Saturday, October 25, 2008

antara suka dan cinta ...

... baru2 ni aku baca coretan kat blog member pasal ' wanita dan kedudukan ' ... bukan le aku komen pasal apa yg ditulisnya sebab pasti tentunya coretan tu dipetik dari sumber2 yg sahih akan kebenarannya ... aku ' tabik spring ' kat dia sebab sejak ada blog ni ... dia semakin rajin menulis ( ... terus kan menulis ek ! )

... bila bercakap hal kaum hawa memang seronok dan unik sikit ... walaupun asal kejadian dari tulang rusuk kaum adam ... tapi Allah sertakan juga dengan pelbagai keistimewaan ... dan kelemahan jua ... so seimbanglah tu ...

*** Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat [rujuk pada sabda Rasullulah S.A.W di atas]. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.***

... aku sikit terkedu bila baca part kat atas ni ( ... aku copy paste dari blog tu ) ... mungkin bukan aku seorang tapi mungkin kamu ... kamu ... kamu dan juga kamu atau sesiapa jer yg masih mengekalkan status ' single ' ... hehehe !

... persoalan ' mengapa masih sendiri ? atau pertanyaan dalam nada skema yang biasa ' bila lagi ni ? ... dah macam lali kat cuping telinga ni dan biasanya aku x bisa lagi bersuara hanya aku ' sedekah senyuman ' semanis yang boleh ... sebab kalau aku bagi komen ... mesti akan ada soalan kedua ... ketiga dan seterusnya ... hehehe ( ... aku pilih jalan selamat le ! )

... x pernah jatuh cinta ? ... ntah la sebab aku kekadang keliru gak nak bezakan antara suka atau cinta pada seseorang ... ( buta perasaan kut ... hehehe ) ... teringat aku masa di zaman awal remaja ... bila ada yg ingin menghulur salam perkenalan ... aku akan cepat2 bina ' kubu ' kat hati sebab takut leka dibuai perasaan hingga abaikan harapan keluarga dan amanah sebagai pelajar ... mungkin gak sikap tu dah sebati sehingga sekarang ni ...

... aku pernah gak suka kat ' dia ' ( ... sampai sekarang pun rasanya aku masih suka kat ' dia ' ) tapi la ni aku x tahu ' dia ' ada kat mana ... aku suka ' dia ' mungkin sebab peribadinya kut ... jangan lak korang anggap aku dah jatuh cinta ... sebab kata orang ' ... kalau dah cinta kita sanggup lakukan apa saje ! ' ... so sebab aku x rela atau sudi maka aku beranggapan aku sekadar suka bukan cinta ... melihat dan mendengar kemelut yang sedang membelenggu kehidupan seorang teman menjadi aku agak ' fobia ' sebab aku bukan lah termasuk dalam kategori orang2 yang mempunyai kesabaran yang tinggi ...

... sebenar soal sendirian atau berdua ( berkeluarga ) x sepatutnya dijadikan isu ... x perlu le digembar gemburkan ... sendiri bukan le bermakna kita membelakangkan hukum fitrah kejadian manusia ... kalau Allah berkehendak sesuatu itu berlaku ' kun fa ya kun ' maka akan berlaku lah atas izin dan kehendakNya ...

* walau apa pun status kita .... lakukan tanggungjawab kepadaNya dengan istiqomah ... ( ari ni last pose sunat syawal ... alhamdulillah )

Thursday, October 23, 2008

jemputan

... ari ni aku dimaklumkan ada jemputan jamuan raya kat lib negeri pada 28/10/08 ( selasa ... mungkin sekali ngan sambutan deepavali kut ! ) ... mula aku rancang nak cuti ari tu ... tapi aku batalkan sebab bukan selalu dapat jumpa kekawan dari daerah lain ... masa ni le baru diorang leh turun ... sebab klu gi HQ atas urusan kerja bukan semua staff terpilih ... tu le pasal sampai la ni walaupun dah berkhidmat hampir 22 tahun ... aku hanya kenal kekawan dari Zon sendiri jer !
... lagipun leh aku sambut raya sekali lagi ( ... sabtu ni ari last aku pose sunat syawal ... kira macam raya berganda le ) ...
... bila cakap pasal jemputan ni ... tentunya lebih tetumpu soal makan ... aku harap sesangat dapat kawal selera makan ... sebab ari ahad cadang nak gi makan kenduri kat rumah syikin ( ... terima kasih sebab layangkan kad undangan tu ... ) ... pastu nak gi rumah terbuka kak tina pulak ( ... terima undangan melalui sms jer ! ... mudah dan ringkas kan ... lagi pun kami dah lama x jumpa ) ...

* ... suka makan tempe goreng cicah ngan sos ... ummp !

