Thursday, September 18, 2014

Sudut Pertanian di PPAS Daerah Sabak Bernam

 
 
... terbaru di Perp. Daerah Sabak Bernam adalah ' Sudut Pertanian ' ... cetusan dari idea Pen. Pegawai Perpustakaan ... masa audit yang 11 September yang lalu ... kewujudan sudut ini mendapat reaksi positif dari Pn. Norhaida hanya perlu tambahan dari segi pengisian maklumat ... dan mungkin juga susun atur yang lebih praktikal ... sebenarnya banyak perkara yang masih dalam perancangan ... semoga perancangan tersebut dapat direalisasikan meskipun terdapat perubahan di Bahagian Rujukan.
 
so kita layan gambar ' Sudut Pertanian '
 
 
dari sudut pandangan hadapan
 
pameran buku ' tanaman herba ' & dihujung ada ' jala '
 serta ' bubu tempang ' iaitu alat penangkapan ikan secara tradisional 
 
rak buku pertanian
 
 
 pameran buah sawit dan produk berasaskan sawit
 
' bubu tempang ' dan ' jala ' serta anak benih kelapa
( maaf lah klu sakit leher nk lihat gmbr ni ... hehehe )
 
 
 


Wednesday, September 17, 2014

11 September 2014 ( Audit MS ISO 9001:2008 )



... 11 September dah berlalu ... syukur Alhamdulillah audit kali ini pun berjaya tanpa ada major atau minor ... walaupun hari-hari terakhir sebelum audit terlalu banyak cabaran dan dugaan ... berjaya juga diharungi ... semua ini berkat kerjasama , persefahaman dan hala tuju yang sama sebagai pendorong untuk terus berusaha mengekalkan kejayaan yang lalu.
 
.... sebenarnya  keletihan mental dan fizikal masih terasa , sehingga saat aku mencatat coretan ini , sebenarnya aku masih berperang dengan selsema yang teruk sehingga nak bernafas pun terpaksa melalui mulut ... ini adalah kelemahan aku jika terlalu banyak fikir ia akan turut menjejaskan kesihatan  ... berkali-kali juga aku cuma buat mengawal minda seperti yang disarankan oleh Yatie tapi x berjaya ... hehehe
 
... empat perkara yang sentiasa menjadi motivasi untuk diri ... kesukaran adalah cabaran untuk berjaya ... dan untuk berjaya perlu ada usaha , doa , pemikiran yang positif dan keyakinan yang tinggi ! adakalanya sangat sukar apabila kita terpaksa memilih kepentingan diri atau kepentingan bersama ... selalunya aku memilih kepentingan bersama ... meletakan kepentingan diri sendiri ntah beberapa tapak kebelakangan demi kelangsungan satu kejayaan yang dapat mengembirakan hati semua .
 
... kejayaan yang dicapai akan lebih tinggi nilainya jika kewajiban menunaikan amanah dapat dilaksana dengan nawaitu kerana Nya . Semoga semangat setiakawan , saling membantu dan persefahaman yang terjalin akan kekal erat sentiasa .
 
... buat sahabat2 yang sama-sama  berjaya mengharungi cabaran audit ... Aan , Ayu , Nasar , Wani (PJL ) , Zam ... x lupa Din & Jefri dari Unit Bergerak ... ini adalah kejayaan kita !
 
rakaman kenangan semasa audit
 
 
taklimat oleh Pn. Suzliana ( Tim. Pengarah PPAS )
 
khusyuk mendengar taklimat
 
team Bah. Rujukan ... Nasar & Aan
 
Zam di bilik PSR
 
semakan daftar keahlian
 
menguji system OPAC
 
 semakan aduan / cadangan pelanggan dibantu oleh
Pn. Juliana Es
 
  
semakan maklumbalas pelanggan dibantu oleh
Pn. Nurul Aizan
 
cenderahati daripada Timbalan Pengarah Pn. Suzliana kepada
Juruaudit Pn. Norhaida Aini
 
 
... selesai sudah audit untuk kali ini ...  banyak lagi kerja yang perlu diteruskan dan ditambahbaik ... teruskan kerja ... kerja ... dan kerja !
 


Tuesday, August 19, 2014

ermm ...





  " acik ... raya tahun depan ija nak beli kasut sarung tapi ada tumit sikit " ... itu perancangan ija untuk raya tahun depan ... " raya tahun ni pun x habis lagi , dah rancang untuk tahun depan lak " itu kata kata aku ... " ermm ija cuma cakap jer " kata ija malu2 " tahun depan tu pun kita x tahu lagi samada kita ni masih ada lagi atau tidak ... kena cakap insyaallah " ujar aku ( sabo jer le ... ! )

... sebetulnya , hidup ini sangat sederhana ... itu yang aku selalu cakap dengan ija , x perlu nak berlebih-lebih tapi bebudak ni memang agak ekstrim sikit kalau buat perancangan ( ikut aku le tu ... tapi idak le aku merancang seawal itu ... hehehe )

  " insyaallah ... doakan acik murah rezeki ye "  itu yang selalu lafazkan setiap kali ija minta sesuatu sebab aku suka sangat dengar jawapan dari mulut   " ija kan selalu doakan acik " itu jawapan skema ija yang aku suka dengar .... dan setiap kali itu juga le aku amin kan.

Wednesday, August 13, 2014

" megalomania "




... Alhamdulillah ... masih diberi kudrat untuk meneruskan tugas yang diamanahkan ... walaupun aura raya masih terasa  namun aku rasa gamitan aura odit 11 September nanti lebih lagi ... hehehe

... ini cerita 2 minggu lepas , ketika berbincang berkaitan penambahbaikan yang perlu untuk  Sudut Pertanian ... pelbagai idea yang timbul ... macam gitu ... macam gini ... tambah itu ... tambah ini ... apa kata buat macam ni ... semua tu aku take note ... bagi aku lagi banyak idea ,  lagi bagus dan minda pun berputar 360 darjah ... errmm bagaimana nak realisasikan semua idea tu ? ... dalam dok ralit pasal cadang itu ... cadang ini  , tetiba timbul pasal isu ' otai ' ( kata wani " definisi ' Otai ' adalah orang lama atau veteran dalam satu tempat kerja )

... so sebelum melelapkan mata malam semalam ... aku capai Kamus Dewan edisi keempat ... nak gak tahu ada ke istilah ' otai ' tu ... ermm x de pun , mungkin ini bahasa slanga yang nampak indah
diucapkan sebagai kiasan untuk menggambarkan seseorang yang banyak pengalaman atau lebih dulu makan garam ( ... jangan sampai kena darah tinggi ye ! ) ... dulu mungkin bila sebut ' otai ' kita akan respect sebab pengalaman tapi sekarang ni mungkin berbeza ... apa yang aku perhatikan ' otai ' lebih menjurus kepada keperibadian yang negative ( bukan semua ye ) ... tipikalnya bila sebut ' otai ' macam satu lesen untuk datang lewat ... kerja ala kadar ... al maklum orang lama ! ... dah mangli pasal kerja kununnya ...  
 
