Thursday, April 16, 2009

team tom tom chak !

penyampai hadiah oleh Pn. Suzliana yang diiringi oleh
En. Norkhairul Nizam .

petah ! ... menyampaikan cerita kisah nabi

khusyuk dengar cerita !

chicken dance bersama mek su n nora

aktiviti bersama


seronok menari n menyanyi !


sesi puppet show

sang arnab n sang belang memperkenalkan diri

tunggu giliran ! ... sang badak , sang buaya n sang katak



ni lah dia ... team tom tom chak !


... salam semua !

emm ... akhirnya aku berjaya gak posting cerita semasa aktiviti hari buku kanak2 antarabangsa kat lib daerah kuala selangor ... semua gambar ni ehsan dari honey ( terima
kasih le )

setelah 4 hari berlatih untuk puppet show ni ... 11 april 2009 tu kira klimaks bagi segalanya,
samada berjaya atau tidak ... x dapat le nak dinyatakan tapi itu saje le dapat dapat dilakukan!
aku sendiri dah 15 tahun x aktif dengan aktiviti bersama kanak2 memandang ruang kat lib cawangan tidak mengizinkan ...

... mula melakonkan watak sang arnab tu ... aku rasa pelik dan tergelak sebab kena kecikkan
suara ... alamak ! segan dan malu gak tapi terpaksa jugak buat sebab dah arahan kan ! ... x sangka pulak selepas berlatih berhari2 terasa seronok ... ala macam bebudak tu ... hehehe

... buat semua kekawan sang belang ( ita ) , sang badak ( yus ) sang katak n sang buaya ( hana ) dan kak yong ( reza ) @ team tom tom chak ... milah ( .. yang menyumbangkan ilmu
berlakon puppet ) honey ( yang set muzik ) mek su & nora ( chicken dance ) nor , ajijah & kak sal ( pengkritik masa latihan ) linda ( emce pd hari tu ) dan en.khairul ( pegawai perpustakaan zon 1B - sebab beri peluang pada kami ' bernostalgia ' zaman kanak ) ...

... sebenarnya banyak kisah cerita belakang tabir sepanjang latihan berjalan ... tapi pesan
orang2 tua " cerita hak baik-baik aje ... insyaAllah semua akan jadi baik2 belaka "

* ... buat sang badak , sang belang dan kak yong serta semua kekawan yang akan mengharungi
exam PNM ... akhir bulan ni study smart ok !













Tuesday, April 14, 2009

mula bertugas semula ..

assalamualaikum ...

terasa lama x menulis kat blog ni ... sepanjang minggu lepas aku dan beberapa kekawan dari perkhidmatan desa berkampung kat lib daerah demi tugas serta memenuhi arahan boss ... semuanya kerana sambutan hari buku kanak2 antarabangsa ... so lib daerah Kuala Selangor terpilih mewakili Zon 1B pada 11 april 2009 ... alhamdulillah semuanya berjalan lancar serta dapat response yang baik dari audience dan Pn. Su ( ... walaupun masa rehearsal ... bos bagi komen ...emm ! puppet ok tapi nyanyian ' ke laut ' ) ... kini rasa rindu lak dgn team tom tom chak !

... hari kat lib cawangan ( tempat aku cari rezki da ... ! ) buat latihan cegahan kebakaran dengan kerjasama bomba ... semuanya ok ! ... aku banyak belajar perkara baru hari ni ... semoga Allah beri aku kekuatan untuk hadapi semua duga dan cabaran ni ..

... esok aku x pasti apa akan berlaku ... yang pasti aku tetap akan menjalan rutin seperti biasa ..

* nak ucap terima kasih kat milah yang x jemu2 tunjuk ajar masa latihan puppet dan kat semua staf lib kuala sebab layanan anda membuat aku lupa segala masalah ... hehehe

Monday, April 6, 2009

kemesraan pudar warna

... aku x pernah terfikir pun pasal perkara ini ... sungguh ! ... aku selalu berharap setiap hubungan yang terjalin akan kekal erat selamanya ...

... tapi luahan rasa seorang teman pasal mesra yang semakin pudar dalam keluarganya ... aku x nak komen atau senang crita ... aku x layak pun nk beri komen apa2 sebab ... aku rasa x layak nk nak bagi komen sbb aku x de pengalaman dalam hal2 kehidupan berumahtangga ni ... tapi sebagai sahabat aku bersedia mendengar luahan hatinya jika itu dapat meringankan bebanan perasaannya .

... hanya aku ingin titipkan sedikit nasihat buatnya ... kita akan lalui beberapa fasa sepanjang hayat ... dan bertambahnya usia kita maka beranjak lah juga fasa dalam kehidupan ... kita selalu anggap orang sekeliling kita berubah ... tapi hakikatnya kita yang berubah ( tanpa kita sedari ) ... adakalanya kita berharap segalanya akan kekal macam 5 atau 10 tahun lepas ... tapi hakikatnya cuba kita cermin diri ... adakah kita masih macam dulu gak ?

... jangan cari lemah orang lain tapi cari lah kurangnya kita ... !

* ... barangkali aku juga sedang melalui fasa yang sama ... 15 tahun berada disini ... terasa begitu ' biasa ' ... ermm ! segala2nya jadi begitu ' biasa ' .

Friday, April 3, 2009

aku bukan sesiapa ...


aku bukan sesiapa ...

kisah semalam penuh emosi
aku kelu dalam kejutan
perubahan akan tetap berlaku bila tiba masa
tiada yang kekal selesa selamanya
tiada salah sesiapa
aku hanya memenuhi arahan seperti yang dipinta
walau dalam hati berhimpun segala rasa
aku tertanya juga .... salah kah aku ?
tapi
aku bukan sesiapa
sekadar meluah rasa tanpa kuasa !

* ... " seharian aku membodohkan diri " !

Tuesday, March 31, 2009

pusing kepala ...

... pagi tadi menghadiri mesyuarat kat lib daerah ... fokus perbincangan berkaitan aktiviti sempena hari buku kanak2 antarabangsa yang biasanya disambut pada 2 april ... tapi aktiviti kat lib daerah ni akan diadakan pada tarikh 11 april ni ... program ni melibatkan kanak2 dari tadika Pasti dan Perpaduan ... kanak2 yang terlibat dalam sekitar 180 orang .

... antara aktiviti yang dirancang antaranya persembahan puppet show dan menyanyi bersama kak mis serta bertandingan mewarna kulit buku ... emmm ! yang buat aku pusing kepala tentunya akt menyanyi bersama kak mis ... aku dah tinggalkan semua akt bersama2 bebudak selama hampir 15 tahun sejak aku berhijrah tugas kat daerah ni ... tu yang buat aku risau dan pusing kepala memikirkan tema persembahan pada hari tu ... lagi pun dah lama x beraksi dengan bebudak dan depan audience , aku takut lidah aku ni jadi kelu dan kaku ... hehehe

... nampak gayanya kena le pratik dan korek balik ilmu2 yang dah berkurun terabai tu ... dan sebagai permulaan aku akan mula membaca buku kanak2 atau apa2 jer yang sewaktu dengan nya ... !

* ... buat kekawan kat luar sana ... klu ada idea tu ... lontarkan le kat aku yang tengah pusing ni !

sekitar majlis maulidurrasul

Ustaz Mohd. Noor bin Hj. Mohd. Sahar

... tahniah kat linda sebab berani mencuba !

khusyuk !

sessi soal jawab ...

zam , din dan jef ... wakil kaum adam !

sessi makan2 ... honey , me , mek , hana , nora n kak limah

salam semua ...

... majlis sambutan Maulidurrasul ni dah berlangsung pun pada 27 mac ... hari jumaat lepas tapi x sempat menulis dan edit gambar ... alhamdulillah majlis ini julung kalinya dibuat kat lib daerah ni ... so dapat le semua staf dari 2 daerah ni berkumpul ( ... walaupun bukan semua dpt hadir )
... aku berharap sesangat kawan2 yang hadir pada hari itu mendapat natijah yang baik dari kisah pekerti Nabi Muhammad s.a.w ... mungkin mustahil untuk kita menjadi maksum seperti baginda tapi sekurang2nya pahatkan sedikit peribadi mulia baginda dalam hati dan minda kita dalam laluan tugas harian dan rutin kehidupan ini .

... macam biasa lah juga ... kalau dah bertemu adakalanya kita terlupa dimana kita berada ... masa majlis berlangsung ... terdengar2 gak suara sembang bergema ...! mungkin juga sebab kisah ini dah biasa sangat kita dengar kan ... so bagai tiada apa2 yg baru ... terpulang lah !

... nak ucapkan tahniah kat linda sebab menyempurnakan tugas dengan baik ... memulakan sesuatu yang baru memang menyukarkan tapi bila dah biasa ... semua akan jadi senang !

* ... sebenarnya banyak lagi gambar2 masa majlis tu !


Friday, March 27, 2009

jom kita sahut cabaran ini !


Gelap !
.. anda berani berada dalam gelap dan kegelapan malam ?
.. kalau berani jom kita sahut cabaran ini ... padamkan lampu 28 Mac ini ... selama 1 jam ... 8.30 - 9.30 malam ... sebagai sokongan untuk selamatkan bumi kita !
... itu pun kalau anda berani ... !

AWAS ! anda sedang diperhatikan ...

... syukur sangat sebab exam PTK dah berlalu ... walaupun aku rasa soalannya x le sesusah yang aku bayangkan ... so tunggu jer resultnya akhir tahun nanti ... klu capai aras 4 alhamdulillah tapi klu sebaliknya ... cuba lagi tahun 2010 !

... sepanjang 3 hari lepas ( ... masa aku cuti n gi exam ) aku dapat beberapa info tentang lawatan kerje ( ... senang cerita pantauan ) oleh staf dari lib daerah ... ada le juga soal selidik untuk staf kat sini ... aku x kisah pun dan x akan ambik kisah pun ... x de apa yang nak ditakutkan ... cuma rasa nak tergelak jer bila yang buat pantauan dan soal selidik dilakukan oleh staf luar jangkaan ! itu yang buat staf kat sini rasa blurr dan x respect langsung ... aku x leh komen sebab masa soal selidik tu aku cuti n gi exam ...!

... sebenarnya , samada pantauan atau soal selidik dibuat ... waima oleh sesiapa pun ... x kira le apa jawatan ... berstatus orang lama atau orang baru ... kalau kita dah menunaikan amanah seperti yang seharusnya ... x perlu le rasa gundah gulana ... kecuali le kita bersikap ssebaliknya !

