Wednesday, April 9, 2008

rahsia surah Al-Kautsar


Bismillah..........hirohma...nir'roh himm.....

"Innaa ak'thoina'kalkautsa r,
fashallilirabbikawa nhar,
innashania'ka huwal abtar".

Subject: RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR
Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
p/s - sekadar copy/paste dari email yg diterima dari seorang kawan ... untuk tatapan bersama

Friday, April 4, 2008

.. menang bergaya , gagal bermaruah

... 4 april 2008

.... hari ni along ( anak saudara ) menghadiri interview kat Putrajaya ... semalam dia call " bagi le tips ... " aku pun x tau nak bagi tips ... sebab masa aku pi temuduga untuk jawatan sekarang ni aku main redah je ... masa tu aku hanya berdoa agar x kelu lidah untuk jawab pertanyaan ... pastu aku cari serba sedikit maklumat untuk jawatan yang dipohon selebihnya tu ... aku bertawakal kepadaNya ..

.... hanya aku titipkan pesanan buatnya ... " dalam apa pun yg kita lakukan mesti ikhlas ... dan berterus terang ... jawab le dengan berhemah , tampil kemas dan berkeyakinan ... insyaAllah "
dia ketawa " acik ! jangan lupa ... doakan kita "

.... seperti selalu tu ... aku sering ingatkan kat dia " bila buat sesuatu tu mesti bersungguh2 walaupun banyak saingan , kena yakin diri ... kalau berjaya alhamdulillah ... kalau gagal pun tetap bermaruah sebab kita dah berusaha ... mungkin Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari ini untuk kita ... siapa tau kan "

Selamat berjuang !!!

Friday, March 28, 2008

mencari kejujuran ...

... jujur ... perkataan ni kalau ikut kamus membawa maksud lurus hati , tulus , ikhlas dan masuk dlam kata sifat ... dan tentu perkataan jujur ni lebih menjurus kepada makhluk yang bernama manusia ...

... selalu gak perkataan ini dilontarkan untuk meluahkan isi hati atau ungkapan kata bagi menyakinkan orang lain bila riak curiga terpancar kat wajah ... perkataan jujur ni sering di tekankan ... " aku jujur ni ... bla ... bla .... " mungkin disebabkan situasi ni acapkali berlaku dan seolah-olah menjadi tabii makanya kita rasa biasa-biasa je ...

... pernahkah kita fikir sejauh mana kejujuran kita ... atau pun mulai hari ni mari kita cari kejujuran dalam diri kita sendiri ... atau pun takut dengan bayangan kejujuran sendiri ..

... jujur denganNya ... sejauh mana kita jujur denganNya ... jujur ke kita ketika melakukan suruhan dan menjauhi laranganNya ... jujur ke kita ketika diuji dan pasrah padaNya ... jujur ke kita kalau hati sentiasa mengharapkan balasNya ... jujur ke kita padaNya kalau perbuatan dan tingkah hanya untuk tontonan ... cari le dimanakah kita sebenarnya ...

... jujur dengan diri ... apakah matlamat hidup kita ... jujur ke kita dalam mencari rezeki ... jujur ke kita dalam berkerjaya ... jujur ke kita dalam berkata-kata ... jujur ke kita keadaan sekitar kita ... dan banyak lagi , seandainya kita berupaya mendapatkan jawaban dan tidak malu untuk mengakui jika terdapat kelemahan dan kekurangan kita berusaha pula untuk memperbaikinya maka telah dapat berlaku jujur pada diri sendiri ...

... dalam banyak keadaan yang aku lalui saban hari ... kesimpulannya sifat jujur dah semakin menipis dan tidak mustahil akan pupus dan hilang langsung seperti menipisnya lapisan ozon ... entahla ... aku sendiri ada kalanya bagaikan terhimpit antara keperluan untuk bersikap jujur atau tipu sunat ( ... istilah bebudak sekarang ) dalam menyelusuri lorong kehidupan ... mungkin semua orang melaluinya ... tapi aku tidak akan sesekali bersikap " lain dikata , lain dikota " atau " cakap x serupa bikin " (... meminjam istilah bebudak sekarang lagi ! ..) .... dah banyak kali aku disuakan dengan situasi ini ...

... aku dah jemu dengan situasi begini ... dan aku tahu setiap sesuatu boleh diubah atau dilakukan penambahbaikan kecuali jika kita sendiri tak nak ia berubah , malas nak berubah dan kekal selesa begitu adanya ...



Tuesday, March 25, 2008

berhenti berharap

... salam,

semalam aku menghadiri mesy tahunan kelab kebajikan tempat aku bertugas ... sebagai ahli kelab disamping urusan kerja yang perlu diselesaikan ... aku merasakan perlu untuk aku hadir walaupun itu adalah keputusan disaat akhir ... disebabkan tahun ini tak de pemilihan ... suasana mesy tu ... biasa je ! hanya menyatakan usul-usul dari ahli dan semakan minit mesy lepas ...

oleh kerana kehadiran ahli yang luar jangkaan maka aku dan beberapa ahli kelab lain yang datang agak kelewatan tak dapat kertas minit bagi mesy lepas ... ketika mesy berlangsung ada gak beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti suara-suara sumbang yang adakalanya aku rasa agak mengganggu dan biadap bila seolah-olah memperlekeh peribadi orang lain .... mungkin gelagat ni satu kebiasaan untuk menceriakan suasana ... tapi pada anggapan aku sikap atau situasi ini dah ketinggalan zaman ...

ada beberapa cadangan yang aku rasa menarik seperti sukan memanah yang diusulkan ... walaupun kedengaran agak pelik dan janggal tapi ... apa salah cuba menerokai sesuatu yang lain dan baru kan ! ... kalau tidak tu asyik benda yg sama je ... pastu orang yg sama gak ... boring le ...

... pastu aku sempat gak meneliti maklumat terkini kat fail peribadi aku ... bukan ape , sekadar menilai prestasi diri dalam tugas ... sebagai panduan untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan terbaik ... sekurang2nya aku tahu apa yang perlu diperbaiki dari kekurangan yang ada .... macam semalam tu ... rekod keputusan PTK aku tiada dalam fail tu ... kalau aku x semak ... emn ..... x de makna le exam yg aku ambil ... aku pun tak tau salah siapa ????

sebelum balik semalam aku hadiri taklimat ringkas berkaitan format yang baru diperkenal dalam sebulan dua ni ... biasa le ... benda baru mesti ada sedikit kesukaran tapi semua terpulang pada kita ... pesepsi kita yang paling penting ... kalau kita anggap tugas tu satu amanah dan wajib digalas ... so apa masalah nya .... soal penat dan susah jangan le dipersoal ... kan kita dibayar untuk lakukan semua ni ... jgn pulak masa kat dengar taklimat semangat berkobar-kobar menyala ... tapi bila sampai kat pejabat dah jadi suam-suam kuku jer ...

... semua ni aku jadikan ikhtibar ... jangan terlalu berharap orang akan lakukan untuk kita .... sesekali tu kita kena bertindak sendiri ... gunakan pengalaman dan kemahiran setelah bertahun2 bertugas tu untuk buat yang terbaik ... jangan le sentiasa berharap , berharap dan berharap ... lepas tu mengeluh !! ... kecuali le kalau selama bertugas ni kita tak ikhlas dan sentiasa mengutamakan populariti lebih dari kualiti ....

... berhenti le berharap untuk dapat lebih kalau usaha yang dilakukan secubit cuma ... belajar ikhlas untuk diri sendiri dalam apa juga tindak dan perbuatan terutama semasa bertugas ( ... sebenarnya ingatan ini lebih untuk diri aku sendiri .... ) insyaAllah ...! akan ada balasan ....

... sekadar luahan dari sketsa semalam

Wednesday, March 19, 2008

sesekali tu kena ubah gak ....

salam,

... 18 mac
aku terima mesej dari seorang kawan .... komen pasal colour blog ni ..." kenape tukar warna ni ... x ceria langsung le ... ataupun saat ni ko tengah x de mood ... tu pasal citarasa ko ada celaru sikit " ... sebenarnya x de ape kes pun ... saje aku nak tukar .... sesekali tu kena gak ubah untuk tengok keserasian ... ok la ! ... nanti aku tukar calor lain pulak ... ape pun terima kasih le sebab baca blog aku ni ...

hehehe ... pasal ko bulih baca ... minda orang melalui warna ... aku x respect langsung ... sebab nya ko dah gagal baca emosi aku .... bila ko salah teka kenape aku pilih colour biru utk blog ni ...

Wednesday, March 12, 2008

hikmah disebalik kejadian ..

salam ...