... satu lagi perkataan yang aku rasa baik juga untuk dikongsi adalah " megalomania " sesuai dengan situasi yang berlaku kat negeri kita la ni ... '' megalomania " ni adalah jiwa yang sakit ... suka berkhayal , penyakit merasa diri paling hebat dan berkuasa ... kalau dalam Islam istilah yang sesuai adalah Ujub iaitu perasaan kagum atas diri sendiri dan merasakan diri hebat .
 
... megalomania ni kita boleh jumpa kat mana-mana ... x mustahil ada kat sekeliling kita ! atau mungkin kita juga ' megalomania ' tanpa disedari ( mohon dijauhkan ye ) ... bila rasa diri hebat dan berkuasa  maka arahan diberikan pun penuh dengan rasa kehebatan dan kekuasaan .... sedangkan kehebatan dan kekuasaan itu adalah milik Nya .

... apalah yang nak dibanggakan sangat dengan gelaran ' otai ' kalau hakikatnya kita masih berada di beberapa tapak ke belakang ... apalah yang terkesan sangat dengan gelaran  ' otai ' jika pemikiran masih terjajah ...

... so kalau nak bangga sangat dengan ' otai ' pastikan ia bebas dari ' megalomania ' ... boleh gitu !
hehehehe

 

Tuesday, July 22, 2014

candid sebelum dan semasa odit ...


gambar2 candid yang dirakam oleh zawani ...

sebelum odit  ( 19 Jun 2014 )

perbincangan utk penambahbaikan Bah. Rujukan
 
 

 
 
 
semasa odit ( 25 Jun 2014 )
 

cenderahati Juruaudit ( Pn. Suzliana )
 
 cenderahati untuk En. khairul
 
 cenderahati utk En. Harith
 

 
 


Saturday, July 12, 2014

mudahnya ....


" kehidupan ini akan jadi lebih mudah kalau kita ambil endah hal-hal yang mudah " itu saranan  seorang sahabat sambil ketawa dalam sembang2 melalui telefon malan tadi .

... ayat simple tapi amat terkesan kat hati  ... banyak hal yang mudah menjadi rumit kerana kita yang merumitkan ... sedangkan hal penting kita selalu buat x endah !
 
... dan tentu bertambah kalut jika perkara penting tapi dianggap mudah dan sengaja buat x endah pastinya mengundang padah serta resah gelisah ... masa tu baru sedar natijah !

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan datang lagi ...

 
 
 


cubalah untuk mengerti ...


Alhamdulillah audit dalam dah selesai pada 24 Jun lepas  ... sekarang ni preparation  untuk audit sebenar yang dijangka dalam bulan September tapi TP ada maklumkan sebelum audit sebenar akan ada sekali lagi audit dalam  pada Ogos ni ... so memang x de istilah break sehingga hari audit .
 
... ada beberapa perkara yang disentuh semasa audit dalam baru-baru ni ... seperti lazimnya audit yang terdahulu setiap kali audit akan ada penambahbaikan ... hanya kali ni aku rasa agak terkilan kerana beberapa maklumat penting yang sepatutnya diperjelaskan untuk tindakan perlaksanaan tidak dimaklumkan kepada aku dan kekawan yang lain ... x tahu dimana silapnya ? x tahu nak salahkan siapa ? atau aku juga ke yang bersalah ?
 
... minggu ni memang rasa tertekan sangat ( selalu Aan ingatkan " jangan stress kak nanti kolesterol meningkat 6 x ganda ) hehehe ... sabo jer le !

... hakikatnya bukan le stress sangat pun tapi lebih kepada keletihan minda ... letih sesangat juga rasa terkesan dengan apa yang berlaku ... hanya kerana seorang individu yang tersangkut atas faktor sikap maka post mortem dibuat melibatkan keseluruhan kakitangan ... kalau  ia pun nak buat tindakan drastik atau rombakan ... biarlah semua staf dapat hadir bukannya ketika ada staf yang bercuti ... apatah lagi rombakan itu melibatkan staf yang bercuti ... macam menjatuhkan hukuman tanpa dapat membela diri ... bila dah selalu sangat perkara ni berlaku ... aku dah mula ada tanggapan yang lain lak !

... ingatan untuk diri sendiri ( juga kepada mereka2 yang terbaca blog ini ) ... bak kata pepatah kalau berumah di tepian pantai kena berani menentang badai ... so maknanya kalau dah bahu berani memikul tanggungjawab kena lah berani juga menggalas risikonya ... bukan masa senang bertepuk tangan bila time bermasalah lemparkan kat orang lain.

... ada 3 perkara yang cuba aku elakkan " bila bercakap ia berdusta , bila berjanji ia mungkiri dan apabila  diberi amanah ia khianati " ... tapi aku selalu terkena pasal semua yang aku cuba elakkan ini ... aku cakap lain tapi orang sampaikan lain ... bila timbul masalah semua tunding jari menghala kat aku ... isk !isk !isk ! ... apa korang rasa bila ada kat tempat aku ? sesekali tu cuba le mengerti perasaan orang lain juga ... hormati reputasi orang lain .

... bagi aku kerja adalah amanah ... sedaya upaya aku cuba selesaikan walaupun adakalanya memang x masuk pun dalam skop tugas tapi memandang sudah terikat dengan fasa terakhir dalam fail meja iaitu " arahan dari masa ke semasa " maka suka atau tidak ... redha atau tidak ... kerja kena kasi settle ... maka jangan mudah letak label " tidak berkerjasama " ... aku pun keliru istilah " kerjasama " ... adakah kerjasama tu membawa maksud yang sama dengan kawtim ?

... dah bertahun-tahun di sini ... aku masih berpegang pada konsep kerja adalah ibadah ... dah nak masuk pra pencen ( istilah yang aku gunakan diri sendiri ) ... bab kawtim ni memang x de langsung melekat kat minda ... sebab x nampak rasionalnya pun ... tugas kita adalah tugas kita ... x kan jadi tugas orang lain ... lagipun  kawtim dengan manusia mungkin boleh selesaikan masalah ... bagaimana pula kawtim kita dengan yang di atas ... Yang Maha Mengetahui ... adakah boleh lepas juga ?

... pasal bab professional atau tidak diri aku ...  aku x nak komen pun ... hanya sekadar bertanya " adakah orang yang bercakap bab professional ni ... professional ? "

... aku anggap ini adalah dugaan Allah untuk hamba Nya ... dan aku yakin Allah tidak akan pernah menzalimi hamba Nya .

