Thursday, July 17, 2008

disebalik tabir dan takdir ...

... antara sedar atau tidak ... atau dah tahu tapi masih pura2 x tau ... atau sememangnya x tahu .. semua keadaan ini seakan melingkari rutin kehidupan setiap dari kita ... dari isu-isu yang melibatkan negara hingga le kepada kes2 kecil yang membabit organisasi dan institusi keluarga ...

... antara sedar atau tidak jugak ... kita sering berserah pada takdir ... kerapkali juga kita pasrah atau meredhakan segalanya tanpa sedikit pun nawaitu untuk berusaha ... kecuali la kalau kita sudah berusaha dan berbuat sehabis baik ...
... melihat , mendengar serta menilai pelbagai isu dalam ruang lingkup persekitaran organisasi tempat aku bertugas ... bagi aku bukan le isu atau perkara baru ... dari mula berkhidmat hingga kini ... semuanya statik ... kalau ada pembaharuan atau penambahbaikan pun hanya dari segi luaran atau lahiriah jer ...! tapi pengisiannya tetap sama ... semuanya terpulang pada individu itu sendiri ... kalau lah kita merasakan perlu kepada anjakan perubahan demi rezeki halal maka fikir lah arah tujuan kerja kita ... jadikan kerja kita sebagai salah satu ibadah kepada Nya ... tapi klu kita hanya fikir x buat apa pun ... gaji tetap dibayar ... terserah ! ...

... baru ni terdengar gak soseh-soseh berkaitan individu yang kononnya ... kecewa sesangat pasal nama x tersenarai dalam katogeri ' insan bertuah ' ... maka tersebar pelbagai spekulasi yang kebanyakannya lebih menjurus kepada ' padan muka ' daripada bersikap ' ihsan ' ... melihat kepada situasi yang berlaku aku jadi ' gerun ' ... aku simpati bukan le sebab mudah didekati tapi lebih kepada nilai budiman ... rasanya bukan sebab kecewa tidak berasas tapi lebih kepada tidak dinilai adil dan dihargai ... kepada mereka2 ' bertuah ' ... syukur nikmat atas kurniaNya ...

... misi ke t'gganu dah selesai ... walaupun x le berjaya sangat ... rasanya dimasa depan kena berani buat perubahan ... cerita dari sembang2 dengan individu yang pergi ... banyak perkara yang x sepatutnya berlaku ... dan perlu le dijadikan ikhtibar ... ' ayam tambatan ' yang dibawa semuanya bagaikan ' x bertaji ' ... isu ikhtiari dan ikhtilaf sepatut tak de dalam kontijen ... dua tahun lagi mungkin bertanding ke Johor lak ...

... tahniah buat 2 member ( ... sally dan faizah ) yang diserapkan ke jawatan tetap ... semoga anugerah ini sebagai perangsang untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik ... kepada member2 lain yang tidak berjaya tu ... jangan berhenti berharap sebab insyaAllah giliran korang akan sampai gak ... jangan putus asa ... atau korang kena tunggu sebab dalam organisasi kita ni ... biasanya ikut ' ranking ' ... so sabar jer le !

... disebalik tabir ... macam2 cerita tapi takdir Allah tersisip seribu rahmat yang tidak terjangkau akal manusia ...wallahualam

Tuesday, July 15, 2008

... rentetan bercuti

... ari ni mula bertugas semula selepas bercuti dari 11 - 14 julai ...
bercuti tu bukan le bermakna ... aku pi makan angin atau ape2 jer yang membawa maksud berehat ...tapi lebih kepada lari dari rutin harian biasa ... kerja ...kerja ... kerja ... dan kerja
... rentetan sepanjang bercuti ....

11 julai ...
seawal pagi aku dah mula operasi mengeluarkan pinggan mangkuk , periuk dan kuali ... sebab hanya aku jer yg tau kat mane semua barang tu tersimpan ... rumah aku kan ... hehehe
pastu aku dan kakak gi shopping untk barang dapur pulak ... memang le penat tapi bila kenangkan arwah mak ... rasa penat tu hilang ...
3.00 pm aku terima call dari teman kat lib sg besar ... katanya ada berita hangat terbaru ... biasa le pompuan klu x bergossip x seronok kan ... tapi bukan mengumpat tau ...
3.45 pm aku dah sampai kat sana ... banyak jugak le cerita2 terkini ... tentang macam hal berkaitan organisasi dan berkaitan dengan kerje gak ... sambil tu minum petang ... jamah kuih dan minum nescafe susu ... ingatkan nak singgah sekejap jer ... tapi bila dah jumpa panjang pulak cerita ... sebenar bukan senang nak bersembang kalau time kerje tu ... singgah klau ada hal jer ... last nya petang tu aku balik jam 6.00 pm ...

12 julai ..
seawal pagi gak aku , along dan didi dah pergi pasar untuk beli barang basah untuk kenduri malam ni ... " acik jadi mem ari ni " bila aku suruh dia memandu ... ala ! bukan ape ... aku saja jer nak merasa naik kereta dia pulak ... lagi pun aku dah penat memandu ...
.. alhamdulillah ! semua saudara mara dan adik beradik berkumpul malam tu ... ketika majlis tahlil tu aku tetiba rasa sebak sangat ... " semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang yang beriman " amin ...

13 julai ...
selepas kenduri malam tadi aku dimaklumkan biras kepada adik kemalangan jalanraya dan kembali ke rahmahtullah ... dengan berpandukan kepada alamat yang diberi ... aku , adik , adik ipar dan kakak tawakal jer pi cari rumahnya ... walaupun tersesat kat pekan setiawan , perak ... dan terpaksa bertanya kat balai polis ... akhir kami sampai gak walaupun terlewat ... masa balik sempat gak singgah kat tepi jalan tu ... beli durian kampung ... huh ! mahal la ...

14 julai ...
rasa rileks sikit ... selepas kemas dan masukkan pinggan mangkuk dalam stor ... aku dan adik gi shopping kat pekan sg besar ... sebenarnya aku x beli barang pun sekadar jadi pemandu jer ...

15 julai ...
ari ni le ... aku memulakan rutin seperti biasa ... kerje .. kerje .. kerje dan kerje !

Thursday, July 10, 2008

emm esok cuti ...

... esok aku akan mula bercuti sehingga isnin ... insyaAllah jumpa semula selasa

kalau niat baik ....

... kekadang tu aku rasa menyesal bila buat sesuatu keputusan tanpa berfikir dulu ... sebabnya aku selalu berprasangka baik jer ... sentiasa fikir positif !
... tapi semalam bila di tegur oleh keluarga ... baru le aku ambil masa untuk fikir semula ... fikir kebaikan dan keburukannya ... apalagi bila keputusan ini juga melibatkan orang lain yang tentunya bukan mahram ... mengapa lah aku x terfikirkan perkara ni ...
... malam tadi sukar gak aku nak lelapkan mata ... mencari alasan yang baik dan sesuai seperti yang dicadang oleh seorang teman ... aku berusaha untuk tidak berdusta walaupun boleh le di anggap " bohong sunat " ...
... pagi tadi sebelum bertolak ke ofis " 24 haribulan ni kenduri kat rumah mbah ... khamis malam jumaat " ... fuhh ! aku senyum lega ... x perlu le aku menipu dalam bulan Rejab yang mulia ni ....
pastu aku pening gak memikirkan cara terbaik untuk mintak maaf dan menerangkan situasi ni ..
tapi alhamdulillah semuanya dah settle ...
... lain kali aku kena beringat bila nakbuat sesuatu tindakan ... walaupun agak terkilan gak sebab x dapat menghadiri majlis tu ... yelah bukan senang nak dapat peluang menghadiri majlis AMIM tu
tapi aku bersyukur sangat sebab disedarkan ...
... meskipun aku berniat baik ... kalau implikasi dari niat tu akan menimbulkan fitnah dan masalah ... tak de makna nye ..,

Wednesday, July 9, 2008

bulan Rejab

salam ,

- info ni di copy/paste dari mail kiriman seorang teman (... ija ) ...

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB
Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Monday, July 7, 2008

bila dah tak sehaluan .....

... membaca berita kat dada akhbar akhir2 ni ... adakalanya mengundang kebosanan dan rasa jemu ... sejak PRU12 lagi ... kebanyakan berita lebih fokus pada percakaran sesama pemimpin yang kebanyakannya berkaitan tiada persefahaman atau lebih senang cakap ... masing-masing berusaha untuk meraih perhatian dari rakyat ... siapa yang lebih terror atau lebih pandai memimpin ... satu isu belum selesai dah timbul pulak satu isu ... rasa menyampah betul dengan gelagat diorang ni ...
... ketika rakyat masih lagi bergelut dengan kenaikan harga minyak , beras dan barangan harian ... sekali lagi dikejutkan lagi kenaikan takrif elektrik pulak ... pastu la ni heboh pulak pasal kes berprofil tinggi yang melibatkan ' mereka2 yang ternama dan berkuasa ' ... kat Malaysia ni arus perdana politiknya memang sentiasa meriah dan bergelora ... kutuk mengutuk atau fitnah dah jadi asam garam ... begitu gak saman menyaman dah perkara biasa ... sampai bila masyarakat rela dalam terpaksa menjadi penonton ... x tau la !
... la ni gaya hidup mereka dah menularkan pulak dalam kehidupan bermasyarakat ... dulu kat warung kopi di lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota ... makan semeja masih lagi nampak harmoni walaupun berlainan parti ... tapi kini duduk semeja tapi tutur bicara kena dijaga ... takut melarat bermasam muka ... agaknya diorang ni lebihkan dunia dari tuntutan agama ...
... kat kantor la ni lain pulak cerita ... jika dulu galak bergurau senda dan sanggup berkongsi suka duka ... la ni jangan kan nak bersua muka ... nak jeling mata pun dah x kuasa ... jika dulu jadi teman bicara ... la ni kelu tanpa suara ...
... buat semua yang mungkin terlibat atau akan mengalami situasi ... jangan sesekali ucapkan
" salam perpisahan " ... kerana ditakuti jika satu masa nanti ... orang tu akan kembali menjalinkan persahabatan semula ... macam gak dalam dunia politik ' hari ni kawan , esok mungkin jadi lawan dan x mustahil lusa akan teman ' ....

Thursday, July 3, 2008

7 perkara ...

aku di tag oleh imad .... pasai 7 perkara !
so layan jelah ...

7 perkara tentang aku :
- suka makan
- suka masak walaupun x le sesedap chef wan
- suka bercakap adakala tu dah masuk bab membebel
- takut berada kat tempat tinggi - gayat la
- geli ngan ulat atau ape2 jer yang spesis dengannya ...ehh !
- suka buat sesuatu yang merangsang otak ... contohnya ape ek !
- mudah tersentuh hati bila melibat hal2 keluarga terutamanya - senang cerita mudah nangis le !

