Friday, January 30, 2015

citer ' si manja dan 4 anak '



... masih lagi citer pasal kucing , aku panggil si manja ( ibu ) sebab garang sangat ... anak-anaknya pun boleh tahan jugak garangnya ... si manja ni agak special sikit sebab dia beranak semasa aku dan kekawan kat ofis tengah kalut di Odit dan kelibut sebab Hari Bertemu Pelanggan ... masa tu memang semua orang sibuk ... si manja pun sibuk juga ... sibuk cari tempat nak beranak dan mengiau ke hulu hilir ... !

... odit tetap berjalan macam biasa dan si manja pun dah jumpa tempat nak beranak ( dalam bilik setor ) ... bila odit selesai jam 4.30 pm ... aku cuba intai si manja kat dalam setor ... " huh ! mak oii ... garang giler beb ! " ... dah pagi tu sebelum beranak ada insiden lucu berlaku ... ada hamba Allah yang jatuh terlentang gara-gara terpijak ekor si manja .

... seminggu si manja dok dalam setor ... x de siapa berani nak pindahkan dia ... memang garang ( mungkin sebab nak protect anak dia kut ! ) ... masing-masing teruja nak tengok anak-anaknya ... comel ke x ? ... 4 ekor anaknya memang comel2 belaka .... hehehe

... seminggu kemudian si manja pindahkan anak-anaknya kat bawah tangga pulak ... masa ni si manja dah x garang sangat ... so senang sikit nak bagi makan tapi masih x dapat tengok anak-anak dia ... aku akan pastikan si manja di keluar dari bangunan untuk dia melepaskan hajatnya ... dah satu rutinlak setiap hari aku bawa nasi dan ikan rebus untuk si manja .

... seminggu kemudia si manja pindah lagi ... tapi kali ni lokasinya memang buat aku pening kepala ... mana x nya ... lokasi ketiga bilik belakang kaunter ( berkarpet ) ... bawah meja kakitangan Perpustakaan Bergerak ( M9) ... lagipun si manja dah mula buat perangai ( melepaskan hajat kat ruang rak buku ) ... makcik cleaner pun dah mula bersuara .

... genap sebulan si manja dan anak-anaknya berumah tangga kat Lib Daerah ... aku ambil keputusan bawak balik ke rumah ... al kisah nak bawa balik rumah pun kecoh juga sebab si manja dan anak-anak sama garang beb ! ... terpaksa guna bakul sampah untuk keluar dia dari bawah meja ... sampai ada tangan yang kena cakar ... hehehe

... Alhamdulillah ... sekarang si manja dan anak2 dah x garang lagi ... selesa duk kandang yang besar ... cuma bab makan si manja ni demand sikit ... suka makanan dalam tin dan ikan kembong mentah ... x kisah lah kan ! ... yang pasti 4 ekor anaknya memang comel dan gebus ! hehehe ... nak tengok si manja ? ... kena datang rumah ( dah x nak ambil gambar kucing lagi ... dah serik ! )



  

Saturday, January 24, 2015

miko




... hari ni aku rasa sedih sangat sebab miko dah mati ... huhuhu , malam minggu lepas masa lepak depan TV ... miko pun dok lepak santai kat sebelah aku ... bezanya aku lepak layan AJL 29 tapi miko lepak layan mata lak ... masa tu miko nampak comel sangat ... tergerak hati nak snap gambar miko tidur telentang dengan empat kaki ke atas ( masa tu terlintas gak hati  ...kata orang tua " x leh ambil gambar kucing , nanti x panjang umur )

... so pagi tadi time aku sibuk uruskan kucing2 yang lain ... aku nampak miko tidur lena jer berbalut baju lama ... aku hanya perasan miko x bergerak bila x respon walau berkali-kali aku panggil ... x macam selalu ... bila aku pegang badannya yang dah sejuk dan keras ... aku jadi sebak ... bukan x pernah aku hadapi situasi macam ni ... tapi dengan miko , aku rasa lain sikit sebab miko juga kesayangan arwah bapak .


" Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik ,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik
daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya "


Wednesday, January 21, 2015

... biarlah mereka nak kata apa pun !




 " ... biarlah mereka nak kata apa pun ! " itu tekad aku , x perlu fikirkan sangat yang penting kerja beres mengikut masa yang ditetapkan ... bak kata orang " ikut hati ... mati , ikut rasa ... binasa " so ikut iman ... insyaalah aman kehidupan ... hehehe



... banyak sangat cerita ... banyak sangat kisah ... banyak sangat versi ... dan tentunya mengundang banyak juga spekulasi ... dan x mustahil mencetuskan kontroversi ! ... " x perlu komen apa-apa sebab orang kita memang suka buat provokasi  " itu pandangan seorang sahabat lama ... dan bagi aku pulak cerita macam ni dah basi !


... hari ni punya kisah ... masa aku dok ralit susun buku kat rak , tetiba aku dipanggil ke kaunter ... PPP nak jumpa katanya ... aku dimaklumkan " kalau ada kakitangan yang nak bertukar ... buat surat kepada KB atau Pengarah ... x payah adu dalam fb atau call KB " ... Ya Allah ... masih x sudah lagi ke ? ... apa yang dapat aku komen adalah " x baik dengar cerita ... takut nanti jadi fitnah " ... bila dengar kata balas dari PPP ... aku x nak komen apa-apa lagi dah ... !

... terbaik untuk ketika ini ... adalah masing-masing muhasabah diri ... mungkin ini cara Allah tegur kita ... jangan terlalu mencari kesilapan orang hingga kita lupa kesalahan sendiri ... memang menyakitkan menerima kenyataan bila kesilapan atau kelemahan diri diperkatakan ( kalau aku sendiri pun akan sentap juga ) ... memang pahit  tapi bagi orang-orang yang berjaya di luar sana ... teguran dan kritikan ... hatta cemuhan atau hinaan yang diterima itu adalah pembakar semangat untuk berjaya .



