Saturday, October 25, 2008

majlis raya

... bidan terjun ( wati jadi mc ... )

.... gambar kenangan kat backdrop


backdrop ' apa seadanya '


.... kanak2 sihat tiup belon ( ... yazid dan faizah ... mas sibuk lap
pinggan )


jamu selera ( .. aku , raihan dan sufia )




amboi ! sukanya dia ... ( ... fadzilah dan anak2 )



... senyum ( kak ana dan keluarga ... )



sempat posing lagi ... ( kak halimah dan keluarga )


nyam ... nyam ... ! ( kak jis dan anak )


bahirah dan kekawan ...


bib , suzana , yaya dan sumariah ( ... tudung hijau tu sape ek ! )


jamu selera ... juadah siap sedia



jamu selera


... jemputan Datuk Yusuf Latif dan keluarga


.... ari ni baru berkesempatan untuk masukkn gmbr masa majlis raya kat lib daerah ... sebenarnya masih banyak gmbr yg dirakam pada masa tu ... tapi x leh nak masukkn semua ...
alhamdulillah ... semuanya berjalan lancar walaupun persediaan last minit ... sebab waktu kerja ( ... aku cuti ari jumaat tu ) ... terima kasih sesangat kat mas , liza faizah dan kat staff kat lib daerah kerana sudi turun padang sekali ... sempat gak buat backdrop guna huruf2 sedia ada ... hasilnya sempoi jer seperti korang tengok kat blog ni ... hehehe
... seminggu sebelum majlis aku kerap gak curi masa singgah kat daerah untuk berbincang pasal menu dan persediaan ... hasil persetujuan bersama dan budget yg dapat dikumpul serta sumbang yg terima antara menu nya ... nasi minyak , ayam masak merah , bee hun , nasi impit , mee kari , kuah kacang , rendang , popia , karipap serta kuih2 raya yg dibawa staff yg hadir untuk dinikmati bersama ...
... bila semua staff dah berkumpul terasa kurang pulak sebab kebanyakan staff dari daerah kuala leh dikatakan semua x hadir ... erm ! mungkin perjalanan yg jauh membatas keinginan untuk hadir ... aku amat memahami situasi ni ... aku juga dimaklumkan boss x dpt hadir ( ... terima kasih atas sumbangan ) ... ramai gak keliru atau takut nak hadir atas alasan tidak menyumbang ... memberi atau tidak ... majlis tetap akan diteruskan juga cuma mungkin menunya saja yg akan disesuaikan dengan budget yg ada jer ...
... lepas majlis kat lib ari tu ... ramai gak staff yg ambik peluang untuk gi raya kat rumah kekawan lain yg ada kat sekitar lib ... masa hari tu gak aku sediakan mee jawa dan pecal kat rumah untuk kekawan semua ... terima kasih kat ella , bunga & keluarga , kak limah & keluarga , dayah , liza , masitah , jefri , shima dan faizah & anak2 ... terima kasih daun keladi , raya tahun depan singgah le lagi ... hehehe
* ... 28 / 10 - majlis raya kat lib Raja Tun Uda ... erm ! raya lagi ....



SELAMAT


HARI


RAYA


AIDIL FITRI




































































antara suka dan cinta ...

... baru2 ni aku baca coretan kat blog member pasal ' wanita dan kedudukan ' ... bukan le aku komen pasal apa yg ditulisnya sebab pasti tentunya coretan tu dipetik dari sumber2 yg sahih akan kebenarannya ... aku ' tabik spring ' kat dia sebab sejak ada blog ni ... dia semakin rajin menulis ( ... terus kan menulis ek ! )

... bila bercakap hal kaum hawa memang seronok dan unik sikit ... walaupun asal kejadian dari tulang rusuk kaum adam ... tapi Allah sertakan juga dengan pelbagai keistimewaan ... dan kelemahan jua ... so seimbanglah tu ...

*** Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat [rujuk pada sabda Rasullulah S.A.W di atas]. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.***

... aku sikit terkedu bila baca part kat atas ni ( ... aku copy paste dari blog tu ) ... mungkin bukan aku seorang tapi mungkin kamu ... kamu ... kamu dan juga kamu atau sesiapa jer yg masih mengekalkan status ' single ' ... hehehe !

... persoalan ' mengapa masih sendiri ? atau pertanyaan dalam nada skema yang biasa ' bila lagi ni ? ... dah macam lali kat cuping telinga ni dan biasanya aku x bisa lagi bersuara hanya aku ' sedekah senyuman ' semanis yang boleh ... sebab kalau aku bagi komen ... mesti akan ada soalan kedua ... ketiga dan seterusnya ... hehehe ( ... aku pilih jalan selamat le ! )

... x pernah jatuh cinta ? ... ntah la sebab aku kekadang keliru gak nak bezakan antara suka atau cinta pada seseorang ... ( buta perasaan kut ... hehehe ) ... teringat aku masa di zaman awal remaja ... bila ada yg ingin menghulur salam perkenalan ... aku akan cepat2 bina ' kubu ' kat hati sebab takut leka dibuai perasaan hingga abaikan harapan keluarga dan amanah sebagai pelajar ... mungkin gak sikap tu dah sebati sehingga sekarang ni ...

... aku pernah gak suka kat ' dia ' ( ... sampai sekarang pun rasanya aku masih suka kat ' dia ' ) tapi la ni aku x tahu ' dia ' ada kat mana ... aku suka ' dia ' mungkin sebab peribadinya kut ... jangan lak korang anggap aku dah jatuh cinta ... sebab kata orang ' ... kalau dah cinta kita sanggup lakukan apa saje ! ' ... so sebab aku x rela atau sudi maka aku beranggapan aku sekadar suka bukan cinta ... melihat dan mendengar kemelut yang sedang membelenggu kehidupan seorang teman menjadi aku agak ' fobia ' sebab aku bukan lah termasuk dalam kategori orang2 yang mempunyai kesabaran yang tinggi ...

... sebenar soal sendirian atau berdua ( berkeluarga ) x sepatutnya dijadikan isu ... x perlu le digembar gemburkan ... sendiri bukan le bermakna kita membelakangkan hukum fitrah kejadian manusia ... kalau Allah berkehendak sesuatu itu berlaku ' kun fa ya kun ' maka akan berlaku lah atas izin dan kehendakNya ...

* walau apa pun status kita .... lakukan tanggungjawab kepadaNya dengan istiqomah ... ( ari ni last pose sunat syawal ... alhamdulillah )

Thursday, October 23, 2008

jemputan

... ari ni aku dimaklumkan ada jemputan jamuan raya kat lib negeri pada 28/10/08 ( selasa ... mungkin sekali ngan sambutan deepavali kut ! ) ... mula aku rancang nak cuti ari tu ... tapi aku batalkan sebab bukan selalu dapat jumpa kekawan dari daerah lain ... masa ni le baru diorang leh turun ... sebab klu gi HQ atas urusan kerja bukan semua staff terpilih ... tu le pasal sampai la ni walaupun dah berkhidmat hampir 22 tahun ... aku hanya kenal kekawan dari Zon sendiri jer !
... lagipun leh aku sambut raya sekali lagi ( ... sabtu ni ari last aku pose sunat syawal ... kira macam raya berganda le ) ...
... bila cakap pasal jemputan ni ... tentunya lebih tetumpu soal makan ... aku harap sesangat dapat kawal selera makan ... sebab ari ahad cadang nak gi makan kenduri kat rumah syikin ( ... terima kasih sebab layangkan kad undangan tu ... ) ... pastu nak gi rumah terbuka kak tina pulak ( ... terima undangan melalui sms jer ! ... mudah dan ringkas kan ... lagi pun kami dah lama x jumpa ) ...

* ... suka makan tempe goreng cicah ngan sos ... ummp !

Wednesday, October 22, 2008

... ke mana hilangnya ' Melayu '

... ungkapan ' bahasa melambangkan bangsa ' memang indah bunyinya ... tapi dalam era manusia berlumba2 mengejar kemajuan yang 'kununnya' lebih bertamadun ... aku x pasti samada ungkapan ni masih boleh diguna pakai atau tidak ...
... melihat pada situasi gelagat orang ' politik ' masakini sudah cukup merungkai segalanya ... tuduh menuduh dah jadi kebiasaan ... sindir menyindir dah macam mainan ... dan tentunya saman menyaman dah jadi satu ' trend ' pulak ...
... ke mana hilangnya budaya ... bahasa ' Melayu ku ' yg pernah dijunjung dan di agung ...

" Apa tanda Melayu yang bijak,
berfikir dahulu sebelum bertindak
Apa tanda Melayu beradab,
berfikir dahulu sebelum bercakap
Apa tanda Melayu bertuah,
berfikir dahulu sebelum bermadah
Apa tanda Melayu berakal
berfikir dahulu sebelum berbual "

lagi satu ungkapan yg aku suka nak kongsi ...

" Siapa bercakap kasar langgar
malangnya banyak celakanya besar "
" Siapa berkata kasar langgar,
budinya rendah imannya longgar "

* kata indah ni aku ' jumpa ' kat bh 22/10 ... kenapa aku suka dengan ungkapan ni ...? mungkin sebab aku x nak termasuk dalam golongan " Melayu mudah lupa " kut ... hehehe


Tuesday, October 21, 2008

kekadang tu ...

... sejak akhir2 ni aku lebih banyak berfikir dari bersuara ... kekadang tu ia bagaikan satu simpton baru dalam hidup aku ... aku pun x pasti samada ianya membawa lebih kebaikan atau menyumbang lebih kepada keburukan ... imbau kisah lama sering buat aku menangis ... sering aku menangis tapi hanya dalam hati ... aku cuba gak untuk mengalirkan airmata tapi x boleh ... kata seorang teman " menangis dapat melegakan tekanan " ... " atau luahkan kat seseorang yang rapat dengan kita " ... aku tercari2 wajah yang boleh aku anggap akrab ... tapi entah lah ... macam x de jer !

... minggu lepas aku x terasa sangat sebab sibuk dengan persiapan majlis raya kat lib daerah ... walaupun ketika tu aku x le sesihat seperti biasa ... buat aku lupa pada banyak perkara lain ... mungkin gak suasana berbeza dan pemikiran yg sealiran lagipun banyak benda yg dirancang dilakukan tanpa berkira ... dilakukan dengan ikhlas bagi menjayakannya, hanya aku agak terkilan kerana kurangnya surport dari daerah aku sendiri ... rasa x tercapai hasrat mengeratkan silaturrahim ... aku memahami dalam situasi ekonomi la ni ... semua orang berusaha mengekang ekonomi ... sebenarnya samada menyumbang atau tidak ... kehadiran semua memang dialu-alukan ... aku selalu berharap ini kali terakhir keterlibatan aku dlm menganjurkan majlis raya ... dan selalu gak aku mungkiri ... selalu begitu ... sebab saban tahun ... aku ternnti2 suara yg sudi menawarkan diri tapi x de yg berminat ...