7 perkara yang buat aku takut :
- darah yg banyak - tengok orang kemalangan
- tak berapa suka tengok medik tv
- dapat berita sedih
- takut kena pindah tempat kerja jauh dari rumah ... hehehe
- takut x dapat berikan sumbangan buat keluarga
- takut klu suatu hari nanti apa yang kata kat orang kena balik kat aku - nauzubillah
- paling aku takut bila kurangnya bekalan yang bakal dibawa ke ' sana '

7 lagu yang aku suka nak dengar :
- kasih - hety koes endang
- kasih kita - aishah
- setia kasih - haliza
- suara kekasih - alleycat
- kekasih awal dan akhir - jamal abdillah
- apa lagi ek !
- sebenarnya aku suka dengar semua lagu ...

7 perkara yang amat aku hargai :
- Dia
- hidup aku
- diri aku
- keluarga aku
- kawan , teman dan sahabat yang aku ada
- kenangan2
- peluang yang Allah berikan pada aku

7 ' first time' thing yg aku x lupa :
- terima surat cinta masa form one " cinta monyet " la ... suka pun ada tapi takut yang lebih ...
bila ingat kelakar habis ...
- kantoi terima surat layang ' salam perkenalan ' masa belajar kat PLPM , Perak ... warden dok
baca dulu setiap surat yg diterima ... terukkan ??? .. sampai hari ni aku masih tertanya siapa le
yang kenakan aku tu ...
- kantoi gak masa aku belajar trengkas ... bila cikgu perasan aku salin nota dalam tulisan biasa
aduss ! lastnya aku mengundur diri dari kelas tu ... malu beb ! ... buat cikgu hamidi terima kasih
- pertama kali masuk rumah hantu kat Batu Gajah .. Tmn S.M Noor ... punya le takut masa tu ...
taubat aku kan masuk lagi ...
- pertama kali gi interwiew jawatan ' kerani ' kat pej daerah s/bernam ... aku disuruh sambung
belajar ... masa tu umur 18 tahun ... alahai ! sabar je ..
- hari pertama aku memulakan tugas jawatan sekarang ni ... masa tu sambilan lagi ... aku berdoa
semoga masa cepat berlalu sebab terasa macam sentiasa diperhatikan .. huh ! tension betui
- ' kehilangan abadi ' seseorang yang aku anggap sebagai nadi dalam kehidupan ...

... aku dah jawab semua soalan tu ...
mesti saat ni ko ngah dok mengata dan mengutuk aku ... hehehe

Saturday, June 28, 2008

bila dah berjumpa .... macam-macam cerita

salam semua ....

... seperti yang diwar-warkan sebelum ni ... semalam hampir sembilan puluh peratus kakitangan menghadiri mesyuarat yang menggabungkan dua daerah .... memang meriah dan ikatan ukhuwah dapat dijalinkan ...

... sebagai tuan rumah ... aku dan kekawan berusaha untuk memberi layanan dan keselesaan pada semua yang hadir walaupun dalam sesak sebab ruang yang terhad ... kami telah berusaha memberi yang terbaik ... kalau terdapat cacat cela pada majlis semalam ' maaf jua yang diminta '

... walaupun pun terdapat keluhan sebab jauh dari tempat bertugas ... ada juga kakitangan yang bermotosikal untuk datang ... sememangnya amat dihargai atas kesungguhan dan komitmen yang ditunjukan tu ... ada juga yang tidak hadir atas urusan yang tak dapat dielakkan dan juga bercuti mengejut atas alasan yang dapat dipastikan ... emm ... biarkan lah ... sebab sebagai manusia biasa ... kita kena belajar untuk berprasangka baik selalu ...

... aku terkejut gak semalam apabila disuruh jadi s/u ... sebenarnya aku berusaha untuk menolak tapi sebagai tuan rumah segalanya aku lakukan rela dalam terpaksa ... tapi lain bulan ... lain tahun ... maaf jer le ... tak suka aku asyik terkena jer ... kena bagi gak kat orang lain merasa sama ...

... pelbagai maklumat dan mandat baru ... semuanya perlu diberi perhatian ... maka bertambah le tugas bila balik ke tempat masing-masing ... seperti peringatan dari ' boss ' ... kena berkerja lebih proaktif sebab semua yang kita lakukan akan dipantau selia oleh satu badan lantikan kerajaan negeri sekarang ... ntah lah ! ... mungkin akan terdapat sedikit tekanan .. tapi sama2 le kita berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik ...

... berkaitan isu pertukaran tempat bertugas antara kakitangan ... aku ' no komen ' dan susah hati nak komen isu ni ... sebab ia bagaikan mengembalikan nostalgia 14 tahun lalu ketika aku terpaksa bertugas kat daerah ni ... masa tu aku rasa gembira sebab dapat jawatan tetap ... tapi dukacita bila dimaklumkan kena tukar tempat bertugas ... hampir setahun gak aku ambik masa nak sesuaikan diri ... al maklum lah masa tu kat sini semua staf lelaki kecuali aku ... pastu tiap hari kena bergelut dengan kenderaan awam ... merana le jiwa raga ... nasib baik le emak aku
( ... sekarang arwah ) sentiasa beri motivasi terbaik ... ' kena sabar ' mudahkan orang tua beri nasihat ... walaupun kini aku x le berjaya sangat tapi aku amat2 bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan ni ...

... bila perempuan dah menguasai dari segi kuantiti kehadiran ... maka x dapat le nak elakkan soseh-soseh dan gossip ... macam2 berita dan info yang kedengaran ... bagi aku itu semua rencah dan ragam manusia kan ... dengar , faham dan sendiri mau ingat le ...

... aku ' tabik spring ' le kat 3 member ni ... pasal idea kreatif yang boleh buat duit ... hehehe
korang kena le bagi diskaun kat aku sebab semalam laris gak jualan korang sampai kena buat tempahan baru ...

... la ni aku betui2 tengah pening lalat nak siap minit mesyuarat tu .... harap ada sesiapa sudi menolong .... !

Friday, June 27, 2008

seloka orang kita ... part two

.... sambung :-

berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
walaupun sudah mengenal iuniversiti
masih berdagang di rumah sendiri
menikan dengan pantun
menyanggah dengan senyum
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak

Watak melayu menolak permusuhan
setia dan sabar tiada sempadan
tapi jika marah tak nampak telinga
musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing
maruah dan agama dihina jangan
hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
silaturrahim hati yang murni
segala yang ada sanggup diberikan
sehingga tercipta sebuah kiasan
" Dagang lalu nasi ditanakkan
suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran "

Bagaimanakah melayu abad dua puluh satu ?
masihkah tunduk tersipu-sipu ?

jangan takut melanggar pantang
jika pantang menghalang kemajuan;
jangan segan mentang larangan
jika yakin pada kebenaran;
jangan malu mengucapkan keyakinan
jika percaya kepada keadilan;
jadilah bangsa yang bijaksana
memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara MERDEKA

- dimanakah situasi kita ......

sekian ...

Thursday, June 26, 2008

seloka orang kita ... part one

Melayu itu orang yang bijaksana
nakalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu masih bersopan
bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
kecut takut kerana benar
janji simpan di perut
selalu pecah di mulut,
biar mati adat
jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu melayu , Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Mingkabau memang Melayu,
keturuanan Acheh adalah melayu,
Arab dan pakistani , semua melayu
Mamah dan malbari serap ke Melayu
malah mua'alaf juga bertakrif melayu

dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melorong jalur sejarah zaman
begitu luas daerah sempadan
sayangnya kini segala kehilangan

melayu itu kaya falsahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara
malangnya melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur dah tinggal sejengkal
tanah sebidang mudahnya terjual
meski telah memiliki telaga
tangan masih memang tali
sedang orang mencapai timba

- kepada semua kekawan atau sesiapa saje yang terbaca blog ni ... sama2 le renung dan fikiran ... ke mana arah kita .... ( jangan lupa membaca part two .... )

akan kembali ....

bila rindu ...

bila rindu menyapa
jiwa hiba tanpa tak diduga
hati berbisik tak terucap kata
raga merintih ungkapan rasa

bila rindu menyapa
terasa ingin mengulang segala
saat indah terbayang di mata
terasa ingin dibelai manja
duduk di serambi berbual mesra

bila rindu menyapa
airmata gambaran nestapa
doa dititip setiap detik ketika
semoga sejahtera dirimu disana

mak ...!
sesungguhnya saat ini aku benar-benar merindu ....
... Al-fatihah ...

Tuesday, June 24, 2008

.. dah x gempaq lagi

... pagi tadi dapat info terkini ..." jumaat ni mesyuarat ... jam 10.00 am ... lokasi pilihan kat ofis tempat aku bertugas ... aku terkejut gak tapi alasan yang diberikan ... kononnya ofis aku ni le yang paling strategik sebab ditengah-tengah ... sebagai satu langkah penjimatan penggunaan minyak ... dan satu kelainan pulak apabila dimaklumkan semua staff dari 2 daerah ni akan turun berkampung kat pejabat aku ...

... dapat aku bayangkan betapa meriah jumaat ni ... rasanya dalam anggaran hampir 60 staff akan menghadiri mesyuarat ni ... bagus gak bila adakan mesyuarat secara bergabung ni selain dapat jimatkan kos jamuan dapat gak semua staff beramah mesra ...

... aku terima call dari teman dari daerah sana yang nampaknya begitu teruja untuk bertandang ke ofis aku jumaat ni ... aku ucapkan ' ahlan wassalan ' ... jemput le datang ... kalau x jemput pun korang mesti datang gak sebab kehadiran adalah wajib ... tapi nampaknya terpaksa le korang simpan stamina ... sebab kena panjat tangga ke tingkat 2 dan lagi satu aku nak mintak maaf sebab x dapat sambut korang dengan karpet merah ...

... mesyuarat kali ni mungkin gambaran pembaharuan dan bunga-bunga pada angin perubahan yang akan melanda dari segenap perkhidmatan kita ... apa pun kita tunggu segala hari jumaat ni .. penghulu segala hari ....

jumpa nanti ...

Monday, June 23, 2008

... erm layan jelah !

.. semalam masa gi ziarah rumah Bibik ... (mak saudara ...) , aku ditanya soalan yang sama untuk entah yang ke berapa kali .... aku pun dah x ingat ... " bila lagi nak cari kawan ... sampai bila nak hidup bersendirian " .... sebenarnya aku dah lali dengan skema soalan yang sama setiap kali menjejaki kaki ke rumah saudara mara ... dan jawaban yang aku beri pun tetap dalam nada dan skema yang sama gak " ... belum ada jodoh " ....

