Thursday, March 1, 2012

tempat jatuh lagi dikenang ...

ceria ... iza , ayu n suriya ( mek )





iza dan suriya ( mek ) di kaunter


... ermmm ... ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke ofis lama setelah meninggalkan nya 2 tahun lepas ... banyak pembaharuan yang dibuat ... menyerlahkan lagi keceriaan ... aku rasa terharu masa melangkah masuk ... mengamit sejuta kenangan 16 tahun berkhidmatan di situ ... !


... terima kasih mek kerana meneruskan legasi yang aku tinggalkan ... dan menyimpan semua maklumat yang aku himpun semasa bertugas dulu ... hehehe


... x nak komen banyak2 ... sebab setiap perubahan yang mek dan kekawan buat memang terbaik ... semoga ianya berkekalan yerk !


*... banyak kenangan yang tercipta di sana ... !


Saturday, February 25, 2012

usai usia



" Jadi , jangan takut menjadi tua kerana ia adalah saat yang peling indah untuk dinimati. Itulah indahnya menjadi tua kerana otak lebih matang , tenang , cekap menilai dan mengawal perasaan ... sudahkah anda bersedia untuk menjadi tua ? "

... ungkapan di atas adalah perenggan terakhir dari satu artikel kat majalah Al Islam /Julai 2011 yang membuat laporan khas " Mencari Rahsia 40 "

terima kasih kat Aan yang menyarankan untuk aku membaca artikel ni ... so bila dah dah baca ada le sikit perbincangan dan perkongsian ilmu ... hehehe gitu le kami kat ofis ni ... bila timbul satu isu mesti akan di meja bulat kan !

fakta hasil kajian Dr. Gene-Cohen , Pengarah Centeron Aging, Health & Humanities di Pusat Perubatan Universiti George Washington , Amerika Syarikat .

Usia 40 adalah ketika otak berada pada tahap yang paling baik . Otak lebih fleksibel , mantap , mudah menyesesuaikan diri dengan keadaan , lebih kreatif , otak kiri dan otak kanan digunakan serentak, cekap , lebih tenang dan boleh mengawal emosi negatif .

Otak kiri mengkhususpada kebolehan bercakap , bahasa dan perkara yang berkaitan dengan logik manakala otak kanan berkaitan dengan kreatif , imaginasi , emosi , kemanpuan merasakan ,ekspresi tubuh dan interaksi manusia . melalui ujian imbasan PET dan MRI yang dibuat ke atas orang berusia didapati otak hemisfera kiri dan kanan bertindak serentak dalam masa yang sama.

Oleh itu tanggapan mengatakan semakin berusia maka otak semakin lemah adalah salah ! apa yang perlu dilakukan adalah mengenai pasti potensinya dan sentiasa mengasahnya agar kekal tajam ... hehehe.

* ... adakah anda takut menjadi tua ??? sesungguhnya Allah tidak memilih atau menjadikan sesuatu tanpa ada hikmahnya.

- seperti dedaunan bila tiba masanya pasti gugur ... :)




Friday, February 17, 2012

puzzle kehidupan

salam jumaat ...

... macam pelik jer tajuk n3 ni kan ! ... hehehe

tajuk n3 ni aku pilih sebab tetiba jer aku teringat kat siti khadeeja , bila dia menyusun puzzle sampai part tertentu saat x jumpa kepingan puzzle yang sepadan " ala mana ni ... semua x boleh masuk ... " dan aku akan tanya dia " ... tadi masa ija bukak dan pisahkan puzzle tu ... cukup x ? " jawab ija " memang lah semua ada " ... " cuba lah ija cantumkan dulu ... mesti semua ada kat situ " ... akhirnya setelah berusaha lebih dari duduk ... baring ... meniarap ... berjaya juga dia siapkan ... apalagi tersenyum meleret le dia !

... bagi aku kehidupan pun macam tu jugak ... ada yang kita suka ... ada yang kita x suka ... ada yang harap akan tercapai ... ada yang kita harapkan tapi x tercapai ... itu semua terpaksa dilalui demi kelangsungan sebuah kehidupan.

... hari ni aku belajar sesuatu yang baru ... lebih pedih rasanya menerima kritikan daripada memberi kritikan ... lebih pahit rasanya menerima teguran daripada memberi teguran ... lebih perit rasanya menerima kata-kata daripada kata nista yang pernah kita lontarkan ... agh ! hidup ni ibarat boomberang ... saat kita melontarkan sejauh mungkin ... seketika cuma akan kembali semua kat kita !

... kekadang melihat apa yang berlaku disekeliling ... memberi impak positif dan negatif dalam penilaian kehidupan seseorang individu ... tapi semua itu x bermakna kita telah ditakdirkan dalam kelompok negatif ... semua manusia diberi opsyen antara kebaikan dan sebaliknya ... so pilihan ada ditangan kita ... teringat aku pada satu artikel yang pernah aku baca " dalam seribu kebaikan yang ada , mengapa manusia masih memilih 1 keburukan yang terpalit pada seseorang " ... mengapa ye ? ... jawabannya jangan tanya pada pokok atau emosi ... tapi tanya lah pada hati sendiri !