... ari ni aku diburu kesibukan lagi ... semua gara2 kesilapan orang lain ... kekadang tu aku sedih bila kebaikan yg dicurah sering mendatangkan masalah kepada aku semula ... atas kelalaian orang lain ... natijahnya aku terpaksa pikul ... sering begitu ... kerapkali begitu !!!

* selalu ingatkan diri sendiri " dugaan ini akan lebih mendekatkan aku kepada Allah "

Monday, October 20, 2008

sms hantu ...

... malam tadi aku terima lagi mesej ' salam perkenalan ' ... sebenarnya aku x ambil pot pun klu terima sms mcm ni ... tapi yg buat aku hangin tu ... mesej tu dihantar terus-terusan ... bila aku cuba call no tu ... x berani lak nak angkat ... pastu siap suruh aku balas jer melalui sms gak ... eleh ! x kuasa nak layan ... st least aku off kan handset ... sudahnya ari ni aku pose sunat syawal tanpa bersahur .... sabo jer le !

... aku pun x faham dengan pemikiran ' mereka ' ni ... mungkin gak 'mereka ' seronok bila dapat ganggu dan mengacau orang ... atau pun memang dah x de kerja lain atau memang dah hobi ... tapi maaf le sebab kalau ' mereka ' fikir dengan menghantar mesej ni akan buat aku teruja nak tahu sape atau ape2 jer yg sewaktu dengannya ...

* teringat pantun kirim seorang teman

kiri jalan kanan pun jalan
tengah-tengah pohon mengkudu
kirim jangan pesan pun jangan
sama-sama kepala batu

( sampai hati ... biar kepala batu ... jgn hati batu ... hehehe )


... ari ni aku dah berkali2 cuba untuk downloadkan gmbar2 masa raya lepas tapi hasilnya kurang memuaskan ... so terpaksa le aku biarkan dulu ... lagipun banyak gambar yang kurang jelas ... almaklum le juru gambar 'amatur ' ... sori le kat awer sebab mungkin acik x dpt masukkan kat blog ni ...

... apakata kalau ' deepavali ' nanti kita posing pakai baju raya ... syawal pun masih berbaki lagi ... lagi pun masa tu ' cik pong ' balik kampung ... dan aku sendiri pun merancang nak bercuti pada 28 / 10 ni ...

* ... insyaAllah ... acik akan usahakan jugak tapi lain masa le ... ari mood x ok le ...

Wednesday, October 15, 2008

... ari ni aku ' terambik ' cuti ... sebenarnya aku x merancang pun hanya berharap berbincangan ini akan dapat diselesaikan awal ... tapi berpanjangan pulak ... so x mahu menyusahkan orang lain yang mungkin akan menimbulkan prasangka ... adalah lebih baik aku cuti jer lagipun baki cuti banyak lagi ...

... ari ni gak aku ambil kesempatan untuk buat persiapan bagi majlis jamuan raya 18 okt ni ... walaupun tidak mendapat sokongan sepenuhnya ... tapi aku dan bunga serta kekawan yang terbabit akan menggunakan bajet yang dapat dikumpulkan tu dengan cara berhemah ...

... sebenarnya x le sesusah mane pun ... cuma agak risau gak memikirkan penerimaan ' orang ' yg akan hadir nanti ... mungkin akan ada kekurangan di mana2 masa majlis tu ... apa yg diharapkan semuanya akan berjalan lancar ... pasai menu yg akan disajikan ... biar le ' rahsia ' ... yg pastinya is berbeza dari biasa ...

... kepada kekawan yang ' teruja ' sangat untuk bertandang ke rumah aku pada tarikh tu ... kena le tunggu majlis tu selesai dulu ...

* sentiasa ingat " tangan yang di atas lebih mulia daripada yang menerima " ...

Friday, October 10, 2008

aku dan ayin

* malam tadi masa ngah selongkar laci ... cari polisi insuran takaful aku jumpa surat yang dikirim oleh ayin bertarikh ogos 1999 ... masih terlipat rapi dalam sampulnya ... membaca coretan yg ditaip kemas membuat aku terimbau oleh kenangan yang pernah kami lalui bersama ...

* kami kenal ketika sama2 merantau kerana tugas ... lokasi tempat kerja yang pisahkan oleh aras saja membuat aku dan ayin sering berjumpa ... apalagi laluan yang sama untuk pulang menjadikan kami lebih akrab ...

* memulakan hidup sendiri dengan menyewa rumah yang dihuni bersama 10 orang ketika tu satu pengalaman yang banyak pahit dari manisnya ... dan masa pun berlalu hingga le tinggal aku dan ayin kat rumah tu ( ... sebab mungkin jawatan kami lebih stabil ) ... dari berjalan kaki ke office ... aku dan ayin berbasikal ... dan disebabkan hanya berdua sahaja ... maka dapur kat rumah tu kekadang jer berasap ! ( ... biasa le ! orang bujang beli kat luar jer lagi mudah deh ! )

* Ogos 1997 - kami pindah rumah ( rumah lama tu anak tuan rumah nak duduk ) ... kami sewa rumah x jauh dari taman lama ... tapi kejiranan kat lorong rumah baru ni ... semuanya " orang kita " dan kebanyakan surirumah x mcm rumah lama ... mula2 tu rasa janggal gak sebab pepagi lagi diorang dah ' mesy. ' kat luar rumah ... setiap kali keluar rumah aku akan sedekah kan senyum kat ' mereka ni ' ...

* kat sini aku lebih seronok sikit sebab lokasi rumah dan jalanraya lebih dekat ... x perlu le letih menapak untuk tunggu bas ... balik kampung ( ... setiap ari sabtu aku mesti balik kampung ) ...
maka tinggal ayin kat rumah sendirian ... lagipun kerje dia adakalanya memerlukannya stay kat office sampai malam ( ... kerje kat bank ) ... kat rumah ni jugak ... aku mula belajar memasak sendiri ... resepi yg ringkas jer ... bila ayin x de ot ... kami akan rancang masak special sikit ... ala2 western gitu ... !

* walaupun serumah tapi bila menonton tv kami akan masuk bilik sendiri ... sebab kami punya citarasa berbeza pasal filem ... hehehe ! ...
suasana tenang mula berkocak bila ... terdengarnya desas desus pasal ayin ( ... dgn kwn lelaki ) aku sebenarnya x ambik pusing sangat pasal hal peribadi ayin ... hanya berpesan ' jgn bawak lelaki bukan muhrim masuk dlm rumah ' ... dan dia x komen ape2 pasal tu ...

* dis 1998 - ayin ambik keputusan keluar dari rumah ... atas alasan nak jaga nenek dan jimatkan kos sebab nak smbung study kat Uitm ( ... PJJ ) dan dia minta kebenaran untuk menginap jika ' kemalaman ' sebab kerje ... aku sendiri x kisah ! ... kerana aku anggap dia dah macam adik ...

* insiden mengaibkan malam aidil adha 1999 bagai titik hitam yang menoktahkan keakraban kami ... aku benar-benar terkejut ... apa yang aku ingat ptg tu ayin ada call mintak kebenaran untuk tidur kat rumah tu sebab dah tertinggal bas terakhir ... so aku hanya berpesan ' ... ayin call nenek dan masak le apa yang ade ' ... kejutan panggilan telefon malam tu dari seorang teman buat aku ' terpana ' " ... x mungkin ayin buat begitu "

* pelbagai cerita mula tersebar dan aku juga terkena tempiasnya ... terasa bagaikan orang memandang sinis ... masa tu aku berharap sesangat ayin akan menghubungi aku untuk bercerita apa sebenarnya yang berlaku ... aku terus menunggu dan menunggu ... tapi hampa dan pada waktu yg sama jugak semakin galak orang bercerita ... buat aku keliru ! ( ... januari 2000 aku keluar dari rumah tu )

* hampir sebulan kemudian baru le aku terima coretan ini ... aku marah dan kecewa dengan sikapnya ( ... hanya arwah emak selalu pesan ... jgn percaya apa yg kita dengar ... mungkin kisah sebenarnya lain ... ) kini aku membaca lagi coretan itu tapi dalam suasana yang beza ... berkali2 membacanya menimbulkan pesepsi yang lain dari dulu ...

* ayin ! sempena syawal ni ... maafkan akak kerana menjauhkan diri selepas insiden itu ... akak gagal mengawal perasan marah dlm diri ketika itu ... kini bila mendengar kesulitan yg menglingkari kehidupan ayin ... akak amat sedih tapi kita bagaikan jauh terasing ...

* ... sentiasa berharap kami akan akrab macam dulu ... mungkinkah terjadi ? ...

terkena lagi ...

- ari ni aku tutup akaun kat takaful ... dlm suasana ekonomi yg makin gawat ni ... aku perlu jugak buat penyusunan semula struktur akaun sendiri ... lagi pun aku masih ada satu lagi insuran ... rasanya cukup melindungi apabila musibah menimpa ( ... mintak dijauhkan le ) ... pastu aku gi bank islam sat ... masukkn cek abang ( ... isk ! klu dia tahu aku x masukkn lagi cek tu ... memang haru )

- ari ni gak aku cuba call HQ ( .. semlm berkali2 cuba tapi gagal " harap maaf .. operator sibuk ")
... setelah berkali2 mendail baru le dapat ... topiknya hanya pasal masalah air yang masih lagi gitu2 gak ... aku dah selesaikan apa yang seperti diarahkan ... dan sepanjang 2 bulan ni ... aku dan kekawan kat office dah berkorban banyak dengan bawak air dari rumah untuk keperluan sendiri ... tapi ari ni aku dapat arahan baru lagi ( ... maknanya sepanjang 2 bulan ni diorang x buat ape2 follow up pasal masalah ni ) ... sedih dan kecewa sesangat bila berdepan dengan situasi ni ... berkali2 diusulkan dalam mesy tapi tindakannya tetap " kosong " ... hanya tercatat kat mint mesy jer !

- kekadang tu malas nak bagi cadangan sebab akhirnya segala usaha kearah penyelesaian akan terpikul kat kita jugak ... " at least " aku terkena lagi ....

