"bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang menjadikan sekelian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan-Mu yang maha pemurah. Tuhan yang mengajar manusia menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak mengetahuinya ( Surah al-Alaq, ayat 1-5 )
Friday, July 24, 2009
... bercakap dengan diri sendiri ?
Wednesday, July 22, 2009
Allah peduli
pastu aku mula memikirkan nak jadi emce lak ... fikir jadi emce le yang buat aku makan x kenyang ... mandi x basah !
... aku x pasti kenapa lah nama aku boleh tersenarai jadi emce ... walaupun bergandingan dengan seorang lagi staf tapi aku akui perasan gugup dan gementar adalah masalah nombor satu dalam diri aku ... 18 julai ... dewan harmoni , ijok ... ku lalui pengalaman pertama penuh emosi ... sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik tapi hasilnya tidak sebaik dan selancar yang diharapkan ... semua mengharapkan yang terbaik dalam menjalankan tugas ... begitu juga aku tapi nak buat macam mana kan ... !
... " .... blog akak 2 x blh wat private ke ? bahaya ar skrng ni ... " itu sebahagian dari mesej yang aku terima minggu lepas ... kenapa aku terima mesej ni ... x perlu le aku jelaskan ... aku memahami kerisauannya ... dan terima kasih kerana sikap prihatin ni ... aku rasa terharu kerana masih ada insan2 yang sudi memahami ...
... perubahan atau berubah dalam menjalani kehidupan adalah sesuatu yang biasa jer ... semua orang akan berubah ... samada kepada kebaikan atau sebaliknya ... itu adalah pilihan kita sendiri ... ada gak yang berubah kerana keadaan sekeliling berubah !
... ntah lah ! aku rasa pelik dan penat nak fikir pasal ni ... sebenarnya x de perubahan pun ... aku masih buat semua kerja ... masih melakukan kerja2 yang ' orang ' x minat nak buat ... malah dari dulu pun ... hampir 15 tahun aku kat sini ... aku berusaha untuk tidak menangguh amanah yang terpikul kat pundak ini ... hanya mungkin jugak pasal aku dah x berapa rajin nak bercakap kut ! bab malas nak bercakap ni ... aku x nak komen yerk !
... sejak akhir2 ni aku berani kan diri untuk x ambik kisah sangat apa ' orang ' nak cakap pasal aku ... walaupun kekadang tu terguris jugak tapi aku belajar untuk ikhlas dengan apa yang telah aku pilih ... aku berusaha memerangi diri sendiri kerana aku yakin Allah peduli atas apa jua yang kita lakukan ... hatta sekecil zarah sekalipun kebaikan atau keburukan ... Allah akan memperhitungkannya ... !
* ... sering khilaf menilai erti sahabat
Monday, July 6, 2009
aku ingin berehat ...

Saturday, July 4, 2009
selingkuh
" ... kurang bercakap pun baik sebagai terapi untuk minda ... kita akan lebih masa untuk berfikir dan boleh gak kurangkan dosa " ... itu komen dari fuzi
... aku tahu ada yang perasan akan perubahan yang berlaku ni ... tapi takut nak bersuara kat aku ... x ambik kisah pun apa tanggapan mereka ... aku yakin dalam hidup ni ... kita adakalanya terpaksa buat pilihan ... bila pilihan sudah dibuat ... kena lah belajar redha dan sanggup menempuh ranjaunya !
... bagi aku ... mereka x salah ... mungkin kerana aku yang ingin ' berhijrah '... kalau difikirkan ... siapalah yang rela hati keluar dari zon selesa ... hanya aku takut rasa selesa yang akan membawa binasa ! ... lagi pun aku x punya kuasa untuk mengubah segala ... tapi ingin lari dari biasa !
" ... yang paling penting dari hidup ini ... jangan selingkuh dengan diri sendiri dan tanggungjawab yang diberikan pada kita "
... jauhari jua yang mengenal manikam !
Wednesday, June 24, 2009
sesekali di uji ...
... isk ! nape le soalan2 yang terkena kat team aku ... betul2 dah jadi sejarah ... mana x nya ... semua soalan tu berkaitan kesultanan , pertabalan dan makam ... aduh ! semuanya melibatkan angka ... tu yang buat gelabah ! so untuk cuba nasib ... kami main teka je ! ... klu betui syukur ... tapi klu x ... redha je !
... walaupun gagal menjadi juara atau naib juara ... aku tetap bersyukur gak berada di posisi ke tiga ... rasanya setimpal lah dengan usaha kami selama 2 hari ni ... membaca dan mengingat !
tahniah kat PPD ( ... semua diwakili cikgu sekolah ) dan JAIS Daerah kuala ( ... steady je diorang ni ) ... untuk jabatan yang x berjaya tu ... boleh cuba lagi tahun depan ek !
... yang x bestnya ... hari ni kami hanya terima sijil penyertaan jer ... hadiah akan disampaikan pada 18 Julai kat Dewan Harmoni ... sempena kempen gerakan membaca peringkat daerah ... jumpa lagi disana ... !
* ... sesekali di uji ... terasa banyak sangat yang aku x tahu !
Tuesday, June 23, 2009
hanya kerana Allah
... terima kasih sifu atas komentar tu ... cuma adakalanya ... sebagai insan serba serbinya penuh kelemahan & kekurangan ... aku sering jugak " tergelincir oleh amukan emosi " ... apalagi bila duga & cabaran menerjah tanpa hentinya ...
... alhamdulillah kerana masih diberi ruang & peluang untuk memperbaiki diri olehNya ... rasa insaf atas segala lemah & kurang ini ... bagi aku adalah satu anugerah dariNya ... kini aku belajar " bertatih " mendidik hati & nawaitu ... bersabar dan redha atas segala duga ... sesungguhnya titian hidup ini " hanya kerana Allah "
Monday, June 22, 2009
kejutan yang melemaskan ...
... alahai ! ngapa lah ... selalu sangat info diberi last minute ... walaupun sejak lahir aku dah bermastautin kat negeri bertuah ni ... itu x bermakna aku boleh tahu tentang segalanya ! ... ni tengah pening nak cari maklumat ... pastu kena mengingat pulak ... memang le boleh pilih jawaban A.B.C.D ... tapi x kan main terjah je ...!
* ... emmm ! kembali membaca le nampak gayanya ...
lelaki itu ...
seawal lahir ke dunia ... bersama kalimah dibisik ke kuping ini
aku dibesarkan dengan penuh sederhana dalam segala ...
tertumpah segala kasih ... segala sayang hanya untuk aku !
... sehingga usia ke tujuh ... aku mula terasa kasih terpaksa dikongsi ...
mak kata ... aku menangis seharian bila adik aku dilahirkan ...
semalam ku perhatikan lelaki itu ...
dengan tenaga dan penglihatan yang dimamah masa
dengan perginya orang yang di sayang
dengan kesibukan anak dan cucunya
aku tahu pasti dia kesepian ...
... hingga kini walau tidak terzahir ungkapan kasih & sayang
aku yakin ... amat yakin ... jauh disudut hatinya ...
rimbunan semua perasaan itu adalah untuk anak2 & cucunya !
sebagaimana juga perasaan ini terhadapnya ...
... selamat hari bapa ... biar pun tidak terungkap kata namun kesejahteraan dan keberkatan tidak pernah putus dalam doa ku ..
* kasih sayang bukan sekadar lafaz tapi lebih bermakna jika dihayati ...
Friday, June 19, 2009
sebenarnya ...
