... pagi tadi terima mesej dari seorang teman " mis cl jap " ... bila call semula ... dia kata dah dapat result PTK ... tapi keputusan yang dia dapat tu kurang memberangsangkan ... agak sedih jugak ... pastu keputusan exam tu ... macam dah dibuka jer ... aduhh ! ngapa gitu lak yerk ... jangan putus asa erk ... kita cuba lagi dan buat dengan lebih baik lagi !
... aku masih x dpt lagi ... mungkin esok atau lusa dapat le tu ... harap sangat biar le aku orang yang tahu keputusannya ... bukan orang lain !
... masa gi exam april lepas ... aku x berapa sedia sangat sebab aku target exam tu bulan jun ... so aku tawakal jer dengan persediaan yang seadanya ... tapi untuk exam tahun depan ... aku bermula sekarang ....
... teringat masa jumpa bekas mantan pegawai ... katanya " ... keputusan exam PTK ni hanya sesuai untuk dapat anjakan gaji jer ... klu untuk kenaikan pangkat susah sikit sebab hal yg x leh nak diceritakan ...." dan aku sendiri faham
* ... aku masih menaruh harapan semoga keputasan exam PTK kali ni ... lebih baik dari tahun sebelumnya ...
"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Tuesday, August 25, 2009
Friday, August 21, 2009
ceritera hari ini ...

... nak ucap happy birthday kat liza ( ... sebenarnya tarikh lahir dia esok ... memandangkan esok dah mula puasa ... so sambutan di awalkan sehari ... ) doa kak mis " ... semoga sentiasa dalam kesejahteraan dan berolehi keberkatanNya selalu ..." terima kasih gak semua yang sudi jadikan lib aku sebagai lokasi sambutan ... so terharu sesangat ... huhuhu
... walaupun kekadang rasa terpinggir sebab bertugas kat luar daerah tapi aku tahu mereka x pernah melupakan ukhuwah yang terjalin antara kami ... moga kemanisan ini berkekalan !

* ... pantun ni sekadar penutup kata
Pergi ke Daik di waktu pagi
Hendak membeli ubi sengkuang
Baik-baik menabur budi
Pergi ke Daik di waktu pagi
Hendak membeli ubi sengkuang
Baik-baik menabur budi
Agar budi tidak terbuang
Sayang Cik Ali pergi ke Daik
Sampai di daik di menyangkul
Kalau asal budi yang baik
Sayang Cik Ali pergi ke Daik
Sampai di daik di menyangkul
Kalau asal budi yang baik
Beri segenggam jadi sepikul
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke Tanjong
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung
Beras melukut dalam bakul
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke Tanjong
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung
Beras melukut dalam bakul
ceritera semalam

... semalam aku ,bunga , jijah n raihan ( dari bah. Zon 1 ) dijemput menghadiri majlis bacaan yassin & tahlil sempena Ramadhan Al- Mubarak dan majlis kesyukuran Pesta Buku Selangor 2009 .
... 7.00 pagi baru aku keluar rumah ... sebab majlis mula jam 9.30 pagi ... so x le tergesa2 macam selalu tu ... lepas ambik bunga kat rumah dan jijah kat sg.buluh ... sebenarnya malam tadi aku risau gak bila bunga call x leh pergi sebab anak x sihat ... alahai ! kena memandu sorang le nampaknya ... 4.00 pagi ... bunga mesej & call " ... saya jadi pergi ... x sedap hati lak ... hantar mesej kat bos ... tapi bos x balas lah " ... fuhhh ! lega rasanya ada le kawan sembang kat kereta nanti ...
... 8.45 kami kat lib Shah Alam ... pot pertama ... mesti le singgah kat toilet dulu ( ... jadi satu kemestian ) ... pastu terus ke tingkat 2 , Bilik ISO ... x ramai lagi staf yg sampai ... kebanyakan ada kat situ adalah staff dari HQ jer ... dimaklumkan jugak majlis dimulakan lewat sikit ... 10.00 pagi sebab pengarah ada urusan ...
... sambil menunggu majlis mula sempat le sembang2 kosong dengan kekawan dari Zon lain ... bukan selalu kami dpt berjumpa ... kecuali masa kursus atau majlis2 macam gini ... itu pun kalau nama tersenarai !
... majlis ni anjuran KESUKA ... bacaan yassin n tahlil dipimpin oleh Ustaz Arif ( staf lib HQ ) ... terasa ukhuwah terjalin erat bila semua staff tanpa mengira status jawatan bersila dan bersimpuh mengalunkan bacaan ... dan akhir majlis ... pengarah menitipkan pesanan agar mulai saat ini dan sempena ramadhan yang disambut ... bersihkan hati masing 2 ... kerja dalam satu kumpulan sentiasa saling membantu ... semoga apa yang diharapkan oleh pengarah PPAS tu akan diambil iktibar oleh semua yang hadir ... mudah-mudahan !
... jamuan semalam agak istimewa sikit ... itu yang dikata oleh staff kat HQ ... nasi lemak dengan rendang ... kuih cara berlauk ... kuih lapis ( ... lapis pelbagai warna ... emm ! sedap jugak ) ... ubi goreng berempah ( ... pun sedap jugak ! ) n speggeti ( ... ala2 itali gitu )
... sebelum balik aku , bunga , jijah n raihan gi ronda2 kat bahagian rujukan ... tinjau2 kut ada apa-apa bahan yang boleh bawa balik kat lib masing2 ... semalam kira bernasib jugak le sebab bos kat bahagian rujukan memberi lebih daripada yang aku dan kekawan harapkan ... pastu layan staff kat bahagian tu pun ok ...

