
"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Wednesday, March 31, 2010
salahkah aku ...

Saturday, March 27, 2010
Virtua
... mula2 tu memang pening lalat sikit ... biasalah perkara baru mesti terasa janggal sikit tapi bila dah tahu stepnya ... alhamdulillah semuanya jadi senang ... mekasih kat ayu yang seharian semalam mengodam untuk mencari kaedah mudah ini ... !
... sejak hijrah kat lib daerah S/Bernam bulan feb lepas ... sebenarnya aku baru nak berjinak2 dengan system JDA ... belum mahir sepenuhnya pun ... tapi kira ok lah jugak ... !
... la ni kami hanya key in data user untuk Jan - Mac yang mane belum diupdate dengan system baru ni ... penggunaan sepenuhnya insyaAllah bermula April nnti ... itu termasuklah kadar baru denda lewat iaitu 50 sen setiap buku/hari .
... sebenarnya aku x sangka setelah berkhidmat hampir 20 tahun secara manual ... kini berpeluang mengguna system yang lebih mudah ... syukran !
... minggu depan aku akan bertugas berdua dengan bib sebab dua lagi rakan setugas ... ayu & raihan akan mengikut Krsus Pengurusan Perpustakaan bermula dari 29 mac - 2 apr ... harap diorang akan timba sebanyak mane ilmu yang boleh untuk dikongsi bersama kami yang tinggal ni ... !
* ... banyak lagi kena belajar pasal Virtua ni ... terutamanya pasal Statistik ... huhuhu !
Thursday, March 25, 2010
alahai bosannya ... !

Wednesday, March 24, 2010
inilah kehidupan

Tuesday, March 23, 2010
aku takut terlupa ...
Wednesday, March 17, 2010
seadanya ...
... cuma aku nak dia tahu yang pertukaran aku ni bukan lah atas permohonan tau ... tapi arahan ! memang aku pernah mohon untuk bertukar 6 tahun lepas ... x berjaya pun ... so jangan tanya apa kabel aku guna lak ... sebab pertukaran ini x melibatkan orang dalam atau orang berpengaruh ... lagipun perkhidmatan aku x sama dengan perkhidmatan guru ( jawatan yang dia sandang ) ...
... sebenarnya hingga saat dan ketika ini ... aku masih lagi belajar ... belajar dan belajar ... banyak sangat perkara yang perlu aku belajar dan lalui ... mungkin termasuk dalam kategori belajar sepanjang hayat kut !
... sesekali tu adalah aku teringat jugak kat ofis lama aku tu ... biasalah dah bertahun kat sana kan ... bak kata orang " tempat tergelincir lagi diingat ... inikan pula cari rezeki kannn ! " ... ada gak user2 dari lib lama yang call dan terkejut bila tau aku pindah ... ye lah sebab mas nak pindah dulu pun aku x sempat nak buat mengumuman ... lagipun diorang kata aku x macam orang nak pindah pun ... !
... aku pun x lah teruja sanagt atas perpindahan ini ... tapi jauh disudut hati sejuta kesyukuran aku panjat kepada Allah .
... yang penting aku x kan buat perbandingan atas apa jua yang telah aku tinggalkan dan yang kini aku hadapi ... sesungguh aku ambik jalan tengah ... jalani dan lalui segala dengan seadanya !
*... seadanya !
Saturday, March 13, 2010
biar betul ... !!
... bila aku ingat2 lupa ... x tau samada aku pernah chat atau sekadar email ... dah lama sangat sebelum aku pindah ke daerah ni ... tapi bila dia bagi tau kenal dengan member yang sama gi krsus hari tu ... aku pun nak ingat yang mane satu ek ! ... cuma aku teringat insiden ' terkunci ' kat tandas ... alahai ! memang dia yang terperangkap tu ... !
... aku x rasa insiden tu memalukan tapi pengalaman yang berharga ... bukan semua orang merasa terkunci dalam toilet tau ... !
* ... mintak maaf ek ! sebab tulis cerita awak kat blog saya ni ...!
Friday, March 12, 2010
sesekali ...
marilah kita mengguman muhasabah
dalam fikiran basah
menerobos maknawi
mengukur manusiawi
di petak usia yang bersegi
Sesekali ...
tika dihantar ujian dan masyaqqah begini
apa sebenarnya yang bertingkah pada lisani
peritnya dijepit nestapa
memamah resah dan gulana
Atau
marilah kita tempur bala menimpa
dengan utuh durga
kerana gelodak menerpa
adalah peringatan dari Nya
buat kita-kita
yang selalu buat-buat lupa
menimbun dosa
melekit sebati
dalam gaulan daki dunia !
* ... puisi kat atas ni aku ambik dari akhbar semasa buat paper cutting ... macam best jer untuk dikongsi bersama ... so layanzz !
Wednesday, March 10, 2010
bolehkah kita berubah ... ?
... melihat apa yang berlaku kat sekeliling kita ni ... pernah ke kita terfikir atau tanya diri sendiri " bolehkah aku berubah atau perlukah aku berubah ? " ... jawapan nya kena lah fikir sendiri ... atau lihat ke dalam diri ... tapi kenalah jujur ... sebab kalau kejujuran x de dalam diri sendiri jawapan kita dapat tu penuh dengan kepalsuan ... x gitu !
... lepas dapat jawapan bagi persoalan kat atas tu ... kena jugak tanya diri sendiri sekali lagi " ... sanggupkah aku berubah ? " .... huhuhu ! sebab untuk berubah ni banyak kebiasaan yang terpaksa dikorbankan ... mengubah kebiasaan ni sama lah macam nak cabut duri selumbar ... banyak yang kantoi bab ni ... lagipun keinginan untuk berubah ni perlu lahir dari diri sendiri bukan sebab cabaran kekawan ... insyaAllah akan berjaya !
... " ada 2 perkara penting yang perlu ada dikalangan mereka yang mahu berubah ... pertama , ilmu dan kedua ialah motivasi atau semangat ingin berjaya . kedua2 ini perlu seiring " ini kata2 yang aku petik dari Saranan Salleh ( akhbar utusan )
... selain tu kenalah hindari diri dari sifat cemburu , dengki , khianat , fitnah atau aniaya sesama sendiri ... sekarang ni perkataan yang kerap digunakan ialah " sabotaj " ...
... bagi aku mudah jer ... kita memang perlu berubah demi kebaikan ... sebab dulu aku agak sukar untuk menyatakan sesuatu perkara atau menyuarakan pendapat sebab takut akan disalah anggap tapi la ni aku lebih berterus terang atau beri pandangan ... samada ianya diterima atau sebaliknya terpulang lah ... aku x suka pendam atau berpura2 jadi orang lain semata2 untuk mengiya sesuatu yang pada hakikat memang salah !
* ... menyatakan yang benar adakalanya memang pahit untuk diterima tapi fikirkan lah kemanisan disebaliknya ... wallahua'alam
Tuesday, March 9, 2010
sujud ku

