Thursday, October 8, 2009

riuh ... resah ... raya !










... gambar2 kat atas ni aku rakam masa majlis raya kat lib daerah sebelah sinun ! ... hehehe
atas sebab2 tertentu aku x leh nak tulis apa2 kat bawah gambar2 ni ... sape2 yang kenal atau terakam kat gambar ni ... buat2 x kenal atau x tau jer lah !
... masa mula2 dok rancang majlis ni ... agak riuh le jugak dengan perancangan dan alhamdulillah sebab banyak kekawan yang sokong dan sedia menyumbang apa yang patut bagi memeriahkan majlis ... memandangkan tiada collection dibuat ... atas semangat setia kawan dan raya ... ! lagipun ini lah peluang berkumpul bersama kekawan dan keluarga ... bukan selalu pun ... setahun sekali !
... dalam riuh gembira tu tetiba dapat pulak perkabaran majlis x leh nak diteruskan ... ditunda ke tarikh lain ... atas alasan ntah apa2 ... masa tu jugak riuh gembira dan bertukar jadi kecoh ! aku pun seriau gak ... ermm ! jadik ke ... x jadik ni ! akhirnya rujuk kat pihak atasan ... bila dapat lampu hijau ... baru le aku rasa lega sebabnya aku dah isi borang cuti beb !
... 2 okt ... riuh yang dah reda menimbulkan suasana resah pulak ! ... reaksi masam-masam pahit mula tercetus ... kekadang aku x paham ... apa sebenarnya yang ingin dibuktikan ... dalam syawal mulia ni ... kita masih gagal mendidik hati erti kemaafan dan memaafkan ... kalau kita
ingin rasa dihargai ... kenalah belajar menghargai ... kalau terasa hati ingin dihormati ... kena tahu menghormati ... hidup ini x le sesusah mana untuk dilalui !

... melihat juadah yang dibawa oleh kekawan pada hari tu ... walaupun dalam suasana riuh ... resah ... tapi raya ... tetap raya !
* ... belajarlah menilai dengan mata hati ... bukan mata kaji ( istilah sudin dlm filem ... 40 penyamun dahhh ! )

layan gambar raya ...

sebahagian dari staf yang hadir

Peg. Perpustakaan turut menyumbangkan suara
nyanyi lagu raya

suzana & sabah ...... juara karaoke


kak eton & kak asmah

yus & ita


salam raya kat semua kekawan ...
... gambar dirakam masa majlis kat lib daerah ... 30 September lepas ... sebenonya ada banyak lagi gambar yang dirakamkan ... tapi banyak yang kabut & kalut jer ! ... masa ambik gambar ni aku x bangun pun dari kerusi ... tu pasal jadi gini !
... ada mintak hani mail gambar yang dia rakam tapi mungkin dia pun x sempat nak antar kat sebab sibuk dengan persiapan untuk induksi ...

* ... buat majlis ni ... besar atau kecil tetap serba x kena ... !



Wednesday, October 7, 2009

cermin diri


... cermin ... cermin ... cermin !
ermm ... agak2nya dalam seharian berapa kerap kita menatap wajah kat cermin yerk ! ... dari mula bangun tidur ... bersiap untuk ke ofis ... dalam kereta ... kat toilet di ofis ... kat cermin yang setia di meja ... atau kat mane2 yang boleh membalikkan imej ... mungkin gak kita x sedar apa yang membuatkan kita bagaikan x leh nak lari dari cermin !
... ada pendapat yang mengatakan orang kerap bercermin tu ... kureng keyakinan diri ... tu pasal le asyik melekat kat cermin untuk pastikan kesempurnaan ... tapi aku pulak anggap orang yang suka bercermin tu bagai habit atau kebiasaan jer ! ... kekadang tu perbuatan berlaku secara spontan ... x rancang pun ... bila nampak cermin ... baru le teringat nak betulkan tudung ... make-up atau apa2 jer lah !
... tapi agaknya berapa ramai diantara kita yang bila berdiri kat depan cermin ... mencari hakikat diri sendiri ... imej yang terpancar kat cermin tu bayangan lahiriah sahaja ... bagaimana jika cermin yang kita tatap setiap hari tu boleh menghasil pigura diri kita sebenarnya ... muka polos tanpa alat solek ... harus ada yang x keluar rumah ... hehehe
... aku teringat ungkapan " cermin diri dulu ... baru lah leh bagi komen kat orang lain " ... aku selalu jadikan kata2 ini untuk lebih muhassabah diri ... menilai lemah dan lebih yang ada pada diri ... berusaha sedaya yang boleh untuk menyingkir sifat & sikap x molek dalam diri ... tapi kekadang tu tergelincir gak bila berdepan dengan pelbagai kerenah manusia yang ada kat sekeliling ni ...
... yang kerap aku jumpa dan berlegar dalam ruang lingkup ini ... mereka yang punyai imej 2 dalam 1 ... mungkin gak 3 atau 4 atau 5 dalam 1 ... ala ! macam minuman segera yang banyak pasaran ... dalam sehari boleh bertukar imej berkali2 ... walhal orang yang sama gak ! ... so jangan terkejut pulak ... bila pagi kita jumpa nada suara berbeza ... bila petang lagi le berbeza ... !
begitu gak bila buat keputusan ... kena le bersedia selalu ... sebab akan ada info terkini ... terkini ... dan terkini !
... mungkin gak masa mereka ni bercermin ... imej yang pancar kat cermin tu berlainan sekali dengan diri mereka sebenarnya ... maka tertipulah mereka oleh cermin yang ada kat depan mereka ... dan mereka pulak berusaha untuk menipu cermin yang ada dalam diri mereka sendiri ... tipah tertipu lagi beb !
* ... mungkin orang yang kita benci ... adalah mereka2 yang dekat disisi Allah dan mereka2 yang kita sukai ... adalah mereka2 yang menjauhkan kita daripada rahmat Allah ...!

Tuesday, October 6, 2009

HiJaU


Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi , oppressi , obsessi diri
Polussi , depressi di bumi kini
Oo ... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso , weh pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapabilo-bilo ...
*... agaknya berapa ramai le diantara kita yang betui2 menghayati senikata lagu nyanyian Zainal Abidin ni ... melihat bencana yang terjadi disekeliling kita ... masihkah kita alpa untuk mensyukuri anugerah nikmat kurniaanNya ... moga kita tidak akan terlewat !

Thursday, October 1, 2009

serba x kena ... !

... semalam perkhidmatan lib kat Zon 1B ditutup ... sebab semua staf berkampung kat lib daerah Kuala Selangor ... dalam hujan tu aku memandu ke kuala ... sebelum aku singgah kat umah bunga ambik mee goreng dan singgah kat sekinchan ambik dayah ... jam 9.40 baru le sampai kat komplek PKNS ...

... dalam kemeriahan majlis semalam tu ... aku rasa sedih jugak sebab member kamceng x leh nk hadir sama ... apapun aku salute dan ucap tahniah kat rakan di lib kuala sebab berjaya mengendalikan majlis semalam tu ... alhamdulillah juadah pun berlebih-lebih lagi !

... semalam gak aku dan ita jadi bidan terjun untuk adili acara karaoke lagu raya ... walaupun untuk suka2 jer tapi aku berusaha jugak untuk adil seadil-adilnya ! ... tahniah kat suzana & sabah ( johan ) ... farhana ( kedua ) & mus ( ketiga ) ... x lupa gak kat noraini dan harun yang dipilih sebagai staf yg berpakaian paling vogue !

... esok aku cuti khas untuk raikan raya lagi ... kat lib daerah sebelah sana lak ... memandangkan aku x buat rumah terbuka untuk kekawan sebab dah mula kerja ... kami merancang untuk buat kat lib ... selepas waktu pejabat ( ... dan esok pun ramai staf yg nk antar statistik so kira menyelam sambil minum air le .. )

... pagi tadi bila dapat info majlis ni terpaksa dibatalkan ... dan ditunda ke tarikh akhir syawal ... aku rasa kecewa sesangat ... aku cukup x suka bila berdepan dengan manusia yang bersikap macam lalang ... mengikut liuk tiupan angin ... luluh jiwa dek puji-pujian ... tapi kalut serba x kena bila dikritik ... !

... kekadang tu perkara yang mudah dan senang boleh jadi susah dan haru biru ... bila bertindak ikut perasan tapi x ikut fikiran ... dah selalu sangat macam gini ... !

* ... alhamdulillah ! ... aku yakin niat yang baik ... Allah sentiasa memberi ruang dan dipermudahkan ...

Thursday, September 17, 2009

belajarlah memaafkan ...

... hari ini aku sibuk sikit dari biasa ... al maklumlah esok aku akan mula cuti raya ... so banyak benda kena settle hari ini ...

... pagi tadi aku singgah kat lib daerah s/bernam ... ambik duit collection untuk jamuan raya ... untuk diserahkan ke lib daerah kuala ( jamuan raya untuk staff Zon 1B akan dibuat di kuala selangor ... ) juga duit kutu ( ... bukan kutu kat kepala erk ! ) untuk diserahkan kat bibah di lib pekan ... dan kiriman kuih raya untuk Faniza sekali .