Friday, January 16, 2015

Pedih



... sejarah sepanjang perkhidmatan aku ... bila aku tinggalkan bilik mesyuarat ( mensyuarat ke ? ) semasa perbincangan sedang berjalan ... aku pun x pernah terfikir untuk bertindak begitu ... semuanya berlaku secara spontan ... apalah makna perbincangan , kalau keputusan telah ditetapkan ... tiada erti memberi pendapat atau pandangan jika sekadar menjadi perdebatan yang membuang masa dan menyakitkan hati ... bukan niat untuk bersikap biadap atau kurang ajar tapi kesabaran aku menjadi tipis senipis kulit bawang dengan situasi ketika itu ... yang pasti aku tidak merasa menyesal atas tindakan aku ketika itu ... bagi aku itu adalah cara terbaik untuk memberi ruang kepada semua yang ada kat situ ketika itu untuk berfikir dan muhasabah diri ( ... termasuk le diri aku sendiri )

... lama berkhidmat bukan satu tiket untuk dibanggakan ... bukan juga satu sebab untuk melayakkan kita memperlekehkan kerja-kerja orang lain ... x kira lah hatta telah berkhidmat 32 tahun sekalipun ... lama atau baru bukan ukuran baik atau buruknya kerja seseorang ... x berbaloi langsung kalau telah bekerja 32 tahun tapi cara kerja macam baru setahun jagung .

... memang mudah menyalahkan  ... mengherdik  ... mengkritik  ... dan memanipulasi situasi dengan kedudukan dan kuasa yang  ada ... sehingga lupa sebenarnya kita sama taraf di sisi Yang Maha Esa ,
x perlu meraih simpati dengan cerita sedih bila merasa diri tidak dihormati ... arahan diengkari ... terasa hati bila ada yang meninggi suara ... tapi belajarlah untuk  berlaku jujur pada diri sendiri ... cari punca mengapa ? ... dan kenapa ? sesungguhnya itu lebih baik daripada menyebar cerita dengan versi berbeza yang menjurus kepada fitnah .

... sebenarnya aku dah penat untuk melalui situasi yang x pernah ada sudahnya ... apatah lagi bila perkataan kerjasama atau kawtim lebih ke arah yang salah ... setiap kali meeting , perkataan kerjasama diulang siar dan diperkatakan ... kekadang terdetik jugak dibenak hati " isk ! diorang ni faham ke idak maksud ' kerjasama ' ni ? "  ... kerjasama ni maknanya kerja bersama-sama , saling membantu antara satu sama lain bukan hari ni aku cover kau ... esok kau cover aku lak ! ... inilah situasi yang berlaku sekarang ... padahnya bila orang yang selalu dicover kena jentik sikit ... mula le berangin satu badan ... kata semua orang x guna !

... banyak perkara yang mudah tapi sering kita susahkan tapi perkara rumit kerapkali kita remehkan ... belajarlah hormati orang lain ... insyaallah orang akan hormat pada kita ... bekerjalah kerana keberkatan bukan mencari darjat ... kalau rasa ucapan terima kasih akan menjatuh status sebagai orang yang memberi arahan , x perlu kata apa-apa ... diam jer ... kan mudah !


Saturday, January 10, 2015

bahagia ... di mana ?






... secara tipikal kita sering tertipu dengan nada lemah lembut bila melontar suara ... senyum manis yang sentiasa melakar indah di wajah ... gaya anggun dan segak persis peragawan dan peragawati ... aku yang melihat kadangkala berbisik " alangkah bahagianya mereka " ... tapi bila aku mula menyelusuri reality kehidupan sebenar yang dilalui , jauh bedanya ... inilah hakikat kehidupan ... kita selalu berusaha untuk mempamerkan makna bahagia mengikut adaptasi sekeliling bagi memenuhi pandangan dan tanggapan orang pada kita ... " itu lumrah " kata seorang sahabat .


... aku mula memikirkan secara serius makna bahagia , bila ada yang bertanya " kan bahagia kalau ada kawan ! " masa tu aku diam jer ... x nak komen apa -apa sebab ada ketika ' diam itu lebih baik dari berkata ' hehehe ...


... ada yang memanifestasikan bahagia dengan adanya kemewahan , darjat , kekuasaan , kecantikan atau apa sahaja sebagai penanda aras bahagia ... kalau kemewahan jadi ukuran bahagia ... maka bila Allah tarik semula segala kemewahan dengan musibah , nescaya bahagia hanya sekadar tinggal ungkapan sahaja ... begitu juga dengan darjat , kekuasaan dan kecantikan ... tiada kekal abadi .

... makna bahagia dari perspektif aku ? mudah sahaja  " sesungguhnya dalam tubuh ini ada segumpal daging , apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh , dan apabila ia rosak , maka rosaklah seluruh tubuh . ketahuilah ! ia adalah hati " ... so bila kita lalui kehidupan dengan hati tenang , aman dan damai maka itulah nikmat bahagia ... nikmat bahagia yang Allah kurnia lebih bermakna dengan keberkatan rezeki yang boleh dikongsi ... bila lebih kita memberi ... itu nilai nikmat bahagia bagi aku !


... x perlu jatuhkan hukum hanya bersandarkan dari pandangan zahir sahaja ... adalah lebih tanya diri sendiri " apakah aku bahagia ? " ... rumah besar , kereta besar tapi hati risau kerana bebanan hutang ... ada zuriat tapi tingkahlaku menjadi bebanan fikiran ... ada darjat dan kuasa tapi hati x keruan kerana bimbang dikhianati ... cer fikir ,  bahagia ... dimana ? 

Wednesday, December 31, 2014

Duniaku ... 2015

 
Duniaku ... 2015
 
Doa
Usaha
Nekad
Ikhlas & Istiqomah
Amanah
 

Tuesday, December 30, 2014

akhirnya ...


... penantian hampir 2 tahun berakhir hari ni 30 Disember 2014 , suasana sejuk nyaman cukup membuat aku dan kekawan teruja untuk teruskan kerja ... hehehe dan masing-masing asyik tersenyum jer ... pandang kiri ...  senyum !  pandang kanan ... senyum ! syukur Alhamdulillah ... hari ni dalam hati kami semua ada taman  daa !!!
 