... sedarkah kita yang selama ini pun ... kita sentiasa dalam perhatian dan pantauan ? dan yang lebih menakutkan hasil pantauan itu hanya diketahui setelah kita x berdaya membetulkankannya !

... ingatan untuk diri sendiri ... setiap gerak kerje jika dilakukan dengan ikhlas ... insyaAllah ! baik le balasannya .

* ... buat semua teman2 yg hadir kat majlis mauliddurrasul ... semoga berolehi keberkatannya.

Friday, March 20, 2009

25 Mac ...

emmm ... 25 Mac ni aku ada exam PTK ... so isnin & selasa aku akan bercuti ... nk study ( ... kununnya le ) ... ni baru jer dpt info dari member " ... berkumpul kat Shah Alam jam 8.00 pagi ... kenderaan disediakan " ... syukur alhamdulillah !

insyaAllah hari rabu ni ... seawal pagi yang terdaya aku dan bunga akan memulakan perjalanan ... semoga semua selamat dan dipermudahkan Allah . amin .

tiada yang abadi

Al Fatihah ....

... salam takziah buat keluarga mantan Pengarah PPAS ... En. Mohdi bin Darim yang kembali ke rahmatullah semalam.

... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat bersama-sama mereka2 yang beriman dan bertaqwa ... amin .

* ... bila sampai janji Allah kepada setiap hambanya ... tiada siapa dapat menduga !

Thursday, March 19, 2009

titik hitam


... " kehidupan dan masalah adalah asam garam dalam rutin harian " ... aku akui akan perkara ni ... tapi kekadang tu bila terlalu banyak masalah melanda pada satu masa ... emosi aku dah capai tahap maksima ! ... tu yang aku rasakan saat ini ...
... aku jadi ' bisu ' dan malas nak ambik tahu apa berlaku kat sekeliling ... lebih fokus pada kerje jer ... adakalanya aku rasa lebih baik gini ... bila cerita kat seorang teman " ... itu tanda dah ada satu titik hitam kat hati kita " itu komentar darinya !
... berhari2 gak aku memikirkannya ... tapi aku masih gagal memujuk emosi ! ... entah lah ... aku keliru ... aku sedih ... dan aku benci ... aku merasakan ketidak adilan ... semua itu menyatu menjadi satu ! Ya Allah keluarkan aku dari kemelut ini ... ku mohon !
... mungkin juga tembok kesabaran semakin menipis dalam diri ... atau aku sudah x terdaya berselindung ... atau aku sudah bosan pada kepura2an ... mungkin juga sudah ada keberanian untuk meluah apa yang berselirat dalam minda ini ... atau mungkin juga titik sedar mula menular dalam segenap raga ... !
... memang orang selalu nampak titik hitam tapi x ambik kisah pula pasal warna putih disekelilingnya ... kesilapan / kelemahan yang sedikit sering diperkatakan hingga memudarkan semua kebaikan ada ... apa nak buat kan ... dah jadi resmi manusia gitu !
... maka berusaha lah semula membina reputasi cemerlang yang dah tercalar !
* .... yang pasti aku ingin kuburkan semua ' biasa yang kini dah jadi bisa ' ... insyaAllah !

Saturday, March 14, 2009

semalam terima dua info dari member kat lib dua daerah ... !

... info pertama , aku dimaklumkan tarikh exam PTK 1 pada 25 mac ni ... lokasi kat Cheras ... transport x disediakan ( ... dalam kata lain " kena pergi sendiri le " ) ... info tu pun dapat dari orang kat HQ yang call ... tersenarai 2 nama jer ... ek ! apasal nama aku x de ni ... sebab masa isi dan hantar borang sama ... mungkin gak sebab aku ambik PTK 2 so tarikh exam pun x sama ... alahai ! haru gak kalau tarikh x sama dengan diorang ni ... aku kalau pasal lokasi2 kat KL tu memang hancus !! ... kecuali PNM ... itu pun sebab dah pergi beberapa kali ...

... info kedua , ... selasa ni 17 mac ada mesyuarat kat lib daerah ... jam 10.00 pagi ( dpt maklumat semalam ) hari ni baru di confirmkan ... apa isu atau mandat baru yang akan dibincangkan ? so kena le tunggu selasa ni ... pasal bab ni aku memang x leh atau malas nak komen lebih2 ... takuuuttt ! hehehe ...
cuma aku bercadang nak berbincang pasal aktiviti gabungan antara lib kat daerah ni ... dan mungkin bangkitkan semula beberapa perkara berkaitan permohonan yang dikemuka tahun lepas tapi masih x de respon pun ... !

* ... emm ! kembali membaca buku akta dan lib ... sebagai persediaan awal ... al maklum dah tuo2 ni ... hehehe !

Friday, March 13, 2009

anda merokok ? ...

salam jumaat !

" anda merokok ? ... merokok pembunuh dalam diam ! ... itu lah isu yang aku pilih untuk pameran bulan mac ni ... setelah memikirkan beberapa isu ... ini jer isu yang aku rasakan relevan sepanjang masa ... ! lagipun kat dada akhbar sejak akhir2 ni lebih fokus pada isu politik ... dan pengguna pun lebih berminat membaca terus di akhbar untuk info terkini atau tonton berita kat tv ... kalau nak tau pasal politik !

* ... ni tengah fikir isu apa untuk pameran april lak ... cepatnya masa berlalu !

Thursday, March 12, 2009

antara priority dan really

... bagaimana rutin harian anda hari ini ? ... sibuk ... ? ... biasa2 je ... ? ... atau ntah ! x tau ... aku buat apa hari ni ek ! ? ... siapa yang kena cari jawaban bagi semua persoalan ni ? ... x de sesiapa pun boleh bagi jawaban kecuali diri sendiri ...

... sejak akhir2 ni aku memilih untuk jadi pemerhati ... pemikir ... dan buat analisis sendiri tentang apa yang berlaku dalam kitaran harian kehidupan ... x tahu lah ... mengapa hal2 macam ni yang suka sangat aku nak fikir ... bukan lah nak cari khilaf atau bongkar aib sesama insan ... hanya sekadar buat perbandingan antara priority dan realiti ... sebab kekadang aku sendiri
' tersangkut ' dalam situasi ni ...!

... dalam tugas harian , adakala kita merasakan terlalu banyak tugas yang perlu dibereskan ... dari menjejakkan kaki awal pagi kat ofis hingga le melangkah keluar jam 6.00 pm ... maka bermula tugas hakiki ... melunas tanggungjawab yang terpikul di pundak ( ... kerje kat lib ni memang x de istilah ' tugas selesai ' ) ... segala priority untuk hari itu bagaikan ternoktah bila waktu ofis berakhir ... so semasa memandu balik ke rumah ... cuba kita fikirkan realitinya ( ... kena lah berlaku jujur pada diri sendiri ) ... datang awal pada ke ofis ' ok ' ... tugas hakiki yang dapat dibereskan ? ... berapa lama masa yang kita ambik untuk pekena teh tarik waktu pagi ... lunch dan minum petang ...? jumpa kawan ... dan macam2 lagi ( semua x de kena mengena pun dgn tugas ) ... so agaknya berapa % nak bagi kat diri kita ek !

... dalam iklim politik hari ni pun macam gitu gak ... sebagai rakyat jelata yang kuasa pun x de
( .. ada kuasa bila pilihanraya jer ! ) seribu harapan tercurah kat pihak pimpinan ... tentunya priority yang tuntut ... bina negara ... semarakkan ekonomi ... merdeka dari belenggu kemiskinan ... noktahkan segala masalah sosial ... lahirkan ramai ilmuwan ... dan bersatu lah demi perpaduan ummah ... jadikan impian ini satu kenyataan !
... tapi realitinya ... saat rakyat bergelut meneruskan kelangsungan hidup ... mengharung perit dan jerih ... mereka masih bertelanggah ... masih berebut ... saling menuduh ... fitnah jadi mainan ... agh ! sebenarnya aku sendiri dah penat jadi penonton ... dan tentu anda diluar sana pun dah bosan ... kekadang ' kenakalan fikiran ' singgah jugak minda ini " apakah akan jadi 10 tahun akan datang ? " ... ngeri untuk difikirkan !

* ... menjadi tua adalah satu keharusan ... tapi untuk menjadi matang dan dewasa adalah satu pilihan !

Wednesday, March 11, 2009

... mana air ni !


ermm ... ahad lepas aku dan keluarga pergi
sarapan pagi kat pantai ... juadah semua bawak
dari rumah ... lagipun pantai BNO tu bukan le
sangat dari rumah ... lebih 10 km jer ! ... tapi
aku jarang jugak ke sana ... cuma yang teruja
nak pergi tentunya ija dan aiman !
masa tiba kat sana ... air surut so x de menarik
sangat pemandangan ... lagipun nawaitu asalnya
pun hanya nak bersarapan dan menikmati bayu
laut yang bertiup !
memenuhi permintaan ija dan aiman yang nak
cari ' remis ' ... alahai ! kesiannya dia hanya
3 ekor jer ... mungkin sebab cuaca panas masa
semua remis tu sembunyi dalam pasir ...

untuk tidak menghampakan bebudak tu ...
bermain le kat alur ... janji air laut gak !

* ... buah saga warnanya merah
manakan sama buah keranji
ija .. jangan lah jeling dan marah
lain kali kita datang lagi .. acik janji !






Friday, March 6, 2009

indah hanya khabar

salam jumaat ...

... rasanya setiap dari kita memang suka pada benda2 atau perkara2 yang indah ... cantik ... sempurna atau ape2 je yang membawa maksud yang sama dengan ' indah ' ... sebab tu le adanya ungkapan ' indah khabar dari rupa ' ... emm ! orang dulu2 kaya dengan sopan santunnya ... kalau nak menegur pun melalui kiasan ... bukannya diorang tu takut untuk berterus terang atau ' straight forward ' tapi dah jadi adat dan amalan untuk menjaga 'aib ' orang yang nak ditegur ... dan itu pun selepas dikaji akan kesahihan dan kebenarannya !

... hari ini mungkin berbeza cara dan kaedahnya ... kita lebih suka terus terang atau cakap jer apa yang terlintas kat minda masa tu ... x de nak berkias lagi ( ... ataupun memang kita dah x tahu apa itu kiasan ! ) ... lepas meluah apa yang tersurat baru le nak fikirkan kesan atau natijah dari apa yang dah kita luahkan ... ! so sekarang kalau nak bercakap pun kena le fikir jugak pesepsi orang ... takut dituduh mulut ' celupar ' ! ... kenalah diam ... kerje ... diam ... dan kerje !