... masa menunggu kat lib daerah tadi ... aku terkejut gak bila member ofis call " ... kak call boss kat lib kuala " ... adduss ! apa hal lak ni ... emm ! rupa2nya nak bagi duit raya ... sumbangan kesuka ... alhamdulillah ( ... tahun lepas kesuka bagi ole2 kuih raya )

... balik ofis petang nnti ... aku akan singgah ke lib pekan sekinchan dan rumah bunga kat sg.besar untuk serahkan duit raya tu ... !

... ramadhan kali ini ... aku mendidik hati untuk belajar sabar dan memaafkan ... memang terasa keperitannya apalagi bila semuanya berpunca bukan dari kita ... tapi siapalah kita untuk menghukum dan meregangkan ikatan silahturrahim sesama insan ... mungkin jugak apa yang aku lakukan kelihatan janggal di mata mereka ... aku buang jauh semua tanggapan tu ... kerana aku sedar dan insaf ... setiap insan tiada yang sempurna ... !

... terima kasih kat Dd yang sentiasa mengkritik setiap kali aku bercerita dan meluah apa yang terbuku kat hati ... walaupun dia x pernah memihak pada aku tapi aku tahu sebenarnya dia mahu aku berfikir ... fikir ... dan fikir

... kepada semua kekawan yang mungkin terasa hati atau apa2 jer perasan yang menyakitkan ... aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan ... !

* ... tahniah kat Dd yang akan memulakan frasa baru dalam kehidupan " ... setiap langkah yang kita atur adalah pilihan dan penentuan perjalanan hidup kita ... " 11 okt 2009 akan memulakan latihan kat PULAPOL , Jalan Semarak , KL

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidil Fitri



... raya tahun ni rasa macam ada kurang jer ... fikir punya fikir ... ermm ! patut le sebab aku hanya terima 5 keping kad raya jer ... terima kasih lah kat Hannan ( anak classmate ) ... Yatie ( teman sebilik masa dok menyewa dulu ) ... Fuzi ( kawan sekampung ) ... Mimie ( kawan masa kat PLPM Kuala Kangsar ) ... dan sekeping kad raya tanpa nama pengirim ( ... secret admirer kut ... hehehe )

... apa pun buat semua kekawan di PPAS dalam Zon 1B ni ... atau sesape jer yang terjumpa jejak blog aku ni ... salam aidul fitri ... maaf zahir batin dari hati ini yang tulus ikhlas !

... insyaAllah ... jumpa di majlis raya kat lib daerah Kuala Selangor 30 September ni !

* ... akan mula cuti jumaat ni ... malas nak bersesak kat jalanraya ... jumpa semula hari rabu nnti yerk !

perutusan raja sehari ..




... kad undangan ni aku terima semalam daripada Nora ( staf PD Sri Tiram Jaya ) yang akan bersanding pada 27 September ni ...

... Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa !

Siti Asninora & Mohd. Najib
* ... rancang nk bertandang sama2 dengan kekawan yg lain ... !

Friday, September 11, 2009

syawal terakhir ?

" ... bertuahnya jadi kucing " terasa bahu aku dicuit dari belakang ... terkejut aku ! ... toleh belakang ... noi ( classmate masa sekolah menegah dulu ) tersenyum ... " ... hiss ! nasib x melatah tadi " degup jantung aku laju ... memang aku betul2 terkejut ! " ... mahal gak susu untuk kucing ni ... masih minat bela kucing yerk " ...

... aku x sangka akan jumpa noi kat Billion lagi ... rasanya dah berkali2 gak kami terserempak kat situ ... noi ( nama sebenonya Norizah ... masa sekolah banyak sangat kekawan yang nama seiras ... so kami bagi le kat nama manja ni ) cikgu sekolah ... ngajar pun kat sekolah yang sama tempat kami sekolah dulu .

... bila dah jumpa tu ... banyak benda yang nak disembangkan ... dari teringatkan nostalgia masa sekolah hingga " ... kat mane lah member2 kita yang lain tu ... agaknya ? " ... masa sekolah dulu bila perbarisan aku dan noi mesti kat depan sekali sebab termasuk kategori x cukup tinggi !

" keluarga semua sihat ke ? "
" ... alhamdulillah ... sekarang tinggal dengan bapak dan abang jer ... emak dah x de "
" ... x pe lah ... sekurang2nya masih ada bapak ... macam aku ni dua2 dah x ada " ... tiba2 aku emosi sikit bila dia cakap macam tu ...
" ... ok lah ... raya ... jangan lupa datang rumah tau " ...
" insyaAllah ... jgn lupa datang rumah jugak ... lokasi rumah aku masih kat situ jugak " ... saje aku mengusik noi ..

... ketika bersalam sebelum berpisah semalam " ... selamat menyambut raya ... maaf zahir & batin ... mane tau kita x sempat berjumpa raya nanti ... dan mane lah tahu ini ramadhan dan syawal terakhir kita kan ! " ... katanya sambil memeluk aku .

... aku biar keretanya berlalu ... baru aku hidupkan enjin kereta ... aku sampai kat rumah 10 minit sebelum berbuka ...

... pagi tadi masa memandu ke ofis ... aku masih teringat kata2 " ... mane lah tahu ini ramadhan dan syawal terakhir kita kan ! " ... dalam hati aku berdoa semoga semalam bukan pertemuan terakhir kami ... dan aku berjanji akan bertandang ke rumahnya lebaran nanti ... insyaAllah .

* ... dulu pun arwah emak selalu bising bila aku liat nak gi beraya kat rumah paman2 , bibik2 dan embah ... bukannya aku x suka ... tapi masa berziarah tu ambik masa lama sangat ... kekadang tu satu hari hanya dpt pergi 2 rumah jer ... adakalanya sampai siap makan tengahari sekali ... terima kasih noi ! sebab sedarkan aku dari alpa yang panjang ... !



Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan kali ini ...

... hari ini dah masuk hari ke 18 umat Islam berpuasa ... meriah dan ceria raya dah mula terasa tapi mungkin bukan semua punyai rasa yang sama kan ! ... dalam keluarga aku ... yang seronok dan begitu teruja sekali nak sambut raya tentulah Ija ( ... si manja bucuk ct khadeeja ) ... semua orang sibuk buat persiapan untuk dia ... yelah ! sebab dia yang paling kecik dlm keluarga ...

... bagi aku Ramadhan kali ini macam tahun lepas gak ... semuanya sederhana jer ! cuma aku rasa bersyukur sangat sebab sepanjang bulan puasa ini ... masa balik kerja di cepatkan jam 5.00 petang walaupun terpaksa ke pejabat seawal jam 8.00 ( ... pukul 7.00 pagi dah keluar rumah ) ... sekurang2nya tahun ni aku sempat gak memasak yang simple2 untuk berbuka ... itupun kalau aku rajin ... hehehe !

... dan sehingga semalam ... aku hanya berbuka kat rumah pada 1 Ramadhan jer ... selebihnya tu aku berbuka kat rumah orang sebelah ( ... kakak aku lah ) itulah rutin aku saban tahun setelah emak x de ... kekadang tu rasa macam musafir lak ... nak berbuka kat rumah pun lagi sedih sebab hanya aku , bapak dan abang !

... tahun ni gak ... aku masih belum ada perancangan nak beli baju raya lagi ... rasanya cukup dengan baju yang aku terima dari kakak ipar ... tapi x tau le kalau last minit nanti aku tergerak hati nak beli kan !

... Ramadhan kali ini ... aku memulakan semula tradisi keluarga ... ambik upah jahit baju kurung ... dan seperti selalu gak aku berusaha untuk menyiapkan semua sebelum 10 Ramadhan terakhir ... !

... dan sehingga kini gak ... aku masih tertunggu ole2 kuih raya dari Kesuka ... macam tahun2 sebelumnya ... adakah legasi itu masih berterusan di bawah kepimpinan baru ... so kena tunggu le yerk !

* .... semoga Ramadhan kali ini ... lebih mendekatkan aku denganNya dalam mencari redha dan rahmat ... amin .

Wednesday, September 2, 2009

kucing











... kucing ni aku ambik kat tepi jalan minggu lepas ... masa pi kerje pagi tu ... hari pertama puasa ... aku nyaris nak terlanggar salah seekor dari anak kucing ni ... aku call didi suruh adib ambik kucing tu bawak balik rumah ... mula tu aku ingat hantar semua kucing tu balik tapi aku takut lewat masuk masuk ofis ( ... sepanjang ramadhan ni waktu kerje disingkatkan 8.00 - 5.00 )
... dalam hati aku masa terfikir gak ... sape lah yang tergamak buang anak kucing dlm bulan mulia ni ... kemana lah agak rasa ehsan mereka ... kalau nak buang sekali pun ... biarlah dengan ibu ... pastu jangan le buang kat jalanraya ... !
... masa balik kerje ... aku lalui jalan yang sama dan ... ek ! ... anak kucing tu masih ada kat itu ... harus didi lupa sampaikan pesanan kat adib ... bila aku berhentikan kereta ... bukan seekor tapi ada anak 6 ekor ... ! so hari tu aku dah tambah bilangan kucing yg ada kat rumah jadi 17 ekor ...
... Ija yang paling seronok bila tahu kat rumah ada anak kucing ... " acik .. kucing ni nk bagi nama ape ? " ... ntah lah x tau nk panggil lagi ... " panggil jer si manja " ...