 

kat kaunter 
 
ruang pengguna 
 
 wajah ceria Aan & iyah
 
 

 


Monday, December 22, 2014

Hari Bertemu Pelanggan VS Audit Dalam


18 Disember 2014

" kita hanya merancang , Allah tentukan " itulah kisah bila perancangan yang telah di set up berminggu-minggu x terlaksana dengan sempurna seperti yang dirancang ... tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik ... terima kasih keapada kawan -kawan dari Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak yang berlapang hati membantu menjayakan Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Bersama Perpustakaan Jalur Lebar ( PJL )
 
... pertukaran tarikh untuk Audit Dalam sebanyak 3 kali ... bermula 24 Disember ( aku dimaklumkan secara lisan ketika menghadiri Mesyuarat Rangkaian di HQ ) ... masa tu rasa okey juga sebab tarikh 18 Disember untuk HBP dan HBPJL ... sempat untuk preparation Audit ... so masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri ... seminggu kemudian aku dimaklumkan Audit Dalam dipinda lagi ke tarikh
17 Disember ( dimaklumkan melalui telefon ) , sempat juga aku maklumkan mengenai Program HBP dan HBPJL serta persiapan yang dibuat termasuklah promosi awal telah dijalankan ... terakhir aku dimaklumkan tarikh 18 Disember adalah tarikh untuk Audit Dalam ( dimaklumkan oleh PPP ) ... aku maklumkan sekali berkaitan HBP dan HBPJL " .. x pe ... on jer seperti yang dirancang "
 
 
 

meja kempen keahlian , maklumbalas pelanggan dan borang untuk
subjek popular 2015 ( setiap user yang singgah akan terima note book , pen MSD,
Majalah Dewan Siswa serta biskut oat )
 

adik Nor Raihan Safiah sedang leka menyusun blok kayu 
di meja Sudut Kreatif
 
 
pengguna yang hadir juga menulis nama sendiri untuk
Cabutan Bertuah
 
cer teka jumlah kacang dalam balang tu ! ... kalau betul dapat balang tu sekali
dan calendar comel 2015
 
demontrasi untuk pop up ( hanya seketika jer sebelum Audit )
 
bertanding pantas jawi , menaip pantas , mewarna menggunakan
computer
 
penyampaian hadiah pertandingan oleh PPP
 
... audit kali memberi pengalaman yang x mungkin dilupakan ... selain 2 program serentak tapi ada sesuatu yang perlu pelajari ... iaitu erti keikhlasan ... tolenrasi ... kerjasama ... sabar ... dan yakin diri ,
x perlu menghilang diri hingga meletakkan orang lain dalam keadaan serba salah ... apapun terima kasih pada Din dan Jaf ( M9 ) yang banyak membantu untuk HBP ... semasa kami staf Daerah di audit ... terima kasih juga buat Wani ( staf PJL ) yang belanja nasi tomato untuk kami dan pengaudit
serta maaf sesangat sebab x banyak membantu HBPJL ... al maklum masing-masing sibuk di audit !
hingga x de sekeping pun gambar semasa audit dijalankan ... semua gambar kat atas ni adalah ehsan dari PJL .
 
... gitu le citer yang dapat dikongsikan ... yang lain tu simpan dalam lipatan sejarah sebagai kenangan yang x mungkin dilupakan .
 
wallahuaklam

enam puluh sembilan



... Enam Puluh Sembilan atau 69 ... itu nilai peratus untuk tatakerja aku ( dan itu adalah angka yang PPP bagi sebab komunikasi aku x berapa bagus katanya ) ... " Alhamdulillah " itu yang aku lafazkan ( x pe lah ... 69 tu kira okey lah ... daripada x de langsung kan ! )
 
... aku take note juga sebagai satu motivasi untuk meningkatkan lagi kualiti tatakerja tahun 2015 ... segala kritikan atau teguran itu adalah ingatan untuk diri sendiri agar lebih menjadi lebih baik lagi , nilaian dan tanggapan sering berbeza adakalanya mengundang salah sangka ... mungkin sebab cara pemikiran dan tatakerja yang kerap kali x seiring ... so ambil ini sebagai ikhtibar ... kalau orang x kritik atau x tegur ... kita x tahu apa kelemahan diri ... !

... tadi PPP panggil semula untuk bincang pasal SKT ... aku dengar ... dengar ... dan dengar , adakalanya kita x perlu komen atau beri cadangan ... berapa juga nilaian atau markah yang diberi untuk aku ... terima jer !

... target aku di hujung tahun ni adalah siapkan laporan tahunan ... bereskan urusan surat menyurat ... kalau boleh nak settlekan jadual tugas ... jadual shelving ... statitik untuk disember ... semua yang tugasan yang patut selesai sebelum 2015 ... caiyok ! caiyok ! hehehe.

Wednesday, December 3, 2014

... baik berpada


 
 gambar ni x de kaitan dengan coretan ek ... tapi aku impikan
untuk menikmati suasana macam gini ... hehehe
 
 
" ... baik biar berpada " itu ingatan seorang sahabat ... dulu aku x ambil pusing sangat walaupun terkadang tu aku terasa juga seperti diperguna ( boleh gitu ... hehehe ) , aku memahami mesej yang ingin disampaikan tu " terima kasih atasan pesanan itu ... amat aku hargai "  , seperti juga yang selalu dia pesan " lakukan sesuatu yang boleh memberi impak positif kepada orang lain , meskipun tanggapan negative yang kita terima ... kerana manusia sememangnya begitu "
 
... 4 tahun di sini ...  di daerah ini ... aku semakin memahami rentak dan rancah kehidupan ... jika dulu skop kerja hanya melibatkan 3 staf jer ( sebab dulu bertugas kat cawangan ) tapi kini melibatkan lebih ramai ... dan bidang tugas pulak berkali-kali ganda dari dulu ... ada gak yang bertanya " menyesal ek pindah ke daerah ini  ?" ... menyesal ? isk ! tentu le tidak kan ... mana mungkin aku menyesal ... hanya sedang berusaha untuk memahami tatacara kerja dan attitude ... makin ramai orang maka semakin banyak le ragamnya ... !
 
... pernah juga aku bagaikan x tahu nak percaya siapa dan terasa begitu sukar ... ada masa aku hanya mendengar ... perhati ... dan abaikan saja ! bukan x prihatin tapi terapi untuk elak stress dan x nak bebankan fikiran ... kekadang tu aku hangin juga ( aku manusia biasa beb ! ) bila orang lain punya angkara , aku lak pedih telinga kena leter ... eh ! macam gini pun ada juga ke ?
 
... tu sebab aku dah malas nak komen ... bagi cadangan ... atau apa saje ... dah  seriknya rasa ... dah kerap sangat terjadi niat yang baik atau cadangan atau komen yang diberi ... akan dipergunakan untuk kenakan aku semula ... so apa makna cadangan atau komen ( bukan aku sesuka nak beri tapi diminta ) tapi bila timbul isu ... kununnya idea aku ... !
 
... baru-baru pun aku terperangkap dalam situasi yang sama ... berkali-kali aku ingatkan setiap borang GCR perlu dihantar sebelum 15 Disember ... dan boleh hantar terus ke HQ untuk elakkan kelewatan ... tapi pada 19 Disember , aku masih terima lagi borang GCR ... " kenapa x hantar terus ke HQ ? " ( apa jawabnya ... hanya senyuman tanpa kata ) ... aku hanya mampu geleng kepala bila lihat tarikh yang tertera kat borang  siap bertandatangan tu 8 Disember ... so apa korang fikir bila HQ terima borang tu nanti ?
 