... ada gak beberapa perkara yang diperbincangkan ... dan aku masih memikirkan apa tindakan seterusnya yang harus aku ambik ... dan semoga ramadhan ini memberi aku ruang memohon petunjuk dariNya ... atas segala keputusan .
... pasal pesanan ole-ole dari vijie tu ... insyaAllah le ... !
* ... antara yang lama dan yang baru ... masing2 punyai istimewa tersendiri
Wednesday, August 19, 2009
yang orang x tahu ...
" ... miracle ! itulah yang sering aku harap setiap kali ada masalah ... walaupun aku tahu macam x logik je ... tapi ketentuanNya tiada siapa mendugakan ! ... dan harapan akan adanya " keajaiban " itu semakin meluap-luap sejak akhir2 ini ... bukannya aku nak lari dari masalah ... mungkin jugak aku dah penat atau dah malas nak memikir dan mencari jalan penyelesaian ... kata didi ( anak saudara ) " ... acik dah putus asa " ... jawab aku " .. no komen "
... sering gak aku terfikir ... apakah korang pun pernah atau sedang lalui apa yang sedang aku lalui sekarang ... dan apa tindakan yang korang ambik ek ! ... jauh nun kat sudut hati ini ... terbuku satu perasan yang sukar nak aku gambarkan ... membiarkan kelangsungan sebuah kesilapan ... tanpa berbuat apa-apa !
... aku belum berani atau aku x pandai meluah apa yang bersarang kat hati ... mungkin ini dugaan dariNya ... menguji sejauh mana kesabaran hambaNya ... atau inilah kelemahan aku ! ... atau ini khilaf diri aku sendiri membiarkan kelaziman berakar umbi ...
... bersangka baik dan reda serta terima apa keadaan seadanya ... dan berdoa agar Allah titipkan cahaya insaf dan sedar dihati2 yang gersang ... biarlah segalanya lahir dari diri sendiri ... biarlah yang orang x tahu kekal disitu ... hingga sampai janji Allah untuk mengubahnya !
* ... hanya Allah yang tahu !

Friday, August 14, 2009
majlis tahlil
14 Ogos 2009 ( Jumaat )
Lib. Daerah Kuala Selangor
... pagi tadi semua staf dari perkhidmatan Zon 1B ( daerah Kuala Selangor ) menghadiri majlis tahlil di lib daerah ... sebelum majlis tahlil ... aini dari lib daerah menyampaikan tazkirah mengenai kasih sayang dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa ...
... masa bacaan yassin dan tahlil tadi ... terasa syahdu sangat ... kali pertama dapat berkumpul ... membaca yassin ... bertahlil bersama kekawan semua ... alhamdulillah juga sebab kehadiran Pn. Suzliana ( Ketua perkhidmatan Seksyen ) dan Pn. Syarifah Norasyikin ( Pen. Peg . Perp ) ... dan insyaAllah ... jumaat ( 21 Ogos ) akan diadakan ceramah agama sempena Ramadhan Al - Mubarak ... aku dimaklumkan ianya melibatkan semua kakitangan dari perkhidmatan Zon 1B ...
... juadah hari ini disumbang oleh setiap kakitangan yang hadir ... terasa macam suasana hari raya lak ... macam2 kuih ada !
* ... sentiasa berusaha untuk bersangka baik ...