* ... kata orang tua2 ... sape bela kucing dimurahkan rezeki ... betul ke ? ... leh percaya ke ? ... aku bela kucing sebab memang aku suka sesangat dengan kucing ... tu je !


Tuesday, September 1, 2009

akhirnya ...

... penantian dari minggu lepas ... dah pun berakhir ... keputusan PTK yang aku terima hari ini ... bagaikan x bermakna langsung ... aku masih gagal berganjak dari angka 3 ! ... tadi aku call member kat lib daerah " ... kita ambik lagi tahun depan "

* ... aku masih mncari kaedah terbaik untuk mudah ingat fakta ... korang kat luar sana tu sape ade idea ... kongsi2 le yerk !

Tuesday, August 25, 2009

debar

... pagi tadi terima mesej dari seorang teman " mis cl jap " ... bila call semula ... dia kata dah dapat result PTK ... tapi keputusan yang dia dapat tu kurang memberangsangkan ... agak sedih jugak ... pastu keputusan exam tu ... macam dah dibuka jer ... aduhh ! ngapa gitu lak yerk ... jangan putus asa erk ... kita cuba lagi dan buat dengan lebih baik lagi !

... aku masih x dpt lagi ... mungkin esok atau lusa dapat le tu ... harap sangat biar le aku orang yang tahu keputusannya ... bukan orang lain !

... masa gi exam april lepas ... aku x berapa sedia sangat sebab aku target exam tu bulan jun ... so aku tawakal jer dengan persediaan yang seadanya ... tapi untuk exam tahun depan ... aku bermula sekarang ....

... teringat masa jumpa bekas mantan pegawai ... katanya " ... keputusan exam PTK ni hanya sesuai untuk dapat anjakan gaji jer ... klu untuk kenaikan pangkat susah sikit sebab hal yg x leh nak diceritakan ...." dan aku sendiri faham

* ... aku masih menaruh harapan semoga keputasan exam PTK kali ni ... lebih baik dari tahun sebelumnya ...

Friday, August 21, 2009

ceritera hari ini ...

kek untuk liza

heppi ... heppi untuk birthday girl

nyummi ... nyummi !


liza & bunga

ain , liza , bunga n mas


... nak ucap happy birthday kat liza ( ... sebenarnya tarikh lahir dia esok ... memandangkan esok dah mula puasa ... so sambutan di awalkan sehari ... ) doa kak mis " ... semoga sentiasa dalam kesejahteraan dan berolehi keberkatanNya selalu ..." terima kasih gak semua yang sudi jadikan lib aku sebagai lokasi sambutan ... so terharu sesangat ... huhuhu

... walaupun kekadang rasa terpinggir sebab bertugas kat luar daerah tapi aku tahu mereka x pernah melupakan ukhuwah yang terjalin antara kami ... moga kemanisan ini berkekalan !


* ... pantun ni sekadar penutup kata


Pergi ke Daik di waktu pagi
Hendak membeli ubi sengkuang
Baik-baik menabur budi
Agar budi tidak terbuang

Sayang Cik Ali pergi ke Daik
Sampai di daik di menyangkul
Kalau asal budi yang baik
Beri segenggam jadi sepikul

Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke Tanjong
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung

Beras melukut dalam bakul
Ambil raga menuai padi
Untung sabut kalau timbul
begitu juga orang berbudi

Tangkap anak burung kedidi
Tabur padi menjerat merbah
Sudah banyak perkara terjadi
Orang berbudi sesal tak sudah



.......... selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak ................







ceritera semalam

sempat posing kat bah.rujukan dengan bunga

ajijah n raihan

kekawan dari bah.rujukan ... thank's vijie


sudut pameran ... bunga , jijah n raihan

... semalam aku ,bunga , jijah n raihan ( dari bah. Zon 1 ) dijemput menghadiri majlis bacaan yassin & tahlil sempena Ramadhan Al- Mubarak dan majlis kesyukuran Pesta Buku Selangor 2009 .
... 7.00 pagi baru aku keluar rumah ... sebab majlis mula jam 9.30 pagi ... so x le tergesa2 macam selalu tu ... lepas ambik bunga kat rumah dan jijah kat sg.buluh ... sebenarnya malam tadi aku risau gak bila bunga call x leh pergi sebab anak x sihat ... alahai ! kena memandu sorang le nampaknya ... 4.00 pagi ... bunga mesej & call " ... saya jadi pergi ... x sedap hati lak ... hantar mesej kat bos ... tapi bos x balas lah " ... fuhhh ! lega rasanya ada le kawan sembang kat kereta nanti ...
... 8.45 kami kat lib Shah Alam ... pot pertama ... mesti le singgah kat toilet dulu ( ... jadi satu kemestian ) ... pastu terus ke tingkat 2 , Bilik ISO ... x ramai lagi staf yg sampai ... kebanyakan ada kat situ adalah staff dari HQ jer ... dimaklumkan jugak majlis dimulakan lewat sikit ... 10.00 pagi sebab pengarah ada urusan ...
... sambil menunggu majlis mula sempat le sembang2 kosong dengan kekawan dari Zon lain ... bukan selalu kami dpt berjumpa ... kecuali masa kursus atau majlis2 macam gini ... itu pun kalau nama tersenarai !
... majlis ni anjuran KESUKA ... bacaan yassin n tahlil dipimpin oleh Ustaz Arif ( staf lib HQ ) ... terasa ukhuwah terjalin erat bila semua staff tanpa mengira status jawatan bersila dan bersimpuh mengalunkan bacaan ... dan akhir majlis ... pengarah menitipkan pesanan agar mulai saat ini dan sempena ramadhan yang disambut ... bersihkan hati masing 2 ... kerja dalam satu kumpulan sentiasa saling membantu ... semoga apa yang diharapkan oleh pengarah PPAS tu akan diambil iktibar oleh semua yang hadir ... mudah-mudahan !

... jamuan semalam agak istimewa sikit ... itu yang dikata oleh staff kat HQ ... nasi lemak dengan rendang ... kuih cara berlauk ... kuih lapis ( ... lapis pelbagai warna ... emm ! sedap jugak ) ... ubi goreng berempah ( ... pun sedap jugak ! ) n speggeti ( ... ala2 itali gitu )

... sebelum balik aku , bunga , jijah n raihan gi ronda2 kat bahagian rujukan ... tinjau2 kut ada apa-apa bahan yang boleh bawa balik kat lib masing2 ... semalam kira bernasib jugak le sebab bos kat bahagian rujukan memberi lebih daripada yang aku dan kekawan harapkan ... pastu layan staff kat bahagian tu pun ok ...
... ada gak beberapa perkara yang diperbincangkan ... dan aku masih memikirkan apa tindakan seterusnya yang harus aku ambik ... dan semoga ramadhan ini memberi aku ruang memohon petunjuk dariNya ... atas segala keputusan .
... pasal pesanan ole-ole dari vijie tu ... insyaAllah le ... !
* ... antara yang lama dan yang baru ... masing2 punyai istimewa tersendiri

Wednesday, August 19, 2009

yang orang x tahu ...

" ... miracle ! itulah yang sering aku harap setiap kali ada masalah ... walaupun aku tahu macam x logik je ... tapi ketentuanNya tiada siapa mendugakan ! ... dan harapan akan adanya " keajaiban " itu semakin meluap-luap sejak akhir2 ini ... bukannya aku nak lari dari masalah ... mungkin jugak aku dah penat atau dah malas nak memikir dan mencari jalan penyelesaian ... kata didi ( anak saudara ) " ... acik dah putus asa " ... jawab aku " .. no komen "

... sering gak aku terfikir ... apakah korang pun pernah atau sedang lalui apa yang sedang aku lalui sekarang ... dan apa tindakan yang korang ambik ek ! ... jauh nun kat sudut hati ini ... terbuku satu perasan yang sukar nak aku gambarkan ... membiarkan kelangsungan sebuah kesilapan ... tanpa berbuat apa-apa !

... aku belum berani atau aku x pandai meluah apa yang bersarang kat hati ... mungkin ini dugaan dariNya ... menguji sejauh mana kesabaran hambaNya ... atau inilah kelemahan aku ! ... atau ini khilaf diri aku sendiri membiarkan kelaziman berakar umbi ...