... cer korang bayangkan ... yang korang berada dalam situasi aku ni ... nak marah ? ... nak senyum ?
yang mampu aku lafazkan hanya ... astaghfirullah alazim
 


Tuesday, December 2, 2014

aku kisah .... dan aku peduli !


... ungkapan " aku x kisah pun ! " atau ' ada aku kisah ! " atau " aku x peduli pun ! " mungkin sesuai buat orang lain tapi tidak untuk aku ... sebab jika sesuatu perkara yang berkaitan atau ada hubung kaitnya dengan diri aku ... memang aku kisah ... dan memang aku ambil peduli ... apatah lagi jika perkara-perkara yang melibatkan reputasi diri ... dah banyak kali terkena dan terheret dalam situasi yang sebegini , buat aku rasa terhukum tanpa kesalahan .

... semalam aku lalui lagi situasi ini , tanpa rasa bersalah nama aku disebut ' kununnya ' semua bil-bil akhbar diserahkan pada aku dan aku yang pos ke HQ ... PPP menyatakan adalah salah jika  x tandatangan di ruang pengesahan pada bil ... aku x memberi komen pada masa itu sebab aku masih menjaga aib orang ... lagipun aku x suka memberi komen jika aku sedang marah nanti lain jadinya ... aku beristigfar dalam hati ... adakalanya berdiam diri itu lebih baik .

... untuk lebih berlaku adil pada diri sendiri , aku buat semakan di fail rekod penggunaan setem ... tidak pernah sekali pun aku pos bil-bil akhbar ke HQ ... semua bil-bil tu aku serahkan pada PPP ... so lain ingat apa yang dihantar ke HQ ... dan kepada orang di ' sinun ' yang suka sangat buat provokasi dengan sebut nama si polan ... si polan ... si polan tanpa usul periksa , lain lagi kali beringat lebih sikit ... bila aku dah terangkan dan tunjuk bukti , mula le gelabah dan bagi alasan yang x berapa nak cerdik ... huhuhu

... sebenarnya  aku kisah ... dan aku peduli dengan semua yang berlaku di sekeliling ... terutama yang ada kaitan dengan kerja ... mungkin x kisah bagi korang tapi tidak bagi aku ... aku selalu ambil kisah atau ambil peduli sesuatu yang melibatkat diri dan kerjaya ... aku anggap itu sebagai KPI untuk aku meningkatkan prestasi diri dan kerjaya ... apa sahaja yang diperkatakan mengenai diri dan cara kerja aku ... aku take note ... ! bukan mudah untuk terima kritikan , kutukan atau umpat keji ... memang hati terguris ... kekadang rasa dikhianati ... sukar juga untuk positifkan yang negative tapi sebenarnya kritikan tu bagus rangsang minda aku ... buat yang terbaik ... dan jadi yang terbaik !... korang nak kritik ... ? ... korang nak kutuk ... ? ... korang nak kata apa ? ... akku kisah ye ! ... dan aku peduli tau !

 

Friday, November 28, 2014

5 hari ...


... ni cerita minggu lepas , dah lama sangat aku merancang nak bercuti tapi selalu aku kiv  ( keep in view ) kan jer sebab banyak benda kena kasi settle baru le selesa nak bercuti ... selepas program Bahasa dan Sastera hari tu dan sebelum Hari Bertemu Pelanggan ( masih dalam perancangan ... flow pun masih dalam proses ) ... aku dah selak-selak calendar untuk cari masa yang sesuai ... bukan nak pergi mana-mana pun ... saje nak lepak-lepak kat rumah sambil layan kucing-kucing , baca novel-novel yang masih dalam plastic lagi ( beli masa Pesta Buku PWTC ) , menjahit , tanam pokok bunga ( hobi baru ni ) , memasak ( yang selalu ingin aku laku tapi .... hehehe ) .
 
... aku isi borang cuti untuk tempoh 2 hari iaitu hari khamis , jumaat dan akan sambung hari sabtu jika ayu x jadi cuti ... bila ayu call x jadi cuti hari sabtu so aku kira ini bonus le sebab aku akan bercuti hingga hari isnin ( ahad dan isnin tu memang cuti am ek ! )
 
... hari khamis tu aku dah nyah kan handphone ... aku letak kat dalam kereta sebab aku x nak ada call berkaitan kerja ... bagi aku mudah selepas waktu pejabat adalah masa untuk diri sendiri ... kalau ada emergency diorang tahu le macam mana nak contact aku ( guna telefon rumah beb ! )
 
... sepanjang 5 hari tu memang aku rasa bebas sangat ... seronok juga walaupun x gi mana-mana pun ... selalu tu bila aku rancang nak cuti mesti aku rancang nak gi jalan-jalan ... tapi kali bercuti di rumah ... rutin harian aku setiap hari , setiap pagi ... x kira le aku kerja atau cuti adalah KUCING ... lolo , lilo , nemo , cici , joji , jojo , tam . dot , miko , kecik  dan 8 ekor lagi tu semuanya aku panggil manja ( sebab dah x tahu nak nama apa ... ) termasuk le 5 ekor lagi kucing ( ibu dan 4 anak yang aku ambil masa Program Alam Sekitar kat Tonggak 10 ) ... time bagi makan memang selalu kalut tapi time tu jugak paling sunyi sepi tanpa suara kucing ... semua kucing khusyuk makan jer !
 
... bab baca novel memang dah satu kemestian ... x kira le cuti atau tidak ... tapi x le setiap hari aku baca novel ... aku baca semua buku janji beri impak positif ... kebanyakan buku-buku tu aku beli untuk koleksi peribadi ( terutama novel , aku beli online ... ada less lagi ) ... aku jadikan membaca ni habit ... kerja  buku ... tidur buku ... makan buku ... main buku ... buku ... buku ... buku ... hehehe
 
... jahit menjahit ni aku buat sebab nak siapkan baju sendiri dan tempahan jahit langsir ( sikit jer ! ) pastu mesin lak meragam ... hisk ! sabo jer .... hasrat untuk tanam bunga pun aku kiv jer sebab hujan ... memasak ? time kerja selalu aku rancang nak cuba macam-macam resepi bila cuti ... tapi bila dah cuti ni ... aku masak yang simple je ! ( dalam hati bukan sape pun nak makan ... aku je yang makan sorang )
 
... selepas 5 hari bercuti ... masuk ofis pagi tu , aku dipanggil oleh PPP sebab cuti direct 3 hari ( tidak termasuk ahad dan isnin yang memang cuti ) ... aku terangkan dengan sejelas-jelasnya ... x tahu dia faham atau tidak tapi aku memang rasa " hisk ! hisk ! sabo jer hati " ... cuma nak peringat untuk diri sendiri ... setiap arahan atau kata yang dilontarkan , kalau boleh dirakam ... maka perlu le dirakam ... sebagai bukti kalau2 terkena macam aku ni ... kan orang kita ni mudah lupa atau buat2 lupa untuk selindung khilaf sendiri .
 