Wednesday, October 22, 2008

... ke mana hilangnya ' Melayu '

... ungkapan ' bahasa melambangkan bangsa ' memang indah bunyinya ... tapi dalam era manusia berlumba2 mengejar kemajuan yang 'kununnya' lebih bertamadun ... aku x pasti samada ungkapan ni masih boleh diguna pakai atau tidak ...
... melihat pada situasi gelagat orang ' politik ' masakini sudah cukup merungkai segalanya ... tuduh menuduh dah jadi kebiasaan ... sindir menyindir dah macam mainan ... dan tentunya saman menyaman dah jadi satu ' trend ' pulak ...
... ke mana hilangnya budaya ... bahasa ' Melayu ku ' yg pernah dijunjung dan di agung ...

" Apa tanda Melayu yang bijak,
berfikir dahulu sebelum bertindak
Apa tanda Melayu beradab,
berfikir dahulu sebelum bercakap
Apa tanda Melayu bertuah,
berfikir dahulu sebelum bermadah
Apa tanda Melayu berakal
berfikir dahulu sebelum berbual "

lagi satu ungkapan yg aku suka nak kongsi ...

" Siapa bercakap kasar langgar
malangnya banyak celakanya besar "
" Siapa berkata kasar langgar,
budinya rendah imannya longgar "

* kata indah ni aku ' jumpa ' kat bh 22/10 ... kenapa aku suka dengan ungkapan ni ...? mungkin sebab aku x nak termasuk dalam golongan " Melayu mudah lupa " kut ... hehehe


Tuesday, October 21, 2008

kekadang tu ...

... sejak akhir2 ni aku lebih banyak berfikir dari bersuara ... kekadang tu ia bagaikan satu simpton baru dalam hidup aku ... aku pun x pasti samada ianya membawa lebih kebaikan atau menyumbang lebih kepada keburukan ... imbau kisah lama sering buat aku menangis ... sering aku menangis tapi hanya dalam hati ... aku cuba gak untuk mengalirkan airmata tapi x boleh ... kata seorang teman " menangis dapat melegakan tekanan " ... " atau luahkan kat seseorang yang rapat dengan kita " ... aku tercari2 wajah yang boleh aku anggap akrab ... tapi entah lah ... macam x de jer !

... minggu lepas aku x terasa sangat sebab sibuk dengan persiapan majlis raya kat lib daerah ... walaupun ketika tu aku x le sesihat seperti biasa ... buat aku lupa pada banyak perkara lain ... mungkin gak suasana berbeza dan pemikiran yg sealiran lagipun banyak benda yg dirancang dilakukan tanpa berkira ... dilakukan dengan ikhlas bagi menjayakannya, hanya aku agak terkilan kerana kurangnya surport dari daerah aku sendiri ... rasa x tercapai hasrat mengeratkan silaturrahim ... aku memahami dalam situasi ekonomi la ni ... semua orang berusaha mengekang ekonomi ... sebenarnya samada menyumbang atau tidak ... kehadiran semua memang dialu-alukan ... aku selalu berharap ini kali terakhir keterlibatan aku dlm menganjurkan majlis raya ... dan selalu gak aku mungkiri ... selalu begitu ... sebab saban tahun ... aku ternnti2 suara yg sudi menawarkan diri tapi x de yg berminat ...

... ari ni aku diburu kesibukan lagi ... semua gara2 kesilapan orang lain ... kekadang tu aku sedih bila kebaikan yg dicurah sering mendatangkan masalah kepada aku semula ... atas kelalaian orang lain ... natijahnya aku terpaksa pikul ... sering begitu ... kerapkali begitu !!!

* selalu ingatkan diri sendiri " dugaan ini akan lebih mendekatkan aku kepada Allah "

Monday, October 20, 2008

sms hantu ...

... malam tadi aku terima lagi mesej ' salam perkenalan ' ... sebenarnya aku x ambil pot pun klu terima sms mcm ni ... tapi yg buat aku hangin tu ... mesej tu dihantar terus-terusan ... bila aku cuba call no tu ... x berani lak nak angkat ... pastu siap suruh aku balas jer melalui sms gak ... eleh ! x kuasa nak layan ... st least aku off kan handset ... sudahnya ari ni aku pose sunat syawal tanpa bersahur .... sabo jer le !

... aku pun x faham dengan pemikiran ' mereka ' ni ... mungkin gak 'mereka ' seronok bila dapat ganggu dan mengacau orang ... atau pun memang dah x de kerja lain atau memang dah hobi ... tapi maaf le sebab kalau ' mereka ' fikir dengan menghantar mesej ni akan buat aku teruja nak tahu sape atau ape2 jer yg sewaktu dengannya ...

