Wednesday, September 24, 2014

syukur




... bila agaknya kali terakhir lafaz " Syukur Alhamdulillah " kita zahir dari hati bukan sekadar lafaz mainan di bibir ? ntah mengapa sejak akhir2 ini aku agak emosi sikit bila cakap bab syukur ni ... apatah lagi bila ada hubung kait dengan tempat kita mencari rezeki ... x perlulah perlekehkan atau meluahkan apa yang terbuku kat hati kununnya ' x heran pun ' dengan apa yang dimiliki sekarang ... jangan kerana  rasa x gembira dengan apa yang berlaku disekeliling  ... maka dengan mudah kita menidakkan rasa terima kasih kepada Yang Maha Mengetahui .
 
... kerja dan cabaran adalah rutin kehidupan yang x pernah ada penghujungnya ... selagi kita masih bergelar pekerja atau bekerja sendiri pun akan ada cabaran ... bagaimana seharusnya kita lalui ?  ' kalau tidak  sukakan sesuatu , ubah saja ...dan sekiranya tidak mampu mengubahnya , ubah cara kita berfikir mengenainya '  itu yang aku lakukan ketika mengalami stress ditempat kerja .
 
... perlukah lafaz syukur ketika ditimpa musibah ? ... aku mengaku mudah panik dan kalut bila sesuatu diluar jangkaan berlaku ... " acik ni cepat panik lah " itu komen Didie ( anak saudara ) ... kekadang tu bukan x usaha untuk mengawal rasa panik ni dengan kaedah yang disarankan melalui buku2 yang aku baca ... syukur Alhamdulillah walaupun x berjaya sepenuhnya ... tapi lafaz syukur itu sentiasa ada dalam hati ini , tak kira lah samada yang berlaku tu negative atau positif ... tapi ambil iktibar kesan positif dari musibah yang dihadapi ... insyaAllah , Allah akan permudahkan yang lainnya .
 
... so aku nak  share satu buku yang menarik untuk dibaca " Chicken Soup for the Soul - berfikir positif " karya Jack Canfield ( ... aku baca Edisi Bahasa Melayu ) kalau di Library Daerah Sabak Bernam , boleh cari di rak 158.1 Ca ... buku ni aku baca dengan penuh penghayatan ( hehehe ) semasa hari-hari terakhir untuk menghadpi audit ... syukur sangat sebab ia memberi impak positif  dan aku merancang untuk dapatkan satu untuk koleksi peribadi .

... syukur Alhamdulillah kerana sahabat baik aku akan menerima anugerah atas khidmat dan jasa yang disumbangkan ... tahniah !
 
 

Thursday, September 18, 2014

Sudut Pertanian di PPAS Daerah Sabak Bernam

 
 
... terbaru di Perp. Daerah Sabak Bernam adalah ' Sudut Pertanian ' ... cetusan dari idea Pen. Pegawai Perpustakaan ... masa audit yang 11 September yang lalu ... kewujudan sudut ini mendapat reaksi positif dari Pn. Norhaida hanya perlu tambahan dari segi pengisian maklumat ... dan mungkin juga susun atur yang lebih praktikal ... sebenarnya banyak perkara yang masih dalam perancangan ... semoga perancangan tersebut dapat direalisasikan meskipun terdapat perubahan di Bahagian Rujukan.
 
so kita layan gambar ' Sudut Pertanian '
 
 
dari sudut pandangan hadapan
 
pameran buku ' tanaman herba ' & dihujung ada ' jala '
 serta ' bubu tempang ' iaitu alat penangkapan ikan secara tradisional 
 
rak buku pertanian
 
 
 pameran buah sawit dan produk berasaskan sawit
 
' bubu tempang ' dan ' jala ' serta anak benih kelapa
( maaf lah klu sakit leher nk lihat gmbr ni ... hehehe )
 
 
 


Wednesday, September 17, 2014

11 September 2014 ( Audit MS ISO 9001:2008 )



... 11 September dah berlalu ... syukur Alhamdulillah audit kali ini pun berjaya tanpa ada major atau minor ... walaupun hari-hari terakhir sebelum audit terlalu banyak cabaran dan dugaan ... berjaya juga diharungi ... semua ini berkat kerjasama , persefahaman dan hala tuju yang sama sebagai pendorong untuk terus berusaha mengekalkan kejayaan yang lalu.
 
