Thursday, August 23, 2012

ija n si manja

 posing masa hari raya pertama

 ija n si manja

tinggal kenangan ... mok n bucuk

 hilang !.... putih

layan n lena !


... mungkinkah ija akan meneruskan minat aku memelihara kucing ? ... moga2 begitulah hendaknya ... !


Friday, August 17, 2012

Salam Aidil Fitri


salam jumaat ...

.... hari terakhir aku bekerja untuk Ramadhan tahun ini ... insyaallah , ahad ni 1 Syawal akan menjelma ... semoga hasrat untuk berpuasa penuh tahun ini dimakbulkan oleh Nya ...

... Ramadhan akan berlalu ... dan akan bertamu lagi tahun depan dengan izin Nya ... yang x pastinya ... apakah akan ada Ramadhan untuk kita ... hanya Allah yang tahu 

... diketerbatasan ini aku meyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada kamu ... kamu ... kamu  dan kamu  yang aku kenali ... yang tidak aku kenali tapi kamu mengenali aku ... yang aku kenali tapi kamu tidak tahu aku mengenali kamu ... sesungguhnya ramadhan kali membuka semua pintu hati dan minda untuk bersatu dengan maksud sekufu " segala kebaikan yang ada pada diri aku dan kamu menyukai , itu datang dari Allah S.W.T ... jika kedapatan khilaf pada diri ku dan kamu tidak menyukai , itu datang dari diri ku sendiri "

  
    Pergi ke hutan mencari buluh
    Diikat rapi tali belati
    Tersusun indah jari sepuluh
    Maaf dipohon seikhlas hati
   
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin

Tuesday, August 14, 2012

semoga dipermudahkan . amin


Tarikh   : 15 hb. Ogos 2012
Masa    :  8.30 am
Lokasi  : Tingkat 3
              PPAS Shah Alam

* semoga segala urusan yang akan aku dan rakan-rakan lain lalui esok ... dipermudahkan oleh Allah.
Amin.

Thursday, August 2, 2012

mencari satu lagi JADULLAH

... secebis kisah tentang Jadullah Al-Qurani yang aku baca dalam ruang Nur Ilahi ... majalah Al Islam Ogos 2012 ...

" kisah bermula di Perancis kira-kira 50 tahun lalu ... kisah lelaki tua bernama Ibrahim yang menjual makanan halal ... di situ juga tinggal satu keluarga yahudi bersama seorang anak lelaki berusia 7 tahun bernama Jad .
setiap hari Jad akan membeli segala keperluan harian yang dipesan oleh ibunya . setiap kali sebelum keluar dari kedai Ibrahim Jad akan mengambil coklat kegemaran tanpa pengetahuan Ibrahim ...

... sehingga satu hari selepas membeli keperluan seperti biasa ... Jad terlupa mengambil coklat sebelum meninggalkan kedai ... Ibrahim memanggilnya " Jad ! saya rasa kamu terlupa mengambil sesuatu hari ini " ... Jad terkejut ... dia x  sangka Ibrahim mengetahui apa yang dilakukannya selama ini " maafkan saya pakcik ... tolong jangan beritahu emak dan ayah saya "

" tidak mengapa ... apa yang penting kamu mesti berjanji tidak akan mengambil apa-apa di dalam kedai ini tanpa kebenaran saya ...dan bila-bila masa saja kamu hendak keluar dari kedai ini ... ambillah coklat itu ... ia adalah hek kamu ! " ... Jad gembira dan berjanji akan meminta izin dulu sebelum mengambil coklat milik Ibrahim.

... masa berlalu dan tahun berganti ... Ibrahim semakin tua dan menjadi akrab dengan Jad ... menjadi kebiasaan setiap kali Jad menghadapi masalah ... Ibrahim akan menjadi tempat untuk meminta nasihat ... dan setiap kali Jad bercerita tentang masalahnya , Ibrahim akan mengeluarkan sebuah buku tebal dari lacinya dan meminta Jad memilih mana-mana muka surat secara rambang ... Ibrahim akan membaca 2 muka surat daripadanya hingga selesai ... setelah menutup buku tersebut ... baru lah Ibrahim memberikan nasihat dan jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh Jad.

... 14 tahun berlalu , Jad kini berusia 21 tahun , sementara Ibrahim sudah semakin tua ... Ibrahim akhirnya dipanggil Ilahi ... sebelum meninggal dunia Ibrahim mewasiatkan kotak ' ajaibnya ' untuk diserahkan kepada Jad ... dalam kotak itulah Ibrahim menyimpan sebuah buku tebal yang sering dibacakan kepada Jad setiap kali Jad mengadu masalah kepadanya.

