Tuesday, May 24, 2011

berwajah baru

ruang untuk jamu selera ... jom makan !!




ni meja empunya blog ... isk ! isk ! serabutnye !



sudut komputer ...



.. meja bib dan Aan ( diorang ni x leh dok jauh2 ... al maklumlah adik beradik ... katanye ! )




ni lak ... lokasi ayu dan aku





... ni lah wajah baru ofis tempat aku dan kekawan lain bertahta ! ... hehehe

masa masuk ofis pagi tadi ... terkejut gak aku ... mana lak meja aku ni ? ... al kisahnye ... diorang buat kerja2 ubah suai ni time aku cuti2 Malaysia ... mekasih le kat bib .. aan n ayu atas usaha keras ... penat lelah buat semua ni ...

... and thanks so much ... atas semua makanan yang ada kat ruang jamu selera kita tu ... semua
sedap dan terbaik punya ! ... kek yang enak ... ayam masak merah ... masak paprik serta nasi

... terima kasih sesangat walaupun hari ni usia aku bertambah setahun lagi ... ! dah terasa tuo le pulak ... huhuhu

untuk semua adik2 ku

Pucuk paku si pokok meranti

Dipetik orang dibuat kerabu
Rasa terharu di dalam hati
Tersemat indah menghias kalbu

Aan ... bib ... dan juga ayu
Tinggi ... rendah ... terkecik pula
Kerah tenaga sentiasa bersatu
InsyaAllah pasti ada jaya


* .... x perlu kata apa2 ... senyuummmm !


Wednesday, May 18, 2011

mengapa missar ?



... mengapa missar ? ... mengapa missar ? ... isk ! terkejut gak aku dengan pertanyaan ni ... terkejut ! sebab x pernah ada yang tanya sebelum ni ...hehehe


... mengapa missar ? aku dah guna email address ni sejak aku mula mengenali komputer ... kira dah lama jugak tu ... x de rahsia pun ... nama ni spontan jer ... bila nk create email kat yahoo ... aku gabungkan tiga huruf pertama nama aku dan tiga huruf pertama nama bapak ... so jadi le missar ... pastu aku cuba gak semak kat kamus dewan ... klu2 ada maksud lain dari perkataan ni ... bila dah sahih x de ... aku kekalkan jer sampai le sekarang ni !


... mengapa aku perlu bagi penerangan pasal nama missar ni ? ... bagi aku bila ada pertanyaan dari seseorang ... mesti ada sesuatu di musykilkan ... !


* ... bila hati berdetik ... seribu pertanyaan berbisik !






Wednesday, May 11, 2011

tumis betik

gambar ehsan dari miss google ... tapi lebih kurang gini le

hasil tangan Mrs. Aan


... alahai ! lama sungguh x pekena tumis betik ... sekali makan sedap daa ! ... mekasih le Aan sebab bagi k'mis bernostalgia lak ... dulu masa kecik2 ... selalu gak emak masak macam ni ... sedap sangat ! makan dengan nasi x de lauk pun x pe ...


... makan hari ni ditaja oleh Aan dan bib ( nasi , tumis betik , ikan goreng dan pencuci mulut - nenas dan dragon fruit ) ... semoga Allah murahkan rezeki selalu ... amin .


* ... esok x leh nk join makan tengahari ... kena gi HQ ... jumpa jumaat ek !

Thursday, May 5, 2011

yang mane satu situasi anda ?

... malam tadi aku saje sembang berilmu dengan yatie ... x leh nak kata sembang kosong ... sebab banyak perkara yang kami perkatakan ada hubungkaitnya dengan kehidupan ... bila sebut kehidupan tentu le ada kena mengena dengan pembelajaran sepanjang hayat kan !

... aku kat ofis ni ada 6 staf ... 2 lelaki ... 4 pompuan ... hahaha ! klu diikut perbezaan jumlah ... mesti le nampak macam staf pompuan yang mendominasi suasana kat ofis tu ... tapi x begitu tau situasinya ... sebab walaupun sedikit jumlah staf lelaki ... yang jadi ketua kat ofis ni ... lelaki ! ... kiranya seimbang le ...