... dan disebabkan semua orang suka pada yang indah2 atau perkara2 baik belaka ... maka berusaha le semua untuk menyerlahkan segala yang indah dan baik belaka ... yang kalut tu semua ' sorok ' belakang pintu ... kekadang tu sebab nak capai nilai indah dan baik ni ... kita dengan rela hati untuk tidak berlaku jujur pada diri sendiri ... tugas boleh ' diswastakan ' dengan sedikit imbuhan ... memang le x de siapa tahu ... janji kerje beres jer ... tapi jangan lupa padaNya yang tidak sedetik pun berhenti memerhatikan kita ...

... susah juga bila nilai indah dan baik hanya dinilai dari khabar !

* ... sukar mengakui kekhilafan tapi yakin Allah Maha Mengetahui nawaitu yang di hati kita ... !

Wednesday, March 4, 2009

langkah pertama ..



... setiap sesuatu yang berlaku atau apa je yang akan kita lalukan dan kita lalui mesti bermula dengan langkah pertama atau dalam istilah orang putih " first step " ... bagi setiap muslim/muslimah memulakan sesuatu dengan lafaz bismillah sudah jadi satu kemestian ( ... bagi mereka2 yang mengamalkan lah ! )

... langkah pertama ni sama le macam kita buat azam setiap awal tahun ... semangat berkobar2 untuk bertahan pada langkah2 seterusnya hingga capai ke takat tertinggi ... dan kena gak diingat ... x semuanya berjaya meneruskan langkah ! ... sebab kegagalan hanya diri sendiri jer yang tahu !

... so nak ucapkan selamat berjaya kat awer yang dah memulakan langkah pertama untuk tampil bergaya masa konvo x lama lagi ... keazaman yang kuat untuk berubah adalah titik mula terbaik ... sebab ia lahir dari hati dan diri sendiri ... x de siapa dapat mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri ... ! so anggap le ini cabaran dari acik ... dan buktikan pada semua ... !

* ... setiap hari adalah langkah pertama untuk jadi yang terbaik !

Saturday, February 28, 2009

dari dalam diri ...

malam tadi terima sms dari zam ( ... rakan ofis ) " esok kerje ke ? " ... aku jawab " kerje ! " ... emm .. dia balas balik " esok kan sabtu minggu pertama ? " ... hisk ! biar betui budak ni ... so sms terakhir tu aku biarkan je ... tanpa balasan ... bertugas hari sabtu mood memang kantoi habis ... ditambah pulak dengan pengguna yang kurang ... memang sunyi sepi ! so masing2 sibuk dengan dunia sendiri ... aku tetap dengan rutin harian macam biasa ... aggh ! banyaknya kerje yang perlu aku bereskan ... tu yang kekadang rasa macam cepat waktu berlalu ... x terkejar rasanya !

... dari minggu lepas hingga hari ni ... aku dah capai target yang aku buat sendiri untuk settlekan kertas minit fail keahlian ... alhamdulillah berjaya ! so minggu depan aku set untuk paper cutting lak ... apa lagi dah dapat arahan berkaitan kaedah baru yang perlu dibuat ... x jauh beza pun hanya sedikit perubahan untuk memudahkan capaian pengguna ... dan lebih spesifikasi jer ... masa mula2 surat arahan ni dulu ... aku panik jugak ... aduss ! banyaknya ! ... bila dihalusi ... ala macam biasa jer ... cuma yang aku runsing pasal nak minta fail dan kertas dari HQ ... punya le susah nk dapat ...

... sejak balik dari kursus team building ni ... tersisip gak satu dua perkara kat hati aku ... dan tentunya aku berusaha untuk ia kekal di situ selamanya ... so kesimpulan kursus tiga hari dua malam tu adalah ... kenali diri sendiri ... apa matlamat hidup kita ... berubah jadi lebih baik atau setia kekal begitu ... lakukan kerana Allah atau kerana takut sesama insan ... dan yang paling terkesan kat minda ialah sejauh mana kejujuran kita dalam mengharungi kehidupan dan memberi perkhidmatan ... so kena le x-ray rohani masing2 !

... keinsafan adalah titik mula bagi setiap perubahan ... tapi ada gak suara2 sumbang yang memperlekehkan bila ada yang menitiskan air mata sebab rasa insaf singgah dan bertapak kat hati ... " ala mereka2 yang menangis tu sebab banyak dosa " ... ek ! insaf dan taubat kerana rasa diri berdosa atau khilaf adalah lebih mulia tau ... dari orang2 yang x pernah insaf kerana merasakan diri bebas dari dosa ... dan anggap orang lain jer yang buat salah ... tu tanda2 hati yang mati ... !

* ... adakalanya sikap prihatin ... memerangkap diri sendiri !

Tuesday, February 24, 2009

munajat ku ...

Ya Allah ...

ku bersujud pada Mu
disaat hati dilanda gundah
disaat hati hiba menangis
disaat kewarasan akal sedaya upaya memujuk diri
disaat keteguhan diri hampir lumpuh ...
aku kembali kepada Mu ...
ku pohon petunjuk Mu ... ku pohon kekuatan dari Mu

Ya Allah ...

ku bersujud pada Mu
ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurang diri
ku kesali kejahilan ini
di lalui hidup yang entah bila titik akhirnya ...
aku kembali kepada Mu ...
ku pohon keampunan Mu ... ku pohon keredhaan Mu

Ya Allah ...

ku bersyukur pada Mu
masih diberi ruang kembali ke jalan Mu ...

Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ...

* ... kita bukan sesiapa tanpa redhaNya ! ...

Thursday, February 19, 2009

tiga hari dua malam ...

... esok semua staff PPAS akan berkampung kat Hotel Blue Wave , Shah Alam ... bukan le bercuti tapi sebab menghadiri kursus team building rebranding ... kehadiran adalah diwajibkan ... pendaftaran jam 8.00 am ... ermm ! x tahu le samada aku mampu sampai tepat pada waktu tu ...

... semenjak terima surat mengenai kursus ni ... keadaan agak kalut sikit sebab ramai yang confused ... apa yang perlu dibawa sebagai persediaan menghadiri kursus ... hatta mengenai pakaian jugak ... info yang yang terima dari HQ asyik berubah2 ... kejap kata kena pakai uniform masa perasmian esok ... so bila call HQ hari ni " ... x perlu pakai uniform ... pakaian yang sopan jer " ... la gitu lah pulak .

... aku pun dah pudar rasa teruja nak pergi ... tapi amanah yang terpikul kat bahu ni sebagai penjawat awam perlu digalas sebaik mungkin demi rezeki yang halal ... cuma kekadang kerenah dan situasi gini yang buat aku blurrr !

... x leh cerita apa pengisian kursus ni ... yang pasti esok aku , bunga dan dayah akan bergerak sesudah subuh ... dari Sabak Bernam ke Shah Alam !

* ... harap pengisiannya akan memartabatkan PPAS sebagai Hub Ilmu ...

Wednesday, February 18, 2009

diduga lagi ...!

" kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan merana "

... ungkapan biasa kita dengar tapi x ramai yang ambik kisah pun ... alahai ! zaman sekarang ni siapa le nak kisah sangat pasal pepatah petitih ni ... cuba le tanya kat bebudak sekolah ... dah tentu terkial-kial diorang mencari jawaban ... lagi pun kita yang dah lama ' hidup ' ni pun kekadang x tahu maknanya apalagi nak menghayati maksud tersirat ... ermm ! gitu le gamaknya tanda2 awal pupus ' keindahan ' bahasa warisan Tun Sri Lanang ...

... mungkin sebab kurang penghayatan pepatah petitih ni ... maka seorang teman ditimpa musibah ... semua gara2 mulut seseorang begitu dekat tapi sebenarnya begitu jauh hati budinya ... ntah lah ! ... meniti titian hidup ini ... kekadang terasa perit untuk dilalui tapi kehidupan kena jugak diteruskan ... sebanyak mana duga sekali pun ... jangan sesekali putus asa ... sebab pengalaman akan mematangkan kita ... dan pengalaman juga mengajar kita membezakan antara permata dan kaca ...

... kepada mereka2 yang sedang bergumbira sesangat diatas kedukaan orang lain ... terdetik hasad dengki bermukim kat hati ... maka syaitan bersorak ... bergendang , terpesong nawaitu kita maka tertanggunglah natijahnya ... x guna jika ' berkokok ke sana sini tapi kejut di gelanggang ' ... x de maknanya !

* ... buat mereka2 yg rasa teraniaya ... muhassabah diri ... berdoa ... bertawakal ... insyaAllah segala yang benar akan Allah tunjukkan ...

Saturday, February 14, 2009

Seloka " Sejati "


* Sejati dalam bercinta

terpaut hati pandangan pertama
gelora rasa dari sinaran mata
sukar dibeza antara benar atau dusta
terasa indah dusegenap maya
dunia bagai ' ana yang empunya '
tapi harus waspada !
usah leka dibuai rasa
sanggup korban jiwa raga segala
harus dipupuk iman dan taqwa
dunia akhirat kekal bahagia

* Sejati dalam bersahabat

ikhlas dan jujur harus disemat
nawaitu dijaga , jangan khianat
khidmat dihulur tanpa muslihat
tapi harus diingat !
selagi dunia belum kiamat
sukar nak bertemu sahabat
banyak musibat dari yang bersikap malaikat
belajar hidup cara muafakat
hidup aman penuh rahmat
dunia akhirat mendapat berkat

* Sejati dalam berparti ( ... politik da ! )

politik suci pada mereka yang mengerti
membela bangsa , pertahan pertiwi
rendah diri tapi tinggi budi pekerti
tebal ilmu duniawi juga ukhrawi
tapi harus diawasi !
janji ditabur , usah mungkiri
jauhi sikap kroni ... apalagi korapsi
setiap tindakan akan diperhati
jangan sampai orang benci
pengundi lari ... siapa yang rugi
arakian ... lu fikir sendiri


* ... tegak rumah kerana sendi
runtuh sendi rumah binasa
sendi bangsa adalah budi
runtuh budi runtuhlah bangsa *


Friday, February 13, 2009

saat upaya kian terlerai ...

salam jumaat !

... kita sering terperangkap antara suratan atau kebetulan ... ntah la ! susah nak diungkap dengan perkataan ... apa lagi nak di zahirkan melalui tulisan ... aku pun bukan le nak berkisah pasal dua perkataan ni ... buat pening kepala jer !