... Jad tergaman dan sedih bila menerima kotak tersebut ... kerana baginya hanya Ibrahim saja yang mempu menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi selama ini ... hari terus berlalu ... setiap kali dirundung masalah , Jad akan teringatkan Ibrahim ... kini yang tinggal hanyalah sebuah kotak ... kotak itu juga kerap dibukanya ... di dalam tersimpan buku tebal yang selalu Ibrahim baca setiap kali dia datang mengadu masalahnya.

... Jad membuka buka itu tapi buku itu ditulis dalam bahasa Arab dan dia x tahu membacanya ... hati memberontak ingin mengetahui apakah yang tertulis dalam buku yang selalu di oleh Ibrahim ... Jad membawa buku itu kepada salah seorang sahabatnya yang berbangsa Tunisia ... Jad melakukan perkara yang biasa dilakukan ketika bersama Ibrahim dulu ... secara rambang dia memilih muka surat dan meminta sahabatnya membaca kemudian menerangkan maksudnya

... Jad terkejut kerana penjelasan ayat tersebut telah menyelesaikan masalahnya ...

   " buku apa ni , sebenarnya ?" kata Jad
   " inilah  al-Quran , kitab suci orang Islam " jawab sahabatnya
   " bagaimana untuk menjadi seorang Muslim ? " kata Jad
   " dengan mengucapkan syahadah dan mengikut tuntutan syariat " jawab sahabatnya

... tanpa keraguan , Jad terus mengucap syahadah dihadapan sahabatnya dan sekarang dia menjadi Muslim dan menukar namanya kepada Jadullah Al-Qurani sempena kitab suci al-Quran dan rasa hormatnya yang tidak terhingga kepada kitab suci itu yang selama ini telah menjawab semua persoalan masalahnya ...

 ... keikhlasan dan akhlak yang mulia berteraskan al-Quran , Ibarhim mampu melembutkan hati  Jadullah kerana Islam adalah agama yang benar

( nk tahu kisah selanjutnya ... jangan lupa dapat Al-Islam Ogos 2012 , ms : 20-22 )

* ... best sangat kisah ini ...


Saturday, July 28, 2012

syukur alhamdulillah



" syukur alhamdulillah " bisik hati ... bila membaca surat mengenai KUP ... terima kasih kepada pihak pengurusan PPAS di atas pemberian ini ... walaupun agak terkejut (... sampai saat ni pun masih terkejut lagi ) tapi amat bermakna pada aku dan kerjaya ... apatah lagi pemberian ini aku terima dalam bulan Ramadhan yang penuh berkah ... syukur alhamdulillah.

... mengimbau kenangan semasa mula menjadi warga kerja PPAS ... aku bermula seawal usia 20 tahun ... masa tu sebagai kakitangan sambilan ... Oktober 1994 aku terima perlantikan untuk jawatan tetap " syukur alhamdulillah "... dan bertugas kat Daerah lain ... perasaan masa tu kalut gak ... tapi aku selalu ingatkan diri sendiri ... hidup adalah satu perjuangan ... kat mane pun kita ditugaskan ... cabaran pasti ada ... 16 tahun aku bertugas kat situ ... banyak pengalaman dan kenangan semasa bertugas kat situ ... 2 jam pergi balik ... adakala memang membosankan ... tapi kata orang " alah bisa tegal biasa " ..namun daerah ini banyak mencatatkan kenangan manis dalam kerjaya aku !

... Feb 2010 terima surat pertukaran ke Lib Daerah Sabak Bernam ... tempat dimana aku bermula " syukur alhamdulillah " dan sekali lagi aku berperang dengan perasaan antara gembira dan sedih ... gembira sebab dapat bertugas di daerah sendiri ... sedih sebab meninggalkan tempat yang banyak mengajar aku jadi diri sendiri ... 

... hari ini dan hari2 seterusnya aku pasti akan ada cabaran sendiri ... kehidupan dan kerjaya harus diteruskan sebagaimana yang aku ... kamu ... kamu ... kamu ingankan ... so carilah diri ... nanti kita akan temui hati ... kerana hati dan minda harus sekufu untuk maju .

"   syukur alhamdulillah ... "

* ... hidup seharusnya x perlu bersyarat ... tapi bersyariat 
 

Thursday, July 19, 2012

... kerana lidah tidak bertulang


... " adat dunia memang macam tu ... buat baik belum tentu dipandang mulia ... apatah lagi buat benda yang x baik ... yang penting adalah nawaitu kita ... insyaallah ... Dia tahu apa yang ada dalam hati kita " ayat dari petikan novel yang baru jer selesai aku baca ...