... berbalik pada puzzle tadi ... jika hilang satu kepingan puzzle maka x sempurna keseluruhan puzzle tersebut ... begitu jugak dengan kehidupan !

*... sejak dah masuk tahun 1 ni ... ija dah jarang menyusun puzzle ... dia sibuk dengan buku2 sekolahnya ... semoga minat tu berterusan . amin



Saturday, February 11, 2012

... datanglah wahai kesabaran ... datanglah membawa kesyukuran



` meniti cabaran kehidupan adakalanya amat memeritkan
tetapi Allah menjanjikan kemanisan hasil kesabaran kita

melalui semua cabaran itu `


~~~ wallahua'alam ~~~

Wednesday, February 8, 2012

n3 tertunda lagi ...

birthday gurl bersama bib , fadillah n aan

ayu n bib ... masih lagi kek aiskrim


ulang tahun ke 27
19 Jan 2012 ( ... tarikh sebenar 12 Januari )
lokasi kat ofis jer !

... maaf untuk ayu sebab terpaksa menunda beberapa kali tarikh sambutan atas urusan yang x leh nk dielakkan ... menu kali ni ... nasi lemak bungkus , keropok ikan , roti sardin , kuih muih n air A&W sejuk ... harus ada kek aiskrim perisa vanila ... enak gitu !

... sesi makan2 diserikan lagi dengan kehadiran en azmi ( perp. pekan sekinchan ) and fazillah ( perp. desa bt 38 ) yang langkah kanan hari tu ... terima kasih daun keladi yerk !

* ... lepas ni giliran sape lak ye ?



Friday, February 3, 2012

Latihan PSR ... Perpustakaan Syed Mashor

selesai sudah latihan PSR ... mona , rohani , muna, aku dan ayu





antara ruang yang menarik



aku paling suka ruang kanak-kanak ni ... !




saiful , en.zahir , yazid dan zafri

semasa sesi latihan mengadap pc ... semua serius !






n3 tertunda ...

Latihan PSR


Perpustakaan Syed Mashor , Kuala Kubu Baru


18 Januari 2012
9.00 am - 4.30 pm


... latihan pertama untuk tahun 2012 ... hampir 2 jam perjalanan dari Sg. Besar ... laluan berliku dan beralun ... alhamdulillah selamat sampai ... sempat pekena roti canai + milo ais kat kedai mamak ...!




... melangkah masuk kat lib Syed Mashor ... " cantik , kemas dan menarik " itu kata hati ... terima kasih atas layanan baik dari sahabat dari lib KKB ... muna , mona ,rohani dan en . zahir .




... " nak minta kebenaran ye ... untuk mengaplikasikan apa yang ada kat sini di lib . Sg. Besar yerk ! " ... itu yang aku suarakan pada en . zahir .




... latihan PSR habis awal ... so lepas makan tengahari + zuhur ... bergerak balik ke Sg. Besar ... cuma aku x mampu memandu balik ... kepala pening giler ... terpaksa le yazid yang drive + berhenti beberapa kali sebab aku termuntah ... huhuhu




... 6.00 pm ... tiba kat lib Daerah Sungai Besar ...


Thursday, February 2, 2012

gedik santai ... hehehe










... hahaha ... gambar ni aku rakam semasa penghujung bulan disember ... hari terakhir ija dan suffiyah tuition musim cuti sekolah ... pada masa tu gak lib daerah terima perabot dari HQ... so selepas berpenat lelah membantu kami menyusun perabot ... mereka dok santai kat kerusi yang baru diterima ...




... bila aku kata " cepat2 buat gaya ... nak ambik gambar ni " ... ni lah hasilnya ... !

* masa seusia begini ... aksi2 macam ni nampak lucu ... comel dan cute sangat ... bila dah remaja
nanti jangan ye ... boleh bikin kepala pusing deh !













Friday, January 27, 2012

Nilai


salam jumaat ...


... baru balik dari menghadiri Program Selamatkan Akidah di Dewan Sri Bernam ( ... x jauh dari ofis ) ... aku , aan ,bib dan nasar dipilih untuk wakil lib Daerah ... selepas mendaftar nama ... kami diberi satu beg berisi sarapan pagi ( beehoon dan karipap serta air ) , aturcara majlis , buku kecil dan pen ... alhamdulillah


... melihat aturcara program dan tajuk pembentangan kertas kerja " Selamatkan Akidah Ummah " oleh Y.Bhg Us Haji Zamri bin Hashim , Timbalan Mufti Negeri Perak serta perbincangan panel atas tajuk " Kepentingan Dakwah dan Tarbiyah Dalam Mengatasi Ancaman Pemurtadan " ... buat aku teruja dan rasa syukur sangat sebab berpeluang hadir mendengar ...( sebab masa datang td pun aku hanya bawa pen dan buku nota jer )


... intipati yang aku anggap penting sesangat bila perkataan nilai (... bukan tempat shopping kat N9 tu ) begitu ditekankan sepanjang program berlangsung ...