... bersangka baik dan reda serta terima apa keadaan seadanya ... dan berdoa agar Allah titipkan cahaya insaf dan sedar dihati2 yang gersang ... biarlah segalanya lahir dari diri sendiri ... biarlah yang orang x tahu kekal disitu ... hingga sampai janji Allah untuk mengubahnya !

* ... hanya Allah yang tahu !

Friday, August 14, 2009

majlis tahlil

14 Ogos 2009 ( Jumaat )
Lib. Daerah Kuala Selangor

... pagi tadi semua staf dari perkhidmatan Zon 1B ( daerah Kuala Selangor ) menghadiri majlis tahlil di lib daerah ... sebelum majlis tahlil ... aini dari lib daerah menyampaikan tazkirah mengenai kasih sayang dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa ...

... masa bacaan yassin dan tahlil tadi ... terasa syahdu sangat ... kali pertama dapat berkumpul ... membaca yassin ... bertahlil bersama kekawan semua ... alhamdulillah juga sebab kehadiran Pn. Suzliana ( Ketua perkhidmatan Seksyen ) dan Pn. Syarifah Norasyikin ( Pen. Peg . Perp ) ... dan insyaAllah ... jumaat ( 21 Ogos ) akan diadakan ceramah agama sempena Ramadhan Al - Mubarak ... aku dimaklumkan ianya melibatkan semua kakitangan dari perkhidmatan Zon 1B ...

... juadah hari ini disumbang oleh setiap kakitangan yang hadir ... terasa macam suasana hari raya lak ... macam2 kuih ada !

* ... sentiasa berusaha untuk bersangka baik ...

Thursday, August 13, 2009

Al - Fatihah


bila sampai janji Allah untuk setiap hambaNya ...
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka2 yang beriman
... al fatihah ...
* ... masih terkejut !

Wednesday, August 12, 2009

kita semakin diperlekeh

... peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang ... memperlihatkan betapa manusia Melayu dituntut bekerja keras , bersemangat kental dalam apa saja yang diceburi juga halangan mendatang ...

... terungkap juga kata2 " tak kan Melayu hilang didunia " ... begitu teguhnya harapan yang tergalas kat pundak setiap dari kita yang masih mengaku Melayu ... ataupun ia semakin pudar dan menipis ... ataupun tak punya apa makna pun !

... dalam kesibukan kita merealisasikan impian ... mengukuhkan kekuasaan juga kedudukan ... melebarkan jajahan takluk ... semakin kita leka dengan ampu dan puji ... maka semakin jauh kita dari rimbunan Melayu yang kaya budaya ... kaya budi dan tinggi pekertinya

... bila angkuh semakin sebati ... sesama bangsa sanggup berkelahi ... adat dan agama rela langkahi ... asal dapat apa dihajati ... cubalah lihat sekeliling dan di dalam hati ... siapa untung dan siapa rugi ... jangan sesal kemudian hari !

... teringat aku pada bait2 ini

Apa tanda Melayu jati
besama Islam hidup dan mati
Apap tanda Melayu jati
Islam melekat di dalam hati
Apa tanda Melayu bertuah
Sebarang laku menurut sunnah
Apa tanda Melayu bertuah
Hidup mati bersama akidah
Apa tanda Melayu berakal
Di dalam Islam ia beramal

* ... hari ini ukhuwah sesama seagama semakin longgar ... rasa takut untuk memikirkan hari2 yang medatang ... sekadar luahan dari insan kerdil yang bukan sesiapa pun !

Wednesday, August 5, 2009

D'fantasi Group

sibuk menyiapkan prop " apa yg penting ! ... kerjasama "

jeff , wati n izawati

prop dah siap ... inilah hasil kreatifviti

sang arnab sedang beraksi !


jom menari ... ayu , suzana , jeff , mas n liza


penonton pun menari sama ... memang meriah !


31 Julai 2009 ...

Kompleks PKNS Shah Alam

Pesta Buku Negeri Selangor 2009


... jumaat lepas aku ambik cuti untuk join kekawan dari Daerah S/Bernam buat puppet show
sempena Pesta Buku Negeri Selangor 2009 ...

seawal 6.15 pagi ... kami dah berkumpul kat lib daerah ... lepas masukkan sebahagian lagi prop ( sebahagian prop telah dibawa awal oleh sabah & liza ) baru le kami gerak ... pagi tu kami gerak dengan 3 kereta ... en.harun & pokok2 ... jeff , bunga & ani ... aku , watie & ayu ... dan sebelum tu aku ingatkan kat diorang tolong le jangan pandu laju2 sebab tangan kiri aku selalu rasa kebas bila memandu awal pagi ...

... 8.30 pagi - kami tiba kat PKNS Shah Alam ( ... kami singgah sarapan kat tg . karang ) ... masa tu sebahagian prop telah dipasang ... aku respect kat semangat berkumpulan diorang ... semua
tahu akan tugas masing2 ... masa dlm kereta ada gak aku sembang dengan watie pasal latihan
dan komen yang diberikan oleh seorang staf dari HQ ... x pe lah ... so hari ini kena be the best !

... dengan usaha dan daya kresatif diorang ... tanpa dilatih atau asas yang betul mengenai puppet
aku beranggapan persembahan d'fantasi group adalah hebat !

... lepas program sempat gak aku dan bunga tinjau2 kat pameran jualan buku ... alahai ! kebanyakan buku tu adalah kat lib tempat aku bertugas ... kalau ada yang pun hanya novel ....
aku sekadar jamu mata jer ... aku hanya beli buku kanak2 untuk ija sebagai buah tangan

... masa sesi makan2 kat kompleks tu ... kami disapa oleh mantan pegawai perpustakaan Zon 1B
walaupun kami ni bukan lagi dibawah jajahannya ... tapi kemesraannya masa macam dulu gak !

... ada beberapa insiden yang buat aku pelik dengan sikap kita sesama manusia ni ... apalagi bila ia melibatkan sesama seagama ... dan tentunya sama budaya kan ... ! adakah kerana label jawatan berbeza maka salam ukhuwah pun berbeza ... !

* sejauh mana seluang melaut akhir balik ke lubuk jugak .... !

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga





Tuesday, August 4, 2009

kita mesti memilih ...

... sekarang ni banyak perkara yang memaksa kita untuk memilih ... bukan setakat memilih siapa pasangan hidup kita ... tetapi lebih dari itu ...

* kita mesti memilih apa yang ingin dimakan ... selain daripada kesahihan akan halalnya ... kena gak dipastikan kebersihannya ... kadar kolesterolnya ... dan akhir sekali mungkin kos yang perlu dibayar setimpal atau tidak dengan apa yang telah kita nikmati !

* kita mesti memilih lokasi shopping yang selamat ... kalau perlu kena peka dengan isu semasa ... pastikan tempat shopping bukan medan demonstrasi atau perhimpunan haram !

* kita mesti memilih untuk berjaya atau sebaliknya ... ada orang sanggup buat apa saja untuk berjaya ... x kira apa cara sekalipun asalkan apa yang dihajat dapat dicapai ... tapi akan adakah kepuasan dalam diri ... hanya mereka saja yang tahu kan ... ! bagi aku berjaya yang ada nilai bila kita berusaha ... berusaha dan terus berusaha !

... sebenarnya terlalu banyak yang kita mesti memilih ... samada pilihan itu betul atau tidak ... tepat atau sebaliknya ... kena le fikir sendiri .... kena lah ikhlas dengan apa yang telah pilih !

... komen yati ' jika nak generasi pewaris aman dan damai ... negara kekal dalam kemerdekaan yang berdaulat ... maka berbuat lah sesuatu dari sekarang '

*... memilih ... dipilih ... dan terpilih

Monday, August 3, 2009

akhir-akhir ini ...

akhir-akhir ini ...
aku hanya jadi pemerhati pada kelangsungan sebuah kehidupan
aghh ! mengapa kita mudah hanyut dengan setitik senang yang dikurnia
angkuh menyusup ... riak berlagu riang ... meneroka di segenap raga !
egois mula bertepuk ... mendabik dada " aku punya segala ... "
maka berkumpullah semua parasit itu ... menyatu ... membeku di situ !

akhir-akhir ini ...
aku hanya berharap satu keajaiban dari Nya

* ... sepandai2 tupai melompat akhirnya .....

Thursday, July 30, 2009

jalan-jalan

... pagi tadi terima mesej dari seorang teman yg pergi interview ... nak tahu pasal misi & visi ppas ... lepas sendkan jawapan kat dia ... aku singgah kejap kat lib daerah ... nak tahu esok jam berapa kena tunggu kat lib sebelum gerak ke shah alam ... esok kekawan dari perkhidmatan daerah S/Bernam akan buat puppet show sempena Pesta Buku Negeri Selangor 2009 ... walaupun nama aku x tersenarai pun dalam D'fantasi group sebab aku berkhidmat luar dari daerah tu ... tapi kami tetap berada dalam Zon yang sama ... lagipun tujuan aku nak ikut untuk tinjau2 pameran buku yang diadakan di Kompleks PKNS Shah Alam ... aku ambik cuti untuk ikut diorang ...