 

Friday, June 13, 2014

Qalam kalbu


... akhir2 ini sering kali aku jadi pemerhati tegar yang memerhati dan berusaha untuk memahami apa sebenarnya yang tersirat dan tersurat diruang lingkup kehidupan harian aku ... memerhati ... berfikir ... menilai ... " ah ! macam x de kerja kan ? " aku pun x tahu apa perlunya semua ini , mungkin sekadar memenuhi desakan naluri atau dipengaruhi oleh jurus bahan bacaan yang menjadi minat aku sekarang atau mungkin juga sebab factor usia kut ... hahaha

... apa yang menarik dari permerhatian ini ? setiap dari kita ada cerita ... ada rahsia ... ada kemahuan ... ada benci ... ada suka ... ada marah ... ada rasa x puashati ... ada macam-macam dalam diri ... adakah semua itu x bagus atau x seharusnya ada dalam diri ?

... dalam pemerhatian ini juga aku buat kesimpulan ' jika seseorang menyatakan sedia menerima teguran atau kritikan '... ianya bermaksud ' jangan berani tegur atau kritik ek ! '  so adakah ini juga bermaksud  ' jika kita tahu sesuatu perkara itu salah maka biarkan atau buat2 x tahu jer ?

... adakala kita marah ... terasa hati ... terluka bila mana merasakan orang di sekeliling seolah-olah x memahami apa yang terpaksa kita lalui atau hadapi ... kita mula buat andaian negative tapi pernahkah kita meletakan diri kita tempat mereka ( yang selalu kita nampak negative tu ) ... pernah x kita memahami apa  pula yang mereka rasa angkara sikap atau perbuatan kita ?

... sentiasa mahu yang terbaik untuk diri ... sedang diri sendiri tidak berusaha untuk buat yang terbaik ... sentiasa ingin dihargai ... tapi perlakuan sering ke arah yang tidak disukai ... selalu minta difahami ... sedangkan tindak tanduk seperti menzalimi diri sendiri ... jangan minta lebih sedangkan diri sendiri x pernah memberi ... fikirlah kenapa semua rasa negative tu bersarang dalam diri ... berserabut di minda ... hanya kita saje yang tahu apa jawabannya .

... selalu aku ingatkan diri sendiri ' beri baik , dapat baik jadi baik ... kalau beri tapi dapat x baik itu tanda Allah sedang menguji kesabaran hamba Nya ... hanya aku agak terkejut bila dapat tahu ada diantara mereka2 yang merasa cemas atau cuak untuk jadi rakan setugas aku ... mengapa ek ? ... teruk sangat ke aku ni ? ... la ni aku lak jadi takut2 untuk menjadi rakan setugas mereka2 tu ... hehehe
 
... prinsip tugas aku mudah jer ! ... masa kerja adalah untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan ... aku akan buat sehabis baik tapi x de le sampai menindas ... yang paling penting adalah komunikasi dan kerja satu team , toleransi dan timbang rasa serta saling mudah memudahkan ... aku x suka stress walaupun selalu gak stress ... huhuhu !
 
... buat mereka2 yang merasa cemas dan cuak untuk jadi rakan setugas aku ... x de apa yang membezakan antara kita pun ... mungkin cara kerja atau pemikiran yang berbeza ... lain2 tu rasanya sama jer ... selagi kita ni memegang title pekerja ... so tugas kita adalah menyelesaikan tugas seperti yang diamanahkan kecuali le kalau sebaliknya .
 
sketsa sembang ( lokasi kaunter )
 
" dulu sebelum pindah ke sini , diorang ada pesan hati-hati kerja ngan kak mis ... kak mis tu straight
  sikit ... kalau dia kata A ... A lah " itu kata Aan
" ye ke ? ... kak mis rasa macam biasa jer ! " ujar aku
" iye kak mis " balas Aan
" ermm ... masa tu kan korang tengah praktikal ... mesti le kak mis kena skema sikit ... lagi pun masa
  tu bla ... bla ... bla ... hehehehe " panjang lebar penerangan dari aku
" so sekarang Aan rasa macam mana ? " aku tanya Aan
" ntah ... macam biasa jer ! " jawab Aan
 
kesimpulannya adalah ... apa yang kita lihat atau dengar dari orang lain , bukan le gambaran sebenar situasi hanya sekadar gossip picisan
 
 

Friday, June 6, 2014

kereta oh kereta ...

 

 
 

bersama honey .. SPIES Jul 2011 , Lenggeng.
 
 
... tahun ke 6 bersama SAGA ... Alhamdulillah masih mengekalkan prestasi baik walaupun mula menunjukkan tanda2 banyak perkara yang perlu di up grade untuk terus kekal baik ... bermula akhir Mei lagi aku dah bersiap sedia dengan kos penyelenggaraan secara menyeluruh ... memang menyakitkan dompet tapi sebagai tanda terima kasih kerana telah memberi khidmat dan memudahkan perjalanan  aku setiap hari ... x kisah lah janji semuanya ok !
 
 



Monday, June 2, 2014

lipsticks



... apa perassan korang bila dalam kesibukan menyelesaikan tugas dan arahan kerja , tetiba terdapat tanggapan " kalau sibuk sangat ... x kan masih sempat layan lipstick kat internet " ... bagaimana reaksi aku bila cerita ni sampai ke cuping telinga ? ... memula tu memang terasa hati ... al makklum benda yang kita x pernah buat , macam difitnah lak ! ( dalam hati istigfar banyak2 )

... selepas berbulan citer ni berlalu ... Alhamdulillah kini aku semakin memahami apa sebenarnya ... seperti kata kiasan " hanya jauhari yang mengenal manikam " so apa yang aku rasa saat ini ? ... terima kasih Ya Allah kerana setiap dugaan Mu menjadikan aku lebih dekat dengan Mu dan lebih memahami mereka yang ada di sekeliling .

... tampak cantik di mata , belum tentu indah di dalam hati , kelihatan sempurna di jangkauan akal , namun gelodak di hujung rasa ...

... x kisah lah korang nak kata apa ... x kisah lah korang nak anggap apa ... yang penting aku tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri , kerjaya atau apa saje ... yang lain2 tu " ada aku kisah ! " ... hehehe

Tuesday, May 27, 2014

salam Isra' Mikraj


Sikap

 
 
 
... hari ni aku hanya menjadi pendengar ... x nak komen apa-apa , hanya  mendengar ... itu yang aku lakukan , bukan x prihatin atau simpati tapi dalam menyelusuri kehidupan ... masalah , cabaran , dugaan dah jadi macam satu santapan ..."  bagai irama dan lagu ... andai dipisahkan maka pincanglah lagu , rosaklah irama " seperti kata P. Ramlee ... hehehe
 
 ... pelbagai perkara berlaku di sekitar kita  , samada kita sedar atau tidak ... berpunca dari sikap @ attitude , banyak sangat kejadian berpunca dari masalah sikap ... x kira masalah besar atau kecil ... x kira orang dewasa atau muda belia ... x kira orang berada atau kurang harta ... x kira ada kuasa atau biasa-biasa aje ... semuanya berpaksi pada sikap !
 