... adat dunia ? ... atau rencah kehidupan manusia ? ... isk ! pi mai pi mai tang tu jugak maksudnya ... bak kata orang pusing keliling jumpa benda sama gak ... ini le asam garam kehidupan ... suka ... x suka kena lalui demi kelangsungan rutin seorang insan ...

... cuma kekadang kita ni teremosi sikit ... kerana lidah tidak bertulang yang afdalnya mengungkap zikirullah ... kata sopan ... kata nasihat ... atau bicara yang sedap didengar telah tersasar menjadi penyumbang kata dusta berbaur fitnah ... maka tersebarlah sebagai halwa telinga ... sehingga menghilangkan hakikat kebenaran!

... kerana lidah tidak bertulang yang bergerak bebas dalam mulut kita maka Allah ciptakan gigi yang tentunya lebih keras  untuk mengawal pergerakan lidah agar tidak terlalu bebas apabila sesekali kita diberi peringatan dengan gigitan oleh gigi ! ... tapi kita x pernah serik ... dan mengulanginya lagi ... lagi ... lagi ... dan lagi

... andai kata lidah diberi hak untuk mengawal bicara setiap insan ... mungkin dunia akan aman ... manusia tidak akan sesuka hati menabur janji ... berkata dusta semata ... bicara sekadar menutup kelemahan yang ada ...




... saat aku memutuskan untuk berdiam dari berkata-kata ... aku rasakan  satu kemenangan kerana lidah x perlu digerakan jika ianya x sekata dengan hati dan minda !


* ...  susah itu tarbiyyah , sabar itu indah

Friday, July 13, 2012

ayin n me

ayin n me

... gambar ni dirakamkan sekitar awal tahun 95 ( ... x ingat siapa yang tolong rakamkan gambar ni ) ... housemate semasa aku bertugas kat Lib. Cawangan Tanjung Karang ... hampir 5 tahun jugak aku serumah dengan ayin ... sebenarnya antara kami banyak sangat perbezaan dari persamaan ... tapi alhamdulillah dalam banyaknya perbezaan tu lah yang mewujudkan keserasian ... mungkin sebab kami sentiasa menghormati privacy life masing2 ... asal tidak melanggar norma2 kehidupan seorang insan dan hambaNya ... kira ok le tu !

... satu persamaan yang mungkin mendominasi persahabatan kami adalah ... sikap sederhana dan sempoi kut ! ... mana x nya ... dari segi pakaian hingga le bab makan ... semuanya ringkas ... hehehe ...

... bila terjumpa semula gambar ni ... aku jadi rindu pada semua kenangan bersama ayin ... x tahu dia bertugas kat branch RHB mana sekarang ni ... kami terputus hubungan bila masing2 mula sibuk dengan kehidupan sendiri ...

untuk ayin ( jika dia terbaca blog ni )

... semoga berbahagia bersama keluarga ... k'mis sentiasa doakan yang terbaik untuk ayin . amin



Thursday, July 5, 2012

Bukan Susah Nak Faham



... aku terjumpa buku ni semalam semasa bertugas kat kaunter ... aku tertarik dengan judul yang sempoi ... pastu buku pun x le tebal sangat ... cuma 208 ms jer ! karya Zahiruddin Zabidi ... diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn . Bhd ... harga RM 19.00 ... isk ! macam nak promote buku lak ...

... dan yang lebih menarik sebenar adalah apa yang tertulis di dalam buku ni ... terdapat 26 kisah dan 4 bacaan bonus ( cerpen ) ... aku suka dengan gaya bahasa yang mudah tapi sarat dengan pengajaran dan diperkemaskan lagi contoh2 yang sering berlaku dalam persekitaran kehidupan kita ...

... kalau kat Perpustakaan Daerah Sabak Bernam ... lokasi nak dapatkan buku ni kat rak 297.57 Za ( Bah. Buku Agama ) ... barcode 3602484 

antara petikan yang terdapat dalam buku ni ...

... seorang murid, yang dikenali sebagai murid yang pendiam, bangun dan memberi isyarat mahu bertanyakan soalan.



Tanya dia kepada ustazah, “Ustazah, kalau Allah menyuruh kita solat, macam mana pula Allah solat?”


Seluruh kelas terpana dengan soalan pelajar itu.


Ustazah mereka juga terkedu sekejap sebelum dapat mencari jawapan yang sesuai bagi menjawab persoalan anak muridnya itu.