... apa yang kita tahu pasal nilai ek ? ... tahu ... x tahu ... ntahlah ... pengertian nilai ni mungkin berbeza bagi setiap orang ... ianya mungkin mengikut pesepsi dan situasi pada satu2 masa ... sebab kalaulah kita tahu nilai disebalik setiap sesuatu yang Allah anugerah kan pada kita ... Allahu Akhbar !


... alangkah indahnya jika penilaian mengenai nilai akidah ni singgah kat sanubari mereka2 yang diberi kuasa ... diberi keupayaan untuk bertindak mencegah penyelewengan akidah ... ketepikan dulu perbezaan parti ... kelainan pendapat demi mempertahankan nilai yang satu ini ... tega kah kita membiarkan saudara seagama hanyut hanya kerana kegagalan kita memberi penilaian yang terbaik ... tindakan yang betul adalah dari membuat penilaian yang bertul !


... berbahagialah kita jika penilaian mengenai nilai berkat ni berakar umbi dalam hati ... maka tiada istilah ' missing & action ' dalam rutin kerja seharian ... hatta saat terlintas niat untuk selingkuh pun kita dah terasa satu kerugian ... !


... penilaian yang keliru dalam cinta adalah sebab tertinggi orang kita menggadai akidah ... kekadang tanpa disedari kita tersasar jauh dari akidah semata-mata kerana cinta ... ermm ... sukarnya untuk menilai cinta ketika hati dilanda gelora ... minda khayal gagal membeza ... antara cinta sesama manusia atau pada Yang Esa ... maka terungkai iman yang ada hanya kerana cinta !


* ... cinta x pernah berdosa ... hanya kita yang sering khilaf meletakkan harga cinta di tempat yang x sepatutnya ! ... wallahua'alam


Friday, January 20, 2012

Let's fight !!!




salam jumaat ...



... dari penghujung 2011 lagi aku dihambat kesibukan tahap maksimun ... alhamdulillah semuanya dah selesai ... semalam meeting seksyen perkhidmatan rangkaian perpustakaan tahun 2011 ... semua laporan telah dibentangkan walaupun kadar pencapaian agak menurun berbanding tahun sebelumnya tapi masih ada jugak OB Q yang mencapai sasaran ...



... dikesempatan ni aku nak ucapkan sesangat terima kasih kat member2 ofis ... aan , ayu , bib , nasar sebab membantu untuk menyiapkan statistik dan laporan tahunan ... maaf lah kekadang tu aku agak emosi sikit bila dapat maklumat x lengkap ... bukannye marah sekadar luahan perasan jer !



... selepas 2 minggu dok mengadap depan komputer ... aku rasa berbaloi jugak sebab semua siap mengikut arahan ( walaupun terpaksa call berulangkali untuk dpt maklumat ) ... ada satu masa tu aku memang tension giler tapi bila ingatkan manusia ni mane ada yang sempurna ... aku beristigfar berulang kali ... " Ya Allah ... permudahkan tugas yang diamanahkan pada hambaMU yang lemah ini . amin "



... tahun 2012 ni , aku dapat rasakan cabaran lebih hebat menunggu ... melihat sasaran dan senarai perancangan yang ada kat aku ni ... kerahan tenaga dan tindakan proaktif perlu disemat dalam minda dan hati ... let' fight !





* ... so baju ' kemalasan ' kena ditanggalkan dan dibuang jauh dari kotak fikir ...




Thursday, January 12, 2012

DOA

sajak ni aku dengar di radio IKIM ( ... tapi x sempat nk tulis semua ) karya A. Aziz Deraman
tajuk " DOA "


Dari dataran banjaran damar hidup peribadi

Aku melontarkan pandangan ke bawah diri

Dari jendela diri

Ku buka cermin bestari

Bayangan dunia alangkah indah sekali

Yang kau isikan segala hiasan kesukaan

Manusia pu leka memenuhi setiap keinginan

Antara segar bugar nafsu dari tenang perasaan


Dari jendela diriku

Aku menaruh harap atas hamparan kalimat Mu

Bahawa sesiapa yang berdoa kepada Mu tetap akan kau terima hajat kalbu

Maka aku biarkan menagih janji menadah mencari keampunan diri

Jadikanlah teratak diriku kediaman yang hidup

Terpelihara dari azab dan dosa-dosaku terlitup

Ku mohon pada Mu jua keredhaan buatku

Neraka itu akan tertutup pintu



*... terasa begitu kerdilnya aku disisi Nya .


Monday, January 9, 2012

syukur alhamdulillah

... syukur ke hadrat Ilahi menemukan semula sesuatu yang aku " hilang " hampir sebulan ... di saat2 aku memang memerlukannya ... Allah telah menggerakan hati ini dengan memberi klu yang aku sendiri x menyangka ...