... hampir seminggu gak ... aku tak menulis kat blog ni ... erm ! macam2 musibah menerjah ... dugaan datang dari Allah tu ... aku yakini sebagai tanda kasih sayang Nya kepada seorang hamba ... Alhamdulillah semuanya dah ok ...
... minggu lepas hampir setiap hari gak ... aku berulang alik ke hospital Tlk Intan ... ziarah abang yg ditahan kat wad ... sebab diabetes , aku anggap ni satu ingatan untuk aku juga agar lebih prihatin dlm soal makan minum dan menjaga kesihatan ...
... bila difikirkan apa telah aku lalui ... sepanjang minggu ni ... memang memenatkan ... tapi apa yang tersirat itu lebih bermakna ... hubungan kekeluargaan terasa lebih akrab ... selalu tu abang bertindak sebagai pembuat keputusan ... tapi kali ni dia terpaksa akur atas setiap cadangan dan pandangan aku ...
... bukan le niat nak tunjuk pandai ... tapi untuk kebaikan dia gak ... semalam ketika dalam perjalanan untuk ziarah / menjemputnya balik ke rumah ... " lepas ni kena le pantau ... apa yang boleh dan x boleh dimakan " kata kak mah ( kakak ipar aku da .... ) ... agh ! x kan itu pun aku kena buat ... aku dah dapat orang yg akan menjaga hal ehwal makan tu ... jangan le gundah !
... dalam situasi keluarga yang mana kaum perempuan lebih ramai dari lelaki ... adakala lebih mudah menyelesaikan masalah yang melanda ... seperti kata kak mah " jangan panik ... bertenang dan berfikir ... yang penting saling membantu ... insyaAllah ! semua akan jadi senang "

Thursday, March 6, 2008

diam ...

... diam
dalam situasi kesihatan yang merudum
rasanya berdiam diri lebih baik
lebih istiqamah ...

... diam
adakalanya mengundang seribu persoalan
biarkan ...
mereka berhak berkata apa saja

... diam
sering memberi impak
membuka ruang meluah gelodak rasa

... diam
merangsang kotak fikir
agar lebih fokus pada amanah

... diam
bagaikan terapi mujarab
merawat dugaan dan cabaran
tika dan saat ini



Wednesday, March 5, 2008

kadangkala tu .... tapi kerapkali ....

" kadangkala tu ... bila mengimbau beberapa perkara yang berlaku ... timbul rasa bersalah dan kesal , mungkin atas dasar sifat kelemahan manusia dalam menilai ... sesuatu yang seharusnya dikekalkan tapi dibuang kerana faktor persekitaran dan desakan keadaan masa tu ... adakalanya untuk mencapai hasrat dan tujuan ... kita dengan rela hati sanggup menutup rezeki orang lain ... terkilan kerana tidak bertindak sebaik mungkin untuk menghalangnya ....
" tapi kerapkali ... berlaku kesempurnaan dan kelancaran tugas yang diamanahkan tidak kekal dan berpanjangan ... maka semuanya kembali kepada asal ... sesekali tu hati terdetik ' hak yang lama lebih baik ' ... mungkin tepat seperti kata pepatah petitih " dah terhantuk baru tengadah "

" kadangkala tu ... aku mengangankan sesuatu hijrah dapat dibuat dalam melengkapkan rutin harian ... aku berharap keajaiban akan berlaku ... melakukan penghijrahan ni dengan rasa syukur dan tanggungjawab ... semua tahu tugas dan gembira melakukan ...
" tapi kerapkali ... anganan dan inginan itu bagaikan mengejar pelangi .... jika 10 tahun dulu semua ni aku rasakan mustahil ... tapi kini ianya tetap mustahil .... kerana siapa aku untuk ubah cara pemikiran dan bertindak orang lain ..

" kadangkala tu ... aku ingin berkongsi pandangan dan pendapat ... agar sedikit ilmu yang ada ni dapat dimanfaatkan bersama ... saling ingat mengingati untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan ...
" tapi kerapkali ... menimbulkan pelbagai prasangka dan tanggapan yang menyimpang jauh dari hakikat sebenarnya ...

" kadangkala tu ... ingin meluahkan ketidak telusan yang berlaku ... dengan niat agar ianya tidak berlarutan dan menjadi duri dalam daging ...
" tapi kerapkali ... hasrat tu aku simpan kerana aku belum cukup kuat untuk menongkah arus ... bersedia melawan badai ... namun jauh disudut hati dan ketika bersujud padaNya sering ku titipkan doa dan harapan untuk melihat perubahan ...

Friday, February 29, 2008

sekeping poskad

semalam ku terima sekeping poskad dengan
sedikit coretan tulis tangan ... comel sangat

" hadiah dari cik mis tu dah diterima,
An suka sebab cantik "
- terima kasih -

Nur Hannan

- ketika membaca coretan tu ... aku dapat bayangkan wajah mungil dan cutenya
" SELAMAT ULANG TAHUN KE 11 - semoga sentiasa beroleh kejayaan dan keberkatanNya " amin.

Wednesday, February 27, 2008

selumbar

semakin hampir 8 Mac ... semakin terasa bahang gelora pilihanraya ke 12 ... dan masa ni gak baru le kita berpeluang jumpa orang-orang besaq yg turun padang ... dan masa ni gak kita akan dengar seribu kata janji manis ... saat ni gak rezeki melimpah ruah bagi peniaga warung yang dulunya tutup jam 8.30 malam ... la ni beroperasi sampai ke subuh ... semua gara-gara pilihanraya ... dan tuan punya kebun yang banyak pokok buluh ... leh tersenyum lebar sebab buluh bagaikan goreng pisang panas ... laris sungguh untuk kibarkan panji parti yang bertanding ....

kotak mail aku sendiri sesak dan padat dengan berita hangat ... tak kurang gak yang hangit ... dengan kabar angin ... beserta gambar pemimpin yang tentunya dlm situasi memalukan ... apa yang aku tahu mereka yang menyebarkan mail ni hidup selesa ... kalau pun bukan mewah tapi semua hasil dari tampuk pemerintah sedia ada ni ... entah le

bagi aku mereka ni bagaikan selumbar ... walaupun bilangan tak le seramai mana tapi ... bagai api dalam sekam ... kena gak berhati-hati ...

sebenarnya hidup ni terlalu mudah ... kenapa perlu dirumitkan dengan pelbagai andaian yang akhirnya akan menjadikan kita keliru dan tidak mencapai maksud dan sasaran yang sepatutnya ... kalau masih sangsi dalam membuat pilihan ... mohon pentunjuk dariNya ...

siapa pun yang kita pilih dan undi 8 Mac nanti ... itu adalah hak kita ... so tak perlu le kita jadi agen penyebar fitnah tanpa tahu kebenarannya ... sanggup ke kita mencicah daging saudara seagama hanya kerana berbeza pandangan politik ... kena ingat nilai keimanan , keamanan dan kesejahteraan bersama ...

... thank's honey

... semalam aku dpt input baru dari seorang teman yang baru balik dr krsus ..
web baru e-belia ... sesiapa nak join layari http://www.e-belia.com/ ...

selamat mencuba !

Saturday, February 23, 2008

kebaikan / kesan warna dlm makanan

.. masa buat paper cutting ... aku terbaca artikel ni ... so nak kongsi sama info ni ...
mulai hari ni kena le cari sayuran yg berwarna ...

Merah - memberikan tenaga dan mengusir rasa lemah , merah juga turut mempercepatkan aliran darah dan membesarkan arteri.

Jingga - Optimis dan berubah adalah kebaikan perwatakan makanan berwarna jingga. Warna ini juga membantu menghilangkan kesedihan dan kekecewaan serta menguatkan sistem imun.

Kuning - membawa kegembiraan, ceria dan keseronokan serta menghindarkan kemurungan . Warna kuning juga membuang taoksik yang tidak dikehendaki dan mengimbangi sistem saraf.

Hijau - makanan berwarna hijau bersifat alkali danmemberikan keseimbangan. disamping memperbaiki stamina serta meredakan perasaan ketakutan dan tergamam .

Biru - membantu tumpuan dan memberi ketenangan. biru juga mengendurkan saraf dan membantu mengurangkan tekanan darah

Indigo - memberikan ketenangan dan meredakan perasaan daripada rasa tidak selamat serta membantu tumbesaran tisu baru

Ungu - menggalakan kepimpinan dan menghilangkan perasaan yang bercelaru serta membangkitkan semangat kesedaran . ungu memberi kebaikan kepada terencat akal dan baik untuk mata .


Friday, February 22, 2008

sebak

...21 feb

aku terima warkah dari jauh ... nun di selatan
ungkap bicara bernada hiba ...
rasa sebak gak bila membacanya ...
perasaan terharu bersarang gak kat hati aku ...
macam dah buat dosa besar jer ...
aku gak yang bersalah ke ? bila pendapat tak sekata dan senada ...
aku tidak upaya menggotakan impian semua orang ....
maaf ! tiada balas untuk warkah ini ... itu janji ku ...

sebenarnya telah aku putuskan untuk tidak berfikir mengenainya apalagi mengenang ....
jauh disudut hati ini rasa jerih dan dah lelah ...
seperti kata honey "i m lost everything " ....
rasa nak lari jauh dari kemelut ini ...

dalam kebuntuan mencari jalan ...
telah ku lakukan yang seharus sebagai hambaNya ....
bersujud memohon pertunjuk dan keredhaanNya ....
mencari-cari titik noktah bagi suatu harapan dan permintaan ...
itu jua putusan ... muktamad

... hanya harapan dari sahabat kepada sahabat ..
jangan noktahkan ukhuwah antara kita ...
mungkin lebih baik buat kita bersama ...

Thursday, February 21, 2008

untuk renungan

... kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar , maka apabila kamu merasa cukup ( ... rasa kaya dan ilmu ) , maka kamu telah menjadi jahil .... ( al-imam ibn Abdul Barri )

Tuesday, February 19, 2008

... pesanan buat diri ini

tak selamanya pengertian kita ini seharusnya sama dengan pengertian orang lain,
boleh jadi kita suka lebih dari kedukaan orang lain,
hargai apa yang kita ada,
hidup ini ada nilainya,
jalani hidup dengan penuh hati-hati,
mengerti perasaan orang lain dan bertimbang rasalah .