.. sebenarnya aku amat memahami gelojak rasa dihati mereka ... tapi aku juga bukan berdalih atau berbohong dengan jawaban skema aku tu ... memang betul pun ... dari dulu hingga kini aku masih macam ni ... dan sesungguhnya aku bahagia menjalani rutin harian begini ... x pernah pulak aku rasa bosan ...

.. tuduhan yang dilontarkan kononnya aku ' terlalu memilih ' adakalanya amat menyedihkan ... tapi aku ambil sikap ' tak ambil kisah pun ... ' sebab ramai gak kekawan yang hidup berkeluarga nampak bahagia pada zahirnya ... hakikatnya bergelut dengan kemelut rumahtangga ... aku x bersedia lagi untuk menggadaikan kebahagiaan hanya untuk mengkaburi pandangan orang terhadap aku ...

.. bukan bermakna aku menolak sunnah atau selamanya hidup sendirian ... aku amat yakin dengan ketentuanNya ... jangan lah dipersoalkan lagi isu ni ... aku memang x de jawaban pasti kerana segala ada padaNya ...

.. sebelum balik semalam sempat gak dia berbisik ' ... bibik nak kenalkan dengan seseorang ' ... aku hanya tersenyum ... erm layan jelah ... !

Friday, June 20, 2008

tip untuk jimat minyak ...

... untuk semua kekawan yang memandu kenderaan ...
... untuk jimatkan penggunaan jimat dan mengurangkan tekanan perasaan .... hehehe

* .... tukar gear pada masa yang sesuai
* .... jangan memandu di dalam gear rendah untuk waktu yang lama , kalau boleh tu ... tukar ke
gaer tertinggi secepat mungkin
* .... pandu dengan lancar , elakkan pecutan deras
* .... pecut dengan sekata dan perlahan
* .... elakkan membrek dengan mengejut
- yang paling penting kena kurangkan aktiviti yang melibatkan kenderaan bermotor ... so kena banyak belajar berjalan kaki untuk lokasi yang dekat atau mulakan berkayuh basikal ... selain dapat jimat kos ... ianya baik kesihatan kannnn ....

selamat berusaha dan mencuba ...!

Thursday, June 19, 2008

nilai sebutir nasi , setitis minyak ...

... " sekarang ni semua naik " keluh sepupu , semasa berjumpa dimajlis kenduri kahwin baru-baru ni ... aku terdiam dan tak kata apa pun ... sebab aku pun tak tau nak komen apa ... aku amat memahami situasinya ... surirumah sepenuh masa ... suami kerja sendiri dengan 3 anak masih bersekolah ... memang akan rasa tertekan ... sabar je la !
... tetiba " ajar le akak jahit baju kurung , jimat sikit dari tempah kat orang " ... aku hanya ketawa
" bila la masanya kita nak jumpa lagi ... sorang kat utara , sorang kat barat " ... dalam hati aku berdoa semoaga Allah permudahkan lorong rezekinya - amin

... sebenarnya isu kenaikan harga barang keperluan dah jadi macam satu trend pulak ... bila satu naik harga maka akan berturutan la keperluan lain pun ikut naik gak ... dulu setiap kali nak sambut hari perayaan ... tak kira le perayaan kaum apa ... harga ayam mesti naik melambung ... pastu timbul pulak isu kekurangan bekalan gula dan minyak masak ... habis perayaan semua kembali macam biasa ...

... tapi bila beras naik harga sekali ganda dari harga asal ... memang aku terkejut ... untuk 10 kg beras cap rambutan yang dulunya harga sekitar rm 19.00 dah jadi rm 31.00 ... masa pergi pasaraya yang ada kat pekan tempat aku tinggal ... ada beras dijual sehingga rm 45.00 satu kampit ( ... 10 kg ) ... sebenarnya dulu aku tak ambil tahu sangat pasal harga beras ni sebab salah seorang ahli keluarga kerja kat Bernas ... bila isu ni kerap diperkatakan aku pun buat tinjauan ... memang perit

... tentang saranan untuk gantikan rutin makan nasi kepada ubi kayu dan keledek ... memang x masuk akal langsung ... kalau sebagai makanan sampingan masih boleh diterima pakai ... jangan menghukum golongan marhaen dengan cadangan yang akan mengingatkan pada zaman ubi
( .. masa dijajah Jepun ) ... tapi fikirkan alternatif lain dalam menyelesaikan masalah ni ... bukan mengambil jalan mudah ... setelah rakyat memberikan kepercayaan untuk terus berkuasa ...
selalu gak aku berpesan kat anak saudara ... jangan suka membazir makanan ... mungkin satu masa nanti kita x akan berpeluang menikmati nasi setiap hari lagi ... atau pun ikut langkah Dd
( ... anak saudara ) yang dah berhenti makan nasi ... !

... isu terbaru buat masa ni ... berkaitan kenaikan harga minyak petrol dan diesel ... walaupun jangkaan awalnya sekitar ogos tapi tetiba je 4 jun lepas diumumkan kenaikan harga minyak bermula tengah malam 5 jun ... masa tu semua orang terkejut ... maka berpusu-pusu le kenderaan menyerbu stesen minyak ... aku sekadar mengeluh dan terpaksa menerimanya rela dalam terpaksa ...

... dalam situasi apa pun aku terpaksa gak memandu untuk ke ofis ... kalau naik bas takut pulak lewat ... nak kongsi kereta tapi dengan sapa sebab dari daerah tempat aku tinggal tu hanya aku je yang yang bertugas kat luar ( ... yg aku kenal le ) ... nak naik motor x sanggup aku sebab jarak 50 km ... boleh sakit seluruh badan ! ... terpaksa le aku fikirkan cara penjimatan dan pemanduan berhemah yg boleh menjimatkan minyak ... jika dulu rm 10.00 sehari kini dah jadi rm 15.00 ...
teringat gurauan seorang teman ..." dalam situasi macam ni kena banyak sabar " ...

... aku berharap selepas ni tiada kejutan dan kenaikan lagi ...

Friday, June 13, 2008

yang baru , yang lama

9 jun
... aku terima call menyatakan kereta yang ditempah lebih sebulan lepas dah sampai dan boleh diambil ... sebenarnya ni bukan le kali pertama aku beli kereta ... jadi keseronokan dan rasa teruja memandu kereta tu kurang sikit ... sebab hampir setiap hari memandu 100 km jarak dari rumah ke ofis ... berbeza hanya dulu kereta kecik .. la ni besaq sikit ...
... WRJ 8079 - warna hijau pilihan tu pilihan najwa ... walaupun terasa agak janggal dengan warna tapi boleh lah ! ... soal kereta lama BGA 6293 tu ... walaupun ada beberapa kenalan yang merisik khabar ... maaf ! ia banyak kenangan dan jasa ... aku tetap sayang ... hanya aku ingin dia berehat setelah 7 tahun mencurah baktinya ...

kalut

salam ,

... hampir seminggu aku tinggalkan kebiasaan menulis kat blog ... sebenar banyak perkara yang nak di tulis tapi selepas interwiew tempohari ... aku diserang demam dan selsema yang agak kronik gak ... semua ni berpunca dari kecuaian diri sendiri ... hari gi interwiew tu aku tidur agak lewat ... puas nak pejamkan mata tapi leh ... risau dan fikiran agak celaru sikit ... entah pukul baru terlelap aku x sedar .... sampaikan bunyi jam loceng pun aku x dengar ... alamak ! 6.00 pagi baru aku tersedar ... punya le kalutnya pagi tu ... aku hanya sempat minum air suam dan capai sekeping roti jer ...
... 8.50 aku sampai kat HQ ... rehat jap dalam kereta ... alhamdulillah selamat sampai ... yelah ! selalu tu kalau turun ke HQ mesti berdua ... terasa janggal lak bila kena pergi sorang ... terima kasih pada kekawan yg kirim sms pagi tu ... sampai tingkat 2 aku jumpa ' mak uji ' ... ada gak kawan sembang ... untuk panggilan kedua ni hanya 12 orang jer ... x de exam pun ... lega !!!
... 10.30 baru ' temu duga ' bermula ... aku kena giliran ke 10 ... aduss ! lamanya .. penantian satu penyiksaaan ... ramai staff senior dari HQ yang tersenarai ... kebanyakan yang telah mencurah bakti lebih dari 15 tahun ...
... 12.00 aku dipanggil masuk ... ku mulakan langkah kanan dengan kalimah lazim bila memulakan sesuatu " Bismillahirrahmanirrahim " nak tau apa yang ditanya oleh panel ... agh ! biarlah rahsia ...
... 12.30 aku memulakan perjalanan balik ... dengan cuaca panas dan kesibukan jalanraya baru le aku terasa lapar ... call honey nak ajak makan sama tapi apakan daya dia dah lunch ... kepala dah mula rasa sakit ...
... 3.30 sampai kat rumah ... mandi ... makan ... solat ... dan tidur !
... jumaat aku cuti ... demam dan selesema ... redha je

Wednesday, June 4, 2008

... peluang kedua

... sebelum masuk ofis pagi tadi ... aku singgah sat kat lib Daerah ... serahan kutipan hasil bulan Mei ... selesai urusan aku diminta tunggu untuk ikuti sedikit taklimat oleh YaPEIM ... bagus gak pagi2 ni dengar penerangan berkaitan sadaqah ( .. sedekah ) ... insyaAllah ! borang yang diedarkan tu akan aku kembalikan ... tentang berapa nilai sedekah tu ' biar le rahsia '
... aku dimaklumkan pasal interview kedua akan diadakan esok ( .. 5 Jun ) kat HQ ... seorang dari lib daerah terpilih ... untuk peluang kedua ni
... bila sampai kat ofis ... aku dimaklumkan terlibat sama untuk peluang kedua ni ... sejujurnya aku tak pasti dengan perasaan aku sendiri dengan berita ni ... nak kata suka pun tidak jugak sebab ' member ' x dapat ... ku panjatkan syukur padaNya kerana terpilih ... aku x menaruh harapan sekadar berusaha dan bertawakal ...
... esok juga ada interview untuk beberapa jawatan dijalankan dari pagi hingga petang ... aku x tau kenapa panggilan untuk interview la ni hanya melalui telefon , tidak melalui surat ... gamaknya stail zaman moderen ... hehehe
... persiapan untuk esok ... erm !!! ..... pergi je dulu ... cuba beri jawaban yang terbaik bagi setiap soalan ... yang paling penting mesti bertenang pastu tawakal pada Allah 'kun fayakun'

Selamat berjuang !!!