... ' eh ! nape x tulis pasal tsunami politik kat perak tu ? ' ... itu komen rakan lama ( ... yg kununnya setia baca blog aku ni ... ye lah tu ! ... leh percaya ke ni ) ... lagi pun aku memang x berapa suka dunia politik ni ... malas nak sesak fikiran dengan kerenah orang tua2 ' berkelahi ' berebut kuasa ! ... kalau bebudak tu nampak le manisnya ... ni .. semuanya dah tuo2 belaka !

... semalam aku dan beberapa orang staf pergi hosp. Ampuan Rahimah kat klang ... ziarah kawan yang sedang berjuang melawan penyakit jantung ... setelah terperangkap hampir satu jam dlm kesesakan jalanraya ... melihat keadaannya yang terlantar dan dibantu alat bantuan pernafasan ... menimbulkan rasa insaf yang amat sangat dalam diri aku ... saat diri kehilangan upaya ... hatta untuk membuka kelopak sekali pun ... apa lah lagi yang diharap selain daripada doa ... ! rasanya dalam situasi begini ... adalah lebih kita lupakan segala sengketa atau redha akan lemah dan kurangnya dia ... belajar memaafkan kerana x selalunya kita ni betul sentiasa ! ...
" semoga Allah berikan keberkatan padanya " ... amin .

* hidup bagaikan putaran roda ... sebab x tau apa akan berlaku esok ... atau apakah esok masa ada ... lalui lah kehidupan ni dengan keredhaanNya ..

Tuesday, February 10, 2009

musang berjanggut !

... cuti isnin semalam ... aku x pergi mane2 pun ... hanya lepak jer kat rumah ... sebenarnya banyak benda yang aku nak buat semalam tapi x terlaksana ... semuanya gara2 masalah kesihatan yang kurang memberangsangkan ... pastu matahari memancar terik ! ... so masa lebih banyak dihabiskan dengan lepak kat serambi sambil makan ais krim ( ... buat sendiri da ...! )

... dah seminggu ni aku kurang minat nak baca akhbar ... nak tengok berita kat tv pun dah malas ... rasa menyampah lak bila tonton gelagat orang berebut kuasa ... emmm ! kenapalah bangsa kita sanggup berkelahi dan berbalah kerana ' kuasa ' ? ... dunia politik ni memang begitu gamaknya ! ... alangkah bagusnya kalau mereka berbalah ... pasal bagaimana nak stabilkan ekonomi negara ... atau bagaimana nak kawal kenaikan harga barang keperluan ... atau bagaimana nak mengekang gejala sosial ... atau ... atau ... dan atau pelbagai macam masalah lagi !

... so malam tadi aku layan mata dengan menonton ' musang berjanggut ' ... banyak yang tersirat dalam filem ni ... semuanya pasal gelagat orang kita ... ! la ni pun memang ramai gak orang kita yang rela hati memegang watak " musang berjanggut " dan " musang berbulu ayam " ...

* ... kita masih disitu ... menang atau kalah kita tetap rugi sebab " menang jadi arang , kalah jadi abu " ... siapa yang untung ...? ... anda fikir , anda tentu kan ...!

Wednesday, February 4, 2009

hidup x semudah menyebut ...1... 2 ... 3

" sebanyak mana usaha kita ... sebanyak tu jugak hasil yang kita dapat " ungkapan ni aku jadikan azimat dalam kehidupan seharian ... sekadar kata biasa yang sering dilafazkan oleh semua orang ... tapi bagi aku ... ungkapan sempoi ni punya nilai motivasi yang tinggi sejak dari alam persekolahan lagi ... mungkin sebab ia dilontarkan oleh seorang ibu pada anaknya ( ... aku le tu ! )

... dan ungkapan ini aku panjangkan pula kat member ( .. staf PPAS ) yang bakal ambik exam JPA ... mungkin feb ni ... sebab ada yang mengeluh ... x leh nak ingat apa yang di baca ... biar seribu alasan sekalipun ... exam tu tetap gak kena ambik ... klu x tahun ni ... tahun depan atau tahun2 seterusnya ... jgn sampai lebih dari 3 tahun sudah ... kes berat tu ... ! dan kena diingatkan juga ... exam JPA ni bukan le yang pertama dan terakhir tau ... ada lagi exam yang wajib lulus untuk dapat tiket pengesahan jawatan ...

... ari ni aku buat satu resume untuk Dd ( ... anak saudara yang sedang berusaha untuk bebas dari status penganggur ) ... selalu gak aku bising kat dia ... gunakan kemahiran yang ada ... jgn pilih kerja ... yang penting halal !

... semalam syikin ( member kat lib klang ) pelawa untuk ambil KPSL ... tarikh exam april !
aku terkedu sekejap " biar betul ni ! " ... nanti lah nak fikir dulu ... bukan le soal layak atau tidak ... rasanya semua orang layak tapi soalnya ... mampu atau x aku nak study untuk 2 exam !
lagi pun aku sebenarnya belum cukup berani untuk mengadap " reaksi " dari HQ ... aku pernah laluinya beberapa tahun lepas ... ! mungkin bukan tahun ni ... tapi insyaAllah 2 tahun lagi ! ... aku memang kagum dengan semangat berani mencuba dia ni ... so good luck !

... kat ofis pulak ... semua sibuk dengan tugas masing2 ... zam dan ela ( ... bergilir2 ) dok mengadap komputer key in data untuk buku pilih buang ... dan aku lak masih bergelut dengan paper cutting ... mengolah semula kertas kerja untuk aktiviti ( ... sebab budget dah up sikit antara RM 2,500 - 3,000 untuk setahun ) ... harap2 kali ni berjaya ... tak ar macam tahun lepas ... x dapat feedback hingga tahun 2008 berakhir ( ... emmm ! kira gagal le tu ) ... tu belum lagi kerja2 rutin ... kekadang tu aku hairan gak bila masih ada lagi staf yang dah jadi macam biskut ' kejap ada ... kejap x de '

... dan aku sendiri ... sebenarnya mula rasa bosan kerana empat hari dan enam hari ( berselang minggu ) memandu 100km sehari ( pergi + balik ) ... x tau le sampai bila rutin ni akan berlarutan ... dan aku berharap jgn le sampai pencen macam ni ... bukan ape ... takut dah x berdaya nk panjat tangga ofis dan memandu kereta ... hehehehe ...!

* ... x semua yang kita inginkan akan dapat digapai ... tapi aku yakin Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk setiap hambaNya , selagi kita dekat denganNya ... wallahualam ..!

Friday, January 30, 2009

kalut lagi mengarut !

... pagi tadi sebelum ke ofis .. aku singgah sat kat lib daerah ... ambik kertas A4 satu rim ... pastu sampaikan amanah orang untk staf kat situ ... so sempat le sembang ilmu dan copy maklumat ttang lib sebagai persediaan untuk PTK ...

... lama gak aku x ke sana ... al maklum lah ! kalau x de urusan memang x singgah pun ... ada beberapa perkara yang aku rasa ' luar biasa ' sikit mengenai arahan terbaru yang diterima oleh sorang staf ni ... memanglah kalau arahan pasal kerja kena ikut ... tapi apa cerita pulak kalau arahan tu macam nak mengenakan orang jer ... apalagi dibuat secara lisan ... tanpa surat lantikan memangku ... seingat aku le ... sepanjang aku berkhidmat ni belum ada lagi staf perempuan yang ditugas untuk kerja ni ... walaupun status jawatan sama ... kalau sahih berita ni ... memang gempaq le ... apa x nya ! ... staf wanita pertama dalam perkhidmatan bergerak ... ! mungkin satu-satunya kat Darul Ehsan ni ...

... satu lagi pasal pertukaran tempat bertugas ... aku keliru betui ! ... siapa sebenarnya yang berkuasa untuk menentukan pertukaran ni ... apakah bila kita rasa dah boring .... atau dah x sehaluan ... atau dah x sekutu ... maka kena bertukarlah kita ... ! dan yang x ' syok'nya ... ada tawaran pulak untuk bertukar ... kalau berminat buat surat permohonan ! ( ... kenapa ek ! tawaran ni x diajukan kat aku ? ... musykil sungguh ! )

... semalam semasa memandu balik dari ofis ... terima call seseorang yang cukup aku " kenal " ... menawarkan diri untuk dipilih ... aduss ! ada gak orang macam gini ... dunia nak berakhir kut !
nak cerita pun ... x tau mana nak mula ... aku pun x nk komen ape2 sebab " esok masih di Qalam Allah " ... hanya mampu berdoa semoga dijauhkan dari khilaf yang nyata dan tersembunyi ...

* ... sendiri adakalanya lebih bererti dan berkualiti ... eh ! betui ke ni ... ???

Wednesday, January 28, 2009

... harap kali ni ada bedanya !

... pagi tadi aku rasa macam nak marah je ... isk ! sape le punya kerja yang dah godam radio kat kereta ni ! ... selalu tu waktu pagi ... aku memang suka layan klasik nasional ... aku memang dah set setiap punat ada saluran radio tertentu ... la ni semua punat untuk radio Era ... tu yang buat rasa nak marah ... x tau nak marah sape ... sebab sepanjang cuti ni ... kereta aku dah macam di ' wakaf kan ' ... sabo je le !

... sepanjang hari ni ... aku sibuk mengemaskini kertas kerja aktiviti ... sebab esok mesy pertama dalam tahun 2009 ... tentu banyak mandat dan info terkini ( ... masih macam dulu gak ... info ttng mesy. masih melalui telefon )

... seperti selalu gak ... aku berharap ... sering berharap ... terus berharap ada bedanya mesy. kali ini dengan mesy. yang lepas ... bosan ar ! ... asyik bincang isu yang sama tapi penyelesaiannya x de ... kekadang tu rasa macam nak ' tutup mulut ' jer masa mesy. esok ... so tunggu dan lihat jer ... situasinya !

* ... kerapkali tu ... kesilapan kita sentiasa jer nampak nyata ... silap ' mereka ' buat2 buta mata ! ..

Saturday, January 24, 2009

cuti ... cuti ... dan cuti lagi !

... semalam aku ambik cuti ... sehari jer ( .. cuti tahun ) ... dan aku gunakan cuti sehari tu untuk settle kan semua bil ... al maklum lah bulan ni gaji dibayar awal ( ... sebab perayaan tahun baru cina ) ... aduss ! banyak juga ongkos bertukar tangan semalam ... bayar kereta ... bil air , letrik , telefon ... tapi aku lega bila bil dah dilunaskan ...