* ... bersabar selagi terdaya !

Thursday, October 9, 2008

alamak ! bosannye ......

... ari ni semua dah mula kerje ... kira macam dah cukup lengkap le tu ... segalanya pun dah kembali seperti asal ... kembali seperti dulu2 jugak ... x de beza langsung ... dan rasanya semua ni mungkin akan kekal begitu ... so aku pun akan kekal begini ajer deh ! ..

... ari ni aku memulakan semula rutin macam biasa ... shelving buku kat rak ... aduh ! pusing kepala jugak semua gara-gara daya kreativiti pengguna semasa ramadhan lepas ... mungkin gak diorang tu bosan kat rumah ( ... bulan pose bukan boleh makan ) dan mereka mereka jadi lib tempat bersantai sambil membelek lembaran semua buku yg ada kat rak ... pastu mereka letak jer kat mane2 sesuka hati mereka ... sabo jer le !

... sebenarnya banyak perkara dan kerja yang perlu aku selesaikan ... kekadang tu timbul jugak suara2 nakal ... perlu ke aku buat semua ni ? ... memang tugas aku ke ? ... apa sebenarnya kerja aku ? ... la ni masalah air masih x settle lagi ... semua pihak masih berdiam diri ... atau pun ini salah satu tugas aku gak ? ...

... aku betul2 bosan dan rasanya ingin menjerit " keluarkan aku dari sini !!!! " ...

* kebisuan melanda lagi ... terapi berkesan mengawal kemarahan dalam diri ... lagi pun aku pose ari ni ...

Tuesday, October 7, 2008

apa sebenarnya ....

salam aidil fitri ,

... semalam aku mula kerje ... erm ! dah lama bercuti rasa malas lak nak gi kerje ... so semalam tu aku terpaksa memaksakan diri untuk kerje ... hehehe ! dalam hujan lebat tu aku sampai kat office tempat pada waktu ... jadual kerje dah kembali macam dulu gak ... x de peluang nak balik pukul 5.00 lagi ... dan fokus aku semalam lebih kepada menyiapkan statistik dan perkara2 yang perlukan tindak segera ... pengguna lak x ramai ... mungkin diorang ni masih dalam suasana raya lagi ...

... pagi tadi aku singgah sat kat lib daerah ... hantar surat dan ingat nak jumpa ' bos kecik '
( ... hehehe ) nak mintak sahkan surat ... cuti le pulak ! ... pastu aku taip surat untuk mohon sumbangan bagi majlis hari raya yang dirancang pada 18 / 10 / 08 ( sabtu ) ... semua tu dah tugas hakiki yang aku lakukan setiap kali majlis raya ... aku ingatkan .. lepas ni nak bersara le dari semua ni ... bukan le berkira sangat tapi nak bagi peluang kat member lain pulak ... teringin jugak merasa dilayan sebagai tetamu ...

... kekadangan tu terfikir gak kenapa le aku suka atau sesuka sangat buat perkara ni ... ? aku pun sering tertanya ... kenapa erk ? ... sebenarnya nawaitu aku dan bunga hanya satu untuk merapatkan silahturrahim antara kita semua ... memang le kena bayar sikit untuk menyediakan juadah santapan kita nanti ... lagipun keluarga kakitangan pun boleh turut serta ... bak kata orang ( ... yang sedikit sama dicicipi ) ... tapi bila melihat maklumbalas dari daerah sebelah sana memang le memberangsangkan ... hanya dari daerah sebelah sini agak malap ... apa pun kena le tunggu !

... dan tadi gak situasi yang pernah berlaku dulu ... berlaku lagi kat lib daerah ... semua staff dari desa silih ganti bertandang menghantar maklumat ... aku ingatkan keadaan ni melanda daerah sebelah sini jer ... rupanya merebak sampai ke seberang sana ... aku kena belajar biasa dengan ' cara kerja ' begini ... kena bersedia selalu !

... " siapa kita " guman seorang teman ... itu hakikat yang terpaksa aku dan mungkin jugak kamu ... kamu ... dan kamu harus terima ... tadi aku dimaklumkan arahan ' beralih ' arah lagi ... jangan le ambil pusing sangat hal2 macam ni ... siapa pun yg diarahkan semua dalam bidang kuasanya ... bagus gak untuk belajar ... tapi biar le betul-betul hasil ' sentuhan ' sendiri bukan ' ciplak ' ...

... mungkin gak ' cara kerja ' berbeza dan kepatuhan kepada setiap arahan memesongkan pandangan ... apa yang penting kita ikhlas dengan apa yang kita lakukan ... dan yang paling utama jujur dengan amanah yang kita galas ...

* ... ular menyusur akar tak kan hilang bisanya ....

Saturday, September 27, 2008

... dan syawal pun diraikan

salam ramadhan ,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
* ari ni kira last aku kerje dalam bulan ramadhan / september ... dan akan mula bertugas 6 okt ... kali pertama aku cuti lama sebab nak smbut raya ... kira raya sakan le ... hajat hati tahun ni nak semua ziarah rumah paman dan bibik
( ... mak / pak sedara ) ... erm ! nasib baik harga minyak turun walaupun sikit ...hehehe
* buat kekawan sejawat ... jangan le uzurkan diri pada 18 okt ni ... lepas majlis kat lib daerah tu ... leh le korang singgah kat ' teratak ' keluarga aku ... bukan jauh pun hanya ' sepelaung ' jer ...
* dikesempatan ni jugak nak susun sepuluh jari , mohon kemaafan dari semua kekawan dari Zon 1 A&B ... mana le tau kan ... ada coretan dari blog ni yg menguris hati korang ... sebenarnya x de ape2 maksud pun sekadar catatan dari apa yg aku perhatikan ...
jumpa lagi !

erm ! kembali kepada asal ...

... semalam aku cuba nak tukar wajah blog ni ... bosan gak asyik template yg sama jer ... so call honey ... tanya caranya ( ... melalui chat ) memang pada mulanya agak berjaya dan rasa macam mudah jer ... aku pun mula le rasa teruja nak ubah ... dan ubah ... dan ubah ... hehehe
tapi bila semua dah save baru le aku perasan ... banyak benda yang dah hilang ... mula le rasa gelabah ... memang dah jadi sikap aku ... kalau ada perkara yang buat aku panik ... kena cool dulu ... bertenang dulu ...
... tadi call honey ( ... erm ! cuti le pulak ) cerita pasal kes semalam ... semua yg di'nyah' kan semalam tu kena buat semula ... hari ni memulakan langkah ... tentu dengan lebih berhati2 ...
sebenarnya x le payah sangat ... apa yg hilang tu ... aku boleh dapat balik ... yang paling penting kena lebih fokus ...

* pengajaran yang dapat ari ni ... jangan mudah putus asa ... dan bertenang ... pasti berjaya ...
apa pun thanks kat honey yg x bosan melayan segala pertanyaan ... *

Thursday, September 25, 2008

sumpah atau sesumpah

... ari ni aku singgah kat lib daerah sat untuk ambil slip gaji , rubber stamp dan dapatkan pengesahan slip gaji untuk member ... so kena le tunggu sampai boss dulu ... masa menunggu ni aku sempat bual bicara pasal hal2 berkaitan kerje ... perkara baru yang perlu diambil tindakan selepas mesy minggu lepas ...
... komen dari rakan yang menerima slip gaji ... tercatat lokasi perkhidmatan yang baru ... mengundang seribu persoalan kerana surat pertukaran masih belum lagi diterima ... bila call kat HQ ... diorang maklumkan dah dapat maklumat tu ... so memang sah " pertukaran " akan berlaku ... mungkin mereka kat HQ tu terlepas pandang ... teringat pulak cerita pasal ada yang sanggup ' bersumpah ' ... kononnya x tau sapa yng akan kena tukar ... ! tapi hakikatnya semua ni atas permintaannya ... erm ! susah nak komen hal-hal macam ni ...
... mereka yng tersenarai dalam ' pertukaran ' ni ... jangan le rasa kecewa sebab lokasinya x lah sejauh mana pun ... masih dalam daerah yang sama ... perihal ' sudah serasi ' dengan tempat lama tu ... dah x relevan lagi dijadikan alasan ... sebab bila kita sudah besedia menerima jawatan tersebut ia bermakna jugak kita sanggup bertugas kat mana pun jika diarahkan ... x de apa yang nak dirisaukan ...
... klu sebelum ni dah berikrar dan berjanji untuk kekal dan setia bersama ... mansuhkan saje MOU tu ... kerana x selamanya kita akan kekal kat situ ... kekadang tu terdetik gak kat hati ... yg minta ditukarkan x diambil perhatian ... tapi ' tempiasnya ' kena kat orang lain pulak ...
erm ! apa nak dikata kan ... terima je le !

* ari ni berpuasa tanpa sahur ... tapi ok gak ... badan rasa ringan jer dan x rasa lapar ( ... mungkin sebab suasana sejuk kat office ni kut )


Tuesday, September 23, 2008

x mungkin berpaling ...

... mendengar cerita dari seorang teman tentang ' dia ' yang pernah singgah kat hati ... buat aku turut bersimpati dan cuba memahami gelodak dihatinya ... rencah kehidupan x pernah menjanjikan laluan mudah untuk semua diantara kita ...
... apa yang dapat aku katakan hanya ' ... jangan terlalu mencari dan mengharapkan kesempurnaan ... terlalu mencari kesempurnaan dalam diri orang lain ... sama lah seperti mencari kekurangan dalam diri sendiri ... kita selalu anggap kita betul dan yang salah tu orang lain ... belajar lah terima hakikat setiap insan ada kekurangan dan kelebihan ... tangani sikap egois tu dengan lebih berhemah ... belajar hargai perasaan orang lain jugak ... dan paling utama banyakkan sabar ...'
... rentetan kisah ' duka nestapa ' ni ... tidak sedikit pun membuka ruang dalam hati aku untuk menyesali keputusan yang pernah aku buat ... dan tentunya tidak mungkin aku berpaling mengintai sejarah silam ... apa yang aku putuskan saat itu masih relevan sampai bila-bila ... kerana sekali kaki melangkah ... aku akan terus melangkah ...
... hanya aku terkilan sangat pada waktu tu ... pelbagai andaian dan tanggapan yang semua menjurus menyalahkan aku ... sikap berdiam diri dan ' no komen ' aku ... seolah-olah mengiya segala telahan ... memang aku sedih ... tapi hanya aku yang tahu apa yang terbaik untuk aku ...
... dari kejauhan ini aku doakan ' kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan sepanjang hayat ' ...amin ...