.... sebenarnya  keletihan mental dan fizikal masih terasa , sehingga saat aku mencatat coretan ini , sebenarnya aku masih berperang dengan selsema yang teruk sehingga nak bernafas pun terpaksa melalui mulut ... ini adalah kelemahan aku jika terlalu banyak fikir ia akan turut menjejaskan kesihatan  ... berkali-kali juga aku cuma buat mengawal minda seperti yang disarankan oleh Yatie tapi x berjaya ... hehehe
 
... empat perkara yang sentiasa menjadi motivasi untuk diri ... kesukaran adalah cabaran untuk berjaya ... dan untuk berjaya perlu ada usaha , doa , pemikiran yang positif dan keyakinan yang tinggi ! adakalanya sangat sukar apabila kita terpaksa memilih kepentingan diri atau kepentingan bersama ... selalunya aku memilih kepentingan bersama ... meletakan kepentingan diri sendiri ntah beberapa tapak kebelakangan demi kelangsungan satu kejayaan yang dapat mengembirakan hati semua .
 
... kejayaan yang dicapai akan lebih tinggi nilainya jika kewajiban menunaikan amanah dapat dilaksana dengan nawaitu kerana Nya . Semoga semangat setiakawan , saling membantu dan persefahaman yang terjalin akan kekal erat sentiasa .
 
... buat sahabat2 yang sama-sama  berjaya mengharungi cabaran audit ... Aan , Ayu , Nasar , Wani (PJL ) , Zam ... x lupa Din & Jefri dari Unit Bergerak ... ini adalah kejayaan kita !
 
rakaman kenangan semasa audit
 
 
taklimat oleh Pn. Suzliana ( Tim. Pengarah PPAS )
 
khusyuk mendengar taklimat
 
team Bah. Rujukan ... Nasar & Aan
 
Zam di bilik PSR
 
semakan daftar keahlian
 
menguji system OPAC
 
 semakan aduan / cadangan pelanggan dibantu oleh
Pn. Juliana Es
 
  
semakan maklumbalas pelanggan dibantu oleh
Pn. Nurul Aizan
 
cenderahati daripada Timbalan Pengarah Pn. Suzliana kepada
Juruaudit Pn. Norhaida Aini
 
 
... selesai sudah audit untuk kali ini ...  banyak lagi kerja yang perlu diteruskan dan ditambahbaik ... teruskan kerja ... kerja ... dan kerja !
 


Tuesday, August 19, 2014

ermm ...





  " acik ... raya tahun depan ija nak beli kasut sarung tapi ada tumit sikit " ... itu perancangan ija untuk raya tahun depan ... " raya tahun ni pun x habis lagi , dah rancang untuk tahun depan lak " itu kata kata aku ... " ermm ija cuma cakap jer " kata ija malu2 " tahun depan tu pun kita x tahu lagi samada kita ni masih ada lagi atau tidak ... kena cakap insyaallah " ujar aku ( sabo jer le ... ! )

... sebetulnya , hidup ini sangat sederhana ... itu yang aku selalu cakap dengan ija , x perlu nak berlebih-lebih tapi bebudak ni memang agak ekstrim sikit kalau buat perancangan ( ikut aku le tu ... tapi idak le aku merancang seawal itu ... hehehe )

  " insyaallah ... doakan acik murah rezeki ye "  itu yang selalu lafazkan setiap kali ija minta sesuatu sebab aku suka sangat dengar jawapan dari mulut   " ija kan selalu doakan acik " itu jawapan skema ija yang aku suka dengar .... dan setiap kali itu juga le aku amin kan.