Monday, June 2, 2008

angin perubahan

... bak kata orang ' sekali air bah , pasir kat pantai pun berubah ' ... itu situasi yang berlaku sekarang ni ... bila gelombang melanda maka berlaku ombak yang pada mulanya sekadar buih meniti kat gigi air kini berubah menjadi badai melanda disegenap ruang ... begitu gak dengan angin perubahan yang melanda kat HQ ...
... sejak seminggu lalu pelbagai khabar angin bertiup membawa berita akan ada rombakan besar-besaran ... tapi seperti selalu gak ... aku hanya mengambil sikap tunggu dan lihat je ... siapa le aku nak kecoh-kecoh pasal hal ni ... lagipun bertukar , ditukar kan perkara biasa dalam perkhidmatan ... dan yang kena tukar tu pun sebab berlakunya anjakan jawatan ... kata lain lebih mudah difahami ' naik pangkat ' ... bila dah naik pangkat tentunya timbal balik yang diterima juga lumayan ... redha jer le ...
... sesiapa yang terlibat dengan 'penghijrahan ' ni ... tahniah dan syabas aku ucapankan ... semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang ... suasana baru biasanya memberi pengalaman baru yang amat berharga ... kepada mereka2 yang bukan dari kalangan yang
' terpilih' usah le berjauh hati dan kecewa ... mungkin Allah akan memberi lebih baik dari ini ..
... hanya aku rasa terkilan dan sedih jika khabar angin bertiup berkenaan ' seseorang ' yang aku anggap sebagai 'mentor' ni benar ... alangkah ! ... aku berdoa semoga semua ni hanya semilir tiupan debu-debu pembawa kotoran ...

... apa yang sahih dan pastinya ... " bos " terasa semakin hampir dengan lokasi pejabat aku !
dengan ucapan ' Selamat mencurah bakti kat pejabat baru .... ahlan wassahlan !

Tuesday, May 27, 2008

jika ...

... erm ...! pernah x korang rasa bersalah atau kesal atas apa yang korang dah lakukan suatu masa dulu ... x kira lah sengaja atau x ... sekadar bertanya dan nak tahu je ... sejak akhir2 ni ... aku sering bernostalgia ... mengingati apa yang ku lakukan dari zaman kanak2 hingga detik meniti usia kematangan kini ... kekadang tu terbit gak rasa bersalah atas putusan yang diambil masa tu .. yang mungkin melukakan , menyedihkan atau memutuskan harapan orang lain ...

... semua ini menyebabkan aku rasa bersalah sangat ... bila ku ajukan pada seorang ' teman ' ... katanya ' apa jua keputusan yang kita buat pada masa tu ... biasanya memang patut dan kena pada waktu itu ... jangan salahkan diri ... apa yang kita ada hari ni adalah hasil tindakan yang kita lakukan masa lalu ' ntah lah ....!

... aku hanya berharap dan berdoa kepada 'mereka2 yang pernah terguris hati ... atas sikap dan tingkah aku ... kemaafan yang ku pohon '

... aku juga membayangkan ...
Jika masa boleh berulang semula ..
mungkin aku akan lebih prihatin akan luahan hati
mungkin aku lebih mengerti keinginan kalian
mungkin ku pujuk hati sentiasa memberi ruang
tapi mustahil kan ...

... membuka lipatan kenangan adakalanya amat memeritkan !

Saturday, May 24, 2008

berbanggakah kita ....


... berbanggakah kita kerana berjaya mendapatkan ' Tubir Selatan ' atau lebih gah dengan nama ' South Ledge ' kalau dilihat dari gambar ni ... aku dapat bayangkan kalau air pasang besar ... masihkah boleh dilihat dua bongkah batu ni ... ntah le ! ... mengikut logik sepatutnya negara kita mempunyai kelebihan sebab jarak 7 km dari Johor dan 22 km dari Singapore ... Pulau Batu Putih begitu bernilai kerana lokasinya yang strategik akhir terlepas juga dari jajahan kedaulatan kita .... undang-undang ditangan manusia ....
.... membaca komen dari pak menteri yang mengetuai rombongan dari Malaysia yang menyifatkan keputusan tu sebagai ' menang-menang ' rasa nyampah dan kelakar pulak ... apalah nak dibanggakan dengan 2 bongkah batu ... semoga kegagalan dijadikan iktibar kepada mereka-mereka berkuasa dan berjawatan kat negara kita ni ... hentikan bertelagah sesama sendiri ... jangan asyik dok sibuk sesama sendiri ... bekerja dengan betul dan jujur ... bina semula keyakinan rakyat marhaen ... sematkan kat hati sifat Siddiq , Amanah , Tabligh dan Fatonah ...
... jangan nanti kedaulatan ' Bangsa Melayu ' hanya gah pada nama saja ....

muhasabah usia ...

24 may ...

... hari ni meningkat lagi usia aku ... seperti tahun sebelumnya ... munajat yang sama ku pohon dariNya ... ' moga beroleh keberkatan , kesejahteraan didunia dan akhirat jua ... '
... ku terima dua hadiah dari sahabat baik ' ... terima kasih bunga ! ... terima kasih imad ! ... atas ingatan ... sebenarnya dalam usia begini terasa janggal lak masih terima hadiah ... bukan apa ... aku takut terlupa diri lak ... terasa muda 20 tahun ! hehehe ...
... ku terima juga sms dari honey ... terima kasih ek ! ...

umur berterusan

umur berterusan
bagai dedaun luruh
oleh angin kering yang berpuput
sepanjang penghidupan seorang insan
maka bertambah hari
begitu juga dedaun berjatuhan
satu -satu
memestikan
pohon bakal kesunyian
hidup bakal terus tegak
menongkat langit
tegap berpijak
... demikian seperti daunan yang beredar
oleh tiupan angin yang terus berpusar
umur manusia pun pelan-pelan longgar
seperti pohon yang akhirnya tercabut akar ...


Thursday, May 22, 2008

kad undangan

... minggu lepas aku terima sekeping kad undangan
jauh nun di selatan ...
Alhamdulillah ... akhirnya bertemu jua pilihan hati ...
terima atas kiriman dan ingatan ... dari kejauhan ni
aku titipan doa semoga kebahagiaan berkekalan hingga ke hujung nyawa ...

... sisipan nota tu ... buat airmata menitis ... terharu !
dalam menempuh ranjau kehidupan ... kita x akan dapat semua yang diingin
adakalanya kita terpaksa memilih ... dan ini adalah pilihan terbaik kita ...
terima apa ada dengan sebaiknya dan bersyukur ...
Allah hanya memberi yang terbaik pada hambaNya yang selalu bersyukur atas nikmatNya ...

24 may sentiasa dlm ingatan ... bukan le tarikh " persandingan " tu tapi ... sebab ia mengingatkan aku pada " kelahiran "....

Tuesday, May 20, 2008

antara dua dunia

... amy search dan Tok Guru

... walaupun berbeza posisi dan polisi namun ia tetap nampak serasi ... gambar ni aku ambil dari blog lindunganbulan ... aku rasa molek sangat bila lihat amy dan tok guru ni ... jgn lak korang salah tafsir ... aku membayangkan amy 20 tahun lalu ... imejnya ketika tu buat emak aku geleng kepala ... dengan rambut panjang , seluar ketat berkilat ... tapi aku gak minat sebab lagu dan suaranya

... setiap insan akan tetap berubah bila tiba masanya ...


Friday, May 16, 2008

mencari yang terbaik

semalam aku gi interview dan member kamceng yang sama terpanggil sekali ... masa drive tu .. kami sempat gak sembang pasal soalan ramalan yang bakal ditanya ... bukan ape ! dah lama rasanya aku tidak diduga macam ni ... so nerves sesangat ... hinggakan selera nak makan pun hilang ... teruk betui ! hehehe ....
... sampai kat HQ aku sempat belek2 apa yg patut ... tapi blurrr !!!
pastu kami sepakat ' tawakal dan berserah je padaNya'
... masa lapor diri tu ada pulak 'kejutan ' ... kena exam dulu ... baru interview ... sekali lagi aku terkedu ' ... tapi sekali kaki melangkah ... pantang berundur ' tanpa sebarang persediaan aku bertawakal lagi ' .. belum cuba mana nak tau ' kan ...
... ramai gak yang hadir untk interview kali ni ... boleh dikata semua dari kalangan staff senior atau dalam katogeri " otai " ... yang berpengalaman lebih dari 15 tahun ... terasa diri begitu kerdil sekali ... ku pujuk hati ' ... rezeki ditanganNya '
... aku berdoa agar diberi ' ketenangan dan x kalut ' masa diinterview ...
... 11.00 am - aku selesai di ' duga ' ... fuhhh ! lega rasanya ... baru le aku rasa lapar dan dahaga .... hehehe
Thanks for En. Sarwani , Pn. Kamalam and Cik NorAfida ... aku dah berusaha memberi jawaban yang terbaik terpulang pada kalian untuk menilai dan mencari yang terbaik diantara kami ni ...
... masa balik kami singgah makan kat ' nasi lemak kapar ' ... kata member makan untuk sarapan dan tengahari sekali ... pulun habis le !
so ... la ni kena tunggu hasil ' diduga ' ni dalam debaran pulak ...
... tuuunggguuu !!!!


Wednesday, May 14, 2008

interview

... pagi tadi HQ call ... " esok ada interview jawatan bla...bala.. jam 9.00 pagi " aku terkejut sebab x mohon pun ... alamak ! berpeluh gak aku ... seingat aku last interview pada tahun 1994 ... kena le cari sijil2 yang dah lama kuabaikan tu ...
... aku dapat info ... bukan aku je yang akan gi esok ... ramai lagi kekawan yang akan mencuba nasib ... alhamdulillah ! ada gak kawan klu x kalut drive sorang2 sesudah subuh esok ... cuma aku rasa berdebar untuk menghadapinya ... terasa kurang persediaan dalam keadaan singkat ni ...
aku hanya berdoa dan bertawakal kepadaNya ... semoga diberikan ketenangan agar dapat memberi jawaban yang terbaik esok ...

Selamat berjuang !!!!!

mencari damai ...


"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Friday, May 9, 2008

...menguji kesabaran

terkejut !
x tau nak percaya atau x ?
... mula dengar tu , aku rasa sedih dan terkilan gak
x sangka perkara macam ni diperkatakan tanpa aku sedari
aku akui akan kelemahan aku sering lewat ke ofis ... tapi x le selalu ..
kekadang tu lebih kepada urusan pejabat ...
sebagai hambaNya ... aku akur akan amanah dan tangungjawab
sebab tu gak bila sampai ke pejabat ... aku x kan keluar sehingga perkhidmatan tamat
aku berusaha sebaik mungkin menyelesaikan semua kerja yang diarahkan ..
- aku redha dengan semua ... berusaha untuk memperbaikinya ...InsyaAllah
kerana aku yakin amalan baik seseorang banyak bergantung daripada niat baik hatinya , manakala hati yang baik sangat bergantung daripada istiqamah diri untuk selalu dekat dengan Allah SWT ...