... teringat citer hari ahad lepas ... lokasi mini Stadium kat Pekan Sabak Bernam ... program sukan SK Dr. Latiff  , mula acara jam 7.00 am ... memandangkan Ija ( anak saudara ) terlibat dalam satu acara sukaneka ... so aku pun berbesar hati hantar dia ... 6.55 am , aku dah tunggu dia depan pagar ... 7.00 am , aku , Ija , Angah dan Cik Bedah gerak ke Stadium ... ermmm dah ramai yang sampai ... kat trek pun dah ramai bebudak warming up lari keliling padang ... Ija pun teruja sama ikut lari juga .
 
... so memandang rutin harian aku banyak yang x settle lagi ... biasalah bila hari minggu ... perkara yang harus aku lakukan adalah gi pasar Sg. Besar beli stok ikan kembung untuk kucing ( stok untuk seminggu ) pastu baru cari keperluan lain , dah selesai semua urusan ... jam 10.45 aku gi sekali lagi ke stadium ... Cik Bedah citer pasal Ija yang terlepas untuk sukaneka sebab asyik sibuk nak beli makanan bagai ... so nangis x berlagu le !
 
... dalam kereta masa balik tu ... aku pun cakap kat Ija " sebab apa Ija boleh terlepas dari sukaneka tu ... sebab utama adalah sikap sambil lewa ... x focus dan x endah ... lain kali selagi games kita x mula ... kena sentiasa ada dengan team kita ... sekarang ni sape yang rugi ? " Ija diam ... so sepanjang perjalanan tu Ija diam jer ... mungkin ada kesal dalam hati .
 
... bagi aku pulak , soal x dapat main bukan le penting sangat ... yang buat aku bising tu sebab sikap x bertanggungjawab yang menyusahkan kawan2 dalam team terpaksa cari pelajar lain untuk ganti tempat Ija . mungkin ini akan jadi pengajaran padanya.
 
... sikap x berapa cantik ni ada kat mana2 ... kekadang tu tanpa sedar menyusahkan orang lain yang tiada kaitan langsung dengan kita ... aku sendiri dah banyak melalui ... bukan x berusaha untuk mengubahnya atau mengelakkan tapi dah nama pun manusia kan mana ada sempurnanya ! ... so sabarlah hati ... hehehe
 
 
 
 
Siti Khadeeja ( Ija )
 
... kata Prof Dr. Muhaya Muhamad
 
" maafkan semua orang ,
dan halalkan semua ,
dan lupakan semua kebaikan kita pada orang ,  
dan ingat semua kebaikan orang pada kita ,
dan lupakan kejahatan orang pada kita ,
dan ingat kesalahan kita pada orang ,
ini formula untuk hidup tenang dan sihat ,
insyaAllah "
 

 
 
 
 
 

Saturday, May 24, 2014

tq ct awer .... hehehe !


 
ini hadiah besday dari Ct Awer
alamak ! malu lak nak sambut besday
bila usia semakin meningkat
cukup le sekadar
lafaz
" syukur alhamdullillah kerana Yang Maha Pencipta
masih sudi meminjam udara
untuk aku terus bernafas "
apa2 pun
terima kasih awer ... kek ni memang sedapppp sangat
cuma x leh nak makan2 banyak ...
maanisss ...
 
 


Wednesday, May 21, 2014

Syukur




... selalu aku ingatkan diri sendiri , dalam apa2 jua situasi yang penting adalah sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang kita ada ... kurangkan berkeluh kesah dan merungut ( kekadang tu terlajak juga walaupun telah berusaha mengawalnya ) ... seperti yang tercatat dalam buku " bersyukur saat diuji " karya Muhd Kamil Ibrahim

... dalam banyak perkara yang berlaku tanpa sedar sebenarnya kita kurang mengucapkan syukur ... bukannya tidak bersyukur tapi perkataan syukur Alhamdulillah sering terabai , aku terbaca dalam satu artikel semasa buat paper cutting ... maksudnya lebih kurang macam gini " manusia kerapkali mengeluh dan tidak bersyukur ketika di timpa musibah " berkali-kali aku membaca dan mengungkapkan dalam antonasi suara yang berbeza ... terasa janggalkan ? adakah perlu bersyukur bila ditimpa musibah ?

... bersyukur kerana setiap sesuatu musibah yang kita lalui itu adalah ujian daripada Allah yang tersembunyi rahmat Nya ... adakalanya kita mohon banyak tapi Allah bagi sedikit , ada ketika kita mohon sedikit tapi Allah bagi banyak , ada masanya kita mohon tapi Allah tak beri apa-apa , ada waktu kita tak mohon tapi Allah tetap beri ... sesungguh Allah Maha Mengetahui  apa yang terbaik untuk kita bukan apa yang kita perlu .

... buat sahabat lama ( jika beliau membaca coretan ini )

sesuatu itu berlaku sudah tertulis sejak azali lagi ... kita sebagai hamba Nya kena terima hakikat dan belajar untuk redha ... memang menyakitkan tapi menuding jari , saling menyalahkan , menyesali keputusan yang telah dibuat bertahun-tahun dulu akan lebih menyakitkan ... seolah-olah membelakangi hukum Allah .

... lagi satu nak pesan ni ! ... kata orang arif 

" memaafkan sama seperti melepaskan bara api dari genggaman " so maafkan lah ... sesungguhnya itu lebih baik untuk semua .




Thursday, May 15, 2014

Analogi kehidupan ... part 20 " itulah aku "


ada ketika aku kata x apa
tapi sebenarnya aku terluka
ada waktu aku cuba lupa
tapi hakikatnya aku sentiasa diingatkan

adakala aku rasa sudah redha
tapi aku masih rasa derita
ada masanya aku x tahu kenapa
tapi aku x dibiarkan alpa

sampai suatu saat aku cuma perlu
yakin ,
Allah ada menyedia sebab atas
segala sesuatu

Mungkin bagi aku itu kesedihan
sebenarnya petunjuk Nya atas sesuatu
yang lebih baik untuk aku
Maka , terus berdoa dan yakin,
ketika itu aku sangat dekat dengan
Allah.




