Tuesday, October 7, 2008

apa sebenarnya ....

salam aidil fitri ,

... semalam aku mula kerje ... erm ! dah lama bercuti rasa malas lak nak gi kerje ... so semalam tu aku terpaksa memaksakan diri untuk kerje ... hehehe ! dalam hujan lebat tu aku sampai kat office tempat pada waktu ... jadual kerje dah kembali macam dulu gak ... x de peluang nak balik pukul 5.00 lagi ... dan fokus aku semalam lebih kepada menyiapkan statistik dan perkara2 yang perlukan tindak segera ... pengguna lak x ramai ... mungkin diorang ni masih dalam suasana raya lagi ...

... pagi tadi aku singgah sat kat lib daerah ... hantar surat dan ingat nak jumpa ' bos kecik '
( ... hehehe ) nak mintak sahkan surat ... cuti le pulak ! ... pastu aku taip surat untuk mohon sumbangan bagi majlis hari raya yang dirancang pada 18 / 10 / 08 ( sabtu ) ... semua tu dah tugas hakiki yang aku lakukan setiap kali majlis raya ... aku ingatkan .. lepas ni nak bersara le dari semua ni ... bukan le berkira sangat tapi nak bagi peluang kat member lain pulak ... teringin jugak merasa dilayan sebagai tetamu ...

... kekadangan tu terfikir gak kenapa le aku suka atau sesuka sangat buat perkara ni ... ? aku pun sering tertanya ... kenapa erk ? ... sebenarnya nawaitu aku dan bunga hanya satu untuk merapatkan silahturrahim antara kita semua ... memang le kena bayar sikit untuk menyediakan juadah santapan kita nanti ... lagipun keluarga kakitangan pun boleh turut serta ... bak kata orang ( ... yang sedikit sama dicicipi ) ... tapi bila melihat maklumbalas dari daerah sebelah sana memang le memberangsangkan ... hanya dari daerah sebelah sini agak malap ... apa pun kena le tunggu !

... dan tadi gak situasi yang pernah berlaku dulu ... berlaku lagi kat lib daerah ... semua staff dari desa silih ganti bertandang menghantar maklumat ... aku ingatkan keadaan ni melanda daerah sebelah sini jer ... rupanya merebak sampai ke seberang sana ... aku kena belajar biasa dengan ' cara kerja ' begini ... kena bersedia selalu !

... " siapa kita " guman seorang teman ... itu hakikat yang terpaksa aku dan mungkin jugak kamu ... kamu ... dan kamu harus terima ... tadi aku dimaklumkan arahan ' beralih ' arah lagi ... jangan le ambil pusing sangat hal2 macam ni ... siapa pun yg diarahkan semua dalam bidang kuasanya ... bagus gak untuk belajar ... tapi biar le betul-betul hasil ' sentuhan ' sendiri bukan ' ciplak ' ...

... mungkin gak ' cara kerja ' berbeza dan kepatuhan kepada setiap arahan memesongkan pandangan ... apa yang penting kita ikhlas dengan apa yang kita lakukan ... dan yang paling utama jujur dengan amanah yang kita galas ...

* ... ular menyusur akar tak kan hilang bisanya ....

No comments: