Wednesday, October 29, 2008

teruja ...

... majlis aidil fitri yg diadakan kat HQ semalam mendapat sambutan ' luar biasa ' dari semua staff ... boleh dikata hampir kesemua staff dari perkhidmatan yg terdapat kat negeri Selangor turun untuk meraikan nya ... aku dan kekawan dari zon 1B pun tidak le terkecuali ... apa lagi pelepasan untuk tutup perkhidmatan diluluskan oleh pengarah ... bagus gak ... sebab bukan mudah untuk kami semua berkumpul macam ni ...

... so semalam gak aku berpeluang berjumpa dengan kekawan dari zon lain ... maaf le ! ada antaranya aku x ingat nama dan dari perkhidmatan mana ... tapi aku tetap dapat rasakan kemesraan diorang sebab diorang kenal dan masih ingat kat aku ... terima kasih sesangat ... sempat le jugak bercerita panjang ... erm ! bila lah kita akan jumpa lagi selepas majlis ni ... ntah le ! mungkin kena tunggu sambutan syawal tahun depan ... itu pun klu dapat pelepasan lagi ...!

... dari sembang2 semalam .... aku dapat simpulkan ' kehadiran luar biasa ' ni lebih bersifat
' keterujaan ' untuk menatap wajah pengarah yang baru ... selepas dilantik pada september 2008 lalu ... alhamdullilah ! melihat raut wajah lembut dan murah dengan senyuman serta mendengar ucapan beliau tentang visi dan misi juga motto yang akan dilaksanakan ... aku berharap sangat ianya akan memberi impak positif kepada perkhidmatan dan juga staff ...

... bagi diri aku sendiri ... insyaAllah ! akan mula mengorak langkah ke arah itu ... apa yang aku harapkan aku akan lebih istiqomah dalam melakukan segala tugas yg diamanahkan ... ' semoga dipermudahkan ' ... amin .

* ... melihat gelagat dan kerenah orang di sekeliling menjadikan aku lebih memahami liku-liku kehidupan ...*

2 comments:

anggerik said...

ya..kehadiran luar biasa... wajah pengarah penuh dengan ketenangan dan ketegasan....insyallah kak mampu melakukan pe yang diharapkan..amin

kesturi said...

... kita sama2 usaha ke arah itu !