... semalam lib tempat aku berkhidmat ni ... antara yang tersenarai untuk di odit ... memang aku rasa gementar gak ... sehari sebelum tu ... memang aku berusaha lebih dari biasa untuk memastikan semuanya mengikut piawaian yang ditetapkan tapi memandangkan lib aku ni masih mengguna sistem manual ... so sistem kerja agak istimewa ( ... terpaksa aku anggap gitu ! ) semuanya kena tulis dan failkan ( sebagai bukti )
... alhamdulillah ... sebab semuanya ok jer ! ... x le teruk sangat pun hanya ada beberapa perkara yang perlu dikemaskini ... kekadang tu banyak perkara kena fikir dan terus buat mengikut apa yang kita rasa perlu demi memudahkan kerja ... tu yang kerap berlaku antara lib pun boleh ada yang x seragam ... pelik kann !
... lagi pun aku ambik sikap telus ... kalau perkara tu memang aku buat ... aku cakap ada ... kalau memang aku x buat ... aku cakap je x de ... aku catat ... dan aku akan buat lepas odit ... sebab selama ni pun ... apa yang aku wujudkan pun ... kebanyakkan info ... aku dapat dari tinjauan atau bertanyakan dari staf lib lain ...
... sebenarnya ... x ada apa pun yang perlu dirisaukan sangat pasal odit ni ... kalau kita dah buat semua kerja tu sebagai rutin harian dan amanah yang memang wajib digalas ... lain lah kalau kita buat sebaliknya ... memang kacau jiwa raga hingga terpaksa mohon bantuan luar ... jujur lah dengan diri ... !
* ... hidup sebagai mana yang kita inginkan !
Wednesday, June 17, 2009
mungkinkah aku akan gagal lagi ...
" insyaAllah ... saya akan cuba yang termampu & terbaik " ... itu janji aku !
... seperti yang aku janjikan ... hari ini aku berusaha untuk menyelesaikan segalanya ... seperti yang diarahkan ... dan mengemaskini semuanya ... dan seandainya masih terdapat kekurangan atau kelemahan dimana2 semasa odit esok ... aku anggap sebagai ' khilaf ' yang x dapat elak sebagai insan yang lemah ...
... sebenarnya aku x lah risau sangat pasal odit ... aku lebih rasa resah bila teringat kata 2 peg.perp. diakhir perbualan tadi ... tetiba jer ... aku rasa sedih ... terasa macam aku akan gagal ... gagal dan gagal lagi ...
... dan kesedihan bagaikan berganda dalam diri ... bila dimaklumkan hanya mereka2 yang tertentu saje terpilih ... dan apakah aku perlu jadi seperti mereka ? ... apakah aku harus membina ' titik hitam ' dalam diri ? ...
... Ya Allah ... begitu mahal harga sebuah ' penghijrahan ' ciptaan manusia !
* ... aku dalam kesedihan teramat sangat ! ... huhuhu
Friday, June 12, 2009
logo baru PPAS
Thursday, June 11, 2009
aduss ! pusing ...
... dari 8 aktiviti yang aku senaraikan masa memohon budget hanya 4 yang diluluskan ... dan semua hadiah telah disediakan dan seragam antara semua perkhidmatan ... ini sesuatu yang baru ! ... sebab sebelum ni pihak HQ hanya beri budget dan kami kena arrange semuanya mengikut budget sedia ada ... aku pun x lah ambik kisah sangat hal tu ... biasalah setiap perubahan atau kelainan yang dilakukan tetap akan wujud pro dan kontra ... hanya yang buat aku sikit pusing bila tiada peruntukan untuk hadiah saguhati ... lazimnya aktiviti yang melibatkan bebudak berusia 6 tahun ke bawah ... hadiah saguhati ni dah jadi macam wajib ada ... kalau x akan adalah yang menangis ... almaklum lah bebudak kan ...!
... pasal peruntukan jamuan ... budget diberi mengikut jenis perkhidmatan ... lib cawangan dapat budget RM 350.00 ... so ni dok fikir dan dok cari katering untuk jamuan ... dan kena belanja berhemah untuk tampung beli barang2 yang diperlukan semasa aktiviti ... masa menghadiri bengkel tempohari cuba2 mohon barang utk akt ni ... tapi dimaklumkan barang tu x de dlm setor !
... satu lagi arahan ! ... semua akt ni mesti berjalan dalam bulan Jun ... laporan mesti dihantar awal Julai ... kepilkan sekali dengan gambar , bil jamuan ( ... ini bermakna kena keluarkan duit sendiri ... pastu claim .... huhuhu ! )
... dimaklumkan juga pasal audit dalam bulan Jun ni ... walaupun lib aku x tersenarai tapi kena jugak buat apa yang patut ... memandangkan lokasi lib aku ni betul2 dekat dengan laluan untuk ke lib daerah S/Bernam ... tapi ... emm ! ntah lah ... sebab aku sorang jer yang gundah gulana ... untuk preparation apa yang patut ... huhuhu !
... satu lagi arahan khusus untuk aku ... fikirkan tarikh yang sesuai untuk tutup perkhidmatan ( ... kepada pengguna ) bagi melakukan kerja2 suai atur landskap dalam lib ... aku dimaklumkan pelan susun atur dah siap ... !
* ... kerja ... kerja ... dan kerja ... huhuhu !
Friday, June 5, 2009
piawaian kelas pertama
... dalam suasana yang mula reda kat Perak ... tetiba jer timbul lak berita gempaq pasal ' runtuh '
itu le kes kat kuala t'ganu ... bila Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak runtuh 2.6.2009 ... kejadian jam 9.30 pagi tu meranapkan RM 292 juta kos pembinaan dalam sekelip mata ... walaupun baru setahun digunakan !
... sebelum tu kes runtuh gak berlaku kat P. Jaya ... melibatkan bangunan lama yang pernah menempatkan Jaya Supermarket ... yang bezanya tu bangunan lama yang memang nak dirobohkan ... dan mengorbankan nyawa mereka2 yang gigih mencari rezeki .
... dan seperti lazimnya bila berlaku musibah maka bermulalah kajian dan siasatan dijalankan mencari punca atau sebab musabab atau mula mulalah mencari silap dan salah ... kat dada akhbar pun laporan berkaitan kes akan berterusan untuk beberapa hari ... mungkin berminggu2 ... lepas tu senyap ... semnetara menunggu lagi berita2 hangat dan tergempar yang baru ...
... itu hakikat dan realitinya !
al kisahnya ...
... seorang sahabat yang bertugas sebagai guru ... tetiba dikejutkan dengan pakej percutian ke Tioman ... 3 hari 2 malam bersama keluarga dan sepenuhnya ditaja oleh bekas pelajarnya yang dapat result cemerlang SPM 2008 ... " x sedar airmata menitis " ucap sahabat aku tu ... sebab dia x sangka akan terima penghargaan yang sebegini ... dan dia sendiri pun x pernah mengharapkan balasan ... tugas mengajar tu adalah amanah ... dan dia hanya menjalankan tugas sebagaimana yang diamanahkan ... itu je !
... teringat gak masa mohon masuk maktab dulu ... kami gi sama ... dia dapat tapi aku x b'jaya ... masa tu aku sedih sangat dan berlaku lah " perang dingin " antara kami ( ... aku rasa macam bodoh jer bila ingat kisah tu ... hehehe ) ... tapi dia selalu cakap sebenar kerjaya aku ni lebih banyak menyumbang kepada masayarakat ...
... buat fuzi dan famili ... selamat bercanda si pantai ... jangan lupa lak ole 2 ek !
... apa yang aku nak kongsi pasal kisah2 ni ...
* dalam mengharungi cabaran globalisasi seharusnya tumpuan setiap dari kita adalah ' keinsanan ' yang terbina dari falsafah hidup , agama dan moral ... bukan lagi kemewahan semata2 ... sebenarnya aku dan mungkin jugak kamu ... kamu ... dan kamu sudah bosan bila bercakap pasal piawaian minda kelas pertama ... mungkin jugak ungkapan piawaian kelas pertama ini hanya layak dijadi artikel untuk tatapan tapi tidak ada penghayatan ...