* terima kad raya dari Nur Hannan ( ... tahun ni raya dengan abah ! ... alhamdulillah )

Friday, September 19, 2008

saat keinsafan menyentuh ...

... sejak sebelum ramadhan lagi ... aku sering dibelenggu perasaan sedih dan hampa kerana beberapa perkara yang aku harap masih lagi tiada kepastian ... gelodak dalam diri rakus menaburkan titik-titik hitam dalam hati ... aku jadi hilang diri sendiri ...
... Ya Allah , ... aku bersyukur kerana masih diberi peluang menginsafi diri ... ramadhan ini benar-benar memberi aku lebih ruang mengenali diri ... menilai diri ... mencari diri ku yang hilang hanya kerana kekecewaan dunia ...
... teringat kata seorang teman " ... Allah mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya ... kegagalan yang kita lalui atau harapan yang tidak dapat kita capai ... akan mendekatkan kita dengan Nya .... sentiasa memohon dengan Nya ... akan membuat kita sentiasa mengingatiNya ... jika hati rasa sedih ... belajarlah redha denganNya ... "
... insyaAllah ! aku berusaha untuk melupakan soal " penghijrahan " ... mungkin khidmat bakti yang sekian lama tertumpah disini lebih dapat dimanfaatkan ... penolakan ini sebenarnya satu penghargaan yang ' tersembunyi ' hikmahnya ...
... buat mereka2 yang mungkin akan ' berhijrah ' ... anggapan itu yang terbaik dari mencari dan menilai diri ... sesungguhnya sukar mengakui kekurangan dan kelemahan diri akan lebih menghanyutkan kita jauh dari realiti kehidupan ...

* Ya Allah , aku pohonkan padaMu ... ampuni segala dosa2ku ... peliharakan diriku dan fitnah dan kemaksiatan ... jauhkan diriku dari kesesatan yang nyata dan tersembunyi " .. amin ...

kuih raya


... salam ramadhan ,
hari ni terima bingkisan kuih raya dari Kesuka ... macam tahun lepas gak ... alhamdullilah !
sebenarnya hingga saat ni ... aku masih belum merancang nak buat kuih apa ... ntah la ... perasaan teruja nak sambut raya tu dah semakin menipis dengan meningkatnya usia ... apalagi tahun ni adik akan beraya kat neg. 9 ... pasal kuih raya ni aku x le pusing sangat sebab banyak pilihan kat luar sana tu ...
- yang aku dok tengah fikir hal masak lauk pauk ni ... selalu tu bab masak memasak tu memang dia yg handle ... so tahun ni terpaksa le aku 'bersilat' dengan senduk dan kuali ... rasa macam x yakin aku mampu buat semua tu ... tapi belum cuba .. belum tau kan ....!
* Ya Allah , bukakab bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagi pintu-pintu neraka , berilah kemampuan kepada untuk ayat-ayat suci al-Quran " .... amin ...

Tuesday, September 16, 2008

cerita hantu ...

... sebenarnya disebalik berjuta kelebihan dalam bulan Ramadhan ni ... ada sesuatu yang begitu terkesan kat hati aku saat ni ... pasal adib ( ... anak saudara ) selain misi mencari malam penuh keberkatan ' lailatulqadar ' ... aku baru perasan sikap ringan tulang dan beraninya ...
... pasal sikap berani ni yang mencuit hati kami sekeluarga ... kalau bukan bulan puasa nak keluar rumah apalagi waktu malam memang dia takut ... tempat gelap sikit pun dia dah takut dan gelabah ... teringat aku masa kes ' black out ' dulu ... dalam suasana gelap tu ... aku hanya terdengar suaranya yang x henti sebut ' Allahu Akhbar ' ...
... la ni sejak awal ramadhan lagi setiap kali gi solat terawih ... dia gi naik basikal jer ... x nak bonceng motor dengan Dd ... bila aku tanya " bulan ni hantu semua kena rantai " selamba je dia menjawab ... aku tersenyum ... erm ! kena ubah tanggapan adib ni ... risau gak kalau samapi ke tua ... dia masih macam tu ...
... " hantu memang x dinafikan memang ada ... tapi lebih baik kita takutkan kemurkaan Allah dari takutkan hantu ... kalau rasa takut baca apa2 surah yang adib hafal ... rasa takut tu hanya perasaan kita jer " itu nasihat aku ...
... " acik ! x takut hantu ke ? " ... soalannya ... buat aku terkedu ... " ntah le ...x leh jawab sebab acik belum pernah jumpa hantu lagi " ... hehehe ... seram gak aku !

* Ya Allah , bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya , jauhkanlah aku dari dosa-dosa dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan - Amin .

Saturday, September 13, 2008

amaran atau ugutan ....... ?

.... semalam semua p'khidmatan dari daerah tempat aku bertugas bermesyuarat ... nak kata tergempar x jugak ... sebab pengisiannya hanya perkara2 yg pernah diperbincangkan sebelum ni ... masa aku sampai semalam semua staff dah ada ... rasanya segan gak atas kelewatan ni ... tapi rasanya aku x lewat sebab aku dimaklumkan mesyuarat bermula 10.00 pg ... mungkin mereka2 tu yang tercepat ... terpaksa pulak dok kat sebelah pengerusi .... kalut betul !
... ada beberapa perkara penambahbaikan yang aku anggap biasa2 jer ! ... bila soal disiplin dan etika p'khidmatan diperkatakan ( ... difokuskan lebih pada p'khidmatan desa ) aku x pasti apakah ia bersifat amaran atau ugutan ... aku tau mereka semua tu bersyukur sangat2 sebab dapat jawatan tetap ... lagipun mereka dah bertapak lama dalam memberi p'khidmatan pada masyarakat ... impaknya pada masyarakat pun jelas ... kalau lib x dibuka maka akan ada komplen ... ini menunjukkan p'khidmatan yg mereka beri berkesan ...
... aku pasti mereka pun berusaha untuk buat sebaik mungkin ... memberi tekanan dengan tidak memberi sokongan untuk pengesahan jawatan atau menghadapi tindakan ditukar ... bukan penyelesaian ... dari dulu lagi aku paling anti kalau diberikan kata dua ... bimbingan dan pantauan berterusan adalah lebih berhemah dan kami yang ' dibawah ' ni akan rasa lebih dihargai serta bersemangat untuk berkerja ...
... jangan semaikan perasaan takut dan benci ... kita sesama manusia perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain tanpa mengira status jawatan ... !

* aku akan tetap disini .....

kembara ilmiah warkah kemerdekaan ...

... salam ramadhan !
... antara bahan yg dipamer

minat yg seharusnya ada pada setiap dari kita ...


... lima dara pinggitan posing !




kempen keahlian utk pengunjung


... sibuk mencari jawaban kuiz


jamu selera bersama Bunga dan Pn. Hasnah Abd.Rahim ( pensyarah UiTM )


daftar ahli ... YB Shamsuddin Lias

... 30 Ogos lepas .. lib caw. dijemput untuk mengadakan pameran dan aktiviti yang sesuai untuk pelajar sekolah dan masyarakat setempat ...
... sebenarnya program ni dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana ...
... untuk aktiviti ari tu kami buat kuiz bertulis dan lisan ... sambutan memang menggalakan hingga terpaksa print kertas soalan lagi ...
... pendaftaran keahlian masa tu memang gempaq ... borang keahlian tidak mencukupi ... kesian gak pada adik2 yg x dpt daftar ahli ...
... sempat sembang ilmu dengan Pn. Hasnah berkaitan perpustakaan dan pembelajaran secara online ... insyaAllah ! jika ada peluang hasrat untuk menimba ilmu dan menambah pengalaman akan cuba dicapai ...
... ari tu kami balik jam 6.00 pm ... ucapan dari YB lama sangat ( ... dah le dtg lewat ) so terpaksa kemas dan tinggalkan majlis ... lagipun hujan dah mula menitis ... ikut perancangan program habis jam 5.00 pm ... sian kat bebudak UiTM tu ... dengar cerita diorang bertolak balik malam tu jam 9.30 mlm ...
... dalam perjalanan balik tu ...singgah makan kat Bt 23 ... pekena sate , mee bandung dan mee sup
8.00 mlm - baru aku sampai kat rumah
argh ! ... penatnya
apapun rasa seronok dapat menyumbang bakti kepada pelajar sekolah tu ...
dan pastinya statistik keahlian bulan ni meningkat ...
hari ini ... aku terima cenderahati penghargaan dari student UiTM ...
* terima kasih daun keladi
kalau ada program ... leh le jemput lagi *








Monday, September 8, 2008

misi dan visi baru ...

... jumaat lepas aku menghadiri majlis suai kenal dengan ahli lembaga pengarah yang baru ... sejak pemerintahan negeri diambil alih baru2 ni ... maka jumaat ari tu ... mungkin mengambil berkat penghulu segala hari ... ari tu aku memandu sendirian ...6.30 am aku dah keluar rumah ... tiba kat HQ jam 8.20 am ... rasanya masih awal lagi ... majlis mula jam 8.45 am ... sebenarnya aku rasa janggal bila ke HQ sendirian ... walaupun dah lama berkhidmat tapi entahlah ... perasaan janggal tu macam dah sebati lak ...
... majlis kat tingkat 3 ... masa menapak ke lif ... aku disapa oleh seorang staff ( ... kenal tapi x mesra ) " staff cawangan pun dijemput ke ? " ... eleh ! kalau x jemput memang malas aku nak datang ... apalagi dalam bulan pose ni ... jangan le buat lawak bodoh tu ... so bila majlis bermula aku dapat hanya ada 4 staff dari luar ... erm ! kiranya aku ni termasuk dalam senarai ' mereka yang terpilih lah kan ' ...
... serba ringkas itulah nilaian yang dapat aku gambarkan sepanjang majlis berlangsung ... nampak macam dilakukan dalam suasana yg x dirancang atau tergesa2 ... hanya rasanya kali ini lebih balance antara lelaki dan wanita ... mungkin sebab diterajui oleh kaum hawa ... dan ada variasi dari segi kaum ...
... ucapan serba ringkas dari Pengerusi baru adalah Exco Pendidikan dan Pendidikan Tinggi ... beliau lebih fokus kepada misi dan visu untuk menjadikan lib sebagai tempat yang rugi kalau tidak dikunjungi ( ... mudah-mudahan tercapai ) ... dan disentuh juga beberapa perkara yang dilaksana ... so kena tunggu seterusnya ... tabuh sudah dipukul ...