* teringat pantun kirim seorang teman

kiri jalan kanan pun jalan
tengah-tengah pohon mengkudu
kirim jangan pesan pun jangan
sama-sama kepala batu

( sampai hati ... biar kepala batu ... jgn hati batu ... hehehe )


... ari ni aku dah berkali2 cuba untuk downloadkan gmbar2 masa raya lepas tapi hasilnya kurang memuaskan ... so terpaksa le aku biarkan dulu ... lagipun banyak gambar yang kurang jelas ... almaklum le juru gambar 'amatur ' ... sori le kat awer sebab mungkin acik x dpt masukkan kat blog ni ...

... apakata kalau ' deepavali ' nanti kita posing pakai baju raya ... syawal pun masih berbaki lagi ... lagi pun masa tu ' cik pong ' balik kampung ... dan aku sendiri pun merancang nak bercuti pada 28 / 10 ni ...

* ... insyaAllah ... acik akan usahakan jugak tapi lain masa le ... ari mood x ok le ...

Wednesday, October 15, 2008

... ari ni aku ' terambik ' cuti ... sebenarnya aku x merancang pun hanya berharap berbincangan ini akan dapat diselesaikan awal ... tapi berpanjangan pulak ... so x mahu menyusahkan orang lain yang mungkin akan menimbulkan prasangka ... adalah lebih baik aku cuti jer lagipun baki cuti banyak lagi ...

... ari ni gak aku ambil kesempatan untuk buat persiapan bagi majlis jamuan raya 18 okt ni ... walaupun tidak mendapat sokongan sepenuhnya ... tapi aku dan bunga serta kekawan yang terbabit akan menggunakan bajet yang dapat dikumpulkan tu dengan cara berhemah ...

... sebenarnya x le sesusah mane pun ... cuma agak risau gak memikirkan penerimaan ' orang ' yg akan hadir nanti ... mungkin akan ada kekurangan di mana2 masa majlis tu ... apa yg diharapkan semuanya akan berjalan lancar ... pasai menu yg akan disajikan ... biar le ' rahsia ' ... yg pastinya is berbeza dari biasa ...

... kepada kekawan yang ' teruja ' sangat untuk bertandang ke rumah aku pada tarikh tu ... kena le tunggu majlis tu selesai dulu ...

* sentiasa ingat " tangan yang di atas lebih mulia daripada yang menerima " ...

Friday, October 10, 2008

aku dan ayin

* malam tadi masa ngah selongkar laci ... cari polisi insuran takaful aku jumpa surat yang dikirim oleh ayin bertarikh ogos 1999 ... masih terlipat rapi dalam sampulnya ... membaca coretan yg ditaip kemas membuat aku terimbau oleh kenangan yang pernah kami lalui bersama ...

* kami kenal ketika sama2 merantau kerana tugas ... lokasi tempat kerja yang pisahkan oleh aras saja membuat aku dan ayin sering berjumpa ... apalagi laluan yang sama untuk pulang menjadikan kami lebih akrab ...

* memulakan hidup sendiri dengan menyewa rumah yang dihuni bersama 10 orang ketika tu satu pengalaman yang banyak pahit dari manisnya ... dan masa pun berlalu hingga le tinggal aku dan ayin kat rumah tu ( ... sebab mungkin jawatan kami lebih stabil ) ... dari berjalan kaki ke office ... aku dan ayin berbasikal ... dan disebabkan hanya berdua sahaja ... maka dapur kat rumah tu kekadang jer berasap ! ( ... biasa le ! orang bujang beli kat luar jer lagi mudah deh ! )

* Ogos 1997 - kami pindah rumah ( rumah lama tu anak tuan rumah nak duduk ) ... kami sewa rumah x jauh dari taman lama ... tapi kejiranan kat lorong rumah baru ni ... semuanya " orang kita " dan kebanyakan surirumah x mcm rumah lama ... mula2 tu rasa janggal gak sebab pepagi lagi diorang dah ' mesy. ' kat luar rumah ... setiap kali keluar rumah aku akan sedekah kan senyum kat ' mereka ni ' ...

* kat sini aku lebih seronok sikit sebab lokasi rumah dan jalanraya lebih dekat ... x perlu le letih menapak untuk tunggu bas ... balik kampung ( ... setiap ari sabtu aku mesti balik kampung ) ...
maka tinggal ayin kat rumah sendirian ... lagipun kerje dia adakalanya memerlukannya stay kat office sampai malam ( ... kerje kat bank ) ... kat rumah ni jugak ... aku mula belajar memasak sendiri ... resepi yg ringkas jer ... bila ayin x de ot ... kami akan rancang masak special sikit ... ala2 western gitu ... !