* mungkin jugak kita kurang menghayati nilai ilmu , sikap tidak proaktif , tidak berakhlak luhur , mementingkan diri dan kurang menyumbang ... atau mungkin jugak tuntutan gaya hidup mengikis semua nilai baik dalam diri ... maka berlakulah kronisme , rasuah dan ampunisme ...
* kalau lah dalam organisasi yang kecil pun dah menular titik2 hitam ini ... apatah lagi organisasi besar yang tentunya lebih banyak ruang dan peluang untuk merebaknya wabak bahaya ini ... yang kesan lebih dirasainya oleh segenap masyarakat dan negara !
* ... kehidupan tetap diteruskan ....!
Monday, June 1, 2009

* terima kasih kat raihan sebab sudi bagi award ni kat akak ...
peraturan nak jawab tag ni ialah : -
1 ) copy badge " 2009 Cute's 3logger Award " untuk diletak kat blog anada
ok ! dah ...
2 ) link / ceritakan kembali siapa yang memberi award ini kepada anda
raihan ... yang rajin update blog dia
3 ) setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima
award seterusnya ( anda ditag )
* untuk sentiasa berusaha jadi yang terbaik
* suka sangat dengan kucing
* geli dengan ulat atau ape2 jer yg same spesis dengannya ... yerk !
* suka baca buku2 motivasi , novel n puisi
* masih lagi meneruskan hobi mengumpul ' sampul surat hari pertama '
* suka pasang volume radio kuat2 ketika memandu ... nk hilang ngantuk beb !
* " hidup adalah satu perjuangan " itu kata2 motivasi bila aku dilanda duka ... hehehe
Wednesday, May 27, 2009
cakap banyak ... cakap sikit !
" ... awat lame x menulis ... x habis lagi layan emosi ek ! ? " ... hisk ! kesitu pulak ... tolong lah jangan kusut kan minda tu dengan prasangka k ...
... bulan ni aku memang sibuk giler beb ! ... pastu ditambah pulak dengan masalah2 peribadi yang perlu disettlekan segera ... lagi pun kesihatan x berapa ok ... dan line internet pun x berapa ' cantik ' ... maka atas semua alasan itu le ... aku berehat sat dari menulis :-)
... semalam aku dijemput menghadiri majlis pelancaran logo baru PPAS di Perp. Raja Tun Uda , Shah Alam ... majlis mula 10.00 pagi tapi staff diminta datang jam 9.00 ... so semalam seawal 6.15 pagi dah keluar rumah ... pastu ambik dayah , nora dan hani ... ada kawan sembang sepanjang perjalanan tu ...
... dan semalam jugak uniform baru mula dipakai ... tapi aku , hani dan nora x dapat sebab kehabisan saiz ... aku x leh komen pasal uniform baru ni sebab samada suka atau tidak kena jugak terima ... yelah sape le aku nak menolakkan ... hehehe ...
... antara kandungan ucapan yang aku masih ingat " ... jadikan lib sebagai tempat lepak ... dan anggap lib sebagai second home " ... harap sesangat pengguna lib punya pesepsi pengertian yang dengan hasrat kerajaan negeri ... lepak bukan sebarang lepak beb ! tapi lepak yang bermanfaat dan berilmu .
... so sebagai menyahut hasrat untuk menjadikan lib sebagai hub ilmuwan ... adalah lebih kita memulakan memikirkan " cakap banyak sikit kerja atau cakap sikit banyak kerja " ... bukan lah kutuk atau mengata tapi lebih kepada ingatan pada diri sendiri ...
... cakap banyak walaupun sekadar meluahkan apa yang berselirat kat hati adakalanya lebih banyak mengundang padah dan musibah ... dan bertambah haru bila ditambah pulak dengan prasangka ... maka keadaan yang sedia keruh akan bertambah gelodaknya !
... cakap sikit pun adakalanya susah juga ... walaupun asal niat nak redakan suasana ... tapi kalau itu pun masih lagi dianggap dosa ... kena lah reda dan terima seadanya ....!
:-)
Tuesday, May 19, 2009
dan masa pun berlalu ...

* ... ikhlas bukan sekadar lafaz ! ... tapi lebih kepada penghayatan yang menjadi amalan .
... wallahualam ...
Thursday, May 14, 2009
" x de kemelut pun ... semuanya biasa jer ! "
... setiap dari kita ni mesti akan lalui atau telah lalui beberapa fasa dalam kehidupan ... x kira le ... suka ... duka ... pahit ... manis ... indah atau sebaliknya ... itu dah jadi asam garam kehidupan ... mungkin situasinya saja yang berbeza ... !
... ChAnGe ! ... itu yang cuba aku lakukan dalam rutin kehidupan ... x tau lah mengapa aku perlukan perubahan ? ... mungkin gak sebab keadaan persekitaran yang dah terlalu biasa ... atau mungkin jugak dengan orde baru yang memerlukan anjakan pemikiran ... atau mungkin kesan dari rebranding tempohari kut ! ... atau memang seharusnya kita mengikis tabiat lapok yang dah bertapak bertahun-tahun lamanya ... atau " ... apa dah jadi dengan aku ni ! "
... tapi percaya lah semua ni ... x de kaitan pun dengan mereka2 yang ada disekeliling aku ... hanya mungkin sedikit kejutan ... sebab semua dah x macam selalu ... !
* ... kita selalu percaya kita dah buat yang terbaik ... tapi di mata orang kita x sempurna mana pun !
Tuesday, May 12, 2009
alahai si manja !


Thursday, May 7, 2009
emm ... leh caya ke ni !
... semalam aku singgah kat lib daerah s/bernam ... hantar kutipan hasil untuk april ni ... so sebab x buat janji temu ... aku call boss " ... tunggu 10 minit " kena le tunggu dan sepanjang masa menunggu tu ... aku tinjau gak kat ruang bacaan yang sering dilanda banjir kilat tu ... x sangka lak begitu banyak air bertakung ... sampai terpaksa pecahkan dinding cermin sebab nak alirkan air keluar ... !
... selesai urusan serahan kutipan hasil ... ada gak beberapa yang dibicarakan oleh boss tapi sori lah kena off rekod ... sebab ia banyak menyentuh kerenah birokrasi yang adakalanya menyukarkan perkara2 senang yang sepatutnya dapat diselesaikan segera ... aku ambik sikap lebih mendengar tanpa memberi komen ... takut lak komen laser aku ni akan merobek sensitivity orang tanpa sedar ... so aku sempat gak buat lawak bodoh " ... boleh ke mereka2 yang diatas tu menerima komen atau kritikan " ...( x tau lah macam mane soalan ni leh terkeluar dari mulut aku ! ) ... " ... saya sedia menerima komen atau kritikan demi kebaikan perkhidmatan ... " itu komen yang aku terima ... tapi aku ambil jalan selamat ... x kan menyuarakan kritikan atau komen sebab aku x berapa yakin " kata akan dikota " ... seram gak klu nama aku akan tersenarai kat puncak " black list " ... dah jadi resmi manusia kan ... mana lah suka kelemahan dan keburukan diri di war-warkan !
... emm ! leh caya ke ni ... !
* ... aku kagum kat bunga , yazid , ayu , intan , jef , mas , liza dan termasuk boss jugak yang rela hati ( ... x tau lah rela dlm terpaksa kut ! ) menolak air keluar setiap kali hujan turun ... syabas ! atas khidmat yang tercurah tu ! ...
segalanya mungkin ...