Wednesday, August 13, 2014

" megalomania "




... Alhamdulillah ... masih diberi kudrat untuk meneruskan tugas yang diamanahkan ... walaupun aura raya masih terasa  namun aku rasa gamitan aura odit 11 September nanti lebih lagi ... hehehe

... ini cerita 2 minggu lepas , ketika berbincang berkaitan penambahbaikan yang perlu untuk  Sudut Pertanian ... pelbagai idea yang timbul ... macam gitu ... macam gini ... tambah itu ... tambah ini ... apa kata buat macam ni ... semua tu aku take note ... bagi aku lagi banyak idea ,  lagi bagus dan minda pun berputar 360 darjah ... errmm bagaimana nak realisasikan semua idea tu ? ... dalam dok ralit pasal cadang itu ... cadang ini  , tetiba timbul pasal isu ' otai ' ( kata wani " definisi ' Otai ' adalah orang lama atau veteran dalam satu tempat kerja )

... so sebelum melelapkan mata malam semalam ... aku capai Kamus Dewan edisi keempat ... nak gak tahu ada ke istilah ' otai ' tu ... ermm x de pun , mungkin ini bahasa slanga yang nampak indah
diucapkan sebagai kiasan untuk menggambarkan seseorang yang banyak pengalaman atau lebih dulu makan garam ( ... jangan sampai kena darah tinggi ye ! ) ... dulu mungkin bila sebut ' otai ' kita akan respect sebab pengalaman tapi sekarang ni mungkin berbeza ... apa yang aku perhatikan ' otai ' lebih menjurus kepada keperibadian yang negative ( bukan semua ye ) ... tipikalnya bila sebut ' otai ' macam satu lesen untuk datang lewat ... kerja ala kadar ... al maklum orang lama ! ... dah mangli pasal kerja kununnya ...  
 
... satu lagi perkataan yang aku rasa baik juga untuk dikongsi adalah " megalomania " sesuai dengan situasi yang berlaku kat negeri kita la ni ... '' megalomania " ni adalah jiwa yang sakit ... suka berkhayal , penyakit merasa diri paling hebat dan berkuasa ... kalau dalam Islam istilah yang sesuai adalah Ujub iaitu perasaan kagum atas diri sendiri dan merasakan diri hebat .
 
... megalomania ni kita boleh jumpa kat mana-mana ... x mustahil ada kat sekeliling kita ! atau mungkin kita juga ' megalomania ' tanpa disedari ( mohon dijauhkan ye ) ... bila rasa diri hebat dan berkuasa  maka arahan diberikan pun penuh dengan rasa kehebatan dan kekuasaan .... sedangkan kehebatan dan kekuasaan itu adalah milik Nya .

... apalah yang nak dibanggakan sangat dengan gelaran ' otai ' kalau hakikatnya kita masih berada di beberapa tapak ke belakang ... apalah yang terkesan sangat dengan gelaran  ' otai ' jika pemikiran masih terjajah ...

... so kalau nak bangga sangat dengan ' otai ' pastikan ia bebas dari ' megalomania ' ... boleh gitu !
hehehehe

 

Tuesday, July 22, 2014

candid sebelum dan semasa odit ...


gambar2 candid yang dirakam oleh zawani ...

sebelum odit  ( 19 Jun 2014 )

perbincangan utk penambahbaikan Bah. Rujukan
 
 

 
 
 
semasa odit ( 25 Jun 2014 )
 

cenderahati Juruaudit ( Pn. Suzliana )
 
 cenderahati untuk En. khairul
 
 cenderahati utk En. Harith
 

 
 


Saturday, July 12, 2014

mudahnya ....


" kehidupan ini akan jadi lebih mudah kalau kita ambil endah hal-hal yang mudah " itu saranan  seorang sahabat sambil ketawa dalam sembang2 melalui telefon malan tadi .

... ayat simple tapi amat terkesan kat hati  ... banyak hal yang mudah menjadi rumit kerana kita yang merumitkan ... sedangkan hal penting kita selalu buat x endah !
 
... dan tentu bertambah kalut jika perkara penting tapi dianggap mudah dan sengaja buat x endah pastinya mengundang padah serta resah gelisah ... masa tu baru sedar natijah !

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan datang lagi ...

 
 
 


cubalah untuk mengerti ...


Alhamdulillah audit dalam dah selesai pada 24 Jun lepas  ... sekarang ni preparation  untuk audit sebenar yang dijangka dalam bulan September tapi TP ada maklumkan sebelum audit sebenar akan ada sekali lagi audit dalam  pada Ogos ni ... so memang x de istilah break sehingga hari audit .
 