Thursday, August 13, 2009
Al - Fatihah
Wednesday, August 12, 2009
kita semakin diperlekeh
... peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang ... memperlihatkan betapa manusia Melayu dituntut bekerja keras , bersemangat kental dalam apa saja yang diceburi juga halangan mendatang ...
... terungkap juga kata2 " tak kan Melayu hilang didunia " ... begitu teguhnya harapan yang tergalas kat pundak setiap dari kita yang masih mengaku Melayu ... ataupun ia semakin pudar dan menipis ... ataupun tak punya apa makna pun !
... dalam kesibukan kita merealisasikan impian ... mengukuhkan kekuasaan juga kedudukan ... melebarkan jajahan takluk ... semakin kita leka dengan ampu dan puji ... maka semakin jauh kita dari rimbunan Melayu yang kaya budaya ... kaya budi dan tinggi pekertinya
... bila angkuh semakin sebati ... sesama bangsa sanggup berkelahi ... adat dan agama rela langkahi ... asal dapat apa dihajati ... cubalah lihat sekeliling dan di dalam hati ... siapa untung dan siapa rugi ... jangan sesal kemudian hari !
... teringat aku pada bait2 ini
Apa tanda Melayu jati
besama Islam hidup dan mati
Apap tanda Melayu jati
Islam melekat di dalam hati
Apa tanda Melayu bertuah
Sebarang laku menurut sunnah
Apa tanda Melayu bertuah
Hidup mati bersama akidah
Apa tanda Melayu berakal
Di dalam Islam ia beramal
* ... hari ini ukhuwah sesama seagama semakin longgar ... rasa takut untuk memikirkan hari2 yang medatang ... sekadar luahan dari insan kerdil yang bukan sesiapa pun !

Wednesday, August 5, 2009
D'fantasi Group

jom menari ... ayu , suzana , jeff , mas n liza

penonton pun menari sama ... memang meriah !
31 Julai 2009 ...
31 Julai 2009 ...
Kompleks PKNS Shah Alam
Pesta Buku Negeri Selangor 2009
... jumaat lepas aku ambik cuti untuk join kekawan dari Daerah S/Bernam buat puppet show
... dengan usaha dan daya kresatif diorang ... tanpa dilatih atau asas yang betul mengenai puppet
aku beranggapan persembahan d'fantasi group adalah hebat !
... lepas program sempat gak aku dan bunga tinjau2 kat pameran jualan buku ... alahai ! kebanyakan buku tu adalah kat lib tempat aku bertugas ... kalau ada yang pun hanya novel ....
aku sekadar jamu mata jer ... aku hanya beli buku kanak2 untuk ija sebagai buah tangan

sempena Pesta Buku Negeri Selangor 2009 ...
seawal 6.15 pagi ... kami dah berkumpul kat lib daerah ... lepas masukkan sebahagian lagi prop ( sebahagian prop telah dibawa awal oleh sabah & liza ) baru le kami gerak ... pagi tu kami gerak dengan 3 kereta ... en.harun & pokok2 ... jeff , bunga & ani ... aku , watie & ayu ... dan sebelum tu aku ingatkan kat diorang tolong le jangan pandu laju2 sebab tangan kiri aku selalu rasa kebas bila memandu awal pagi ...
... 8.30 pagi - kami tiba kat PKNS Shah Alam ( ... kami singgah sarapan kat tg . karang ) ... masa tu sebahagian prop telah dipasang ... aku respect kat semangat berkumpulan diorang ... semua
tahu akan tugas masing2 ... masa dlm kereta ada gak aku sembang dengan watie pasal latihan
dan komen yang diberikan oleh seorang staf dari HQ ... x pe lah ... so hari ini kena be the best !