 
 

 
 
 


Wednesday, November 26, 2014

Bulan Bahasa Kebangsaan 2014


meja pendaftaran peserta pertandingan dan kempen keahlian PPAS di  Program Karnival Bahasa dan Sastera 2014 Peringkat Negeri Selangor
 
 
... betul kata orang ' pengalaman dan pengajaran paling berharga bila kita melaluinya bukan sekadar mendengar cerita ' ... bermula dari  arahan untuk first meeting lagi  3 / 11 / 2014( menggantikan PPP ) aku dah dapat rasakan cabaran yang bakal aku hadapi ... memberanikan diri mengambil risiko sebenarnya bukan pilihan tetapi atas tuntutan tugas dan arahan kerja ... bila Perpustakaan Daerah dilantik sebagai Urusetia untuk program sebesar ini ( disokong semua yang hadir ) ... aku memilih untuk merujuk dahulu perkara ini kepada PPP ... aku dimaklumkan PPP dah bersetuju ( ermm rupanya diorang call PPP untuk dapatkan keputusan cepat ) ... so bila PPP dah setuju , aku take note apa saje info berkaitan program untuk tindakan lanjut ( aku juga bertukar email add untuk memudahkan maklumat program di terima ) ... kebanyakan urusan dan perbincangan melibatkan DBP dan Pejabat Daerah .
 
... perkara pertama yang aku buat selepas meeting adalah memberi penerangan mengenai perancangan program pada PPP ( x kisahlah faham atau x yang penting maklumat mesti sampai dan jelas ) selepas berbincang dan mendapat persetujuan ... aku sediakan satu flow program bila  PPP memaklumkan akan bercuti sehingga sehari sebelum program berlangsung ... " apa saje berkaitan dengan program , you tolong handle ... klu ada apa2 masalah ... call saya ... saya sentiasa on kan handphone "  ( pesanan ke arahan ni ? ) ... sepanjang minggu selepas first meeting tu memang sibuk ... semua staff  kat Lib Daerah ada tugasan masing- masing  ... pembahagian tugas semasa hari kejadian diperbincangan  ( kecuali untuk penyambut tetamu sebab senarai nama tu pilihan PPP ) ... tempahan untuk Dewan ( buat surat ) , tempahan untuk backdrop dan bunting ( urusan yang paling rumit sebab terpaksa kemaskini berkali-kali ) , buku aturcara majlis ( perbincangan melalui email mengenai penambahan logo dan slot 10 minute reading break ... tq DBP sebab selitkan slot ini ) .
 
... meeting kedua 10/3/2014 , hari isnin ( aku cuba call PPP tapi x dapat ) aku hadir dengan ayu ... sebelum  meeting aku pergi ke kedai printing yang aku tempah  backdrop ... ambil satu print copy backdrop untuk kemaskini terakhir ... so masa meeting diputuskan perlu masukkan penambahan baru pada backdrop ( dalam hati istighfar ... sabar ... sabar ... sabar ... dan doa ' mintak2 lepas ni jangan ada perubahan lagi ... hehehe ) ... lepas meeting aku dan ayu pergi semula kat kedai printing tu buat penambahan seperti yang diputuskan dalam meeting ... maklumkan akan ambil backdrop ni pada hari rabu .
 
... hari selasa , terima senarai nama peserta pertandingan ... aku buat pengasingan mengikut kategori pertandingan untuk memudahkan semasa proses pendaftaran dan pengesahan penyertaan ... antara aktiviti BBK 2014 seperti Pertandingan Pantas Jawi , Pertandingan Sahiba Kata ( chop kata ) , Pertandingan Damak Kata dan Kuiz Bahasa ... Ayu call staf  PD untuk maklumkan tugas mengikut senarai flow yang aku buat ... Ayu juga yang tolong potostatkan buku aturcara majlis untuk 250 helaian ... cari buku yang sesuaikan untuk pameran buku baru ... potostat borang kempen keahlian ... lapik meja , pen , kertas untuk cabutan bertuah ( balang akan disediakan oleh Aan ),  stand book , label untuk meja pendaftaran ... terima kasih sesangat pada member ofis yang sangat-sangat membantu .

... hari rabu  , aku dan ayu ambil backdrop dan serahkan kepada staf Pejabat Daerah untuk kerja2 pemasangan pada pukul 3.00 petang ... tapi aku dimaklumkan ada masalah sikit pada backdrop tu sebab tiada tali dan bahagian terpi back drop tu tidak dilipat kemas ... so aku dan ayu hantar semua semula backdrop tu ... aku harap sangat ianya dapat disiapkan sebelum pukul 3.00 petang ... aku juga maklumkan pada PPP mengenai perjumpaan di Dewan Seri Bernam untuk persiapan tempat jam 3.00 petang ... aku mula gelisah bila backdrop tidak sampai lagi sehingga jam 3.00 petang ... call kedai printing minta back drop tu dihantar terus ke Dewan Seri Bernam ... setelah lama menunggu dengan pelbagai insiden yang melukakan hati ... akhirnya 3.30 petang backdrop sampai juga ... Alhamdulillah .

... 13 November 2014 ... Karnival Bahasa dan Sastera Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Peringkat Negeri Selangor , lokasi Dewan Seri Bernam  ... aku x nak komen , adakah berjaya atau tidak ... tapi ianya memberi pengajaran pada diri aku sendiri ... bukan mudah untuk mendapat kesempurnaan dalam satu2 program jika minda masih terjajah !

 
 
 " PADI SEGEMAL KEPUK DI HULU
SIRIH DI HILIR MEREKAP JUNJUNGAN
KEPALANG DUDUK MENUNTUT ILMU
PASIR SEBUTIR JADIKAN INTAN "




Wednesday, November 19, 2014

... jadi hakim ?