*..." kun faya kun "

Saturday, December 24, 2011

SBPA

kenangan bersama ... ella , dayah dan ayu



bib , dayah , ayu dan ella



gambar ni dirakam semalam ... sebelum kami bergerak ke HQ untuk menghadiri taklimat SBPA dan menandatangani opsyen SBPA

... majlis taklimat bermula jam 3.00 petang ... so perkhidmatan lib daerah ditutup jam 12.00 tengahari ... aku dan ayu gerak keluar jam 12.05 ... kami rancang singgah kat rumah ella untuk solat zuhur ... tiba kat Sg. Leman berhenti ambik bib dan kat Sekinchan ambik dayak lak ... sampai kat rumah ella di kuala Selangor jam 1.15 ( ... terima kasih kat tuan rumah sebab hidangkan dodol ... sedap sangat ... hehehe )

... sepanjang perjalanan ke HQ ... isu SBPA masih jadi perkara yang diperbincangkan ... al maklumlah macam2 spekulasi tersebar pasal buruk & baik SBPA ni ( ... tapi lebih kepada buruk nya ) ... pendekatan terbaik adalah pasang telinga betul2 ... pastu buat penilaian sendiri ... kalau bersetuju sain opsyen tu ... kalau x setuju ... abaikan jer !

... nampaknya semalam ramai yang menandatangani ... tapi x tahu le setuju ke x ... cuma ada beberapa bab2 jer yang mungkin menimbulkan keresahan ... ermm ... fikir positif jer ...!

9.45 malam ... baru sampai kat rumah setelah menempuhi perjalanan dalam hujan lebat ... letih giler .. huhuhu

* ... sedih sangat " momot " dah x de ... huhuhu





Thursday, December 22, 2011

gelak tergolek !



promosi percuma kaki novel !


... fenomena baru yang melanda aku dan kengkawan kat ofis ... semua gara-gara minat luar biasa Aan yang mula membina koleksi novelnya sendiri ... apalagi sejak jadi ahli kaki novel ! ada jer novel terbaru dan terkini jadi koleksinya ... la ni minat luar biasa Aan tu dah mula menular kat aku , bib dan ayu polak ... bagaikan tersebarnya virus tapi aku suka dengan virus ni ... hehehe

... aku minat membaca novel tapi ikut mood jugak lah ... selalu tu aku baca novel karya Ramlee Awang Mursid ... memang best giler ! ... so aku kongsi minat ngan bib sebab suka karya penulis yang sama ... al maklum lah bila dah bertambah usia ni ... novel cinta terasa kurang menarik lak !

.. nak say " thanks a'lot kat Aan " yang bermurah hati meminjam novel gelak tergolek ni ... memang lawak giler ( ... tapi x sampailah aku tergolek2 membacanya ) tapi buat aku tetiba jer tersenyum sendiri ... hehehe



... la ni bila aku terpandang Aan dan Ayu mesti spontan aku akan tergelak ... !!





* ... novel yang bakal aku baca " Sutera Bidadari " karya Ramlee Awang Mursid ( ... pinjam kat bib )









Monday, December 19, 2011

Majlis Perasmian Bangunan Baru Perpustakaan Raja Tun Uda

gambaq kenangan selepas majlis perasmian ... bersama k'yatie , ani , aan dan ella


senyum ! ... k'ana , ani , Y.B Dr. Halimah Ali , aan , nasa, aini n patirah

situasi dalam bas ke Mjlis Perasmian PPAS



... ni n3 tertunda

Majlis : Majlis Perasmian Bangunan Baru , Perpustakaan Raja Tun Uda , Shah Alam

Tarikh : 10 Disember 2011 ( bersamaan 14 Muharram 1433 ) Sabtu

Tempat : Bangunan perpustakaan Raja Tun Uda , Jalan Kelab Golf 13/6,
Shah Alam.


... seawal 5.30 pagi ... kami dah mula berkumpul kat lib Daerah Sabak Bernam ... biasalah bila dah keluar seawal itu ... tanggungjawab sebagai hambaNya subuh itu ditunaikan dalam lib ... dan pagi yang dingin diserikan dengan gelak ketawa ... al maklum bila nak keluar awal pagi ... ada gak yang x leh tidur lena sebab takut terlajak tidur ...

... yang bestnya ... kami pakai baju seragam hari tu ... bukan senang tau nk tengok kami pakai baju seragam ... hehehe

... alhamdulillah semuanya ok ... dan kami selamat sampai ke majlis tu dan pulang ke rumah memasing ... apapun kami rasa bangga dapat menjimatkan kos perjalanan ... cuba bayangkan klu semua staf yang ada dalam bas hari tu buat tuntutan claim perjalanan ... hehehe


... Menjunjung Kasih Tuanku diatas perasmian Perpustakaan Raja Tun Uda


* ... yang sadisnya ... makan kueteow goreng kat Pantai Remis yang pedas giler ... natijahnya aku x lena tidur malam tu sebab sakit perut melampau ... huhuhu


Thursday, December 15, 2011

sama ... tapi x serupa !