Wednesday, May 14, 2014

Analogi Kehiduapan ... part 19 " LHDNM "



alhamdulillah ... selepas bercuti 2 hari ( jumaat dan sabtu ) , hari ini memulakan tugas dengan lafaz bismillahirrahmanirahim ... semoga dipermudahkan semua urusan oleh Nya . amin





... hanya aku dan Aan bertugas hari ni ... yang lain gi kursus perkhidmatan kaunter di HQ ... so rutin tugas macam biasa ... shelving ... bertugas di Bah. Rujukan ... pilih artikel /gunting untuk keratan akhbar ... sesekali memenuhi permintaan @ arahan dari PPP dan HQ





... syukur alhamdulillah sebab part dengan LHDNM berkaitan menghantaran secara elektronik selesai ... itupun setelah berkali-kali mencuba ... ini bukan pasal buat last minute ye ... ingatkan dah settle minggu lepas rupa2nya masih ada yang aku terlepas pandang ( salah diri sendiri pun ) sehingga le dapat email dari LHDNM ... masa tu aku busy dengan statistik pastu gi kursus 2 hari ... balik dari kursus cuti 2 hari ... last date 15 Mei ... cuba call talian 1 800 88 5436 tapi semua talian sibuk ...


... ini kali kedua aku berurusan dengan LHDNM ... tahun 2012 aku x layak bayar cukai tapi tahun 2013 pendapatan tahunan setelah ditolak beberapa perbelanjaan maka layak le aku membayar cukai pendapatan tahun ini ... x banyak mana pun ! yang paling penting tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia telah aku laksanakan.


(^ _~ )







Tuesday, April 29, 2014

Analogi kehidupan ... part 18 " kalut "


... dah hampir penghujung bulan april tapi aku masih belum serasi lagi bertugas di Bahagian Rujukan ... kebanyakan masa masih lagi diruang lingkup kaunter utama ... apatah lagi internet kat bahagian rujukan slow macam siput ... adoii ! dah tu semua fail kat komputer kaunter lama ... rasa macam nak menjerit jer !

... laporan " Jom baca bersama 10 minit " masih dalam proses pengumpulan ... dateline yang diberikan email sebelum 30 April ni ... aku masih menunggu dan menunggu maklumat dari PD dan Pekan ... harap dapat settlekan sebelum 30 April ni ...

... kekadang suasana panas kat tingkat satu buat aku kurang selesa tapi aku anggap " inilah dugaan untuk mencari rezeki sebab kat luar sana tu ada lagi hamba Allah yang lebih berat dugaan dalam mencari rezeki " ... seperti yang selalu Aan cakap " jangan cakap panas tapi fikirkan sejuk ... sejuk ... sejuk " hehehe

... kebelakangan ini aku rasa amat teruk sangat ... banyak perkara tertangguh atas sebab yang x dapat nak dielakkan ... bukan salah sesiapa pun ... mungkin aku yang kurang cermat menggunakan waktu ... tapi aku memang rasa kalut ... kalau boleh memang aku nak settle semua arahan tugas diberikan tapi aku juga sedar bukan semua arahan boleh aku selesaikan sebab aku ni bukan sesiapa pun ... adakalanya skop kerja dan jawatan menghalang ... meskipun aku boleh melaksanakan ... inilah dilema yang sering melanda ...

 
 
susahkan ?
buat dikata salah
x buat lagi le salah
so ...
apa citer sebenarnya ?
ermmm
x perlu kata apa-apa
kecuali
 
 


Thursday, April 24, 2014

Analogi Kehidupan ... part 17 " sesekali "

 
 
sesekali tu teringat kenangan indah ini
24 April 2006
~ menjunjung kasih Tuanku ~


Wednesday, April 9, 2014

Analogi kehidupan ... part 16 " MH370 "



... arahan berkumpul di bilik PSR ( ni citer minggu lepas )




9.30 am  -  taklimat MH370 ? ( biaq betui ni ! )


... mukadimah " apakah yang kamu tahu tentang MH370 ? ... alamak ! aku rasa blurr pulak ... nak dijelaskan kronologi misteri MH370 , banyak yang aku dah x ingat ... sebab aku x mengikuti rentatan peristiwa secara konsisten , tapi aku dan ayu telah merancang untuk buat paper cutting mengenai perkara ini ... langkah awal yang kami ambil adalah pengasingan akhbar2 .


... setelah bersoal jawab mengenai MH370 ...( ada yang berjawab ... ada yang x berjawab ... hehehe )  maka kesimpulan yang ingin disampaikan adalah buat keratan akhbar mengenai MH370







Analaogi kehidupan ... part 15 " tugas "



... memulakan rutin setiap awal bulan ... statistic ... statistic dan statistic ... so penghijrahan ke Bahagian Rujukan terpaksa ditangguh sehingga tugas-tugas hakiki selesai sepenuhnya ... bila tugas hakiki dapat diselesaikan bergantung kepada secepat mana semua statistic diterima dari rakan-rakan PD ...




... semalam hanya dapat menyelesaikan separuh dari  laporan statistic yang diterima ... dan sebenarnya aku masih menanti beberapa lagi laporan statistic  dari PD ... bila aku toleh meja bulat kat belakang kaunter ... alamak ! pendaftaran keahlian 2 jam  ( start April bertukar kepada pendaftaran keahlian 1 jam ) masih x settle lagi ... ! surat jemputan untuk staf , ADO dan KADO bagi program latihan keselamatan dan cegah kebakaran bersama Bomba ... order makanan ... apa lagi ek !



... pagi tadi masa melangkah keluar untuk ke office  dah set kat minda ... tugas2 yang aku wajib selesaikan hari ini ... antaranya shelving buku , kasi selesai pendaftaran keahlian , laporan statistic ... pastu nak tinjau kejap Bah. Rujukan dan kemaskini paper cutting ... semoga dipermudahkan segala perancangan ... tambahan tugas merujuk kepada perkara terakhir dalam fail meja " lain-lain tugas yang diarahkan oleh pengurusan atasan "

... masih lagi mengadap depan computer untuk siapkan statistic ... kepada kekawan yang menerima panggilan hangit hari ini berkaitan laporan statistic ... berbanyak-banyak maaf ye ... anggapan semua ni adalah dugaan untuk korang ... hehehe



Monday, March 31, 2014

Analogi Kehidupan ... part 14 " sabar "








" adakah hidup ini penuh dengan kebetulan ? tentu tidakkan ! ... sebenarnya hidup ini penuh dengan ketentuan Allah " ... kebetulan adalah kebetulan tapi ketentuan Allah adalah pasti.