Seketika kemudian baharulah ustazah menjawab dengan bertanya kembali kepada pelajarnya itu, “Kenapa awak datang ke sekolah?”


“Kerana mahu belajar,” jawabnya ringkas.


“Selain daripada itu?”


“Kerana mak dan ayah saya suruh.”


“Tapi mereka tidak datang sekolah bukan?”


“Ya.”


“Begitulah juga Allah. Dia yang menyuruh kita bersolat untuk menyembah diri-Nya. Maka Dia tidak perlulah bersolat. Sebagaimana mak dan ayah kita suruh kita datang ke sekolah, sedangkan mereka tidak datang ke sekolah.”


Murid tersebut mengangguk, berpuas hati dengan jawapan daripada ustazah mereka itu.



* ... kekadang perkara yang mudah pun kita susah nak faham dan adakalanya x faham langsung .

Wednesday, July 4, 2012

kosong







... kalau dua minggu lepas aku mengosongkan ruang lingkup pemikiran semata-mata untuk memberi fokus pada pencarian maklumat sejarah Selangor ... tapi hari ni aku rasa kosong sebab segala usaha dipandang kosong @ x beri apa-apa kesan pada mereka .

... nape ek ? terkesan dihati atas apa yang berlaku ... bagaimana jika mereka pula diperlakukan begini ... ? oopps ! mereka x akan melalui sebab mereka adalah sesiapa ... sedangkan aku pulak bukan sesiapa ... kan berbeza ...

... ermm x tahu nak kata apa dah ... redha jer !

* .... ( ^ _^ )


Tuesday, June 26, 2012

" 15 min reading break " Daerah Sabak Bernam

krew yg menjayakan ' 15 min reading break ' Daerah Sabak Bernam

Pengarah PPAS ... Puan Hajjah Mastura Muhamad

Y.B Puan Dr. Hajjah Halimah Ali

 Madam Chong , Mila , Chem n Pn. Suzliana

En. Norkhairul Nizam

 pemenang Anugerah Pengguna Aktif kategori remaja
Nur Izzati Husna Osra

cenderamata untuk Y.B

selesai sudah !



... 21 Jun 2012 ( Khamis )
Lokasi : Dewan Seri Bernam , Sungai Besar

... membaca langkah pertama pembelajaran sepanjang hayat ... so apalagi jom baca !

Saturday, June 23, 2012

jangan cari salahku ....


... syukur alhamdulillah  ' 15 min reading break ' peringkat Daerah Sabak Bernam selesai sudah ... berjaya ? no komen ... x leh nak cakap apa-apa ... sebab dah sedaya upaya ... dah sehabis usaha untuk beri yang terbaik ... aku pun dah x fikir pasal program tu ... yang lepas biarkan ia berlalu ... jika ada kelemahan akan dijadikan ikhtibar ...

... dua minggu penuh cabaran ( ... hingga ada airmata yang mengalir ) dan menuntut sejuta kesabaran ... aku tahu setiap sesuatu akan ada khilaf di mana-mana ... cuma aku mohon sesangat jangan cari salahku ... sebagai insan biasa aku x bisa lari dari  kesilapan ... apatah lagi aku sering terperangkap dalam  keadaan yang tidak memberi aku banyak pilihan ... atas keterbatasan itu ... sering kali memaksa aku bertindak mengikut arahan yang diterima dari pelbagai penjuru ... masih bersalahkah aku ?

... aku tahu ... dan tahu sesangat akan ada suara2 sumbang ... x pe ... aku x marah pun ... dan aku x ambil kisah sangat ... sebab tiada manusia yang sempurna ... lagi pun siapalah aku nk menghukum ... apa yang aku lalui ... aku rasa ... aku hadapi ... mungkin hanya Allah dan aku saje yang tahu ... biarlah ... aku redha jer !

... sesekali mengimbau jalanan yang pernah kulalui ... terasa ada syahdu dan sendu ... itulah aku ... ingin meluah semua yang terbuku dihati ... namun x terlontar kata bicara ... !

* ... mengata apa yang kita lihat lebih mudah daripada mengotakan apa yang diamanahkan !

 

Monday, June 18, 2012

aku x gembira .... !

... aku x gembira ... bermakna aku bersedih hari ni ... aku berduka ... aku berkecil hati ... aku stress ... aku marah ... semuanya tu silih berganti menyesak dalam kepala ... argg ! lalu telan active fast sebiji ... !