Tuesday, May 6, 2008

selesai sudah ...

6 may ( ... jam 2.30 pm )

... terasa lega sesangat bila audit dah selesai ... ada gak beberapa perkara yang perlu penambahbaikan dan perlu diwujudkan , walaupun debaran sudah berakhir tapi banyak yang kerja yang harus dilakukan ...

... thanks Pn. Suzliana dan Pn. Hikmah .... insyaAllah ! kami akan laksanakan seperti apa diminta ...

Wednesday, April 30, 2008

audit dalaman ....

... hari ini dapat info berkaitan audit dalaman yang bermula dari 2 may - 29 may ni ... rasa berdebar juga menghadapinya ... bukan le tak bersedia tapi risau ada perkara yang terlepas pandang ... ini kali pertama diwujudkan , bertujuan untuk penambaikan pada perkhidmatan ...
... bermula hari ni ... aku mula mengemakini apa yang perlu sebagai persediaan menghadapi hari audit kerana tarikh sebenar tidak dimaklumkan ... aku dan rakan sekerja berharap dan berdoa agar semua berjalan lancar ...

Tuesday, April 29, 2008

meeting

.. salam ,

sabtu lepas dapat info pasal meeting pada 2 may ni ... jam 3.00 petang kat lib daerah, minta maklumkan info ni kat semua staff di daerah ni .... last meeting pada 30 jan lepas ... tapi banyak isu yang dibangkitkan dan bincangkan masih tidak diambil tindakan ... dimaklumkan meeting kali ni lebih fokus pada audit dalaman ...
... dari pengalaman meeting yang lalu ... aku tertanya " apa kah situasi sama akan berulang lagi " isu hanya diperbincang dan diminitkan ... ntah lah ! ... aku sendiri masih memikirkan apakah isu yang dibawa untuk diusulkan ... sedangkan permasalah dan isunya tetap sama ... masih relevan ungkap bicara sedang nadanya tetap sama ...

Thursday, April 24, 2008

makna setitis hujan ...

hari ini hujan turun lagi...
titis demi titis...titis demi titis..
dari yang bersaiz kecil hingga ke saiz yang paling besar...
semuanya turun mengikut kadar masing-masing...
semuanya turun menurut mengikut kitaran yang telah ditetapkan...

nun di bawah sana...
ada manusia yang mengeluh keresahan...
mencemuh turunan hujan...
kata mereka, cuaca hari ini 'tak elok'...
nun di bawah sana...
ada manusia yang bersorak kegirangan...
bergembira dan bersyukur...
kata mereka, ini nikmat tidak terhingga...
hujan terus turun...
tanpa memperdulikan herdikan nafsu manusia..
yang terus-terusan tidak berpuas hati dengan keadaan...
kata 'abraham maslow' ini adalah kehendak manusia..
kata Tuhan, mereka-mereka ini manusia yang tidak bersyukur...
biarkan mereka itu...

apa makna setitis hujan bagi mereka...
tiada apa kecuali, berlari mengangkat jemuran..
tiada apa kecuali, takut banjir kilat berlaku..tiada apa kecuali, takut harta benda musnah...
biarlah mereka itu kata titisan hujan...
mereka engkar kerana sudah merasakan cukup...
mereka engkar kerana hasad dengki ujub serta takbur...
mereka tidak pernah ketemu istilah syukur...
dan redho mereka hanyalah ungkapan paksaan...
titis hujan terus membasahi bumi...
titis demi titis turun mengikut arahan yang ditetapkan...
titis hujan itu menyuburkan bumi...
titis hujan itu memberikan harapan...
titis hujan itu memberi nafas baru...
titis hujan itu menyempurnakan kitaran alam...
titis hujan itu menyempurnakan ibadahnya kepada Ilahi...
atas landasan 'kami dengar kami patuh...'
apa makna titis hujan bagi diri kita?

u/p ... petikan yang aku copy/paste dari blog sifu ... untuk renungan kekawan semua

Tuesday, April 22, 2008

mencari hakiki ...

... sebenarnya usaha mencari hakiki ni ...
sama le macam si buta berjalan dalam gelap ...
sukar dibezakan ... bahkan tiada beza pun ...
yang membezakan hanya keimanan dan fasiq ...

... banyak perkara yang membuatkan kita malas mencari hakiki ...
sebab dunia sekarang orang lebih mengagumi kepalsuan ...
lebih meng'agungkan' kepura-puraan ...
lebih mementingkan puji-pujian ...
lebih cenderung pada kuantiti dari kualiti ...
leka dek fantasi dari realiti ...

... kealpaan dan kekhilafan bagaikan tiada noktah ...
tindakan tidak lagi berpaksi akal ...
maklumat bukti tidak pernah diselidiki ...
mudahnya minta dicontohi ...
yang dipuji bangga tidak terperi ...
ah..! tiada kah rasa bersalah dihati ? ...

... mencari hakiki ...
apakah masih relevan dengan situasi hari ?
saat manusia rakus mengejar duniawi ...
tika manusia makin melupai ukhrawi ...

... buat insan-insan yang masih mencari hakiki
teruskan pencarian ... jangan akhiri ...
bila rasa bosan dan benci mula bertapak ...
anggap pencarian ini jihad seorang muslim ...

... sebenarnya coretan ini hasil dari luahan perasaan seorang sahabat ... hari ni ada perjumpaan tergempar ... isu yang dibincang dan diputuskan adalah ulang tayang dari episod2 yang sama ... hanya diolah dalam keadaan yang sedikit berlainan ... adakala desakan tanpa pengertian akan membuahkan bibit kebencian ... apa lagi kalau kebenaran dinafikan ...

sabar le hati ! ....

Friday, April 18, 2008

percaya akan adanya benar

salam,

hampir seminggu tidak menulis kat blog ni ... bukan le sebab dah kehabisan idea atau tiada cerita tapi lebih menjurus kepada mengutamakan apa yang perlu diutamakan ... melakukan tugas yang diamanahkan ... tentu le kerja ! ...

... hampir seminggu gak aku pendamkan luahan hati seorang sahabat ( ... dulu kerap juga aku dan dia berbincang apa saja bila ada masalah dalam tugas ) ... selepas berhijrah hampir 3-4 tahun ke tempat baru tapi masih dalam ruang lingkup yang sama ... ada juga kami berjumpa bila ada kursus atau seminar tapi peluang untuk bual bicara sering terbatas oleh keadaan ...

12 april
dia datang ke pejabat ... katanya " cuti hari ni sebab ada urusan peribadi sikit " ... seperti selalu dia yang aku kenal tetap mesra ... dia masih belajar lagi ... " insyaAllah , tahun ni habis la .. ingat nak sambung lagi untuk dapatkan diploma " alhamdulillah ... aku kagum dengan semangat yang ada dalam dirinya ... sentiasa berusaha dan tak pernah putus asa ... dalam kesibukan tugas harian dia masih gigih menggapai impian ...

... hanya bila bercakap soal kerja ... dia sedikit terkilan dengan apa yang terpaksa dilalui setiap hari ... tekanan dari rakan setugas yang lebih senior ... bagaikan melumpuhkan keyakinan dan kegembiraan dalam menjalankan tugas ... banyak lagi luahan rasanya tapi tak manis untuk dibicara secara terbuka kerana melibatkan mereka-mereka yang masih lagi dalam berkhidmatan ... hanya pesanan yang aku titipkan buatnya " ... kita tak dapat mengubah sikap orang tapi cuba le sesuaikan diri dengan situasi itu ... kerja la dengan ikhlas dan lakukan tugas yang diamanahkan dengan baik ... "

... berhijrah memang le digalakkan kalau destinasi ke arah kebaikan ... tapi kalau sekadar ingin lari dari situasi sekarang ... lari dari masalah yang ada , itu pengecut namanya ... bukan le niat aku nak jadi " batu api " (... nauzubillah ! ) ... masalah akan tetap ada ... mungkin dalam cara berbeza pula ... oleh itu kena pahatkan kat hati tu .. percaya akan adanya benar ...

... bukan semua orang bernasib baik mendapat rakan setugas yang seia sekata ... senang dibawa berbincang ... saling bantu menbantu dan sentiasa menyokong ke arah kebaikan ... tapi dalam menjalinkan persahabatan pun kena berhati-hati gak ... kenali hati budi kerana sahabat sejati sukar dicari ... silap langkah makan hati sampai ke mati ...

Friday, April 11, 2008

Bicara tanpa suara

...melihat pelbagai pergolakan yang melanda persekitaran dalam dan luar negara .... adakalanya begitu meruntun perasaan dan menimbulkan keresahan dan ketakutan yang tidak dapat diungkapkan ... sering juga hati tertanya " apakah perasaan ini turut dirasai oleh orang lain atau mungkin aku saja ? "
...la ni kat negeri kelahiran aku ... orang sibuk bercakap soal isu projek ternakan "ba.." , akan tergadaikah lagi kedamaian dan alam sekitar kepada kerakusan dan kekuasaan manusia ... dalam usaha kerajaan mengurangkan pencemaran yang semakin menipiskan lapisan ozon tetiba je negara dikejutkan dengan projek bernilai RM100 juta ni ... bagi aku walaupun secanggih mana pun sistem yang digunakan ... akhirnya hasil buangan yang konon telah dirawat akan dialirkan ke sungai juga ... dan air dari sungai ini akan mengalirkan ke loji rawatan air untuk diagihkan pulak pada kita ... memang le kita tak boleh nak basuh air tapi sanggup ke kita ? ...

...dunia Islam kini benar-benar teruji dengan pelbagai kerenah pengikut dan musuh tradisi sejak berabad lamanya ...kelancangan Sufiah Yusof dalam pengakuannya yang tidak menyesal dengan "pekerjaan" nya ... bagaikan menghiris berjuta hati umat Islam seluruh dunia ... kurniaan IQ genius bagaikan tiada nilainya ... ditambah pula dengan penerbitan filem " Fitna " ... maka berjaya sudah musuh-musuh Islam dalam usaha melumpuh keyakinan terhadap kemurnian dan kemuliaan Islam ... apakah dengan hanya memboikot barangan dan melakukan demontrasi jalanan dalam menyatakan bantahan sudah terlaksana jihad ? .... Umat Islam seluruhnya harus bersatu ... OIC kena berperanan bukan berdiam dan hanya lancang dalam persidangan ....