... dan atas sebab segalanya mungkin ... juga mengambil iktibar dari apa yang sedang aku lalui saat ini ... " tidak suara " atau dalam istilah mudah " diam " ... aku rasa ini cara terbaik meleraikan segala kusut ... aku tahu mungkin khabar angin telah tersebar ... tapi aku dah janji tak akan bersuara ... biar pun diam ini akan mengundang pelbagai tanggapan ... aku hanya redha ... aku pasrahkan segala padaNya ...
... dan atas alasan segalanya mungkin ... aku takut untuk terperangkap sekali lagi dalam keadaan yang sama ... seperti awal kehadiran aku di daerah ini ... mungkin aku yang kurang belajar mengenal budi dan hati ... mungkin aku yang lemah dengan rasa ehsan sesama insan ... dan mungkin aku yang bersalah kerana tidak berterus terang akan situasi sebenarnya ...
( ... seperti kata yatie 12 tahun dulu " ... kes ni wajib di khabarkan ... klu x kesannya akan dirasai kemudian hari " ) ... so hari ini aku dah terasa tempiasnya ...! " ... jangan cari khilaf orang tapi cari khilaf diri sendiri ... " itu pesan yatie
... adakalanya ingin juga meluahkan apa yang berselirat kat hati ni ... tapi x tau pada siapa ... aku takut kata akan bertukar nista ... bicara bertukar caci cerca ... dan saat ini pun aku dah keliru nak bezakan sapa kawan ... dan sapa lawan !
* ... segalanya mungkin ! ... so kena redha dan muhasabah diri ...
( tq yatie )
Tuesday, May 5, 2009
bila rindu menyapa ...
menerjah disegenap ruang rongga
ingatan dan gamitan kenangan mengintai
aku lemas dalam emosi dan airmata
rindu menyapa lagi ...
tak mampu terucap bicara
hanya jiwa terasa begitu terseksa
aku lemah dalam gelodak yang terkata
bila rindu menyapa ...
ku pujuk hati nestapa
ku titip doa setiap masa ketika
semoga sejahtera dirimu di sana ... di sisi Nya
mak !
sesungguh saat ini ...
aku benar-benar merindu
... al - fatihah ...
* ... kesibukan memenuhi tuntutan kehidupan adakalanya menjadi kita alpa pada mereka yang melahirkan kita ... ! sesungguhnya rindu kehilangan " abadi " amat memeritkan untuk dilalui ...
Thursday, April 30, 2009
selamat bercuti !
* ... mane nak pergi ek ! cuti-cuti ni ...
Wednesday, April 29, 2009
laluan masih berliku ... part one
... sekadar mengimbau kenangan lalu ... aku berhijrah ke daerah ini okt 1994 ( ... x tau nk kata suka atau terpaksa ) ... seingat aku bila dikhabarkan aku akan diserapkan ke jawatan tetap setelah hampir 7 tahun berstatus sambilan ... aku rasa bersyukur sangat " alhamdulillah " ... tapi bila berita itu kepilkan sekali dengan " ... akan bertukar " aku jadi betul2 terkedu ...! masa tu gak semua perasaan menyerbu masuk ... runsing ... sangsi ... takut dan boleh kah aku ? ... berjaya kah aku ? ... apalagi masa tu aku dikhabarkan reputasi ' hitam ' yang di labelkan kat ofis baru tu ... aku mula kalut ... nak terima atau menolak ... emm ! setelah menolak ... mencampur ... mendarab ... dan membahagi segala buruk baiknya ... akhirnya aku terima dengan memotivasikan diri sendiri " ... hidup adalah satu perjuangan " ( ... dan sampai sekarang pun itulah kata2 bagaikan azimat dlm diri )
... hari pertama ... minggu pertama ... bulan pertama ... tahun pertama ... dan perkara pertama yang aku lakukan kat ofis baru tu adalah memerhati cara staf lama berkerje ... belajar memahami sikap dan tanggapan mereka dalam rutin tugas ... pastu mulakan tugas mengujudkan apa yang x de ... aku rasa macam nak tarik diri ... semua perubahan yang dibuat sukar diterima ... aku dianggap bagai duri dalam daging ... aku dianggap pencetus gelora dalam suasana aman ciptaan mereka ... dan aku tahu aku x diterima sepenuhnya disitu ... tapi apa nak buatkan ... aku hanya memikul amanah !
... aku banyak belajar erti hidup dan kehidupan sejak berhijrah ke sini ... mengenal ragam dan kerenah manusia ... menilai antara budi , hati dan pekerti ... selalu aku ingatkan diri ... ikut resmi padi merunduk tapi berisi ... rendah diri tapi jangan hilang jati diri ... !
... 5 tahun pertama penuh misteri .... staf berganti namun aku masih disini !
:-)
* ... esok 5 tahun kedua !
Friday, April 24, 2009
bila sang belang mengauumm !
... hari ni aku agak kalut sikit semua gara2 terlewat bangun ... aduss ! nape le hari ni aku leh terbangun lewat ... nak salah kan sape ek ? ... emmm ! salah diri sendiri tidur lewat sebab nak habiskan jugak membaca novel yang dah tertangguh hampir 3 minggu ... so pagi tadi x sempat nak uruskan semua si manja yang ada kat kandang dan dalam rumah ( ... kucing lah ! )
7.30 pagi ... aku dah keluar rumah ( awal sikit dari biasa ) ... hari ni ada puppet show kat lib daerah ... sejak dah masuk team puppet ni ... bila ada lawatan kat lib daerah ... kena le turun buat persembahan ... risau gak ... takut tune suara si arnab x keluar ... !
11.00 pagi ... alhamdulillah semuanya selesai dan berjalan lancar ... tapi lucu gak bila ada kanak2 yang terkejut dan menangis bila dengar suara sang harimau ( ... huh ! real bunyi harimau gamaknya ) ... so kami yang kat belakang tabir terpaksa menahan tawa dan maintain suara mengikut watak lah ... klu x haru ! tapi yang happy sangat bila kanak2 tu menari chicken dance ... mula tu malu2 tapi lepas tu seronok lak ! ( tq ... kat honey yang berusaha untuk backup muzik )
... nak minta maaf kat staf lib pekan sekinchan yang minta kami buat persembahan 26 april ni terpaksa ditolak sebabnya sang badak , sang belang dan kak yong nak gi exam PNM 27 -28 april ... bagi le peluang diorang rehatkan minda dan study last minit ...
* ... emmm ! macam2 kerenah manusia ni ... sabo je le !
Tuesday, April 21, 2009
aksi si manja " kuci-kuci "





... so terapi paling mudah dan murah untuk meredakan tension adalah 3 ekor si manja ni !
sebab 12 ekor kucing lagi semuanya dah besar ... dah x leh nak buat main ... garang beb !
dibenci atau disukai
... bukan semua dari kita bernasib baik merasai nikmat disukai ... kekadang tu tercari2 gak formula atau resepi untuk disukai ... atau bersikap mengikut arus ... atau berhenti mengkritik ... mungkin juga perlu belajar memuji ... atau apa2 aje yang seerti dan semaksud dengannya !
... dan bukan juga kita sesuka hati untuk dibenci kan ? ... kerap kali kita terperangkap dalam situasi dibenci tanpa kita sedari ... lagipun sebagai kejadian yang tercipta bersama lemah dan kurang ... x banyak yang mampu kita buat demi memenuhi ingin dan mahu orang sekeliling kita ... ! seringkali disalah anggap ... bersuara bukan le niat untuk derhaka ... beri pendapat x bermaksud untuk berdebat ... pandangan sering dipandang ringan ... !
* dibenci atau disukai ... pilihan ditangan sendiri ... yang penting jalani kehidupan dengan erti yang sejati ! walallahualam .