* sebelum balik sempat gak berbincang dengan ' boss ' berkaitan beberapa isu ( ... tapi maaf le sebab kena off rekod ) ... tapi sepanjang perjalanan kembali ke daerah ... aku tidak henti berfikir .. berfikir .... dan berfikir ....

Thursday, September 4, 2008

berbuka kat mane2 pun sama ...

... sepanjang ramadhan tahun ni ... aku dan kekawan semua dapat balik awal ... jam 5.00 dan tentunya waktu mula kerja pun awal gak ...8.00 pagi ... x kisah la ... janji balik awal kan ! ...
semalam masa balik ... aku berusaha untuk sampai kat rumah sebelum jam 5.40 ... memang la berjaya tapi aku anggap biar le itu yang pertama dan terakhir ... aku takut hilang kewarasan dan perasan timbang rasa lak ... dan yg paling ngeri takut lenyap terus dari bumi ... hehehe !
... usai asar ... aku sempat jugak masak sup sayur ... ingatkan kali ni nak berbuka kat rumah jer .. tapi x tercapai jugak ... " berbuka jer kat sini ... ramai2 kan seronok " omel kakak ... erm ! pastu bapak dan abang pulak awal2 lagi dah melepak kat situ ... terpaksa gak berbuka kat situ ... bukan jauh pun sebelah rumah jer ...
... kekadang tu aku teringin nak berbuka kat rumah sendiri ... sejak emak x de ... bila ramadhan jer berbuka kat rumah sebelah ... dah satu kemestian pulak ... x pergi takut kakak ' jauh hati ' ... lagipun mereka kesian kat aku ... malas nak beremosi lelebih dalam bulan ni ... kat mane pun berbuka sama jer ... kepada sesiapa kat luar sana tu ... yang mungkin senasib dengan aku ... pasrah je ... mungkin ini salah satu hikmah ramadhan ... !

... esok , aku dijemput menghadir majlis suaikenal dengan ahli lembaga pengarah yang baru ... jam 8.45 pagi , tingkat 3 dewan Ratu ... harap ada pembaharuan jugak dalam organisasi ... jangan pulak orang baru tapi cara tindakan sama dengan yg lama ...

apapun esok aku kena keluar rumah seawal 6.30 am ... nampak kena memandu sendirian ... huhuhu ...

Wednesday, September 3, 2008

Ahlan ya Ramadhan

... erm rasanya belum terlewat untuk ucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua kekawan atau sesiapa jer yang terjumpa blog ni ... diharap sesangat dapat menjalani ibadah puasa dengan sabar dan beroleh keberkatanNya ...
... tahun ni aku x ambil tempahan menjahit ... memang le kurang masuk sikit ... tapi aku takut x terkejar nak buat semua tu ... lagipun aku nak ikut misi Adib tahun lepas ... lagipun baju dah siap banyak kat luar sana ... so tinggal pilih jer !
... rasanya tahun aku ingin lebihkan masa dekat padaNya ... sejak akhir2 ni terlalu aku sering diduga dengan pelbagai musibah ... hati mudah tersentuh dan adakalanya aku seakan hilang kawalan diri ... tapi alhamdulillah segalanya kembali normal ... kata seorang teman " ... kita selalu beranggapan kita berupaya untuk selesai semua masalah ... sehingga kita sering lupa memohon padaNya ... sedangkan kalau kita memohon dan dikabul ... sesungguhnya Allah tidak meminta balasan " ... sungguh aku terharu !
... Ramadhan kali ini ... akan aku hayati dengan pengisian yang lebih bermakna ... biar la ianya seiring dengan gerak langkah ... ramadhan dan kematian itu sungguh hampir ... mungkin ramadhan ini ramadhan terakhir aku ...
- akhir kalam ... selamat berpuasa buat semua umat islam seluruh dunia ...

Wednesday, August 27, 2008

alam baru ...




... majlis akad nikah syikin dan pasangan ( ... lupa lak nak tanya namanya ... hehehe ) apa pun selamat menempuh alam berumahtangga ... maaf x dapat menghadirkan masa majlis tu ...
... tadi antar mesej kat dia ... minta izin nak add gambar dia ... ' boleh jer ! ' ... lagi pun gmbar akak pun ada banyak kat saya " ... eh ! ye ke ...
... jgn lupa jemput ' makan kenduri ' ... bila agak nya tu ...

Tuesday, August 26, 2008

lorong ingatan ...

... petang ahad lepas aku terima call dari zam ( .. bekas rakan sekerja ) la ni dia dah kerje kat JKJR .... lama gak dia berkhidmat dengan lib ... dari desa hingga le ke HQ sebagai kakitangan sambilan ... bila dia dapat tawaran untuk jawatan tetap maka berhijarah lah demi rezeki yang lebih tentunya ... bila aku kabarkan kat lib sekarang ni ... semua jawatan sambilan diserapkan ke jawatan tetap ... " bagus la tu ... tapi semua tu berlaku selepas zam keluar ... bukan rezeki kan "
tu yang suka tentang dia ni ... sikap yang sentiasa positif ...
... kami sembang gak pasal ' iqin ' yang selamat diijab kabulkan ari sabtu lepas ... " tahniah ! ... semoga kebahagiaan berpanjangan selagi hayat dikandung badan " ... bila ingat kisah dulu-dulu
pasti aku akan tersenyum dengan gelagat ' dia dan dia ' ni ... rasanya macam baru semalam jer !
agh ! cepatnya masa berlalu ... ingat janji tau " jumpa raya ni " insyaAllah .... !
... sebenarnya ramai gak staff lib yg berhijrah setelah lama menunggu untuk diserapkan ... dan sayangnya ' mereka 2 ' yang berhijrah tu ... boleh aku kategori sebagai individu yang ada visi dan misi serta ' boleh pakai ' ... antara nya Yus ( ... kini begitu hampir tapi x pernah bersua muka ... aneh kan ! ) , Su ( ... la kat PSN , Shah Alam ) , Syuk ( ... kat Penerangan , Putrajaya ) ... sape lagi ek ! ....
... kekadang tu aku berfikir ' nakal ' ... agaknya nilaian lahiriah lebih berharga dari hakiki ... dan sebagai manusia kita sering tertipu oleh kilauan kaca dari permata ... hari ini apa yang terpamer hanya biasan cahaya membentuk pelangi ... bila mentari menampakkan sirna .... maka yg tinggal hanya bayangan tiada makna apalagi harga ! .... huhuhu !!!

Saturday, August 23, 2008

... kecoh ...
- itu gambaran aku sepanjang minggu ni ... semua gara2 berita yg tersebar dan disebar ' orang dari HQ akan trn padang ' ... Aghh ! x faham betui lah ... setiap kali desas desus ni melanda ... maka akan semua bagaikan diserang semangat histeria ... dan terserlah sikap hipokrit yang selamanya ni tersimpan rapi ....
- dulu pun aku bagai terheret sama dengan sindrom ni ... bukan le sebab kerelaan tapi situasi dan momokan yang sering diperkatakan ... seolah-olah aku perlu jadi orang lain pada waktu itu ... pelik dan lucu kan ! ... itu dulu ... tapi rasanya simptom2 ni dah mula menular pulak kat generasi baru ... so kiranya macam penyakit bawaan genetik kut .... lebih takut pada manusia dari yang di atas sana ...
- malam tadi aku terima mesej ingatan dari seorang teman ... " esok ada lawatan ... siap sedia " ... aku x nak komen ape2 ... sekadar terima kasih atas ingatan tu ... so ari ni aku dan kekawan kat office ni menunggu dengan apa seadanya ... macam biasa jer ... semuanya macam biasa ... ! sesungguhnya begini le keadaan kat sini saban hari ... sebab dah lebih 20 tahun berkhidmat ... aku masih lagi berpegang pada " tegak berpaksi ... niat bersaksi " ...
- kalau le nanti ada komen dari pihak HQ ... aku anggap ia sebagai penambahbaikan atas apa yg ada ... hanya saat ni masih banyak isu yang lebih penting akan aku suarakan ... itupun kalau le mereka singgah ....
- buat kekawan yang masih hangat dan teruja dengan limpah kurniaNya baru2 ni ... kerja lah dengan sungguh .... dengan nawaitu yang berlandas iman ...

Thursday, August 21, 2008

.. hidup ini persis awam
kasihnya putih kemilauan
angin pemisah mengharukan
awam bertaburan hilang haluan
sepi , sendu membawa rawan
yang tinggal tapak kenangan

Monday, August 18, 2008

masih tiada kepastian ....

... hari ni cuaca mendung dan hujan yang turun sesekali bagaikan memberi ruang kepada aku dalam menjalani ibadah sunat dalam bulan Syaaban ni ... terasa aku lebih selesa dan terlupa pada kelaparan ...
... hari aku agak lewat smpai kat pejabat ... entahlah ... semasa memandu pagi tadi ... dalam hujan yang sekejap lebat dan renyai tu ... rasa lebih relaks dan santai pulak ... apalagi sambil layan siaran klasik nasional ... sejak akhir2 ni ... tu yang aku harapkan untuk mengelakkan tekanan ...
... hari ni gak aku terima jawaban dari permohonan yang kali kedua yang hantar minggu lepas ... ketika membukanya aku seperti selalu tidak meletakkan apa2 harapan ... kerana aku tau pasti apa yang akan tertulis kat surat ni ... jawaban yang sama macam 4 tahun lepas ... " masih dalam pertimbangan " .... saat ini aku x tau nak gambarkan perasaan ... semuanya bagai berpadu menjadi satu ... kecewa ... hampa ... dan agh ! yang pasti aku terpaksa menunggu lagi ... entah bila ... aku pun x pasti ... mungkin setahun ... mungkin 2 thn ... mungkin 3 thn atau ... ah ! malas nak fikir ....
... mula hari ... saat ... detik ini ... aku kena biasa diri dengan situasi lama ... dan kena belajar menerima hakiki apa yng seharusnya dijalani ...
... meskipun masih tiada jawaban pasti ... namun jauh disudut hati masih tetap mengharap titik noktah terakhir ... entah bila lagi ! ......

Friday, August 15, 2008

biarlah ...