... kata yatie " kalau kat tempat kerje memang ramai rakan taulan ... al maklumlah ... cikgu sekolah ... tapi kekadang x dan bersembang pun ... kalau berjumpa kat kantin atau kat bilik guru sementara menunggu masa utk mengajar ... paling tidak pun sambil menyemak buku ... gagahkan jugak bertanya khabar anak2 atau isu2 semasa ... ( paling dielakkan bab politik ... sensitif ! ) " ... lagi pun kat tempat baru ni ... aku x de member kamceng pun ... mungkin sebab aku masih baru kut !


... tapi al kisahnye ... bukan le pasal apa yang aku dan yatie sembang malam tadi ... itu intro jer !


... al kisahnye ! ... apa mood kita hari ni ? ... mood aku ?... mood awak ?... mood kamu ...? cuba perhati sekeliling kita ... pastu perhatikan jugak mood kekawan seofis dengan kita ... cuba tafsirkan ... yang mane satu situasi mereka ek ?


... mood aku hari ni ? ... mula2 tu happy sesangat sebab dah settle bayar bil air , letrik , telefon n kereta ... lapang rasanya ... ingat nak beli keperluan lain lak ... tapi ku sangka panas hingga ke petang ... rupanye hujan di pagi hari .... huhuhu ! bila gi kat mesin atm ... tolak kad masuk kat mesin ... reject le pulak ... gi masuk kat dalam ... jumpa pegawai bertugas ... " maaflah ... mungkin cip kat kad ni dah rosak ... kita tukar yang baru ... 3 hari siap " ... aduusss ! tetiba aku rasa miskin teramat ... huhuhu

... tapi mood aku kembali happy ... sekurang2 atas sebab di atas tadi ... aku terselamat dari membeli sesuatu yang bukan le diperlukan sangat ... itu le hikmahnya ...

* .... menghitung hari ... menunggu panggilan dari bank ... hehehe

Wednesday, April 27, 2011

Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah SMK Sg.Besar

... kenangan bersama cikgu Mahayani & Cikgu Zaleha







Pusat media


Bunga posing kat luar konti stesen radio SMK



.. depan pintu masuk konti stesen radio SMK


rak buku disusun sebaris untuk jimatkan ruang


menarik ! ... sudut tokoh


mutiara kata di letak kat meja pengguna


penerangan oleh cikgu Mahayani

sudut " anti dadah "

kaunter pinjaman / pemulangan

25 April 2011

... menerima pelawaan dari Cikgu Zaleha ( bendahari GMD ) untuk ikut serta dalam lawatan
ke Pusat Sumber Sekolah SMK Sungai Besar ( dimaklumkan PSS ni dah beberapa kali muncul
juara di peringkat negeri dan kebangsaan ) ...


saje nak kongsi intipati lawatan ini untuk kekawan ...

VISI - PSS sebagai pusat penyebaran maklumat berlandaskan teknologi

MISI - PSS membudayakan teknologi pendidikan dan sebagai koridor raya maklumat bagi
melonjakkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

MOTO - Pendidikan berpaksikan teknologi

MATLAMAT - Bertindak secara inovatif untuk melonjakkan mutu pengajaran dan
pembelajaran dengan penggunaan bahan sumber dan aplikasi teknologi


PIAGAM PELANGGAN - sentiasa beriltizam memberi khidmat berkualiti yang mesra
pelanggan / pengguna untuk :

* Melaksanakan program galakan membaca untuk mewujudkan bangsa
membaca

* Memberi perkhidmatan yang professional dan cekap serta memenuhi
kehendak pelanggan

* Menyebarluaskan bahan pendidikan untuk kegunaan semua warga
sekolah untuk melonjakkan pengajaran dan pembelajaran

* Memberi bimbingan dan bantuan kepada guru dan murid dalam

pencarian maklumat yang cekap dan effisen mengakses maklumat


SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH


Perpustakaan SMK Sungai Besar ditubuhkan pada tahun 1967. Bahagian teknologi pendidikan
ditubuhkan 1981 . Sepanjang tahun 1980an kedua-dua unit ini beroperasi secara berasingan.
Pada tahun 1992 kedua-dua unit ini disatukan di bawah satu organisasi Pusat Sumber dan pada
pertengahan 1992 ditempat pada satu lokasi berpusat .