... ada beberapa perkara yang disentuh semasa audit dalam baru-baru ni ... seperti lazimnya audit yang terdahulu setiap kali audit akan ada penambahbaikan ... hanya kali ni aku rasa agak terkilan kerana beberapa maklumat penting yang sepatutnya diperjelaskan untuk tindakan perlaksanaan tidak dimaklumkan kepada aku dan kekawan yang lain ... x tahu dimana silapnya ? x tahu nak salahkan siapa ? atau aku juga ke yang bersalah ?
 
... minggu ni memang rasa tertekan sangat ( selalu Aan ingatkan " jangan stress kak nanti kolesterol meningkat 6 x ganda ) hehehe ... sabo jer le !

... hakikatnya bukan le stress sangat pun tapi lebih kepada keletihan minda ... letih sesangat juga rasa terkesan dengan apa yang berlaku ... hanya kerana seorang individu yang tersangkut atas faktor sikap maka post mortem dibuat melibatkan keseluruhan kakitangan ... kalau  ia pun nak buat tindakan drastik atau rombakan ... biarlah semua staf dapat hadir bukannya ketika ada staf yang bercuti ... apatah lagi rombakan itu melibatkan staf yang bercuti ... macam menjatuhkan hukuman tanpa dapat membela diri ... bila dah selalu sangat perkara ni berlaku ... aku dah mula ada tanggapan yang lain lak !

... ingatan untuk diri sendiri ( juga kepada mereka2 yang terbaca blog ini ) ... bak kata pepatah kalau berumah di tepian pantai kena berani menentang badai ... so maknanya kalau dah bahu berani memikul tanggungjawab kena lah berani juga menggalas risikonya ... bukan masa senang bertepuk tangan bila time bermasalah lemparkan kat orang lain.

... ada 3 perkara yang cuba aku elakkan " bila bercakap ia berdusta , bila berjanji ia mungkiri dan apabila  diberi amanah ia khianati " ... tapi aku selalu terkena pasal semua yang aku cuba elakkan ini ... aku cakap lain tapi orang sampaikan lain ... bila timbul masalah semua tunding jari menghala kat aku ... isk !isk !isk ! ... apa korang rasa bila ada kat tempat aku ? sesekali tu cuba le mengerti perasaan orang lain juga ... hormati reputasi orang lain .

... bagi aku kerja adalah amanah ... sedaya upaya aku cuba selesaikan walaupun adakalanya memang x masuk pun dalam skop tugas tapi memandang sudah terikat dengan fasa terakhir dalam fail meja iaitu " arahan dari masa ke semasa " maka suka atau tidak ... redha atau tidak ... kerja kena kasi settle ... maka jangan mudah letak label " tidak berkerjasama " ... aku pun keliru istilah " kerjasama " ... adakah kerjasama tu membawa maksud yang sama dengan kawtim ?

... dah bertahun-tahun di sini ... aku masih berpegang pada konsep kerja adalah ibadah ... dah nak masuk pra pencen ( istilah yang aku gunakan diri sendiri ) ... bab kawtim ni memang x de langsung melekat kat minda ... sebab x nampak rasionalnya pun ... tugas kita adalah tugas kita ... x kan jadi tugas orang lain ... lagipun  kawtim dengan manusia mungkin boleh selesaikan masalah ... bagaimana pula kawtim kita dengan yang di atas ... Yang Maha Mengetahui ... adakah boleh lepas juga ?

... pasal bab professional atau tidak diri aku ...  aku x nak komen pun ... hanya sekadar bertanya " adakah orang yang bercakap bab professional ni ... professional ? "

... aku anggap ini adalah dugaan Allah untuk hamba Nya ... dan aku yakin Allah tidak akan pernah menzalimi hamba Nya .