... mengikuti gelojak dunia hiburan negara juga menimbul kegerunan kerana jalan cerita yang tidak menjurus kepada norma kehidupan yang berlandaskan Islamik ... filem " Evolusi KL Drift" yang kononnya menampilkan aksi lagak ngeri yang real kerana tiada menggunakan CGI ( Imej Janaan Berkomputer ) ... memaparkan gaya hidup anak muda masakini tapi pernahkah mereka terfikir impak dari pembikinan filem ini ...

.... semua ini sebenarnya bukan lah penting sangat untuk difikirkan atau siapa lah aku untuk memikirkannya ... tapi kerisauan tetap bersarang dalam hati ... sesekali ingin aku nyahkan jauh tapi tetap datang dan datang dan datang lagi ...

... rasa sebal ini hanya dapat aku bicarakan tanpa suara melalui tulisan ... sekadar meluah satu perasaan terbuku ini ... walaupun aku tahu tiada siapa peduli tapi aku tetap merasa puas !!!

Wednesday, April 9, 2008

rahsia surah Al-Kautsar


Bismillah..........hirohma...nir'roh himm.....

"Innaa ak'thoina'kalkautsa r,
fashallilirabbikawa nhar,
innashania'ka huwal abtar".

Subject: RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR
Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
p/s - sekadar copy/paste dari email yg diterima dari seorang kawan ... untuk tatapan bersama

Friday, April 4, 2008

.. menang bergaya , gagal bermaruah

... 4 april 2008

.... hari ni along ( anak saudara ) menghadiri interview kat Putrajaya ... semalam dia call " bagi le tips ... " aku pun x tau nak bagi tips ... sebab masa aku pi temuduga untuk jawatan sekarang ni aku main redah je ... masa tu aku hanya berdoa agar x kelu lidah untuk jawab pertanyaan ... pastu aku cari serba sedikit maklumat untuk jawatan yang dipohon selebihnya tu ... aku bertawakal kepadaNya ..

.... hanya aku titipkan pesanan buatnya ... " dalam apa pun yg kita lakukan mesti ikhlas ... dan berterus terang ... jawab le dengan berhemah , tampil kemas dan berkeyakinan ... insyaAllah "
dia ketawa " acik ! jangan lupa ... doakan kita "

.... seperti selalu tu ... aku sering ingatkan kat dia " bila buat sesuatu tu mesti bersungguh2 walaupun banyak saingan , kena yakin diri ... kalau berjaya alhamdulillah ... kalau gagal pun tetap bermaruah sebab kita dah berusaha ... mungkin Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari ini untuk kita ... siapa tau kan "

Selamat berjuang !!!

Friday, March 28, 2008

mencari kejujuran ...

... jujur ... perkataan ni kalau ikut kamus membawa maksud lurus hati , tulus , ikhlas dan masuk dlam kata sifat ... dan tentu perkataan jujur ni lebih menjurus kepada makhluk yang bernama manusia ...

... selalu gak perkataan ini dilontarkan untuk meluahkan isi hati atau ungkapan kata bagi menyakinkan orang lain bila riak curiga terpancar kat wajah ... perkataan jujur ni sering di tekankan ... " aku jujur ni ... bla ... bla .... " mungkin disebabkan situasi ni acapkali berlaku dan seolah-olah menjadi tabii makanya kita rasa biasa-biasa je ...

... pernahkah kita fikir sejauh mana kejujuran kita ... atau pun mulai hari ni mari kita cari kejujuran dalam diri kita sendiri ... atau pun takut dengan bayangan kejujuran sendiri ..

... jujur denganNya ... sejauh mana kita jujur denganNya ... jujur ke kita ketika melakukan suruhan dan menjauhi laranganNya ... jujur ke kita ketika diuji dan pasrah padaNya ... jujur ke kita kalau hati sentiasa mengharapkan balasNya ... jujur ke kita padaNya kalau perbuatan dan tingkah hanya untuk tontonan ... cari le dimanakah kita sebenarnya ...

... jujur dengan diri ... apakah matlamat hidup kita ... jujur ke kita dalam mencari rezeki ... jujur ke kita dalam berkerjaya ... jujur ke kita dalam berkata-kata ... jujur ke kita keadaan sekitar kita ... dan banyak lagi , seandainya kita berupaya mendapatkan jawaban dan tidak malu untuk mengakui jika terdapat kelemahan dan kekurangan kita berusaha pula untuk memperbaikinya maka telah dapat berlaku jujur pada diri sendiri ...

... dalam banyak keadaan yang aku lalui saban hari ... kesimpulannya sifat jujur dah semakin menipis dan tidak mustahil akan pupus dan hilang langsung seperti menipisnya lapisan ozon ... entahla ... aku sendiri ada kalanya bagaikan terhimpit antara keperluan untuk bersikap jujur atau tipu sunat ( ... istilah bebudak sekarang ) dalam menyelusuri lorong kehidupan ... mungkin semua orang melaluinya ... tapi aku tidak akan sesekali bersikap " lain dikata , lain dikota " atau " cakap x serupa bikin " (... meminjam istilah bebudak sekarang lagi ! ..) .... dah banyak kali aku disuakan dengan situasi ini ...

... aku dah jemu dengan situasi begini ... dan aku tahu setiap sesuatu boleh diubah atau dilakukan penambahbaikan kecuali jika kita sendiri tak nak ia berubah , malas nak berubah dan kekal selesa begitu adanya ...



Tuesday, March 25, 2008

berhenti berharap

... salam,

semalam aku menghadiri mesy tahunan kelab kebajikan tempat aku bertugas ... sebagai ahli kelab disamping urusan kerja yang perlu diselesaikan ... aku merasakan perlu untuk aku hadir walaupun itu adalah keputusan disaat akhir ... disebabkan tahun ini tak de pemilihan ... suasana mesy tu ... biasa je ! hanya menyatakan usul-usul dari ahli dan semakan minit mesy lepas ...

oleh kerana kehadiran ahli yang luar jangkaan maka aku dan beberapa ahli kelab lain yang datang agak kelewatan tak dapat kertas minit bagi mesy lepas ... ketika mesy berlangsung ada gak beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti suara-suara sumbang yang adakalanya aku rasa agak mengganggu dan biadap bila seolah-olah memperlekeh peribadi orang lain .... mungkin gelagat ni satu kebiasaan untuk menceriakan suasana ... tapi pada anggapan aku sikap atau situasi ini dah ketinggalan zaman ...

ada beberapa cadangan yang aku rasa menarik seperti sukan memanah yang diusulkan ... walaupun kedengaran agak pelik dan janggal tapi ... apa salah cuba menerokai sesuatu yang lain dan baru kan ! ... kalau tidak tu asyik benda yg sama je ... pastu orang yg sama gak ... boring le ...

... pastu aku sempat gak meneliti maklumat terkini kat fail peribadi aku ... bukan ape , sekadar menilai prestasi diri dalam tugas ... sebagai panduan untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan terbaik ... sekurang2nya aku tahu apa yang perlu diperbaiki dari kekurangan yang ada .... macam semalam tu ... rekod keputusan PTK aku tiada dalam fail tu ... kalau aku x semak ... emn ..... x de makna le exam yg aku ambil ... aku pun tak tau salah siapa ????

sebelum balik semalam aku hadiri taklimat ringkas berkaitan format yang baru diperkenal dalam sebulan dua ni ... biasa le ... benda baru mesti ada sedikit kesukaran tapi semua terpulang pada kita ... pesepsi kita yang paling penting ... kalau kita anggap tugas tu satu amanah dan wajib digalas ... so apa masalah nya .... soal penat dan susah jangan le dipersoal ... kan kita dibayar untuk lakukan semua ni ... jgn pulak masa kat dengar taklimat semangat berkobar-kobar menyala ... tapi bila sampai kat pejabat dah jadi suam-suam kuku jer ...

... semua ni aku jadikan ikhtibar ... jangan terlalu berharap orang akan lakukan untuk kita .... sesekali tu kita kena bertindak sendiri ... gunakan pengalaman dan kemahiran setelah bertahun2 bertugas tu untuk buat yang terbaik ... jangan le sentiasa berharap , berharap dan berharap ... lepas tu mengeluh !! ... kecuali le kalau selama bertugas ni kita tak ikhlas dan sentiasa mengutamakan populariti lebih dari kualiti ....

... berhenti le berharap untuk dapat lebih kalau usaha yang dilakukan secubit cuma ... belajar ikhlas untuk diri sendiri dalam apa juga tindak dan perbuatan terutama semasa bertugas ( ... sebenarnya ingatan ini lebih untuk diri aku sendiri .... ) insyaAllah ...! akan ada balasan ....

... sekadar luahan dari sketsa semalam

Wednesday, March 19, 2008

sesekali tu kena ubah gak ....

salam,

... 18 mac
aku terima mesej dari seorang kawan .... komen pasal colour blog ni ..." kenape tukar warna ni ... x ceria langsung le ... ataupun saat ni ko tengah x de mood ... tu pasal citarasa ko ada celaru sikit " ... sebenarnya x de ape kes pun ... saje aku nak tukar .... sesekali tu kena gak ubah untuk tengok keserasian ... ok la ! ... nanti aku tukar calor lain pulak ... ape pun terima kasih le sebab baca blog aku ni ...

hehehe ... pasal ko bulih baca ... minda orang melalui warna ... aku x respect langsung ... sebab nya ko dah gagal baca emosi aku .... bila ko salah teka kenape aku pilih colour biru utk blog ni ...

Wednesday, March 12, 2008

hikmah disebalik kejadian ..

salam ...

... hampir seminggu gak ... aku tak menulis kat blog ni ... erm ! macam2 musibah menerjah ... dugaan datang dari Allah tu ... aku yakini sebagai tanda kasih sayang Nya kepada seorang hamba ... Alhamdulillah semuanya dah ok ...
... minggu lepas hampir setiap hari gak ... aku berulang alik ke hospital Tlk Intan ... ziarah abang yg ditahan kat wad ... sebab diabetes , aku anggap ni satu ingatan untuk aku juga agar lebih prihatin dlm soal makan minum dan menjaga kesihatan ...
... bila difikirkan apa telah aku lalui ... sepanjang minggu ni ... memang memenatkan ... tapi apa yang tersirat itu lebih bermakna ... hubungan kekeluargaan terasa lebih akrab ... selalu tu abang bertindak sebagai pembuat keputusan ... tapi kali ni dia terpaksa akur atas setiap cadangan dan pandangan aku ...
... bukan le niat nak tunjuk pandai ... tapi untuk kebaikan dia gak ... semalam ketika dalam perjalanan untuk ziarah / menjemputnya balik ke rumah ... " lepas ni kena le pantau ... apa yang boleh dan x boleh dimakan " kata kak mah ( kakak ipar aku da .... ) ... agh ! x kan itu pun aku kena buat ... aku dah dapat orang yg akan menjaga hal ehwal makan tu ... jangan le gundah !
... dalam situasi keluarga yang mana kaum perempuan lebih ramai dari lelaki ... adakala lebih mudah menyelesaikan masalah yang melanda ... seperti kata kak mah " jangan panik ... bertenang dan berfikir ... yang penting saling membantu ... insyaAllah ! semua akan jadi senang "

Thursday, March 6, 2008

diam ...