Pada tahun 1999 PSS dinaikkan taraf kepada Pusat Sumber Bestari . PSS menggunakan pengautomasian Smart School management System ( SSMS ) pada tahun 1999


Kemudahan yang disediakan -

* perpustakaan


* bilik simulasi / bilik tayangan 1 dan 2
* pusat media
* pusat akses sekolah
* bilik rakaman
* stesen radio sekolah
* Self-Access learning centre
* Pejabat pusat sumber
* sudut E-NILAM

-KEMUDAHAN PERKHIDMATAN

8.00 pagi - 1.00 tgh ( isnin - khamis )

2.00 ptg - 5.00 ptg ( isnin - khamis )


8.00 pagi - 12.30 tgh ( jumaat )

2.45 ptg - 5.00 ptg ( jumaat )

8.00 pagi - 12.45 tgh ( sabtu )


... sebenarnya banyak lagi maklumat yang terdapat kat situ ... semua maklumat tersusun rapi
dan sistematik ... antara yang menarik perhatian aku ... majalah aktual yang aku jadikan rujukan
semasa zaman persekolahan dulu pun ada dan berjilid rapi ... koleksi duit siling dari negara luar
... sampul surat hari pertama ... bagi PSS ni dah boleh diibarat seperti arkib ... semua ada !


... melawat ke konti stesen radio SMK ... walaupun agak kecil tapi hiasan dalamannya amat
kreatif sekali ...


... terima kasih daun keladi ... insyaallah saya dan kekawan yang lain akan melawat lagi
terima kasih kepada cikgu zaleha kerana sudi mempelawa aku dan bunga menyertai lawatan
anjuran Persatuan Pesara Kakitangan Pendidikan Daerah Sabak Bernam ...


terima kasih juga kepada cikgu mahayani di atas layanan baik pada kami ...


... 12.00 tgh - aku dan bunga melangkah keluar meninggalkan PSS dengan niat akan kembali

lagi dengan kekawan yang lain


* ... tengah bincang dengan bos untuk lawatan akademik bersama kekawan


















































































































































Tuesday, April 26, 2011

semoga cepat sembuh !





... hari ni kami kat ofis terkejuzz ! sebab Aan m.c 5 hari ... 5 hari ? ... lama tu ! sakit apa ke ?

tapi semua pertanyaan tu terjawab jugak ... bila call ... bagi tau dia deman panas ... doa akak semua cepat sembuh ! ... rehat secukupnya .


*... terasa kurang jer kat ofis ni ! ....


Saturday, April 23, 2011

... teruskan melangkah !



teruskan melangkah ...

x perlu menyesakkan fikir

dengan seribu persoalan

yang tidak pasti titik noktah


teruskan melangkah ...

x perlu menoleh ke belakang

mengintai jejak-jejak yang di tinggalkan

kerana itu akan lebih menyakitkan


teruskan melangkah ...

kerana putaran kehidupan memang begitu

tiupan angin perubahan akan sentiasa ada

menerjah ruang lingkup tanpa diduga


teruskan melangkah ...

hamparan luas menunggu di hadapan

setiap detik ketika ada uji dan duga


teruskan melangkah ...

aku yakin ... kamu mampu melangkah

melangkah ... melangkah ... dan terus melangkah !



* ... buat honey n dayah ... teruskan langkah anda !




Wednesday, April 20, 2011

erti hidup ....

... ntahlah ! aku rasa macam2 hari ni ... mungkin jugak sebab macam2 info yang masuk dan terkumpul kat minda ... dah naik tepu ni !

... inilah kehidupan ! sekali ombak melanda pantai ... sekelip mata jugak pantai berubah ... sekali tsunami melanda ... habis segala harta benda .... sekali gunung merapi meletus ... punah semua kampung terbakar hangus !

... bila melihat arus perubahan yang melanda la ni ... kekadang aku tertanya jugak ... dimanakah penempatan aku seterusnya ...? kekal di sini atau akan berubah arah sekali lagi ...? apa yang dapat aku rasakan .... era zon selesa atau aman dah semakin nipis ... sama gak macam nipisnya lapisan ozon kat bumi ini

... aku dah lalui 2 kali angin perubahan .... nak kata aku berjaya melaluinya ! ntah lah ... tapi seingat aku lah ... pertukaran kali pertama ... 17 tahun lepas ... banyak mengubah sikap dan benar2 menguji jati diri ( ... itu komen dari keluarga aku ) ... mana x nya ... 6 tahun setengah aku leka dalam zon selesa ... ofis dekat ngan rumah ... nak gi ofis tumpang abang ( masa tu ... abang aku kerja kat area yg sama ) ... aku rasa aman damai sesangat !... bila terima arahan berhijrah keluar dari daerah kelahiran .... aku jadi blurrr dan kalut sekejap ... nak kata sekejap x jugak sebab hampir setahun aku berusaha membina minda kental ... !