... masa sesi makan2 kat kompleks tu ... kami disapa oleh mantan pegawai perpustakaan Zon 1B
walaupun kami ni bukan lagi dibawah jajahannya ... tapi kemesraannya masa macam dulu gak !
... ada beberapa insiden yang buat aku pelik dengan sikap kita sesama manusia ni ... apalagi bila ia melibatkan sesama seagama ... dan tentunya sama budaya kan ... ! adakah kerana label jawatan berbeza maka salam ukhuwah pun berbeza ... !
* sejauh mana seluang melaut akhir balik ke lubuk jugak .... !

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga
Tuesday, August 4, 2009
kita mesti memilih ...
... sekarang ni banyak perkara yang memaksa kita untuk memilih ... bukan setakat memilih siapa pasangan hidup kita ... tetapi lebih dari itu ...
* kita mesti memilih apa yang ingin dimakan ... selain daripada kesahihan akan halalnya ... kena gak dipastikan kebersihannya ... kadar kolesterolnya ... dan akhir sekali mungkin kos yang perlu dibayar setimpal atau tidak dengan apa yang telah kita nikmati !
* kita mesti memilih lokasi shopping yang selamat ... kalau perlu kena peka dengan isu semasa ... pastikan tempat shopping bukan medan demonstrasi atau perhimpunan haram !
* kita mesti memilih untuk berjaya atau sebaliknya ... ada orang sanggup buat apa saja untuk berjaya ... x kira apa cara sekalipun asalkan apa yang dihajat dapat dicapai ... tapi akan adakah kepuasan dalam diri ... hanya mereka saja yang tahu kan ... ! bagi aku berjaya yang ada nilai bila kita berusaha ... berusaha dan terus berusaha !
... sebenarnya terlalu banyak yang kita mesti memilih ... samada pilihan itu betul atau tidak ... tepat atau sebaliknya ... kena le fikir sendiri .... kena lah ikhlas dengan apa yang telah pilih !
... komen yati ' jika nak generasi pewaris aman dan damai ... negara kekal dalam kemerdekaan yang berdaulat ... maka berbuat lah sesuatu dari sekarang '
*... memilih ... dipilih ... dan terpilih

Monday, August 3, 2009
akhir-akhir ini ...
akhir-akhir ini ...
aku hanya jadi pemerhati pada kelangsungan sebuah kehidupan
aghh ! mengapa kita mudah hanyut dengan setitik senang yang dikurnia
angkuh menyusup ... riak berlagu riang ... meneroka di segenap raga !
egois mula bertepuk ... mendabik dada " aku punya segala ... "
maka berkumpullah semua parasit itu ... menyatu ... membeku di situ !
akhir-akhir ini ...
aku hanya berharap satu keajaiban dari Nya
* ... sepandai2 tupai melompat akhirnya .....

Thursday, July 30, 2009
jalan-jalan
... pagi tadi terima mesej dari seorang teman yg pergi interview ... nak tahu pasal misi & visi ppas ... lepas sendkan jawapan kat dia ... aku singgah kejap kat lib daerah ... nak tahu esok jam berapa kena tunggu kat lib sebelum gerak ke shah alam ... esok kekawan dari perkhidmatan daerah S/Bernam akan buat puppet show sempena Pesta Buku Negeri Selangor 2009 ... walaupun nama aku x tersenarai pun dalam D'fantasi group sebab aku berkhidmat luar dari daerah tu ... tapi kami tetap berada dalam Zon yang sama ... lagipun tujuan aku nak ikut untuk tinjau2 pameran buku yang diadakan di Kompleks PKNS Shah Alam ... aku ambik cuti untuk ikut diorang ...
... pastu aku pinjam buku untuk PTK kompentensi teras ... ntah ! aku rasa macam x berapa puas hati jer dengan jawapan aku masa exam tu bulan april lepas ... walaupun nampak mudah tapi mengelirukan ... so untuk exam tahun depan ... aku nak buat persediaan awal ... aku x nak kalut fikiran dengan kerja dan exam ... memang le klu x lulus pun kenaikan gaji tetap berjalan macam biasa tapi kepuasan dlm diri bila lulus tu lebih bermakna ... mungkin ada yang anggap aku terlalu awal buat persiapan ... aku akui akan kelemahan diri ... susah nk ingat fakta ... lagi pun sekarang ni banyak masa sebab akt dan gerakan membaca daerah dah berlalu ...
... selalu gak aku ingatkan diri sendiri ' untuk berjaya aku kena berada setapak ke hadapan ' daripada orang lain ...
* ... buat teman yg gi interview hari ini dan buat semua kekawan yang akan ambik exam JPA 13 Ogos 2009 ... semoga berjaya !