Thursday, March 4, 2010
mencari satu titik ..
... nape ek ! setiap kali aku menyuarakan apa aku rasa ... pasti akan menimbulkan kontroversi atau spekulasi yang akhir akan buat aku pening lalat dan rasa bersalah ... hish ! hari ni pun aku dah bikin sikit kecoh ... alahai ! aku dah salah cakap lagi ke ?
... dan hari ni jugak ... aku dengar pelbagai cerita ... tapi aku malas nak bersuara atau bagi pendapat sebab aku ngeri akan bikin kecoh lagi ... huhuhuhu !
... so hari ni aku dah siap kan jadual tugas dan senarai tugas kekawan yang lain untuk penilaian pen. peg ... apa pun keputusannya selepas itu aku dan kekawan ikut jer ...
... sebenarnya aku masih lagi mencari satu titik persamaan untuk dijadi tunjang dalam menjalankan tugas ... sebab dulu kat ofis lama hanya ada 3 staf jer ... la ni kat ofis baru ada 6 staf termasuk pen. peg ... dulu aku akan buat apa yang aku fikirkan baik untuk memberi perkhidmatan kat pengguna ... la ni aku kena bincang dulu dengan kekawan pastu serah kat pen. peg untuk buat keputusan ..
... apa pun masih terlalu awal menilai setiap dari kita ... al maklumlah setiap orang punyai perangai yang berbeza ... tapi aku percaya akan satu titik persamaan antara kami ... biar masa menentukan ... lagi pun aku dan kekawan x tau sampai bila akan berada kat sini ... sampai bersara ke atau akan berhijrah lagi ...
* ... buat kekawan yang mungkin saat ni melalui apa yang rasa ... percayalah akan ada satu titik yang akan menyatukan ... !
Wednesday, March 3, 2010
kalau lah ....
... tapi sebenarnya aku bukan lah nak menulis tentang apa yang dibual bicara tadi ...
... cuma terfikir semalam masa drive balik dari ofis ... rasa sekejap sangat dah sampai rumah ... 10 minit dah sampai ... x sempat nak layan perasan pun ... ! aku teringat dan terfikir ... kalau lah ... kalau lah ... kalau lah .... bla.. bla ... bla ...
... kalaulah itu ... kalaulah ini ... kita memang selalu terfikir atau berfikir atau terpaksa fikir dengan mengunakan istilah kalaulah ! ... yup ! kalau lah !
... aku pun tefikir jugak kalau lah aku masih bertugas kat ofis lama ... selama 15 tahun lepas berapa banyak lah masa yang terpaksa aku habiskan di perjalanan untuk pergi dan balik ofis ... tapi semua tu ada hikmah tersembunyi ... sekurang2nya memahirkan aku dalam pemanduan kereta ... lagi satu aku lebih fokus pada kerje dan masa ... ! hingga kini minda aku masih lagi bagai kan telah diset untuk bangun seawal 4.30 pagi ... !
... hari ni aku membayangkan kalau lah aku dapat menyelami hati2 kekawan yang kena berhijrah tempat tugas ... dan mereka2 yang masih stay kat tempat sama ... apalah yang ada dan bergelojak kat jiwa mereka kan ... apakah mereka pun sejiwa ... serasa dan segelora dengan apa yang aku rasakan saat ini ...
... buat semua yang masih terasa disebabkan hijrah ni ... sabarlah dalam hadapi cabaran ni !
... kalaulah ... aku dapat selami dihati korang ... !
Saturday, February 27, 2010
teringat ...