... alhamdulillah ... aku percaya Allah Maha Mendengar setiap apa jua permohonan hambaNya ... aku kembali berhijrah di mana aku bermula ... walaupun aku pernah berhenti berharap tapi aku tidak pernah sekali pun berhenti berdoa ...

... titipan buat kekawan yang memulakan langkah di tempat baru ... anggaplah ini semua penghijrahan diri dan minda ... bila sesuatu itu dinilai dari sudut negatif maka seluruhnya akan jadi buruk ... ambik aura positif walaupun sedikit ... sebab yang sedikit tu adakala lebih tinggi nilai darjatnya !

* ... ku terasa kehilangan ... huhuhu

Tuesday, April 19, 2011

BelanjaWan



.... alhamdulillah ... belanjawan untuk GMD dah settle ... mula tu memang pening kepala gak ... apa x nye ... jumlah kos keseluruhan x sama ngan jumlah kat bil ... bila di semak ... di belek2 ... ermm ! ada angka yang tertinggal ...


* ... tunggu boss semak dan sahkan !


Monday, April 18, 2011

sekitar pertunangan Cik Cempaka ...

cik cempaka

me .. honey n bib

me n cik cempaka

honey , cik cempaka n me

senyum sokmo !


16 April 2011 ... memenuhi undangan majlis pertunangan ( undangan telah aku 2 minggu lepas ! ) ... aku memandu dalam hujan lebat ... tahniah dari k'mis ... semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa ...


* ... ada yang terkejut ... ada gak yang x percaya .... caya lah dayah ... hang dah bikin gempaq !!!


Wednesday, April 13, 2011

... dalam hati ada bunga !


.... alahai ! sukanya hati ... suka sesangat ... esok aku mula cuti ... jumpa semula hari isnin ... insyaAllah !


.... last aku cuti 26 mac lepas ... lepas tu aku dan kekawan kat ofis ni serta ajk pelaksana Gerakan Membaca Daerah mula sibuk dengan persiapan ... sebab ini first time GMD di adakan kat Perp. Desa ... PD. Pasir Panjang adalah perintisnya .... bila program dah selesai 7 April lalu ... rasa lega ... rentetan peristiwa sebalik tabir ... x perlu kata apa2 ... segala kekurangan jadikan ikhtibar untuk program seterusnya ...


.... perancangan sepanjang cuti 4 hari ni ... nak kemas rumah ... nak tanam bunga ... nak jahit tote beg ... nak masak apa yang aku suka ... nak ... nak ... nak ... isk ! banyak benda aku nk buat sepanjang bercuti ni ...


* .... semoga semua perancangan akan jadi kenyataan .... hehehehe ( ... boss ! laporan belanjawan GMD ... siap lepas percutian ini yerk ! )


Tuesday, April 12, 2011

persimpangan ...



... aku terperangkap lagi ! ... walaupun ini bukan lah kali pertama aku berada dalam situasi begini ... tapi kali ini benar2 menguji integriti aku ... Ya Allah berilah aku petunjuk ke arah jalan kebenaran . amin.


* ... diuji ... teruji ... menguji ... ( ~_~ )


Saturday, April 9, 2011

biarkan mereka bicara ...


biarkan mereka bicara ...

saat aku lafazkan kesyukuran ... alhamdulillah

saat semua tanggungjawab diangkat dari pundakku

saat nafas ku hela ... melepaskan semua lelah

biarkan mereka bicara ...

kerana mereka berhak memilih huruf

kerana mereka berhak menentukan sukukata

kerana mereka berhak membentuk kata


biarkan mereka bicara ...

hatta sebaris ayat dilontar

hatta terdetik rasa di hati

biar tak terdengar di telinga


biarkan ...

aku tak rasa terkilan

aku tak rasa apa-apa

mungkin semua rasa itu sudah mangli

lantas aku putuskan

biarkan mereka bicara ...