Friday, April 17, 2009
taklimat & demontrasi cegah kebakaran




Thursday, April 16, 2009
team tom tom chak !
En. Norkhairul Nizam .
seronok menari n menyanyi !
ni lah dia ... team tom tom chak !
... salam semua !
emm ... akhirnya aku berjaya gak posting cerita semasa aktiviti hari buku kanak2 antarabangsa kat lib daerah kuala selangor ... semua gambar ni ehsan dari honey ( terima
kasih le )
samada berjaya atau tidak ... x dapat le nak dinyatakan tapi itu saje le dapat dapat dilakukan!
aku sendiri dah 15 tahun x aktif dengan aktiviti bersama kanak2 memandang ruang kat lib cawangan tidak mengizinkan ...
... mula melakonkan watak sang arnab tu ... aku rasa pelik dan tergelak sebab kena kecikkan
suara ... alamak ! segan dan malu gak tapi terpaksa jugak buat sebab dah arahan kan ! ... x sangka pulak selepas berlatih berhari2 terasa seronok ... ala macam bebudak tu ... hehehe
... buat semua kekawan sang belang ( ita ) , sang badak ( yus ) sang katak n sang buaya ( hana ) dan kak yong ( reza ) @ team tom tom chak ... milah ( .. yang menyumbangkan ilmu
berlakon puppet ) honey ( yang set muzik ) mek su & nora ( chicken dance ) nor , ajijah & kak sal ( pengkritik masa latihan ) linda ( emce pd hari tu ) dan en.khairul ( pegawai perpustakaan zon 1B - sebab beri peluang pada kami ' bernostalgia ' zaman kanak ) ...
... sebenarnya banyak kisah cerita belakang tabir sepanjang latihan berjalan ... tapi pesan
orang2 tua " cerita hak baik-baik aje ... insyaAllah semua akan jadi baik2 belaka "
* ... buat sang badak , sang belang dan kak yong serta semua kekawan yang akan mengharungi exam PNM ... akhir bulan ni study smart ok !
Tuesday, April 14, 2009
mula bertugas semula ..
terasa lama x menulis kat blog ni ... sepanjang minggu lepas aku dan beberapa kekawan dari perkhidmatan desa berkampung kat lib daerah demi tugas serta memenuhi arahan boss ... semuanya kerana sambutan hari buku kanak2 antarabangsa ... so lib daerah Kuala Selangor terpilih mewakili Zon 1B pada 11 april 2009 ... alhamdulillah semuanya berjalan lancar serta dapat response yang baik dari audience dan Pn. Su ( ... walaupun masa rehearsal ... bos bagi komen ...emm ! puppet ok tapi nyanyian ' ke laut ' ) ... kini rasa rindu lak dgn team tom tom chak !
... hari kat lib cawangan ( tempat aku cari rezki da ... ! ) buat latihan cegahan kebakaran dengan kerjasama bomba ... semuanya ok ! ... aku banyak belajar perkara baru hari ni ... semoga Allah beri aku kekuatan untuk hadapi semua duga dan cabaran ni ..
... esok aku x pasti apa akan berlaku ... yang pasti aku tetap akan menjalan rutin seperti biasa ..
* nak ucap terima kasih kat milah yang x jemu2 tunjuk ajar masa latihan puppet dan kat semua staf lib kuala sebab layanan anda membuat aku lupa segala masalah ... hehehe
Monday, April 6, 2009
kemesraan pudar warna
... tapi luahan rasa seorang teman pasal mesra yang semakin pudar dalam keluarganya ... aku x nak komen atau senang crita ... aku x layak pun nk beri komen apa2 sebab ... aku rasa x layak nk nak bagi komen sbb aku x de pengalaman dalam hal2 kehidupan berumahtangga ni ... tapi sebagai sahabat aku bersedia mendengar luahan hatinya jika itu dapat meringankan bebanan perasaannya .
... hanya aku ingin titipkan sedikit nasihat buatnya ... kita akan lalui beberapa fasa sepanjang hayat ... dan bertambahnya usia kita maka beranjak lah juga fasa dalam kehidupan ... kita selalu anggap orang sekeliling kita berubah ... tapi hakikatnya kita yang berubah ( tanpa kita sedari ) ... adakalanya kita berharap segalanya akan kekal macam 5 atau 10 tahun lepas ... tapi hakikatnya cuba kita cermin diri ... adakah kita masih macam dulu gak ?
... jangan cari lemah orang lain tapi cari lah kurangnya kita ... !
* ... barangkali aku juga sedang melalui fasa yang sama ... 15 tahun berada disini ... terasa begitu ' biasa ' ... ermm ! segala2nya jadi begitu ' biasa ' .
Friday, April 3, 2009
aku bukan sesiapa ...
aku bukan sesiapa ...
kisah semalam penuh emosi
aku kelu dalam kejutan
perubahan akan tetap berlaku bila tiba masa
tiada yang kekal selesa selamanya
tiada salah sesiapa
aku hanya memenuhi arahan seperti yang dipinta
walau dalam hati berhimpun segala rasa
aku tertanya juga .... salah kah aku ?
tapi
aku bukan sesiapa
sekadar meluah rasa tanpa kuasa !
* ... " seharian aku membodohkan diri " !
Tuesday, March 31, 2009
pusing kepala ...
... antara aktiviti yang dirancang antaranya persembahan puppet show dan menyanyi bersama kak mis serta bertandingan mewarna kulit buku ... emmm ! yang buat aku pusing kepala tentunya akt menyanyi bersama kak mis ... aku dah tinggalkan semua akt bersama2 bebudak selama hampir 15 tahun sejak aku berhijrah tugas kat daerah ni ... tu yang buat aku risau dan pusing kepala memikirkan tema persembahan pada hari tu ... lagi pun dah lama x beraksi dengan bebudak dan depan audience , aku takut lidah aku ni jadi kelu dan kaku ... hehehe
... nampak gayanya kena le pratik dan korek balik ilmu2 yang dah berkurun terabai tu ... dan sebagai permulaan aku akan mula membaca buku kanak2 atau apa2 jer yang sewaktu dengan nya ... !
* ... buat kekawan kat luar sana ... klu ada idea tu ... lontarkan le kat aku yang tengah pusing ni !
sekitar majlis maulidurrasul
salam semua ...
... majlis sambutan Maulidurrasul ni dah berlangsung pun pada 27 mac ... hari jumaat lepas tapi x sempat menulis dan edit gambar ... alhamdulillah majlis ini julung kalinya dibuat kat lib daerah ni ... so dapat le semua staf dari 2 daerah ni berkumpul ( ... walaupun bukan semua dpt hadir )
... macam biasa lah juga ... kalau dah bertemu adakalanya kita terlupa dimana kita berada ... masa majlis berlangsung ... terdengar2 gak suara sembang bergema ...! mungkin juga sebab kisah ini dah biasa sangat kita dengar kan ... so bagai tiada apa2 yg baru ... terpulang lah !
... nak ucapkan tahniah kat linda sebab menyempurnakan tugas dengan baik ... memulakan sesuatu yang baru memang menyukarkan tapi bila dah biasa ... semua akan jadi senang !
* ... sebenarnya banyak lagi gambar2 masa majlis tu !
Friday, March 27, 2009
jom kita sahut cabaran ini !
AWAS ! anda sedang diperhatikan ...
... sepanjang 3 hari lepas ( ... masa aku cuti n gi exam ) aku dapat beberapa info tentang lawatan kerje ( ... senang cerita pantauan ) oleh staf dari lib daerah ... ada le juga soal selidik untuk staf kat sini ... aku x kisah pun dan x akan ambik kisah pun ... x de apa yang nak ditakutkan ... cuma rasa nak tergelak jer bila yang buat pantauan dan soal selidik dilakukan oleh staf luar jangkaan ! itu yang buat staf kat sini rasa blurr dan x respect langsung ... aku x leh komen sebab masa soal selidik tu aku cuti n gi exam ...!
