juga perlu belajar memuji ... atau apa2 aje yang seerti dan semaksud dengannya !
... dan bukan juga kita sesuka hati untuk dibenci kan ? ... kerap kali kita terperangkap dalam situasi dibenci tanpa kita sedari ... lagipun sebagai kejadian yang tercipta bersama lemah dan kurang ... x banyak yang mampu kita buat demi memenuhi ingin dan mahu orang sekeliling kita ... ! seringkali disalah anggap ... bersuara bukan le niat untuk derhaka ... beri pendapat x bermaksud untuk berdebat ... pandangan sering dipandang ringan ... !
* dibenci atau disukai ... pilihan ditangan sendiri ... yang penting jalani kehidupan dengan erti yang sejati ! walallahualam .
Friday, April 17, 2009
taklimat & demontrasi cegah kebakaran




Thursday, April 16, 2009
team tom tom chak !
En. Norkhairul Nizam .
seronok menari n menyanyi !
ni lah dia ... team tom tom chak !
... salam semua !
emm ... akhirnya aku berjaya gak posting cerita semasa aktiviti hari buku kanak2 antarabangsa kat lib daerah kuala selangor ... semua gambar ni ehsan dari honey ( terima
kasih le )
samada berjaya atau tidak ... x dapat le nak dinyatakan tapi itu saje le dapat dapat dilakukan!
aku sendiri dah 15 tahun x aktif dengan aktiviti bersama kanak2 memandang ruang kat lib cawangan tidak mengizinkan ...
... mula melakonkan watak sang arnab tu ... aku rasa pelik dan tergelak sebab kena kecikkan
suara ... alamak ! segan dan malu gak tapi terpaksa jugak buat sebab dah arahan kan ! ... x sangka pulak selepas berlatih berhari2 terasa seronok ... ala macam bebudak tu ... hehehe
... buat semua kekawan sang belang ( ita ) , sang badak ( yus ) sang katak n sang buaya ( hana ) dan kak yong ( reza ) @ team tom tom chak ... milah ( .. yang menyumbangkan ilmu
berlakon puppet ) honey ( yang set muzik ) mek su & nora ( chicken dance ) nor , ajijah & kak sal ( pengkritik masa latihan ) linda ( emce pd hari tu ) dan en.khairul ( pegawai perpustakaan zon 1B - sebab beri peluang pada kami ' bernostalgia ' zaman kanak ) ...
... sebenarnya banyak kisah cerita belakang tabir sepanjang latihan berjalan ... tapi pesan
orang2 tua " cerita hak baik-baik aje ... insyaAllah semua akan jadi baik2 belaka "
* ... buat sang badak , sang belang dan kak yong serta semua kekawan yang akan mengharungi exam PNM ... akhir bulan ni study smart ok !
Tuesday, April 14, 2009
mula bertugas semula ..
terasa lama x menulis kat blog ni ... sepanjang minggu lepas aku dan beberapa kekawan dari perkhidmatan desa berkampung kat lib daerah demi tugas serta memenuhi arahan boss ... semuanya kerana sambutan hari buku kanak2 antarabangsa ... so lib daerah Kuala Selangor terpilih mewakili Zon 1B pada 11 april 2009 ... alhamdulillah semuanya berjalan lancar serta dapat response yang baik dari audience dan Pn. Su ( ... walaupun masa rehearsal ... bos bagi komen ...emm ! puppet ok tapi nyanyian ' ke laut ' ) ... kini rasa rindu lak dgn team tom tom chak !
... hari kat lib cawangan ( tempat aku cari rezki da ... ! ) buat latihan cegahan kebakaran dengan kerjasama bomba ... semuanya ok ! ... aku banyak belajar perkara baru hari ni ... semoga Allah beri aku kekuatan untuk hadapi semua duga dan cabaran ni ..
... esok aku x pasti apa akan berlaku ... yang pasti aku tetap akan menjalan rutin seperti biasa ..
* nak ucap terima kasih kat milah yang x jemu2 tunjuk ajar masa latihan puppet dan kat semua staf lib kuala sebab layanan anda membuat aku lupa segala masalah ... hehehe
Monday, April 6, 2009
kemesraan pudar warna
... tapi luahan rasa seorang teman pasal mesra yang semakin pudar dalam keluarganya ... aku x nak komen atau senang crita ... aku x layak pun nk beri komen apa2 sebab ... aku rasa x layak nk nak bagi komen sbb aku x de pengalaman dalam hal2 kehidupan berumahtangga ni ... tapi sebagai sahabat aku bersedia mendengar luahan hatinya jika itu dapat meringankan bebanan perasaannya .
... hanya aku ingin titipkan sedikit nasihat buatnya ... kita akan lalui beberapa fasa sepanjang hayat ... dan bertambahnya usia kita maka beranjak lah juga fasa dalam kehidupan ... kita selalu anggap orang sekeliling kita berubah ... tapi hakikatnya kita yang berubah ( tanpa kita sedari ) ... adakalanya kita berharap segalanya akan kekal macam 5 atau 10 tahun lepas ... tapi hakikatnya cuba kita cermin diri ... adakah kita masih macam dulu gak ?
... jangan cari lemah orang lain tapi cari lah kurangnya kita ... !
* ... barangkali aku juga sedang melalui fasa yang sama ... 15 tahun berada disini ... terasa begitu ' biasa ' ... ermm ! segala2nya jadi begitu ' biasa ' .
Friday, April 3, 2009
aku bukan sesiapa ...
aku bukan sesiapa ...
kisah semalam penuh emosi
aku kelu dalam kejutan
perubahan akan tetap berlaku bila tiba masa
tiada yang kekal selesa selamanya
tiada salah sesiapa
aku hanya memenuhi arahan seperti yang dipinta
walau dalam hati berhimpun segala rasa
aku tertanya juga .... salah kah aku ?
tapi
aku bukan sesiapa
sekadar meluah rasa tanpa kuasa !
* ... " seharian aku membodohkan diri " !