Saturday, July 25, 2009
relaks kejap !

... hari ni sabtu ke 4 dalam bulan julai ... so kena le aku bertugas ... pengguna pun x ramai ... gamaknya banyak kenduri kawin kut ! tu pasal pengguna x ramai ... hehehe
... masa belek2 buku baru kat troli untuk pameran buku baru bulan Ogos ... aku jumpa buku ni ... MAT SOM oleh LAT
... best ke ? bagi aku buku ni best untuk dibaca ... diolah melalui karikatur n bahasa yang sempoi jer ... klu sesiapa minat nak baca ... apa tunggu lagi ... cari jer kat lib yang paling hampir dengan rumah ... klu x de gak ... cari le kat kedai buku ... harga pun x mahal ... hanya RM 13.90 sahaja ( ... rasa macam iklan lak ! )
* ... selain untuk relaks kan minda ... fikirkan apa yang tersirat sebagai ikhtibar !
Friday, July 24, 2009
... bercakap dengan diri sendiri ?
... masa buat paper cutting hari ini ... aku terbaca artikel ni ... aku baca artikel ni 2 x ... sebab pengisiannya menarik dan penuh manfaat untuk dihayati bersama ... terasa rugi lak kalau x dapat dikongsi bersama ...
' atasi tekanan dengan bercakap pada diri anda sendiri '
* mukadimah *
Hidup penuh cabaran
Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram,
kelam dan serba berjerebu.
Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi , kecewa dan tertekan.
untuk menghadapi tekanan adalah dengan cara berkomunikasi dengan diri anda
sendiri ...
bercakaplah dengan diri anda
mulakan dengan
1
" aku harus siap menghadapi hidup ini ... apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali.
aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna ...
tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar.
Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu , yang terbaik bagiku ..."
2
" aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi ... dan episod yang harus aku jalani
aku harus menikmatainya dan tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan ...
kekecewaan dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuat diriku sengsara "
3
" aku tidak boleh menyusahkan diri ... aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti ... begitu juga masalah yang menimpa pasti ada akhirnya
aku patut bersabar "
4
Evaluasi ( menilai ) diri
segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia ...
pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian ... sepahit apa pun pasti ada kebiakan yang terkandung didalamnya, apalagi disingkap dengan sabar dan benar
5
" Allahlah satu-satunya penolongku ... aku harus yakin ... tidak ada yang mustahil bagi-Nya...
kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya "
ingatlah selalu janji-Nya
" Sesiapa yang bertaqwa kepada-ku, nescaya ku beri jalan keluar dari setiap urusannya
dan Ku beri rezeki ( pertolongan ) dari tempat yang tidak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku , nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya"
( QS. 65 ( At-Thalaq) : 2-3 )
... artikel ni panjang ... aku hanya ambik sedikit sahaja pengisiannya ... kalau nak baca artikel penuh nya ... rujuk kat akhbar harian metro ... 12 jun 09 ...ruangan tazkirah remaja bersama Mohd Zawawi Yusoh ...
... tapi kena le tengok tempat gak kalau nak bercakap dengan diri sendiri ... jangan lak sampai menimbulkan fitnah dan tanggapan buruk orang pada kita ... !
Wednesday, July 22, 2009
Allah peduli
... selepas melalui 2 minggu yang meletihkan ... hari ini aku rasa betul2 kembali kepada rutin tugas harian ... selepas indoor game kat lib HQ pada 5 julai ... aku bercuti 2 hari sebab buat majlis tahlil untuk arwah emak ( ... dah 5 tahun emak x de tapi aku masih rasa sedih ... huhuhu )
pastu aku mula memikirkan nak jadi emce lak ... fikir jadi emce le yang buat aku makan x kenyang ... mandi x basah !
... aku x pasti kenapa lah nama aku boleh tersenarai jadi emce ... walaupun bergandingan dengan seorang lagi staf tapi aku akui perasan gugup dan gementar adalah masalah nombor satu dalam diri aku ... 18 julai ... dewan harmoni , ijok ... ku lalui pengalaman pertama penuh emosi ... sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik tapi hasilnya tidak sebaik dan selancar yang diharapkan ... semua mengharapkan yang terbaik dalam menjalankan tugas ... begitu juga aku tapi nak buat macam mana kan ... !
... " .... blog akak 2 x blh wat private ke ? bahaya ar skrng ni ... " itu sebahagian dari mesej yang aku terima minggu lepas ... kenapa aku terima mesej ni ... x perlu le aku jelaskan ... aku memahami kerisauannya ... dan terima kasih kerana sikap prihatin ni ... aku rasa terharu kerana masih ada insan2 yang sudi memahami ...
... perubahan atau berubah dalam menjalani kehidupan adalah sesuatu yang biasa jer ... semua orang akan berubah ... samada kepada kebaikan atau sebaliknya ... itu adalah pilihan kita sendiri ... ada gak yang berubah kerana keadaan sekeliling berubah !
... ntah lah ! aku rasa pelik dan penat nak fikir pasal ni ... sebenarnya x de perubahan pun ... aku masih buat semua kerja ... masih melakukan kerja2 yang ' orang ' x minat nak buat ... malah dari dulu pun ... hampir 15 tahun aku kat sini ... aku berusaha untuk tidak menangguh amanah yang terpikul kat pundak ini ... hanya mungkin jugak pasal aku dah x berapa rajin nak bercakap kut ! bab malas nak bercakap ni ... aku x nak komen yerk !
... sejak akhir2 ni aku berani kan diri untuk x ambik kisah sangat apa ' orang ' nak cakap pasal aku ... walaupun kekadang tu terguris jugak tapi aku belajar untuk ikhlas dengan apa yang telah aku pilih ... aku berusaha memerangi diri sendiri kerana aku yakin Allah peduli atas apa jua yang kita lakukan ... hatta sekecil zarah sekalipun kebaikan atau keburukan ... Allah akan memperhitungkannya ... !
* ... sering khilaf menilai erti sahabat