aksi pagi yang ceria suffiyah , aan n ija

alamak ! sedondon la polak ... hehehe


ni cerita semalam ...

maka dengan tidak disangka2 ... alkisahnya dua individu yang membeza usia ... beza tempat tinggal serta x de tali persaudaraan ( ... kecuali ukhuwah sesama muslim ) tetiba memakai pakaian yang sama warna dan corak ... nasib le fesyen baju x sama ... klu x lagi haru ... hehehe

* ... x kisah lah kan ... yang penting masa gambar ni dirakam ... dua2 maintain " ayu dan cun " !

Saturday, December 3, 2011

bicara air



titisan air mengalir berlagu duka
tidak terlihat di mata nyata
tapi membasah disegenap jiwa

Ya Allah ....
sesungguhnya Engkau maha mengetahui rahsiaku yang tersembunyi dan yang nyata ... Engkau maha mengetahui apa yang terkandung dalam hatiku.
Ya Allah ...
aku mohon kepada Mu iman yang berkekalan , yang kekal bersemadi di hatiku , keyakinan yang benar sehingga aku dapat menginsafi bahawa tiada sesuatu yang menimpa daku selain dari apa yang Engkau takdirkan kepadaku.
Amin .



* ... kesabaran di uji lagi ... !

Friday, December 2, 2011

aksi spontan !!



... aksi ni aku rakam selepas kamera Nikon Coolpix L22 dibaiki dari semputnya ... hehehe untuk test ok ke x ...

so ini lah hasilnya !







ayu,bib,iya,aan n ija

Thursday, December 1, 2011

aku x gembira !


... gembirakah kita ? ... gembirakah kita membiarkan ketidakbenaran terus berlaku ? ... gembirakah kita membiarkan kesilapan berterusan ? ... gembirakah kita melihat kepura-puraan bermaharaja di mata ?

... aku benar2 x gembira kerana x upaya menghalang segala ... biar pun hati meronta ingin meluah bicara tapi lidah kelu x terzahir kata ...!

* ... Ya Allah ... Yang Maha Pengampun , ampunilah daku dan rahmatilah daku dengan rahmat Mu yang paling baik . Amin ya rabbal alamin.


Wednesday, November 23, 2011

kita bukan sesiapa ...



... oops ! terkedu sekejap aku ... " Ya Allah ! sabarkan lah hati ni " walaupun ditelinga ni masih terdengar2 setiap tutur bicara yang dilafazkan ... mungkin dah memang sikap dia macam tu kut ... biarkanlah !



... cuma aku nak peringat kat diri sendiri ... walaupun setinggi mana langit dapat dicapai ... jangan sesekali lupa kat rumput di bumi ... jika jawatan tinggi berjaya disandang jangan lupa lak mereka yang sentiasa memudahkan kerje2 kita ... jika menggunung harta dimiliki jangan lak lupa akan hak orang lain ...



... sebenarnya kita bukan sesiapa pun disisiNya tanpa iman dan amal ... so apalah yang nak dibanggakan sangat dengan apa yang kita miliki di dunia yang fana ni .



* ... kadangkala kita senyum bukan disebabkan semuanya baik tapi semuanya baik disebabkan kita senyum !




Wednesday, November 16, 2011

sejuta mungkin ...


... hahaha ! idea n3 ni aku dapat masa brief discussion bersama bos dan kekawan ofis pagi tadi ... x banyak input baru yang dibincangkan ... tapi bila bab " dot ... dot ... dot " disentuh maka hati pun terdetik juga ...!

... sebenarnya dah berkali-kali bab ni diperbincangkan ... dan berkali-kali jugak pelbagai jawaban yang diberikan ... keputusannya ? ... masih x de keputusan pun sebab ini sekadar bual bicara yang menjurus kepada kemungkinan

... hidup memang penuh dengan mungkin ... so kena le bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal diterima dan melanda setiap dari kita ... hehehe

* ... sesekali menoleh kebelakang ... melihat jejak2 yang ditinggalkan ...


Saturday, November 12, 2011

sesungguhnya ...


.... pelajaran @ pengajaran seumur hidup seorang insan adalah apa yang ada disekelilingnya ... cuba kita lihat apa yang ada kat sekeliling atau sekitar kita ... alam dengan kitaran yang tersendiri ... manusia dengan ragam yang pelbagai ... Allah jadikan sesuatu memang saling lengkap melengkapi sesuai dengan fitrah kehidupan .

... sejak akhir2 ni banyak perkara yang berlaku ... yang aku dengar ... yang aku lihat ... dan tentunya yang aku fikir ... bila bab perkara yang aku dengar tu ... x nak komen apa2 sebab kalau sekadar dengar tanpa melihat samalah macam si buta berjalan tanpa tongkat ... lagipun la ni setiap tanggapan tanpa bukti ... dikira macam fitnah ... bahaya fitnah lebih dari membunuh ... !