... mengapa kamu x pernah memahami apa aku yang lalui ... dan tahu kah kamu , semua yang aku lakukan demi kerana amanah yang terpikul di bahu ini ... meskipun kekadang aku melakukan demi melunaskan segala-gala amanah yang sepatutnya terpikul di bahu kamu  ...

... Ya Allah , ku mohon keampunan bila mana aku gagal menitipkan kesabaran dalam hati ini , sesungguh ku pohon keampunan MU atas segala kelemahanku . Amin

Thursday, June 14, 2012

n3 tertunda

 awer n kekawan ... macam iklan ubat gigi

semoga jadi generasi yang berjasa

... ni n3 tertunda 

gambar ni dirakam masa konvo awer mei lepas ... x sempat update kat blog masa tu sebab sibuk sangat ... x kisah lah janji masuk gak kat blog ni ... hehehehe


Wednesday, June 13, 2012

sampai bila ?


... ku lontarkan pandangan jauh menembusi dinding-dinding kaca ... aghh ! panasnya cuaca diluar sana namun ku lihat pepohon masih meliuk-liuk mengikut alunan hembusan angin ...

... ku tarik semula pandangan di persekitaran paling hampir dengan diri ku sendiri ... grrrr ! panas dan berbahang ... berpeluh dan amat meletihkan ... dalam situasi sebegini setiap hari ... kekentalan diri ... ketabahan hati ... kawalan emosi perlu sentiasa diawasi dan bajai dengan berbanyak istigfar ... astagfirullah ...astagfirullah ... astagfirullah

... hati selalu membisik doa " Ya Allah ampuni segala dosa-dosa atas kelemahan dan kekhilafan ku dan bukakan lah pintu-pintu hati mereka agar mendengar segala rintihan hati ini , sesungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani " amin

Thursday, May 31, 2012

akhirnya ku putuskan ....

... dari dulu lagi ... kalau boleh aku memang cuba elakkan jika diberi tanggungjawab untuk buat keputusan atau pilihan ... sebab aku x suka sakitkan atau lukakan hati orang ... tapi sebagai manusia biasa aku x leh nak elak diri dari melalui semua ini

... aku tahu  dan sedar setiap kali aku putuskan jawapan ... pasti ada bisikan suara2 yang membuat penilaian atas apa yang aku putuskan itu ... sebab tu setiap kali aku kemukakan jawaban , aku selalu akan ingatkan mereka " ... jangan tanya mengapa atau sebab aku putuskan jawabannya begitu ... sebab aku x leh nak terangkan secara detail ... dan aku x suka nak komen sesuatu yang lahir dari dalam hati ini ... biarlah hanya Allah yang tahu "

... x de sekelumit pun rasa amarah dalam hati ... cuma aku selalu berharap agar aku diberi ruang untuk ada lingkaran privacy sendiri ... menikmati kehidupan yang fana ini dengan cara aku sendiri ... menapak di kerikil tajam dengan cara sendiri ... berjalan ... berlari ... duduk ... berdiri ... hatta berbaring sekali pun ... biarlah atas keinginan diri sendiri .

... aku tahu kamu selalu ingin berbuat yang terbaik untuk aku ... aku tahu itu !

* ... akhirnya ku putuskan ... kerana itu yang terbaik untuk aku dan untuk kamu juga !

Friday, May 25, 2012

aku


untuk hidup ... segalanya harus dilakukan
untuk hidup ... kufikirkan apa yang terbaik
untuk hidup ... aku cuba untuk selalu sabar
untuk hidup ... ku ingin ada orang yang selalu bisa jadi segalanya untuk aku
untuk hidup ... ku cari kebahagiaan yang sulit untuk aku perolehi
untuk hidup ... ku cuba merubah apa yang ada
untuk hidup ... aku tersenyum
untuk hidup ... aku mengalah
untuk hidup ... aku menutup diri
untuk hidup ... aku menangis
untuk hidup ... aku ketawa
untuk hidup ... aku berjalan dan berlari

kerana hidup ini membuat aku berfikir apa yang akan terjadi bila aku hanya berdiam diri ...

*    ~ kehidupan seperti sebuah puisi
         puisi yang berurat nadi pada emosi
        emosi yang bersuara dari samudera hati
        dan hati adalah api kebenaran yang abadi ~


Tuesday, May 22, 2012

hormati diri ... hargai hati





ermm ... ntah mengapa tetiba jer aku terfikir pasal diri dan hati  ... sejauh mana kita mengenali diri dan hati kita sendiri ? ... adakah kita menghormati diri kita sendiri ? ... setinggi manakah penghargaan untuk hati kita ?