... sebelah petang ... aku ambik kesempatan pi ziarah member yang bertugas kat lib pekan ... yang ditimpa musibah ( ... terlibat dengan kemalangan ) ... alhamdulillah ! keadaannya ok ... tapi kesal jugak ... akibat kecuaian orang lain ... dia yang tanggung akibat ... sabar je le ... ( utk faizah ! .. lepas ni lebih berhati2 tau )

... bila dah jumpa tu ... biasa lah banyak benda yang disembangkan ... ( utk raihan , faiz dan shima ... sori le kalau limau semalam tu ... ada yang masam ... hehehe )

... isnin dan selasa ni cuti lagi ... cuti tahun baru cina pulak ... nak ucapankan Gong Xi Fa Chai kat Cheong Choi Fun & famili ... bermastautin kat Taiping , Perak ... dengan pesanan kalau balik Sabak Bernam ... jangan lupa call tau ... !

... terima kasih kat honey sebab maklumkan pasal cuti ganti tu ... !

* ... cuti ? ... x tau nak lepak kat rumah jer atau gi jalan 2 ...

Thursday, January 22, 2009

x tau nak kata apa dah !

... semalam aku terkejuz lagi ... x sangka betui ! walaupun jalan ceritanya mungkin berbeza tapi maksudnya tetap sama ... tidak jujur dengan diri sendiri pastu nak tutup khilaf diri sendiri ... so al kisahnya ... aku tertipu lagi !

... x tau nak kata apa dah ! ... sebelum ni pun aku x ar 100% percaya kat si polan ni ... tapi aku pun seperti orang lain gak ... selalu berfikir " ... x kan lah orang berimej agak islamik sanggup campak etika dan merobek intigreti yang diamanahkan ? ... x tau le atas sebab apa ? ... kalau le niat buat gitu hanya untuk dapat perhatian dan pujian ... hentikan lah ! ... x de maknanya ! ... lambat laun orang akan tahu jugak ... rasanya kalau itu berlaku ... lagi mengaibkan !

... hati2 ! sebab la ni natijah dari setiap apa yang kita lakukan ... lekas sangat impaknya ! x kena kat kita ... mungkin kena kat anak ... atau keluarga

... cuba kita fikir pulak punca rezeki ... ada diantara kita ni ... dikurnia rezeki melimpah ruah tapi masih x cukup ... masih x bahagia ... masih sanggup terima rasuah ... dan segalanya masih ... seolah-olah tiada ending nya ... dan ada juga diantara kita ni ... rezeki yang di terima setimpal dengan usahanya ... tapi tetap cukup ... tetap bahagia !

... x de niat pun nak kritik ... atau kutuk tapi lebih kepada ingatan untuk diri sendiri ... ! adakalanya aku berharap aku tak tahu daripada aku tahu ... sebab bila dah tahu ... rasa sakit sangat kat hati ... bila hati dah sakit ... akan timbul pulak prasangka ... !

... " kenapa x cuba betulkan ... kalau dah tahu salah ?" ...

* ... aku masih mencari jawapan ... takut kah aku ?

Wednesday, January 21, 2009

semoga berjaya !

... esok pagi Didi ( ... anak saudara ) akan menghadiri interview kat Lembaga Sawit Malaysia ( MPOB ) di Bandar Baru Bangi , Kajang ... jam 8.30 pagi ... so ari ni aku cuba untuk dapat info pasal MPOB ni ... termasuk peta tunjuk arah lokasi sekali ... aku dimaklumkan jika esok lokasi gagal ditemui ... call je no phone yang dititipkan bersama tawaran interview tu ... mereka akan ambik ... alhamdulillah !

... walaupun pada awalnya dia macam serba salah je ... x tahu samada nak pergi atau tak ... aku pun x memaksa sebab nak bagi peluang dia fikir ... aku pun x sangka permohonan yang aku buat melalui online tu berjaya untuk di interview ... " bila kita isi borang untuk mohon kerja ... itu dah satu usaha ... menghadiri interview ni pun ... usaha juga ... soal berjaya atau tidak bukan urusan kita ... serah padaNya " ...

* ... semoga Allah permudahkan perjalanannya esok ... amin .

Wednesday, January 14, 2009

...jika itu ketentuanNya

... x tahu nak mula macam mana ... tapi ari ni aku memang sedih ... sedih ... dan sedih sesangat ! terasa bagai belati tertusuk kat hati ... setelah berbelas tahun berada disini ... sepatutnya aku lebih kental ... atau lebih kebal dalam mengharungi situasi ni ... nyata lah aku masih punya hati selembut sutera ... tadi tetiba aku jadi sebak bila terima call dan luahan perasan dari seseorang yang begitu dekat dengan aku ...

... sehingga saat ini aku masih memikirkan ... mengapa kita sering diduga ? ... pesan dan nasihat ku hanya ... bersabar lah selagi kita terdaya ... Allah berikan dugaan dalam pelbagai cara ... rasanya lebih baik kita diduga dengan kepayahan ... kerana ia akan mendekatkan diri kita denganNya ... dan jangan lupa berdoa lah ... sebab doa2 insan yg teraniaya akan lebih diterimaNya ... dan selebihnya bertawakal lah ...

... mungkin mereka yang mengwujudkan situasi ini akan rasa gembira atas kesedihan orang lain ... memang dah resam hidup di dunia ... segelintir dari kita sanggup buat apa saje untuk kesenangan diri sendiri ... mungkin ini jugak dugaan Allah yang berikan pada mereka iaitu melalui kuasa dan kesenangan ... biarlah mereka leka dan hanyut dalam kepura-puraan yang mereka cipta sendiri ... kerana ketentuanNya tidak terduga oleh kita .

... aku sendiri dah lali dan x kisah dengan ' permainan ' ini ... sebab banyak dari kita dengan rela hati jadi ' sesumpah ' ... so x mustahil orang yang kita anggap kawan akan jadi lawan ... tu lah yang sering aku lalui ... keikhlasan menjadi batu yang terpaksa aku galas .

... tekad yang sering aku semat kat hati dan minda ... pegang pada amanah yang diberi ... jalani segala tanpa hilang jati diri ... redha jika itu ketentuanNya .

* ... sedih kan ! ... saat rakyat Palestine berjuang antara hidup dan mati ... kita masih leka memusnah sesama kita ...

Tuesday, January 13, 2009

takziah

- takziah buat razak dan semua ahli keluarga

* razak pernah bertugas kat lib cawangan ( ... sekarang dah daerah ) ...sama dengan aku ... pada waktu tu kami sama2 jawatan sambilan ... bila dia bertukar ke HQ dan kemudiannya aku ditukarkan ke daerah tempat aku kerja sekarang ni ... kami memang jarang jumpa ... tapi sebab masih ada hubungan kekeluargaan ... kerap jugak dia dan isteri serta anak bertandang ke rumah bila hari raya ...

* aku dapat call dari member lib daerah tengahari tadi semasa aku memandu balik ke office ... rasa terkilan gak sebab x dapat gi ziarah ...

* al fatihah ( semoga rohnya tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman - amin )

Saturday, January 10, 2009

kita akan berubah bila ...

* kita akan berubah bila ...
terasa diri dihimpit masalah
mula berfikir mencari kaedah
berjanji ... bermadah ... jugak berhelah

* kita akan berubah bila ...
dikurnia sedikit mewah
lupa pada insan yang di bawah
leka diulit riak ... hingga lupa ukhuwah

* kita akan berubah bila ...
Allah turunkan musibah
mula cari siapa punca masalah
sedangkan diri tidak bermuhasabah

* kita akan berubah bila ...
bila usia semakin bertambah
kesihatan diri mulai goyah
tutur bicara semakin hilang petah

sejujurnya hingga saat itu ...
tika lidah menjadi kelu
tika fikiran makin celaru
tika pandangan kian kelabu
tika tiada teman sudi bertamu
berubahlah ...
berubahlah mencari redhaNya
saat diri masih berdaya
takdir Allah tiada terduga ...

- aku yang masih mencari erti hidup dalam diri ...

Wednesday, January 7, 2009

cerita lama ...


awer dan ija

aku dan ija


along, adib, alif dan akmal




amar




amar dan idhzam




kita makan dulu ...!


... atas permintaan anak buah yang suka singgah kat blog ni ... eh! mane cerita kita pi berkelah kat Teluk Batik ? ... maaf le sebab x sempat nak menulis kat blog masa tu ... sibuk memanjang !



28 disember 2008

... aku dan keluarga seramai 14 orang pi bersantai kat Teluk Batik ... selepas tertunda beberapa kali ... kiranya ari tu tertunai le hajat nak bawak anak saudara pi jalan2 sebelum sesi persekolah bermula ... selain lepaskan gian nak mandi laut ... sempat gak aku , kakak dan anak saudara pi ronda dgn bot laju ( ... kecut perut gak ! sebenarnya aku memang fobia dengan laut atau apa2 yang melibatkan air yang banyak ... sebab aku memang x pandai berenang ) ... tapi ari tu aku cuba beranikan diri ...


... kes yang akan jadi ingatan dan pengajaran pada aku dan keluarga yang lain bila Ija ( ... anak saudara yang berumur 3 tahun ) terlepas dari pandang kami ... panik jugak aku ... mujur x de apa2 yang berlaku ... !


* ... sesekali berkumpul bersama keluarga terasa hilang kepenatan setahun ! ...
( ... ada permintaan dari anak buah ... cuti tahun baru cina ... boleh lah pi lagi .... emm ! tunggu le
acik ilham dulu ... hehehehe ...)








Tuesday, January 6, 2009

hidup sebagaimana yang kita mahu ...

... 6 hari jejak 2008 telah ditinggalkan ... aku membayangkan semua gelodak kemalasan ... karat yang melekat kat minda ... daki yang bertompok2 kat hati tu telah dapat 'dinyahkan ' dari lingkaran kehidupan ... tapi ' hampeh ! ' ... segalanya masih sama ... x berubah walau sekelumit pun ...

... mungkin jugak mereka merasakan x ada apa yang perlu diubah kerana sudah terlalu lama berada dalam kitaran zon selesa ... samada berubah atau tidak ... segalanya tetap sama ... yang berusaha memikul amanah penuh jujur dan telus tetap jugak ' di situ ' ... sedangkan yang ribut dengan kesibukan sendiri tanpa sempadan tetap jugak ' di pandang ' ... so tiada beda kan ! itulah resmi ' orang kita ' ... gajah depan mata ' pura-pura ' x nampak ... kuman kat seberang sana ? ... ( you sambung le ayat setrusnya ! )

... ari ni aku dimaklumkan pasal kena isi maklumat berkaitan perkhidmatan ... erm ! tapi sampai la ni aku masih x dapat borang tu ... aku pun x faham dan memang susah nak faham dengan gelagat mereka2 yang ' berkuasa ' ni ... arahan selalu x seragam ... bila kita mula bersuara nanti ... takut dituduh banyak ragam dan x mustahil kena ' gam ' ... !