* walaupun serumah tapi bila menonton tv kami akan masuk bilik sendiri ... sebab kami punya citarasa berbeza pasal filem ... hehehe ! ...
suasana tenang mula berkocak bila ... terdengarnya desas desus pasal ayin ( ... dgn kwn lelaki ) aku sebenarnya x ambik pusing sangat pasal hal peribadi ayin ... hanya berpesan ' jgn bawak lelaki bukan muhrim masuk dlm rumah ' ... dan dia x komen ape2 pasal tu ...

* dis 1998 - ayin ambik keputusan keluar dari rumah ... atas alasan nak jaga nenek dan jimatkan kos sebab nak smbung study kat Uitm ( ... PJJ ) dan dia minta kebenaran untuk menginap jika ' kemalaman ' sebab kerje ... aku sendiri x kisah ! ... kerana aku anggap dia dah macam adik ...

* insiden mengaibkan malam aidil adha 1999 bagai titik hitam yang menoktahkan keakraban kami ... aku benar-benar terkejut ... apa yang aku ingat ptg tu ayin ada call mintak kebenaran untuk tidur kat rumah tu sebab dah tertinggal bas terakhir ... so aku hanya berpesan ' ... ayin call nenek dan masak le apa yang ade ' ... kejutan panggilan telefon malam tu dari seorang teman buat aku ' terpana ' " ... x mungkin ayin buat begitu "

* pelbagai cerita mula tersebar dan aku juga terkena tempiasnya ... terasa bagaikan orang memandang sinis ... masa tu aku berharap sesangat ayin akan menghubungi aku untuk bercerita apa sebenarnya yang berlaku ... aku terus menunggu dan menunggu ... tapi hampa dan pada waktu yg sama jugak semakin galak orang bercerita ... buat aku keliru ! ( ... januari 2000 aku keluar dari rumah tu )

* hampir sebulan kemudian baru le aku terima coretan ini ... aku marah dan kecewa dengan sikapnya ( ... hanya arwah emak selalu pesan ... jgn percaya apa yg kita dengar ... mungkin kisah sebenarnya lain ... ) kini aku membaca lagi coretan itu tapi dalam suasana yang beza ... berkali2 membacanya menimbulkan pesepsi yang lain dari dulu ...

* ayin ! sempena syawal ni ... maafkan akak kerana menjauhkan diri selepas insiden itu ... akak gagal mengawal perasan marah dlm diri ketika itu ... kini bila mendengar kesulitan yg menglingkari kehidupan ayin ... akak amat sedih tapi kita bagaikan jauh terasing ...

* ... sentiasa berharap kami akan akrab macam dulu ... mungkinkah terjadi ? ...

terkena lagi ...

- ari ni aku tutup akaun kat takaful ... dlm suasana ekonomi yg makin gawat ni ... aku perlu jugak buat penyusunan semula struktur akaun sendiri ... lagi pun aku masih ada satu lagi insuran ... rasanya cukup melindungi apabila musibah menimpa ( ... mintak dijauhkan le ) ... pastu aku gi bank islam sat ... masukkn cek abang ( ... isk ! klu dia tahu aku x masukkn lagi cek tu ... memang haru )

- ari ni gak aku cuba call HQ ( .. semlm berkali2 cuba tapi gagal " harap maaf .. operator sibuk ")
... setelah berkali2 mendail baru le dapat ... topiknya hanya pasal masalah air yang masih lagi gitu2 gak ... aku dah selesaikan apa yang seperti diarahkan ... dan sepanjang 2 bulan ni ... aku dan kekawan kat office dah berkorban banyak dengan bawak air dari rumah untuk keperluan sendiri ... tapi ari ni aku dapat arahan baru lagi ( ... maknanya sepanjang 2 bulan ni diorang x buat ape2 follow up pasal masalah ni ) ... sedih dan kecewa sesangat bila berdepan dengan situasi ni ... berkali2 diusulkan dalam mesy tapi tindakannya tetap " kosong " ... hanya tercatat kat mint mesy jer !

- kekadang tu malas nak bagi cadangan sebab akhirnya segala usaha kearah penyelesaian akan terpikul kat kita jugak ... " at least " aku terkena lagi ....

* ... bersabar selagi terdaya !

Thursday, October 9, 2008

alamak ! bosannye ......

... ari ni semua dah mula kerje ... kira macam dah cukup lengkap le tu ... segalanya pun dah kembali seperti asal ... kembali seperti dulu2 jugak ... x de beza langsung ... dan rasanya semua ni mungkin akan kekal begitu ... so aku pun akan kekal begini ajer deh ! ..