... pastu aku pinjam buku untuk PTK kompentensi teras ... ntah ! aku rasa macam x berapa puas hati jer dengan jawapan aku masa exam tu bulan april lepas ... walaupun nampak mudah tapi mengelirukan ... so untuk exam tahun depan ... aku nak buat persediaan awal ... aku x nak kalut fikiran dengan kerja dan exam ... memang le klu x lulus pun kenaikan gaji tetap berjalan macam biasa tapi kepuasan dlm diri bila lulus tu lebih bermakna ... mungkin ada yang anggap aku terlalu awal buat persiapan ... aku akui akan kelemahan diri ... susah nk ingat fakta ... lagi pun sekarang ni banyak masa sebab akt dan gerakan membaca daerah dah berlalu ...

... selalu gak aku ingatkan diri sendiri ' untuk berjaya aku kena berada setapak ke hadapan ' daripada orang lain ...

* ... buat teman yg gi interview hari ini dan buat semua kekawan yang akan ambik exam JPA 13 Ogos 2009 ... semoga berjaya !

Saturday, July 25, 2009

relaks kejap !


... hari ni sabtu ke 4 dalam bulan julai ... so kena le aku bertugas ... pengguna pun x ramai ... gamaknya banyak kenduri kawin kut ! tu pasal pengguna x ramai ... hehehe
... masa belek2 buku baru kat troli untuk pameran buku baru bulan Ogos ... aku jumpa buku ni ... MAT SOM oleh LAT
... best ke ? bagi aku buku ni best untuk dibaca ... diolah melalui karikatur n bahasa yang sempoi jer ... klu sesiapa minat nak baca ... apa tunggu lagi ... cari jer kat lib yang paling hampir dengan rumah ... klu x de gak ... cari le kat kedai buku ... harga pun x mahal ... hanya RM 13.90 sahaja ( ... rasa macam iklan lak ! )
* ... selain untuk relaks kan minda ... fikirkan apa yang tersirat sebagai ikhtibar !

Friday, July 24, 2009

... bercakap dengan diri sendiri ?

... masa buat paper cutting hari ini ... aku terbaca artikel ni ... aku baca artikel ni 2 x ... sebab pengisiannya menarik dan penuh manfaat untuk dihayati bersama ... terasa rugi lak kalau x dapat dikongsi bersama ...

' atasi tekanan dengan bercakap pada diri anda sendiri '
* mukadimah *
Hidup penuh cabaran
Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram,
kelam dan serba berjerebu.
Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi , kecewa dan tertekan.
untuk menghadapi tekanan adalah dengan cara berkomunikasi dengan diri anda
sendiri ...
bercakaplah dengan diri anda
mulakan dengan
1
" aku harus siap menghadapi hidup ini ... apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali.
aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna ...
tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar.
Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu , yang terbaik bagiku ..."
2
" aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi ... dan episod yang harus aku jalani
aku harus menikmatainya dan tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan ...
kekecewaan dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuat diriku sengsara "
3
" aku tidak boleh menyusahkan diri ... aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti ... begitu juga masalah yang menimpa pasti ada akhirnya
aku patut bersabar "
4
Evaluasi ( menilai ) diri
segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia ...
pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian ... sepahit apa pun pasti ada kebiakan yang terkandung didalamnya, apalagi disingkap dengan sabar dan benar
5
" Allahlah satu-satunya penolongku ... aku harus yakin ... tidak ada yang mustahil bagi-Nya...
kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya "
ingatlah selalu janji-Nya
" Sesiapa yang bertaqwa kepada-ku, nescaya ku beri jalan keluar dari setiap urusannya
dan Ku beri rezeki ( pertolongan ) dari tempat yang tidak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku , nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya"
( QS. 65 ( At-Thalaq) : 2-3 )
... artikel ni panjang ... aku hanya ambik sedikit sahaja pengisiannya ... kalau nak baca artikel penuh nya ... rujuk kat akhbar harian metro ... 12 jun 09 ...ruangan tazkirah remaja bersama Mohd Zawawi Yusoh ...
... tapi kena le tengok tempat gak kalau nak bercakap dengan diri sendiri ... jangan lak sampai menimbulkan fitnah dan tanggapan buruk orang pada kita ... !

Wednesday, July 22, 2009

Allah peduli

... selepas melalui 2 minggu yang meletihkan ... hari ini aku rasa betul2 kembali kepada rutin tugas harian ... selepas indoor game kat lib HQ pada 5 julai ... aku bercuti 2 hari sebab buat majlis tahlil untuk arwah emak ( ... dah 5 tahun emak x de tapi aku masih rasa sedih ... huhuhu )
pastu aku mula memikirkan nak jadi emce lak ... fikir jadi emce le yang buat aku makan x kenyang ... mandi x basah !

... aku x pasti kenapa lah nama aku boleh tersenarai jadi emce ... walaupun bergandingan dengan seorang lagi staf tapi aku akui perasan gugup dan gementar adalah masalah nombor satu dalam diri aku ... 18 julai ... dewan harmoni , ijok ... ku lalui pengalaman pertama penuh emosi ... sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik tapi hasilnya tidak sebaik dan selancar yang diharapkan ... semua mengharapkan yang terbaik dalam menjalankan tugas ... begitu juga aku tapi nak buat macam mana kan ... !

... " .... blog akak 2 x blh wat private ke ? bahaya ar skrng ni ... " itu sebahagian dari mesej yang aku terima minggu lepas ... kenapa aku terima mesej ni ... x perlu le aku jelaskan ... aku memahami kerisauannya ... dan terima kasih kerana sikap prihatin ni ... aku rasa terharu kerana masih ada insan2 yang sudi memahami ...

... perubahan atau berubah dalam menjalani kehidupan adalah sesuatu yang biasa jer ... semua orang akan berubah ... samada kepada kebaikan atau sebaliknya ... itu adalah pilihan kita sendiri ... ada gak yang berubah kerana keadaan sekeliling berubah !

... ntah lah ! aku rasa pelik dan penat nak fikir pasal ni ... sebenarnya x de perubahan pun ... aku masih buat semua kerja ... masih melakukan kerja2 yang ' orang ' x minat nak buat ... malah dari dulu pun ... hampir 15 tahun aku kat sini ... aku berusaha untuk tidak menangguh amanah yang terpikul kat pundak ini ... hanya mungkin jugak pasal aku dah x berapa rajin nak bercakap kut ! bab malas nak bercakap ni ... aku x nak komen yerk !

... sejak akhir2 ni aku berani kan diri untuk x ambik kisah sangat apa ' orang ' nak cakap pasal aku ... walaupun kekadang tu terguris jugak tapi aku belajar untuk ikhlas dengan apa yang telah aku pilih ... aku berusaha memerangi diri sendiri kerana aku yakin Allah peduli atas apa jua yang kita lakukan ... hatta sekecil zarah sekalipun kebaikan atau keburukan ... Allah akan memperhitungkannya ... !

* ... sering khilaf menilai erti sahabat

Monday, July 6, 2009

aku ingin berehat ...


aku benar-benar ingin keluar dari ruang lingkup ini
merintis laluan berturap tanpa kerikil tajam
meneroka ruang udara ... bebas dari kabut
aku ingin sekali mengosongkan minda dari segala kemelut
ingin aku rasai kesyahduan jiwa dengan nurNya
aku benar-benar inginkan semua ini ...
kerana aku ingin berehat !

Saturday, July 4, 2009

selingkuh

" ... melihat ... mendengar ... kurang bersuara dan buat kerja ... itu lah rutin harian aku sejak akhir2 ni " ... " apa dah jadi ni ?" tanya yatie ... ntah lah ... aku pun x tahu nak bagi jawapan apa ... mungkin gak aku dalam frasa baru sebuah kehidupan kut !

" ... kurang bercakap pun baik sebagai terapi untuk minda ... kita akan lebih masa untuk berfikir dan boleh gak kurangkan dosa " ... itu komen dari fuzi

... aku tahu ada yang perasan akan perubahan yang berlaku ni ... tapi takut nak bersuara kat aku ... x ambik kisah pun apa tanggapan mereka ... aku yakin dalam hidup ni ... kita adakalanya terpaksa buat pilihan ... bila pilihan sudah dibuat ... kena lah belajar redha dan sanggup menempuh ranjaunya !

... bagi aku ... mereka x salah ... mungkin kerana aku yang ingin ' berhijrah '... kalau difikirkan ... siapalah yang rela hati keluar dari zon selesa ... hanya aku takut rasa selesa yang akan membawa binasa ! ... lagi pun aku x punya kuasa untuk mengubah segala ... tapi ingin lari dari biasa !

" ... yang paling penting dari hidup ini ... jangan selingkuh dengan diri sendiri dan tanggungjawab yang diberikan pada kita "

... jauhari jua yang mengenal manikam !


Wednesday, June 24, 2009

sesekali di uji ...