 

Friday, June 13, 2014

Qalam kalbu


... akhir2 ini sering kali aku jadi pemerhati tegar yang memerhati dan berusaha untuk memahami apa sebenarnya yang tersirat dan tersurat diruang lingkup kehidupan harian aku ... memerhati ... berfikir ... menilai ... " ah ! macam x de kerja kan ? " aku pun x tahu apa perlunya semua ini , mungkin sekadar memenuhi desakan naluri atau dipengaruhi oleh jurus bahan bacaan yang menjadi minat aku sekarang atau mungkin juga sebab factor usia kut ... hahaha

... apa yang menarik dari permerhatian ini ? setiap dari kita ada cerita ... ada rahsia ... ada kemahuan ... ada benci ... ada suka ... ada marah ... ada rasa x puashati ... ada macam-macam dalam diri ... adakah semua itu x bagus atau x seharusnya ada dalam diri ?

... dalam pemerhatian ini juga aku buat kesimpulan ' jika seseorang menyatakan sedia menerima teguran atau kritikan '... ianya bermaksud ' jangan berani tegur atau kritik ek ! '  so adakah ini juga bermaksud  ' jika kita tahu sesuatu perkara itu salah maka biarkan atau buat2 x tahu jer ?

... adakala kita marah ... terasa hati ... terluka bila mana merasakan orang di sekeliling seolah-olah x memahami apa yang terpaksa kita lalui atau hadapi ... kita mula buat andaian negative tapi pernahkah kita meletakan diri kita tempat mereka ( yang selalu kita nampak negative tu ) ... pernah x kita memahami apa  pula yang mereka rasa angkara sikap atau perbuatan kita ?

... sentiasa mahu yang terbaik untuk diri ... sedang diri sendiri tidak berusaha untuk buat yang terbaik ... sentiasa ingin dihargai ... tapi perlakuan sering ke arah yang tidak disukai ... selalu minta difahami ... sedangkan tindak tanduk seperti menzalimi diri sendiri ... jangan minta lebih sedangkan diri sendiri x pernah memberi ... fikirlah kenapa semua rasa negative tu bersarang dalam diri ... berserabut di minda ... hanya kita saje yang tahu apa jawabannya .

... selalu aku ingatkan diri sendiri ' beri baik , dapat baik jadi baik ... kalau beri tapi dapat x baik itu tanda Allah sedang menguji kesabaran hamba Nya ... hanya aku agak terkejut bila dapat tahu ada diantara mereka2 yang merasa cemas atau cuak untuk jadi rakan setugas aku ... mengapa ek ? ... teruk sangat ke aku ni ? ... la ni aku lak jadi takut2 untuk menjadi rakan setugas mereka2 tu ... hehehe
 
... prinsip tugas aku mudah jer ! ... masa kerja adalah untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan ... aku akan buat sehabis baik tapi x de le sampai menindas ... yang paling penting adalah komunikasi dan kerja satu team , toleransi dan timbang rasa serta saling mudah memudahkan ... aku x suka stress walaupun selalu gak stress ... huhuhu !
 
... buat mereka2 yang merasa cemas dan cuak untuk jadi rakan setugas aku ... x de apa yang membezakan antara kita pun ... mungkin cara kerja atau pemikiran yang berbeza ... lain2 tu rasanya sama jer ... selagi kita ni memegang title pekerja ... so tugas kita adalah menyelesaikan tugas seperti yang diamanahkan kecuali le kalau sebaliknya .
 
sketsa sembang ( lokasi kaunter )
 
" dulu sebelum pindah ke sini , diorang ada pesan hati-hati kerja ngan kak mis ... kak mis tu straight
  sikit ... kalau dia kata A ... A lah " itu kata Aan
" ye ke ? ... kak mis rasa macam biasa jer ! " ujar aku
" iye kak mis " balas Aan
" ermm ... masa tu kan korang tengah praktikal ... mesti le kak mis kena skema sikit ... lagi pun masa
  tu bla ... bla ... bla ... hehehehe " panjang lebar penerangan dari aku
" so sekarang Aan rasa macam mana ? " aku tanya Aan
" ntah ... macam biasa jer ! " jawab Aan
 
kesimpulannya adalah ... apa yang kita lihat atau dengar dari orang lain , bukan le gambaran sebenar situasi hanya sekadar gossip picisan
 
 

Friday, June 6, 2014

kereta oh kereta ...