... ari ni aku memulakan semula rutin macam biasa ... shelving buku kat rak ... aduh ! pusing kepala jugak semua gara-gara daya kreativiti pengguna semasa ramadhan lepas ... mungkin gak diorang tu bosan kat rumah ( ... bulan pose bukan boleh makan ) dan mereka mereka jadi lib tempat bersantai sambil membelek lembaran semua buku yg ada kat rak ... pastu mereka letak jer kat mane2 sesuka hati mereka ... sabo jer le !

... sebenarnya banyak perkara dan kerja yang perlu aku selesaikan ... kekadang tu timbul jugak suara2 nakal ... perlu ke aku buat semua ni ? ... memang tugas aku ke ? ... apa sebenarnya kerja aku ? ... la ni masalah air masih x settle lagi ... semua pihak masih berdiam diri ... atau pun ini salah satu tugas aku gak ? ...

... aku betul2 bosan dan rasanya ingin menjerit " keluarkan aku dari sini !!!! " ...

* kebisuan melanda lagi ... terapi berkesan mengawal kemarahan dalam diri ... lagi pun aku pose ari ni ...

Tuesday, October 7, 2008

apa sebenarnya ....

salam aidil fitri ,

... semalam aku mula kerje ... erm ! dah lama bercuti rasa malas lak nak gi kerje ... so semalam tu aku terpaksa memaksakan diri untuk kerje ... hehehe ! dalam hujan lebat tu aku sampai kat office tempat pada waktu ... jadual kerje dah kembali macam dulu gak ... x de peluang nak balik pukul 5.00 lagi ... dan fokus aku semalam lebih kepada menyiapkan statistik dan perkara2 yang perlukan tindak segera ... pengguna lak x ramai ... mungkin diorang ni masih dalam suasana raya lagi ...

... pagi tadi aku singgah sat kat lib daerah ... hantar surat dan ingat nak jumpa ' bos kecik '
( ... hehehe ) nak mintak sahkan surat ... cuti le pulak ! ... pastu aku taip surat untuk mohon sumbangan bagi majlis hari raya yang dirancang pada 18 / 10 / 08 ( sabtu ) ... semua tu dah tugas hakiki yang aku lakukan setiap kali majlis raya ... aku ingatkan .. lepas ni nak bersara le dari semua ni ... bukan le berkira sangat tapi nak bagi peluang kat member lain pulak ... teringin jugak merasa dilayan sebagai tetamu ...

... kekadangan tu terfikir gak kenapa le aku suka atau sesuka sangat buat perkara ni ... ? aku pun sering tertanya ... kenapa erk ? ... sebenarnya nawaitu aku dan bunga hanya satu untuk merapatkan silahturrahim antara kita semua ... memang le kena bayar sikit untuk menyediakan juadah santapan kita nanti ... lagipun keluarga kakitangan pun boleh turut serta ... bak kata orang ( ... yang sedikit sama dicicipi ) ... tapi bila melihat maklumbalas dari daerah sebelah sana memang le memberangsangkan ... hanya dari daerah sebelah sini agak malap ... apa pun kena le tunggu !

... dan tadi gak situasi yang pernah berlaku dulu ... berlaku lagi kat lib daerah ... semua staff dari desa silih ganti bertandang menghantar maklumat ... aku ingatkan keadaan ni melanda daerah sebelah sini jer ... rupanya merebak sampai ke seberang sana ... aku kena belajar biasa dengan ' cara kerja ' begini ... kena bersedia selalu !

... " siapa kita " guman seorang teman ... itu hakikat yang terpaksa aku dan mungkin jugak kamu ... kamu ... dan kamu harus terima ... tadi aku dimaklumkan arahan ' beralih ' arah lagi ... jangan le ambil pusing sangat hal2 macam ni ... siapa pun yg diarahkan semua dalam bidang kuasanya ... bagus gak untuk belajar ... tapi biar le betul-betul hasil ' sentuhan ' sendiri bukan ' ciplak ' ...

... mungkin gak ' cara kerja ' berbeza dan kepatuhan kepada setiap arahan memesongkan pandangan ... apa yang penting kita ikhlas dengan apa yang kita lakukan ... dan yang paling utama jujur dengan amanah yang kita galas ...

* ... ular menyusur akar tak kan hilang bisanya ....

Saturday, September 27, 2008

... dan syawal pun diraikan

salam ramadhan ,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
* ari ni kira last aku kerje dalam bulan ramadhan / september ... dan akan mula bertugas 6 okt ... kali pertama aku cuti lama sebab nak smbut raya ... kira raya sakan le ... hajat hati tahun ni nak semua ziarah rumah paman dan bibik
( ... mak / pak sedara ) ... erm ! nasib baik harga minyak turun walaupun sikit ...hehehe
* buat kekawan sejawat ... jangan le uzurkan diri pada 18 okt ni ... lepas majlis kat lib daerah tu ... leh le korang singgah kat ' teratak ' keluarga aku ... bukan jauh pun hanya ' sepelaung ' jer ...
* dikesempatan ni jugak nak susun sepuluh jari , mohon kemaafan dari semua kekawan dari Zon 1 A&B ... mana le tau kan ... ada coretan dari blog ni yg menguris hati korang ... sebenarnya x de ape2 maksud pun sekadar catatan dari apa yg aku perhatikan ...
jumpa lagi !

erm ! kembali kepada asal ...