... aku baru je balik dari lib daerah ... menyertai kuiz sejarah negeri Selangor ... aku , suriya , noraini dan roseneta ( simpanan ) mewakili PPAS ... kuiz ini melibatkan jabatan yang terdapat kat daerah kuala ni ... melangkah ke dewan tadi ... aku betui2 rasa gementar ... x banyak info yang sempat aku baca ... ah ! tawakal je lah ... !

... isk ! nape le soalan2 yang terkena kat team aku ... betul2 dah jadi sejarah ... mana x nya ... semua soalan tu berkaitan kesultanan , pertabalan dan makam ... aduh ! semuanya melibatkan angka ... tu yang buat gelabah ! so untuk cuba nasib ... kami main teka je ! ... klu betui syukur ... tapi klu x ... redha je !

... walaupun gagal menjadi juara atau naib juara ... aku tetap bersyukur gak berada di posisi ke tiga ... rasanya setimpal lah dengan usaha kami selama 2 hari ni ... membaca dan mengingat !
tahniah kat PPD ( ... semua diwakili cikgu sekolah ) dan JAIS Daerah kuala ( ... steady je diorang ni ) ... untuk jabatan yang x berjaya tu ... boleh cuba lagi tahun depan ek !

... yang x bestnya ... hari ni kami hanya terima sijil penyertaan jer ... hadiah akan disampaikan pada 18 Julai kat Dewan Harmoni ... sempena kempen gerakan membaca peringkat daerah ... jumpa lagi disana ... !

* ... sesekali di uji ... terasa banyak sangat yang aku x tahu !

Tuesday, June 23, 2009

hanya kerana Allah

" dan paling pasti ... kita lakukan hanya kerana Allah ... " itu komentar yang dikirim oleh sifumirza

... terima kasih sifu atas komentar tu ... cuma adakalanya ... sebagai insan serba serbinya penuh kelemahan & kekurangan ... aku sering jugak " tergelincir oleh amukan emosi " ... apalagi bila duga & cabaran menerjah tanpa hentinya ...

... alhamdulillah kerana masih diberi ruang & peluang untuk memperbaiki diri olehNya ... rasa insaf atas segala lemah & kurang ini ... bagi aku adalah satu anugerah dariNya ... kini aku belajar " bertatih " mendidik hati & nawaitu ... bersabar dan redha atas segala duga ... sesungguhnya titian hidup ini " hanya kerana Allah "

Monday, June 22, 2009

kejutan yang melemaskan ...

... tadi aku baru jer terima info dari linda ( ... staf lib kuala ) ... menyampaikan maklumat ... nama aku tersenarai sebagai peserta untuk kuiz sejarah negeri Selangor ... pada 24 jun ( hari rabu ni )... nama lain yang bertuah sebab terpilih termasuk le ita ( PD. Ijok ) , mek ( Perp. BB ) & ani ( PD Sg.Sireh ) ... team aku ni aku diuji minda bersama jabatan2 lain yg ada kat daerah kuala ni ...

... alahai ! ngapa lah ... selalu sangat info diberi last minute ... walaupun sejak lahir aku dah bermastautin kat negeri bertuah ni ... itu x bermakna aku boleh tahu tentang segalanya ! ... ni tengah pening nak cari maklumat ... pastu kena mengingat pulak ... memang le boleh pilih jawaban A.B.C.D ... tapi x kan main terjah je ...!

* ... emmm ! kembali membaca le nampak gayanya ...

lelaki itu ...

ku kenal lelaki itu ... lama sudah
seawal lahir ke dunia ... bersama kalimah dibisik ke kuping ini
aku dibesarkan dengan penuh sederhana dalam segala ...
tertumpah segala kasih ... segala sayang hanya untuk aku !
... sehingga usia ke tujuh ... aku mula terasa kasih terpaksa dikongsi ...
mak kata ... aku menangis seharian bila adik aku dilahirkan ...

semalam ku perhatikan lelaki itu ...
dengan tenaga dan penglihatan yang dimamah masa
dengan perginya orang yang di sayang
dengan kesibukan anak dan cucunya
aku tahu pasti dia kesepian ...

... hingga kini walau tidak terzahir ungkapan kasih & sayang
aku yakin ... amat yakin ... jauh disudut hatinya ...
rimbunan semua perasaan itu adalah untuk anak2 & cucunya !
sebagaimana juga perasaan ini terhadapnya ...

... selamat hari bapa ... biar pun tidak terungkap kata namun kesejahteraan dan keberkatan tidak pernah putus dalam doa ku ..

* kasih sayang bukan sekadar lafaz tapi lebih bermakna jika dihayati ...

Friday, June 19, 2009

sebenarnya ...

salam jumaat ...

... semalam lib tempat aku berkhidmat ni ... antara yang tersenarai untuk di odit ... memang aku rasa gementar gak ... sehari sebelum tu ... memang aku berusaha lebih dari biasa untuk memastikan semuanya mengikut piawaian yang ditetapkan tapi memandangkan lib aku ni masih mengguna sistem manual ... so sistem kerja agak istimewa ( ... terpaksa aku anggap gitu ! ) semuanya kena tulis dan failkan ( sebagai bukti )

... alhamdulillah ... sebab semuanya ok jer ! ... x le teruk sangat pun hanya ada beberapa perkara yang perlu dikemaskini ... kekadang tu banyak perkara kena fikir dan terus buat mengikut apa yang kita rasa perlu demi memudahkan kerja ... tu yang kerap berlaku antara lib pun boleh ada yang x seragam ... pelik kann !

... lagi pun aku ambik sikap telus ... kalau perkara tu memang aku buat ... aku cakap ada ... kalau memang aku x buat ... aku cakap je x de ... aku catat ... dan aku akan buat lepas odit ... sebab selama ni pun ... apa yang aku wujudkan pun ... kebanyakkan info ... aku dapat dari tinjauan atau bertanyakan dari staf lib lain ...

... sebenarnya ... x ada apa pun yang perlu dirisaukan sangat pasal odit ni ... kalau kita dah buat semua kerja tu sebagai rutin harian dan amanah yang memang wajib digalas ... lain lah kalau kita buat sebaliknya ... memang kacau jiwa raga hingga terpaksa mohon bantuan luar ... jujur lah dengan diri ... !

* ... hidup sebagai mana yang kita inginkan !

Wednesday, June 17, 2009

mungkinkah aku akan gagal lagi ...

... pagi tadi terima panggilan dari honey " ... kak ! esok audit tau ... " semalam pun aku terima info dari nor ... memaklumkan perkara yang sama ... terbaru ... call dari pegawai perp.daerah untuk memaklumkan perkara sama juga ... bezanya hanya kali ini beserta arahan tertentu ...
" insyaAllah ... saya akan cuba yang termampu & terbaik " ... itu janji aku !

... seperti yang aku janjikan ... hari ini aku berusaha untuk menyelesaikan segalanya ... seperti yang diarahkan ... dan mengemaskini semuanya ... dan seandainya masih terdapat kekurangan atau kelemahan dimana2 semasa odit esok ... aku anggap sebagai ' khilaf ' yang x dapat elak sebagai insan yang lemah ...

... sebenarnya aku x lah risau sangat pasal odit ... aku lebih rasa resah bila teringat kata 2 peg.perp. diakhir perbualan tadi ... tetiba jer ... aku rasa sedih ... terasa macam aku akan gagal ... gagal dan gagal lagi ...

... dan kesedihan bagaikan berganda dalam diri ... bila dimaklumkan hanya mereka2 yang tertentu saje terpilih ... dan apakah aku perlu jadi seperti mereka ? ... apakah aku harus membina ' titik hitam ' dalam diri ? ...

... Ya Allah ... begitu mahal harga sebuah ' penghijrahan ' ciptaan manusia !

* ... aku dalam kesedihan teramat sangat ! ... huhuhu

Friday, June 12, 2009

logo baru PPAS

salam jumaat ...

... ini lah logo baru organisasi tempat aku cari rezeki ... dilancarkan secara rasminya pada 26 may lepas ... gambar logo ni aku copy/paste and save masa bengkel kemahiran excel ... isnin lepas !
* Penerangan ringkas logo PPAS
- rekaan logo adalah berdasarkan imej figura manusia yang sedang membaca di atas abjad " A " dan logo ini terbahagi kepada 4 warna. Simbolik figura di letakkan pada huruf "A" mewakil orang awam / ahli perpustakaan ...
Warna Jingga melambangkan kreativiti , kejayaan dan galakan
Warna Coklat Pudar melambangkan persekitaran dunia ilmu
Warna Hijau Muda melambangkan kebijaksanaan dan kearifan
Warna Kelabu pula adalah warna kekuatan dan kekuasaan
* ... sebenarnya aku x ambil kisah sangat pasal pertukaran logo ... tapi alangkah baik kalau pertukaran logo dapat diselarikan dengan perubahan sikap dan minda kita !

Thursday, June 11, 2009

aduss ! pusing ...