Monday, February 18, 2008

aku belum bersedia ...

15 feb 2008 ( jumaat )

... aku terima panggilan dari seseorang yang aku rasakan begitu akrab suatu masa dulu ... menawarkan satu peluang yang tidak pernah pun terlintas dalam kotak fikir ku ... aku terkejut " cubalah ! ... peluang ni mungkin yang terbaik " Ya Allah !!! ... pada mulanya aku rasa sangat teruja untuk mencuba dan menyahut cabaran ni ... ' mengapa tidak ' kan ...

... tetiba aku terbangun dari anganan indah itu ... bila akal mulai menguasai emosi ... semua ini tak mungkin dan aku benar-benar belum bersedia untuk hadapi cabaran ini ... bukan le bermakna aku penakut .... juga bukan kerana sindrom ' selesa ' dah bertapak dalam hidup aku ...

... aku ingin lakukan sesuatu ... hanya apabila aku pasti dan bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur dan telus .... emm mana mungkin untuk aku berlari sedangkan untuk berjalan pun aku masih perlu dipimpin ... aku tak nak ' yang dikejar tak dapat , yang dikendong keciciran ' ...

... terima atas ingatan dan keprihatinan ... insyaAllah suatu hari nanti jika itu takdirNya ... segalanya akan tercapai juga ...

Thursday, February 14, 2008

saat ini aku terasa ingin ...

saat ini aku terasa ingin ...
melabuhkan badan atas katil
berehat dan bermalas-malas
mereda segala serabut

saat ini aku terasa ingin ...
melelapkan mata sebentar
menghilang rasa lesu yang melanda
melapangkan ruang minda

saat ini aku terasa ingin ...
ingin jauh dari segala
bebas bagai burung camar
bebas dari onak dan cemar

saat ini aku terasa ingin ...
ingin lari dari kesesakkan nafas
ingin lari dari kegatalan kerongkong
emm ... sebenarnya
saat ini aku terasa ingin ..
bebas dari selsema dan batuk ...!!!

:- Bunga .... mengapa ye penyakit yang menyerang kita same .... !!!

" nobody perfect "

... kini bahang pilihanraya dah mula terasa dengan pembubaran Parlimen semalam ... hari ni aku layari utusan secara online ... pada satu sidang media oleh Pengerusi SPR memaklumkan tarikh penamaan calon pada 24 feb ni dan tarikh membuang undi pada 8 mac .... dicatatkan juga tempoh berkempen bagi semua calon parti yang bertanding selama 14 hari ...

... ini adalah pilihanraya kali ke 12 ... awal 15 bulan sebelum mandat penggal sekarang berakhir pada mei 2009 ... mungkin Pak Lah dah dapat ilham dan saat paling baik untuk mengadakan pilihanraya ... agar tak menganggu segala perancangan yang telah dirancang ...

... maka akan bermula la ... sessi umpat mengumpat , kutuk mengutuk dan pelbagai lagi ... dan masa ni gak ada yang putus kawan , putus sedara dan putus cinta kut ... hehehe
kekadang tu ... sambutan untuk pilihanraya ni lebih meriah dari hariraya ... mungkin sebab 3 atau 4 tahun sekali ... tu yang buat semua orang teruja !!

... pengalaman aku masa mengundi kali pertama dulu ... amat melucukan ... bukannya suka tapi takut ... takut tersalah pangkah , takut tersilap pilih calon dan paling takut nama x de dalam senarai pemilihan ... pagi tu aku tengok semua orang pakai baju cantik-cantik ... jalanraya pulak
" jem " teruk ... ramai gak muka-muka baru yg aku x pernah jumpa ... tapi ada kat kampung ...

... masa tu aku pergi dengan arwah emak dan kakak ... jalan kaki jer .. sebab rumah tak jauh dari sekolah yang dijadikan pusat mengundi ... tapi aku jadi rimas kerana sepanjang tu masih ada gak memancing undi disaat akhir ... tu pasal jalan kampung yang biasa lengang dah jadi haru biru macam kat Tunku Abd. Rahman kat K.L tu ...

... kepada semua yang mengundi pada 8 mac ni ... buat le pilihan bijak siapa yang bakal kita pangkah ... siapa yang bakal kita nobatkan sebagai pemimpin ... siapa yang bakal kita tabalkan sebagai peneraju negara ... semuanya ditangan kita ..

... siapa pun yang kita pilih nanti ... kita harus redha " tiada insan yang sempurna " so jangan cari kesempurnaan ... seperti kata Hamka " mencari kesempurnaan seperti mencari pelangi dalam kabus ... " bagi aku pemimpin harus " menjunjung bekalan ke akhirat dan mendukung bekalan dunia "

... apa pun pilihan ditangan anda ... jalankan tanggungjawab anda , kepada yang tak berpeluang mengundi sebab x mendaftar ... jangan lupa mendaftar , kepada yang belum layak mengundi sabo jer le ...

... harap sangat 14 hari tempoh berkempen tu ... tak de perkara buruk berlaku macam kat luar negara tu ... ingat kita ni dilingkungi agama dan adat ... biar berbeza parti dan pendapat tapi jangan putuskan ukhuwah sesama kita ...

Tuesday, February 12, 2008

mencari

sajak kupetik dari buku Anjung Persinggahan
karya
Rahman Shaari
Sesekali kita disuakan
dengan kebosanan
tiada jalan di akal
hanya belukar dan duri idea
segalanya terasing
kita pun berpaling
Apa lagi yang kita kehendaki
jadi begini?
di meja makanan disaji?
di radio suara penyanyi?
ah ! cita rasa menolak segala
nafsu seakan lekang
rindu menjadi usang
Jika begini
betapa besar kehilangan
tapi kita harus mencari
mencari
dimana letaknya erti diri
dan apakah tujuannya
kita di sini

selamat pengantin baru




Mazni dan Noraswati
SELAMAT PENGANTIN BARU ...

9 feb 2008 ...

aku dan keluarga terdekat bertandang ke Serendah untuk mengiringi Mazni ( sepupu ...) yang akan melucutkan status single kepada suami orang ... alhamdulillah akhirnya percintaan berjaya sampai ke titik noktah ... semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke hujung nyawa
esok bermula hari ini
kau dan dia - satu
sesat diramba rasa

kalau kau ditanya tentang hidup
ulangi tafsir pujangga
hidup ini lautan tanpa tepi
gunung tiada puncaknya
belantara membelantara rasa

Wednesday, February 6, 2008

Gong Xi Fa Chai

Happy Chinese New Year
Wishing everyone a healthy & properous year
istimewa untuk:-
CHEONG CHOI FAN & FAMILY
( wa masih terima angpau ma )

pengalaman pahit

.... tadi aku call ibupejabat untuk dapatkan kepastian tentang permohonan surat tukar hakmilik kenderaan .... 2 minggu lepas aku dah maklumkan akan turun ibupejabat isnin ... aku berharap sangat semua ni dapat diselesaikan segera .... tapi amat mendukacita kan ... aku diberitahu surat belum dibuat lagi ... atas alasan kesibukan tugas-tugas lain yang lebih penting dan perlu diberikan keutamaan ... kononnya ...!... yang paling x dapat aku lupakan dan masih terngiang kat telinga ni ... suara sumbang ' katakan je x siapkan lagi '

.... yang buat aku rasa marah dan terkilan sangat ni ... bukan le soal kesibukan pihak yang di atas tu ... tapi soal kredibiliti dan tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan ... x kan lah nak siap kan sehelai surat untuk pengesahan pertukaran hakmilik mengambil masa sebulan .... apalagi la ni dah dapat pun persijilan MS:ISO ... selepas call 2 minggu lepas aku tertunggu gak ... mana le tahu ada dokumen yang diperlukan untuk draf surat tu ... tapi senyap je ... aku meneka semuanya ok ...

.... sebelum ni bila ada pihak luar bersungut dan mengeluh pasal sukarnya berurusan dengan ibupejabat .... aku beranggapan mungkin sebab x ikut prosedur atau lain-lain hal ... tapi hari ni aku tahu ... itulah situasi sebenarnya ...

.... setiap kali ada urusan disana ... aku melihat pelbagai ragam dan gaya ... seolah-olah kesibukan membelenggu rutin harian mereka ... rupanya hanya lakonan semata ... tiada keikhlasan ...

.... apa pun aku tetap akan bertindak dengan cara sendiri untuk mengatasi .... harap pendekatan ini akan membuah kan hasil ....

.... pada yg dok kat 'atas' sana ... tugas anda adalah amanah ... amanah yang memberi rezeki .. rezeki untuk sara anak-anak ... fikir le sendiri ... apa jadi seterusnya ... setinggi mana kita ... kita masih dalam perhatianNya ...

bila tiba masanya ...

... bila cakap soal kematian ... memang tiada pengecualian bagi setiap makhluk yang bernyawa ... kematian atau kembali kepada penciptaNya ada sesuatu yang pasti ... hanya bila , dimana dan bagaimana ia berlaku adalah rahsiaNya ... berlakunya kematian bererti terputus hubungan kekal dengan kehidupan dunia ....

... Al-Fathihah buat Allahyarhamah Ustazah Rahimah yang telah kembali ke ramahtullah semalam .... aku dimaklumkan ia meninggal dunia dalam tidur ... semoga tempatnya bersama-sama orang yang beriman . Amin

Tuesday, February 5, 2008

tempe



salam sihat dan salam cantik ...
semalam ketika membaca akhbar utusan mengenai rahsia wajah Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang nampak muda dan berseri ... kata beliau bukan le sebab botox atau pembedahan kosmetik tapi rahsianya hanya kerana kegemaran makan tempe....