... semalam aku cuba nak tukar wajah blog ni ... bosan gak asyik template yg sama jer ... so call honey ... tanya caranya ( ... melalui chat ) memang pada mulanya agak berjaya dan rasa macam mudah jer ... aku pun mula le rasa teruja nak ubah ... dan ubah ... dan ubah ... hehehe
tapi bila semua dah save baru le aku perasan ... banyak benda yang dah hilang ... mula le rasa gelabah ... memang dah jadi sikap aku ... kalau ada perkara yang buat aku panik ... kena cool dulu ... bertenang dulu ...
... tadi call honey ( ... erm ! cuti le pulak ) cerita pasal kes semalam ... semua yg di'nyah' kan semalam tu kena buat semula ... hari ni memulakan langkah ... tentu dengan lebih berhati2 ...
sebenarnya x le payah sangat ... apa yg hilang tu ... aku boleh dapat balik ... yang paling penting kena lebih fokus ...

* pengajaran yang dapat ari ni ... jangan mudah putus asa ... dan bertenang ... pasti berjaya ...
apa pun thanks kat honey yg x bosan melayan segala pertanyaan ... *

Thursday, September 25, 2008

sumpah atau sesumpah

... ari ni aku singgah kat lib daerah sat untuk ambil slip gaji , rubber stamp dan dapatkan pengesahan slip gaji untuk member ... so kena le tunggu sampai boss dulu ... masa menunggu ni aku sempat bual bicara pasal hal2 berkaitan kerje ... perkara baru yang perlu diambil tindakan selepas mesy minggu lepas ...
... komen dari rakan yang menerima slip gaji ... tercatat lokasi perkhidmatan yang baru ... mengundang seribu persoalan kerana surat pertukaran masih belum lagi diterima ... bila call kat HQ ... diorang maklumkan dah dapat maklumat tu ... so memang sah " pertukaran " akan berlaku ... mungkin mereka kat HQ tu terlepas pandang ... teringat pulak cerita pasal ada yang sanggup ' bersumpah ' ... kononnya x tau sapa yng akan kena tukar ... ! tapi hakikatnya semua ni atas permintaannya ... erm ! susah nak komen hal-hal macam ni ...
... mereka yng tersenarai dalam ' pertukaran ' ni ... jangan le rasa kecewa sebab lokasinya x lah sejauh mana pun ... masih dalam daerah yang sama ... perihal ' sudah serasi ' dengan tempat lama tu ... dah x relevan lagi dijadikan alasan ... sebab bila kita sudah besedia menerima jawatan tersebut ia bermakna jugak kita sanggup bertugas kat mana pun jika diarahkan ... x de apa yang nak dirisaukan ...
... klu sebelum ni dah berikrar dan berjanji untuk kekal dan setia bersama ... mansuhkan saje MOU tu ... kerana x selamanya kita akan kekal kat situ ... kekadang tu terdetik gak kat hati ... yg minta ditukarkan x diambil perhatian ... tapi ' tempiasnya ' kena kat orang lain pulak ...
erm ! apa nak dikata kan ... terima je le !

* ari ni berpuasa tanpa sahur ... tapi ok gak ... badan rasa ringan jer dan x rasa lapar ( ... mungkin sebab suasana sejuk kat office ni kut )


Tuesday, September 23, 2008

x mungkin berpaling ...

... mendengar cerita dari seorang teman tentang ' dia ' yang pernah singgah kat hati ... buat aku turut bersimpati dan cuba memahami gelodak dihatinya ... rencah kehidupan x pernah menjanjikan laluan mudah untuk semua diantara kita ...
... apa yang dapat aku katakan hanya ' ... jangan terlalu mencari dan mengharapkan kesempurnaan ... terlalu mencari kesempurnaan dalam diri orang lain ... sama lah seperti mencari kekurangan dalam diri sendiri ... kita selalu anggap kita betul dan yang salah tu orang lain ... belajar lah terima hakikat setiap insan ada kekurangan dan kelebihan ... tangani sikap egois tu dengan lebih berhemah ... belajar hargai perasaan orang lain jugak ... dan paling utama banyakkan sabar ...'
... rentetan kisah ' duka nestapa ' ni ... tidak sedikit pun membuka ruang dalam hati aku untuk menyesali keputusan yang pernah aku buat ... dan tentunya tidak mungkin aku berpaling mengintai sejarah silam ... apa yang aku putuskan saat itu masih relevan sampai bila-bila ... kerana sekali kaki melangkah ... aku akan terus melangkah ...
... hanya aku terkilan sangat pada waktu tu ... pelbagai andaian dan tanggapan yang semua menjurus menyalahkan aku ... sikap berdiam diri dan ' no komen ' aku ... seolah-olah mengiya segala telahan ... memang aku sedih ... tapi hanya aku yang tahu apa yang terbaik untuk aku ...
... dari kejauhan ini aku doakan ' kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan sepanjang hayat ' ...amin ...