 

 
 

bersama honey .. SPIES Jul 2011 , Lenggeng.
 
 
... tahun ke 6 bersama SAGA ... Alhamdulillah masih mengekalkan prestasi baik walaupun mula menunjukkan tanda2 banyak perkara yang perlu di up grade untuk terus kekal baik ... bermula akhir Mei lagi aku dah bersiap sedia dengan kos penyelenggaraan secara menyeluruh ... memang menyakitkan dompet tapi sebagai tanda terima kasih kerana telah memberi khidmat dan memudahkan perjalanan  aku setiap hari ... x kisah lah janji semuanya ok !
 
 



Monday, June 2, 2014

lipsticks



... apa perassan korang bila dalam kesibukan menyelesaikan tugas dan arahan kerja , tetiba terdapat tanggapan " kalau sibuk sangat ... x kan masih sempat layan lipstick kat internet " ... bagaimana reaksi aku bila cerita ni sampai ke cuping telinga ? ... memula tu memang terasa hati ... al makklum benda yang kita x pernah buat , macam difitnah lak ! ( dalam hati istigfar banyak2 )

... selepas berbulan citer ni berlalu ... Alhamdulillah kini aku semakin memahami apa sebenarnya ... seperti kata kiasan " hanya jauhari yang mengenal manikam " so apa yang aku rasa saat ini ? ... terima kasih Ya Allah kerana setiap dugaan Mu menjadikan aku lebih dekat dengan Mu dan lebih memahami mereka yang ada di sekeliling .

... tampak cantik di mata , belum tentu indah di dalam hati , kelihatan sempurna di jangkauan akal , namun gelodak di hujung rasa ...

... x kisah lah korang nak kata apa ... x kisah lah korang nak anggap apa ... yang penting aku tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri , kerjaya atau apa saje ... yang lain2 tu " ada aku kisah ! " ... hehehe

Tuesday, May 27, 2014

salam Isra' Mikraj


Sikap

 
 
 
... hari ni aku hanya menjadi pendengar ... x nak komen apa-apa , hanya  mendengar ... itu yang aku lakukan , bukan x prihatin atau simpati tapi dalam menyelusuri kehidupan ... masalah , cabaran , dugaan dah jadi macam satu santapan ..."  bagai irama dan lagu ... andai dipisahkan maka pincanglah lagu , rosaklah irama " seperti kata P. Ramlee ... hehehe
 
 ... pelbagai perkara berlaku di sekitar kita  , samada kita sedar atau tidak ... berpunca dari sikap @ attitude , banyak sangat kejadian berpunca dari masalah sikap ... x kira masalah besar atau kecil ... x kira orang dewasa atau muda belia ... x kira orang berada atau kurang harta ... x kira ada kuasa atau biasa-biasa aje ... semuanya berpaksi pada sikap !
 
... teringat citer hari ahad lepas ... lokasi mini Stadium kat Pekan Sabak Bernam ... program sukan SK Dr. Latiff  , mula acara jam 7.00 am ... memandangkan Ija ( anak saudara ) terlibat dalam satu acara sukaneka ... so aku pun berbesar hati hantar dia ... 6.55 am , aku dah tunggu dia depan pagar ... 7.00 am , aku , Ija , Angah dan Cik Bedah gerak ke Stadium ... ermmm dah ramai yang sampai ... kat trek pun dah ramai bebudak warming up lari keliling padang ... Ija pun teruja sama ikut lari juga .
 
... so memandang rutin harian aku banyak yang x settle lagi ... biasalah bila hari minggu ... perkara yang harus aku lakukan adalah gi pasar Sg. Besar beli stok ikan kembung untuk kucing ( stok untuk seminggu ) pastu baru cari keperluan lain , dah selesai semua urusan ... jam 10.45 aku gi sekali lagi ke stadium ... Cik Bedah citer pasal Ija yang terlepas untuk sukaneka sebab asyik sibuk nak beli makanan bagai ... so nangis x berlagu le !
 