... sebenarnya , samada pantauan atau soal selidik dibuat ... waima oleh sesiapa pun ... x kira le apa jawatan ... berstatus orang lama atau orang baru ... kalau kita dah menunaikan amanah seperti yang seharusnya ... x perlu le rasa gundah gulana ... kecuali le kita bersikap ssebaliknya !
... sedarkah kita yang selama ini pun ... kita sentiasa dalam perhatian dan pantauan ? dan yang lebih menakutkan hasil pantauan itu hanya diketahui setelah kita x berdaya membetulkankannya !
... ingatan untuk diri sendiri ... setiap gerak kerje jika dilakukan dengan ikhlas ... insyaAllah ! baik le balasannya .
* ... buat semua teman2 yg hadir kat majlis mauliddurrasul ... semoga berolehi keberkatannya.
Friday, March 20, 2009
25 Mac ...
insyaAllah hari rabu ni ... seawal pagi yang terdaya aku dan bunga akan memulakan perjalanan ... semoga semua selamat dan dipermudahkan Allah . amin .
tiada yang abadi
... salam takziah buat keluarga mantan Pengarah PPAS ... En. Mohdi bin Darim yang kembali ke rahmatullah semalam.
... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat bersama-sama mereka2 yang beriman dan bertaqwa ... amin .
* ... bila sampai janji Allah kepada setiap hambanya ... tiada siapa dapat menduga !
Thursday, March 19, 2009
titik hitam

Saturday, March 14, 2009
... info pertama , aku dimaklumkan tarikh exam PTK 1 pada 25 mac ni ... lokasi kat Cheras ... transport x disediakan ( ... dalam kata lain " kena pergi sendiri le " ) ... info tu pun dapat dari orang kat HQ yang call ... tersenarai 2 nama jer ... ek ! apasal nama aku x de ni ... sebab masa isi dan hantar borang sama ... mungkin gak sebab aku ambik PTK 2 so tarikh exam pun x sama ... alahai ! haru gak kalau tarikh x sama dengan diorang ni ... aku kalau pasal lokasi2 kat KL tu memang hancus !! ... kecuali PNM ... itu pun sebab dah pergi beberapa kali ...
... info kedua , ... selasa ni 17 mac ada mesyuarat kat lib daerah ... jam 10.00 pagi ( dpt maklumat semalam ) hari ni baru di confirmkan ... apa isu atau mandat baru yang akan dibincangkan ? so kena le tunggu selasa ni ... pasal bab ni aku memang x leh atau malas nak komen lebih2 ... takuuuttt ! hehehe ...
cuma aku bercadang nak berbincang pasal aktiviti gabungan antara lib kat daerah ni ... dan mungkin bangkitkan semula beberapa perkara berkaitan permohonan yang dikemuka tahun lepas tapi masih x de respon pun ... !
* ... emm ! kembali membaca buku akta dan lib ... sebagai persediaan awal ... al maklum dah tuo2 ni ... hehehe !
Friday, March 13, 2009
anda merokok ? ...
" anda merokok ? ... merokok pembunuh dalam diam ! ... itu lah isu yang aku pilih untuk pameran bulan mac ni ... setelah memikirkan beberapa isu ... ini jer isu yang aku rasakan relevan sepanjang masa ... ! lagipun kat dada akhbar sejak akhir2 ni lebih fokus pada isu politik ... dan pengguna pun lebih berminat membaca terus di akhbar untuk info terkini atau tonton berita kat tv ... kalau nak tau pasal politik !
* ... ni tengah fikir isu apa untuk pameran april lak ... cepatnya masa berlalu !
Thursday, March 12, 2009
antara priority dan really
... sejak akhir2 ni aku memilih untuk jadi pemerhati ... pemikir ... dan buat analisis sendiri tentang apa yang berlaku dalam kitaran harian kehidupan ... x tahu lah ... mengapa hal2 macam ni yang suka sangat aku nak fikir ... bukan lah nak cari khilaf atau bongkar aib sesama insan ... hanya sekadar buat perbandingan antara priority dan realiti ... sebab kekadang aku sendiri
' tersangkut ' dalam situasi ni ...!
... dalam tugas harian , adakala kita merasakan terlalu banyak tugas yang perlu dibereskan ... dari menjejakkan kaki awal pagi kat ofis hingga le melangkah keluar jam 6.00 pm ... maka bermula tugas hakiki ... melunas tanggungjawab yang terpikul di pundak ( ... kerje kat lib ni memang x de istilah ' tugas selesai ' ) ... segala priority untuk hari itu bagaikan ternoktah bila waktu ofis berakhir ... so semasa memandu balik ke rumah ... cuba kita fikirkan realitinya ( ... kena lah berlaku jujur pada diri sendiri ) ... datang awal pada ke ofis ' ok ' ... tugas hakiki yang dapat dibereskan ? ... berapa lama masa yang kita ambik untuk pekena teh tarik waktu pagi ... lunch dan minum petang ...? jumpa kawan ... dan macam2 lagi ( semua x de kena mengena pun dgn tugas ) ... so agaknya berapa % nak bagi kat diri kita ek !
... dalam iklim politik hari ni pun macam gitu gak ... sebagai rakyat jelata yang kuasa pun x de
( .. ada kuasa bila pilihanraya jer ! ) seribu harapan tercurah kat pihak pimpinan ... tentunya priority yang tuntut ... bina negara ... semarakkan ekonomi ... merdeka dari belenggu kemiskinan ... noktahkan segala masalah sosial ... lahirkan ramai ilmuwan ... dan bersatu lah demi perpaduan ummah ... jadikan impian ini satu kenyataan !
... tapi realitinya ... saat rakyat bergelut meneruskan kelangsungan hidup ... mengharung perit dan jerih ... mereka masih bertelanggah ... masih berebut ... saling menuduh ... fitnah jadi mainan ... agh ! sebenarnya aku sendiri dah penat jadi penonton ... dan tentu anda diluar sana pun dah bosan ... kekadang ' kenakalan fikiran ' singgah jugak minda ini " apakah akan jadi 10 tahun akan datang ? " ... ngeri untuk difikirkan !
* ... menjadi tua adalah satu keharusan ... tapi untuk menjadi matang dan dewasa adalah satu pilihan !
Wednesday, March 11, 2009
... mana air ni !
sarapan pagi kat pantai ... juadah semua bawak
dari rumah ... lagipun pantai BNO tu bukan le

aku jarang jugak ke sana ... cuma yang teruja
cari ' remis ' ... alahai ! kesiannya dia hanya
3 ekor jer ... mungkin sebab cuaca panas masa
Friday, March 6, 2009
indah hanya khabar
... rasanya setiap dari kita memang suka pada benda2 atau perkara2 yang indah ... cantik ... sempurna atau ape2 je yang membawa maksud yang sama dengan ' indah ' ... sebab tu le adanya ungkapan ' indah khabar dari rupa ' ... emm ! orang dulu2 kaya dengan sopan santunnya ... kalau nak menegur pun melalui kiasan ... bukannya diorang tu takut untuk berterus terang atau ' straight forward ' tapi dah jadi adat dan amalan untuk menjaga 'aib ' orang yang nak ditegur ... dan itu pun selepas dikaji akan kesahihan dan kebenarannya !