... teringat pesan emak ( arwah ) masa aku diarahkan bertugas ke daerah lain " kerja kat tempat  orang ... jaga diri " tapi masa tu aku x ambik pot sangat ... aku anggap tu perkara biasa jer ... al maklumlah masa tu masih darah muda ... semua perkara dianggap satu cabaran ... hehehe ! lagipun masa tu setiap cabaran macam satu keseronokan ...

... tapi la ni ... dalam usia sebegini ... cara menangani setiap cabaran yang mendatang lebih matang ... banyak benda yang perlu difikirkan dan diambil kira ... mungkin sekarang ni aku lebih menghormati diri atau dalam kata lain lebih menghargai apa yang ada disekeliling ... agaknya sebab dipengaruhi persekitaran kut ! ...

... sebenarnya banyak perkara yang aku fikirkan sejak akhir2 ni ... tentang diri ... tentang hati ... tentang semua yang ada kat sekeliling ... isk ! kenapa le aku nak susahkan diri fikir pasal semua ni ek ? ... ntahlah ! mungkin ni masa yang sesuai untuk buat anjakan paradigma kut ... hehehe

... so kesimpulan dari pemikiran yang lahir dari diri ... terbit dari hati ... dan ilham dari Dia Yang Maha Mengetahui apa terbaik untuk setiap makhluk ciptaNya .... aku putuskan hormati diri ... hargai hati sebagai anugerah istimewa dari Nya ... titik !

~ andai satu masa nanti perasaan itu hadir dan membenih dalam diri ... dalam hati ...sesungguhnya itu takdir yang ditetap oleh Nya .

 

Thursday, May 10, 2012

mungkinkah .... ?


... kehidupan memang penuh misteri ... sebab kita x tahu apa yang akan berlaku esok ... esok ... esok ... dan esok ... so apa yang berlaku esok ... lusa ... tulat ? semuanya tersimpan rapi dalam qalam Allah .
... apa yang seharusnya kita lalui atau akan dilalui banyak bergantung pada perancangan ... keinginan ... keperluan ... impian dan sebagainya ... selebih dari itu kita akan bertawakal dan berserah padaNya

* ... atas segala kemungkinan ... aku masih berpegang atas prinsip "  ... kehidupan adalah sebagai mana yang aku inginkan ... bukan sebagaimana yang kamu ... mereka... atau dia inginkan"

Monday, May 7, 2012

Terima kasih

                                                              ... lokasi ruang bacaan tingkat 3

                                                                                 honey

                                                               posing kat tingkat 3 RATU

                                                                              honey & me

                                                                                bib

  Aan , K'Ana dan Honey

salam jumaat ...

... seminggu bertugas kat Bah. Rujukan ... aku masih dalam suasana menyesuaikan diri dan mengemaskini fail2 keratan akhbar dan memikirkan susun atur serta penambahbaikan yang sesuai agar kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan oleh pengguna ... walaupun agak panas tapi tetap bersyukur sebab komputer dan kipas masih berfungsi dengan baik.

... ermm sebenarnya bukan nak cerita pasal tempat tugas baru ni sebab masih dalam satu bangunan sama cuma pindah kat tingkat satu jer ... meja tugas hakiki pun masih kat ofis yang lama gak ! ... hehehe saje bikin gempaq !

... terima kasih PPAS dan syukur alhamdulillah di atas pemberian APC untuk tahun 2010 ... terasa memori indah 1997 berulang lagi walaupun dalam suasana dan lokasi yang berbeza ... memang diluar kotak fikir yang aku berpeluang untuk mendapatnya bagi kali kedua ... apa penilaian atas pemberian ini ? no komen ... !

* ... semoga semangat untuk melakukan kerja sebagai amanah dari dariNya berkekalan hingga bersara ... hehehe

 

Friday, April 27, 2012

sekadar renungan


salam jumaat ...


Cipta hati stabil dengan zikir
Asuh akal dengan muzakarah
Suluh hidup dengan ilmu
dan
Ikat jiwa dengan mahabbah
Pasak kehidupan seorang insan


*... kata ni sekadar ingatan untuk diri sendiri juga untuk dikongsi bagi mereka yang sudi ...

Thursday, April 26, 2012

berpindah ?


... berpindah ? yup ! ... tinggal 4 hari lagi ... bermula 2 Mei ... aku akan memulakan tugas kat tempat baru ... aku dah mula merancang apa-apa  perubahan yang perlu ditempat baru nanti ... nak buat itu ... nak buat ini ... nak tambah itu ... nak tambah ini ... rasa macam nak tambah dan ubah semua nya ... hehehe

... cuma satu jer yang buat aku rasa gundah gulana ... tahap kepanasan ! aduss ... " Ya Allah ... bukakan hati-hati mereka yang berkenaan agar permasalahan ini dapat diperbaiki segera " amin.