* .... tinggi sungguh pohon meranti

dicari orang kerana nilainya

cacat cela senang diteliti

baik budi harga tiada


Monday, April 4, 2011

konkurensi


* ...... bila bercakap pasal impian ... semua orang ada impian ... x kiralah besar ke ... kecik ke ... mesti ada sasaran atau target yang boleh jugak dikatakan KPI untuk direalisasikan ... setiap perancangan tentunya memerlukan strategi ....


... betul ke ... utk capai sesuatu .... manusia sanggup lakukan apa saje ... walupun terpaksa mengorbankan nilai murni sebagai seorang insan dan hamba kepada Yang Esa ...? x perlu jawab pun ... apa penting adalah lihat nunnn jauh ke hadapan ... pandang kiri dan kanan ... sesekali jangan lupa toleh ke belakang ... akhir sekali selami ke dasar hati kita .... buka minda seluas langit terbentang ... mungkin jawabannya ada di situ ... atau mungkin jugak x de jawaban


... " isk ! zaman la ni ... orang x ambik peduli sangat soal nilai ni ... yang penting hajat tercapai ! " ... itu komen seorang teman .... ye ke begitu ! aku rasa x semua orang begitu ... masih ada lagi insan2 yang tebal jati diri dan intigretinya ...


... soal persaingan ... itu perkara biasa ... memang begitu adat dunia ... ada orang mudah sangat laluan kejayaannya ... ada pulak yang terpaksa bertahun2 menunggu untuk sampai ke puncak ... ada orang guna pendekatan pintas yang mencaras hak dan peluang orang lain untuk berada di atas .... ada pulak yang terpaksa menongkah arus kehidupan untuk berada di persada ... walaupun apa cara pun yang kita pilih ... dan noktah perhentian yang sama ... tapi percayalah ... tahap kegembiraan tetap berbeza !


... asyik layan lagu ella ... layar impian


Thursday, March 24, 2011

tinggal kenangan


... ini adalah gambar terakhir si tutu yang aku rakam ... sekarang si tutu dah x de lagi ... aku sedih sangat ... sebab si tutu x sakit pun ... selalu tu bila balik kerja si tutu yang akan sambut aku di pintu ... hari ni genap seminggu si tutu disemadikan ... huhuhuhu !
* ... betul ke kucing x leh dirakam gambarnya ... nnti umur dia x panjang ... betul ke begitu ?? huhuhuhu !!

sejuta wajah


.... perjalanan kehidupan adalah laluan yang panjang ... kita x tahu pun di manakah penghujungnya ... beribu simpang dan jalan berliku terpaksa ditempuh ... berkali-kali jugak kita tersangkut dipersimpangan dilema diantara kebenaran dan kepalsuan ... !
.... hari ni aku lihat sejuta wajah kehidupan ... hati berbisik " ... apakah yang tersembunyi disebalik wajah itu ? " ... astagfirullah ... Ya Allah .. ampuni aku kerana membiarkan hati ini berbisik ... ampuni aku Ya Allah diatas segala kelemahan ini ...

Thursday, March 17, 2011

Biarkan air mengalir ...



Biarkan lah ....
Air mengalir jernih dengan sendirinya
Jangan kau Hadang
Dengan tegak tubuh kesombonganmu
Biarkanlah ....
Air mengalir lembut penuh kepastian
Jangan kau pandang
Dengan mata keraguanmu
Biarkanlah ....
Air mengalir jernih penuh kesejukan
jangan kau cemari
Dengan jemari-jemari kotormu
Biarkanlah ....
Air mengalir berirama dengan gemercik sayunya
Jangan kau sahut
Dengan bibir kepalsuanmu
Biarkanlah ....
Air mengalir bercengkerama , berkawan dengan alam
Jangan kau rosak
Dengan sekeping hati kepalsuanmu
* ... saat air bertindak meluah amarahnya ... manusia hanya bisa berdoa mohon keampunan dari Maha Pencipta ...

Tuesday, March 15, 2011

~ Al Fatihah ~

~ al fatihah ~
semoga roh allahyarham En. Hashim
tempatkan bersama orang2 yang beriman dan bertaqwa
~ amin ~

* ... tiada yang kekal abadi



Friday, March 11, 2011

bukan pilihan ?



... pilihan atau bukan pilihan ... dimana kategori kita ? ... jujur ... kena jawab dengan jujur tau ! ermm ... nak masuk kategori mane ek ?