* terima kad raya dari Nur Hannan ( ... tahun ni raya dengan abah ! ... alhamdulillah )

Friday, September 19, 2008

saat keinsafan menyentuh ...

... sejak sebelum ramadhan lagi ... aku sering dibelenggu perasaan sedih dan hampa kerana beberapa perkara yang aku harap masih lagi tiada kepastian ... gelodak dalam diri rakus menaburkan titik-titik hitam dalam hati ... aku jadi hilang diri sendiri ...
... Ya Allah , ... aku bersyukur kerana masih diberi peluang menginsafi diri ... ramadhan ini benar-benar memberi aku lebih ruang mengenali diri ... menilai diri ... mencari diri ku yang hilang hanya kerana kekecewaan dunia ...
... teringat kata seorang teman " ... Allah mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya ... kegagalan yang kita lalui atau harapan yang tidak dapat kita capai ... akan mendekatkan kita dengan Nya .... sentiasa memohon dengan Nya ... akan membuat kita sentiasa mengingatiNya ... jika hati rasa sedih ... belajarlah redha denganNya ... "
... insyaAllah ! aku berusaha untuk melupakan soal " penghijrahan " ... mungkin khidmat bakti yang sekian lama tertumpah disini lebih dapat dimanfaatkan ... penolakan ini sebenarnya satu penghargaan yang ' tersembunyi ' hikmahnya ...
... buat mereka2 yang mungkin akan ' berhijrah ' ... anggapan itu yang terbaik dari mencari dan menilai diri ... sesungguhnya sukar mengakui kekurangan dan kelemahan diri akan lebih menghanyutkan kita jauh dari realiti kehidupan ...

* Ya Allah , aku pohonkan padaMu ... ampuni segala dosa2ku ... peliharakan diriku dan fitnah dan kemaksiatan ... jauhkan diriku dari kesesatan yang nyata dan tersembunyi " .. amin ...

kuih raya


... salam ramadhan ,
hari ni terima bingkisan kuih raya dari Kesuka ... macam tahun lepas gak ... alhamdullilah !
sebenarnya hingga saat ni ... aku masih belum merancang nak buat kuih apa ... ntah la ... perasaan teruja nak sambut raya tu dah semakin menipis dengan meningkatnya usia ... apalagi tahun ni adik akan beraya kat neg. 9 ... pasal kuih raya ni aku x le pusing sangat sebab banyak pilihan kat luar sana tu ...
- yang aku dok tengah fikir hal masak lauk pauk ni ... selalu tu bab masak memasak tu memang dia yg handle ... so tahun ni terpaksa le aku 'bersilat' dengan senduk dan kuali ... rasa macam x yakin aku mampu buat semua tu ... tapi belum cuba .. belum tau kan ....!
* Ya Allah , bukakab bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagi pintu-pintu neraka , berilah kemampuan kepada untuk ayat-ayat suci al-Quran " .... amin ...

Tuesday, September 16, 2008

cerita hantu ...

... sebenarnya disebalik berjuta kelebihan dalam bulan Ramadhan ni ... ada sesuatu yang begitu terkesan kat hati aku saat ni ... pasal adib ( ... anak saudara ) selain misi mencari malam penuh keberkatan ' lailatulqadar ' ... aku baru perasan sikap ringan tulang dan beraninya ...
... pasal sikap berani ni yang mencuit hati kami sekeluarga ... kalau bukan bulan puasa nak keluar rumah apalagi waktu malam memang dia takut ... tempat gelap sikit pun dia dah takut dan gelabah ... teringat aku masa kes ' black out ' dulu ... dalam suasana gelap tu ... aku hanya terdengar suaranya yang x henti sebut ' Allahu Akhbar ' ...
... la ni sejak awal ramadhan lagi setiap kali gi solat terawih ... dia gi naik basikal jer ... x nak bonceng motor dengan Dd ... bila aku tanya " bulan ni hantu semua kena rantai " selamba je dia menjawab ... aku tersenyum ... erm ! kena ubah tanggapan adib ni ... risau gak kalau samapi ke tua ... dia masih macam tu ...
... " hantu memang x dinafikan memang ada ... tapi lebih baik kita takutkan kemurkaan Allah dari takutkan hantu ... kalau rasa takut baca apa2 surah yang adib hafal ... rasa takut tu hanya perasaan kita jer " itu nasihat aku ...
... " acik ! x takut hantu ke ? " ... soalannya ... buat aku terkedu ... " ntah le ...x leh jawab sebab acik belum pernah jumpa hantu lagi " ... hehehe ... seram gak aku !