... atau mungkin aku akan beroperasi dari ofis macam selalu  dan sesekali menjejakkan kaki kat tempat baru tu ... boleh gitu ... !

* ... walau di mana pun ... tugas dan amanah tetap dilaksana

Tuesday, April 24, 2012

merisik redha-Nya

... cuaca kat luar hari ni memang panas ... tapi kepanasan kat dalam ofis aku mencapai 31.2 darjah celcius ... so dah seminggu aku dan kekawan ofis menjadikan kaunter sebagai pot untuk bertapak ... kalau boleh semua kerja beroperasi di kaunter .... bukannya sebab kat ofis tu ada " momok " tapi tahap kepanasan buat aku rasa rimas dan x selesa ...

... so tadi masa kat bilik solat ... bib sempat le bersembang ilmiah dengan aan ... " macam mana kalau x de bumbung ? .." ... x pe masih ada dinding " ..." kalau x de dinding ? " ..." x pe masih ada lantai " ... " kalau x de lantai ? " ... " x pe masih ada tiang " ... " kalau x de tiang ? " ... " x pe masih ada buku " ... " kalau x de buku ? " ... " x pe masih ada payung ? " ... " kalau x de payung ? " ... kalau x de semuanya ???? " ... renung dan fikir2kan ...

... memujuk hati menerima semua kekurangan yang melanda ... belajar menerima  semua kelemahan manusia atas fitrah manusia yang serba x sempurna ...

... wahai hati ... wahai minda bersatulah ... belajarlah menerima semua kepayahan ini sebagai dugaan dari- Nya dalam merisik redha-Nya demi keberkatan untuk meneruskan kehidupan ini .



* ... kepada mereka2 yang berkenaan ... mohon jangan dilupa kebajikan kami disini ...

... bila Ija bercerita


as salam ...

... teringat aku bila ija bercerita pasal ular besar bermata merah dengan mulut berapi yang menyeksa orang-orang yang meninggalkan solat bila dalam kubur nanti ... itu belum lagi bila dia bercerita bab dosa dan pahala yang akan dicatat oleh malaikat kat bahu kiri dan kanan kita setiap hari ... dia  takut bila cerita bab dosa sebab takut masuk neraka ... dan selalu tanya " macam mana nak hilangkan dosa ? " ... dan aku selalu berfikir sebelum memberi jawaban ... sebab setiap apa yang aku akan kata ... akan  dianggap segalanya benar dan kekal dalam fikiran Ija ...

" ... dosa ni kita x nampak sebab tu setiap hari kena berdoa mintak Allah ampunkan semua dosa kita ... sebab kadang2 kita x perasan pun atau x sengaja dah buat dosa ... sebab tu kena selalu berdoa ... dan kena selalu buat baik kat semua orang dan kena sayang kat binatang ( ... sebab ija ni suka kucing ) ... lagi satu kalau selalu buat baik nanti Allah akan tempat ija kat syurga ... x nak ke ? " 

... setiap hari sabtu n ahad ( ... time aku bercuti ) pepagi lagi aku akan call dia " ... hari ni dah baca Fatihah ke ... kata nak pahala " ... " ala ! Ija lupa nak baca " kata nya dan dia akan membaca melalui telefon dan tentunya aku serius mendengar setiap patah ayat yang dibaca ... dan " amin ... alhamdulillah ... " itu jugak yang sering aku ulang setiap kali bacaan fatihah yang dibacanya berakhir ...

                                                                                ija

u/p : aku selalu rasa kalut bila ija kata " ija nak jadi macam acik ! " ... isk ... isk ... !!!

Thursday, April 19, 2012

jalan-jalan di Melaka

memulakan perjalanan

besaqnya kapal !

salah sudut di dalam kapal ... gambaran pedagang yang singgah ke Melaka

pemandangan indah dari Menara Taming Sari

bermandi cahaya di Kampung Morten

berapa agaknya bil letrik sebulan ek ?

juru gambar yang keletihan !

...apa yang bestnya di Melaka ? itu pertanyaan dari sedara mara ... bila aku cakap nak gi Melaka ... masa tu aku jawab " ... ntah lah ! "  sebab kali pertama aku gi sana masa zaman persekolahan  ... cer tanya sekarang " ... apa yang bestnya di Melaka ? " ... apa jawaban aku " ... memang best sesangat ... x leh nk criter  ... kena pergi sendiri melawat Melaka ...