... katanya lagi ' tempe selain mempunyai kandungan protein yang tinggi , ia juga mempunyai khasiat melawan kanser berikutan penyediaannya yang melibatkan proses fermentasi... itu sahaja petua saya '


... so hari ni aku lakukan sedikit pencarian di internet tentang khasiat tempe ... banyak sangat maklumat tentang tempe ... antara kaya dengan serat ,kalsium, vitamin B , zat besi dll ...
berpotensi melawan radikal bebas sehingga dapat menghambat proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit jantung koroner, diabetes , kanser dan banyak lagi ...


... perkara yang tentu seronok dibaca dan penting untuk diketahui oleh semua wanita .... tercatat juga " penuaan dapat dinyahkan bila dalam makanan yang dikonsumsi setiap hari mengandungi antioksidan yang cukup .... dan tempe merupakan sumber antioksidan yang baik ... murah dan yang penting mudah didapati ...

... kajian yang dilakukan di Universiti North Carolina. USA ... menemukan genestein dan fitoestrogen yang terdapat pada tempe ternyata dapat mecegah kanser prostat dan payudara ... sebenarnya banyak lagi info tentang tempe ni ... kalau korang ada masa terluang tu ... cari le

... kat sini aku sisipkan gak resepi tempe yang biasa aku masak ... mudah , cepat dan senang disediakan ... cuba tau ... rasanya ' best ' ...

bahan : tempe ( suka le nak banyak mana ..) kentang ( ... pun ikut suka ) 1 peket kecil suhun( rendam dan toskan ) , bawang merah ( .. x kisah le kecil ke besar ) cili ( ikut suka ) garam ( mesti le secukup rasa ) dan udang kering ( .. lebih banyak lagi sedap ) serta sedikit sos tiram

cara : tempe dan kentang ( potong kecil&nipis) digoreng garing ... asingkan dulu, tumis dgn minyak yg sedikit cili , bawang dan udang kering hingga naik aroma kemudian masukan tempe , kentang ... kacau goreng , last sekali masukan sos tiram , suhun dan garam ... kacau rata ... sedia untuk di hidangan ..

... untuk honey .. ini satu kelebihan sebab suka sangat makan tempe ... mulai hari ni ... kena jadikan tempe menu keutamaan dalam sajian harian ...

selamat menjamu selera ... pastikan ada tempe ...

Monday, February 4, 2008

letih ...



... salam hebat !
... aku betul2 rasa letih ..
letih dengan mandat baru
dari first meeting minggu lepas
arahan kerja serta merta
dengan beberapa pembaharuan
semuanya perlukan tindakan segera
... aku betul2 rasa letih
telefon bertalu ... semuanya keliru
rasa hati terbuku dan celaru
tindakan masih kelabu
... aku betul2 rasa teramat letih

Tuesday, January 29, 2008

... mengapa kita begitu ?

salam semua,

... hari ni aku terima mesej dari seorang teman yang mengeluh kerana kesukaran yang dialaminya .... aku amat memahami akan masalahnya .... terperangkap antara arahan dan pengangkutan ... memang memeningkan kepala .... aku dapat rasakan betapa gusarnya hati memikirkan cara terbaik menangani ... aku juga tahu dia sudah cukup berusaha .... x banyak yang dapat aku bantu hanya sekadar cadangan ... aku harap sesangat ia memberi impak kearah penyelesaian ...

... apa yang ingin aku perkatakan bukan le soal kepayahan yang dialaminya tapi lebih dari itu ... soalan ukhuwah sesama insan ... sesama rakan setugas ... sesama umat dan yang paling penting sesama hambaNYA ... mengapakah kita sering terlupa pada sesuatu yang paling dekat dengan kita ... mengapakah kita sering abaikan sesuatu yang paling hampir pada kita ... kita sering menidakkan sesuatu yang seharusnya atau yang menjadi haknya ... hanya kerana kita .... x sekutu , x sekufu , x sebulu atau pun x sekata dan x sekepala ...

... apakah kerana kita lebih ramai kenalan ... terlebih peramah ... pandai melontar kata bicara atau mungkin juga bijak memperaga ... makanya kita merasa punyai segala tapi seharusnya kita jangan mudah lupa ... tiada yang kekal selamanya .... hari ini kita mungkin dipuncak persada terasa dunia bagaikan ' ana yang punya ' .... mana le tau kan ... esok atau lusa Allah tarik segalanya ....

... ingatlah setiap kejadian itu Allah jadikan ada kelemahan dan kelebihan .... so kalau Allah kurniakan kita kelebihan tentunya disisipkan juga kelemahan ... begitu le sebaliknya ... belajar le untuk terima kekurangan dan kelemahan orang lain ... dan bersyukur le dengan kelebihan yang dikurniakan Allah pada kita ... bak kata pepatah petitih ' bagai ular menyusur akar tak hilang bisanya '

... buat seorang teman '' bersabar le dengan cabaran ini ... insyaAllah ! Allah akan permudahan kan jika kita telah benar-benar berusaha dan bertawakal padaNya " selamat menimba ilmu dan bila balik nanti akan jadi lebih baik . Amin.

Saturday, January 26, 2008

lontarkan jauh impian itu

buat seorang teman yang terguris jiwanya .... meskipun tak tercapai segala impian dan harapan .... terlerai sebuah ikatan perasaan ... mohon jangan noktahkan ukhuwah sesama insan ...

kau yang terlalu setia
tidak pernah pun tahu
bahawa kasih ini
bukan milik berdua
bukan untuk kita bersama

lontarkan mimpi itu
agar mataku tidak berkaca kembali
atau kau
yang nantinya terluka

segalanya bukan milik kita
dan aku telah sering kali
menidakkan harapan
ya , lontarkan ia jauh ...

Tuesday, January 22, 2008

bersantai di pantai nan indah ...

adib,aiman, nasa ... lepas mandi lumpur

kelong paradise ... klu minat memancing

bot nelayan





sabtu lepas cuti minggu ketiga aku dan anak saudara gi le lepak kat pantai BNO ... tak jauh pun ... hanya 15 minit perjalanan dari rumah ... rasanya dah lama gak aku tak ke sana ... kerja melebarkan jalan nak masuk ke pantai pun sedang giat dijalankan ... bagus gak walaupun berhabuk ...

tapi masa aku gi tu air baru nak pasang so hanya lumpur je nampak nyata tapi semua x jadi halangan kat bebudak tu ... nak gak pi tangkap ketam .... cuaca pun tak le panas sangat ... yang paling aku suka tiupan angin lembut dan tenang je ...

aku tak turun ke pantai pun hanya lepak kat pondok yang sediakan sambil baca akhbar dan makan bekalan pulut dan sambal ikan bilis ... asyik sekali ... hampir 2 jam aku kat situ ... rasa malas nak balik ... janji kat bebudak tu minggu depan kita datang lagi .... insyaAllah.

mai le datang ke pantai ni ... best tau ... tempat untuk lepak pun disediakan ... kedai makan pun ada ... kalau minat memancing leh le gi ke kelong ... sedikit bayaran dikenakan ... tapi aku pun x sampai lagi ke kelong ... takut ! sebab aku x pandai berenang ... lagipun aku memang tak minat memancing ....

untuk honey ... singgah le lagi


BENANG DI HUJUNG LAUT
Tiba-tiba di sini
di tepian pantai redup
kukenang diri
separuhkah sudah hidup ini ?
Harapan belum tercapai
akan tercapaikah ?
ada yang jatuh ke jalan
kehidupan yang tidak lurus
untuk sorot kembali
telah hilang jalan lama
Jalan baru mana hujungnya
kecewa berganti dengan kecewa
kejayaan terhimpit di tengahnya
jika menghilang
payahlah mencari kembali
Tiba-tiba di tepian pantai redup
kulemparkan pandang jauh ke laut
di hujungnya segaris benang
terbentang di antara langit
dengan laut
Aku tahu tiada benang terbujur
di situ cuma penipu mata
bagaikan harapan
dikejar hilang








































































































































Friday, January 18, 2008

jelaga

... hari ni aku lewat masuk office ... singgah sat kat lib daerah S/B ... nak serah duit kutipan hasil pd sgg ... secara kebetulan " bos " pun ada masa tu .... so berbincang le pasal aktiviti 2008 ... , disebut le beberapa cadangan ... menarik gak tapi kena fikir dan bincang dulu dengan 'my team ' ... baru boleh buat keputusan .

... aku sebenar dah boring la ... setiap tahun aktiviti yg sama jer ... pastu semua lib buat aktiviti yang gitu-gitu gak .... tadi masa sembang-sembang berilmu tu ... aku dah plan kelainan tu ... idea dah ada ... cuma nak rangka kertas kerja dulu ...' my team ' pun dah setuju ... apa pun kena tunggu mesy. ... nak tau gak budget tahun ni ... tapi aku takut gak nak cadangkan kat
" bos" ... nanti aku n 'my team ' gak yg kena handle semua macam selalu tu ... pastu kalau ada masalah sok .. aku gak kena kutuk ... sedih !

... agh ! tak kisah le ... nak kutuk ke , nak kata ke , nak umpat ke dan nak apa-apa pun aku dah ambil peduli pun ... sebab sifat semula jadi manusia begitu ... satu perubahan tu susah nak terima ... esok-esok jadi ikutan lak ...