... jadi hakim ? itu reaksi aku bila terima call dari Ija ( faniza ) ... bukan hakim kat mahkamah pun ... tapi jemputan sebagai hakim untuk pertandingan bercerita dan busana tradisional dalam Program " Bahasa Merentas Desa " sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 anjuran Perpustakaan Desa PNM  Taman Setia Jaya dengan kerjasama Perpustakaan Desa PNM Parit 7 Sungai Leman dan Perpustakaan Desa PNM Parit 11 Barat .... lokasi program Pepustakaan Desa PNM Taman Setia Jaya ... tarikh 6 November 2014 ... masa 8.30 pagi.
 
... okey set ... ! tapi kena ada surat jemputan ye ... bukan nak demand tapi kena ikut prosedur ... hehehe ... petang tu aku terima surat jemputan melalui email ... tq Ija sebab jemput jadi hakim ni ( pastu terima cenderahati buku yang memang best sangat ... suka !...suka ! ... suka ! )
 
layan gambar ek !
 
pertandingan membaca pantas PraSekolah
 
 
pertandingan membaca pantas tahap satu
 
peserta pertandingan bercerita
 
peserta pertandingan bercerita
 
juara pertandingan bercerita yang memang menghiburkan
dengan cerita " Si Luncai "
 
peserta busana tradisional ( menariknya penceritaan mengenai busana yang
digayakan disampaikan melalui syair )
 
peserta busana tradisional ( memperagakan baju pengantin yang dipakai
oleh ibunya semasa bersanding dulu ... biar betul ni ! )
 
juara busana tradisional ( dah macam baju pengantin kan !
penceritaan dan lenggok suara pun sedap didengar )
 
peserta pertandingan bercerita
 
peserta pertandingan busana tradisional dengan aksi tersendiri
 
antara panel hakim bertandingan
 
semua happy dapat hadiah
 
selesai program ... kenangan
 
 
 
 



sekali lagi ...


... sekali lagi dipilih untuk menggalas amanah sebagai wakil MBJ ( Majlis Bersama Jabatan ) untuk tempoh dua tahun  2014-2016 , saat nama diumumkan sebagai wakil MBJ sekali lagi ... sebenarnya aku amat gementar ... rasa takut pun ada ... takut x upaya menjadi penyampaian yang baik untuk rakan-rakan dalam menyuarakan permasalahan mereka .

... sehingga saat ini , aku masih x tahu atas dasar apa mereka memilih ... sebab aku ni jenis biasa-biasa aje ... nak kata lobi x juga , apatah lagi kempen untuk dipilih sebagai wakil ... lagipun aku sendiri pilih seseorang yang aku rasa punya potensi sebagai wakil ... apa pun terima kasih pada yang memilih aku sebagai wakil ... sebenarnya aku x dapat berfungsi dengan baik tanpa sokongan kamu semua ...
 
wakil MBJ 2013-2014
 
wakil MBJ 2015-2016
 
 
u.p  gambar pun ehsan dari fb ella .
 
 
 

Friday, November 7, 2014

Aku : dia & kenangan

 
 

... Dia sahabat lama ... lama sangat ... sebenarnya aku dah lupa akan wujudnya Dia ... sehinga aku dihubungi 5 Syawal  yang lepas ... Dia kata tidak berhubung bukan bermakna Dia dah lupa tapi sebab no phone hilang ... so masa Dia berkemas untuk pindah rumah ... Dia terjumpa  buku catatan yang tercatat no telefon rumah aku ... Dia gembira bila secara kebetulan aku yang menerima panggilan hari tu ... dan aku pulak x tahu nak kata apa ... nak kata gembira tidak juga ... nak kata x suka tidak juga ... hanya aku terkejut jer ! mungkin sebab dah lama x berhubung atau sebenarnya aku pun dah lupa apa saja tentang Dia .

... bila Dia mula mengimbau kenangan yang telah lama berlalu , aku hanya mendengar sahaja ... bagi aku apa yang berlalu biarkan berlalu x perlu pun dikisahkan semula ... apatah lagi jika ia akan lebih menyakitkan ... luahan rasa  menyesali ...  terkilan ... terluka ...  tidak akan mengubah apa-apa pun ... dan sekali lagi aku mohon kemaafan  ( seperti yang pernah aku lafaz lama dulu )

... sebagai manusia biasa yang serba serbinya kurang ... apa yang aku dan Dia putuskan dulu , memang terkesan juga dalam hati ... tetapi syukur Alhamdulillah , Allah titipkan aku hati yang tabah , dan keyakinan yang tinggi serta jiwa yang kental untuk lalui semua gelodak rasa ketika itu ... mungkin juga sebab dalam hati ketika itu hanya ada perasaan suka bukan dot ... dot ... dot ... tapi aku tahu Dia amat terkesan ... sejak dari itu aku dan Dia tidak berhubung langsung ... bukan kerana benci tapi itu yang adalah yang tebaik ... meneruskan rutin kehidupan macam biasa ... sesekali tu dari kejauhan ini aku titipkan doa semoga Allah berikan yang terbaik untuk Dia .

... 20 tahun x berhubung apatah lagi bersua muka ... hakikatnya aku dah buang Dia jauh  dari ingatan ... biar apa pun anggapan Dia pada aku ... aku x marah pun ... dalam menyelusuri kehidupan bukan hanya ada aku dan Dia sahaja ... bila bukan hanya ada aku dan Dia sahaja  , maka  banyak perkara perlukan pertimbangan dan perhatian yang setara ... dan bila akhirnya aku memilih dan Dia juga memilih atas dasar pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya ... demi untuk diri sendiri serta mereka2 yang ada disekeliling aku ... juga mereka2 yang ada disekeliling Dia .

... maaf sangat- sangat jika aku pernah melukakan ... dan x perlu jejaki tapak yang telah kita tinggalkan tetapi teruslah melangkah ... sesungguh itu lebih baik  .

... jangan cari nilai negative dari apa sahaja yang kita lalui tapi cari hikmah yang tersembunyi yang kita nikmati tanpa disedari . ... wallahuaklam .

 

Friday, October 24, 2014

Salam MAAL HIJRAH 1436 H

 
 Salam Maal Hijrah
1436 Hijrah

... tetiba aku rasa sebak !


 
... selalu orang kata " tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat bermain " tapi aku olah sikit ayat ni jadi macam gini " tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula tempat cari rezeki " ... sejak berpindah tugas ke daerah kelahiran pada 2010 ... ini adalah kali kedua aku singgah di situ ... bukan aku sudah melupakan tempat bernaung selama 16 tahun ... beberapa kali juga merancang nak singgah bila ada urusan di HQ tapi x pernah terlaksana ... !
 