... dalam kereta masa balik tu ... aku pun cakap kat Ija " sebab apa Ija boleh terlepas dari sukaneka tu ... sebab utama adalah sikap sambil lewa ... x focus dan x endah ... lain kali selagi games kita x mula ... kena sentiasa ada dengan team kita ... sekarang ni sape yang rugi ? " Ija diam ... so sepanjang perjalanan tu Ija diam jer ... mungkin ada kesal dalam hati .
 
... bagi aku pulak , soal x dapat main bukan le penting sangat ... yang buat aku bising tu sebab sikap x bertanggungjawab yang menyusahkan kawan2 dalam team terpaksa cari pelajar lain untuk ganti tempat Ija . mungkin ini akan jadi pengajaran padanya.
 
... sikap x berapa cantik ni ada kat mana2 ... kekadang tu tanpa sedar menyusahkan orang lain yang tiada kaitan langsung dengan kita ... aku sendiri dah banyak melalui ... bukan x berusaha untuk mengubahnya atau mengelakkan tapi dah nama pun manusia kan mana ada sempurnanya ! ... so sabarlah hati ... hehehe
 
 
 
 
Siti Khadeeja ( Ija )
 
... kata Prof Dr. Muhaya Muhamad
 
" maafkan semua orang ,
dan halalkan semua ,
dan lupakan semua kebaikan kita pada orang ,  
dan ingat semua kebaikan orang pada kita ,
dan lupakan kejahatan orang pada kita ,
dan ingat kesalahan kita pada orang ,
ini formula untuk hidup tenang dan sihat ,
insyaAllah "
 

 
 
 
 
 

Saturday, May 24, 2014

tq ct awer .... hehehe !


 
ini hadiah besday dari Ct Awer
alamak ! malu lak nak sambut besday
bila usia semakin meningkat
cukup le sekadar
lafaz
" syukur alhamdullillah kerana Yang Maha Pencipta
masih sudi meminjam udara
untuk aku terus bernafas "
apa2 pun
terima kasih awer ... kek ni memang sedapppp sangat
cuma x leh nak makan2 banyak ...
maanisss ...
 
 


Wednesday, May 21, 2014

Syukur




... selalu aku ingatkan diri sendiri , dalam apa2 jua situasi yang penting adalah sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang kita ada ... kurangkan berkeluh kesah dan merungut ( kekadang tu terlajak juga walaupun telah berusaha mengawalnya ) ... seperti yang tercatat dalam buku " bersyukur saat diuji " karya Muhd Kamil Ibrahim

... dalam banyak perkara yang berlaku tanpa sedar sebenarnya kita kurang mengucapkan syukur ... bukannya tidak bersyukur tapi perkataan syukur Alhamdulillah sering terabai , aku terbaca dalam satu artikel semasa buat paper cutting ... maksudnya lebih kurang macam gini " manusia kerapkali mengeluh dan tidak bersyukur ketika di timpa musibah " berkali-kali aku membaca dan mengungkapkan dalam antonasi suara yang berbeza ... terasa janggalkan ? adakah perlu bersyukur bila ditimpa musibah ?

... bersyukur kerana setiap sesuatu musibah yang kita lalui itu adalah ujian daripada Allah yang tersembunyi rahmat Nya ... adakalanya kita mohon banyak tapi Allah bagi sedikit , ada ketika kita mohon sedikit tapi Allah bagi banyak , ada masanya kita mohon tapi Allah tak beri apa-apa , ada waktu kita tak mohon tapi Allah tetap beri ... sesungguh Allah Maha Mengetahui  apa yang terbaik untuk kita bukan apa yang kita perlu .

... buat sahabat lama ( jika beliau membaca coretan ini )

sesuatu itu berlaku sudah tertulis sejak azali lagi ... kita sebagai hamba Nya kena terima hakikat dan belajar untuk redha ... memang menyakitkan tapi menuding jari , saling menyalahkan , menyesali keputusan yang telah dibuat bertahun-tahun dulu akan lebih menyakitkan ... seolah-olah membelakangi hukum Allah .

... lagi satu nak pesan ni ! ... kata orang arif 

" memaafkan sama seperti melepaskan bara api dari genggaman " so maafkan lah ... sesungguhnya itu lebih baik untuk semua .