... kita tinggalkan citer pasal kebetulan dan ketentuan tu ... yang ini pula citer pasal reshuffle ( ... x dapat nak dipastikan kesahihannya ) yang mula kedengaran ... so masa zam ( rakan setugas semasa di Library Tanjong Karang ) datang bertandang ... aku bertanya lagi pasal citer reshuffle ... maka tersebutlah nama2 yang tersenarai ... bla ... bla ... bla ... aku tanya lagi " diorang semua tu dah dapat surat ke ? " ... bagi aku mudah jer ! selagi x dapat surat arahan bertukar maka berita tu x sahih lagi .

... seandainya akan ada pertukaran maka itulah adalah ketentuan Allah ... apapun yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi ... mungkin ada yang kata " boleh le cakap macam gitu sebab x terlibat dengan reshuffle " ... ermmm aku cakap macam gitu sebab aku pun pernah melalui ... bukan sekali tapi 2 kali ... ini bermaksud jika berlaku lagi pertukaran yang melibatkan aku ... maka 3 kali lah aku melaluinya .

... tiada siapa yang suka bertukar ( meskipun ada yang meminta untuk ditukarkan ) tapi andai itu adalah ketentuan Allah ... kunci ketenangan hati dalam mengharungi gelodak rasa yang melanda jiwa adalah SABAR


" wahai orang-orang yang percaya , bersabarlah , dan berlumba-lumbalah kamu dalam kesabaran , dan berteguhlah dan takutilah Allah , supaya kamu beruntung "

surah Ali-Imran ayat 200






* Hidup bukan sebuah perjalanan lurus dan

mudah untuk kita lalui tanpa rintangan,

Ia adalah sebuah perjalanan di laluan
bersimpang siur , yang perlu kita cari arah
sendiri


Kita sesat , kita keliru
Dan sering kali , kita menemui jalan buntu.


Namun selalu , seandainya kita percaya , pintu
akan terbuka untuk kita lalui
Mungkin itu bukan pintu yang kita fikirkan
tetapi itulah pintu yang terbaik buat kita.


u/p : april - jun 2014 ( bertugas di Bah. Rujukan ... kira macam reshuffle le jugak kan ! hehehe )


Thursday, March 20, 2014

Analogi kehidupan ... part 13 " simpan "


... sekali lagi aku diberi peringatan ( ermm ... ntah kali yang ke berapa , aku pun x hingat )  dalam sebulan ... sampai satu tahap aku hanya mendengar tanpa rasa ( teruk kan aku ! ) ... dalam banyak perkara aku lebih suka perbincangan ... berkongsi pendapat ... bukan mendominasi ! so bila nak melaksanakan  sesuatu arahan  aku akan berbincang dan memaklumkan bagaimana pelaksanaan yang aku buat ... kes semalam tu agak mengelirukan ... semasa perbincangan semua nampak okey ... kalau pun x puashati x perlu meninggikan suara ... kita manusia semua sama disisiNya ... yang membezakan hanya amal dan iman.

... sekarang ni aku dah macam serik nak berkongsi pendapat atau idea ... bila terima arahan aku akan laksanakan mengikut apa yang diarah ... kalau pendapat atau idea yang diminta ... jawapan ' klise' aku " ... tak ada " x de perbincangan lagi ... kerana itu lebih baik .

 " ada masanya kita kena simpan sedikit idea dan kemahiran atau apa saje yang kita rasa ada value untuk diri sendiri ... bukan semuanya untuk dikongsi " kata yatie

" tak ... aku x nak simpan sikit tapi nak simpan banyak-banyak " itu kata aku

" huhh ! itu tamak beb ! " omel yatie

" tamak pun tamak lah ... janji hati x sakit kan ! " itu jawab aku

" jangan macam gitu ... batu yang berharga bukan sekadar jadi hiasan ... tapi campak ke laut menjadi pulau , lempar ke darat menjadi gunung ... x usah baling batu sembunyi tangan lak " nasihat berguna dari yatie

... tq yatie sebab sentiasa positifkan bila aku mula fikir negative ... tapi bab simpan tu ... insyaallah akan aku praktikkan ...

Wednesday, March 19, 2014

Analogi Kehidupan ... part 12 ' risiko '





... bak kata pepatah pepitih ni  " tak sungguh tak melata , tak sungguh orang tak kata " ? ... itulah sebenarnya yang berlaku ( merujuk kepada kerisauan seorang teman ) ... apa sahaja yang kita lakukan ada risiko tersendiri ... menuding atau mencipta spekulasi hatta buat provokasi bukanlah pilihan terbaik ... seharusnya setiap sesuatu yang diperkatakan tentang diri kita tu ... sedikit sebanyak mungkin ada benarnya ... menerima kritikan atau teguran kerapkali meletakkan diri kita sebagai " tidak dihargai " tetapi secara alamiahnya adakah kita " menghargai " diri kita sendiri ?

... bagi aku kehidupan ini adalah risiko ... sedar atau tidak setiap gerak laku kita acapkali mengundang risiko ... apatah lagi jika melibatkan kerja ... yakinlah kita sentiasa diawasi ... oleh siapa ? ... yang pasti oleh Nya

... cer kita pandang sekeliling ... yang ada disekeliling kita itu adalah risiko ... yang sentiasa perhati ... perhati ... nilai .... dan kritik ... sebagaimana yang kerap kita sendiri lakukan pada apa yang ada disekeliling kita ... kita perhati ... kita nilai ... dan kita kritik .

... jika tidak suka diperhati ... jika tidak suka nilai ... dan jika tidak suka dikritik so jangan buat perkara yang sama pada orang lain ... mudahkan ! ....

Thursday, March 13, 2014

Analogi Kehidupan ... part 11 " berkira ? "





 

... ni citer masa briefing 2 hari lepas ,   berkataan ini telah diulang ucap beberapa kali ... sebelum ini  dalam satu meeting yang aku hadiri  ada juga disentuh secara detail berkaitan sikap berkiranya kita ... so semalam tu macam ulang siaran ... tapi aku take note  sebab ianya dilafazkan oleh individu yang berbeza .

bila diaju soalan " you berkira x masa berkerja ? " ... aku agak termangu-mangu sekejap ... untuk menterjemahkan maksud yang tersirat ... " adakah aku berkira ? " " ermm ntahlah ... aku pun xboleh nak beri klasifikasi samada aku ni berkira atau tidak " kalau dikatakan aku ni terlalu berkira ... tentu sekali aku hanya akan focus pada skop kerja mengikut jawatan yang aku sandang ? ... tapi hakikatnya adalah " kerja aku memang aku selesaikan tapi kerja orang pun adakalanya aku tolong laksanakan " makanya ... jangan persoalkan samada orang lain berkira atau tidak .

" betul ke kita ni terlalu berkira dalam semua aspek kehidupan yang kita jalani ini ? ... mungkin ya dan mungkin tidak ... berkira ni bagus kalau kena pada tempatnya tapi yang acapkali berlaku adalah ... kalau sesuatu tu x mendatangkan keuntungan ... sikap berkira tu akan lebih terserlah ... x perlu salahkan sesiapa pun ... hanya diri sendiri  tahu apa sebenarnya yang berselirat disebalik ungkapan berkira tu ...