... aku juga ditanya pasal kertas kerja aktiviti 2009 ... setiap tahun sudah menjadi tugas hakiki untuk aku merancang program aktiviti pengguna untuk lib tempat aku bertugas dan akitiviti gabungan antara lib yang terdapat kat Zon 1B ni ( secara dwitahunan ) ... pasal kertas kerja tu memang dah siap 60 % tapi rasanya untuk tahun ni ... aku berharap segala rantaian kerja aktiviti ini biarlah diurus selia oleh kekawan yang ada ' label ' terbaik ... ini lah peluang menonjolkan kreativiti dan kredibiliti diri ... ini lah masa untuk tunjuk bukti !

... aku selalu fikir ' ... bagaimana seharusnya kita harung liku2 hidup ini ? ... apakah dengan keselesaan yang akan membuat kita leka ? ... apakah dengan kepura-puraan yang akan membuat kita gubra ? ... apakah dengan kepalsuan yang akan membuat kita lesu ? ... aku tahu banyak dari kita di luar sana ... ingin hidup selesa ... tanpa pura ... tanpa palsu ! ... tapi ketakutan pada bayang2 sendiri sering menyekat keinginan untuk berubah ... atau memang kita dengan rela serta selesa begitu ...

* ... berubah kerana x mahu ' diambil kesempatan lagi ' dan ' diperalatkan ' ... !
* " semoga perjalanan hidupku dipermudahkanNya " Amin .

Monday, January 5, 2009

dugaan awal tahun ....

... Fuhhh ! lega rasanya bila semua kerja dapat dibereskan seperti dirancang ... ari ni aku telah selesai buat laporan penuh untuk tahun 2008 ... dan ari gak aku minta member office serahkan kat lib daerah ... kalau boleh dah malas nak tengok laporan tu kat atas meja aku ( ... tadi terima mesej " borang SKT mesti dihantar sebelum atau pada 7 jan 08 ) ... erm ! nampaknya arahan mengejut atau terkejut akan berterusan gak ... !

... tahun ni pun macam tahun2 sebelum ni gak ... aku diduga lagi oleh masalah kesihatan ... sejak minggu terakhir tahun 2008 lagi ... keadaan kesihatan aku merundum habis ... selsema dan sakit kepala seakan bersatu meruntuhkan kekebalan ubat yang aku telan ... aku terpaksa memaksa minda dan diri untuk bertugas bagi menyelesaikan semua tugas ...

... aku ada terbaca satu artikel berkaitan kawalan minda untuk menghilangkan stress dan melawan penyakit ... tu yang cuba aku lakukan ... ntah lah !

Saturday, December 27, 2008

lelucon yang menyakitkan !

4.00 pm

... aku tergerak hati pulak nak mengadap skin komputer walaupun sesawang ruang chat dah lama aku on9 kan ... tapi aku abaikan jer sebab nak menyiapkan tugasan keratan akhbar ... ari ni pun pengguna x ramai ... x de lah bergelut sangat kat kaunter ... wah ! meriah gak ruang chat ni ... masing2 dlm ' keboringan ' ... kerje ari sabtu ni ' mood ' memang kantoi habis !

... dan yang buat aku rasa nak ' hangin ' jer ... bila aku dimaklumkan selasa ni cuti ( ... bukan le aku x suka ) ... kalau lah hari ni aku x chatting ... bermakna selasa ni ... aku dan semua kekawan dari perkhidmatan daerah sebelah sana akan bertugas la ... dan yang buat aku keliru masa sambutan deepavali dulu yang jatuh pada hari isnin jugak ... x de pulak cuti ganti ... dan aku dimaklumkan ini info terbaru ... erm ! x leh nak komen lebih2 ... ! sabo jer lah !

... dalam lelucon yang aku lalui sepanjang berkhidmat ... lelucon ni lah yang paling menyakitkan hati ... ingatkan setelah bergerak sejauh ni ... isu ' terlepas pandang ' dah pupus tapi aku terlupa pada ungkapan chedet " Melayu mudah lupa " ...!

* ... erm ! x tau nak kata apa dah ! ... so layan cuti isnin dan selasa ni !

menongkah arus ...

... membilang hari menjelang 1 muharam 1430 yang hanya berselang beberapa hari jer dengan 1 januari 2009 ... mengundang seribu harapan berteraskan keazaman baru seperti lazimnya tahun2 sebelum ni ... rasanya bukan aku seorang tapi ... kamu ... kamu dan jugak kamu pun begitu gak ... ingin memulakan sesuatu perubahan bertakwimkan pada tarikh2 tertentu atau pun sempena sesuatu perayaan yang dianggapkan punya simbolik istimewa ... so kali ni kena le buat azam berganda ... satu mungkin azam yang bersifat ukhrawi sikit sempena awal muharam dan satu lagi tentu berkaitan duniawi ... untuk semua yg membaca atau terjumpa blog ni ... selamat membina azam ... usahalah untuk meraihnya ... !

... azam aku ? ... rasanya masih macam tahun2 lepas gak kut ! ... sentiasa nak jadi yang terbaik dalam mencari ukhrawi dan duniawi tapi dengan cara yang telus dan diredhaiNya ... tak mau le tipu2 ...

... mengimbas rentetan sepanjang 2008 ... x banyak manisnya tapi lebih kepada kelat , masam dan pahit jer ! ... mungkin gak sebab langkah yang dipilih bagaikan ' menongkah arus ' ... teringat aku masa mula2 kerje dulu ... aku pilih jalan selamat ... mengikut ' arus ' walaupun jiwa bergolak ... tapi mengenangkan siapa lah aku ketika itu ... aku jadi pasif dan dungu ! ( ... oct 1994 titik mula aku keluar dari kepompong kedunguan ... )

... hari ini setelah bertahun2 melalui semua duga dan cabar ... hakikatnya aku masih gagal mengubah pesepsi itu ... aku tahu gak ada mereka2 yang bersuara sumbang ... mereka2 yang lidah bercabang ... mereka2 yang sentiasa menunggu peluang ... dan mereka2 kurang kerja tapi lebih menyembang ... aku berharap sangat2 ... mereka2 ni dapat nyahkan sikap yang ' x de maknanya' ni menjelang awal muharam isnin nanti !

... pagi tadi sempat gak berbincang dengan PPP pasal laporan & perancangan 08/09 ... semua ni ada hubungkaitnya sebelum aku memenuhi tuntutan ruang kosong kat borang SKT tu ... lagipun ' mood ' PPP ari ni ceria jer ... kiranya macam ambil kesempatan gak ... perbincangan 30 minit tu ... aku harap dapat diajukan pada pihak atasan ... walaupun beberapa isu tu dah boleh labelkan sebagai ' isu lapok ' ... tapi itu le masalahnya ... !

... mungkin jugak sikap ' menongkah arus ' ni akan menjerumuskan aku sebagai celupar atau disenarai ' hitam ' kan ... memang sukar untuk berubah apalagi apabila melibatkan banyak pihak yang menpunyai ' status ' tersendiri !

... semasa memandu ke office tadi ... aku dimaklumkan satu ' kedangkalan ' manusia yang rasa punya kuasa tapi ' menyahkan ' amanah demi ... dot ... dot ... dot ! ( ... rasanya baru jer aku suarakan pasal ketelusan ) ... kini nyata lah ... tiada satu pun yang terkesan kat hati ... mulut dan hati x sehaluan dalam tindakan .

... 2009 - insyaAllah aku akan teruskan misi ' hijrah ' yang kantoi ... harap sesangat kali ni berjaya ... mungkin misi bermula sekitar feb / mac nanti setelah semua perkara dapat diselesaikan .

* ... kata orang ' banyak cakap , banyak dosanya ' ... tapi kalau x disuarakan maka kekal khilaf tu sampai bila2 ...

Tuesday, December 23, 2008

" agenda tesembunyi " ...

... semalam cuti terakhir aku bagi tahun 2008 ( ...insyaAllah ) walaupun masih berbaki 7 hari ( untuk masukkan dlm GCR ) ... sebenarnya semalam jugak aku merancang untuk turun ke lib daerah ... tapi aku batalkan kerana dimaklumkan ada taklimat untuk semua staff ... rasa segan pulak ! ...

... so semalam aku habiskan cuti dengan lepak jer kat rumah sambil belek2 buku untuk exam PTK ... terasa macam ' bebudak sekolah ' pulak ... bezanya kali ni aku study tanpa rasa tekanan ...
' ... dah kerja pun belajar lagi ' tanya adib
' ... semua orang kena belajar kalau nak berjaya '
( ... harap dia faham ! )
... dan rasanya bukan aku sorang jer yang kembali ' belajar ' ... sebab ramai gak kekawan yang yang menikmat status jawatan tetap juga mula berjinak dan berkenalan dengan buku perintah am dan akta pekeliling ... ada gak yang mengeluh " ... susahlah nak mentelaah ... otak dah berkarat " dan macam2 istilah untuk menggambarkan betapa sukarnya kembali menghadapi exam ... ala ! hanya 2 paper jer ... masa zaman sekolah dulu lagi banyak buku yg terpaksa dibaca ! ... gurau aku kat seorang member " ... kalau x masuk gak apa yg dibaca ... rendam jer buku tu ... minum air nya ... hehehe " ... sori lah kat dayah ... tu satu cabaran tau !
... pagi tadi sebelum gi kerja ... aku call member ' kerje ke ... cuti lagi ' dan sempat gak kami sembang pasal ' agenda tersembunyi ' ... aku terkedu gak atas keterujaan itu ... semasa memandu ke office ... aku masih memikirkan rasionalnya ... dan aku putuskan sebenarnya setiap dari kita punya ' agenda tersembunyi ' ... mungkin sebutannya jer agak drastik tapi hakikatnya mungkin tidak begitu ... bila kita telah mula melangkah ... maka tentunya kita berusaha untuk langkah ... langkah ... dan langkah seterusnya ...!
... tapi biarlah langkah ke arah ' agenda tersembunyi ' tu seiring dengan usaha gigih ... ikhlas walaupun terpaksa bertatih ... bukan mengharap ehsan kerana pandai ' berteman ' ... !
* ... apa agaknya ' agenda tersembunyi ' anda ? ... anda fikir ... anda tentukan !