Thursday, May 15, 2014

Analogi kehidupan ... part 20 " itulah aku "


ada ketika aku kata x apa
tapi sebenarnya aku terluka
ada waktu aku cuba lupa
tapi hakikatnya aku sentiasa diingatkan

adakala aku rasa sudah redha
tapi aku masih rasa derita
ada masanya aku x tahu kenapa
tapi aku x dibiarkan alpa

sampai suatu saat aku cuma perlu
yakin ,
Allah ada menyedia sebab atas
segala sesuatu

Mungkin bagi aku itu kesedihan
sebenarnya petunjuk Nya atas sesuatu
yang lebih baik untuk aku
Maka , terus berdoa dan yakin,
ketika itu aku sangat dekat dengan
Allah.




Wednesday, May 14, 2014

Analogi Kehiduapan ... part 19 " LHDNM "



alhamdulillah ... selepas bercuti 2 hari ( jumaat dan sabtu ) , hari ini memulakan tugas dengan lafaz bismillahirrahmanirahim ... semoga dipermudahkan semua urusan oleh Nya . amin





... hanya aku dan Aan bertugas hari ni ... yang lain gi kursus perkhidmatan kaunter di HQ ... so rutin tugas macam biasa ... shelving ... bertugas di Bah. Rujukan ... pilih artikel /gunting untuk keratan akhbar ... sesekali memenuhi permintaan @ arahan dari PPP dan HQ





... syukur alhamdulillah sebab part dengan LHDNM berkaitan menghantaran secara elektronik selesai ... itupun setelah berkali-kali mencuba ... ini bukan pasal buat last minute ye ... ingatkan dah settle minggu lepas rupa2nya masih ada yang aku terlepas pandang ( salah diri sendiri pun ) sehingga le dapat email dari LHDNM ... masa tu aku busy dengan statistik pastu gi kursus 2 hari ... balik dari kursus cuti 2 hari ... last date 15 Mei ... cuba call talian 1 800 88 5436 tapi semua talian sibuk ...


... ini kali kedua aku berurusan dengan LHDNM ... tahun 2012 aku x layak bayar cukai tapi tahun 2013 pendapatan tahunan setelah ditolak beberapa perbelanjaan maka layak le aku membayar cukai pendapatan tahun ini ... x banyak mana pun ! yang paling penting tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia telah aku laksanakan.


(^ _~ )







Tuesday, April 29, 2014

Analogi kehidupan ... part 18 " kalut "


... dah hampir penghujung bulan april tapi aku masih belum serasi lagi bertugas di Bahagian Rujukan ... kebanyakan masa masih lagi diruang lingkup kaunter utama ... apatah lagi internet kat bahagian rujukan slow macam siput ... adoii ! dah tu semua fail kat komputer kaunter lama ... rasa macam nak menjerit jer !

... laporan " Jom baca bersama 10 minit " masih dalam proses pengumpulan ... dateline yang diberikan email sebelum 30 April ni ... aku masih menunggu dan menunggu maklumat dari PD dan Pekan ... harap dapat settlekan sebelum 30 April ni ...

... kekadang suasana panas kat tingkat satu buat aku kurang selesa tapi aku anggap " inilah dugaan untuk mencari rezeki sebab kat luar sana tu ada lagi hamba Allah yang lebih berat dugaan dalam mencari rezeki " ... seperti yang selalu Aan cakap " jangan cakap panas tapi fikirkan sejuk ... sejuk ... sejuk " hehehe

... kebelakangan ini aku rasa amat teruk sangat ... banyak perkara tertangguh atas sebab yang x dapat nak dielakkan ... bukan salah sesiapa pun ... mungkin aku yang kurang cermat menggunakan waktu ... tapi aku memang rasa kalut ... kalau boleh memang aku nak settle semua arahan tugas diberikan tapi aku juga sedar bukan semua arahan boleh aku selesaikan sebab aku ni bukan sesiapa pun ... adakalanya skop kerja dan jawatan menghalang ... meskipun aku boleh melaksanakan ... inilah dilema yang sering melanda ...

 
 
susahkan ?
buat dikata salah
x buat lagi le salah
so ...
apa citer sebenarnya ?
ermmm
x perlu kata apa-apa
kecuali