... tadi ambik kesempatan gak bincang untuk isi borang skt untuk 2007 ... memang setiap tahun kena isi borang tu ... tapi tahun ni agak kelewatan sikit ... dah masuk 2008 ... musykil gak sebab staff yg dianugerah cemerlang dah ketahui ... ops ! x leh komen lebih-lebih bahaya ..

... teringat kata seorang teman " jangan banyak tanya kenapa , mengapa ... senang cakap jgn persoalkan apa orang ' diatas ' buat ... esok kena gam " .... his ..! ke situ lak ... apa pun aku faham maksudnya ... kena terima seadanya tapi entah le ...

... hati-hati memandu kereta
... kereta dipandu dimalam hari
... gajah bermaharaja lela didepan mata
... kuman diseberang gak yang di cari

Tuesday, January 15, 2008

cepatnya masa berlalu ...

hari ni Angah memulakan langkah pertama menerokai dunia baru dalam kehidupan .... alam pekerjaan .... minggu lepas ketika dia menyuarakan hasrat untuk keluar dari kepompong ... aku bimbang ... entah la ... aku selalu bimbang untuk melepaskannya ... masa along dan didi dulu pun ... aku bimbang gak tapi tak le sebimbang ni ....

" acik jangan risau kita akan tetap ingat pada 5 k .... kepercayaan kepada Tuhan , kesetiaan kepada raja dan negara ..... dan bla ... bla .... " katanya ketawa .... , lawak bodoh le tu ....

malam tadi terasa gak ketiadaannya ... aghh ...!! begitu cepat masa berlalu .... sedangkan aku masih menganggapnya anak-anak yg perlu dipantau dan dikawal selia selalu .... hingga aku terlupa pada usia 22 tahun tentunya dia juga ada impian dan angan ...

apapun dari kejauhan ini aku titipkan doa " semoga sentiasa dibawah lindungan Allah " Amin.

Wednesday, January 9, 2008

Salam Maal Hijrah

... esok 1 Muharam 1429H ... sama le macam mana kita sambut 1 januari baru masuk hari ke 10 esok ... tapi bagi aku Maal Hijrah tahun ni lebih memberi impak kerana selain bertambahnya usia .... ia lebih mejurus kepada peningkatkan muhassabah diri agar lebih mendekatkan diri padaNya ...

... memetik sms yang aku terima pagi tadi " Jika Allah telah memakmulkan doamu , Dia telah mengukuh kepercayaanmu ... Jika Dia menangguhkannya , Dia menguji kesabaranmu ... Jika tidak memakbulkan doamu , jangan putus asa ... Dia telah merancang sesuatu yang lebih untukmu ... Wallahualam . Sambutlah tahun 1429H ini dengan penuh keimanan , kesabaran dan ketaqwaan " .. terima kasih Yati atas ingatan .... kesejahteraan dan kebahagiaan Yati sekeluarga sentiasa dipanjangkan dalam doa ... insyaAllah ..

... buat semua sahabat handai atau sesiapa jer terjumpa dan baca blog ni ..

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429
... jangan buat lupa lak ... esok Cuti..!

Tuesday, January 8, 2008

cik embun

cik embun ( .. siti khadeeja )
adib dan alif pergi memancing
idham dan amar mengayuh basikal
cik embun menjerit suara nyaring
tersenyum manja tapi nakal !

terima kasih daun keladi

terima kasih ... ! maah , hani , su dan bunga

.. maaf la ! sebab baru hari ni sempat nak edit gambar masa aktiviti 27 dis 2007 lepas ... kira dah setahun gak gambar korang tersimpan kat dlm kamera tu ... bukan lupa tapi lepas program tempohari ... tersangat le sibuknya ... mane nak siapkan laporan tahunan ... statistik
... laporan aktiviti dan segala-galanya perlu beres sebelum 5 jan 08 ... korang pun tentu gitu gak kan ...!

... walaupun agak terlambat tapi ... ucapan jutaan terima kasih buat korang sebab sudi menghadirkan diri walaupun x terima surat undangan ( .... buat maah & su ) ... harap sesangat di masa depan korang tetap menyudikan diri ... hahaha !

trima kasih daun keladi
lain kali leh tolong lagi ...


Friday, January 4, 2008

sama je ...!

an... sepanjang minggu pertama 2008 ni aku lalui dengan tenang walaupun agak sibuk menyiapkan laporan tahunan 2007 dan perancangan dan cadangan 2008 ... alhamdulillah semuanya beres mengikut tarikh yang ditetapkan ... terkilan gak rasa hati sebab statistik pinjaman menurun sikit berbanding dengan tahun lepas tapi statistik keahlian meningkat sekali ganda dari tahun lepas ... tahun ni kena usaha lebih le ... hanya ketika proses memasukan permasalahan je yang buat aku pening lalat sikit ...

... permasalahan yang sama gak terpaksa aku tulis sebab memang itu hakikatnya ... tiada penyelesaian ... walaupun berkali-kali di perbincangan dalam mesyuarat dan berkali-kali jugak le .... tercatat dalam kertas minit ... tapi tindakan ' zero '

... akhirnya aku ambil pendekatan sendiri ... laporan ini sekadar ini ' keperluan yang dituntut ' aku hanya menyediakan apa yang dipinta ... seperti tahun-tahun sebelumnya .... untuk sekian kalinya tahun ini aku berharap sangat apa tercatat akan diambil berat ... biar le 2008 ni ada kelainan dan perubahan ...

... untuk aktiviti 2008 ni ... aku masih lagi memikirkan ... mungkin lepas mesyuarat pertama nanti ... nak tau gak berapa budget yang diperuntukan untuk aktiviti atau mungkin ada mandat baru dalam meningkatkan mutu / etika perkhidmatan ...

... apa pun terpaksa le tungguuuu ......!!

Wednesday, January 2, 2008

coretan pertama 2008

coretan pertama 2008 tentunya bagaikan kelahiran semula atau langkah pertama untuk merangsang minda , mengasah minat menulis dalam jiwa ... walaupun sekadar catatan dari rutin harian ... yang mungkin mengundang rasa bosan untuk dibaca ... tapi biarlah ..!

2007 meninggalkan seribu cerita suka duka ... awalnya tenang penuh kedamaian , semua bagai teratur dan tersusun ... agh ...! adakalanya ketenangan itu membuat kita alpa pada parasit yang mengambil kesempatan atas kelalaian dan kelemahan itu .... kesedaran dan keinsafan sering terlewat hadirnya .... kerap mengundang kesesalan dan kekecewaan yang berpanjangan ...

... duga dan cabaran
mengajar aku erti bersyukur
mengajar aku erti bersabar
mengajar erti redha dalam situasi sebenar
memahami erti percaya kepada qada' dan qadar Allah
memberi peluang menghitung ... menghisab diri
Aku redha dengan setiap ketentuan yang akulalui.. aku pasrah..hanya pada Mu aku berserah...aku yakin pada janjiNya, pada rahmatNya dan juga pada kasih dan sayangNya pada setiap hambanya..

sesungguhnya aku pasrah ..

Monday, December 31, 2007

maaf ...

kata sinis kau ucapkan
begitu terkesan dihati ini
begitu pedih dan berbekas
namun .... terima kasih
maaf ! bukan itu maksudnya
bukan niat ku
sekadar lafaz dari hati
tapi .... sebak didada mencengkam
memaksa aku menzahirkannya ....

Friday, December 28, 2007

tingkatkan konsentrasi , jauhkan kontroversi

kurang lebih 3 hari lagi ... kita akan melangkah ke tahun 2008 ... emm ! macam selalu gak tanggal 1 januari pastinya disambut meriah bagai pesta tahunan .... dan bermula le episod ' azam tahun baru ' ... ehh !! bercakap pasal azam ni ... ape dah jadi dengan azam korang tahun 2007 ? klu digapai dgn jayanya ... baguih le ... atau kekal sebagai angan-angan ....

aku ? ... tahun 2008 ni sekadar meningkat usaha untuk merealisasikan angan tahun-tahun terdahulu yang masih tertunda jayanya ... banyak sangat yang hasratkan sepanjang tahun 2007 ni ... akhirnya aku lelah sendiri ... so tahun 2008 kena ' slow ' sikit ...

untuk 2008 ni ... aku cuba sedaya upaya untuk tingkatkan konsentrasi dalam apa jua yang akan aku lalui ..... dalam kerjaya , dalam kehidupan dalam apa lagi ye ! ... Arghhh ... dalam semuanya ...

untuk 2008 ni ... aku juga akan berusaha untuk menjauhkan atau nyahkan terus isu-isu atau pun perkara yang mencetuskan kontroversi ... tak kira le ...samada dalam perkhidmatan , atau pun persahabatan .....

salam maal hijrah istimewa buat Rose Hamimi ( kenangan ketika di PLPM tetap terpahat indah dan kekal selamanya ... rindu sangat ) Yatie Ampang ( ... semoga tabah dan berbahagia selalu .. ) Along dan Dd ( ... acik doakan 2008 lebihkan usaha ... insyaAllah )
Bunga ( ... banyakkan sabar untuk kurangkan stress ) Ella ( 2008 akan lebih murah rezeki .. mudah-mudahan ) Honey ( ... terima kasih kerana persahabatan ini ) Trishariana @ Ana
( .. janji tau mesti score banyak A dlm SPM 2008 ) dan x lupa buat semua kekawan , teman seperjuangan team zon 1B dan sahabat handai ...