Thursday, December 18, 2008

kita bukan sesiapa ...

kita bukan sesiapa ...
sejak dilahirkan lama dulu
lebih banyak menerima dari memberi
lebih berkerenah dari berhemah

kita bukan sesiapa ...
sehingga semalam atau hari-hari sebelumnya
masih lagi banyak meminta
... tapi kurang berusaha
mengikut arus demi kuasa
... tapi kosong jiwa

kita bukan sesiapa ...
hari ini dan mungkin selamanya
kalau masih leka diulit selesa
amanah dikurnia tapi disalah guna

sesungguhnya ...
kita bukan sesiapa tanpa redhaNya

Wednesday, December 17, 2008

kita sering terlupa ...

... ' mulakan hari dengan senyuman ... insyaAllah ... hati akan ceria sepanjang hari ' itu coretan yang temui dari buku motivasi yang pernah aku baca ... mungkin gak ada betulnya ... tapi aku lebih suka mulakan dengan kalimah ' bismillahi rohmanir rohim ' sebagai tanda syukur kerana masih diberi ruang untuk meneruskan hidup ini ...

... sebelum keluar rumah pagi tadi ... aku call member kat lib daerah ' ... ari ni kerje ke ? ' untuk kepastian jer ... ingat nak singgah kejap untuk laminate ( ... tolong member office ) dan bincang pasal borang SKT ... sambil tu nak gak tengok gambar masa kat langkawi ari tu ( ... dari kamera seorang lagi teman ) ... biasa la ! ... bila semua orang dah ada kamera digital ... maka banyak le gambar2 candid dirakam ... aku save semua gambar tu kat pendrive ... bila ada masa nnti baru le boleh pilih untuk di print ...

... tujuan lain aku singgah kat lib daerah ari ni ... untuk jumpa individu yang masih belum nampak tanda2 ke arah memulangkan apa yang dipinjam ... memandangkan odit telah lama berlalu ... dan tahun 2008 pun tinggal beberapa hari saja lagi ... dan aku sendiri saat ini sedang berusaha ke arah menyiapkan kerja2 tertangguh ( ... bukan niat untuk melambatkan kerje ... tapi barang keperluan sering gagal diperolehi walaupun permohonan sudah diajukan ) ... so terpaksa le aku ambik dari lib daerah ... kalau boleh menjelang 2009 nanti ... aku dah malas nak buat kerja yang tertangguh pada 2008 ... misi kali ini gagal sebab beliau bercuti !

... sampai kat office pulak ... aku dapat info pasal kes air yang x settle lagi ... aduss ! satu lagi kes tertangguh ... aku dan kekawan kat office dah larat lagi nak bawak air dari rumah ... dah x kuasa betui ! ... aku ingatkan bila dah buat cek kali ke2 ni ( bukan mudah nak dapatkan cek dari HQ ) ... semua beres tapi disebabkan sikap ' sengal ' kontraktor yang dipilih tu ( .. ' kunun ' pilih orang kita , nak tolong bangsa sendiri tapi ...ummp ! hampeh ) ... la ni kena mula semula dari
' zero ' ... pilih kontraktor baru yang boleh buat kerja ... x kira apa bangsa pun ...

... aku merasakan betui gak kata bekas mantan perdana menteri ' melayu mudah lupa ' ... dan memang pun kita sering terlupa dan x pernah belajar dari pengalaman lalu ... sebab kita sering beranggapan akan ada kawan membantu bila dilanda masalah ... dan kita masih lagi berpegang
' jika bangsa sendiri tidak menolong ... siapa lagi ' ... dan tanggapan ini juga membuatkan kita leka ... hanyut ... dan mungkin jugak akan musnah tanpa disedari ... nauzubillah !

* ... sentiasa berusaha membantu ... tapi adakalanya bantuan bagai tiada erti bila tidak dihargai dan menimbulkan masalah pada diri sendiri ...

Saturday, December 13, 2008

aku dan kehidupan ...

13 dec

... 4.30 am - jam loceng membingitkan subuh yg hening ... aku bingkas bangun dan mamai kejap .. aduss ! aku kalut terus ... ' ari ni kerja ke ...? ' aku pasang lampu ... tengok kalendar kat dinding ... erm ! minggu kedua ... so kerje le ari ni ... aku tutup semula suis lampu dan cuba pejamkan mata semula ( ... jam loceng tu memang aku set begitu ... sebagai isyarat awal )

... 5.30 am - alarm kat handset lak berbunyi ... aku baru nak lena terjaga semula ... isyarat kedua ni bermakna aku kena gak bangun ... buka tingkap dan sedut udara segar ( ... orang2 tua pesan kena buka tingkap awal pagi ... bagi rezeki masuk ...boleh percaya ke ! ) ... ada gak yang tanya kenapa aku bangun seawal tu ... sedangkan aku gi office jam 8.00 am ( ... masuk kerja jam 9.00 )

... rutin harian aku bermula dengan merebus ikan ( ..untuk kucing ) ... pastu menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya ... pastu basuh kandang kucing ( ... masa ni la peluang nak membelai ' si manja ' ) ... pastu bagi makan 'si manja ' ..kemas rumah pun ala kadar jer ! ... pastu baru bersiap untuk ke office ... biasanya aku ' tumpang ' sarapan kat rumah sebelah ... ( .. ari ni x sempat )

... ari ni aku sampai awal sikit dari biasa ... selalu tu aku memang berusaha untuk sampai awal ( ... bukan selalu lewat pun kecuali jika ada hal kat lib daerah ) ... memulakan tugas harian macam biasa ... tu la rutin aku setiap hari ... dan paling aku boring setiap hari kena memandu sejauh 100 km ( pergi + balik ) ... tu yang buat aku rasa boring sangat lebih2 lagi ari sabtu ... ntah la ... setiap ari sabtu minggu ke 2 + minggu ke 4 ... memang mood ' kantoi ' habis !

* ... nasib baik ada 14 ekor ' si manja ' ...

Wednesday, December 10, 2008

gamitan Mahsuri ...

... kat dataran lang

kenangan ... Perpustakaan Awam Langkawi

saliza & nora


me & saliza


me & bunga


insiden lucu ! ... minyak habis

en. harun & the gang !

nani , bunga , me & nora



posing kat pintu masuk Langkawi Geopark Info Center

bunga & me ( bird paradise langkawi )


naz & suzana ( ... dlm bas )

bunga , jef & naz


... 28 nov lepas ... aku dan beberapa orang kekawan mengotakan impian untuk pi jalan2 ke Langkawi ... setelah beberapa kali tertunda dan hampir jugak dibatalkan atas sebab2 yang memang dapat telah kemungkinannya ... aku sendiri pun rasa x percaya perancangan ini dapat di realisasikan ... aku salute kat bunga dan beberapa teman yang bersungguh menjayakannya ...
walaupun pelbagai masalah yg timbul last minute ... semuanya dapat di settlekan ... syukur alhamdulillah !
... rombongan seramai 15 ( .. termasuk dreber ) bertolak dari lib daerah sekitar jam 9.00 mlm ... ( sempat gak solat isyak kat lib ) ... kami guna kenderaan yg disewa dari pejabat daerah S / Bernam ... perjalanan waktu malam memang tiada yang menarik pun ... hanya kegelapan dan hujan gerimis ... duduk kat kerusi posisi paling belakang ... aku , bunga , jef dan naz ...sukar nak lelapkan mata ... masa lebih banyak terisi dengan sembang kosong dan makan ( bos belanja kerepek ) ... sesekali tu rasa risau gak memikirkan perjalanan seterusnya ... aku berdoa semoga dipermudahkan Allah ...
... 12.00 mlm - singgah kat RR Bukit Merah ... tentunya toilet sasaran utama ... aku beli teh O panas dan bateri untuk camera ... perjalanan seterusnya lebih terasa kesunyiannya sebab masing2 dah terlelap ... kami kat belakang cuba gak nak lelapkan mata tapi x leh nak lena pun ... sekadar ' tidur2 ayam ' jer ... ( kerusi paling belakang ... faham2 jer la ... bila bas terlanggar lopak kecil pun ... gegarannya aduss ! ) ... so malam tu kami kat belakang ni lebih banyak ketawa dan terkejut jer ...
... 3.00 subuh - singgah kat RR Gurun ... cari toilet jugak ... masing2 dah keletihan ... muka pun dah x leh ceria ... memang mengantuk ... meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis ... aku dah terlena sungguh ... rasa macam tidur kat rumah ...
... 5.00 subuh - kami semua sampai kat Kuala Perlis ... kat masjid Rahmahniah ( ... pintu masjid pun x buka lagi ) ... nampaknya bukan kami jer yg akan menumpang mandi & solat kat situ ...
sebab ada sebuah lagi bas rombongan pun punya tujuan yang sama ... bila dah ramai tu ... kena le banyak sabar ... nak mandi pun kena ikut giliran dan segala pun buat ala kadar jer ...

... lepas solat subuh tu ... kami bergegas ke jeti Kuala Perlis sebab kami akan naik feri pertama jam 7.00 pagi ... walaupun bukan pengalaman pertama naik feri ( ... sebab pernah naik feri masa
gi Pulau Pangkor ) tapi tetap rasa teruja gak ...

( ... sambung menulis semula ... hehehe ! )

... 8.00 pagi - tiba kat jeti Kuah ... lepas angkat beg masing2 ... akhirnya kami sampai gak kat bumi Mahsuri ni ... alhamdulillah semuanya ok ... x de pulak yang mabuk laut !
kat sini gak bermulanya cabaran ... almaklum la semua yg menyertai lawatan ni x de pengalaman pun ... kami sekadar berani ambik risiko ... lagi pun apa nak risaukan masih dalam negara lagi ... dan kat pulau lak tu ... kalau sesat pun x ke mana ... pi mai pi mai ... tang tu gak !

... dengan 2 van yang disewa ... kami berpecah dalam 2 kumpulan ... dalam perjalanan mencari tempat penginapan di Seri Bayu Resort tu ... perut mula berkeroncong ... erm ! patut le pun ... matahari dah tinggi pun ... kami singgah makan kat gerai ... dan sempat gak aku beli 2 kain batik , t'shirt dan minyak gamat ...