... gambar ni aku ambik kat facebook ( ... mungkin yus yg rakam ) ... masa tu tengah serius bincang pasal aktiviti untuk setahun di lib daerah kuala ... tapi la ni semua tinggal kenangan sebab aku bertugas kat daerah lain ... ada gak akt yang pernah aku bincangkan dulu tu ... aku bawak sekali untuk dilaksanakan di lib tempat aku bertugas sekarang ... harap korang x marah ek !
* ... sesekali teringat ...sedih jugak rasa di hati ... huhuhuhu
Aktiviti kolaj
perempuan

... isu mengenai perempuan aku labelkan sebagai isu global sebab macam2 isu yang boleh dikaitkan dengan perempuan ... contohnya kat Malaysia ni ... isu pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki ... isu ramai perempuan yang masih mengenalkan status single ... dan terkini isu kununnya perempuan @ wanita menguasai sektor awam seperti yang didakwa oleh CUEPACS ...
... mulanya aku malas nak komen apa pun ... tapi memandangkan aku sendiri punyai pengalaman sejak dari kecik lagi yang sentiasa dikeliling oleh golongan perempuan ni ... so boleh dikongsi bersamakan .. !
... dalam keluarga aku hanya ada 2 lelaki dan 4 perempuan ... yang lelaki tu ...bapak dan abang jer ! ... masa kat sekolah rendah nisbah lelaki dan perempuan masih ok lagi ... kiranya sama banyak tapi masa kat sekolah menengah ... hanya sampai form 3 jer yang yang nisbah nya masih setara ... bila masuk form 4 dalam kelas aku hanya ada 30 % jer murid lelaki yang selebihnya kaum perempuan ... ( masa tu klu x lulus mate x leh masuk form 4 ) ...
... dan kini dalam alam pekerjaan pun ... aku masih lagi dikelilingi oleh perempuan ( ... termasuk le aku ! ) ...kat ofis aku lah ni hanya ada 2 staf lelaki ... so mungkin ada kebenarannya dakwaan CUEPACS tu ... cuma aku x berapa setuju le klu ini dijadikan alasan untuk menyekat peluang golongan perempuan dalam membina kerjaya di sektor awam ... bagi aku lelaki dan perempuan punya peluang yang sama dalam mencari pekerjaan ... dalam menuntut ilmu atau dalam apa jua ... hanya mungkin golongan lelaki ni tidak fokus atau bersungguh kut !
* ... tetap akan ada berbezaan antara lelaki & perempuan !
Wednesday, February 24, 2010
maaf !!!

Monday, February 22, 2010
tahniah ! kat semua team Zon 1B

juara !

... tahniah kat kekawan yang bermain semalam ... sebab muncul juara dah ! ... x sangka kan ! tapi secara peribadinya aku respect kat korang sebab main bersungguh2 ... walaupun aku x pegang bola pun sebab selesema ... dan tahniah jugakkat team bola tampar dapat tempat ketiga pun dah ok le !
Thursday, February 18, 2010
titipan buat mereka tinggal ...
... dan hari ini juga aku dikejutkan dengan sesi makan2 bersama ela , zam , nora dan hana ... x tau lah bila diorang rancang semua ni ... aku betui2 rasa terharu amat ! ... thank's kat korang semua ... tu yang terpaksa menahan airmata ... huhuhu
buat ela ...
... sebenarnya banyak yang kak mis nak ucapkan tapi x tau nak meluahkan ... so apa yang kak mis nak beritahu ... kita adalah dua individu yang amat berbeza ... banyak sangat perbezaannya dari persamaan ... sepanjang hampir 13 tahun sebumbung ... macam2 cabaran yang kita lalui ... semuanya ada ... masam , pahit , kelat dan manis ... dan adakalanya kita gagal mengawal emosi dan egois ... tapi alhamdulillah kita masih berjaya mengharunginya ... ! semoga persahabatan ini akan terus terjalin walaupun kini berlainan daerah
buat zam ...
... walaupun kita hanya sempat satu ofis 3 tahun jer ! ... terima kasih kerana sentiasa sudi menerima tegur dan arahan ... kak mis minta maaf sebab kekadang tu bila dah bercakap memang susah nak berhenti tapi percaya lah tiada niat nak marah pun sekadar ingat seorang kakak untuk adiknya ! ... satu lagi nak pesan ... kalau makan nasi minyak jangan lupa jemput ! .. ingat tu
... akhir sekali ... terima kasih sangat2 sebab raikan perpindahan kak mis dengan kek & nasi ambang ... memang sedap dan terharu sangat ! ( alahai ! ... x sempat nk masuk gambar masa sesi makan2 tu ... insyaAllah akan menyusul kemudian )
* kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
insyaAllah kita akan jumpa lagi