... pasal bab apa yang aku lihat ... pun x leh nak komen lebih2 sebab kekadang mata manusia ni pun boleh tertipu dan khilaf bila hati mula berbisik ... dari membiarkan syaitan terus bersorak kerana berjaya memutuskan ukhuwah sesama kita ... lebih baik kita diam .

... berfikir tu dah jadi macam makanan minda ... fikir positif ... baiklah hasilnya ... fikir negatif ... buruklah natijahnya ... berfikir ni kekadang kena gak dilatih ... diajar ... dan diasuh sebab berfikir pun perlukan kemahiran ...

... hari ni aku berfikir agak agresif dari biasa ... biasa lah bila kita bercakap2 atau bersembang2 akan terkeluar lah pendapat atau pandangan yang sekufu atau x sekufu ... minda akan lebih bergerak aktif ... memberi respon ... menilai ... dan membuat keputusan tapi bukan mudah atau bukan semua hasil keputusan dari dalam minda kita ni dapat dizahirkan melalui kata2 ... adakalanya ianya kekal kat sudut minda kita ... bila mana kita mula mengambil kira risikonya .

sesungguhnya ... lebih mudah kita menilai atau membuat keputusan bagi pihak orang lain daripada kita menilai dan membuat keputusan bagi diri sendiri ... sebab kita lebih nampak kelemahan dan kekurangan diri mereka ... dan lebih sukar untuk kita mengakui kelemahan dan kekurangan diri sendiri ...

* ... :-)

Friday, November 11, 2011

selagi ada daya ...

salam jumaat ...


syukur alhamdulillah ... rasa lapang sikit minda dengan maklumat terkini yang baru jer dimaklumkan tadi ... hilang rasa gundah gulana yang mula membenih dalam hati ... akhirnya kebenaran berada dilandasan yang betul


kalau kita ikhlas dengan apa yang kita lakukan dan sentiasa berdoa kepadaNya ... insyaAllah kebenaran akan terbukti ... x perlu salahkan sesiapa sebab manusia memang x sempurna sifatnya dan tentunya x dapat lari dari khilaf


* .... selagi ada daya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian ...

Wednesday, November 9, 2011

gaya ija

ija n jaja

sempat lagi bergurau ...

gaya kat atas pentas ! ... jelingan manja gitu ... hehe

... ni gaya ija masa menyertai pertandingan pakaian beragam dan mewarna ... jadi wakil sekolah tadikanya ... ija dengan gaya gadis punjabi dan jaja lak gaya tuan puteri ... walaupun x menang tapi ija dan jaja gembira sakan dengan hadiah saguhati ... biasa le bebudak kan !

* ... masa bebudak cam ni leh le beraksi macam gini ... dah besaq nnti ... jangan ek ! ... hehehe


ikatan janji ... yuyun dan didi



12 Zulhijjah 1432 ( 8.11.2011 )

janji termetri antara dua hati
yuyun & didi
semoga cinta sentiasa kekal
abadi



Thursday, October 27, 2011

sukarnya mencari kebenaran





... atau dalam kata lain susahnya membuktikan kebenaran ... itulah hakikat yang merantai kehidupan kita hari ini ... bila mana manusia semakin rakus mengejar kuasa ... bila mana manusia semakin takut bebayang sendiri ... bila mana manusia semakin selesa dengan hidupannya ... bila mana hati mula diselaputi debu hasad dan dendam ...

... aghhh ! apa itu kebenaran ? ... kebenaran sebenarnya ada dalam diri kita sendiri ... kebenaran menjadi sukar kerana manusia takut mendepani masalah ... takut untuk berkata benar ... takut mengakui kesilapan ... takut menjadi saksi atas perkara benar ... dan paling malang kita lebih rela membiarkan kebenaran itu berlalu walhal kita berupaya untuk membuktikannya !

... kebenaran akan semakin sukar dicari atau dibuktikan kerana manusia semakin jauh dan semakin tidak takut kepada Yang Maha Pencipta


* ... kebenaran hakiki ada dalam diri insan yang berani mendepani kesukaran demi mencari kebenaran

Saturday, October 22, 2011

janji

layan nasi lemak hasil air tangan maklong ... sedapkan !

... gambar ni aku rancang nk buat n3 dari minggu lepas lagi ... tapi sibuk sangat ... so hari ni baru ada kelapangan ... user pun x ramai ... dah tu sistem x ok hari ni ... semua kena buat sesara manual ...

... aku rakam gambar ni 2 minggu lepas sebagai menunaikan janji pada ija ( siti khadeeja ) sebab x bawak dia ke lib ... dia aktif sangat bila datang ke lib ... jumpa lak si cilik n3 sebelum ni ... memang ngam sangat ... bila balik rumah mula le datang penyakit semput nye ... tu pasal aku terpaksa janji akan bawak dia gi makan2 kat pantai ...