... sampai kat resort pun masih awal lagi ... so lepas beg ... kami gerak lagi ... hajat hati nak gak merasa naik cable car ... baru le ada gempaqnya tapi terpaksa dibatalkan sebab kesuntukkan masa ... sekadar dapat melihat jer ! ( ... insya Allah jika peluang ... Langkawi aku akan datang lagi )

... tempat2 yang kami sempat singgah termasuk le makam Mahsuri , birds paradise dan selebihnya tentu le tempat shopping pinggan mangkuk ... coklat ... dan kain batik ... disebabkan lawatan ni dirancang pada saat akhir ... segalanya dilakukan secara spontan hasil perbincangan bersama semasa dalam perjalanan ...

... ada jugak beberapa insiden yang menguji kesabaran dan muafakat antara kami ... alhamdullilah semua dapat ditangani ... walaupun mungkin mengecewakan individu terbabit ... dalam situasi apa pun sering aku ingatkan tujuan kita ke sini adalah untuk relax dan meluaskan pandangan ... cari pengalaman jer ..!

... bagi kekawan yang minat pinggan mangkuk memang berbaloi berbelanja kat sini ... memang murah ! ... tapi aku lebih teruja dengan coklat ... rambang mata di buatnya ... semua nampak macam enak je ! ... tapi kena kawal nafsu shopping ... so beli ala kadar jer untuk buah tangan keluarga dan kekawan kat office ...

... hari ke 2 kat sana ( terakhir ... 2 hari 1 malam ) ... kami singgah kat lib langkawi ... pastu pi sat kat dataran lang ... 9.45 pagi - hantar semula van yang sewa ... kami dok lepak dan jalan kat sekitar jeti Kuah sementara menunggu 1.00 tengahari untuk menaiki feri ke Kuala Perlis ...
masing2 dah keletihan dan tentunya memikirkan bagaimana nak bawa semua barang2 ni ...
bagi aku dan bunga ... kami tetap macam tu gak ... pergi dengan satu beg ... balik pun tetap dengan satu beg gak ... cuma saiz beg jer yang bertukar !

... melalui pemeriksaan kastam ... semuanya ok ... x kena tax pun ... hanya seorang member jer yg kena tax ... itu pun x banyak mana ... hanya RM 10.00 sahaja ... dalam feri ( ... perjalanan balik ) ... semua happy jer ... siap buat perancangan nak datang lagi tu ...

... 2.00pm - sampai kat Kuala Perlis ... selepas settle semua urusan bayaran sepanjang trip ke Langkawi ni ... ada perancangan baru pulak ... nak gi jalan ke Padang Besar ... memandang ramai
yang angkat tangan nak gi ke sana ... kami memulakan semula perjalanan ke Padang Besar ...
berhenti makan tengahari dan solat kat sebuah gerai di Arau ... tempat makan yang selesa dan
menyediakan ruang solat yang juga selesa ( ... lupa lak nama tempat makan ni )

... 4.00 pm - tiba kat Padang Besar ... pertama kali aku tiba kat sini ... masa tu hujan renyai ...
tapi bagaikan x terasa ... apa yang aku perhatikan kebanyakan peniaga adalah dari negara jiran
harga barangan memang murah dan banyak pilihan tapi bila cakap pasal kualiti tentunya sukar
nak di pastikan ... aku hanya beli 2 narita ( tu pun rasa x larat nak bawa ... ) dan pulut hitam ...

... 6.00 pm - memulakan perjalanan balik ... keadaan dalam bas pulak penuh dan padat dengan
hasil shopping kat langkawi dan padang besar ... kami yang kat belakang ni memang x leh nak bergerak ... dan kami semua memang x leh bergerak ... laluan tengah dah penuh dengan narita
( ... bila rombongan di kuasai wanita ... x dapat nak elakkan situasi ni )
perjalanan balik lebih terisi dengan tidur je !

2.00 pg - kami sampai kat lib daerah S/ Bernam ... erm ! keluarga masing2 pun dah tunggu ...
esoknya seperti dijangka semua yang gi langkawi bercuti ...
* ... apa yang belajar dari tripp ni ... semangat setiakawan ... nilai kejujuran yang tinggi ( ... sepanjang perjalanan ini ... bayaran untuk semua kos kecuali sewa van ... kami bayaran pada hari terakhir di Jeti Kuala Perlis ) ... terima kasih ' angah ' ...

kabut dan kabur

... gambar yg sempat dirakam

... semalam , aku ke pejabat lebih awal sedikit dari biasa sebab 2 staff lagi menghadiri PTK untuk N1 ... so semalam tu kiranya aku bertugas sendirian ... tapi nasib baik gak 2 anak saudara ( adib & idhzam ) menawarkan diri untuk ikut sekali ... rela dalam terpaksa tu aku setuju jer ... janji ada kawan kat lib nnti ... bukan x nak pelawa diorang gi ke lib tetapi bila memikirkan masalah ' ketandusan ' air yg masih belum berakhir terpaksa bagi pelbagai alasan kat diorang ... semalam tu memang kes terpaksa ...



... sepanjang perjalanan semalam ... cuaca memang cerah ... matahari menyinar terasa silau la pulak ... bila sampai kat pekan S'kinchan ... aku rasa seperti terperangkap dalam kabut ... jarak pandangan pun makin kabur ... " ... acik ! pasang lampu ... bahaya lah " ... ermm ! banyak le jugak kenderaan yg pasang lampu ... terasa macam memandu waktu senja ...



... sampai kat T'jung ... x lak kabus ... semua macam biasa jer ! ... fenomena alam tiada siapa dapat menduganya ...




Friday, December 5, 2008

' Q ' dalam diri ....

*** salam tahniah ! buat semua kekawan yang menerima Anugerah Khidmat Cemerlang semalam ... jadikan pengiktirafan yang diterima semalam tu sebagai rangsangan untuk bergerak setapak lebih kehadapan ... kalau boleh biarlah mutu perkhidmatan serta nilai pekerti yang mulia tu dapat dijadikan ikutan atau ' ikon' dikalangan staff yang lain ...

... suka rasanya nak kongsi intipati ucapan pengarah semalam ( ... aku sempat gak mencatat serba ringkas sebagai ingatan dan panduan untuk diri ) ... kat bawah ni aku senaraikan beberapa perkara yang aku minat nak kongsi dengan kekawan antaranya :

* ikhlas dalam perkhidmatan - setiap dari kita perlu ikhlas dalam memberi perkhidmatan ... sejauh mana kita ikhlas ? ... sejauh mana kita ikhlas dalam memikul tugas yg diamanahkan ? ... memandang ikhlas tidak dapat lihat ... apalagi di ukur ... makanya yang paling penting ... belajarlah ikhlas dengan diri sendiri ... macam mana nak ikhlas dengan sendiri ? ... emmm ! fikir2 le sendiri ...

* fungsi yang sama - setiap dari kita punya fungsi yang sama dalam memacu PPAS ke arah kecemerlangan ... ianya membawa maksud setiap warga kerja perlu bergerak selari ... senada ... dan seirama bagi merealisasikan misi dan visi ... tanpa mengira status jawatan ... so setelah bergerak sejauh ini ( ... hampir 37 tahun ) apakah kita telah berjaya membuang ego ... mengikis sikap prejudice ... itu pun ' sendiri kena ingat le ... '

* sikap proaktif - dalam rantaian kehidupan untuk berjaya sikap proaktif adalah tunjang utama ... tapi kena gak seimbang dengan yang buat mereka pembuat ' keputusan ' ... sikap toleran sesama insan tanpa mengira status perlu ' di semat ' kemas dalam kotak ' fikir ' dan hati ... pas ni .. kena le ' x - ray ' hati masing-masing !

* ke arah minda positif - emm ! bila cakap pasal minda positif ... memang susah nak dijayakan atau di acu bentuk ... sebab ia melibat makhluk bukan benda ... lazimnya untuk perkara2 yang positif sifatnya memang sukar digapai apalagi nak dicapai ... akhir kata untuk capai minda positif ni ... kena gak kembali kepada diri sendiri ... tiada cara ... tiada kaedah ... dan mungkin juga tiada formula ... kecuali diri sendiri dengan rela ... dengan redha ... dengan usaha ... dengan doa ... dengan tawakal ... untuk berubah positif ... sesungguhnya ! ...

- banyak juga perancangan dan harapan yang disuarakan pengarah semalam ... aku jugak berharap semuanya akan berjaya dilaksanakan ... kalau boleh biarlah ' setiap kata ... dikota ' ...

- tahniah ! buat mantan pegawai yang juga penerima anugerah semalam ... buat kekawan yang masih belum menerima atau ' terlepas pandang ' oleh PPP dan PPK ... jangan la rasa kecewa ... sebab ' Q ' dalam diri hanya kita yang tahu ... sebab tu la kita kena belajar jujur dan ikhlas dengan diri sendiri ... x perlu pertikaikan kemenangan ( ... walaupun dalam hati berkata2 ) sebab sebagai manusia yang lemah sifat dan sikap ... memang sukar menilai antara permata dan kaca ...

- buat kekawan yang ' berjaya ' ... awasi kerja anda kerana anda sebenarnya sedang diawasi dan dinilai oleh banyak mata ... tepuk dada tanya minda ... hehehe

* .... rasa bangga jugak sebab semalam bawak ' mereka2 ' yang cemerlang belaka ... so bila lagi nak belanja makan ni .... !

Wednesday, December 3, 2008

... ada masalah ke ?

... dah beberapa hari x menulis ni ... timbul pulak pertanyaan dari seorang teman ' ... ada masalah ke ? ' ... ek ! ke situ pulak ... x ada masalah apa pun ... hanya sibuk dengan kerje ... kerje ... dan kerje ...! mungkin gak dia tertunggu2 posting seterusnya ... dan aku tahu dia suka membaca tulisan kat blog ni ...
... masalah dan kehidupan memang x dapat nak dielakkan ... yang membezakan ... ada masalah ... ada masalah kecik ... dan bagaimana cara mengatasinya juga berbeza ... x de siapa boleh tolong selesai kecuali diri sendiri ... kekawan sekeliling hanya boleh bagi pandangan dan pendapat tapi keputusan tetap kat tangan kita ... so kena le kita kembali kepadaNya ... sebagai manusia yg lemah ni ... mengadu ... memohon ... atau meminta pun biar le kena pada tempatnya ... rasanya mengadu ... memohon ... atau pun meminta sesama manusia ... mereka pun ada kelemahan ...

* ... mengadu ... memohon ... dan meminta le kepadaNya ... kembali kepadaNya ... bersujud kepadaNya ... wallahualam .