... hari ini mungkin berbeza cara dan kaedahnya ... kita lebih suka terus terang atau cakap jer apa yang terlintas kat minda masa tu ... x de nak berkias lagi ( ... ataupun memang kita dah x tahu apa itu kiasan ! ) ... lepas meluah apa yang tersurat baru le nak fikirkan kesan atau natijah dari apa yang dah kita luahkan ... ! so sekarang kalau nak bercakap pun kena le fikir jugak pesepsi orang ... takut dituduh mulut ' celupar ' ! ... kenalah diam ... kerje ... diam ... dan kerje !
... dan disebabkan semua orang suka pada yang indah2 atau perkara2 baik belaka ... maka berusaha le semua untuk menyerlahkan segala yang indah dan baik belaka ... yang kalut tu semua ' sorok ' belakang pintu ... kekadang tu sebab nak capai nilai indah dan baik ni ... kita dengan rela hati untuk tidak berlaku jujur pada diri sendiri ... tugas boleh ' diswastakan ' dengan sedikit imbuhan ... memang le x de siapa tahu ... janji kerje beres jer ... tapi jangan lupa padaNya yang tidak sedetik pun berhenti memerhatikan kita ...
... susah juga bila nilai indah dan baik hanya dinilai dari khabar !
* ... sukar mengakui kekhilafan tapi yakin Allah Maha Mengetahui nawaitu yang di hati kita ... !
Wednesday, March 4, 2009
langkah pertama ..

... setiap sesuatu yang berlaku atau apa je yang akan kita lalukan dan kita lalui mesti bermula dengan langkah pertama atau dalam istilah orang putih " first step " ... bagi setiap muslim/muslimah memulakan sesuatu dengan lafaz bismillah sudah jadi satu kemestian ( ... bagi mereka2 yang mengamalkan lah ! )
... langkah pertama ni sama le macam kita buat azam setiap awal tahun ... semangat berkobar2 untuk bertahan pada langkah2 seterusnya hingga capai ke takat tertinggi ... dan kena gak diingat ... x semuanya berjaya meneruskan langkah ! ... sebab kegagalan hanya diri sendiri jer yang tahu !
... so nak ucapkan selamat berjaya kat awer yang dah memulakan langkah pertama untuk tampil bergaya masa konvo x lama lagi ... keazaman yang kuat untuk berubah adalah titik mula terbaik ... sebab ia lahir dari hati dan diri sendiri ... x de siapa dapat mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri ... ! so anggap le ini cabaran dari acik ... dan buktikan pada semua ... !
* ... setiap hari adalah langkah pertama untuk jadi yang terbaik !
Saturday, February 28, 2009
dari dalam diri ...
... dari minggu lepas hingga hari ni ... aku dah capai target yang aku buat sendiri untuk settlekan kertas minit fail keahlian ... alhamdulillah berjaya ! so minggu depan aku set untuk paper cutting lak ... apa lagi dah dapat arahan berkaitan kaedah baru yang perlu dibuat ... x jauh beza pun hanya sedikit perubahan untuk memudahkan capaian pengguna ... dan lebih spesifikasi jer ... masa mula2 surat arahan ni dulu ... aku panik jugak ... aduss ! banyaknya ! ... bila dihalusi ... ala macam biasa jer ... cuma yang aku runsing pasal nak minta fail dan kertas dari HQ ... punya le susah nk dapat ...
... sejak balik dari kursus team building ni ... tersisip gak satu dua perkara kat hati aku ... dan tentunya aku berusaha untuk ia kekal di situ selamanya ... so kesimpulan kursus tiga hari dua malam tu adalah ... kenali diri sendiri ... apa matlamat hidup kita ... berubah jadi lebih baik atau setia kekal begitu ... lakukan kerana Allah atau kerana takut sesama insan ... dan yang paling terkesan kat minda ialah sejauh mana kejujuran kita dalam mengharungi kehidupan dan memberi perkhidmatan ... so kena le x-ray rohani masing2 !
... keinsafan adalah titik mula bagi setiap perubahan ... tapi ada gak suara2 sumbang yang memperlekehkan bila ada yang menitiskan air mata sebab rasa insaf singgah dan bertapak kat hati ... " ala mereka2 yang menangis tu sebab banyak dosa " ... ek ! insaf dan taubat kerana rasa diri berdosa atau khilaf adalah lebih mulia tau ... dari orang2 yang x pernah insaf kerana merasakan diri bebas dari dosa ... dan anggap orang lain jer yang buat salah ... tu tanda2 hati yang mati ... !
* ... adakalanya sikap prihatin ... memerangkap diri sendiri !
Tuesday, February 24, 2009
munajat ku ...
ku bersujud pada Mu
disaat hati dilanda gundah
disaat hati hiba menangis
disaat kewarasan akal sedaya upaya memujuk diri
disaat keteguhan diri hampir lumpuh ...
aku kembali kepada Mu ...
ku pohon petunjuk Mu ... ku pohon kekuatan dari Mu
Ya Allah ...
ku bersujud pada Mu
ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurang diri
ku kesali kejahilan ini
di lalui hidup yang entah bila titik akhirnya ...
aku kembali kepada Mu ...
ku pohon keampunan Mu ... ku pohon keredhaan Mu
Ya Allah ...
ku bersyukur pada Mu
masih diberi ruang kembali ke jalan Mu ...
Alhamdulillah ... Alhamdulillah ... Alhamdulillah ...
* ... kita bukan sesiapa tanpa redhaNya ! ...
Thursday, February 19, 2009
tiga hari dua malam ...
... semenjak terima surat mengenai kursus ni ... keadaan agak kalut sikit sebab ramai yang confused ... apa yang perlu dibawa sebagai persediaan menghadiri kursus ... hatta mengenai pakaian jugak ... info yang yang terima dari HQ asyik berubah2 ... kejap kata kena pakai uniform masa perasmian esok ... so bila call HQ hari ni " ... x perlu pakai uniform ... pakaian yang sopan jer " ... la gitu lah pulak .
... aku pun dah pudar rasa teruja nak pergi ... tapi amanah yang terpikul kat bahu ni sebagai penjawat awam perlu digalas sebaik mungkin demi rezeki yang halal ... cuma kekadang kerenah dan situasi gini yang buat aku blurrr !
... x leh cerita apa pengisian kursus ni ... yang pasti esok aku , bunga dan dayah akan bergerak sesudah subuh ... dari Sabak Bernam ke Shah Alam !
* ... harap pengisiannya akan memartabatkan PPAS sebagai Hub Ilmu ...
Wednesday, February 18, 2009
diduga lagi ...!
kerana mulut badan merana "
... ungkapan biasa kita dengar tapi x ramai yang ambik kisah pun ... alahai ! zaman sekarang ni siapa le nak kisah sangat pasal pepatah petitih ni ... cuba le tanya kat bebudak sekolah ... dah tentu terkial-kial diorang mencari jawaban ... lagi pun kita yang dah lama ' hidup ' ni pun kekadang x tahu maknanya apalagi nak menghayati maksud tersirat ... ermm ! gitu le gamaknya tanda2 awal pupus ' keindahan ' bahasa warisan Tun Sri Lanang ...
... mungkin sebab kurang penghayatan pepatah petitih ni ... maka seorang teman ditimpa musibah ... semua gara2 mulut seseorang begitu dekat tapi sebenarnya begitu jauh hati budinya ... ntah lah ! ... meniti titian hidup ini ... kekadang terasa perit untuk dilalui tapi kehidupan kena jugak diteruskan ... sebanyak mana duga sekali pun ... jangan sesekali putus asa ... sebab pengalaman akan mematangkan kita ... dan pengalaman juga mengajar kita membezakan antara permata dan kaca ...
... kepada mereka2 yang sedang bergumbira sesangat diatas kedukaan orang lain ... terdetik hasad dengki bermukim kat hati ... maka syaitan bersorak ... bergendang , terpesong nawaitu kita maka tertanggunglah natijahnya ... x guna jika ' berkokok ke sana sini tapi kejut di gelanggang ' ... x de maknanya !