Thursday, February 20, 2014

Analogi Kehidupan ... part 10 " maaf "


kata orang arif ...
" memaafkan bagai melepaskan
bara api dari genggaman "

~ ~ ~ ~ ~
sesungguhnya pada saat ini ...
" aku ingin melepaskan semua bara api yang ada dalam genggaman ini "


Wednesday, February 19, 2014

Analogi Kehidupan ... part 9 " virus "


... semalam ( masa kat ofis ) aku berusaha untuk mengawal amarah ... berkali-kali aku lafazkan astaghfirullah ... astaghfirullah ( Ya Allah ... ampuni aku ) , hari ini sekali lagi perkara yang bersama berulang semula ... semua gara-gara tikus ... semalam pasal bangkai tikus yang mula membusuk dan berulat kat dalam bilik setor atas ... kecoh satu library untuk cari tanggungjawab siapa yang perlu buang ... cleaner bertugas pun x buat hingga le terkeluar kata2 " sape yang bubuh racun tikus ... dia le yang buang " 

... memang aku akui memang aku yang letak racun tikus untuk mencegah kerosakan yang kerap berlaku pada wayar- wayar ( ... serangan tikus kali ni bukan pada makanan tapi pada wayar komputer , telefon dan bilik server ) dan arahan untuk letak racun adalah dari pegawai kat HQ ... so bila berlaku kes macam gini ( tikus mati ) jangan lah persoalkan tugas siapa ... sebab semua orang bertanggungjawab  kan !

... pasal bangkai tikus semalam tu dah settle pun ... walaupun aku ni jenis geli dengan ulat tapi sebab nak selamat  mereka2 yang kecoh sangat takut terkena virus ... aku beranikan diri spray pekatan serai wangi ( Aan punya - tq ) untuk hilangkan bau dan kaut guna tadah sampah , pastu buang kat lubang tandas ... flush !  selesai 

... bab virus tu memang le aku pun takut ... tapi x perlu le kecoh dan provokasi segala ... sebelum ni pun ada kes musang mati kat siling ... dan ulat jatuh kat lantai , x de lak bising pasal takut terkena virus atau mungkin sebab masa tu x tau nak letak kesalahan pada siapa ... senyap gitu jer !

... hari ni aku malas nak cakap pasal tikus tu ... seperti kata Aan " itu adalah risiko " ( masa odit ISO pun ada ditekankan pasal risiko ni )  ... apa saje tindakan yang dibuat akan ada risiko ... positif dan negatif ... pro dan kontra 

ni rupanya bangkai tikus yang bikin kecoh tu !


* ... aku lebih takut  virus yang ada pada hati

Friday, February 14, 2014

Analogi Kehidupan ... part 8 " takut "




kekadang tu aku rasa takut untuk memikirkan ... takut untuk membayangkan ... takut untuk menghadapi ... takut untuk melalui ... tapi aku tahu takut itu akan membunuh jati diti ... takut akan melenyapkan kejujuran ... takut akan membuang jauh keikhlasan ... !

Takut sebenarnya hanya mainan perasaan ...nak kongsi sikit pengalaman pertama  kena transfers ke Daerah lain ( ... lama dah , 20 tahun dulu ) ... masa tu aku dimomokan dengan situasi yang bakal aku hadapi ( semua tu dari cerita2 orang terdahulu ) ketika tu banyak  perkara yang membuat aku jadi takut ... al maklum semua staf yang ada kat situ semuanya otai sedang aku belum pun sah jawatan meskipun dari segi perjawatan melayakan aku untuk memberi arahan ( berkaitan tugasan ) ...

Bertahun juga aku hanya perhati untuk memahami sikap dan budaya kerja ... sebenarnya rasa takut itu sekadar ingatan buat diri sendiri ... credit untuk mantan PPP ketika itu En. Mizuar Udin kerana memberi cabaran " x usah ubah mereka tapi biar berubah mengikut cara kita " Alhamdulillah ... aku x ubah mereka pun ... sikit pun tidak ... tapi mereka sendiri berubah tanpa mereka sedari ... kalau aku cakap aku x takut untuk buat perubahan ... bohonglah aku x takut kan ... memang aku takut apatah lagi aku  bukan orang tempatan ... yang penting yakin ... usaha ... tawakal !

Kini aku lalui lagi situasi sebegini ... mungkin kali ini aku lebih bersedia untuk menghadapinya ... aku akan lebih takut jika aku mula rasa takut untuk berkata benar .... aku akan rasa lebih takut jika aku mula rasa takut menerima kritikan tapi lebih teruja bila dipuji ... aku lebih takut kealpaan akan menjauhkan aku dari rahmat - Nya


Wednesday, February 12, 2014

Analogi Kehidupan ... Part 7 " Hilang "



indah sungguh si bunga raya
ditanam orang hiasan laman
bila hilang rasa percaya
musuh tidak , kawan pun bukan

gula kabung manisnya tidak
banyak dijual di pekan sari
hilang hormat bukan kehendak
sekadar lindung diri sendiri

" tuntutlah ilmu hingga ke China "
bidalan orang zaman dahulu
kerana mulut badan merana
ingin menghilang bagaikan semalu

bagaikan ketam dengan si anak
hilang lurus mengiring ke tepi
fikir dulu sebelum bertindak
insyaallah hidup akan dihormati

hilang kabus nampaklah gunung
gunung terletak di bawah bayu
kalau ingin jadi tempat bernaung
ilmu dicari , janganlah jemu





Saturday, February 8, 2014

Analogi Kehidupan ... part 6 " ILMU "




















Kata orang arif :
" Apabila engkau mendapat wang , belikan
emas ; jualkan emas itu , belikan intan ;
jualkan intan , belikan manikam ; jualkan
manikam , belikan ILMU "


Analogi Kehidupan ... part 5 " Muhasabah "




" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah ( pula ) kamu bersedih hati ,
padahal kamulah orang yang paling tinggi ( darjatnya ) jika kamu orang 
yang beriman "

( suraah Ali-Imran , ayat 139 )

... rasa terkejut bila aku dimaklumkan hanya kerana perkataan " muhasabah diri " buat seseorang x leh nak tidur malam memikirkannya ... la ni aku lak memikirkan kenapa perkataan " muhasabah diri " yang memang sering kali aku gunakan tu , seolah-olah mengganggu gugat kehidupan  seseorang ... terdetik gak rasa bersalah  beb !