Wednesday, December 26, 2007

muktamad

... aku tahu 'dia ' x sempurna
begitu juga aku ...
... aku maklum ' dia ' x sebaik mana
aku pun begitu ...
... sebenarnya kita sama x sempurna dan sebaik mana pun !
cuma ...
salahkah kita sama-sama mencari
bukan kesempurnaan hakiki
hanya keserasian
... cukuplah sekadar insan itu meletakan tuhanNya
lebih dari segala
tapi ...
kita sekadar insan
usaha dan harapan ada batasnya
ketentuan tetap dalam kalam Allah
semoga pilihan ini mendapat redhaNya.

Tuesday, December 18, 2007

Selamat Hariraya Aidil Adha

Selamat hariraya aidil adha
buat
semua kawan , teman dan sahabat
semoga berbahagia dan beroleh keberkatan dariNya
salam dihulur , kemaafan dipohon

Wednesday, December 12, 2007

lelaki

kadangkala aku rasa lelaki ni kejam
eh .... bukan kejam tapi kurang mengerti ...
memang tuhan jadikan lelaki kurang sikit sensitifnya
tapi ... tak boleh ke kalian rendahkan ego tu sikit ....
kosongkan sedikit ruang ...
cuba le belajar memahami
untuk menyelami satu makhluk ciptaan tuhan
bernama wanita .... !

Wednesday, December 5, 2007

penghujung kehidupan

kematian adalah janji pasti dari Allah kepada setiap makhluk yang bernyawa hanya bila , dimana , bagaimana .... menjadi rahsiaNya ... teringat aku satu baris ayat yang pernah aku baca ... tapi lupa lak judul buku tu .... ' ada 4 perkara yang Allah dah tentukan sejak azali lagi iaitu kehidupan , kematian , rezeki dan ketentuan jodoh ' ( ... klu tersalah itu maaf le ... sebab buku tu aku baca masa aku mula melangkah ke alam pekerjaan .... dah lama sangat ! )
bila bercakap soal kehidupan dan kematian .... adakala kita sering terleka dan mengabaikan betapa perlunya untuk kita mengingati juga kematian .... masa aku masih bebudak dulu ... aku beranggapan hanya orang tua akan mati dulu ... seolah-olah mengikut giliran , masa tu perasaan takut kurang sikit dan rasa keinsafan pun tidak begitu dititik beratkan .....
ahad lepas 2 Dis .... aku begitu terkejut dan tergaman bila hasnah memaklumkan seorang kawan karib masa sekolah telah kembali menemui Khalik .... innalillahi wainnalillahi rojiuun .... terdengar esakan dihujung talian ....
sepanjang perjalanan ke rumah arwah , tiada sepatah pun kata .... masing-masing diam , aku dah tak tahu apa nak diperbualkan .... teringat gak aku , kali terakhir aku jumpa dia 2 tahun lepas .. itu pun setelah hanpir 20 tahun tak jumpa .... pertemuan singkat itu mengungkap seribu cerita suka duka .... lepas pertemuan tu kerap jugak aku bersembang di telefon dan sms ... sering jugak janji temu di buat tapi sering tertunda kerana kesibukan kerja dan masalah yang tak dijangka ....
pertemuan yang dirancang pada aidil fitri lepas pun tak kesampaian kerana arwah beraya di wad hospital Ipoh .... dan merancang aidil adha akan datang ni ... ' insyaAllah ' katanya rindu nak jumpa ' top ten ' masa sekolah dulu .
rasa terkilan masih bersarang dalam hati ... mungkin selamanya ... bila terpandang wajah sayu Nur Hannan ... satu-satunya zuriat arwah tanpa sedar airmata aku menitis ...... cekal sungguh hatinya menerima ketentuan Ilahi .... semoga dia jugak akan setabah ibunya mengharung dugaan hidup bersendirian ' Ya Allah permudahkan laluan hidupnya ' amin.
sehingga jenazah dibawa untuk disemadikan .... aku tercari-cari wajah insan ( ... juga rakan ) yang pernah mengoncang jiwa remaja arwah suatu ketika dulu .... terdengar juga cerita ... hampir 4 tahun Nur Hannan tak jumpa babanya ..... alangkah ...!
' Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat yang mulia disisiNYA ' amin
Al-Fatihah.

Friday, November 9, 2007

... terjerat !!!

... hari ni ketika dalam perjalanan ke pejabat aku terjerat dalam kesesakan dijalanraya .... ah ..! mungkin sebab hujan yang turun dari subuh tadi menyebabkan kenderaan bergerak lembab atau mungkin disebabkan sambutan deepavali makanya ramai yang mengambil peluang menyambung cuti ... tapi alhamdulillah sebelum jam 9.00 pagi aku dah selamat sampai kat pejabat ...

... teringat pulak beberapa hari lepas .... ada panggilan dari seseorang untuk aku tapi tidak maklumkan nama dan dari mana .... aku masih tertanya-tanya siapa le gerangannya ... sudahnya aku abaikan jer .... malas nak beratkan fikiran ...

... minggu ni aku rasa letih dan terjerat perasaan dengan beberapa perkara yang datang menerjah atau terjadi tanpa disangka-sangka .... janji temu untuk projek yang kajian tempatan tertangguh kerana masalah kesihatan ... aku gagal menunaikan harapan seseorang yang memohon pertolongan atas sebab-sebab yang sukar untuk dijelaskan ... hari ini aku menerima mesej berkaitan tidak puashati pihak atasan mengenai beberapa perkara dalam perkhidmatan

... aku rasa sedih dan terkilan dengan insiden yang berlaku ni ... sikap terus terang sering buat aku terperangkap dalam keadaan " telan mati mak , diluah mati bapak " ... apa nak buat aku terpaksa tanggung risiko walau apa pun keputusan yg aku ambil ... hanya berserah padaNya ,
mungkin dengan berlakunya situasi ni ... aku akan lebih menilai erti hati budi ... berhati-hati meniti rencah kehidupan .... lapangan dada dalam menerima ragam ... aku terima segala dugaan dengan redhanya ...

... apa yang pasti ... aku benar-benar terjerat !!! ... aku berdoa semoga ada jalan penunjuk sinar ..
insyaAllah .

Tuesday, November 6, 2007

" Istidraj "

.. apa itu istidraj ?

.. ketika sambutan syawal baru-baru ni ... anak saudara yang kerja kat shah alam membangkitkan isu pilih kasih dan kaki bodek ... katanya kat tempat kerja dia gejala ni dah jadi satu sindrom .... siapa yang pandai ampu dan bermuka-muka mudah jer naik pangkat pada hal kalau buat kerja tu macam lepaskan batuk ditangga ... padahal ramai lagi yang berkelayakan dan berpengalaman ... rasanya macam tak adil ....
.... aku tersenyum jer " ala baru kerja 2 tahun dah nak merungut ... acik dulu kerja sambilan hampir 7 tahun ... ada kerja ada gaji ... akhirnya acik dapat jugak jawatan tetap dan merasai kenikmatan lebih dari orang yang lagi awal berkhidmat .... yang penting kena sabar dan yakin serta berdoa padaNya "
... " adakalanya sesuatu anugerah yang Allah beri kepada seseorang tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya tu tetapi kerana Allah nak lihat sejauh mana keikhlasan orang tu ... Allah duga dengan beri kemewahan , pangkat dan mungkin juga kecantikan ... kalau dia bersyukur dan berubah menjadi baik .. alhamdulillah tapi kalau sebaliknya ingatlah balasan dari Allah "
... " adakalanya kita akan bertanya kenapa ... dah banyak kali kita berdoa tapi belum dapat apa yang kita inginkan atau belum dikabulkan ... jangan susah hati dan terus le berdoa ... sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya ... kalau sekali berdoa terus dapat kemungkinan kita akan taksub dan lupa untuk bersyukur "
... berbalik kepada " istidraj " ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya ...
Rasullulah s.a.w bersabda : " Apabila kamu melihat bahawa Allah memberikan nikmat kepada hambanya yang membuat maksiat ( durhaka ) , ketahuilah bahawa orang itu telah disitidrajkan oleh Allah SWT . "
( di riwayatkan oleh At-Tabrani , Ahmad dan Al-Baihaqi )
... berhati-hati lah bila menerima nikmat dan kesenangan dari Allah ... mungkin itu istidraj ... sama-sama le kita saling ingat-mengingati dan berpesan-pesan untuk kebaikan ..
... untuk Along dan Didie !
" ... lakukan kerja dengan ikhlas dan berbaik sangka selalu ... jangan lupa sentiasa berdoa padaNya ... kalau niat kita baik akan baik balasannya ... insyaAllah "

Monday, November 5, 2007

..antara kawan,teman dan sahabat

... apa bezanya antara kawan , teman dan sahabat ?

jika dilihat sekilas semuanya bermaksud sama hanya dari segi sebutan je yang berbeza ... tapi cuba kita tanya diri sendiri .... apakah ianya bererti sama ? boleh ke kita bezakan siapa diantara kita ni tergolong dalam golongan kawan , teman atau sahabat kepada seseorang .... his ! pening jugak nak memikirkannya ...

... istilah kawan lebih bersifat hanya kenal ala kadar jer ... setakat tahu nama atau tinggal kat mana atau adik ,abang , anak , sepupu kepada .... dan bla ...bla ... bla ... sebab tu dia lebih mudah menjadi lawan seperti kata pepatah petitih " kawan makan kawan " ... tergamak menindas orang lain untuk mencapai impian .... bersikap pentingkan diri dan hipokrit untuk menutup kelemahan diri dan senantiasa berusaha memusnahkan orang lain .... sukar menerima kelebihan serta sentiasa mencari kelemahan kawan sendiri ... so hati-hati le dalam berkawan ...