... erm ! dah seminggu ni ' mood ' aku pada tahap sifar dan negatif ... semuanya gara-gara kesihatan yg merudum ... mengakibatkan emosi jadi kurang stabil ... aku berusaha gak utk mengatasinya sebaik mungkin ... tapi x berjaya sepenuhnya ! ... aku jadi malas nak bercakap dan lebih fokus pada kerja ... aku x pasti le samada ' mereka ' ada kat sekeliling perasan atau tak ... klu x perasan bagus ... tapi klu mereka perasan ... tentu timbul prasangka ... ah ! terpulang apa tanggapan mereka ... aku dah malas nak fikir ! ...
... semalam aku ditanya berkaitan beberapa perkara ttang situasi kat pej ... jawaban aku tu menyebabkan malam tadi aku sukar melelapkan mata ... aku terperangkap oleh rasa bersalah ... aku sedih kerana x b'upaya berkata benar dan s'jujurnya ... kepincangan yang berlaku setiap hari dan ianya dalam pengetahuan aku sendiri ... tapi aku seolah-olah membiarkan ia berterusan sedang aku mampu mencegahnya ...
... memang sukar membuat keputusan jika melibatkan ' mereka ' yg dekat dengan kita ... aku hanya b'doa ... agar Allah titipkan rasa keinsafan dihati mereka ... semoga rezeki yg diperolehi lebih d'berkati ... biarlah kesedaran timbul dihati mereka ... Amin !

Wednesday, August 13, 2008

geram sangat !

... semalam aku b'cuti sebab sakit gusi ( ... bkn sakit gigi ) ... pastu ibu jari tangan kanan pulak t'seliuh ( ... salah urat da ) so kiranya semalam memang hari sakit aku la ... bila call office ... aku dimaklumkan bekalan air dah kena ' potong ' .... ah ! bertambah le sakit aku ... kat hati le pulak ...
... ari ni masa nak gi kerje aku bawa 2 botol air ... satu untuk minum dan satu lagi untuk b'suci ... yang buat aku pening ni ... soal nak wuduk ... ! situasi ni buat aku geram , marah dan sakit hati betui !
... dua minggu lepas aku dah maklumkan kat ' boss ' pasal kes air ni ... dan beliau sendiri dah b'cakap ngan wakil syabas ... so aku ingat dah selesai ... tapi ari ni call kat HQ diorang maklumkan sedang diusahakan ... dan mungkin ambil masa sebab kena settle bil yg lama .. erm kena buat permohonan baru dan tukar nama sekali ... aku terdiam !
... mcm mane le diorang leh abaikan atau terlepas pandang dalam menangani masalah ni ... aku rasa menyampah sangat bila hal-hal kebajikan melibatkan staff dipandang sebelah mata jer ! ... cuba le letakkan diri mereka dalam situasi aku sekarang ni ...

Friday, August 8, 2008

debaran

... tadi dapat call dari member kat lib daerah ... memaklumkan ada berita terkini berkaitan reshuffle dikalangan staff ... mungkin melibatkan HQ , daerah , cawangan dan PD ... walaupun ura-ura berkaitan isu ni dah lama kedengaran ... dan dah ada pertukaran yang melibatkan pegawai2 tapi hari ni ... keputusan penuh akan diketahui ...
... aku x pasti samada nama aku termasuk dalam senarai atau tidak ... segalanya masih samar ! aku juga dimaklumkan pertukaran kali ini akan melibat PD gak sebab semua petugas desa dah di ' upgrade ' kan ... so kemungkinan mereka bertugas kat lib daerah atau cawangan memang x boleh dipertikaikan lagi ...
... terdengar gak desas desus kat HQ ... adanya staff dari sana yng mohon untuk berkhidmat kat daerah dan caw'gan ... juga kedengaran staff desa / pekan yang abis krsus hari ni ... keberatan untuk berpindah tugas ke tempat lain ... pada aku seharusnya mereka x leh le nak ' demand ' pasal ke mana nak di tukarkan ... setelah sekian lama menunggu untuk diserapkan ke jawatan tetap ... tapi biasa le ... nama pun manusia ... untuk terima perubahan memang susah !
... aku berharap sangat jika nama termasuk dalam senarai reshuffle ... biar le lokasinya lebih dengan tempat kelahiran ... rasanya 14 tahun bertugas diluar daerah ... aku dah penat ... seawal pagi bergegas ke pejabat ... jam 7.00 pm baru le sampai kat rumah ... 2 jam perjalanan pergi dan balik ... adakalanya membuat aku hilang fokus ... apalagi dengan kenaikan harga minyak ... !
terasa amat memeritkan ... !
... ada gak suara2 nakal yang bertanya " sanggup ke jika dapat transfer kat PD ? .... jawaban aku mudah jer ... " kat mane pun same ... kerja , kerja , kerja ... yang paling penting dekat ngan umah ! " ...

apa pun kena tunggguuuuuu ..........!

Thursday, August 7, 2008

... hati yang rapuh !

... masa balik semalam ... dalam kereta ( ... selalunya aku guna untuk berfikir ) sambil layan stesen klasik nasional ... tertiba berkumandang le lagu nyanyian Rahimah Rahim ... ku kuat volume sampai tahap 12 ... bergema rasa nya dalam kereta tu ... x tau bunyi sampai keluar ke x
menghayati bait2 senikata ... ditambah pulak dengan kemerduan suara ... membuat aku leka sat
... terasa pulak lagu macam kena pada aku pada saat ni ...

semalam gak hari terakhir untuk aku putuskan ... samada meneruskan hasrat untuk ' berhijrah ' atau tidak ... bila mengingatkan banyak kenangan dan pengalaman yang ku kutip sepanjang bertugas kat sini ... ditambah pulak dengan beberapa penghargaan yang dititip ... rasa sayang sangat untuk beralih arah ... aku tau gak akan timbul pelbagai tanggapan yang salah ... tapi aku perlu berani ... kerana peluang terbaik tidak datang selalu ...

... tadi aku cuba cari lirik lagu tu ... kat internet !

hayati le bait2 senikatanya

Hati Yang Rapuh
Di hati ku lakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran
Jalan ke puncak itu beronak dan berduri
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap ku gagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci
Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan
Tak harus ku turuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semual kekuatan
berlandaskan keimanan
p/s : walaupun apa pun jawaban yang bakal diterima nanti ... aku terima dengan redhanya .. dan ianya tidak akan mengugat walaupun sedikit pun semangat untuk terus berkhidmat dengan jujur dan amanah ...

Wednesday, August 6, 2008

sekitar akt lib S'kinchan

Kenangan .... bib, aku, bunga, harun, YB, ani , dayah dan ela


cenderahati ....


kehadiran peserta


kreatif .... kelopak mawar dari daun pisang


masakan rendang dan puding

... aktiviti kat lib Pekan S'kinchan pada 3 ogos lepas ... kali pertama mengadakan aktiviti secara terbuka untuk pengguna perpustakaan ... tahniah ! berjaya merealisasikan segala perancangan walaupun terdapat sedikit kesilapan dan agak kalut semasa aktiviti berjalan ... masih boleh diperbaiki ...

... aku menghadirkan diri pun tanpa dirancang ... apapun semuanya ok !

Tuesday, August 5, 2008

semalam yang meletihkan ...

4 ogos ( ... semalam )

... aku bercuti sebab hantar ' bapak ' ke hospital Daerah Teluk Intan ... seawal pagi aku dan adik dah keluar rumah ... sebab nak berurusan dengan hospital ni memang rumit dan adakalanya amat memerlukan kesabaran yang tinggi ... yelah ! nak uruskan orang2 yang kebanyakannya sakit ... lagipun aku malas nak menunggu lama ...

... masa dalam kereta lagi aku dan adik dah rancang cara terbaik untuk elakan kelewatan ... sebab 2.00 pm ada satu lagi janji temu kat hosp. daerah sabak pulak ... memandu awal pagi dengan suasana berkabus dan lalulintas lancar ... membuat aku alpa pada had kelajuan ... " laju ni " ... tegur bapak ... aku jeling kat papan meter ... erm ! tak perasan pulak ... 100 km ! ... biar betul ... tetiba aku terfikir " patut le ada orang yang suka pandu laju .... memang seronok ! "

... 8.15 - tiba kat hospital ... terus gi kat bahagian radiologi ( utk x-ray ) ... alhamdulillah orang x ramai lagi ... dapat giliran ke 3 ... kira ok le tu ... pastu kat tempat menunggu ada tv pulak ... so x le boring sangat ... lepas x-ray ... gi pulak kat klinik 1 ( bah. rawatan pesakit luar ..) ... x sempat panas kerusi yang duduk lagi ... bapak dah keluar ... " 25 ogos ni .. kena datang lagi ...." biasa le untuk rawatan susulan ...

... aku gi kat farmasi untuk ambil ubat ... adik dan bapak gi kantin untuk makan ... kesian gak kat bapak sebab sejak 10.00 mlm tadi tak makan apa2 kecuali minum jer ... sebagai persediaan untuk x-ray ... sebenar aku dan adik pun x sempat sarapan pagi tadi ...

... kat farmasi aku dapat no 2086 ... masa dok menunggu giliran tu sempat gak aku sembang dengan " makcik " kat sebelah ... dia ambik ubat untuk sakit darah tinggi ... pesannya kat aku
" jaga kesihatan kena dari muda ... klu dah tua ni susah sikit sebab daya tahan dah kurang " ...
tapi aku lupa nak tanya dia tinggal kat mane ... sebab dia jemput gak " kalau nak makan durian kampung ... datang le rumah " ... hehehe

... abis urusan kat hospital ... dalam perjalanan balik ... singgah makan rojak dan mee rebus kat
' azizi mastan ghani ' lokasinya lepas trafik .. menghala ke Hutan Melintang ... memenuhi hajat adik ... yang beria sangat nak makan kat situ ...

... hampir 12.00 baru sampai rumah ... mandi dan relaks sekejap ... pastu 2.00 gi pulak ke hosp. Daerah Sabak untuk janji temu ... warga emas !

... 4.30 aku ke pusat servis proton ... bersyukur sangat sebab x perlu tunggu lama ... pastu gi temankan adik shooping baju raya ... eleH ! bulan syaaban baru bermula dah sibuk untuk persiapan raya ...

... ari ni memang meletihkan betui ! ...

Friday, August 1, 2008

syukur alhamdulillah ....

... pagi tadi aku dapat call dari member yg bertugas kat PD ... maklumkan hari isnin lapor diri kat HQ ... tahniah la sebab akhirnya berjaya melangkah setapak lagi dalam perkhidmatan ... rasanya lama gak dia melekat kat jawatan sekarang ni ... berbalas juga penantian yang panjang tu ...