... pilihan atau bukan pilihan ? ... x usah le nak difikirkan sangat atau terasa hati ... yang penting kita berhak untuk buat pilihan ... apa lah nak dikisahkan ... kita mungkin bukan pilihan tapi termasuk dalam kategori mereka2 yang terpilih ...


* ... I luv Islam

Thursday, March 10, 2011

dedaun masa




... malam tadi susah jugak nak lelapkan mata ... semua rasa ada kat dalam hati ni ... nape le aku jadi sensitif sangat akhir2 ni ... kata yatie " ... memang le bila umur semakin meningkat ... jiwa jadi lebih sensitif tau ! " ... ye ke ? ... bagi aku umur tu sekadar angka jer ... x de kena mengena pun dengan sensitif atau x ... hehehe ( ... sorry ek ... aku x setuju dengan pendapat kamu kali ni ... )

... aku rasa kita akan jadi sensitif bila tiba kat bab2 yang kita betul tapi dianggap salah ... atau rasa macam teraniaya ... tertindas ... apa lagi ek ... atau semua yang sewaktu dengannya ( ops ! ini sekadar pandangan peribadi )

... kekadang tu aku rasa hidup macam daun2 kat pokok ... bila musim beralih ... daun pun berubah warna ... dan menunggu masa untuk jatuh ke bumi ... tapi kena diingat juga ... jatuh ke bumi bukan lah penanda aras akan berakhirnya khidmat sehelai daun ... daun akan mereput dan menjadi baja untuk dedaun yang baru ... !

* ... kita akan lebih dihargai dan diingat setelah tiada .... huhuhu

Wednesday, March 9, 2011

... x perlu kata apa2


* sesuatu yang aku belajar hari .... x perlu kata apa-apa .... kecuali Senyum !!!

si tu tu







... semalam punya cerita ... dah jadi kebiasaan aku ... bila balik kerja akan letak beg kat atas kerusi ni ... lepas selesai semua rutin ... baru le aku uruskan semua kucing2 yang ada kat dalam rumah dan dikandang luar rumah ... time nak bagi bagi makan ... tetiba jer aku rasa macam x cukup jer bilangannya ... mane lak si tu tu ni ... !

... si tu tu ... ija yang bagi nama ... katanya " semua kucing kecik kena panggil tu tu ... bila dah besar baru boleh panggil manja ... "
... bila aku panggil si tu tu ... baru aku perasan beg kat atas kerusi tu bergerak2 ... isk ! isk ! kat situ rupanya dia sembunyi ... !

*... mengapa kucing ? ... mengapa aku suka kucing ? ... ntah ek ... aku memang suka kucing ... suka sangat-sangat .... hehehe

Thursday, March 3, 2011

silence is golden


" ... Ya Allah ... tabahkan hatiku dalam menghadapi semua ujian dari Mu ... "
... sesuatu yang aku belajar hari ni ... dan sepatutnya aku belajar sejak dari dulu ... dan praktikkan ... atau memang aku dah tahu dari dulu tapi sukar untuk dipraktikkan ... ntahlah ! apa yang pasti aku akan berusaha untuk mempraktikkan mulai hari ini ... hehehe ( boleh ke !!! ??? )
... mungkin seharusnya aku perlu lebih banyak berdiam diri dan sekadar mengiyakan saje ... demi kebaikkan diri ... mungkin aku perlu lebih tahu diri dalam melontar kata kerana bukan semua mereka faham akan keikhlasan hati kita ... itu le salahnya aku ... meletakkan diri mereka sama dengan diri aku ...
... mungkin aku terlupa setiap orang ada misi dan agenda tersendiri ... semua orang begitu ... so mungkin juga aku perlu berubah mengikut rentak yang mereka lagukan ... biar iramanya sama !
* ... bila bicara x sekata dengan apa yang ada dijiwa .... sesungguh Dia lebih tahu dari kita semua ... fikirkanlah !

Wednesday, March 2, 2011

letih .... !

... nak senyum pun dah malas ... huhuhu !
... letih ... letih ... mood ceria pun dah tinggal suam2 kuku ... seperti gambar kat atas ni ... itulah yang aku rasa saat ni !
... dua minggu terakhir februari yang padat ... sendat dan ntah apa2 lagi lah ... sukar nak dizahirkan melalui tulisan dan kata2 ... nak cerita pun x tahu nak mula dari mana ... akhir fikir " aku perlu rehat sebelum memulakan langkah seterusnya " ...
... esok meeting tertunda ... jumaat cuti !
* .... buat laporan ... buat laporan ... buat lapooorannnn .... (~_~)

Saturday, February 26, 2011

senyum !