* Ya Allah , bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya , jauhkanlah aku dari dosa-dosa dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan - Amin .

Saturday, September 13, 2008

amaran atau ugutan ....... ?

.... semalam semua p'khidmatan dari daerah tempat aku bertugas bermesyuarat ... nak kata tergempar x jugak ... sebab pengisiannya hanya perkara2 yg pernah diperbincangkan sebelum ni ... masa aku sampai semalam semua staff dah ada ... rasanya segan gak atas kelewatan ni ... tapi rasanya aku x lewat sebab aku dimaklumkan mesyuarat bermula 10.00 pg ... mungkin mereka2 tu yang tercepat ... terpaksa pulak dok kat sebelah pengerusi .... kalut betul !
... ada beberapa perkara penambahbaikan yang aku anggap biasa2 jer ! ... bila soal disiplin dan etika p'khidmatan diperkatakan ( ... difokuskan lebih pada p'khidmatan desa ) aku x pasti apakah ia bersifat amaran atau ugutan ... aku tau mereka semua tu bersyukur sangat2 sebab dapat jawatan tetap ... lagipun mereka dah bertapak lama dalam memberi p'khidmatan pada masyarakat ... impaknya pada masyarakat pun jelas ... kalau lib x dibuka maka akan ada komplen ... ini menunjukkan p'khidmatan yg mereka beri berkesan ...
... aku pasti mereka pun berusaha untuk buat sebaik mungkin ... memberi tekanan dengan tidak memberi sokongan untuk pengesahan jawatan atau menghadapi tindakan ditukar ... bukan penyelesaian ... dari dulu lagi aku paling anti kalau diberikan kata dua ... bimbingan dan pantauan berterusan adalah lebih berhemah dan kami yang ' dibawah ' ni akan rasa lebih dihargai serta bersemangat untuk berkerja ...
... jangan semaikan perasaan takut dan benci ... kita sesama manusia perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain tanpa mengira status jawatan ... !

* aku akan tetap disini .....

kembara ilmiah warkah kemerdekaan ...

... salam ramadhan !
... antara bahan yg dipamer

minat yg seharusnya ada pada setiap dari kita ...


... lima dara pinggitan posing !




kempen keahlian utk pengunjung


... sibuk mencari jawaban kuiz


jamu selera bersama Bunga dan Pn. Hasnah Abd.Rahim ( pensyarah UiTM )


daftar ahli ... YB Shamsuddin Lias

... 30 Ogos lepas .. lib caw. dijemput untuk mengadakan pameran dan aktiviti yang sesuai untuk pelajar sekolah dan masyarakat setempat ...
... sebenarnya program ni dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana ...
... untuk aktiviti ari tu kami buat kuiz bertulis dan lisan ... sambutan memang menggalakan hingga terpaksa print kertas soalan lagi ...
... pendaftaran keahlian masa tu memang gempaq ... borang keahlian tidak mencukupi ... kesian gak pada adik2 yg x dpt daftar ahli ...
... sempat sembang ilmu dengan Pn. Hasnah berkaitan perpustakaan dan pembelajaran secara online ... insyaAllah ! jika ada peluang hasrat untuk menimba ilmu dan menambah pengalaman akan cuba dicapai ...
... ari tu kami balik jam 6.00 pm ... ucapan dari YB lama sangat ( ... dah le dtg lewat ) so terpaksa kemas dan tinggalkan majlis ... lagipun hujan dah mula menitis ... ikut perancangan program habis jam 5.00 pm ... sian kat bebudak UiTM tu ... dengar cerita diorang bertolak balik malam tu jam 9.30 mlm ...
... dalam perjalanan balik tu ...singgah makan kat Bt 23 ... pekena sate , mee bandung dan mee sup
8.00 mlm - baru aku sampai kat rumah
argh ! ... penatnya
apapun rasa seronok dapat menyumbang bakti kepada pelajar sekolah tu ...
dan pastinya statistik keahlian bulan ni meningkat ...
hari ini ... aku terima cenderahati penghargaan dari student UiTM ...
* terima kasih daun keladi
kalau ada program ... leh le jemput lagi *