... bila aku maklumkan kat staff yg aku anggap macam 'adik ' ... ada riak kecewa walaupun cuba dinafikan ... eleh ! hani ... akak tau tahu masa tu mesti frust kan ... tapi nak cover line le tu ... tapi masa tu aku hanya cakap ... ' masih ada harapan lagi sehingga jam 5.00 pm ' ...

... apa pun tahniah ! tahniah ! tahniah ! ... buat kekawan yang berjaya tu ... rasanya ramai gak ...
antaranya hani , dayah , roseneta , raihan , kak jisma , kak hana dan nora ... lagi sape ek yang dapat ... selamat menempuh cabaran dan semoga sukses selalu ...

... hanya aku di saat ini masih mencari kekuatan untuk melakukan satu langkah dalam tindakan mencapai hasrat yang dah lama terpendam ...

Wednesday, July 30, 2008

Salam Israk Mikraj

... untuk semua kekawan dan sesape jer yang lawat blog ni ..

Saturday, July 26, 2008

selamat ulangtahun ke 3

siti khadeeja
selamat ulangtahun ke 3
... 24 julai 2008 ...
acik doakan
jadi anak yang solehah
dan
berjaya dalam kehidupan
dunia dan akhirat
- amin -

sekitar kempen gerakan membaca daerah ...

belakang dari kiri .. linda, bunga, maah dan suriya
aku, honey dan jijah

peserta kuiz JKKK ' kenegaraan'

pelajar yg ambil bahagian pertandingan tulisan jawi

dari kiri .. nor, ita , maya , roseneta dan reza

..... sempat posing dengan bunga

.. salam semua ,
maaf la ... agak lewat posting gambar korang semua kat blog ni ... semalam sibuk buat semakan rak dan paper cutting ... lagipun semalam x de 'mood' la ... fikiran dan perasaan x sehaluan .. hehehe ..
so ari ni ... pengguna pun x ramai ... sempat le pilih gambar2 yang sesuai ... x dapat nak masukan semua gambar sebab ada gambar yang x jelas dan blurr jer ...
... pasal aktiviti tempohari tu ... aku x nak komen ape2 ... hanya kali ni lebih baik dan teratur dari yang sebelumnya ... walaupun sedikit ' kejutan ' dengan pengacaranya ... tapi boleh le !
... bulan Okt ni ... jumpa lagi itu kalau ada jemputan ...
tahniah ! kat semua staff lib kuala ... honey , jijah dan linda ....


Friday, July 25, 2008

... mengurus hati


"Di dalam tubuh itu ada mudghah, seketul daging yang apabila ia baik , maka baiklah seluruh tubuh dan apabila ia rosak , maka rosaklah seluruh tubuh itu . Ketahuilah mudghah itu adalah qalb ( hati ) . kalau hatinya sihat , secara automatik fikiran , bicaranya dan segalanya tindakannya juga sihat. namun kalau badan sahaja sihat , tetapi hati tidak sihat maka kesihatan badannya akan membawa masalah " ...


... saat ni aku sendiri dalam dilema menguruskan hati ... entahlah ! sukar nak jelaskan tapi kalau x diluahkan ... rasa menyesakkan hidup betui ! ... baru-baru ni semasa bertugas dalam program anjuran jabatan ... ketika ' bos ' maklumkan akan ada pertukaran besar-besaran sekitar ogos ni ... aku ambil kesempatan menyuarakan hasrat yang dah lama terpendam untuk ' berhijrah ' ke daerah kelahiran untuk menyumbang khidmat bakti ...


... setelah 14 tahun berada disini ... aku rasakan perlu ' berhijrah ' untuk mengelakkan sindrom ' statik ' melanda jika lebih lama berada disini ... ini bukan le kali pertama aku memohon ... permohonan kali pertama dulu aku lakukan secara berhemah ... melalui surat tapi balasannya mengecewakan ... kerana masalah status jawatan ... atau pertukaran suka sama suka ... saat itu aku gagal dalam mencari rakan pertukaran ... ku pujuk hati ' ... sabar lah '


... menerima jawaban penolakan kali ini ... sukar rasanya ! ... istilah ' orang kuat ... orang harapan ' tidak sedikit pun membangkitkan perasaan yang membanggakan ... tapi lebih pada terkilan ... sebenarnya ungkapan itu bagai tusukan sembilu kat hati ... seringkali gak aku menitiskan airmata saat bermunajat pada Nya ...


... bukan le bermakna aku tidak bersyukur dengan nikmatNya ... setelah melalui rencah ragam sepanjang perkhidmatan dari sambilan hingga ketahap ni ... aku sangkakan ... diri cukup kuat dalam menangani setiap cabaran dan dugaan ... nyatanya aku tetap insan biasa ... punyai inginan dan hasrat yang sama seperti orang lain gak ...


... sesungguhnya tika ini aku berusaha sebaik mungkin untuk menguruskan hati ... belajar menerima semua ni dengan redha ... lebih istiqamah dalam memperbaiki diri ... menyakinkan diri kebiasaan yang baik menuntut perjuangan besar pada awalnya ... tidak berhenti berharap dan berdoa serta bertawakal pada Nya ...


Thursday, July 24, 2008

posisi anda ... gambaran peribadi

Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

Baca dan fikirkan dimanakah anda... rasanya apa yang dikatakan ada kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
AIR - kedua, keenam, kesepuluh
API - ketiga, ketujuh, kesebelas
ANGIN - keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan. 5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.

:- jangan le percaya sangat ... klu ade persamaan pun mungkin ' kebetulan ' jer !

Friday, July 18, 2008

sabar

... sebenarnya kalimah sabar ni merupakan ungkapan yang lumrah diperkatakan orang ... dari golongan atasan hingga kepada golongan paling bawahan ... dan dari pembacaan aku dapati perkataan sabar begitu banyak kali diulangsebut di dalam Al-Quran ...

... Al-Alammah Ibnu Qayyim di dalam Madarij as-Salikin , memetik dari Iman Ahmad, katanya
" perkataan sabar di dalam Al- Quran disebut melebihi sembilan puluh tempat " ... begitulah bermaknanya ungkapan sabar dalam hidup seharian kita selain daripada memenuhi tuntutan dari Nya ... tapi berapa ramaikah diantara kita yang begitu memahami dan mengamalkannya ..?

... kala dilanda musibah dan bencana ... kita sering terbuai oleh rasa kecewa dan meratap nasib malang yang menimpa ... ada juga yang mengambil jalan singkat bagi mengakhiri penderitaan ...
tapi mereka2 yang sabar maka terhindarlah dari gejala2 yang dimurkai Allah dan merugikan diri sendiri ...
.. firmanNya dalam Suruh an-Nahl:126-127

" Dan jika kamu memberikan pembalasan, hendaklah dibalaskan serupa dengan kejahatan yang diperbuat kepada kamu, dan kalau kamu bersabar, maka sesungguhnya itulah yang paling baik bagi orang-orang yang sabar. Dan hendaklah engkau bersabar , dan tidaklah ( ada ) kesabaran itu melainkan dengan ( pertolongan ) Allah " .

... pagi tadi semasa singgah kat lib daerah ... berjumpa sat dengan member yang meluahkan rasa berdebar menunggu keputusan interview yang telah dihadirinya ... aku amat memahami sebab aku dulu pun pernah melalui ... bukan sekali tapi berkali-kali gak ... tapi mungkin disebabkan
dah sifat dan sikap aku ni ... x pernah putus asa walaupun berkali-kali gagal ... so percubaa ke 6 baru le berjaya ...

... so pada mereka2 yang masih dalam ' penantian ' tu ... ambil lah ikhtibar dari firman di atas tu .. insyaAllah ! hati jadi tenang dalam menerima apa jua keputusan yang bakal diterima ...

Thursday, July 17, 2008

disebalik tabir dan takdir ...

... antara sedar atau tidak ... atau dah tahu tapi masih pura2 x tau ... atau sememangnya x tahu .. semua keadaan ini seakan melingkari rutin kehidupan setiap dari kita ... dari isu-isu yang melibatkan negara hingga le kepada kes2 kecil yang membabit organisasi dan institusi keluarga ...

... antara sedar atau tidak jugak ... kita sering berserah pada takdir ... kerapkali juga kita pasrah atau meredhakan segalanya tanpa sedikit pun nawaitu untuk berusaha ... kecuali la kalau kita sudah berusaha dan berbuat sehabis baik ...
... melihat , mendengar serta menilai pelbagai isu dalam ruang lingkup persekitaran organisasi tempat aku bertugas ... bagi aku bukan le isu atau perkara baru ... dari mula berkhidmat hingga kini ... semuanya statik ... kalau ada pembaharuan atau penambahbaikan pun hanya dari segi luaran atau lahiriah jer ...! tapi pengisiannya tetap sama ... semuanya terpulang pada individu itu sendiri ... kalau lah kita merasakan perlu kepada anjakan perubahan demi rezeki halal maka fikir lah arah tujuan kerja kita ... jadikan kerja kita sebagai salah satu ibadah kepada Nya ... tapi klu kita hanya fikir x buat apa pun ... gaji tetap dibayar ... terserah ! ...

... baru ni terdengar gak soseh-soseh berkaitan individu yang kononnya ... kecewa sesangat pasal nama x tersenarai dalam katogeri ' insan bertuah ' ... maka tersebar pelbagai spekulasi yang kebanyakannya lebih menjurus kepada ' padan muka ' daripada bersikap ' ihsan ' ... melihat kepada situasi yang berlaku aku jadi ' gerun ' ... aku simpati bukan le sebab mudah didekati tapi lebih kepada nilai budiman ... rasanya bukan sebab kecewa tidak berasas tapi lebih kepada tidak dinilai adil dan dihargai ... kepada mereka2 ' bertuah ' ... syukur nikmat atas kurniaNya ...

... misi ke t'gganu dah selesai ... walaupun x le berjaya sangat ... rasanya dimasa depan kena berani buat perubahan ... cerita dari sembang2 dengan individu yang pergi ... banyak perkara yang x sepatutnya berlaku ... dan perlu le dijadikan ikhtibar ... ' ayam tambatan ' yang dibawa semuanya bagaikan ' x bertaji ' ... isu ikhtiari dan ikhtilaf sepatut tak de dalam kontijen ... dua tahun lagi mungkin bertanding ke Johor lak ...

... tahniah buat 2 member ( ... sally dan faizah ) yang diserapkan ke jawatan tetap ... semoga anugerah ini sebagai perangsang untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik ... kepada member2 lain yang tidak berjaya tu ... jangan berhenti berharap sebab insyaAllah giliran korang akan sampai gak ... jangan putus asa ... atau korang kena tunggu sebab dalam organisasi kita ni ... biasanya ikut ' ranking ' ... so sabar jer le !