... sedekah paling mudah tapi terasa sukar dilakukan dan mahal nilainya bagi mereka ... itu yang aku perhatikan semasa menghadiri satu kursus baru2 ni ... bukan omong kosong tau tp realiti yang mungkin dilalui oleh kamu ... kamu ... kamu
... hasil pemerhatian tu ... aku simpulkan ... mungkinkah la ni ada istilah baru untuk sedekah paling mudah ni ' senyum sedarjat dan senyum antara dua darjat ' hehehe
... x kisah lah ' senyum sedarjat ke ... atau senyum dua darjat ' kan ... janji senyum ... daripada x senyum langsung ... lagi le rugikan !
... lagi bagus kalau senyum tu ikhlas dari hati ... bukan terpaksa !
* ... senyum ! x perlu kata apa-apa ... senyum ! lalala ....

Friday, February 25, 2011

alangkah !


... ermm ! tetiba jer aku terasa ingin sangat melepaskan lelah dan merehatkan minda dalam suasana macam kat lukisan ni ...

* .... alangkah ! nyaman dan indah ....

Tuesday, February 22, 2011

satu tahun sudah berlalu ...

... satu tahun sudah aku ada di sini ... cepatnya masa berlalu ... aku masih bertatih di fasa pertama ... melihat ... mengenal ... dan cuba memahami apa yang ada disekeliling ... aku pun pelik juga ... mengapa perlu aku lalui semula ... x cukup lagi ke rentetan perjalanan selama hampir suku abad tu ... inilah dunia kehidupan bagai ombak kat pantai ... sesekali ia melepaskan lelahnya di pantai ... sekelip mata jugak pantai berubah !

... sempena ulangtahun pertama ni ... dengan rendah hatinya aku mohon kemaafan buat kekawan yang bertugas sama kat lib daerah ... yelah ! kekadang tu aku masih terbawa-bawa ragam kerja kat tempat lama ... al maklumlah ! dulu kerja tempat kecik ... la ni kerja tempat besaq sikit ... tu yang buat aku kalut sikit ...

... pada member2 kat ofis ni ... en.harun , nasa , aan , bib dan ayu ... terima kasih kerana terima aku seadanya ... sori le kalau ada apa2 yang mungkin kurang menyenangkan korang ... sebab itu lah ' aku ' ... !

* ... aku yang x sempurna ...

Friday, February 18, 2011

pilihan anda ?

apa warna kehidupan anda ?

... bila hati berbisik !


salam jumaat ...
... malam tadi sukarnya rasa melelapkan mata ... ntahlah ! minggu ni aku rasa kalut sikit ... apa x nya ... macam2 perkara yang aku dengar ... aku lalui ... aku rasa ... ermm ! kalau difikirkan sangat memang menyesak dan menyebakkan jiwa raga ... tapi aku bukanlah jenis orang suka memeningkan kepala dengan perkara yang remeh temeh ni ... cuma aku blurr kejap lepas tu ok le !
... tapi sesekali tu bila hati berbisik ... emosi pun ikut terusik ... maka timbul le persoalan " why me ? " ... berkali2 aku memikirkan " apa sebenarnya " yang berlaku ... aku x nampak pun bab2 yang boleh dijadikan isu ... itu tanggapan aku !
... aku terlupa rupanya ... masih banyak yang perlu aku tahu ... perlu aku kenal ... perlu aku fahami ... opss ! aku terlupa ... aku terlalu baru disini ... aku seharusnya lebih banyak memerhati ... mendengar ... dan seharusnya tidak melangkah terlalu jauh kehadapan ... !
... aku sering terasa bagai " seluang melaut " bila kembali ke lubuk ... semua x pernah berubah ... aku terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ... yup ! semua yang baru ... hanya sesekali aku berfikir " ... mengapakah disisi lain kehidupan aku merasakan seperti ianya telah pernah ada begitu ... dan sehingga kini pun masih begitu " ... mungkinkah semua ini akan kekal begitu sepuluh atau dua puluh tahun berikutnya ... ?
... astaghfirullah ... astaghfirullah ... astaghfirullah ...
* ... kita selalu nampak titik hitam tanpa menghiraukan sejuta titik putih di sekelilingnya ...