... 20 Okt 2014 , dalam perjalanan balik dari menghadiri Kursus Pemahaman Elaun Dalam Perkhidmatan dan Kerja Lebih Masa di Perpustakaan Daerah Kuala Selangor ... aku memang tekad nak singgah juga di Perpustakaan Cawangan Tanjung Karang ... jika 16 tahun dulu ... menapak tangga dengan sepatu bertumit tinggi ( walaupun x le tinggi sangat ) ke tingkat 2 bagaikan satu senaman tapi kali ini ... aku menapak satu persatu anak tangga dengan rasa sesuatu yang x terzahir dengan kata-kata ! ... hanya perkataan ini yang terlafaz " Ya Allah ... hati-hati ... boleh ke ... minta maaf " yang aku tujukan pada sahabat ada bersama aku ketika itu .
 
... melangkah ke anak tangga terakhir " Alhamdulillah ... sampai juga " terasa semput  ( mungkin sebab faktor usia kut ! ... hehehe ) ... melihat sekeliling yang suram dan kelam ( sebab lampu banyak yang tidak berfungsi ) ... lompong di lelangit ( siling banyak rosak ) ... kehangatan dibayangi dengan kipas ( aircond rosak ) ... teringat ketika aku melangkah keluar 21 Okt 2010 untuk berhijrah tugas ... aku menitiskan airmata kerana bagi aku ... inilah tempat aku belajar erti mencari keberkatan rezeki ... belajar mengenal diri ... belajar membina jati diri ... sesungguhnya banyak sangat nostalgia pahit manis sepanjang aku bertugas di sini .
 
... melihat suasana berbeza kini ... aku berharap kepada sahabat-sahabat yang akan memulakan langkah seterusnya di sini ... jadikan ini satu cabaran dalam kerjaya kita ... jangan peduli apa orang akan kata ... tapi yakinlah Allah peduli setiap apa yang kita perbuat .
 

 
 
 
 
... maah & syikin  " good luck and be the best " insyaAllah .



Thursday, October 23, 2014

... isk ! sabo je ...


... kalau x cakap diorang ingat kita suka dengan apa yang diperkatakan ... kalau  berterus terang menyatakan kita x suka apa yang diorang perkataan ... dikatanya kita sensitive lah ... x leh nak bergurau lah ... tapi hakikatnya kalau gurauan tu menyentuh hal-hal yang berkaitan peribadi ... rasanya manusia yang x de perasaan jer yang boleh senyum bahagia !
 
... hari ni aku hangin juga dengan sikap manusia yang teruja buat gurau senda x berapa nak cerdik ... pastu sesuka hati main petik jer nama orang lain ... dah lama sangat aku dok perhati jer ... dan dah lama juga aku bersabar jer ... kalau pun nak provokasi kena faham sensitivity orang lain ... jangan main hentam keromo ... cer letak diri sendiri ditempat yang orang yang diprovokasi tu ... ?
 
... aku ni manusia biasa , tahap kesabaran pun x le seteguh mana ... selalu tu aku masih berusaha mengawal tapi hari ni ... dengan apa yang aku lihat dan dengan apa yang dengar ( masih terngiang-ngiang di telinga ) ... aku mula memikirkan apakah selama ini apa sahaja yang terlafaz darinya sekadar provokasi untuk meraih simpati .
 
... teringat aku pesanan seorang sahabat akan tiga perkara perhati , nilai dan hati-hati
 
 
* pengajaran paling berharga
 

Tuesday, October 14, 2014

... x tahu nak kata apa dah !


" ... x tahu nak kata apa dah ! "  hanya itu yang mampu aku lafazkan dalam hati ... kalau boleh hari ni dah malas nak emosi atau membebel macam semalam ... tapi ada jer  benda yang aku rasa sesuatu macam semalam ... istighfar banyak2 dalam hati .
 
... hari ni punya kes ( 11/10/14 ) ... pasal cuti ... pelik juga bila korang hilang waktu ofis beroperasi ( tanpa isi  borang cuti ) ... aku lak yang kena ceramah mengapa diorang x isi borang cuti ... isk! sudah-sudahlah dengan lawak yang x berapa nak cerdik tu ... letih tau dengan situasi macam ini ... dah beberapa kali aku maklumkan ... aku sekadar merekodkan cuti jika borang cuti lengkap diisi sampai ke tangan aku  ... so yang mengisi borang cuti adalah empunya diri yang hendak bercuti ... x kan le nak isi borang cuti pun aku gak kena buat ... ermmm memang mengarut lah kan !

 ... klu boleh dah x nak ulas atau komen pasal citer macam gini ... tapi terpaksa juga bersuara sebab setiap kali isu ni timbul ... orang yang pertama kena dengar ceramah percuma ni mesti aku ... atas alas an aku yang uruskan fail berkaitan ... bukan ke lebih baik perkara ini dirujuk terus kepada orang berkenaan ... kenapa x isi borang cuti ? mudah kan !... x perlu guna orang tengah untuk menyampaikan pertanyaan atau arahan . 
 
... inilah natijahnya " bila perkara yang mudah tapi buat x endah , perkara yang penting tapi x ambik kisah " ... akhirnya diri sendiri susah ... pastu menyusahkan orang lain lak !
 

Friday, October 10, 2014

maaf ...

 
 
" maaf untuk Aan , Ayu dan Wani "
hari ni k'mis rasa teruk sangat sebab memaksa korang mendengar luahan hati
dan terpaksa juga mendengar bebelan ... hehehe
rasa macam ada sesuatu tau ... kalau x diluahkan
so maaf sesangat kalau korang pulak rasa sesuatu  ...hehehe
 
Alhamdulillah
semua perkara yang membuat k'mis rasa sesuatu tu
dah selesai
 
tq kat korang yang sentiasa
beri perhatian atas luahan hati k'mis
bagaimana esok ?
tunggu ...... !
 

 
 


" Ya ... Rabbi "




Ya ... Rabbi
ku pohon ampunan -Mu
 kerana sering gagal mengasuh hati
agar lebih bersabar menghadapi ujian Mu
   
Ya ... Rabbi
ku pohon ampunan -Mu
kerana tidak berupaya mengekang kekhilafan
yang berlaku dan terus berlaku

Ya ... Rabbi
ku pohon ampunan - Mu
kerana menitiskan airmata bukan kerana Mu
tetapi hanya kerana amarah pada sikap picisan manusia
 
Ya ... Rabbi
berikan aku ketabahan dan kekuatan
untuk semua duga Mu
sesungguh aku lebih takutkan dosa pada Mu
 
~~ amin ~~
 




 

Wednesday, September 24, 2014

syukur




... bila agaknya kali terakhir lafaz " Syukur Alhamdulillah " kita zahir dari hati bukan sekadar lafaz mainan di bibir ? ntah mengapa sejak akhir2 ini aku agak emosi sikit bila cakap bab syukur ni ... apatah lagi bila ada hubung kait dengan tempat kita mencari rezeki ... x perlulah perlekehkan atau meluahkan apa yang terbuku kat hati kununnya ' x heran pun ' dengan apa yang dimiliki sekarang ... jangan kerana  rasa x gembira dengan apa yang berlaku disekeliling  ... maka dengan mudah kita menidakkan rasa terima kasih kepada Yang Maha Mengetahui .
 