Monday, July 6, 2009
aku ingin berehat ...

aku benar-benar ingin keluar dari ruang lingkup ini
merintis laluan berturap tanpa kerikil tajam
meneroka ruang udara ... bebas dari kabut
aku ingin sekali mengosongkan minda dari segala kemelut
ingin aku rasai kesyahduan jiwa dengan nurNya
aku benar-benar inginkan semua ini ...
kerana aku ingin berehat !
Saturday, July 4, 2009
selingkuh
" ... melihat ... mendengar ... kurang bersuara dan buat kerja ... itu lah rutin harian aku sejak akhir2 ni " ... " apa dah jadi ni ?" tanya yatie ... ntah lah ... aku pun x tahu nak bagi jawapan apa ... mungkin gak aku dalam frasa baru sebuah kehidupan kut !
" ... kurang bercakap pun baik sebagai terapi untuk minda ... kita akan lebih masa untuk berfikir dan boleh gak kurangkan dosa " ... itu komen dari fuzi
... aku tahu ada yang perasan akan perubahan yang berlaku ni ... tapi takut nak bersuara kat aku ... x ambik kisah pun apa tanggapan mereka ... aku yakin dalam hidup ni ... kita adakalanya terpaksa buat pilihan ... bila pilihan sudah dibuat ... kena lah belajar redha dan sanggup menempuh ranjaunya !
... bagi aku ... mereka x salah ... mungkin kerana aku yang ingin ' berhijrah '... kalau difikirkan ... siapalah yang rela hati keluar dari zon selesa ... hanya aku takut rasa selesa yang akan membawa binasa ! ... lagi pun aku x punya kuasa untuk mengubah segala ... tapi ingin lari dari biasa !
" ... yang paling penting dari hidup ini ... jangan selingkuh dengan diri sendiri dan tanggungjawab yang diberikan pada kita "
... jauhari jua yang mengenal manikam !