... so hari ni aku merajinkan diri untuk semak maksud " muhasabah " tu kat Kamus Dewan ... 

     muhasabah Ar perbuatan menilai diri ( fikiran , pendirian , dsb ) utk pembaikan diri sendiri ,
     introspeksi ;
     bermuhasabah membuat penilaian terhadapan diri sendiri : kita harus ~ supaya dapat dibina
     keyakinan diri yg lebih kukuh.

tidak ada yang luar biasa maksudnya ... perkataan itu sering aku gunakan sebagai ingatan untuk diri sendiri , kalau ada yang rasa tersindir atau sakit hati dengan perkataan ini ... aku sarankan , memang sewajarnya lah 
" muhasabah diri " ... sebab diri sendiri jer yang tahu apa yang berkeladak dalam hati kita ... apa yang berserabut dalam minda ... dan apa yang membayang dalam pandangan mata kita .... ! 

... jangan lak sampai x tidur 2 malam memikirkan apa yang tersirat disebalik " muhasabah diri " ... sebab semua jawapan tu ada pada diri sendiri ...

~ wallahuaklam ~

Friday, February 7, 2014

Analogi Kehidupan ... part 4 " Keberkatan "

" keberkatan "



keberkatan itu bukan sekadar lafaz
bukan juga sekadar harap
tidak jua hanya keinginan
tapi ...
keberkatan perlu sabar
keberkatan perlu ikhlas
keberkatan perlu istiqomah
dalam mencarinya ...

Tuesday, February 4, 2014

Analogi Kehidupan ... part 3 " Sabotaj "

" Sabotaj "



... pepagi lagi masa masuk ofis ... aku dah macam terbau sesuatu yang kurang enak ... selalu macam gitu , bila hati rasa x gembira ... mesti ada sesuatu ... orang kata instinct ( gerak naluri ) ... kekadang tu gerak hati kita x pernah silap ...

... x tau nak kata apa lagi dah ... label sabotaj yang dilemparkan kat aku ni , macam x relevan langsung ... sebagai staf bawahan macam aku ni ... yang x punya kuasa ... apalah sangat yang aku buat hingga timbulkan rasa tergugat ... cuma aku nak ingatkan aje ... apa saje yang kita buat ... apa saje yang kita niatkan ... Allah Maha Mengetahui ...

... x perlu lempar batu sembunyi tangan ... kalau berani labelkan orang lain dengan pelbagai tuduhan ... perlulah sertakan sekali dengan fakta ... bukan sekadar berani bercakap bila dibelakang ... bila berhadapan mula cipta cerita lain lak ... itu lagak orang pengecut !

... bila dah acapkali terkena macam ni ... mungkin aku yang perlu berubah !


Wednesday, January 29, 2014

Analogi Kehidupan ... part 2 " Jodoh "


" Jodoh "




... aduss ! bila bercakap bab jodoh ni , memang aku angkat tangan menyerah kalah ... lagipun aku dah malas nak fikir untuk cari jawaban nya ... nanti bila aku bagi jawaban skema macam biasa tu ... korang lak yang bosan kan ... so x perlu lah korang pecah kepala fikir pasal jodoh aku ... aku harap lebih baik korang doakan aku sihat sejahtera selalu

... kata yatie " ... jangan bosan dengan soalan macam gitu ... anggap jer diorang tu prihatin ...atau anggap jer itu doa diorang ... " eh ! gitu lak ... hakikat nya aku x marah pun cuma rimas ... sebab banyak perkara lain yang lebih bermanfaat untuk di kemukakan pada aku ... nanti bila aku jawab gmacam gini " segala jawaban itu ada pada Allah " takut diorang terasa hati lak ...

... gini lah jawaban terkini aku :-

" bila bercakap soal jodoh
 ramai memilih untuk berusaha keras mencari ...
walaupun sedar hakikat jodoh sudah ditentukan
tapi ...
bila bercakap soal hidayah
ramai pula memilih untuk menunggu
biarpun sedar hidayah itu perlu dicari
bukannya datang sendiri "

sesungguhnya Allah beri bukan apa yang pohon tapi apa yang kita perlu ...
~waullahuaklam ~

Saturday, January 25, 2014

analogi kehidupan ... part 1 " Stres "

" ... stres ? "



... sejak akhir tahun hingga la ni ... aku masih lagi x pulih sepenuhnya dari serangan selsema ... dah berpapan pil selsema aku telan tapi kesembuhan terasa masih jauh ... kekadang tu macam main tarik tali ... sekejap ok , sekejap x ok ... Allah sedang menguji hambanya ... Alhamdulillah ... masih diberi kudrat untuk menyelesaikan semua urusan kerja meskipun agak kurang selesa ...

... mereka anggap aku stres ... memang pun aku stres ... stres dengan semua yang ada disekeling ... stres dengan kerenah mereka yang meletakkan amanah bukan untuk digalas tapi sekadar alas kaki ... aku stres kerana x upaya menzahirkan kebenaran atas kekhilafan , sedangkan aku tahu ... aku rasa berdosa membiarkan !

... aku hanya upaya memerhati dan berdoa ... teringat kata-kata yatie " tahun pertama adalah untuk kenal ... tahun kedua untuk perhati ... tahun ketiga untuk perhati dan nilai ... dan tahun2 seterusnya adalah untuk perhati , nilai dan berhati-hati "  kini memahami apa yang tersirat ... tq yatie kerana sering mengingatkan aku .

... sesuatu yang sering aku abaikan adalah part perhati dan nilai ... bila minda positif bergerak aktif maka aku anggap setiap kata yang aku lontar adalah perkongsian dari pengalaman , pengetahuan ( yang x berapa pun ) , kemahiran ( x semahir mana pun ) ... itu sahaja ! ... dan tanpa sedar adakalanya kata2 itu telah menimbulkan suasana negatif ... salah sangka , terluka , terasa , marah , benci , menjauhkan diri ...
pada mereka semua ... " dengan rendah diri , kemaafan yang diminta " ...

... mungkin aku yang harus berubah ... x perlu memikir ... x perlu berkongsi ... x perlu respon ... x perlu ... x perlu ... x perlu ambil tahu kecuali yang ada kaitan dengan skop kerja ... x perlu komen apa -apa ... hanya perhati , nilai dan hati-hati !


Monday, January 20, 2014

Alhamdulillah ...


" Alhamdulillah ... " selesai sudah ...

... terima kasih kepada mereka yang memberi peluang dan mencipta ruang untuk aku mempraktik dan menterjemahkan maksud  SABAR dalam erti kata yang sebenarnya ... meskipun adakalanya aku rasa bosan menunggu dan mengingatkan perkara yang sama berulangkali ... tapi hakikat kehidupan insan sememang begitu ...  acapkali juga bila hati mula berbisik ... sedetik itu ' astagfirullah ' dilafazkan ...