* ... buat mereka2 yg rasa teraniaya ... muhassabah diri ... berdoa ... bertawakal ... insyaAllah segala yang benar akan Allah tunjukkan ...
Saturday, February 14, 2009
Seloka " Sejati "
* Sejati dalam bercinta
terpaut hati pandangan pertama
gelora rasa dari sinaran mata
sukar dibeza antara benar atau dusta
terasa indah dusegenap maya
dunia bagai ' ana yang empunya '
tapi harus waspada !
usah leka dibuai rasa
sanggup korban jiwa raga segala
harus dipupuk iman dan taqwa
dunia akhirat kekal bahagia
* Sejati dalam bersahabat
ikhlas dan jujur harus disemat
nawaitu dijaga , jangan khianat
khidmat dihulur tanpa muslihat
tapi harus diingat !
selagi dunia belum kiamat
sukar nak bertemu sahabat
banyak musibat dari yang bersikap malaikat
belajar hidup cara muafakat
hidup aman penuh rahmat
dunia akhirat mendapat berkat
* Sejati dalam berparti ( ... politik da ! )
politik suci pada mereka yang mengerti
membela bangsa , pertahan pertiwi
rendah diri tapi tinggi budi pekerti
tebal ilmu duniawi juga ukhrawi
tapi harus diawasi !
janji ditabur , usah mungkiri
jauhi sikap kroni ... apalagi korapsi
setiap tindakan akan diperhati
jangan sampai orang benci
pengundi lari ... siapa yang rugi
arakian ... lu fikir sendiri
* ... tegak rumah kerana sendi
runtuh sendi rumah binasa
sendi bangsa adalah budi
runtuh budi runtuhlah bangsa *
Friday, February 13, 2009
saat upaya kian terlerai ...
... kita sering terperangkap antara suratan atau kebetulan ... ntah la ! susah nak diungkap dengan perkataan ... apa lagi nak di zahirkan melalui tulisan ... aku pun bukan le nak berkisah pasal dua perkataan ni ... buat pening kepala jer !
... ' eh ! nape x tulis pasal tsunami politik kat perak tu ? ' ... itu komen rakan lama ( ... yg kununnya setia baca blog aku ni ... ye lah tu ! ... leh percaya ke ni ) ... lagi pun aku memang x berapa suka dunia politik ni ... malas nak sesak fikiran dengan kerenah orang tua2 ' berkelahi ' berebut kuasa ! ... kalau bebudak tu nampak le manisnya ... ni .. semuanya dah tuo2 belaka !
... semalam aku dan beberapa orang staf pergi hosp. Ampuan Rahimah kat klang ... ziarah kawan yang sedang berjuang melawan penyakit jantung ... setelah terperangkap hampir satu jam dlm kesesakan jalanraya ... melihat keadaannya yang terlantar dan dibantu alat bantuan pernafasan ... menimbulkan rasa insaf yang amat sangat dalam diri aku ... saat diri kehilangan upaya ... hatta untuk membuka kelopak sekali pun ... apa lah lagi yang diharap selain daripada doa ... ! rasanya dalam situasi begini ... adalah lebih kita lupakan segala sengketa atau redha akan lemah dan kurangnya dia ... belajar memaafkan kerana x selalunya kita ni betul sentiasa ! ...
" semoga Allah berikan keberkatan padanya " ... amin .
* hidup bagaikan putaran roda ... sebab x tau apa akan berlaku esok ... atau apakah esok masa ada ... lalui lah kehidupan ni dengan keredhaanNya ..
Tuesday, February 10, 2009
musang berjanggut !
... dah seminggu ni aku kurang minat nak baca akhbar ... nak tengok berita kat tv pun dah malas ... rasa menyampah lak bila tonton gelagat orang berebut kuasa ... emmm ! kenapalah bangsa kita sanggup berkelahi dan berbalah kerana ' kuasa ' ? ... dunia politik ni memang begitu gamaknya ! ... alangkah bagusnya kalau mereka berbalah ... pasal bagaimana nak stabilkan ekonomi negara ... atau bagaimana nak kawal kenaikan harga barang keperluan ... atau bagaimana nak mengekang gejala sosial ... atau ... atau ... dan atau pelbagai macam masalah lagi !
... so malam tadi aku layan mata dengan menonton ' musang berjanggut ' ... banyak yang tersirat dalam filem ni ... semuanya pasal gelagat orang kita ... ! la ni pun memang ramai gak orang kita yang rela hati memegang watak " musang berjanggut " dan " musang berbulu ayam " ...
* ... kita masih disitu ... menang atau kalah kita tetap rugi sebab " menang jadi arang , kalah jadi abu " ... siapa yang untung ...? ... anda fikir , anda tentu kan ...!
Wednesday, February 4, 2009
hidup x semudah menyebut ...1... 2 ... 3
... dan ungkapan ini aku panjangkan pula kat member ( .. staf PPAS ) yang bakal ambik exam JPA ... mungkin feb ni ... sebab ada yang mengeluh ... x leh nak ingat apa yang di baca ... biar seribu alasan sekalipun ... exam tu tetap gak kena ambik ... klu x tahun ni ... tahun depan atau tahun2 seterusnya ... jgn sampai lebih dari 3 tahun sudah ... kes berat tu ... ! dan kena diingatkan juga ... exam JPA ni bukan le yang pertama dan terakhir tau ... ada lagi exam yang wajib lulus untuk dapat tiket pengesahan jawatan ...
... ari ni aku buat satu resume untuk Dd ( ... anak saudara yang sedang berusaha untuk bebas dari status penganggur ) ... selalu gak aku bising kat dia ... gunakan kemahiran yang ada ... jgn pilih kerja ... yang penting halal !
... semalam syikin ( member kat lib klang ) pelawa untuk ambil KPSL ... tarikh exam april !
aku terkedu sekejap " biar betul ni ! " ... nanti lah nak fikir dulu ... bukan le soal layak atau tidak ... rasanya semua orang layak tapi soalnya ... mampu atau x aku nak study untuk 2 exam !
lagi pun aku sebenarnya belum cukup berani untuk mengadap " reaksi " dari HQ ... aku pernah laluinya beberapa tahun lepas ... ! mungkin bukan tahun ni ... tapi insyaAllah 2 tahun lagi ! ... aku memang kagum dengan semangat berani mencuba dia ni ... so good luck !
... kat ofis pulak ... semua sibuk dengan tugas masing2 ... zam dan ela ( ... bergilir2 ) dok mengadap komputer key in data untuk buku pilih buang ... dan aku lak masih bergelut dengan paper cutting ... mengolah semula kertas kerja untuk aktiviti ( ... sebab budget dah up sikit antara RM 2,500 - 3,000 untuk setahun ) ... harap2 kali ni berjaya ... tak ar macam tahun lepas ... x dapat feedback hingga tahun 2008 berakhir ( ... emmm ! kira gagal le tu ) ... tu belum lagi kerja2 rutin ... kekadang tu aku hairan gak bila masih ada lagi staf yang dah jadi macam biskut ' kejap ada ... kejap x de '
... dan aku sendiri ... sebenarnya mula rasa bosan kerana empat hari dan enam hari ( berselang minggu ) memandu 100km sehari ( pergi + balik ) ... x tau le sampai bila rutin ni akan berlarutan ... dan aku berharap jgn le sampai pencen macam ni ... bukan ape ... takut dah x berdaya nk panjat tangga ofis dan memandu kereta ... hehehehe ...!
* ... x semua yang kita inginkan akan dapat digapai ... tapi aku yakin Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk setiap hambaNya , selagi kita dekat denganNya ... wallahualam ..!