... lagi satu janji yang insyaAllah akan aku tunaikan minggu ni jugak ... telekung untuk kanak2 ... semoga jadi anak yang solehah ye ...

* ... esok acik bawak ija gi shopping ek ! ...


adakah ini bakal staf library ... ?

x leh ganggu ni ... khusyuk buat kerja !

sesekali kena toleh belakang ... takut ummi hilang .. hehehe

alamak ! ... gatal lak kepala ni ...

fikir ... fikir ... nak colour warna apa lak gambar ni ....


... inilah pengguna setia lib daerah sabak bernam ... dia gak penyeri setiap hari sabtu ... kekadang tu jadi mangsa usikan ... ( bukan deraan tau ! ) ... cer teka anak sape dia ni ? ... hehehe


Friday, October 21, 2011

heppi besday bib




... hari sambut besday bib yang ke berapa ek ? ... lupa lak nk tnya ... tapi x kisah lah yang ke berapa pun ... k'mis doakan semoga Allah murahkan rezeki , permudahkan semua urusan dunia dan akhirat ... amin .


... menu hari ni sempoi jer ... beehoon goreng , kentang goreng , tauhu sumbat , nasi putih n tumis sardin x lupa gak kek aiskrim ( macam besday aan jugak ) sedap !


* ... apa hadiah untuk bib ... kena tunggu ye ...

Thursday, October 20, 2011

kata kita ... kata dia ... kata mereka !

gambar ni sekadar hiasan jer ... sebab kita x faham bahasa kucing
tapi kucing faham bahasa kita ... x percaya ???


... hidup memang penuh dengan kata-kata ... kata kita ... kata dia ... kata mereka ... itu belum termasuk lagi kata dusta ... mutiara kata ... kata mengata ... klu nk tulis pasal kata ... memang x tertulis dan terkata banyaknye ! ... tapi cuba bayangkan jika hidup tanpa kata2 ... mesti dunia terasa sepi ... sengketa pun x de ... bertikam lidah jauh sekali ... dan yang paling best ... dunia aman dari peperangan ... itu kata kita !

... tajuk n3 ni aku ambik dari bual bicara pagi tadi ... biasalah kami memang suka bertukar2 pandangan ... kekadang tu bila x sependapat tentang sesuatu isu ... dah jadi satu perdebatan tapi x lah sampai nk bergaduh ... sekadar luahan hati melalui kata2


... kita sering terperangkap ( ... lebih merujuk kepada aku sendiri ) antara keinginan sendiri dan kemahuan orang lain ... prinsip dan cara kita sering x selari ... tanggapan baik dan positif sering disalah erti ... x ikut dikata engkar ... habis tu apa crite ... tu le pasal kekadang tu kita semakin malas berkata2 ... sebab itu adalah kata kita !

... kena buat macam gitu ... kena ikut macam gini ... kena turut rule yang ditetapkan ... kena sentiasa peka arahan ... sentiasa lapang hati ... mesti bersedia dan berlapang minda ... apa kata kita ? ... x perlu kata apa2 sebab itu adalah kata dia !

... tindakan seharusnya begitu ... keputusan x sepatutnya begini ... kepatuhan yang salah ... sewajarnya kena redha ... apa kata kita .... pun x perlu kata apa2 sebab itu adalah kata mereka !

* ... apa kata hati ???



Wednesday, October 19, 2011

bila hujung bulan ...


... esok dijangkakan gaji ... ( itu le tarikh yang tertera kat slip yang aku ambik kat HQ jumaat lepas ) tapi x tahu ar ... ada ke x esok ... sebab dalam dunia ni macam2 perkara boleh berlaku di luar jangkaan kita ...

... apa pun catatan budget untuk november dah siap aku tulis kat dairi ... itu lah rutin aku setiap hujung bulan ... aku akan catat semua yang perlu dilangsaikan ... yang aku inginkan ... untuk simpanan ... budget luar jangka ... budget kecemasan ... termasuk gak untuk kegunaan harian ... x lupa gak budget untuk semua kucing2 peliharaan ... termasuk gak hak orang lain dalam gaji kita ... kekadang tu bila total semua ... baki yang tinggal meletakkan aku dalam lingkungan miskin tengar ! ... huhuhu

... tapi semua sekadar catatan yang aku jadikan pandu arah dalam perbelanjakan berhemah ... alhamdulillah ... sehingga kini aku masih berjaya mengawalnya ... walaupun kekadang tu agak perit jugak ( ... bila banyak sangat tugas luar yang mewajibkan kehadiran )

... agak nye sebab tu dikata kerja makan gaji ek ! x kisah le kerja apa pun yang penting halal dan ada keberkatannya .