... diam
dalam situasi kesihatan yang merudum
rasanya berdiam diri lebih baik
lebih istiqamah ...

... diam
adakalanya mengundang seribu persoalan
biarkan ...
mereka berhak berkata apa saja

... diam
sering memberi impak
membuka ruang meluah gelodak rasa

... diam
merangsang kotak fikir
agar lebih fokus pada amanah

... diam
bagaikan terapi mujarab
merawat dugaan dan cabaran
tika dan saat ini



Wednesday, March 5, 2008

kadangkala tu .... tapi kerapkali ....

" kadangkala tu ... bila mengimbau beberapa perkara yang berlaku ... timbul rasa bersalah dan kesal , mungkin atas dasar sifat kelemahan manusia dalam menilai ... sesuatu yang seharusnya dikekalkan tapi dibuang kerana faktor persekitaran dan desakan keadaan masa tu ... adakalanya untuk mencapai hasrat dan tujuan ... kita dengan rela hati sanggup menutup rezeki orang lain ... terkilan kerana tidak bertindak sebaik mungkin untuk menghalangnya ....
" tapi kerapkali ... berlaku kesempurnaan dan kelancaran tugas yang diamanahkan tidak kekal dan berpanjangan ... maka semuanya kembali kepada asal ... sesekali tu hati terdetik ' hak yang lama lebih baik ' ... mungkin tepat seperti kata pepatah petitih " dah terhantuk baru tengadah "

" kadangkala tu ... aku mengangankan sesuatu hijrah dapat dibuat dalam melengkapkan rutin harian ... aku berharap keajaiban akan berlaku ... melakukan penghijrahan ni dengan rasa syukur dan tanggungjawab ... semua tahu tugas dan gembira melakukan ...
" tapi kerapkali ... anganan dan inginan itu bagaikan mengejar pelangi .... jika 10 tahun dulu semua ni aku rasakan mustahil ... tapi kini ianya tetap mustahil .... kerana siapa aku untuk ubah cara pemikiran dan bertindak orang lain ..

" kadangkala tu ... aku ingin berkongsi pandangan dan pendapat ... agar sedikit ilmu yang ada ni dapat dimanfaatkan bersama ... saling ingat mengingati untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan ...
" tapi kerapkali ... menimbulkan pelbagai prasangka dan tanggapan yang menyimpang jauh dari hakikat sebenarnya ...

" kadangkala tu ... ingin meluahkan ketidak telusan yang berlaku ... dengan niat agar ianya tidak berlarutan dan menjadi duri dalam daging ...
" tapi kerapkali ... hasrat tu aku simpan kerana aku belum cukup kuat untuk menongkah arus ... bersedia melawan badai ... namun jauh disudut hati dan ketika bersujud padaNya sering ku titipkan doa dan harapan untuk melihat perubahan ...

Friday, February 29, 2008

sekeping poskad

semalam ku terima sekeping poskad dengan
sedikit coretan tulis tangan ... comel sangat

" hadiah dari cik mis tu dah diterima,
An suka sebab cantik "
- terima kasih -

Nur Hannan

- ketika membaca coretan tu ... aku dapat bayangkan wajah mungil dan cutenya
" SELAMAT ULANG TAHUN KE 11 - semoga sentiasa beroleh kejayaan dan keberkatanNya " amin.

Wednesday, February 27, 2008

selumbar

semakin hampir 8 Mac ... semakin terasa bahang gelora pilihanraya ke 12 ... dan masa ni gak baru le kita berpeluang jumpa orang-orang besaq yg turun padang ... dan masa ni gak kita akan dengar seribu kata janji manis ... saat ni gak rezeki melimpah ruah bagi peniaga warung yang dulunya tutup jam 8.30 malam ... la ni beroperasi sampai ke subuh ... semua gara-gara pilihanraya ... dan tuan punya kebun yang banyak pokok buluh ... leh tersenyum lebar sebab buluh bagaikan goreng pisang panas ... laris sungguh untuk kibarkan panji parti yang bertanding ....

kotak mail aku sendiri sesak dan padat dengan berita hangat ... tak kurang gak yang hangit ... dengan kabar angin ... beserta gambar pemimpin yang tentunya dlm situasi memalukan ... apa yang aku tahu mereka yang menyebarkan mail ni hidup selesa ... kalau pun bukan mewah tapi semua hasil dari tampuk pemerintah sedia ada ni ... entah le

bagi aku mereka ni bagaikan selumbar ... walaupun bilangan tak le seramai mana tapi ... bagai api dalam sekam ... kena gak berhati-hati ...

sebenarnya hidup ni terlalu mudah ... kenapa perlu dirumitkan dengan pelbagai andaian yang akhirnya akan menjadikan kita keliru dan tidak mencapai maksud dan sasaran yang sepatutnya ... kalau masih sangsi dalam membuat pilihan ... mohon pentunjuk dariNya ...

siapa pun yang kita pilih dan undi 8 Mac nanti ... itu adalah hak kita ... so tak perlu le kita jadi agen penyebar fitnah tanpa tahu kebenarannya ... sanggup ke kita mencicah daging saudara seagama hanya kerana berbeza pandangan politik ... kena ingat nilai keimanan , keamanan dan kesejahteraan bersama ...

... thank's honey

... semalam aku dpt input baru dari seorang teman yang baru balik dr krsus ..
web baru e-belia ... sesiapa nak join layari http://www.e-belia.com/ ...

selamat mencuba !

Saturday, February 23, 2008

kebaikan / kesan warna dlm makanan

.. masa buat paper cutting ... aku terbaca artikel ni ... so nak kongsi sama info ni ...
mulai hari ni kena le cari sayuran yg berwarna ...

Merah - memberikan tenaga dan mengusir rasa lemah , merah juga turut mempercepatkan aliran darah dan membesarkan arteri.

Jingga - Optimis dan berubah adalah kebaikan perwatakan makanan berwarna jingga. Warna ini juga membantu menghilangkan kesedihan dan kekecewaan serta menguatkan sistem imun.

Kuning - membawa kegembiraan, ceria dan keseronokan serta menghindarkan kemurungan . Warna kuning juga membuang taoksik yang tidak dikehendaki dan mengimbangi sistem saraf.

Hijau - makanan berwarna hijau bersifat alkali danmemberikan keseimbangan. disamping memperbaiki stamina serta meredakan perasaan ketakutan dan tergamam .

Biru - membantu tumpuan dan memberi ketenangan. biru juga mengendurkan saraf dan membantu mengurangkan tekanan darah

Indigo - memberikan ketenangan dan meredakan perasaan daripada rasa tidak selamat serta membantu tumbesaran tisu baru

Ungu - menggalakan kepimpinan dan menghilangkan perasaan yang bercelaru serta membangkitkan semangat kesedaran . ungu memberi kebaikan kepada terencat akal dan baik untuk mata .


Friday, February 22, 2008

sebak

...21 feb

aku terima warkah dari jauh ... nun di selatan
ungkap bicara bernada hiba ...
rasa sebak gak bila membacanya ...
perasaan terharu bersarang gak kat hati aku ...
macam dah buat dosa besar jer ...
aku gak yang bersalah ke ? bila pendapat tak sekata dan senada ...
aku tidak upaya menggotakan impian semua orang ....
maaf ! tiada balas untuk warkah ini ... itu janji ku ...

sebenarnya telah aku putuskan untuk tidak berfikir mengenainya apalagi mengenang ....
jauh disudut hati ini rasa jerih dan dah lelah ...
seperti kata honey "i m lost everything " ....
rasa nak lari jauh dari kemelut ini ...

dalam kebuntuan mencari jalan ...
telah ku lakukan yang seharus sebagai hambaNya ....
bersujud memohon pertunjuk dan keredhaanNya ....
mencari-cari titik noktah bagi suatu harapan dan permintaan ...
itu jua putusan ... muktamad

... hanya harapan dari sahabat kepada sahabat ..
jangan noktahkan ukhuwah antara kita ...
mungkin lebih baik buat kita bersama ...

Thursday, February 21, 2008

untuk renungan

... kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar , maka apabila kamu merasa cukup ( ... rasa kaya dan ilmu ) , maka kamu telah menjadi jahil .... ( al-imam ibn Abdul Barri )

Tuesday, February 19, 2008

... pesanan buat diri ini

tak selamanya pengertian kita ini seharusnya sama dengan pengertian orang lain,
boleh jadi kita suka lebih dari kedukaan orang lain,
hargai apa yang kita ada,
hidup ini ada nilainya,
jalani hidup dengan penuh hati-hati,
mengerti perasaan orang lain dan bertimbang rasalah .

Monday, February 18, 2008

aku belum bersedia ...

15 feb 2008 ( jumaat )

... aku terima panggilan dari seseorang yang aku rasakan begitu akrab suatu masa dulu ... menawarkan satu peluang yang tidak pernah pun terlintas dalam kotak fikir ku ... aku terkejut " cubalah ! ... peluang ni mungkin yang terbaik " Ya Allah !!! ... pada mulanya aku rasa sangat teruja untuk mencuba dan menyahut cabaran ni ... ' mengapa tidak ' kan ...

... tetiba aku terbangun dari anganan indah itu ... bila akal mulai menguasai emosi ... semua ini tak mungkin dan aku benar-benar belum bersedia untuk hadapi cabaran ini ... bukan le bermakna aku penakut .... juga bukan kerana sindrom ' selesa ' dah bertapak dalam hidup aku ...

... aku ingin lakukan sesuatu ... hanya apabila aku pasti dan bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur dan telus .... emm mana mungkin untuk aku berlari sedangkan untuk berjalan pun aku masih perlu dipimpin ... aku tak nak ' yang dikejar tak dapat , yang dikendong keciciran ' ...

... terima atas ingatan dan keprihatinan ... insyaAllah suatu hari nanti jika itu takdirNya ... segalanya akan tercapai juga ...

Thursday, February 14, 2008

saat ini aku terasa ingin ...

saat ini aku terasa ingin ...
melabuhkan badan atas katil
berehat dan bermalas-malas
mereda segala serabut

saat ini aku terasa ingin ...
melelapkan mata sebentar
menghilang rasa lesu yang melanda
melapangkan ruang minda

saat ini aku terasa ingin ...
ingin jauh dari segala
bebas bagai burung camar
bebas dari onak dan cemar

saat ini aku terasa ingin ...
ingin lari dari kesesakkan nafas
ingin lari dari kegatalan kerongkong
emm ... sebenarnya
saat ini aku terasa ingin ..
bebas dari selsema dan batuk ...!!!