... kerja dan cabaran adalah rutin kehidupan yang x pernah ada penghujungnya ... selagi kita masih bergelar pekerja atau bekerja sendiri pun akan ada cabaran ... bagaimana seharusnya kita lalui ?  ' kalau tidak  sukakan sesuatu , ubah saja ...dan sekiranya tidak mampu mengubahnya , ubah cara kita berfikir mengenainya '  itu yang aku lakukan ketika mengalami stress ditempat kerja .
 
... perlukah lafaz syukur ketika ditimpa musibah ? ... aku mengaku mudah panik dan kalut bila sesuatu diluar jangkaan berlaku ... " acik ni cepat panik lah " itu komen Didie ( anak saudara ) ... kekadang tu bukan x usaha untuk mengawal rasa panik ni dengan kaedah yang disarankan melalui buku2 yang aku baca ... syukur Alhamdulillah walaupun x berjaya sepenuhnya ... tapi lafaz syukur itu sentiasa ada dalam hati ini , tak kira lah samada yang berlaku tu negative atau positif ... tapi ambil iktibar kesan positif dari musibah yang dihadapi ... insyaAllah , Allah akan permudahkan yang lainnya .
 
... so aku nak  share satu buku yang menarik untuk dibaca " Chicken Soup for the Soul - berfikir positif " karya Jack Canfield ( ... aku baca Edisi Bahasa Melayu ) kalau di Library Daerah Sabak Bernam , boleh cari di rak 158.1 Ca ... buku ni aku baca dengan penuh penghayatan ( hehehe ) semasa hari-hari terakhir untuk menghadpi audit ... syukur sangat sebab ia memberi impak positif  dan aku merancang untuk dapatkan satu untuk koleksi peribadi .

... syukur Alhamdulillah kerana sahabat baik aku akan menerima anugerah atas khidmat dan jasa yang disumbangkan ... tahniah !
 
 

Thursday, September 18, 2014

Sudut Pertanian di PPAS Daerah Sabak Bernam

 
 
... terbaru di Perp. Daerah Sabak Bernam adalah ' Sudut Pertanian ' ... cetusan dari idea Pen. Pegawai Perpustakaan ... masa audit yang 11 September yang lalu ... kewujudan sudut ini mendapat reaksi positif dari Pn. Norhaida hanya perlu tambahan dari segi pengisian maklumat ... dan mungkin juga susun atur yang lebih praktikal ... sebenarnya banyak perkara yang masih dalam perancangan ... semoga perancangan tersebut dapat direalisasikan meskipun terdapat perubahan di Bahagian Rujukan.
 
so kita layan gambar ' Sudut Pertanian '
 
 
dari sudut pandangan hadapan
 
pameran buku ' tanaman herba ' & dihujung ada ' jala '
 serta ' bubu tempang ' iaitu alat penangkapan ikan secara tradisional 
 
rak buku pertanian
 
 
 pameran buah sawit dan produk berasaskan sawit
 
' bubu tempang ' dan ' jala ' serta anak benih kelapa
( maaf lah klu sakit leher nk lihat gmbr ni ... hehehe )
 
 
 


Wednesday, September 17, 2014

11 September 2014 ( Audit MS ISO 9001:2008 )



... 11 September dah berlalu ... syukur Alhamdulillah audit kali ini pun berjaya tanpa ada major atau minor ... walaupun hari-hari terakhir sebelum audit terlalu banyak cabaran dan dugaan ... berjaya juga diharungi ... semua ini berkat kerjasama , persefahaman dan hala tuju yang sama sebagai pendorong untuk terus berusaha mengekalkan kejayaan yang lalu.
 
.... sebenarnya  keletihan mental dan fizikal masih terasa , sehingga saat aku mencatat coretan ini , sebenarnya aku masih berperang dengan selsema yang teruk sehingga nak bernafas pun terpaksa melalui mulut ... ini adalah kelemahan aku jika terlalu banyak fikir ia akan turut menjejaskan kesihatan  ... berkali-kali juga aku cuma buat mengawal minda seperti yang disarankan oleh Yatie tapi x berjaya ... hehehe
 
... empat perkara yang sentiasa menjadi motivasi untuk diri ... kesukaran adalah cabaran untuk berjaya ... dan untuk berjaya perlu ada usaha , doa , pemikiran yang positif dan keyakinan yang tinggi ! adakalanya sangat sukar apabila kita terpaksa memilih kepentingan diri atau kepentingan bersama ... selalunya aku memilih kepentingan bersama ... meletakan kepentingan diri sendiri ntah beberapa tapak kebelakangan demi kelangsungan satu kejayaan yang dapat mengembirakan hati semua .
 
... kejayaan yang dicapai akan lebih tinggi nilainya jika kewajiban menunaikan amanah dapat dilaksana dengan nawaitu kerana Nya . Semoga semangat setiakawan , saling membantu dan persefahaman yang terjalin akan kekal erat sentiasa .
 
... buat sahabat2 yang sama-sama  berjaya mengharungi cabaran audit ... Aan , Ayu , Nasar , Wani (PJL ) , Zam ... x lupa Din & Jefri dari Unit Bergerak ... ini adalah kejayaan kita !
 
rakaman kenangan semasa audit
 
 
taklimat oleh Pn. Suzliana ( Tim. Pengarah PPAS )
 
khusyuk mendengar taklimat
 
team Bah. Rujukan ... Nasar & Aan
 
Zam di bilik PSR
 
semakan daftar keahlian
 
menguji system OPAC
 
 semakan aduan / cadangan pelanggan dibantu oleh
Pn. Juliana Es
 
  
semakan maklumbalas pelanggan dibantu oleh
Pn. Nurul Aizan
 
cenderahati daripada Timbalan Pengarah Pn. Suzliana kepada
Juruaudit Pn. Norhaida Aini
 
 
... selesai sudah audit untuk kali ini ...  banyak lagi kerja yang perlu diteruskan dan ditambahbaik ... teruskan kerja ... kerja ... dan kerja !