... selepas menghadiri bengkel kemahiran excel selama 2 hari kat makmal IT di Perp. Raja Tun Uda , shah Alam pada 8 - 9 Jun ... semalam aku memulakan semula rutin kerja macam biasa ... dan mulai semalam jugak aku mula merancang program aktiviti untuk pengguna yang akan diadakan pada 27 Jun ni ...

... dari 8 aktiviti yang aku senaraikan masa memohon budget hanya 4 yang diluluskan ... dan semua hadiah telah disediakan dan seragam antara semua perkhidmatan ... ini sesuatu yang baru ! ... sebab sebelum ni pihak HQ hanya beri budget dan kami kena arrange semuanya mengikut budget sedia ada ... aku pun x lah ambik kisah sangat hal tu ... biasalah setiap perubahan atau kelainan yang dilakukan tetap akan wujud pro dan kontra ... hanya yang buat aku sikit pusing bila tiada peruntukan untuk hadiah saguhati ... lazimnya aktiviti yang melibatkan bebudak berusia 6 tahun ke bawah ... hadiah saguhati ni dah jadi macam wajib ada ... kalau x akan adalah yang menangis ... almaklum lah bebudak kan ...!

... pasal peruntukan jamuan ... budget diberi mengikut jenis perkhidmatan ... lib cawangan dapat budget RM 350.00 ... so ni dok fikir dan dok cari katering untuk jamuan ... dan kena belanja berhemah untuk tampung beli barang2 yang diperlukan semasa aktiviti ... masa menghadiri bengkel tempohari cuba2 mohon barang utk akt ni ... tapi dimaklumkan barang tu x de dlm setor !

... satu lagi arahan ! ... semua akt ni mesti berjalan dalam bulan Jun ... laporan mesti dihantar awal Julai ... kepilkan sekali dengan gambar , bil jamuan ( ... ini bermakna kena keluarkan duit sendiri ... pastu claim .... huhuhu ! )

... dimaklumkan juga pasal audit dalam bulan Jun ni ... walaupun lib aku x tersenarai tapi kena jugak buat apa yang patut ... memandangkan lokasi lib aku ni betul2 dekat dengan laluan untuk ke lib daerah S/Bernam ... tapi ... emm ! ntah lah ... sebab aku sorang jer yang gundah gulana ... untuk preparation apa yang patut ... huhuhu !

... satu lagi arahan khusus untuk aku ... fikirkan tarikh yang sesuai untuk tutup perkhidmatan ( ... kepada pengguna ) bagi melakukan kerja2 suai atur landskap dalam lib ... aku dimaklumkan pelan susun atur dah siap ... !

* ... kerja ... kerja ... dan kerja ... huhuhu !

Friday, June 5, 2009

piawaian kelas pertama

al kisahnya ...

... dalam suasana yang mula reda kat Perak ... tetiba jer timbul lak berita gempaq pasal ' runtuh '
itu le kes kat kuala t'ganu ... bila Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak runtuh 2.6.2009 ... kejadian jam 9.30 pagi tu meranapkan RM 292 juta kos pembinaan dalam sekelip mata ... walaupun baru setahun digunakan !

... sebelum tu kes runtuh gak berlaku kat P. Jaya ... melibatkan bangunan lama yang pernah menempatkan Jaya Supermarket ... yang bezanya tu bangunan lama yang memang nak dirobohkan ... dan mengorbankan nyawa mereka2 yang gigih mencari rezeki .

... dan seperti lazimnya bila berlaku musibah maka bermulalah kajian dan siasatan dijalankan mencari punca atau sebab musabab atau mula mulalah mencari silap dan salah ... kat dada akhbar pun laporan berkaitan kes akan berterusan untuk beberapa hari ... mungkin berminggu2 ... lepas tu senyap ... semnetara menunggu lagi berita2 hangat dan tergempar yang baru ...

... itu hakikat dan realitinya !

al kisahnya ...

... seorang sahabat yang bertugas sebagai guru ... tetiba dikejutkan dengan pakej percutian ke Tioman ... 3 hari 2 malam bersama keluarga dan sepenuhnya ditaja oleh bekas pelajarnya yang dapat result cemerlang SPM 2008 ... " x sedar airmata menitis " ucap sahabat aku tu ... sebab dia x sangka akan terima penghargaan yang sebegini ... dan dia sendiri pun x pernah mengharapkan balasan ... tugas mengajar tu adalah amanah ... dan dia hanya menjalankan tugas sebagaimana yang diamanahkan ... itu je !

... teringat gak masa mohon masuk maktab dulu ... kami gi sama ... dia dapat tapi aku x b'jaya ... masa tu aku sedih sangat dan berlaku lah " perang dingin " antara kami ( ... aku rasa macam bodoh jer bila ingat kisah tu ... hehehe ) ... tapi dia selalu cakap sebenar kerjaya aku ni lebih banyak menyumbang kepada masayarakat ...

... buat fuzi dan famili ... selamat bercanda si pantai ... jangan lupa lak ole 2 ek !

... apa yang aku nak kongsi pasal kisah2 ni ...

* dalam mengharungi cabaran globalisasi seharusnya tumpuan setiap dari kita adalah ' keinsanan ' yang terbina dari falsafah hidup , agama dan moral ... bukan lagi kemewahan semata2 ... sebenarnya aku dan mungkin jugak kamu ... kamu ... dan kamu sudah bosan bila bercakap pasal piawaian minda kelas pertama ... mungkin jugak ungkapan piawaian kelas pertama ini hanya layak dijadi artikel untuk tatapan tapi tidak ada penghayatan ...

* mungkin jugak kita kurang menghayati nilai ilmu , sikap tidak proaktif , tidak berakhlak luhur , mementingkan diri dan kurang menyumbang ... atau mungkin jugak tuntutan gaya hidup mengikis semua nilai baik dalam diri ... maka berlakulah kronisme , rasuah dan ampunisme ...

* kalau lah dalam organisasi yang kecil pun dah menular titik2 hitam ini ... apatah lagi organisasi besar yang tentunya lebih banyak ruang dan peluang untuk merebaknya wabak bahaya ini ... yang kesan lebih dirasainya oleh segenap masyarakat dan negara !

* ... kehidupan tetap diteruskan ....!

Monday, June 1, 2009


* terima kasih kat raihan sebab sudi bagi award ni kat akak ...

peraturan nak jawab tag ni ialah : -

1 ) copy badge " 2009 Cute's 3logger Award " untuk diletak kat blog anada

ok ! dah ...

2 ) link / ceritakan kembali siapa yang memberi award ini kepada anda

raihan ... yang rajin update blog dia

3 ) setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima

award seterusnya ( anda ditag )

* untuk sentiasa berusaha jadi yang terbaik

* suka sangat dengan kucing

* suka makan tapi x berapa pandai masak ... hehehe

* takut berada kat tempat tinggi ... gayat beb !

* geli dengan ulat atau ape2 jer yg same spesis dengannya ... yerk !

* suka baca buku2 motivasi , novel n puisi

* masih lagi meneruskan hobi mengumpul ' sampul surat hari pertama '

* suka pasang volume radio kuat2 ketika memandu ... nk hilang ngantuk beb !

* " hidup adalah satu perjuangan " itu kata2 motivasi bila aku dilanda duka ... hehehe

* usaha nak khatamkan buku A. Samad Said " Al Amin " ...
- dah cukup 10 kan ...!
4) anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan nama mereka dalam blog
emm ... nak letak nama sape lak ni ... sori le ada dua nama jer !
maah - ertihidupini
mas
5 ) jangan lupa untuk me;awat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan
' anda telah ditag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda '
Oklah itu aje TAGnya ... senangkan ... so pada mereka diatas nie dialu2kan untuk menerima award tersebut Tanda PERSAHABATAN diantara kita ...


Wednesday, May 27, 2009

cakap banyak ... cakap sikit !

.... fuhh !! dah seminggu tinggalkan blog ni ... dah mula nak bersawang pun ... !

" ... awat lame x menulis ... x habis lagi layan emosi ek ! ? " ... hisk ! kesitu pulak ... tolong lah jangan kusut kan minda tu dengan prasangka k ...

... bulan ni aku memang sibuk giler beb ! ... pastu ditambah pulak dengan masalah2 peribadi yang perlu disettlekan segera ... lagi pun kesihatan x berapa ok ... dan line internet pun x berapa ' cantik ' ... maka atas semua alasan itu le ... aku berehat sat dari menulis :-)

... semalam aku dijemput menghadiri majlis pelancaran logo baru PPAS di Perp. Raja Tun Uda , Shah Alam ... majlis mula 10.00 pagi tapi staff diminta datang jam 9.00 ... so semalam seawal 6.15 pagi dah keluar rumah ... pastu ambik dayah , nora dan hani ... ada kawan sembang sepanjang perjalanan tu ...

... dan semalam jugak uniform baru mula dipakai ... tapi aku , hani dan nora x dapat sebab kehabisan saiz ... aku x leh komen pasal uniform baru ni sebab samada suka atau tidak kena jugak terima ... yelah sape le aku nak menolakkan ... hehehe ...