... istilah teman lebih akrab sikit .... biasanya kite akan berusaha untuk mengenalinya lebih rapat , boleh berbincang atau istilah sekarang ' boleh masuk klik ' atau pun ada keserasian dalam hubungan maka wujudlah apa yang dikata " teman wanita " dan "teman lelaki " .... adakalanya hubungan macam ni pun break jugak .... dan tidak mustahil boleh disambung semula ...... pelik tapi benar tau ..!

... istilah sahabat penuh pengertian yang mendalam ... ia bagaikan cermin bagi diri kita .... cuba kita berdiri depan cermin .... apa yang kita lihat adalah bayangan diri kita sendiri ... sahabat akan akan menyatakan kebenaran tentang kita walaupun pahit untuk diterima ... kerana dia bagaikan diri kita sendiri .... kita terpaksa terima segala buruk atau baik ... kerana itula kita .
... dalam seribu kawan mungkin hanya ada seratus teman tapi dalam seratus teman tidak mustahil tiada satu pun sahabat ....

... dari pengalaman sejak zaman persekolahan hingga ke alam pekerjaan ... aku masih tercari-cari siapa kawan , teman dan sahabat ..... mungkin anda diluar sana pun mengalami dilema yang sama .... aku selalu berusaha untuk jadi kawan , teman dan sahabat kepada semua ...

... dimanakah pula posisi yang sesuai untuk anda ? sebagai kawan ? sebagai teman ? atau sebagai sahabat ? jawapan tiada pada orang lain kecuali anda dan diri anda sendiri .... mulakan berfikir ... mungkin hari ini anda kawan ... esok teman dan lusa sahabat serta seterusnya kekasih sepanjang hayat .... siapa tahu kan ...!!!

... sebenarnya dalam menyelusuri ranjau kehidupan ... kita perlukan kawan , teman dan sahabat kalau tak hidup akan jadi statik ... tanpa cabaran tak seronok jugak kan ... buat 'madu_admire' terima kasih kerana sentiasa membaca coretan kat blog ni ...

Friday, November 2, 2007

mimpi

kata orang mimpi mainan tidur tapi bagi aku entah la ... sebab aku memang jarang bermimpi kalau tidur ... kali terakhir aku bermimpi mungkin 2 atau 3 tahun lepas .... yang aku ingat masa tu setiap kali lepas solat , aku mesti berdoa semoga dipertemukan dengan arwah emak walaupun dalam mimpi .... sebab rasa rindu yang amat sangat hingga aku jadi kalut sekejap ... pakai baju kurung kedah emak dan dalam satu hari 3 kali aku ziarah kubur emak ....
aku bagaikan hilang pertimbangan .....
Malam tadi ...
aku tidur awal sebab selsema ... lepas isyak terus lelapkan mata , mungkin sebab 2 biji pil yang makan aku terus lena ...
... aku dapat rasakan emak ada kat rumah ... begitu dekat dengan aku tapi mengapa bila ku panggil emak ! emak diam ... diam ... dan diam hanya matanya memandang aku ..
aku panggil emak ! emak ! emak ! berulang kali tapi tiada sahutan ..
emak ! emak ! ... aku menangis teresak-esak ..
hingga aku terjaga sendiri ....
Ya Allah ... astaghfirullah al-azim
aku rasa pipi basah ...
jam menunjukkan 3.30 pagi
Ya Allah !
aku gagahkan diri untuk berwuduk dan solat sunat tahajud
ku titipkan bacaan fatihah dan yaasin
buat arwah emak ..
... hingga kokokan ayam berbunyi aku masih tak dapat melelapkan mata ...
aku tak akan mentafsir apa yang tersirat atau tersurat
kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui
... hilang segala rasa rindu ...

Wednesday, October 24, 2007

istiqamah

salam,

hari ni 12 syawal bermakna sudah 12 hari kita meninggalkan bulan penuh keberkatan .... aku masih tercari-cari jawaban ... apakah amalan ku sepanjang ramadhan lepas telah sempurna terlaksana sepenuhnya atau pun masih banyak tercicir di sana-sini ....
... syawal kali ni aku tak teruja sangat untuk merayakannya ... mungkin sebab meningkatnya usia membuat aku lebih bersederhana je ... aku lebih berusaha kearah misi Adib ... entahlah aku satu kerugian yang amat sangat kerana mengambil mudah soal ni .....
... kini aku rasakan dapat kembali mencari hakikat diri yang hakiki .... menilai lemah dan kurang, menyingkir gelodak dan debu , menyubur jati diri , menunai amanah mengota janji .... aku berharap sangat agar Allah senantiasa mempermudahkan lorongan ini ... mengiringi hasrat dengan kekuatan dan ketabahan serta keimanan yang berkekalan ....
... semoga istiqamah ini sentiasa dihati ..... insyaAllah.

Thursday, October 18, 2007

salam aidil fitri

... esok aku cuti raya tapi ..
aku x tahu nak gi mane
sebab semua kekawan dah mula kerje
mungkin ....
aku akan dok kat rumah menunggu
klu-klu ada member yang masih bercuti
sudi bertandang kan ...
atau pun gi ziarah rumah paman dan bibik
agh ... !

... slm aidil fitri buat fuzi n famili
kerana sudi menjengah teman lama
tapi jgn lah kau terlalu mngharap balasan
bukan aku x sudi tapi ...
aku masih kurang berani
insyaAllah , bukan janji

... buat semua anak saudara
along,angah , dd dan awer x de duit raya ye !
alif , am n amar duit raya kurang sikit dari biasa
khas utk adib - extra duit raya seperti yg acik janji
buat najwa - duit raya akan dibyr semasa keluar keputusan periksa
istimewa siti khadeeja ( cik embun ) kena bagi sebab x de alasan .....

... slmat hariraya aidil fitri maaf zahir batin, berdoa lah kite agar ramadhan dan syawal tahun depan kita masih berpeluang menikmatinya .

Monday, October 8, 2007

misi Adib .....

assalamualaikum ...

... menjelang syawal yang tinggal beberapa hari , aku bagaikan dilanda kesibukan berganda .... dengan kerja dan persiapan yang masih belum sempurna sepenuhnya .... masa pulak terasa begitu cepat berlalu .... arg ! ... pening kepala jugak tapi bila melihat gelagat Adib .... tetiba hati rasa insaf dan amat tersentuh ....

... dalam usia 9 tahun , ketika bebudak lain sibuk nak baju , kasut , songkok untuk sambut raya tapi ... dia lain sebab katanya " semua tu mesti mak akan sediakan , lagipun adib misi la " ... aku tergelak jer .... " ni mesti misi nak main mercun .... kalau tak pun nak cari duit raya "

... " adib nak cari lailatul qadar " nada seriusnya buat aku terkedu ..... " kan pahalanya melebihi 1000 bulan , macam acik selalu cakap tu " ... entah mengapa hari tu ... aku betul-betul rasa tersentuh hingga airmata menitis .... budak seusia tu tahu makna sebenar apa itu ramadhan .... walaupun aku hanya bercerita tentang malam lailatul qadar sebagai satu galakan dan dorongan agar dia tahan ketika berpuasa .... kini baru aku faham mengapa dia begitu semangat untuk solat sunat terawih dari awal ramadhan lagi meskipun pernah aku katakan malam lailatul qadar adalah pada 10 malam terakhir ramadhan ....

... aku katakan padanya " acik pun nak ikut adib dalam misi ni untuk tahun ni dan tahun-tahun akan datang " dia tersengih je ...!

... aku berdoa semoga misinya berjaya dan akan berkekalan sepanjang hayat .... aku juga berniat untuk bagi extra duit raya padanya tahun ni .....

" Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan dan jadikannya anak yang soleh " Amin .

Thursday, September 27, 2007

...Seloka ingatan dan harapan

buat si manis 17 ' siti najuwa '
Sering ku ingatkan
membezakan baik dan buruk laku
akal jangan mudah terkeliru
katanya ' dia memang tahu '
aku tak perlu risau selalu
Sering ku ajar
pilih rakan ada sempadan
tersalah haluan terconteng arang
merana badan
katanya ' dia amat faham'
aku tak perlu rimas dan bimbang
Sering ku katakan
sebelum bertindak perlu berfikir
katanya ' insyaAllah , dia tak akan mungkir '
aku tak perlu pusing memikir
Sering ku lafazkan
hormat sesama manusia
tiada silap tiada ruginya
di mana kaki berpijak
di situ juga langit dijunjung
sedar diri dan tahu untung
seuntung sabut nasibmu terapung
.. lakukan yang terbaik , acik doakan semoga beroleh kecemerlangan dalam SPM ...

Wednesday, September 19, 2007

Dilema seorang aku ...

Ku mengintai ketenangan diantara kekalutan
kerana keinginan sering tidak seiringan
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
untuk bangkit semula meneruskan baki perjalanan
Ku menghimpun kekuatan
Ku memohon ketabahan
meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku pujuk hati ....
kegagalan bukan suatu kekalahan
tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku minta diberikan sejenak kesempatan
untuk ku ulangi langkah pertama
keperitan yang ku rasa
mengajar erti kesabaran
Ya Allah ...
dirimbun keampunan ku mencari keredhaan
melerai segala kusut dan kecamuk di jiwa
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
lantas ku sedar ...
Aku sedang diperhatikan

Friday, September 7, 2007

Indahnya ilmu ..

assalamualaikum ..