:- Bunga .... mengapa ye penyakit yang menyerang kita same .... !!!

" nobody perfect "

... kini bahang pilihanraya dah mula terasa dengan pembubaran Parlimen semalam ... hari ni aku layari utusan secara online ... pada satu sidang media oleh Pengerusi SPR memaklumkan tarikh penamaan calon pada 24 feb ni dan tarikh membuang undi pada 8 mac .... dicatatkan juga tempoh berkempen bagi semua calon parti yang bertanding selama 14 hari ...

... ini adalah pilihanraya kali ke 12 ... awal 15 bulan sebelum mandat penggal sekarang berakhir pada mei 2009 ... mungkin Pak Lah dah dapat ilham dan saat paling baik untuk mengadakan pilihanraya ... agar tak menganggu segala perancangan yang telah dirancang ...

... maka akan bermula la ... sessi umpat mengumpat , kutuk mengutuk dan pelbagai lagi ... dan masa ni gak ada yang putus kawan , putus sedara dan putus cinta kut ... hehehe
kekadang tu ... sambutan untuk pilihanraya ni lebih meriah dari hariraya ... mungkin sebab 3 atau 4 tahun sekali ... tu yang buat semua orang teruja !!

... pengalaman aku masa mengundi kali pertama dulu ... amat melucukan ... bukannya suka tapi takut ... takut tersalah pangkah , takut tersilap pilih calon dan paling takut nama x de dalam senarai pemilihan ... pagi tu aku tengok semua orang pakai baju cantik-cantik ... jalanraya pulak
" jem " teruk ... ramai gak muka-muka baru yg aku x pernah jumpa ... tapi ada kat kampung ...

... masa tu aku pergi dengan arwah emak dan kakak ... jalan kaki jer .. sebab rumah tak jauh dari sekolah yang dijadikan pusat mengundi ... tapi aku jadi rimas kerana sepanjang tu masih ada gak memancing undi disaat akhir ... tu pasal jalan kampung yang biasa lengang dah jadi haru biru macam kat Tunku Abd. Rahman kat K.L tu ...

... kepada semua yang mengundi pada 8 mac ni ... buat le pilihan bijak siapa yang bakal kita pangkah ... siapa yang bakal kita nobatkan sebagai pemimpin ... siapa yang bakal kita tabalkan sebagai peneraju negara ... semuanya ditangan kita ..

... siapa pun yang kita pilih nanti ... kita harus redha " tiada insan yang sempurna " so jangan cari kesempurnaan ... seperti kata Hamka " mencari kesempurnaan seperti mencari pelangi dalam kabus ... " bagi aku pemimpin harus " menjunjung bekalan ke akhirat dan mendukung bekalan dunia "

... apa pun pilihan ditangan anda ... jalankan tanggungjawab anda , kepada yang tak berpeluang mengundi sebab x mendaftar ... jangan lupa mendaftar , kepada yang belum layak mengundi sabo jer le ...

... harap sangat 14 hari tempoh berkempen tu ... tak de perkara buruk berlaku macam kat luar negara tu ... ingat kita ni dilingkungi agama dan adat ... biar berbeza parti dan pendapat tapi jangan putuskan ukhuwah sesama kita ...

Tuesday, February 12, 2008

mencari

sajak kupetik dari buku Anjung Persinggahan
karya
Rahman Shaari
Sesekali kita disuakan
dengan kebosanan
tiada jalan di akal
hanya belukar dan duri idea
segalanya terasing
kita pun berpaling
Apa lagi yang kita kehendaki
jadi begini?
di meja makanan disaji?
di radio suara penyanyi?
ah ! cita rasa menolak segala
nafsu seakan lekang
rindu menjadi usang
Jika begini
betapa besar kehilangan
tapi kita harus mencari
mencari
dimana letaknya erti diri
dan apakah tujuannya
kita di sini

selamat pengantin baru




Mazni dan Noraswati
SELAMAT PENGANTIN BARU ...

9 feb 2008 ...

aku dan keluarga terdekat bertandang ke Serendah untuk mengiringi Mazni ( sepupu ...) yang akan melucutkan status single kepada suami orang ... alhamdulillah akhirnya percintaan berjaya sampai ke titik noktah ... semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke hujung nyawa
esok bermula hari ini
kau dan dia - satu
sesat diramba rasa

kalau kau ditanya tentang hidup
ulangi tafsir pujangga
hidup ini lautan tanpa tepi
gunung tiada puncaknya
belantara membelantara rasa

Wednesday, February 6, 2008

Gong Xi Fa Chai

Happy Chinese New Year
Wishing everyone a healthy & properous year
istimewa untuk:-
CHEONG CHOI FAN & FAMILY
( wa masih terima angpau ma )

pengalaman pahit

.... tadi aku call ibupejabat untuk dapatkan kepastian tentang permohonan surat tukar hakmilik kenderaan .... 2 minggu lepas aku dah maklumkan akan turun ibupejabat isnin ... aku berharap sangat semua ni dapat diselesaikan segera .... tapi amat mendukacita kan ... aku diberitahu surat belum dibuat lagi ... atas alasan kesibukan tugas-tugas lain yang lebih penting dan perlu diberikan keutamaan ... kononnya ...!... yang paling x dapat aku lupakan dan masih terngiang kat telinga ni ... suara sumbang ' katakan je x siapkan lagi '

.... yang buat aku rasa marah dan terkilan sangat ni ... bukan le soal kesibukan pihak yang di atas tu ... tapi soal kredibiliti dan tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan ... x kan lah nak siap kan sehelai surat untuk pengesahan pertukaran hakmilik mengambil masa sebulan .... apalagi la ni dah dapat pun persijilan MS:ISO ... selepas call 2 minggu lepas aku tertunggu gak ... mana le tahu ada dokumen yang diperlukan untuk draf surat tu ... tapi senyap je ... aku meneka semuanya ok ...

.... sebelum ni bila ada pihak luar bersungut dan mengeluh pasal sukarnya berurusan dengan ibupejabat .... aku beranggapan mungkin sebab x ikut prosedur atau lain-lain hal ... tapi hari ni aku tahu ... itulah situasi sebenarnya ...

.... setiap kali ada urusan disana ... aku melihat pelbagai ragam dan gaya ... seolah-olah kesibukan membelenggu rutin harian mereka ... rupanya hanya lakonan semata ... tiada keikhlasan ...

.... apa pun aku tetap akan bertindak dengan cara sendiri untuk mengatasi .... harap pendekatan ini akan membuah kan hasil ....

.... pada yg dok kat 'atas' sana ... tugas anda adalah amanah ... amanah yang memberi rezeki .. rezeki untuk sara anak-anak ... fikir le sendiri ... apa jadi seterusnya ... setinggi mana kita ... kita masih dalam perhatianNya ...

bila tiba masanya ...

... bila cakap soal kematian ... memang tiada pengecualian bagi setiap makhluk yang bernyawa ... kematian atau kembali kepada penciptaNya ada sesuatu yang pasti ... hanya bila , dimana dan bagaimana ia berlaku adalah rahsiaNya ... berlakunya kematian bererti terputus hubungan kekal dengan kehidupan dunia ....

... Al-Fathihah buat Allahyarhamah Ustazah Rahimah yang telah kembali ke ramahtullah semalam .... aku dimaklumkan ia meninggal dunia dalam tidur ... semoga tempatnya bersama-sama orang yang beriman . Amin

Tuesday, February 5, 2008

tempe



salam sihat dan salam cantik ...
semalam ketika membaca akhbar utusan mengenai rahsia wajah Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang nampak muda dan berseri ... kata beliau bukan le sebab botox atau pembedahan kosmetik tapi rahsianya hanya kerana kegemaran makan tempe....


... katanya lagi ' tempe selain mempunyai kandungan protein yang tinggi , ia juga mempunyai khasiat melawan kanser berikutan penyediaannya yang melibatkan proses fermentasi... itu sahaja petua saya '


... so hari ni aku lakukan sedikit pencarian di internet tentang khasiat tempe ... banyak sangat maklumat tentang tempe ... antara kaya dengan serat ,kalsium, vitamin B , zat besi dll ...
berpotensi melawan radikal bebas sehingga dapat menghambat proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit jantung koroner, diabetes , kanser dan banyak lagi ...


... perkara yang tentu seronok dibaca dan penting untuk diketahui oleh semua wanita .... tercatat juga " penuaan dapat dinyahkan bila dalam makanan yang dikonsumsi setiap hari mengandungi antioksidan yang cukup .... dan tempe merupakan sumber antioksidan yang baik ... murah dan yang penting mudah didapati ...

... kajian yang dilakukan di Universiti North Carolina. USA ... menemukan genestein dan fitoestrogen yang terdapat pada tempe ternyata dapat mecegah kanser prostat dan payudara ... sebenarnya banyak lagi info tentang tempe ni ... kalau korang ada masa terluang tu ... cari le

... kat sini aku sisipkan gak resepi tempe yang biasa aku masak ... mudah , cepat dan senang disediakan ... cuba tau ... rasanya ' best ' ...

bahan : tempe ( suka le nak banyak mana ..) kentang ( ... pun ikut suka ) 1 peket kecil suhun( rendam dan toskan ) , bawang merah ( .. x kisah le kecil ke besar ) cili ( ikut suka ) garam ( mesti le secukup rasa ) dan udang kering ( .. lebih banyak lagi sedap ) serta sedikit sos tiram

cara : tempe dan kentang ( potong kecil&nipis) digoreng garing ... asingkan dulu, tumis dgn minyak yg sedikit cili , bawang dan udang kering hingga naik aroma kemudian masukan tempe , kentang ... kacau goreng , last sekali masukan sos tiram , suhun dan garam ... kacau rata ... sedia untuk di hidangan ..

... untuk honey .. ini satu kelebihan sebab suka sangat makan tempe ... mulai hari ni ... kena jadikan tempe menu keutamaan dalam sajian harian ...

selamat menjamu selera ... pastikan ada tempe ...

Monday, February 4, 2008

letih ...



... salam hebat !
... aku betul2 rasa letih ..
letih dengan mandat baru
dari first meeting minggu lepas
arahan kerja serta merta
dengan beberapa pembaharuan
semuanya perlukan tindakan segera
... aku betul2 rasa letih
telefon bertalu ... semuanya keliru
rasa hati terbuku dan celaru
tindakan masih kelabu
... aku betul2 rasa teramat letih