... disebalik tabir ... macam2 cerita tapi takdir Allah tersisip seribu rahmat yang tidak terjangkau akal manusia ...wallahualam

Tuesday, July 15, 2008

... rentetan bercuti

... ari ni mula bertugas semula selepas bercuti dari 11 - 14 julai ...
bercuti tu bukan le bermakna ... aku pi makan angin atau ape2 jer yang membawa maksud berehat ...tapi lebih kepada lari dari rutin harian biasa ... kerja ...kerja ... kerja ... dan kerja
... rentetan sepanjang bercuti ....

11 julai ...
seawal pagi aku dah mula operasi mengeluarkan pinggan mangkuk , periuk dan kuali ... sebab hanya aku jer yg tau kat mane semua barang tu tersimpan ... rumah aku kan ... hehehe
pastu aku dan kakak gi shopping untk barang dapur pulak ... memang le penat tapi bila kenangkan arwah mak ... rasa penat tu hilang ...
3.00 pm aku terima call dari teman kat lib sg besar ... katanya ada berita hangat terbaru ... biasa le pompuan klu x bergossip x seronok kan ... tapi bukan mengumpat tau ...
3.45 pm aku dah sampai kat sana ... banyak jugak le cerita2 terkini ... tentang macam hal berkaitan organisasi dan berkaitan dengan kerje gak ... sambil tu minum petang ... jamah kuih dan minum nescafe susu ... ingatkan nak singgah sekejap jer ... tapi bila dah jumpa panjang pulak cerita ... sebenar bukan senang nak bersembang kalau time kerje tu ... singgah klau ada hal jer ... last nya petang tu aku balik jam 6.00 pm ...

12 julai ..
seawal pagi gak aku , along dan didi dah pergi pasar untuk beli barang basah untuk kenduri malam ni ... " acik jadi mem ari ni " bila aku suruh dia memandu ... ala ! bukan ape ... aku saja jer nak merasa naik kereta dia pulak ... lagi pun aku dah penat memandu ...
.. alhamdulillah ! semua saudara mara dan adik beradik berkumpul malam tu ... ketika majlis tahlil tu aku tetiba rasa sebak sangat ... " semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang yang beriman " amin ...

13 julai ...
selepas kenduri malam tadi aku dimaklumkan biras kepada adik kemalangan jalanraya dan kembali ke rahmahtullah ... dengan berpandukan kepada alamat yang diberi ... aku , adik , adik ipar dan kakak tawakal jer pi cari rumahnya ... walaupun tersesat kat pekan setiawan , perak ... dan terpaksa bertanya kat balai polis ... akhir kami sampai gak walaupun terlewat ... masa balik sempat gak singgah kat tepi jalan tu ... beli durian kampung ... huh ! mahal la ...

14 julai ...
rasa rileks sikit ... selepas kemas dan masukkan pinggan mangkuk dalam stor ... aku dan adik gi shopping kat pekan sg besar ... sebenarnya aku x beli barang pun sekadar jadi pemandu jer ...

15 julai ...
ari ni le ... aku memulakan rutin seperti biasa ... kerje .. kerje .. kerje dan kerje !

Thursday, July 10, 2008

emm esok cuti ...

... esok aku akan mula bercuti sehingga isnin ... insyaAllah jumpa semula selasa

kalau niat baik ....

... kekadang tu aku rasa menyesal bila buat sesuatu keputusan tanpa berfikir dulu ... sebabnya aku selalu berprasangka baik jer ... sentiasa fikir positif !
... tapi semalam bila di tegur oleh keluarga ... baru le aku ambil masa untuk fikir semula ... fikir kebaikan dan keburukannya ... apalagi bila keputusan ini juga melibatkan orang lain yang tentunya bukan mahram ... mengapa lah aku x terfikirkan perkara ni ...
... malam tadi sukar gak aku nak lelapkan mata ... mencari alasan yang baik dan sesuai seperti yang dicadang oleh seorang teman ... aku berusaha untuk tidak berdusta walaupun boleh le di anggap " bohong sunat " ...
... pagi tadi sebelum bertolak ke ofis " 24 haribulan ni kenduri kat rumah mbah ... khamis malam jumaat " ... fuhh ! aku senyum lega ... x perlu le aku menipu dalam bulan Rejab yang mulia ni ....
pastu aku pening gak memikirkan cara terbaik untuk mintak maaf dan menerangkan situasi ni ..
tapi alhamdulillah semuanya dah settle ...
... lain kali aku kena beringat bila nakbuat sesuatu tindakan ... walaupun agak terkilan gak sebab x dapat menghadiri majlis tu ... yelah bukan senang nak dapat peluang menghadiri majlis AMIM tu
tapi aku bersyukur sangat sebab disedarkan ...
... meskipun aku berniat baik ... kalau implikasi dari niat tu akan menimbulkan fitnah dan masalah ... tak de makna nye ..,

Wednesday, July 9, 2008

bulan Rejab

salam ,

- info ni di copy/paste dari mail kiriman seorang teman (... ija ) ...

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB
Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Monday, July 7, 2008

bila dah tak sehaluan .....

... membaca berita kat dada akhbar akhir2 ni ... adakalanya mengundang kebosanan dan rasa jemu ... sejak PRU12 lagi ... kebanyakan berita lebih fokus pada percakaran sesama pemimpin yang kebanyakannya berkaitan tiada persefahaman atau lebih senang cakap ... masing-masing berusaha untuk meraih perhatian dari rakyat ... siapa yang lebih terror atau lebih pandai memimpin ... satu isu belum selesai dah timbul pulak satu isu ... rasa menyampah betul dengan gelagat diorang ni ...
... ketika rakyat masih lagi bergelut dengan kenaikan harga minyak , beras dan barangan harian ... sekali lagi dikejutkan lagi kenaikan takrif elektrik pulak ... pastu la ni heboh pulak pasal kes berprofil tinggi yang melibatkan ' mereka2 yang ternama dan berkuasa ' ... kat Malaysia ni arus perdana politiknya memang sentiasa meriah dan bergelora ... kutuk mengutuk atau fitnah dah jadi asam garam ... begitu gak saman menyaman dah perkara biasa ... sampai bila masyarakat rela dalam terpaksa menjadi penonton ... x tau la !
... la ni gaya hidup mereka dah menularkan pulak dalam kehidupan bermasyarakat ... dulu kat warung kopi di lokasi yang jauh dari hiruk pikuk kota ... makan semeja masih lagi nampak harmoni walaupun berlainan parti ... tapi kini duduk semeja tapi tutur bicara kena dijaga ... takut melarat bermasam muka ... agaknya diorang ni lebihkan dunia dari tuntutan agama ...
... kat kantor la ni lain pulak cerita ... jika dulu galak bergurau senda dan sanggup berkongsi suka duka ... la ni jangan kan nak bersua muka ... nak jeling mata pun dah x kuasa ... jika dulu jadi teman bicara ... la ni kelu tanpa suara ...
... buat semua yang mungkin terlibat atau akan mengalami situasi ... jangan sesekali ucapkan
" salam perpisahan " ... kerana ditakuti jika satu masa nanti ... orang tu akan kembali menjalinkan persahabatan semula ... macam gak dalam dunia politik ' hari ni kawan , esok mungkin jadi lawan dan x mustahil lusa akan teman ' ....

Thursday, July 3, 2008

7 perkara ...

aku di tag oleh imad .... pasai 7 perkara !
so layan jelah ...

7 perkara tentang aku :
- suka makan
- suka masak walaupun x le sesedap chef wan
- suka bercakap adakala tu dah masuk bab membebel
- takut berada kat tempat tinggi - gayat la
- geli ngan ulat atau ape2 jer yang spesis dengannya ...ehh !
- suka buat sesuatu yang merangsang otak ... contohnya ape ek !
- mudah tersentuh hati bila melibat hal2 keluarga terutamanya - senang cerita mudah nangis le !

7 perkara yang buat aku takut :
- darah yg banyak - tengok orang kemalangan
- tak berapa suka tengok medik tv
- dapat berita sedih
- takut kena pindah tempat kerja jauh dari rumah ... hehehe
- takut x dapat berikan sumbangan buat keluarga
- takut klu suatu hari nanti apa yang kata kat orang kena balik kat aku - nauzubillah
- paling aku takut bila kurangnya bekalan yang bakal dibawa ke ' sana '

7 lagu yang aku suka nak dengar :
- kasih - hety koes endang
- kasih kita - aishah
- setia kasih - haliza
- suara kekasih - alleycat
- kekasih awal dan akhir - jamal abdillah
- apa lagi ek !
- sebenarnya aku suka dengar semua lagu ...

7 perkara yang amat aku hargai :
- Dia
- hidup aku
- diri aku
- keluarga aku
- kawan , teman dan sahabat yang aku ada
- kenangan2
- peluang yang Allah berikan pada aku

7 ' first time' thing yg aku x lupa :
- terima surat cinta masa form one " cinta monyet " la ... suka pun ada tapi takut yang lebih ...
bila ingat kelakar habis ...
- kantoi terima surat layang ' salam perkenalan ' masa belajar kat PLPM , Perak ... warden dok
baca dulu setiap surat yg diterima ... terukkan ??? .. sampai hari ni aku masih tertanya siapa le
yang kenakan aku tu ...
- kantoi gak masa aku belajar trengkas ... bila cikgu perasan aku salin nota dalam tulisan biasa
aduss ! lastnya aku mengundur diri dari kelas tu ... malu beb ! ... buat cikgu hamidi terima kasih
- pertama kali masuk rumah hantu kat Batu Gajah .. Tmn S.M Noor ... punya le takut masa tu ...
taubat aku kan masuk lagi ...
- pertama kali gi interwiew jawatan ' kerani ' kat pej daerah s/bernam ... aku disuruh sambung
belajar ... masa tu umur 18 tahun ... alahai ! sabar je ..
- hari pertama aku memulakan tugas jawatan sekarang ni ... masa tu sambilan lagi ... aku berdoa
semoga masa cepat berlalu sebab terasa macam sentiasa diperhatikan .. huh ! tension betui
- ' kehilangan abadi ' seseorang yang aku anggap sebagai nadi dalam kehidupan ...

... aku dah jawab semua soalan tu ...
mesti saat ni ko ngah dok mengata dan mengutuk aku ... hehehe