... antara kandungan ucapan yang aku masih ingat " ... jadikan lib sebagai tempat lepak ... dan anggap lib sebagai second home " ... harap sesangat pengguna lib punya pesepsi pengertian yang dengan hasrat kerajaan negeri ... lepak bukan sebarang lepak beb ! tapi lepak yang bermanfaat dan berilmu .

... so sebagai menyahut hasrat untuk menjadikan lib sebagai hub ilmuwan ... adalah lebih kita memulakan memikirkan " cakap banyak sikit kerja atau cakap sikit banyak kerja " ... bukan lah kutuk atau mengata tapi lebih kepada ingatan pada diri sendiri ...

... cakap banyak walaupun sekadar meluahkan apa yang berselirat kat hati adakalanya lebih banyak mengundang padah dan musibah ... dan bertambah haru bila ditambah pulak dengan prasangka ... maka keadaan yang sedia keruh akan bertambah gelodaknya !

... cakap sikit pun adakalanya susah juga ... walaupun asal niat nak redakan suasana ... tapi kalau itu pun masih lagi dianggap dosa ... kena lah reda dan terima seadanya ....!

:-)

Tuesday, May 19, 2009

dan masa pun berlalu ...




sesekali menoleh ke belakang ...
menyusuri jejak-jejak yang ditinggalkan
aku masih tercari hakikat sebuah perjuangan
aku masih kabur dalam menilai erti ikhlas dan pengorbanan
sesekali memikirkan masa yang mendatang
aku bertekad meninggalkan jejak hitam dan usang
memula langkah ... membina azam
aku perlu menjadi AKU
ya !
aku perlu menjadi " aku "

* ... ikhlas bukan sekadar lafaz ! ... tapi lebih kepada penghayatan yang menjadi amalan .

... wallahualam ...




Thursday, May 14, 2009

" x de kemelut pun ... semuanya biasa jer ! "

... emmm ! tu jawab aku bagi pertanyaan yang diajukan yus ( sang badak ) ... x percaya ek ? ... samada percaya atau eh ! macam x percaya jer ? ... terpulanglah ! tapi aku suggestkan ... baik percaya jer kan ... x pening kepala memikir ... so pasal info yang diterima dari sumber2 yang leh dipercayai tu ... abaikan kan jer ! ... hehehe

... setiap dari kita ni mesti akan lalui atau telah lalui beberapa fasa dalam kehidupan ... x kira le ... suka ... duka ... pahit ... manis ... indah atau sebaliknya ... itu dah jadi asam garam kehidupan ... mungkin situasinya saja yang berbeza ... !

... ChAnGe ! ... itu yang cuba aku lakukan dalam rutin kehidupan ... x tau lah mengapa aku perlukan perubahan ? ... mungkin gak sebab keadaan persekitaran yang dah terlalu biasa ... atau mungkin jugak dengan orde baru yang memerlukan anjakan pemikiran ... atau mungkin kesan dari rebranding tempohari kut ! ... atau memang seharusnya kita mengikis tabiat lapok yang dah bertapak bertahun-tahun lamanya ... atau " ... apa dah jadi dengan aku ni ! "

... tapi percaya lah semua ni ... x de kaitan pun dengan mereka2 yang ada disekeliling aku ... hanya mungkin sedikit kejutan ... sebab semua dah x macam selalu ... !

* ... kita selalu percaya kita dah buat yang terbaik ... tapi di mata orang kita x sempurna mana pun !

Tuesday, May 12, 2009

alahai si manja !

... si manja dengan ubat selesema n vitamin

tertidur lepas makan ubat ... siannya !

... jumaat minggu lepas aku ambik cuti sebab nak bawak si manja gi pejabat haiwan kat sg besar ... aku jumpa dan ambik si manja dah seminggu kat pasar ikan s/ bernam ... belas pulak hati bila tengok di kuis ke sana sini ... bila sampai kat rumah baru aku perasan si manja selesema teruk !
... takut jugak aku dengan wabak yang melanda ... influenza H1N1 ... tapi aku dimaklumkan selesema kucing ni x menjangkit kat manusia ... cuma aku risau ia akan menjangkit kucing2 yang lain lak !
... alhamdulillah sekarang ni si manja dah bertambah aktif !
* ... terima kasih kat bunga yang teman aku gi dapatkan rawatan untuk si manja ni ..!

Thursday, May 7, 2009

emm ... leh caya ke ni !

al kisahnya ...

... semalam aku singgah kat lib daerah s/bernam ... hantar kutipan hasil untuk april ni ... so sebab x buat janji temu ... aku call boss " ... tunggu 10 minit " kena le tunggu dan sepanjang masa menunggu tu ... aku tinjau gak kat ruang bacaan yang sering dilanda banjir kilat tu ... x sangka lak begitu banyak air bertakung ... sampai terpaksa pecahkan dinding cermin sebab nak alirkan air keluar ... !

... selesai urusan serahan kutipan hasil ... ada gak beberapa yang dibicarakan oleh boss tapi sori lah kena off rekod ... sebab ia banyak menyentuh kerenah birokrasi yang adakalanya menyukarkan perkara2 senang yang sepatutnya dapat diselesaikan segera ... aku ambik sikap lebih mendengar tanpa memberi komen ... takut lak komen laser aku ni akan merobek sensitivity orang tanpa sedar ... so aku sempat gak buat lawak bodoh " ... boleh ke mereka2 yang diatas tu menerima komen atau kritikan " ...( x tau lah macam mane soalan ni leh terkeluar dari mulut aku ! ) ... " ... saya sedia menerima komen atau kritikan demi kebaikan perkhidmatan ... " itu komen yang aku terima ... tapi aku ambil jalan selamat ... x kan menyuarakan kritikan atau komen sebab aku x berapa yakin " kata akan dikota " ... seram gak klu nama aku akan tersenarai kat puncak " black list " ... dah jadi resmi manusia kan ... mana lah suka kelemahan dan keburukan diri di war-warkan !

... emm ! leh caya ke ni ... !

* ... aku kagum kat bunga , yazid , ayu , intan , jef , mas , liza dan termasuk boss jugak yang rela hati ( ... x tau lah rela dlm terpaksa kut ! ) menolak air keluar setiap kali hujan turun ... syabas ! atas khidmat yang tercurah tu ! ...

segalanya mungkin ...

" ... yup ! segalanya mungkin ... " itu komen yang aku terima dari email yang dilayang oleh yatie ... ya ! segalanya berkemungkinan

... dan atas sebab segalanya mungkin ... juga mengambil iktibar dari apa yang sedang aku lalui saat ini ... " tidak suara " atau dalam istilah mudah " diam " ... aku rasa ini cara terbaik meleraikan segala kusut ... aku tahu mungkin khabar angin telah tersebar ... tapi aku dah janji tak akan bersuara ... biar pun diam ini akan mengundang pelbagai tanggapan ... aku hanya redha ... aku pasrahkan segala padaNya ...

... dan atas alasan segalanya mungkin ... aku takut untuk terperangkap sekali lagi dalam keadaan yang sama ... seperti awal kehadiran aku di daerah ini ... mungkin aku yang kurang belajar mengenal budi dan hati ... mungkin aku yang lemah dengan rasa ehsan sesama insan ... dan mungkin aku yang bersalah kerana tidak berterus terang akan situasi sebenarnya ...
( ... seperti kata yatie 12 tahun dulu " ... kes ni wajib di khabarkan ... klu x kesannya akan dirasai kemudian hari " ) ... so hari ini aku dah terasa tempiasnya ...! " ... jangan cari khilaf orang tapi cari khilaf diri sendiri ... " itu pesan yatie

... adakalanya ingin juga meluahkan apa yang berselirat kat hati ni ... tapi x tau pada siapa ... aku takut kata akan bertukar nista ... bicara bertukar caci cerca ... dan saat ini pun aku dah keliru nak bezakan sapa kawan ... dan sapa lawan !

* ... segalanya mungkin ! ... so kena redha dan muhasabah diri ...
( tq yatie )

Tuesday, May 5, 2009

bila rindu menyapa ...

rindu menyapa lagi ...
menerjah disegenap ruang rongga
ingatan dan gamitan kenangan mengintai
aku lemas dalam emosi dan airmata

rindu menyapa lagi ...
tak mampu terucap bicara
hanya jiwa terasa begitu terseksa
aku lemah dalam gelodak yang terkata

bila rindu menyapa ...
ku pujuk hati nestapa
ku titip doa setiap masa ketika
semoga sejahtera dirimu di sana ... di sisi Nya

mak !
sesungguh saat ini ...
aku benar-benar merindu

... al - fatihah ...

* ... kesibukan memenuhi tuntutan kehidupan adakalanya menjadi kita alpa pada mereka yang melahirkan kita ... ! sesungguhnya rindu kehilangan " abadi " amat memeritkan untuk dilalui ...