* ... tadi dah bincang2 ngan ayu dan aan ... menu untuk hari jumaat ni ... kata sepakat pun dah ada , tinggal tunggu harinya jer ... apa menu hari jumaat ni dan apa majlisnya ... biarlah rahsia !

Thursday, October 13, 2011

... yang menurut perintah

Tarikh : 14 Okt 2011

Hari : Jumaat

Masa : 10.00 - 12.00

Lokasi : Tingkat 2 ,
Perpustakaan RATU ( Shah Alam )

Kursus : berkaitan system Vtua




4.15 pm bersama 13 Okt 2011


... terima arahan gi kursus kat HQ ... alahai ! sabo le hati ... tetiba jer nama aku dan aan naik untuk gi kursus esok ... teringat lak pada ayat saya yang menurut perintah



Tuesday, October 11, 2011

alamak ! aku salah cakap ke ... ?



" alamak ! aku salah cakap ke ? "
itu yang berlegar2 dalam minda ni
apapun ...
maafkan aku !


Saturday, October 8, 2011

apa orang kata ...



" hidup adalah pantulan fikiran dan keyakinan anda . Untuk mengubah hidup ... yang pertama harus anda lakukan adalah mengubah fikiran dan keyakinan anda " ... kata2 ni aku ambik dari buku terapi berfikiran positif tulisan Dr.Ibrahim Elfiky

... dalam rencah kehidupan yang akhir2 ni begitu kalut dengan pelbagai isu ... aku mula terfikir ... memikir dan berfikir " ... apa orang kata ... atau apa tanggapan ... atau apa agaknya yang mereka fikir tentang aku ? " ... isk !.. isk ! adakalanya aku takut untuk memikirkannya ... tapi yang sebenarnya ... aku ingin sangat tahu apa yang ada dalam kotak fikir mereka ... khususnya mengenai diri aku ... kerana dari situ le aku tahu apa kelemahan ... kekurangan atau potensi diri ... bak kata orang bijak pandai " ... mengetahui kelemahan diri memang menyakitkan tapi amat bermakna dan tinggi nilai jika ingin menjadi lebih berjaya " ... itulah yang cuba aku terapkan dalam diri ... tapi bagaimanakah caranya ?

... bila aku aju perkara ni kat yatie " ... agak mustahil untuk kau dengar pengakuan tulus ikhlas dari orang orang lain tentang diri kita ... sebab mereka akan berkata benar tentang diri kita ... bila mana kita tidak berada disisi mereka " ... hehehe

... kata yatie lagi " ... x perlu le bikin pusing kepala memikirkan hal ni ... hiduplah sebagai mana yang kita inginkan ... kalau ingin yang terbaik untuk diri ... kena bagi yang terbaik untuk orang lain jugak ... "

... apa orang kata tentang aku ... tentang dia ... tentang kamu ... tentang dia ... tentang mereka ... biarkan ! ... tapi hati2lah dengan apa yang akan kita katakan tentang kamu ... tentang dia dan tentang mereka ... !!

* ... :-)

Thursday, October 6, 2011

rehat time !


... esok aku bercuti ... nak rehatkan minda ... lagipun dari semalam lagi aku x berapa nk fokus pada kerja ... bila x sihat ni mood nak kerja memang menurun habis ... hari ni aku memotivasikan diri sendiri untuk melangsaikan tugas sebelum bercuti esok ... ! walaupun hanya cuti sehari jer ...









Wednesday, October 5, 2011

lucu tapi .... !



... ini crite semalam ... lucu tapi amat tinggi risiko terhadap nyawa kami ... ! semua gara2 seekor anak kh****r yang ntah datang dari mana ... tertiba melintas jalanraya ... ! dari jauh lagi aku dah perasan ada sesuatu melintas ... " k'mis ! ada kucing melintas " kata ayu ... aku mula perlahankan kereta ... tapi x kan kucing berlari dengan gaya melompat ... " alamak ! arnab lah " ... bila semakin hampir baru le aku ,ayu dan aan ( duduk kerusi belakang ) nmpk jelas dan sahih sangat ... rupa2nya anak kh****r !


... spontan aku brek kereta ( ... x sempat nk fikir yang aku berada di lorong kanan ) dan treller yang ada kat lorong kiri pun bunyi hon dan membrek sama ... Ya Allah ... walaupun ia haram untuk sentuh tapi aku x tega untuk melanggarnya ... syukur alhamdulillah ketika itu laluan x sibuk sangat ... klu x ... aku x boleh bayangkan apa akan jadi pada kami bertiga ... pada ayu & aan ... k'mis minta maaf sesangat !


... apa pun kami tetap menyempurnakan hari semalam dengan berada di Program Karnival Selangorku , Dewan Dato' Hormat . Tanjung Karang ..


* ... aku masih memikirkan " adakah berbaloi memperjudikan keselamatan diri hanya kerana seekor anak kh****r ? ... sesungguhnya Allah Maha Mengetahui .