Wednesday, June 24, 2009
sesekali di uji ...
... aku baru je balik dari lib daerah ... menyertai kuiz sejarah negeri Selangor ... aku , suriya , noraini dan roseneta ( simpanan ) mewakili PPAS ... kuiz ini melibatkan jabatan yang terdapat kat daerah kuala ni ... melangkah ke dewan tadi ... aku betui2 rasa gementar ... x banyak info yang sempat aku baca ... ah ! tawakal je lah ... !
... isk ! nape le soalan2 yang terkena kat team aku ... betul2 dah jadi sejarah ... mana x nya ... semua soalan tu berkaitan kesultanan , pertabalan dan makam ... aduh ! semuanya melibatkan angka ... tu yang buat gelabah ! so untuk cuba nasib ... kami main teka je ! ... klu betui syukur ... tapi klu x ... redha je !
... walaupun gagal menjadi juara atau naib juara ... aku tetap bersyukur gak berada di posisi ke tiga ... rasanya setimpal lah dengan usaha kami selama 2 hari ni ... membaca dan mengingat !
tahniah kat PPD ( ... semua diwakili cikgu sekolah ) dan JAIS Daerah kuala ( ... steady je diorang ni ) ... untuk jabatan yang x berjaya tu ... boleh cuba lagi tahun depan ek !
... yang x bestnya ... hari ni kami hanya terima sijil penyertaan jer ... hadiah akan disampaikan pada 18 Julai kat Dewan Harmoni ... sempena kempen gerakan membaca peringkat daerah ... jumpa lagi disana ... !
* ... sesekali di uji ... terasa banyak sangat yang aku x tahu !

Tuesday, June 23, 2009
hanya kerana Allah
" dan paling pasti ... kita lakukan hanya kerana Allah ... " itu komentar yang dikirim oleh sifumirza
... terima kasih sifu atas komentar tu ... cuma adakalanya ... sebagai insan serba serbinya penuh kelemahan & kekurangan ... aku sering jugak " tergelincir oleh amukan emosi " ... apalagi bila duga & cabaran menerjah tanpa hentinya ...
... alhamdulillah kerana masih diberi ruang & peluang untuk memperbaiki diri olehNya ... rasa insaf atas segala lemah & kurang ini ... bagi aku adalah satu anugerah dariNya ... kini aku belajar " bertatih " mendidik hati & nawaitu ... bersabar dan redha atas segala duga ... sesungguhnya titian hidup ini " hanya kerana Allah "

Monday, June 22, 2009
kejutan yang melemaskan ...
... tadi aku baru jer terima info dari linda ( ... staf lib kuala ) ... menyampaikan maklumat ... nama aku tersenarai sebagai peserta untuk kuiz sejarah negeri Selangor ... pada 24 jun ( hari rabu ni )... nama lain yang bertuah sebab terpilih termasuk le ita ( PD. Ijok ) , mek ( Perp. BB ) & ani ( PD Sg.Sireh ) ... team aku ni aku diuji minda bersama jabatan2 lain yg ada kat daerah kuala ni ...
... alahai ! ngapa lah ... selalu sangat info diberi last minute ... walaupun sejak lahir aku dah bermastautin kat negeri bertuah ni ... itu x bermakna aku boleh tahu tentang segalanya ! ... ni tengah pening nak cari maklumat ... pastu kena mengingat pulak ... memang le boleh pilih jawaban A.B.C.D ... tapi x kan main terjah je ...!
* ... emmm ! kembali membaca le nampak gayanya ...

lelaki itu ...
ku kenal lelaki itu ... lama sudah
seawal lahir ke dunia ... bersama kalimah dibisik ke kuping ini
aku dibesarkan dengan penuh sederhana dalam segala ...
tertumpah segala kasih ... segala sayang hanya untuk aku !
... sehingga usia ke tujuh ... aku mula terasa kasih terpaksa dikongsi ...
mak kata ... aku menangis seharian bila adik aku dilahirkan ...
semalam ku perhatikan lelaki itu ...
dengan tenaga dan penglihatan yang dimamah masa
dengan perginya orang yang di sayang
dengan kesibukan anak dan cucunya
aku tahu pasti dia kesepian ...
... hingga kini walau tidak terzahir ungkapan kasih & sayang
aku yakin ... amat yakin ... jauh disudut hatinya ...
rimbunan semua perasaan itu adalah untuk anak2 & cucunya !
sebagaimana juga perasaan ini terhadapnya ...
... selamat hari bapa ... biar pun tidak terungkap kata namun kesejahteraan dan keberkatan tidak pernah putus dalam doa ku ..
* kasih sayang bukan sekadar lafaz tapi lebih bermakna jika dihayati ...

Subscribe to:
Posts (Atom)