Saturday, October 25, 2008

antara suka dan cinta ...

... baru2 ni aku baca coretan kat blog member pasal ' wanita dan kedudukan ' ... bukan le aku komen pasal apa yg ditulisnya sebab pasti tentunya coretan tu dipetik dari sumber2 yg sahih akan kebenarannya ... aku ' tabik spring ' kat dia sebab sejak ada blog ni ... dia semakin rajin menulis ( ... terus kan menulis ek ! )

... bila bercakap hal kaum hawa memang seronok dan unik sikit ... walaupun asal kejadian dari tulang rusuk kaum adam ... tapi Allah sertakan juga dengan pelbagai keistimewaan ... dan kelemahan jua ... so seimbanglah tu ...

*** Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat [rujuk pada sabda Rasullulah S.A.W di atas]. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.***

... aku sikit terkedu bila baca part kat atas ni ( ... aku copy paste dari blog tu ) ... mungkin bukan aku seorang tapi mungkin kamu ... kamu ... kamu dan juga kamu atau sesiapa jer yg masih mengekalkan status ' single ' ... hehehe !

... persoalan ' mengapa masih sendiri ? atau pertanyaan dalam nada skema yang biasa ' bila lagi ni ? ... dah macam lali kat cuping telinga ni dan biasanya aku x bisa lagi bersuara hanya aku ' sedekah senyuman ' semanis yang boleh ... sebab kalau aku bagi komen ... mesti akan ada soalan kedua ... ketiga dan seterusnya ... hehehe ( ... aku pilih jalan selamat le ! )

... x pernah jatuh cinta ? ... ntah la sebab aku kekadang keliru gak nak bezakan antara suka atau cinta pada seseorang ... ( buta perasaan kut ... hehehe ) ... teringat aku masa di zaman awal remaja ... bila ada yg ingin menghulur salam perkenalan ... aku akan cepat2 bina ' kubu ' kat hati sebab takut leka dibuai perasaan hingga abaikan harapan keluarga dan amanah sebagai pelajar ... mungkin gak sikap tu dah sebati sehingga sekarang ni ...

... aku pernah gak suka kat ' dia ' ( ... sampai sekarang pun rasanya aku masih suka kat ' dia ' ) tapi la ni aku x tahu ' dia ' ada kat mana ... aku suka ' dia ' mungkin sebab peribadinya kut ... jangan lak korang anggap aku dah jatuh cinta ... sebab kata orang ' ... kalau dah cinta kita sanggup lakukan apa saje ! ' ... so sebab aku x rela atau sudi maka aku beranggapan aku sekadar suka bukan cinta ... melihat dan mendengar kemelut yang sedang membelenggu kehidupan seorang teman menjadi aku agak ' fobia ' sebab aku bukan lah termasuk dalam kategori orang2 yang mempunyai kesabaran yang tinggi ...

... sebenar soal sendirian atau berdua ( berkeluarga ) x sepatutnya dijadikan isu ... x perlu le digembar gemburkan ... sendiri bukan le bermakna kita membelakangkan hukum fitrah kejadian manusia ... kalau Allah berkehendak sesuatu itu berlaku ' kun fa ya kun ' maka akan berlaku lah atas izin dan kehendakNya ...

* walau apa pun status kita .... lakukan tanggungjawab kepadaNya dengan istiqomah ... ( ari ni last pose sunat syawal ... alhamdulillah )

2 comments:

anggerik said...

he...he...betul cakap kak...
ada ms sy jadi jemu dgn persoalan bila lagi???kn kak.. mcmlh x ada soalan lain...cuba tnya nak ke kalau sy belikan kereta ke??ne x abis2 ckp psl kawen...he...he... bosan bin jemu sngt

kesturi said...

... dah jadi tabiat orang kita begitu ... sabo jer le ! hehehe