Friday, April 13, 2012

Ayu & Fisol

Nor Seri Rahayu ... memang ayu kan !

alahai comel nya aksi Fisol & Ayu

Tarikh :  31 hb. Mac 2012

" Selamat Pengantin Baru "
semoga sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Nya ,
dipermudahkan perjalanan kehidupan , dimurahkan rezeki serta beroleh 
kebahagiaan di dunia dan akhirat
~~ amin ~~

lawatan ke PERPUSTAM

gambar kenangan di PERPUSTAM

En. Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris
Pengarah PERPUSTAM

 Kenangan ... bertukar cenderahati

 Sejarah awal Melaka bermula disini ... En. Raifiuddin bersama En. Harun

taklimat dari En . Raifiuddin Abd. Latif

semasa sesi lawatan 

' Sudut Kreatif ' ... paling menarik !

Aan posing kat pokok buatan dari kertas ... memang kreatif !

... sesuatu yang mungkin akan diaplikasikan di Lib. Daerah ... insyaAllah

n3 tertunda ...

Lawatan Akademik ke Perpustakaan Negeri Melaka ( PERPUSTAM ) 
26 Mac 2012

... Alhamdulillah ... setelah menempuh pelbagai ranjau dan ujian ( ... hehehe ) akhirnya bumi Melaka berjaya juga dijejaki ... memang best sangat lawatan ni ..!

... 10.00 am ... ketibaan kami disambut oleh staf PERPUSTAM ( lupa lak nama dia ... isk ! isk ! ) ... terus kami dibawa ke dewan untuk taklimat yang disampaikan oleh En. Raifiuddin Abd. Latif , beliau mengalu-alukan kehadiran staf dari Perkhidmatan Perpustakaan Daerah Sabak Bernam ... dan menjelaskan PPAS dijadikan sebagai penanda aras untuk semua perpustakaan lain di Malaysia ... ( terasa bangga beb ! )

... PERPUSTAM ditubuhkan pada tahun 1881 ... lokasi Bandar Hilir ... dikenali sebagai  Khutub Khanah Melaka ... pada 1975 bertukar kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka ( PERPUSTAM ) dan dirasmikan pada 1996 ... Budaya Ilmu Budaya Rakyat Negeri Melaka .

... kalau nak cerita pasal PERPUSTAM memang banyak ... dan  x jauh beza dengan lib kita cuma mungkin ada sedikit perbezaan berkaitan jumlah naskah pinjaman buku - 3 hingga 5 naskah , denda - RM 0.10 maksima RM 3.50 , umur ahli kanak2 dari 31/2 tahun dan jika buku hilang - pembayaran harga buku serta RM 5.00 untuk wang proses .

Bahagian Koleksi Melaka ( ... aku teruja sikit kat Bahagian ni ... ada hikmahnya juga sebab bermula Mei ni aku diarahkan bertugas Bahagian Rujukan ... so banyak input dan perancangan yang berlegar2 kat minda menunggu masa untuk diaplikasikan nnti )

Lawatan ke PERPUSTAM memang memberi impak positif dalam diri aku ( ... harap semua kekawan yang pun sama jugak ) bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan dan tentunya lebih pengalaman ... hehehe

.... lokasi seterusnya selepas Melaka ?


Friday, April 6, 2012

... bukan kemahuan fikiran






salam jumaat ...

... terasa lama sangat aku x menulis ... beberapa kali aku cuba untuk menulis tapi keterbatasan waktu seakan begitu cemburu ... bukan salah sesiapa pun ... mungkin aku yang masih kalut dengan hambatan tugas ... dan masih belajar mengatur masa untuk memenuhi semua tuntutan amanah yang digalas ...

... terkadang ingin aku berlari sejauh mungkin ... jauh dari segala ragam manusia yang menyebabkan airmata ini menitis ... terkadang aku berharap untuk tidak menjadi pendengar yang baik ... jika ianya sekadar luahan ketidakpuasan hati ... terkadang aku ingin diam seribu bahasa ... andaikata setiap lontaran kata-kata yang aku lafazkan akan menimbulkan prasangka dan fitnah ...

 ... yang aku ingin sekadar melakukan semua tugas sebaik mungkin sebagaimana yang diamanahkan ... memikul arahan tugas selagi terdaya ... x lebih dari itu !

... aku x upaya untuk memikir semua perkara ... apa lagi memberi komentar ... kerana itu bukan kemahuan fikiran !!!!!