Alhamdulillah ! kursus Program Latihan ICT Pemberian perkhidmatan Sejagat ( USP) di De Palma Ampang selesai setelah berkampung selama 5 hari , kini semuanya kembali semula ke lokasi masing-masing dengan ilmu untuk di sebarkan sebaik mungkin kepada masyarakat dan pengguna perpustakaan.

Meskipun bukan kali pertama menghadirinya dan mempunyai asas dalam menggunakan komputer ..... terasa masih banyak lagi ilmu tentang IT yang perlu di terokai dan dipelajari . Terima kasih semua tenaga pengajar yang begitu sabar ( .... atau terpaksa bersabar ) membimbing kami semua ....... adakalanya terasa malu juga nak untuk bertanya .... tapi terpaksa tebalkan muka .... bertanya untuk ilmu !

InsyaAllah segala apa yang diperolehi akan dipanjangkan kepada sesiapa yang berminat untuk memanfaatkan Ilmu IT .... semakin dipelajari semakin banyak yang perlu dipelajari ....

Ilmu tuntutan sepanjang hayat !

jumpa lagi ....

Tuesday, August 28, 2007

.... yang terakhir ?

salam hebat buat semua,

... setelah hampir seminggu dihantui kesibukan kerana terlibat dalam mengendalikan program akitiviti pengguna sempena kemerdekaan ..... hari ni baru aku berkesempatan membaca mail dan menulis kat blog ni .... sambil tu layari jugak blog sifu dan lindunganbulan ... rasa lega dan merdeka kerana segala perancangan yang diatur lebih dari sebulan dapat dilaksanakan dengan jayanya .... itu pada pandangan aku le ... tapi tak la pandangan orang lain lak ... sukar untuk puaskan hati semua orang kan ...
... walaupun aktiviti tu dah berlalu ( ... sabtu lepas ) tapi keletihan nya masih terasa ... hasrat hati nak cuti ..... nak rehat kan fikiran tapi terpaksa dibatalkan kerana banyak urusan perlu diselesaikan sebelum menghadiri kursus USP kat D'Palma Inn, Ampang bermula 1 - 6 Sept 2007 .... sebenarnya mengendalikan aktiviti bukan perkara baru bagi aku ... sebelum ni pun aku sering diterlibatkan tapi ..... kali ni mungkin aktiviti yang terakhir untuk aku .... entah lah rasa aku dah penat dan serik .....
... adakalanya kerenah dan kesukaran komunikasi antara kakitangan bawahan dan pihak yang ada di atas buat aku jerih dan putus asa ..... sebenarnya bukan pujian atau sanjungan yang diminta sekadar kerjasama dan keprihatinan sudah memadai .... aku teringat frasa terakhir yang terdapat dalam senarai tugas ada tertulis ' sedia menjalankan yang diarahkan dari masa ke semasa ' ..... aku sentiasa bersedia atas segala arahan meskipun sebagai manusia biasa adakala perasaan tidak puashati tu tetap ada ....
... meskipun majlis sudah berakhir .... aku masih memikirkan adakah semua kekawan puashati atau sebaliknya ..... ajk program telah berusaha untuk memberi yang terbaik .... aku sedikit terkilan kerana sedikit masalah timbul masa pendaftaran tempohari .... hanya kerana sikap segelintir wakil peserta yang tidak peka pada aturan penyertaan ... dah tu lepas tangan lak ... permasalahan dari kecuaiannya terpaksa diselesaikan oleh orang lain pulak ...
... apa pun semua dah berlalu dan tetap jadi pengajaran berguna kepada aku di masa hadapan ... kepada mereka yang terasa hati atau tidak puashati .... aku mewakili semua ajk menyusun sepuluh jari mohon kemaafan ..... kami berusaha sebaik mungkin dan kesulitan yang berlaku diluar jangkaan .... segala kelemahan dan kekurangan dari kami , segala kesempurnaan dan kebenaran dari dari Nya jua.
wassalam

Thursday, August 16, 2007

politic office ....?

salam semua

Alamak ! hari ni aku lambat lagi ke pejabat sebab ada sedikit perbincangan dengan pegawai pasal aktiviti sempena merdeka pada 25 ogos 2007 ( sabtu ...) , lepas tu aku buat surat untuk mohon sumbangan bagi menambah peruntukan sedia ada ..... ala biar le meriah sikit masa majlis tu berlangsung nanti ..... semua ni aku buat untuk memastikan segalanya berjalan lancar tapi ada masa nya tu terdetik gak kat hati kecil ' .... ikhlas ke mereka menolong aku atau mungkin kerna terpaksa ...' Astaghfirullah al azim ku lafaz dalam hati kerana berprasangka buruk kat orang .....

... tiba kat pejabat aku dimaklumkan kena kursus USP kat D'palma Inn , Ampang mula 19 - 23 Ogos ni .... aduh ! ... belum hilang penat memanjat tangga (.... pej kat tingkat 2 ) aku rasa lemah dan lemas betul ..., setelah bincang dengan member pejabat aku buat keputusan untuk minta tarikh lain sebab bagi aku keutamaan harus kepada aktiviti yang telah dirancang lama ...... apa nak buat .... dah terpaksa , aku sebenarnya terperangkap antara ilmu dan amanah .....

... sebenar nya niat aku semasa mula mengetik huruf kat keyboard bukan le nak cerita pasal kesibukan kerja aku dalam minggu ni tapi pasal isu baru yang terlintas kat fikiran aku semasa memandu ke pejabat tadi .... ' politic office ' atau senang cerita ' politik pejabat ' kena baca betul-betul tau .... bukan pejabat politik ..

... alam pekerjaan memang mencabar dan penuh warna warni yang silih berganti setiap masa dan ketika tapi ingat warna-warna ni mungkin akan secantik pelangi dan tak mustahil akan berubah kepada warna kelabu asap atau terus gelap gulita ....

... politik pejabat ni sebenarnya memang wujud dan mungkin kite pun pernah terlibat secara langsung atau pun disedari ...... manusia dengan sifat lemah dan tamak serta iri hati memang sukar untuk dikikis ..... maka timbul pelbagai istilah ' kawan makan kawan ' ' tikam belakang ' dan macam-macam lagi ... tapi kata seorang teman ' untuk terus hidup kite terpaksa berlakon ' dan ' saya terpaksa ... klu tak sampai tua le kat situ jer ' .... ada gak sanggup membuka aib orang demi kepentingan peribadi ...

... secara peribadi aku memang tak sukan situasi ni ... dan cuba sedaya upaya untuk menjauh diri dari terlibat ..... tapi adakalanya tanpa disedari rupa-rupanya aku sudah terperangkap dalam gelora dan gelodak ini ..... kesannya yang terpaksa aku terima ..... tidur malam tak lena , mandi tak basah ..... makan tak kenyang .... tak le sampai macam tu tapi .... aku memang risau dan berfikir untuk cari jalan keluar ...

... kesan isu ni amat buruk ianya boleh mengakibatkan kejatuhan prestasi , motivasi serta moral untuk bekerja ...... bila dah tak seronok bekerja , kite akan hilang daya tumpuan ... hilang mood untuk berkawan kerana sentiasa berprasangka buruk pada orang lain ....

... so , nak buat camner yerk ! ... langkah awal adalah berhenti dari terus terlalu banyak berkata-kata .... diam kan diri , lakukan kerja-kerja yang amanahkan dengan tekun , buat yang terbaik ..... pedulikan apa diorang nak kata ..... motivasi diri sendiri dan kesabaran perlu seteguh ' gunung tahan '

... aku yakin , sekiranya kite berada dipihak yang benar ... lambat laun ianya akan terserlah jugak insyaAllah ..... namun untuk menungu situasi ni reda memerlukan kesabaran dan keyakinan diri yang tak berbelah bagi ....

... ingat ! kerja adalah satu ibadah .... kita bekerja untuk diri dan keluarga kerana Allah Ta'ala .... dan atas niat tersebut .... kite semestinya berada di atas landasan yang lurus dan diredhaiNya .



Wassalam

Wednesday, August 8, 2007

... semoga berjaya !

salam hebat !

selamat berkursus dan menimba ilmu pada rakan sepejabat ella dan zam yang memulakan perjalanan esok ke Savannah Hill , Ulu Tiram Johor ..... beberapa hari yang lepas punya lah sibuk dan risau nya mereka bila memikirkan transpot ke sana masih samar ... tercari-cari alternatif yang sesuai ..... alhamdulillah dengan keprihatinan pihak yang di atas setelah puas bermain ' tarik tali ' akhirnya .... ' pengangkutan disediakan '

rasa terpanggil untuk aku menulis tentang isu ini ... bukan nya mencari keburukan tapi realiti yang adakalanya amat menyulitkan dan boleh mematahkan semangat untuk menimba ilmu .... bukan semua staff ada kenderaan sendiri .... kalau lokasi kursus tu dekat atau sekitar negeri Selangor akan di gagahi jua ..... tapi kalau jauh ........,

untuk Ella dan Zam

anggaplah kursus ini satu pemangkin yang akan mengerakkan jiwa dan minda ke arah pembangunan mental dan rohani kepada lebih baik ....... cabaran adalah terapi terbaik hidup lebih bermakna ...........

semoga berjaya dengan cemerlang !