Wednesday, February 16, 2011

jika ...



... hari ni hanya aku , ayu dan nasa jer yang bertugas ... bib bercuti ... Aan ke HQ menghadiri kursus 5S ... seiri ( sisih ), seiton ( susun ) , seiso (sapu ), seiketsu ( seragam ) dan shitsuku ( sentiasa amal ) ... harus dia pandai cakap jepun esok ! hehehe

... sistem pulak asyik meragam jer hari ni ... dari pagi sampai le petang ... sekejap ok sekejap x ... kat lib kuala pun gitu juga ... ermm ! serupa le kita ... terpaksa buat pinjaman secara manual tapi masih dalam kawalan lagi ... dugaan !

... respon untuk lawatan ke Pusat Sumber Petronas pun kurang memberangsangkan ... x leh nak salahkan mereka pun sebab masa tu time cuti ... terpaksa teruskan program seperti yang dirancang ...

... terima kasih kat nasa sebab ambik kan booklet Gerakan Membaca Perdana yang aku dan ayu edarkan 3 minggu lepas ... aku x mengharapkan setiap helaian akan diisi ... cukuplah sekadar ianya ada coretan ... alahai ! sedihnya bila booklet yang diterima sama juga seperti dulu jugak ... tiada sebarang coretan ... alasan yang diberi ... tuuttttt !

... dan aku membayangkan alangkah baiknya jika .... sistem sentiasa ok ... tentu kerja dapat dilaksana dengan lebih pantas ... dan pengguna x perlu menunggu lama ... kerja pun x bertangguh ... dan ... dan ... dan impaknya pun akan sentiasa positif dan tip top !

... dan aku membayangkan alangkah meriahnya jika ... semua staf dari Zon 1B ni dapat ikut lawatan ke Petronas ... sebab bukan mudah untuk kami berkumpul bersama ... tapi biasalah apa yang dirancang x semestinya akan berjayakan ...


... dan aku membayangkan alangkah gembira dan berbahagianya jika ... booklet yang diedarkan 3 minggu lepas mendapat respon yang positif ... x boleh ke kita ketepikan dulu perbezaan fahaman ... dan kosong minda untuk menulis seikhlas hati ... ?



... itulah aku !


... yang pasti kita hanya mampu membayangkan saje jika ... jika ... jika ... walaupun hakikatnya ia jauh berbeza !



* ... apa kata anda jika .... ?


Friday, February 11, 2011

... dari hati



salam jumaat ..


... 2 hari menghadiri " Pembentangan Laporan pencapaian 2010 & Pelan Strategik dan Sasaran Kerja Tahunan PPAS 2011-2012 " Perp. RATU , Shah Alam ... banyak jugak input yang masuk kat kepala aku ni ... ada jugak yang aku catat kat dalam dairi ... ni pun tengah dok memikir untuk buat ulasan berkenaan apa yang aku faham dari kehadiran 2 hari tu !


... semalam ada meeting untuk Gerakan Membaca Daerah ... target tarikh 7 April 2011 ... lokasi PD. Pasir Panjang ... AJK Pelaksanaan sudah dilantik ... buat masa ni sibuk dengan persiapan belakang tabir ... kekadang tu aku blurr ... x tahu nak buat mana dulu ... audit bulan Mac ... tu belum lagi kerja2 rutin dan tugas luar jangka ...


... apa kata hati ? ... usaha ... sabar ... tawakal ! ... aku akan berusaha untuk melunaskan semua tugas seperti yang diarah dan diamanahkan ... aku akan cuba untuk sabar dengan semua duga yang mendatang ... dan tawakal serta redha atas segalanya.
* ... apa yang dikhabarkan tidak semestinya indah dari pandangan mata ... itu yang aku belajar hari ini ... !

Tuesday, February 1, 2011

salah aku ke ???


... hanya sekadar bertanya untuk satu kepastian ... aku dipanggil pagi tadi untuk menerangkan situasi sebenar ... aku ingatkan isu ini dah settle tapi ... ntahlah ! aku pun x tahu apa kesudahannya ... rasa macam dah serik sangat ... kalau boleh lepas ni kena lebih berhati2 ... x mau pisang berbuah berkali2 ... huhuhu !
*... pengalaman adalah penganjaran paling berharga dalam hidup